Adsense

Selasa, 17 Mei 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


MTV World Stage 2011, 30 Seconds To Mars Live In Kuala Lumpur.

Posted: 17 May 2011 10:21 PM PDT

MTV World Stage 2011, 30 Seconds To Mars Live In Kuala Lumpur.

Tahun lepas, MTV World Stage membariskan selebriti antarabangsa seperti Katy Perry, Tokio Hotel & Wonder Girls di hadapan lebih 15 000 pengunjung di Sunway Lagoon.

Tahun ini, MTV World Stage akan mengegarkan tanah Kuala Lumpur pada 24 Julai 2011 dengan persembahan hebat daripada band 30 Seconds To Mars yang popular dengan single-single mereka berjudul The Kill & The Beautiful Lie (youtube).

Ini berita yang baik buat peminat 30 Seconds To Mars untuk melepaskan geram secara live bersama mereka. Buat pembaca OHBULAN! yang tidak pernah meminati 30 Seconds To Mars, boleh cuba untuk berminat dengan melayan lagu mereka selepas ini. Enjoice!

P/s: Aku selalu bengang sebab redbox tak letak subtitle lagu depa ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hafiz AF7 Tolak Floor Manager, Terkehel Kaki Kerana Adira?

Posted: 17 May 2011 09:58 PM PDT

Cerita panas minggu ini, Hafiz AF7 diperkatakan telah menolak jatuh seorang floor manager sebuah program talk show di tangga sehingga terkehel kaki disebabkan Adira. Apa yang kami dengar, floor manager, berjantina wanita itu telah menganggu Adira dan menyebabkan Hafiz hilang sabar.

Insiden ini menyebabkan wanita tersebut tidak dapat melaksanakan tugasnya.

Imbas kembali, B*Pop pernah melaporkan bahawa Adira mempunyai hubungan sejenis dengan seorang tomboi, yang dikenali sebagai Zack, juga bekerja sebagai floor manager. Walau bagaimanapun, Adira menafikan dakwaan hubungan songsang tersebut. Kami tidak menuduh, cuma mengaitkan insiden tolak menolak ini dengan gosip pengkid yang pernah melanda Adira sebelum ini.

Sayangnya, Hafiz AF7 gagal mempertahankan rekod bersihnya kerana insiden ini. OHBULAN! nak nasihatkan, Hafiz perlu kekal profesional, jangan campur adukkan masalah peribadi. Bukan apa, awak tu selebriti yang dikenali, banyak mata yang memandang. Jadi faham-faham je lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.