Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Ezlynn belum bersara

Posted: 27 Jan 2013 03:34 PM PST

Masih banyak terima undangan menyanyi, bakal muncul dengan single baru

Ramai yang menyangkakan penyanyi, pelakon dan pengacara, Ezlynn, kurang aktif dalam bidang seni sebaik saja mendirikan rumah tangga. Maklum saja, sejak kebelakangan ini kelibatnya jarang kelihatan dan berita mengenai perkembangan kerjayanya sudah tidak semeriah dulu.

Malah, lagu dendangannya juga sudah agak lama tidak kedengaran di corong radio sehingga ada yang menyangka wanita ini sudah tidak berminat lagi untuk menyanyi. Atau apakah populariti penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Hi Hi Bye Bye ini sudah mula merudum dek kehadiran ramai bakat baru?

Bertemu sendiri pemilik nama penuh Azline Ariffin pada majlis pratonton filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit di Kuala Lumpur baru-baru ini berjaya meleraikan teka-teki itu.

Tegas isteri kepada Adam Fahmy, yang juga pengurusnya itu, dia tidak pernah berasakan dirinya hilang atau menyepi terus daripada dunia seni.

"Masih ada kerja yang saya lakukan, cuma aktiviti itu tidak dihebahkan kepada khalayak. Setiap minggu, ada saja undangan nyanyian saya terima. Namun, mungkin sebab saya tiada lagu baru membuatkan peminat ingat saya sudah tidak berminat untuk menyanyi.

"Bukan tak mahu menghasilkan lagu baru, cuma kalau saya saya nak buat single, biarlah ia betul-betul berkualiti serta lain daripada apa yang pernah saya hasilkan sebelum ini," jelas penyanyi berusia 31 tahun ini.

Kerjasama dengan Andy
Ezlynn yang kini tidak bernaung di bawah mana-mana label berkata, perancangan untuk menghasilkan single baru memang ada. Jika tiada aral melintang, dia bakal bekerjasama dengan Andy Flop Poppy.

"Perbincangan ini berlaku ketika kami sama-sama terbabit dalam sebuah program mencari bakat baru khusus untuk pemuzik jalanan. Andy bertanya jika saya tidak lagi berminat untuk menghasilkan lagu baru? Dari situ, lahirlah idea untuk kami bekerjasama.

"Untuk single ini, saya tidak lagi mahu menyanyikan lagu rancak. Saya sudah pun membuktikannya sebelum ini apabila kebanyakan lagu popular saya adalah lagu rancak. Jadi kali ini saya mahu lagu berentak perlahan pula. Alang-alang muncul dengan lagu baru, biarlah nampak perbezaannya," ujarnya.

Rezeki dapat anak belum ada

Lebih setahun mendirikan rumah tangga, masih belum nampak tanda-tanda penyanyi yang terkenal dengan imej berambut kerinting ini berbadan dua. Bercerita soal zuriat, Ezlynn menyifatkan rezeki mereka belum tiba.

"Saya serahkan pada takdir. Kalau ada, kami terima dan jika belum sampai masanya, ia bukanlah sesuatu yang menjadi tekanan buat kami.

"Setakat ini, keluarga kedua-dua belah pihak pun tidak bertanyakan soal itu. Mungkin mereka sudah ada cucu, jadi mereka tidak kisah sangat," kata Ezlynn sambil tersenyum

Perit jadi hantu terbang

Mengulas wataknya sebagai Mon dalam filem arahan Mamat Khalid itu, Ezlynn memberitahu, cabarannya bukan saja membabitkan mental, malah fizikal.

"Dalam filem ini saya memegang watak hantu. Bayangkan saya dikehendaki terbang dan terapung di udara dan untuk melakonkan watak itu. Saya diikat dan ditarik menggunakan kren. Agak menyakitkan juga apabila pinggang saya yang diikat dengan tali ditarik dengan kuat. Nyaris juga saya pengsan kerana tidak dapat bernafas. Mujurlah tiada apa yang berlaku, kalau tidak susah juga.

"Selain itu ada juga babak yang memerlukan saya duduk di atas pokok yang tinggi. Bayangkan saya seorang saja berada di atas dan waktu itu saya memang tak berani nak toleh kiri, kanan atau belakang kerana terasa seperti ada yang memerhati. Pandangan dari atas pun sayup-sayup saja. Memang menyeramkan. Kalau tak kuat, habislah," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Aidil Zafuan Nafi Kenal Tengku Fiella Bekas Kekasih Nazmi Faiz

Posted: 27 Jan 2013 10:32 PM PST

Posted: 28 January 2013 at 2:32 pm  

Aidil Zafuan

Nazmi Faiz yang mendakwa Aidil Zafuan telah curang dengan kekasihnya melalui akaun twitter miliknya pagi tadi nyata telah mengemparkan banyak pihak.. Ramai yang tertanya-tanya akan kebenaran cerita itu.. Susulan itu, pihak Media Hiburan telah berjaya mendapatkan reaksi Aidil Zafuan..

Melalui kiriman sms, Aidil Zafuan menjelaskan yang dia sebenarnya tidak beberapa mengenali Nazmi Faiz secara rapat dan Aidil juga tidak tahu kenapa namanya dikaitkan dalam situasi ini.. Tambah Aidil Zafuan, dia juga tidak mengenali siapakah Tengku Fiella yang dikatakan bekas kekasih Nazmi Faiz itu..

"Biarlah orang nak cakap apa, saya tahu apa saya buat, kenal pun tidak, tiba-tiba dikaitkan dengan berita seperti ini," ujar Aidil yang akan menghubungi Nazmi sendiri untuk mendapatkan penjelasan. – Media Hiburan

Dalam pada masa yang sama, Tengku Fiella melalui akaun twitternya juga menafikan yang dia mengenali Aidil Zafuan secara peribadi.. Menurut Fiella, dia mungkin tengah marah dan tidak boleh terima kenyataan yang mereka berdua sudah putus sehingga mengaitkan orang lain..

Nazmi Faiz Dakwa Aidil Zafuan Curang Dengan Kekasihnya?

Posted: 27 Jan 2013 09:35 PM PST

Posted: 28 January 2013 at 1:35 pm  

nazmi faiz dan aidil zafuan

Jika sebelum ini Nazmi Faiz yang juga pemain bola sepak Kebangsaan menuduh kekasihnya, Tengku Fiella seorang penipu dan kaki kikis melalui akaun twitter, Namun selepas itu dia mendakwa yang akaun twitternya diceroboh.. Terbaru, awal pagi tadi Nazmi Faiz sekali lagi mengeluarkan kenyataan mengenai teman wanitanya itu tetapi kali ini beliau turut mengaitkan sekali Aidil Zafuan di dalam ini drama…

Selain menegaskan yang Nazmi Faiz dan kekasihnya, Tengku Fiella tidak lagi bersama.. Nazmi juga mendakwa yang Aidil Zafuan dan Tengku Fiella telah tinggal bersama di Johor Bahru dalam beberapa minggu, malah Aidil Zafuan juga dikatakan turut memberi wang RM1,000 untuk berbelanja disana..

Walau bagaimanapun kesemua tweet Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam. Tertanya-tanya juga MyGosip Adakah akaun twitternya diceroboh sekali lagi atau apakah yang sebenarnya berlaku diantara mereka bertiga? Sama-sama la kita tunggu kenyataan rasmi mereka…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS