Adsense

Isnin, 12 Mac 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Makan Malam Bersama Kumpulan SMASH

Posted: 12 Mar 2012 08:07 PM PDT

Hey, sekalian peminat fanatik SMASH… Mahu tak kalau Budiey ajak korang makan malam bersama dengan kumpulan K-Pop dari Indonesia, SMASH?

Fuh… giler! Siapa tak nak kan? Kata minat SMASH! Heh!

Bukan sekadar dapat makan malam bersama pasangan anda, malah sekiranya terpilih, anda juga dapat beramah mesra secara eksklusif dengan semua anggota kumpulan SMASH yang hebat menari dan menyanyi ini!

Tarikh: 15 Mac 2012
Masa: 8.00 malam
Tempat: Sebuah Restoran Terkenal di Solaris Mont Kiara
Tema: Putih & Hitam

Kali ini, Budiey ingin menjemput 3 pasang couple… untuk makan malam bersama SMASH.

SMASH

Caranya senang sahaja… anda perlu menjawab 3 soalan berkenaan dengan SMASH

  1. Berapakah ahli anggota kumpulan SMASH?
  2. Sebutkan tiga anugerah yang pernah dijulang oleh SMASH
  3. Bilakah kumpulan SMASH ditubuhkan?

Sebagai pemutus seri, sila penuhkan slogan ini.

Saya ingin makan malam bersama SMASH kerana… (tidak lebih 20 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:

Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
14 Mac 2012 jam 12 tengahari

Tajuk Email: Peraduan Makan Malam Bersama Kumpulan SMASH

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui email & twitter.
  3. Keputusan juri adalah muktamad.
  4. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Budiey tinggalkan korang dengan video muzik SMASH – Ada Cinta. Layaannnn!

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Showcase SMASH di Plaza Sungei Wang
  • Budiey.com Blog Rasmi Promo Tour SMASH
  • Peraduan Makan Malam Bersama Shaheizy Sam
  • Peraduan Makan Malam Bersama Naizle di Restoran Intai-Intai
  • I Heart You Single Pertama SMASH
  • SMASH Bakal Buat Showcase di Malaysia
  • Lirik Lagu I Heart You dari SMASH
  • Lirik Lagu I Heart You Smash
  • Jom Join Peraduan Sepetang Bersama Yazer
  • Spielberg's SMASH Hit
  • Gambar Malek Nor & Dr Wan Asma Kahwin

    Posted: 12 Mar 2012 07:13 PM PDT

    Selamat pengantin baru buat Datuk Malek Nor & isteri yang baru sahaja selamat disatukan menjadi suami isteri semalam. Semoga kalian terus bahagia selamanya ya.

    Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail. Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad, 87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

    Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

    Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

    Malek Nor Kahwin

    Malek Noor berharap agar perkahwinan pertamanya ini kekal sehingga ke akhir hayat. Dr Wan Asma memberitahu beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.

    Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

    "Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu," katanya.

    Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur.

    "Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula," ujarnya.

    Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang. Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

    Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.

    Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.

    Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).

    Malek Nor Kahwin

    Malek Nor Kahwin

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Erin Malek di Malam Penghargaan Metrowealth
  • Happy Birthday Erin Malek
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Erin Malek Histeria Gara-Gara Durja Ningsun
  • Erin Malek Dapat Hadiah iPhone 3GS & Beg GUCCI
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Video Dato' Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Asma Ul Husna di Studio
  • Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki
  • Eksklusif Gambar Terbaru Keluarga Erin Malek
  • Gambar Eira Syazira dan Esma Danial Kahwin?
  • Sensasi

    Sensasi


    Kekasih baru Fahrin ,anak produser besar,Datin Zaiton

    Posted: 12 Mar 2012 08:36 AM PDT

    Apa yang Sensasi boleh katakan,Fahrin dan Adila memang sama cantik dan sama padan gitu..

    Sebelum nie Fahrin pernah menjalin hubungan cinta dengan Linda Onn dan Scha Al Yahya..


    l



    Bertemu pasangan yang sedang bercinta ini dalam satu majlis memperkenalkan pelakon drama-drama terbaharu TV3 baru-baru ini, pintu hati Fahrin dan Adila sekali lagi diketuk. Jika pada awal dahulu mereka pantas membuat penafian, kali ini berlainan sedikit.

    Mereka mengaku selesa dan tidak menafikan tarikan pada diri masing-masing menjadi antara faktor kelangsungan persahabatan yang semakin intim. Mereka sudah betah duduk berdua di hadapan media. Adila yang juga anak kepada pemilik rumah produksi Global Station, Zaiton Mohd. Jiwa itu menyifatkan Fahrin sebagai lelaki budiman.

    Ramai yang melihat kalian keluar berdua berpegangan tangan, anda bercinta?

    FAHRIN: (Senyum panjang) Buat masa sekarang, memang kami rapat. Ya, kami keluar bersama tapi kenyataan yang kami berpegangan tangan itu tidak benar. Mengenali seseorang (Adila) itu menjadi tanggungjawab saya, lagipun kami dalam industri yang sama tapi memang hubungan kami sangat rapat.

    Jadi apa nama status hubungan itu?

    Untuk mengesahkan status, itulah yang merumitkan saya. Saya harus menangani perkara itu dengan cermat. Komitmen kami berdua lebih kepada persahabatan dan rakan dan industri.

    Umur makin meningkat, kerjaya sudah stabil, bila agaknya Fahrin nak mengakhiri zaman bujang?

    Betul, umur saya sudah 33 tahun tapi mujurnya keluarga tidak mendesak. Saya tak boleh nak fikir pasal kahwin sebab komitmen saya dengan karier sangat besar. Lagipun, selama ini saya penat melayan gosip dan masalah dalam perhubungan. Sekarang saya tengah 'bayar hutang' untuk diri sendiri. Dalam setahun setengah ini, saya rasa sangat tenang.

    Tenang dengan Adila?

    Saya selesa dengan dia.


    Berkawan dengan anak produser besar, tentu memberi ruang selesa, bukankah ia memberi zon selesa untuk anda mendapat tawaran lakonan?

    Eh, taklah. Sekarang saya tengah buat penggambaran drama bersiri Seindah Sakura terbitan Temenggung Picture, bukan dengan Global. Pemilihan pelakon juga ditentukan oleh stesen televisyen.

    Impak Fahrin tidak sehebat dahulu, sekarang kemunculan anda seperti mendatar sahaja, kenapa?

    Populariti itu bonus tapi saya juga manusia yang mencari kualiti, bukan sahaja lakonan tapi juga untuk sisi hidup yang lain. Saya akui belum pernah dapat anugerah, tapi terbaik dalam industri ini bukan ditentukan oleh seorang pelakon sahaja, kena disokong oleh semua sudut.

    Ada tawaran filem?

    Saya sedang dalam perbincangan yang serius untuk terlibat dengan sebuah filem aksi. Kalau jadi itulah filem aksi pertama saya. Harap penonton boleh tengok saya beraksi, lawan bertumbuk dalam filem suatu hari nanti.

    Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri

    Posted: 12 Mar 2012 08:29 AM PDT

    Perjuangan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi untuk membantu golongan artis berubah menjadi insiden memalukan apabila dirinya dimaki oleh sekumpulan lelaki di hadapan isterinya pagi semalam ketika mahu bersarapan di sebuah kedai.

    Peristiwa memalukan ini tercetus gara-gara pihak berkenaan , salah faham dengan menyangka, cadangan memberikan keizinan kepada artis untuk memasang cermin gelap merupakan usul ketiga yang dikatakan bakal dikemukakan Seniman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi laporan media sebelum ini.

    "Memang benar saya dimaki pagi semalam. Takkanlah pula saya mahu menipu masyarakat. Sebenarnya, usul untuk minta izin artis pasang cermin gelap bukanlah usul yang sepatutnya saya kemukakan.

    "Usul ini terbit tatkala beberapa media bertanyakan akan hal tersebut. Saya hanya menjawab berkemungkinan besar tetapi ia belum ada dalam bentuk bertulis lagi. Apatah lagi, ia bukanlah usul sah yang akan saya bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri ((KDN).

    "Insya-Allah, mengikut perancangan, esok saya akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membentangkan usul yang ketiga berkenaan. Apakah usul berkenaan, ada baiknya pihak KDN yang mengumumkannya nanti," katanya.

    Mengulas lanjut mengenai insiden memalukan itu, Zed menegaskan tidak hairan dengan gertakan yang ditujukan terhadap dirinya itu. Namun, jauh disudut hatinya terdetik rasa malu kerana perkara tersebut, berlaku di hadapan isterinya yang sedang mengandung cahaya mata sulung.

    "Saya tidak hairan dengan apa yang terjadi. Saya sudah lali dengan kutukan sebegini kerana saya tahu sebagai artis tidak semua orang senang dengan gerak-geri kita. Sejujurnya, sebaik saja diberikan amanah untuk menjawat jawatan ini, saya sudah tanam pada diri saya bahawa kemungkinan yang bakal saya lalui.

    "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Inilah asam garam yang perlu saya lalui sebagai pejuang nasib anak seni tempatan melalui persatuan. Sa­ya berani menanggungnya.

    "Tiada masalah bagi saya untuk mereka gertak sebegitu asalkan dia tidak sentuh saya atau memukul saya. Kalau mereka sentuh saya, mungkin perkara lain akan terjadi. Namun, saya kurang selesa kerana ianya berlaku dihadapan isteri saya," jelasnya.



    Dalam pada itu, Zed Zaidi, memberitahu selepas insiden itu, dia dan isteri terus berpindah ke restoran lain untuk bersarapan kerana tidak mahu perkara lain berbangkit.

    "Mereka yang mengutuk saya adalah sekumpulan pemuda. Bermacam-macam tuduhan dan makian yang dilontarkan terhadap saya. Mungkin kalau mereka pukul saya, barulah saya akan membuat laporan polis.

    "Apapun, pagi tadi, saya ada menerima panggilan daripada pegawai polis yang merupakan teman saya bertanyakan tentang kejadian ini. Namun, saya menegaskan ia adalah perkara biasa. Mujurlah juga pengunjung restoran berkenaan juga buat tidak tahu saja," ujarnya.

    Berikut adalah usul yang dikemukan pihak seniman.

    1. Kuota khas untuk artis dalam skim rumah rakyat 1Malaysia di Putrajaya.

    2. Insurans untuk golongan artis.

    3. Usul yang ketiga masih lagi belum dibentangkan lagi.

    Gambar anak lelaki Harith Iskandar ,Zander Xayne Iskander

    Posted: 12 Mar 2012 08:21 AM PDT

    Wajah comel bayi sulung Harith dan Jezamine Lim persis wajah ibunya,tapi bila tengok dua kali mcm wajah Harith Iskandar jugak kan..

    "Zander Xayne Iskander. He has my head ... with more hair. And he already has more google search results than me!" Ujar Harith berseloroh..





    Irma bakal bertunang 27 Mac dengan siapa?

    Posted: 12 Mar 2012 08:17 AM PDT


    Irma didakwa bakal bertunang pada 27 Mac dalam satu majlis di kediaman keluarganya di Sungai Buloh, Selangor.

    Bakal tunang Irma dikatakan berjaya memikat hatinya ketika bersama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah tidak lama dulu.

    Walaubagaimanapun aktres berusia 30 tahun ini masih belum mengesahkan berita tersebut.

    Selepas tampil dengan imej bertudung, Irma pernah memberitahu ciri-ciri lelaki pilihannya untuk dijadikan teman hidup.

    "Seperti yang digalakkan dalam agama Islam, calon pasangan hidup mesti dipilih berdasarkan agama, keturunan, harta dan rupanya. Namun saya hanya inginkan seorang lelaki yang beriman, bertanggungjawab dan boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan."

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Sahkan Bakal Bertunang, Irma Hasmie Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini!

    Posted: 12 Mar 2012 10:00 PM PDT

    Akhirnya Irma Hasmie telah mengesahkan yang dia akan bertunang tahun ini dan kemungkinan besar pada 27 Mac ini di Sungai Buloh.

    Menurut sebuah akhbar online tempatan, Irma masih belum mendedahkan identiti bakal tunangnya dan dia hanya akan memberitahu pada umum pada majlis pertunangannya nanti. Irma juga tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai majlis pertunangannya.

    Dalam laporan OHBULAN! sebelum ini, Irma Hasmie dan bakal tunangnya telah berkenalan ketika mereka  berada di Tanah Suci Mekah sempena mengerjakan ibadah umrah, Ramadhan tahun lalu. Irma Hasmie juga sebelum ini pernah bercinta dengan Nabil Raja Lawak dan Farid Kamil, namun kedua-duanya putus ditengah jalan.

    Mungkin kali ini Irma telah bertemu dengan calon yang sesuai, maklumlah, berjumpa di Tanah Suci, mungkin banyak hikmahnya.

    Kredit Berita : mStar Online

    Video: Tiz Zaqyah Punya Suara Merdu, Nyanyi Lagu “How Do I Live”!

    Posted: 12 Mar 2012 05:05 PM PDT

    Pertama sekali OHBULAN! mahu cakap ialah, terbaik! Tak sangka Tiz Zaqyah punyai banyak bakat yang terpendam.

    Kalau anda perasan, didalam album Facebook rasmi Tiz, anda boleh melihat beberapa karya lukisan potret oleh gadis kecil molek ini yang cantik. Namun kali ini, disebabkan kebosanan Tiz seperti yang dikatakan didalam videonya, Tiz Zaqyah telah merakamkan sebuah video dia sedang menyanyi lagu "How Do I Live" nyanyian asal oleh Trisha Yearwood.

    Antara komen-komen dari peminat Tiz termasuklah,

    Bukan setakat berlakon dan melukis, kami rasa Tiz sememangnya dilahirkan sebagai anak seni yang berbakat. Namun begitu, jangan pula anda terkejut. Sebelum ini juga, Tiz Zaqyah pernah menyanyi untuk lagu tema Nur Kasih The Movie.

    Tidak mahu bercakap panjang, anda dengarkan lagu "How Do I Live" nyanyian Tiz Zaqyah selepas ini ya!

    borak kosong

    borak kosong


    Tradisi Aneh,,,Kahwin Paksa Sebelum Haid

    Posted: 12 Mar 2012 09:15 PM PDT


    Sanaa - Para lelaki normal, lajang atau duda, tentu ingin mendapatkan isteri dengan usia lebih muda dan tentu saja masih perawan. Namun, tradisi yang berlaku di sejumlah negara berkembang, seperti Yaman dan Afganistan, memperlihatkan kelakuan kaum Adam di sana yang sungguh keterlaluan.



    Mereka bukannya mencari gadis cukup umur untuk dijadikan istEri, tetapi malah menyasar anak-anak usia di bawah satu dekad, bahkan lima-enam tahun, untuk dijadikan pendamping hidup. Meski bakat cantik sudah terlihat, namun secara lahiriah belum ada yang menarik dari tubuh anak-anak ini. Payudara dan punggung saja belum terbentuk.

    Seperti dilaporkan majalah National Geographic edisi terbaru, saban tahun, 10-12 juta gadis belia dipaksa menikah sebagai tradisi dan cara menyelesaikan kemelut keluarga. Biasanya, upcara pernikahan berlangsung tengah malam atau dinihari agar tidak ketahuan polis.

    Seperti pengalaman Rajani, lima tahun, dari Negara Bagian Rajashtan, India, yang tertidur saat hendak dinikahkan. Ia pun terpaksa dipangku oleh pak ciknya ke tempat pernikahan dengan calon suaminya yang baru berumur 10 tahun.

    Lain lagi dengan gadis cilik dari Yaman bernama Ayesha, 10 tahun. Ia begitu ketakutan saat melihat calon suaminya yang berusia setengah abad. ?Tiap hari ia menelefon saya dan menangis,? ujar adiknya yang bernama Fatimah. Ayesha dan suaminya tinggal di sebuah desa, sekitar dua jam perjalanan dari rumah orang tuanya.

    Dunia pernah dikejutkan oleh kisah Nujood Ali yang lari dari rumah suaminya kerana dinikah paksa. Ia lantas meminta pengadilan mengabulkan gugatan cerai terhadap suaminya yang berumur 30-an tahun. Upayanya berhasil. Ia sekarang kembali bersekolah dan tinggal dengan orang tuanya. Cerita Nujood dibukukan dalam 30 bahasa dengan judul I Am Nujood, Age 10 and Divorced.

    Selain kehilangan masa kanak-kanan mereka, gadis-gadis bau kencur itu juga terancam kehilangan nyawanya saat melahirkan .

    Kenapa Sales Promotion mesti wanita?Jawapannya tengok gambar

    Posted: 12 Mar 2012 09:00 PM PDT

    Sales Promotions Girls....girl itupun dah dikhaskan untuk perempuan
    dan tak ada Sales Promotions Boys...so kerja ini memang di khaskan untuk perempuan...
    dan cuba kita lihat gambar di bawah...





    ini gambar SPG....tapi bagaimana kalau lelaki mengamabil alih
    tugas ini...




    Kedudukan dan posisi yang sama...menarik tak?
    tiada tarikkan bukan....


    Hyoyeon 'SNSD' & Suzy 'Miss A', Kaki Siapakah yang Terseksi ?

    Posted: 12 Mar 2012 08:45 PM PDT


    infospesial.net -  Para idol perempuan yang tergabung dalam pasukan G8 pada acara Invincible Youth 2 sempat menikmati percutian ke sebuah pemandian air panas.Dan kini penampilan mereka menjadi topik baru netizen, mereka membandingkan kaki siapakan yang terseksi antara Hyoyeon SNSD atau Suzy Miss A.

    Dalam foto tersebut terlihat personil SNSD, Hyoyeon dan Miss A, Suzy tengah berjalan dengan mengenakan baju renang, sehingga memperlihatkan kaki mereka secara utuh.



    Melihat kedua personel girland tersebut yang berjalan berdampingan dengan bentuk kaki yang berbeza, para netizen pun membuat perbezaan kaki yang terlihat  tersebut sebagai topik yang sangat menarik perhatian.

    Berbagai komen netizen pun muncul, mulai dari mengatakn jika badan Suzy yang terlalu kurus sehingga kakinya terlihat lebih ramping, ataukah memang badan Hyoyeon yang terlalu gemuk sehingga kakinya terlihat besar.

    "Kufikir itu bukan kerana Suzy yang gemuk, tapi Hyoyeon memang sangat kurus" atau "ukuran kaki Suzy dua kali ganda lebih besar daripada Hyoyeon".

    Dua Remaja Merokok, Istana Bersejarah Terbakar

    Posted: 12 Mar 2012 08:30 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM -Pihak Polis Kosice di wilayah timur Slovakia, terpaksa menahan dan memeriksa dua anak laki-laki kerana keduanya di dapati merokok.


    Akibat  kedua remaja ini merokok, sebuah istana kuno bersejarah terbakar.


    Polis menduga, sebab perangai kedua anak yang usianya di bawah 15 tahun itu mengakibatkan rumput di sekitar istana Krasna Horka terbakar dan mengarah ke bangunan istana.


    Api diduga berasal dari percikan mancis yang mereka pakai ketika sedang menyalakan rokok.


    "Satu unit polis dikirim ke istana itu dan menemukan dua remaja berusia 11 dan 12 tahun sedang mencoba menyalakan rokok," kata juru bicara kepolisian Jana Mesarova, Senin (12/3/2012).


    "Akibat kesalahan mereka, api memercik ke rumput dan menyebabkan kebakaran," tambah Mesarova.


    Sesuai undang-undang Slovakia, anak-anak berusia di bawah 15 tahun tidak boleh dikenakan tuntutan hukum.


    Padahal akibat kecerobohan itu istana yang dibangun pada abad ke-14 tersebut terbakar dan membuat pemerintah harus mengerahkan 84 kereta pemadam kebakaran ke lokasi itu.


    Museum Nasional Slovakia lewat akaun facebooknya menyatakan kebakaran di istana itu sangat besar. Nasib, 90 peratus koleksi benda-benda bersejarah di dalam istana itu berhasil diselamatkan termasuk berbagai foto kuno istana, lukisan dan berbagai ornamen kuno.


    Pada 2010 sampai 2011 istana ini direnovasi dan dibuka kembali untuk publik pada April tahun lalu. (bbc)

    Waniat ditemui tewas ketika cuba mencuri pakaian yang didermakan

    Posted: 12 Mar 2012 08:15 PM PDT


    Seorang wanita di New York ditemukan tewas terperangkap di sebuah boks yang biasa dipakai orang-orang untuk mendermakan pakaian mereka.
    Perbuatan Melissa Mazzeo, wanita berusia 51 tahun dari New York ini memang sungguh keterlaluan. Boks tempat derma pakaian untuk orang tidak mampu malah ingin ia jadikan sebagai dispenser pakaian percuma. Untung saja usaha keji itu tak berhasil, tapi ia tetap harus membayar harga yang sangat mahal dari perbuatannya tersebut.
    Tubuhnya ditemukan dalam keadaan tersepit di lubang tempat memasukan pakaian. Kepalanya berada di bahagian luar boks, sedangkan sebahagian tubuhnya berada di dalam boks.
    Diduga pintu penutup boks tiba-tiba tertutup ketika ia berusaha keluar dari dalam boks. Pintu itu menyepit kepalanya hingga ia tewas kerana diduga kesulitan bernafas.
    Kejadian ini terjadi di Victory Boulevard dekat Clove Road, New York.

    sumber: myfoxhouston

    Lelaki Mengaji Dalam Koma

    Posted: 12 Mar 2012 08:00 PM PDT


    Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan- SubhanAllah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.


     Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan " apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti ". Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.


     Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.


    sumber

    Menangis atas bumbung IPD

    Posted: 12 Mar 2012 07:45 PM PDT


    ALOR SETAR – Seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan menggemparkan orang ramai apabila dia cuba terjun dari tingkat empat bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini sebelum dapat diselamatkan setelah dipujuk selama tiga jam kelmarin.
    Kejadian pukul 5 petang itu berlaku apabila lelaki berusia 26 tahun tersebut naik ke tingkat atas melalui tangga bangunan sebelum dia dilihat duduk di bucu bumbung.
    Warga IPD dan orang ramai yang ternampak perbuatan lelaki itu terkejut menyebabkan suasana di balai polis tersebut bertukar kecoh.
    Difahamkan, kelindan lori yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak tersebut datang dari Kluang, Johor ke negeri ini untuk menjalani kehidupan baharu dengan mencari pekerjaan lain. Jarak di antara dua tempat itu kira-kira 704 kilometer.

    sumber : kosmo online

    Kaki judi gigit zakar anak hingga putus

    Posted: 12 Mar 2012 07:30 PM PDT


    BEIJING: Orang ramai terkejut apabila seorang bapa menggigit hingga putus zakar anaknya yang baru berusia enam tahun sebelum memuntahkannya di tepi jalan, semalam.
    Saksi berkata, lelaki berusia 32 tahun itu berjalan bersama mangsa yang berbogel serta adik perempuannya yang berusia empat tahun.

    Pada satu ketika, kata saksi, si bapa mengarahkan budak lelaki itu menjilat kemaluannya tetapi dia enggan, menyebabkan dia berang.


    "Lelaki itu membaham kemaluan anak lelakinya dan menggigit zakar mangsa," katanya.

    Akhbar City Post semalam menyiarkan gambar mangsa terbaring di hospital di Shenzhen, wilayah Guangdong dengan bahagian sulitnya berbalut.


    Media melaporkan, doktor gagal menyambung kemaluan mangsa, tetapi terlalu awal menjangkakan bagaimana keadaannya selepas ini. Polis percaya lelaki terbabit mengalami penyakit mental.



    Selain kerap berjudi, dia juga didapati menanggung hutang yang banyak selepas bisnesnya gagal. - TS


    sumber : myMetro

    Rebut parkir: Tembak sepupu sebelum bunuh diri

    Posted: 12 Mar 2012 07:15 PM PDT


    MANILA: Kerana bergaduh mengenai tempat letak kereta, seorang lelaki menembak mati sepupunya sebelum membunuh dirinya, di bandar Mandaluyong, malam kelmarin.
    Eduardo Bassig, 52, meninggal dunia dua jam selepas dia menembak mati sepupunya, Noel Inocentes, seorang pesara jurutera, 55, pada jam 11 malam. 
    Dia meninggal dunia di Pusat Perubatan Mandaluyong.

    Inocentes pula diisytiharkan mati keetika tiba di Pusat Perubatan Cardinal Santos akibat 11 tembakan.



    Pegawai Penyiasat 2, Jesus Busadre berkata, kedua-dua mereka berjiran di sebuah kawasan di Jalan A. Luna di Kampung Barangay Pablacion, di bandar Mandaluyong. -


    Mereka berdua sudah beberapa tahun bermusuhan disebabkan harta pusaka, katanya. - Manila Post 



    sumber : myMetro

    Bunuh diri lepas kekasih putuskan hubungan di FB

    Posted: 12 Mar 2012 07:00 PM PDT


    JAKARTA: Seorang wanita berusia 25 tahun nekad membunuh diri apabila teman lelakinya memutuskan hubungan mereka melalui Facebook.
    Ame, yang bekerja di sebuah butik pakaian di pusat beli-belah di Batam, ditemui tergantung di tingkat dua di rumah penyelianya di kompleks kediaman di Taman Kota Baloi, malam kelmarin. 
    Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

    Penyelianya, Suwinto, berkata, hubungan Ame dan kekasihnya Adian, putus, selepas beberapa bulan bercinta.



    Adian yang tinggal di Pekan Baru menghantar mesej memutuskan hubungan mereka di Facebook. - Jakarta Post



    sumber : myMetro

    Jiran nyanyuk nyaris rentung

    Posted: 12 Mar 2012 06:45 PM PDT


    KUALA TERENGGANU: Seorang bapa kepada tiga anak sanggup menggadai nyawanya dengan meredah api bagi menyelamatkan seorang warga emas berusia 70-an yang cuba memasuki kediaman berkenaan dalam kebakaran di Kampung Pengkalan Maras, Wakaf Tengah, di sini, semalam.
    Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Che Fauzi Ibrahim, 39, yang bekerja sebagai pendawai elektrik kerugian hampir RM40,000 apabila kediaman yang disewanya sejak 10 tahun lalu musnah dijilat api.

    Menurut Che Fauzi, kejadian berlaku ketika dia bersama tiga anaknya berusia antara tiga hingga 11 tahun berada dalam bilik, manakala isterinya, Jamidah Ismail, 37, yang hamil anak keempat menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu Rakit.


    "Saya dengar suara jiran dikenali sebagai Tok Itam menjerit. Pada mulanya, saya tidak mengendahkan jeritan itu memandangkan wanita berkenaan selalu berbuat demikian apatah lagi dia nyanyuk.

    "Bagaimanapun, saya mula mengesyaki sesuatu apabila dia berterusan menjerit dan terkejut sebaik melihat bahagian belakang rumah terbakar.


    "Saya segera menyelamatkan tiga anak dan Tok Itam sebelum mengalihkan sebuah van milik syarikat dan kereta daripada terbakar.



    "Bagaimanapun, keadaan sedikit kelam-kabut apabila Tok Itam masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar menyebabkan saya meredah api menyelamatkannya," katanya.

    Sementara itu, warga emas yang juga pemilik rumah berkenaan, Munah Mohd Amin, 72, berkata, dia tidak berada di rumah ketika kejadian dan bergegas pulang sebaik dimaklumkan kebakaran berkenaan.


    "Walaupun tidak sempat menyelamatkan barang dalam rumah termasuk wang RM1,000, saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya yang kini menumpang di rumah saudaranya buat sementara waktu.

    Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Rozizah Abnihajar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.34 pagi sebelum dua jentera dengan kekuatan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian



    sumber : myMetro

    ‘Budak mata satu’ dah lali

    Posted: 12 Mar 2012 06:30 PM PDT


    MARAN: "Budak mata satu dan hantu. Itulah gelaran yang sering diberikan beberapa kanak-kanak terhadap saya. Memang sedih tetapi apa boleh saya buat?
    "Tidak cukup gelaran sedemikian, ada juga lari lintang-pukang sebaik melihat saya kerana takut," kata Ahmad Shauqiey Ayub, 10, yang hanya memiliki sebiji mata selepas mata kirinya terpaksa dibuang gara-gara kanser.

    Anak bongsu daripada tiga beradik itu yang mula dikesan menghidap kanser mata ketika berusia dua tahun, terpaksa menjalani pembedahan membuang biji mata sebelah kiri bagi mengelak penyakit itu berjangkit dan pembedahan itu dilakukan sepasukan pakar mata di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2005.


    Sejak itu, katanya, hidupnya berubah sama sekali dan pernah terjadi, semua kanak-kanak yang bermain di padang permainan berhampiran rumahnya lari lintang-pukang selain ramai menangis ketakutan apabila dia datang untuk bermain bersama.

    Ahmad Shauqiey sedar dirinya tidak begitu disenangi dan sejak kejadian itu, dia seolah-olah patah hati dan tidak lagi berminat bermain di padang permainan bagi mengelak episod sama berulang selain tidak mahu menimbulkan rasa tidak senang di kalangan jiran di Kampung Berkat, Maran.


    "Saya banyak menghabiskan masa di rumah bermain dengan adik-beradik saja atau dengan beberapa rakan karib di rumah mereka. Saya tiada ramai kawan," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Maran itu.



    Di sekolahnya, Ahmad Shauqiey boleh bergaul dengan semua rakannya ketika di kantin atau menjalani aktiviti kokurikulum tetapi seboleh-bolehnya, dia akan mengelak bertemu pelajar tahun satu atau dua kerana ramai takut melihat wajahnya.

    "Kini selepas lapan tahun kehilangan sebelah mata, saya sudah lali dengan kecacatan dialami dan saya tidak lagi malu berkunjung ke pasar raya dan pusat beli-belah bersama keluarga.


    "Saya tidak menghadapi masalah penglihatan walaupun memiliki hanya sebelah mata. Saya boleh bermain guli dan komputer setiap hari," katanya yang lebih manja dengan panggilan adik.

    Bapa Ahmad Shauqiey, Ayub Basri, 44, berkata, walaupun anaknya hanya mempunyai sebelah mata, dia tetap aktif sama seperti kanak-kanak seusia dengannya.


    Menurutnya, selain memiliki kemahiran bermain guli, Ahmad Shauqiey juga cekap menggunakan komputer termasuk memandu motosikal serta All Terrain Vehicle (ATV).


    "Ada kalanya saya tersenyum sendiri apabila teringat ramai kanak-kanak akan lari dan menangis ketakutan apabila melihatnya. Malah, ada juga yang tidak sanggup bermain dengannya.


    "Walaupun hanya mempunyai sebelah mata, dia tetap sama dengan kanak-kanak lain yang sukakan kebebasan, bermain, melancong dan bersekolah," katanya yang bersyukur isterinya, Masliza Abdul Jalil, 44, tetap tabah menghadapi dugaan hidup itu.


    Ayub berkata, sebelum menjalani pembedahan, anaknya terpaksa menjalani rawatan kimoterapi tiga kali termasuk 25 kali radioterapi dalam tempoh lebih setahun dirawat di HKL.



    sumber : myMetro

    Air mata keinsafan

    Posted: 12 Mar 2012 06:15 PM PDT


    KAJANG: Siapa sangka pada usia 60 tahun ada warga emas yang masih tidak tahu mengerjakan solat akibat terlalu leka dengan kehidupan dunia.
    Itu antara pengalaman yang dilalui Pegawai Penjara, Zuriani Mamat, 37, atau lebih mesra disapa cikgu di kalangan penghuni penjara di situ.

    "Saya tidak pernah bermimpi bakal bergelar cikgu di sini. Pada awalnya, saya hanya diminta memberikan sedikit ilmu agama kepada pesalah maklumlah diri sendiri pun masih kurang ilmu.


    "Terfikir juga apa yang patut diajar sebab pada saya semuanya mereka sudah tahu. Di sini saya hanya mengajar perkara asas saja misalnya cara mengambil wuduk, solat, bacaan dalam solat, zikir dan lain-lain," katanya yang sembilan tahun berkhidmat di penjara itu.

    Pun begitu, sangkaan Zuriani meleset sama sekali apabila menemui seorang banduan warga emas berusia 60 tahun yang tidak tahu bacaan dalam solat. Waktu itu, hati kecilnya berasa sedih kerana pada usia begitu sepatutnya warga emas berkenaan tidak patut memberi alasan sedemikian.


    "Saya tanya semula dengan warga emas berkenaan, adakah dia berkata benar atau hanya bergurau kerana mustahil tidak tahu bacaan dalam solat sebab jika tidak tahu bagaimana solat dia selama ini.



    "Lalu warga emas berkenaan menjawab jujur dan mengakui dia sudah lama meninggalkan solat hingga lupa apa yang perlu dibaca. Sambil menangis dia meminta saya mengajarnya semula," katanya.

    Selain itu, Zuriani berkata, ada juga pengalaman manis apabila beberapa banduan bukan Islam dari Filipina, India dan China mendapat hidayah di penjara itu. Katanya, meskipun menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus memberi tunjuk ajar kepada mereka.


    "Paling penting adalah sifat sabar kerana apabila berhadapan dengan banduan, setiap daripada mereka akan ada karakter yang berbeza serta perlu mainan psikologi yang tinggi. Adakala bukan semua boleh terima apa yang diajar.

    "Kita pula tidak boleh terlalu tekan kerana khuatir akan terjadi perkara tidak diingini. Biasanya banduan tempatan masih boleh dikawal berbanding banduan asing yang selalu ikut perangai sendiri," katanya yang mengajar segmen Halaqah di sini.


    Beliau berkata, setiap modul yang diajar dikeluarkan Jabatan Penjara sendiri dan setiap sesi pembelajaran mengandungi 50 banduan.


    Katanya, antara yang diajar adalah konsep 3T iaitu Talaqi, Tadarus dan Tahfiz yang diadakan setiap Selasa, Rabu dan Jumaat.


    Waktu pembelajaran pula mengikut syif iaitu 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 3 hingga 4.30 petang. Selain Zuriani, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama memberi ceramah kepada banduan berkenaan.


    Berbeza dengan Marzuraliana Mohd Ngimran, 31, yang tugasnya lebih kepada menjaga dan mengawasi blok, tempoh 11 tahun mengabadikan diri di Penjara Wanita Kajang memberi peluang kepadanya mengenal dan mengetahui pelbagai gelagat banduan tempatan mahupun luar negara.


    Bercerita mengenai pengalaman pastinya terlalu banyak, namun yang paling meninggalkan kesan buat dirinya apabila banduan diserang histeria.


    "Kejadian ini berlaku penghujung tahun lalu. Tidak tahu punca sebenar kerana kejadian ini berlaku secara tiba-tiba dan membabitkan semua banduan di blok Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP).


    "Waktu itu keadaan sangat kelam-kabut hinggakan terpaksa memanggil ustaz bagi menenangkan keadaan. Kejadian itu juga memerlukan kami sentiasa siap sedia dalam tempoh 24 jam selain cuti dibekukan," katanya yang baru ditugaskan ke unit itu.


    Marzuraliana berkata, paling penting dalam tugas mereka adalah kerja berkumpulan kerana ia lebih melancarkan setiap tugas yang diberikan. "Kami di sini sudah menjadi satu keluarga dan akan menolong antara satu sama lain. Bukan mudah mahu mengawal dan membuat banduan ikut apa yang diarahkan kerana masing-masing ada perangai sendiri," katanya.

    sumber : myMetro

    ‘Saya nak bersama dia’

    Posted: 12 Mar 2012 06:00 PM PDT


    KUALA LUMPUR: "Saya tahu dia tak berniat nak tinggalkan saya. Selepas ini, saya nak tinggal dengan dia kerana hanya dia yang saya ada di dunia ini. Terima kasih kepada semua, dapat jumpa dia (anak)," kata Faridah Maulud ketika dipertemukan dengan anaknya buat pertama kali semalam sejak ditinggalkan 10 hari lalu.
    Dalam pertemuan penuh sayu itu, kedua-dua mereka dilihat tidak berenggang dengan sesekali anaknya, Amir Mohd Omar, 27, menyeka air mata di pipi ibu berusia 66 tahun itu sambil menerangkan dia tidak meninggalkan ibunya sendirian, tetapi terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan.

    Menafikan anaknya sengaja berbuat demikian, Faridah berkali-kali menyatakan yang dia tahu anaknya mengalami masalah kesihatan dan dia sendiri bersetuju untuk dibawa ke sebuah hotel berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memudahkan mereka berdua menerima rawatan.


    "Dia ada beritahu saya yang dia nak ke hospital, jadi lebih elok saya ikut dia ke sana kerana takut tinggal berseorangan di rumah di Wangsa Maju kerana baru-baru ini ada kes pergaduhan di situ.

    "Cumanya, saya tidak tahu ke mana dia pergi selepas tiga hari tak muncul, tapi dia ada tinggalkan sedikit wang untuk membeli makanan. Hari ini baru dapat jumpa," katanya ketika ditemui semalam.


    Pertemuan itu diadakan hasil inisiatif Harian Metro dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) diketuai pengarahnya, Noormah Abd Rauf.



    Sebelum itu, Amir hadir ke pejabat JKM WPKL di sini untuk memberi penjelasan kepada Noormah berhubung tindakannya meninggalkan ibu itu bersendirian sehingga membawa kepada laporan polis yang dibuat penyelia hotel itu pada 8 Februari lalu. Selepas itu, dia di bawa ke Pusat Sehenti Bina Diri di Sungai Buloh untuk bertemu ibunya dan berbincang mengenai kewajaran untuk mengambil semula wanita berkenaan tinggal bersamanya dalam waktu terdekat.

    Sebaik melihat kelibat anak tunggalnya itu, Faridah tidak henti-henti menangis dan terpaksa ditenangkan Noormah seketika sebelum perbincangan lanjut mengenai status terkini dirinya.


    "Saya hendak tinggal dengan dia kerana dia anak saya. Kalau dapat nanti, saya ingin mengajar al-Quran seperti di kampung sebelum ini. "Saya baca artikel mengenai diri saya, tapi saya tahu anak saya buat yang terbaik untuk saya. Mungkin lebih baik di hotel berbanding di rumah kerana saya tinggal seorang, di hotel orang ramai," katanya.

    Sementara itu, Amir berkata, dia bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu ibunya dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk JKM yang membantu menjaganya sepanjang tempoh itu.


    Katanya, ketika ini, fokusnya hanyalah untuk mencari pekerjaan baru selepas berhenti sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu negara petang kelmarin.


    ‘Kenapa kasi mati anak aku’

    Posted: 12 Mar 2012 05:45 PM PDT


    PASIR GUDANG: "Kenapa kasi mati anak aku." Itu reaksi Roselyn Alan, 25, selepas menerima panggilan telefon daripada polis yang mengesahkan rangka yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu, adalah mayat anaknya, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang.
    Difahamkan, Roselyn menerima panggilan telefon itu pada jam 6.40 petang sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Milnah Jul, 56, yang baru pulang selepas keluar mencari Dirang di kawasan berhampiran.

    Hampir sejam Roselyn menangis sebelum pengsan, manakala suaminya, Lima Medeng, 25, pula merenung ke luar tingkap sambil mengalirkan air mata.


    Roselyn dan Lima gagal ditemu bual semalam kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.

    Milnah berkata, dia terkejut dan sedih dengan berita itu.


    "Saya terkejut selepas Roselyn memaklumkan rangka itu adalah Dirang. Sebelum ini, kami sekeluarga lega selepas polis memaklumkan ia bukan Dirang.



    "Tidak sangka hari ini (semalam) kami menerima berita menyedihkan," katanya sebak ketika ditemui di kediaman Roselyn di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.


    sumber : myMetro

    Cara mudah memakan cokelat tanpa harus khuatir gemuk.

    Posted: 12 Mar 2012 05:30 PM PDT


    SAN FRANSISCO - Seorang professor di University of Harvard berhasil menemukan cara mudah memakan cokelat tanpa harus khuatir gemuk.

    Penemuan yang dikatakan penciptanya sebagai makanan hirup pertama di dunia, memungkinkan pengguna memakan cokelat atau kopi dengan cara menyedutnya. Sang penemu mengungkapkan jika tabung seukuran lipstik bernama Le Whif itu dapat mengeluarkan makanan berukuran kecil, cukup kecil untuk menjadi udara, tapi terlalu besar untuk masuk ke paru-paru.

    Le Whif ang yang mirip dengan inhaler itu mengandung cukup rasa untuk dinikmati selama sekitar lapan sampai sepuluh semburan.

    Inhaler tersebut tersedia dalam rasa cokelat, raspberry cokelat, cokelat mint serta rasa kopi, lengkap dengan satu dosis kafein, setara dengan suntikan kecil espresso.

    Temuan ini diciptakan oleh David Edwards, profesor teknik biomedis di Harvard University, dengan bantuan koki penilai dari Michelin bernama Thierry Marx.

    "Le Whif tidak dirancang untuk menggantikan makanan, tetapi dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman makan, misalnya memungkinkan orang untuk men rasaberbagai masakan dari menu restoran sebelum memesan makanan mereka," ujar Edwards.

    Produk ini dirilis di Paris pada tahun 2009 dengan harapan 25.000 inhaler terjual dalam waktu satu bulan. Inhaler ini telah didistribusikan di Perancis, Inggris, dan di Amerika Syarikat. (srn)

    Macam ni pun ada..Pertandingan lepas pakaian lelaki dan wanita (full pic)

    Posted: 12 Mar 2012 05:15 PM PDT

    1317424652788999
    13174246519644607
    13174246537763750
    13174246558351389
    13174246548663946

    Ngeri..kepala di potong dan kemaluan disumbat dalam mulut kerana merogol (full pic)

    Posted: 12 Mar 2012 05:00 PM PDT




    Beginilah padah yang diterima oleh siperogol,kepalanya dipotong serta kemaluannya juga turut dipotong kemudian disumbat kedalam mulut.Betapa ngerinya hukuman ini.Tetapi patutkah hukuman sebegini dikenakan kepada si Perogol???

    sumber gambar : bestoneoffour.wordpress.com

    Kesian.. Terjatuh Hingga Patah Tulang, Anak Tadika Ini Dipaksa Gurunya Merangkak ke Kelas

    Posted: 12 Mar 2012 04:45 PM PDT


    Chicago - Sungguh keterlaluan, seorang guru tadika di Chicago, Amerika Syarikat (AS) enggan membantu dan mengubati seorang anak muridnya yang terjatuh dari kawasan taman permainan. Anak tadika tersebut dibiarkan berjalan tertatih sampai terjatuh dan merangkak sendirian dari taman bermain menuju ke kelas. Padahal saat itu anak kecil tersebut mengalami patah tulang dan gegar otak akibat terjatuh saat bermain.

    Demikian seperti diberitakan Chicago Sun-Times dan dilansir NYDailyNews.com.

    Orangtua anak kecil bernama Rahul Chandani tersebut, lantas mengajukan saman ke Pengadilan Distrik Cook County. Mereka menuntut ganti rugi sebesar US$ 200 juta  terhadap guru tersebut.

    Orangtua Rahul menyatakan, anak laki-laki mereka tidak diberikan pengubatan apapun setelah terjatuh dan terhantuk kepalanya di sebuah kawasan taman bermain outdoor di Devonshire Elementary School di Skokie, Illinois.

    "Gurunya memberitahu dia, 'Kamu anak yang besar - Saya tidak boleh memangkumu'. Dia (sang guru) meminta anak saya untuk berjalan kembali, tapi kakinya patah jadi dia terjatuh lagi dan kemudian dia harus merangkak sejauh 60 meter hingga 91 meter untuk kembali ke ruangan sekolahnya," cerita ibunda Rahul, Priya Chandani.

    Priya mengaku sangat terkejut saat melihat kondisi buah hatinya usai sekolah. Priya langsung membawa anaknya ke rumah sakit karena ada benjolan di kepala Rahul dan dia mengeluhkan pusing.

    "Segera setelah saya melihat keadaannya, saya tahu ada sesuatu yang terjadi," ucapnya.

    Pasca insiden ini, Rahul pun tidak masuk sekolah selama 6 bulan. Sebabnya, Rahul memerlukan rehabilitasi selama 6 bulan untuk memulihkan keadaannya.


    [Jodoh] Rujuk kembali setelah 57 tahun bercerai

    Posted: 12 Mar 2012 04:30 PM PDT

    VIVAnews - Kedut di kulit tak boleh disembunyikan lagi ketika pasangan itu mengucap janji pernikahan. Memang bukan pernikahan pertama. Mereka menikah lagi setelah 57 tahun bercerai, 70 tahun sejak pernikahan pertama.

    Gelora asmara kembali merayapi Elsie Dunn, 90, dan Leslie Harper, 93. Setelah tak saling bicara selama beberapa dekad, mereka rujuk dan kembali mengucap janji setia di Driffield, East Yorks.

    Upacara pernikahan pasangan rujuk itu dibuat di Pejabat Catatan Sivil Bridlington  tahun ini. "Setiap orang sungguh bahagia mendengar khabar ini. Mereka sudah ditakdirkan untuk bersama," kata Pauline, anak mereka yang kini sudah berumur 65 tahun.

    Magnet asmara mulai mendekatkan mereka setelah isteri kedua Leslie meninggal, 2004 lalu " Awalnya, dia menelefon anak kami, Pauline, menanyakan apakah saya mahu bertemu dengannya. Dan, suatu hari dia datang. Sejak itu kami pun berhubungan kembali," kata Elsie, seperti dikutip dari mirror.co.uk.

    Pauline merupakan anak perempuan pasangan ini semasa pernikahan mereka terdahulu. Dia mengatakan bahawa ayah dan ibunya senang ketika bertemu lagi, setelah sekian lama tak berkomunikasi. Mereka menghidupkan kembali hubungan mereka dan mencuba membinanya lagi.

    Kisah cinta Leslie dan Elsie berawal di Hull pada 1937. Kala itu, Leslie adalah seorang marine yang terlibat Perang Dunia II. SKetika berlabuh di Hull bersama temannya, ida bertemu dengan Elsie. Leslie pun jatuh cinta, ia memutuskan untuk bersama Elsie.

    Pernikahan pertama Leslie dan Elsie berlangsung pada 1941. Tiga tahun kemudian, kebahagiaan rumah tangga mereka semakin lengkap dengan kehadiran Pauline. Sayang, pasangan itu bercerai saat usia pernikahan memasuki tahun ke-13.

    Pasangan yang juga memiliki dua cucu dan seorang cucu yang sudah dewasa itu, saat ini memiliki dua set foto pernikahan yang menjadi kenangan kisah asmara mereka.

    "Kami seperti malaikat kecil. Kuserahkan semua milikku padanya sekalipun kami sempat bercerai," kata Elsie dari lubuk hatinya terdalam. "Aku akan terus menjaganya sebagai sebahagian hidupku. Aku jaga semuanya," Leslie menambahkan.

    Alamak..ada alat untuk berlatih bercium

    Posted: 12 Mar 2012 04:15 PM PDT



    Alat ini berfungsi untuk memaksimakan teknik Ciuman, alat ini dibuat oleh seorang seniman iaitu Didier Faustino.

    Alat ini merupakan hasil cetak 3D dengan nama Topeng Doppelganger, jadi caranya masing masing pakai topeng ini kemudian bercium.....

    Agak pak cik ni pegang pistol betul atau mainan?

    Posted: 12 Mar 2012 04:00 PM PDT





    hebat betul pak cik ni..agak-agak pistol betul
    atau mainan...

    ALAT UNTUK MELUKIS GARISAN TANPA PEMBARIS

    Posted: 12 Mar 2012 11:00 AM PDT

    INILAH ALAT YANG DICIPTA UNTUK MELUKIS GARISAN TANPA PEMBARIS.....






    Rupa seleberiti jika mereka terlampau diet

    Posted: 12 Mar 2012 10:30 AM PDT

    Beginilah keadaan rupa seleberiti jika mereka
    mengamalkan diet yang keterlaluan...














    Aku juga tertipu,ingatkan kereta rupanya ???

    Posted: 12 Mar 2012 10:15 AM PDT




    Inatkan kereta tapi rupanya......

    v



    v


    v


    v


    v


    v


    v


    v


    v