Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Apek Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo

Posted: 15 May 2012 07:27 PM PDT

SAIFUL APEK DAN DAVID TEO BERGADUH

Jika anda mengikuti beberapa post sebelum ini, pasti anda sudah sedia maklum dengan tuntutan sebanyak RM200,000 yang dibuat oleh Saiful Apek terhadap David Teo. Walau bagaimanapun, Apek terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tuntutan itu sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.

Menurut Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, dia tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini. Seperti kata Apek pada sidang media khas yang berlangsung di Tease Restaurant, Subang Avenue, Subang Jaya, kelmarin:-

"Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Ahad lalu dengan mengatakan kes berkenaan sudah ditutup. Saya langsung tak tahu apa-apa.

"Malah peguam saya sendiri tidak memberitahu hal itu kepada saya. Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan keputusan mahkamah seperti dinyatakan pihak yang satu lagi (David),"

Apek turut menjelaskan, walaupun dia membuat tuntutan tersebut, namun dia menegaskan bahawa tuntutan yang dilakukannya itu bukan ingin mencetuskan isu atau memfitnah produksi berkenaan namun ingin menuntut hak. Cuma tuntutan tersebut telah dibatalkan tanpa pengetahuan Apek.

"Saya tidak akan menimbulkan isu tuntutan berkenaan sekiranya ia tidak benar, tetapi nak buat macam mana, mungkin saya kurang arif tentang hal kontrak yang diberikan kepada saya sebelum ini."

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Khas Hari Guru di TV2

Posted: 15 May 2012 09:35 PM PDT

Tontanan Khas Hari Guru Di TV2

Sebagai penghargaan kepada golongan pendidik yang diraikan setiap tahun tanggal 16 Mei, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan dua program menarik yang mengangkat jasa dan pengorbanan seorang guru untuk dihayati bersama.

Saksikan telemovie bertajuk Cempaka Dahlia, jam 10.00 pagi lakonan Darling Ngasri, Kenchana Dewi dan Maimon Talib kemudian diikuti drama Inggeris, Beyond The Blackboard, jam 2.00 petang yang berkongsi plot menarik oleh Emily VanCamp, Steve Talley dan Timothy Busfield. Kedua-dua rancangan ini disiarkan pada 19 Mei 2012 menerusi saluran TV2.

Babak dalam Cempaka Dahlia

Kisah Cempaka Dahlia bermula apabila suatu hari Puan Laila telah memanggil semua guru di sekolah bagi membincangkan prestasi kelas 6 Cempaka dan 6 Dahlia, dua kelas paling corot dan bermasalah. Kenakalan pelajar-pelajar terbabit membuatkan tiada seorang guru pun yang bertahan meneraju kelas tersebut. Guru-guru yang silih berganti itu membuatkan Kelas 6 Cempaka dan 6 Dahlia tambah bermasalah.

Guru Besar akhirnya mengambil inisiatif lain dengan menawarkan pingat "Guru Cemerlang" buat tahun itu adalah berdasarkan mereka yang dapat mengubah salah satu dari kelas C dan kelas D itu.

Lantaran itu, Cikgu Remy dan Cikgu Suzi telah berbincang dan mereka akhirnya bersepakat untuk menyahut cabaran Puan Laila tersebut. Mereka sering berbincang bersama mengenai strategi untuk mengubah kelas masing-masing. Banyak halangan dan dugaan yang dilalui oleh kedua guru ini sehingga membuatkan adakalanya mereka juga berputus asa dan ingin menarik diri.

Satu hari murid kedua-dua kelas itu bergaduh. Guru Besar menyangka Cikgu Remy dan Cikgu Suzi telah cuba untuk meleraikan mereka namun menjadi sebaliknya. Cikgu Remy dan Cikgu Suzi pula yang bergaduh besar kerana cuba mempertahankan pelajar kelas mereka. Sejak itu, hubungan akrab mereka telah bertukar menjadi sebaliknya tambahan mereka kini mula memikirkan 'Pingat Guru Cemerlang' yang hanya ditawarkan untuk seorang guru sahaja. Akhirnya mereka telah membawa haluan masing-masing dengan mempraktikkan cara dan strategi tersendiri. Lalu bagaimanakah kesudahan drama ini?

Diilhamkan dari kisah sebenar, filem Beyond The Blackboard arahan sutradara Jeff Bleckner pula mengangkat kisah seorang guru muda berusia 24 tahun yang kali pertama membuat perbezaan dalam kehidupan kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal. Dia mengajar di dalam kelas tempat perlindungan sementara.

Sekitar tahun 1987 di Albuquerque, New Mexico, filem ini berkongsi kisah satu legasi baru seorang guru dan ibu yang diberi pengajaran yang lebih sukar daripada yang dijangkakan dalam bidang pekerjaan mereka. Mereka mengajar anak-anak yang kehilangan tempat tinggal di sebuah sekolah yang ditempatkan di dalam bilik kecil dan sarat penuntut.

Pelbagai halangan terpaksa dihadapi dalam menyempurnakan impian bergelar pendidik yang sebenar kepada golongan kanak-kanak ini yang berdepan halangan seperti kekurangan bekalan buku dan kelengkapan pembelajaran.

Saksikan dua kisah menarik ini hanya sempena Hari Guru di TV2.

Babak dalam Cempaka Dahlia 1

beyond-the-blackboard-001

Film Beyond The Blackboard

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Cempaka Dahlia Lakonan Darling Ngasri, Kencana Dewi
  • Drama Gurukah Aku Lakonan Faizal Yusof & Siti Fazurina
  • Drama Sempena Hari Guru Lakonan Faizal Yusup, Fazurina
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Gambar Tiz Zaqyah di Sessi Ramah Mesra Drama GEMILANG
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU
  • Gambar Amy Search Bertemu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Maya Karin Berkempen Untuk Alam Sekitar
  • Ida Nerina Jadi Guru Seni Persembahan dan Lakonan di Akademi Fantasia 7
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Hiburan Santai D’ Pantai Dekati Artis

    Posted: 15 May 2012 08:08 PM PDT

    Hiburan Santai D' Pantai Dekati Artis Di TVi

    Berhibur dengan lagu-lagu popular di samping ketahui perkembangan terbaharu mereka menerusi sebuah program terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Santai d' Pantai yang menemui penonton sejak 4 Mei lalu.

    Menariknya program 13 episod yang menampilkan Nabil Raja Lawak sebagai pengacara ini disuntik dengan konsep berbeza kerana setiap episod artis undangan akan meluangkan masa dan bermalam di Resort Santai d' Pantai. Selain daripada meluangkan masa berbual tentang perkembangan terkini berkaitan kerjaya, penonton dapat berhibur dengan lagu-lagu nyanyian mereka.

    Aisya Hasnaa antara artis undangan program ini

    Artis popular yang diundang menghiburkan penonton setiap Jumaat, jam 9.00 malam menerusi stesen saluran remaja RTM, TVi (Saluran 180 Astro) adalah Mila, Aliff Satar, Lufya, Haziq, Amanda Imani, Kumpulan Tilu, Riz, Adam, Sani, Aisha Hasnaa, Kumpulan Cherita, Qalisha dan Nazira.

    Saksikan episod menarik antaranya bersama Kumpulan Tilu yang dijemput oleh Nabil untuk bercuti di Resort Santai d' Pantai. Kedatangan mereka disambut meriah seperti biasa oleh Nabil. Nabil berkenalan dengan setiap ahli kumpulan Tilu dan meminta mereka menyanyikan lagu pertama mereka yang bertajuk "Diam-Diam". Kemudian Nabil bertanya semula kepada Tilu mengenai nama kumpulan mereka, kreativiti mereka dalam menghasilkan lagu serta inspirasi. Tilu dengan besar hati menyanyikan lagu kedua mereka yang bertajuk "Yang Ku Ingin Cinta".

    Nabil dan Tilu meneruskan perbualan mereka dan Tilu meneruskan nyanyian untuk lagu yang ketiga bertajuk "Jangan-Jangan Cuba". Kemudian Nabil bertanya mengenai artis yang menjadi inspirasi dan idola kepada Tilu, banyak artis yang menjadi idola kepada Tilu tetapi mereka memilih lagu Sheila Majid yang bertajuk "Dia" untuk dinyanyikan istimewa buat Nabil.

    Tilu menyanyikan lagu kelima yang bertajuk "Kau Selalu Ada". Atas permintaan khas dari Nabil untuk mendengar lagu terakhir dari Tilu, mereka sudi menyanyikan lagu "Ku Bukan Aku". Setelah puas bercuti di Resort Santai d' pantai kumpulan Tilu mengambil keputusan untuk pulang dan Nabil menghantar mereka hingga ke jeti.

    Menerusi episod lain pula, suasana meriah dan kecoh Resort Santai d' Pantai apabila penyanyi Adam sampai dan terus menyanyikan lagu pertamanya yang bertajuk "Robot". Kemudian barulah Nabil datang menyambut kedatangan Adam. Kemudian Adam menyanyikan lagu keduanya pula yang bertajuk "Jatuh". Nabil mengajak Adam berborak sambil Adam menyanyikan lagu ketiga pula berjudul "Joget Lambak".

    Malam menjelma sambil duduk berborak di tepi laut Nabil dan Adam menikmati panorama waktu malam di Resort Santai d' pantai. Adam menyanyikan lagu Inggeris yang digemarinya yang bersesuaian dengan konsep santai iaitu lagu yang dipopularkan oleh Westlife bertajuk "More Than Words". Nabil menikmati nyanyian Adam sendirian, kemudian dia meminta Adam menyanyikan lagu terakhirnya iaitu "Kubertanya".

    Luangkan masa berhibur dengan program ini hanya di TVi.

    Program Santai d Pantai

    Pengacara Nabil bersama Amanda Imani

    Episod bersama Aliff Satar

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Dafi AF, Rahim Maarof, Ogy Ahmad Daud di Laman Santai
  • Dato' Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search di Laman Santai, Istana Budaya
  • PROGRAM LAMAN SANTAI LAGU & FILEM DI ISTANA BUDAYA
  • Perlawanan Bowling Piala Apa-Apa Aje & Remaja
  • Advertorial: Santai Sahur Bersama Dayu (D'Henna Artiste)
  • Showcase ulang tahun ke 16 KRU @ Ruums KL
  • Gemilang Anugerah PPMH Dalam Media Hiburan
  • Amylea Azizan, Jay Jay dalam Seikhlas Jasa
  • Mawi dan Akhil Hayy Dalam Program Raya 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    OHBULAN!

    Posted:

    Kami ingin membuat kenyataan akhbar mengenai pementasan semula Teater Musikal Upin dan Ipin seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 8hb Mei 2012 dan Berita Harian serta MStar pada 10hb Mei 2012.

    Permohonan untuk mementaskan semula Teater Musikal Upin dan Ipin

    Sememangnya kami belum pernah membuat sebarang permohonan bertulis kepada pihak Istana Budaya (IB) untuk mementaskan teater tersebut pada musim cuti sekolah hujung tahun ini. Sebaik sahaja kami mendapat permintaan dari penaja untuk mementaskan teater ini pada musim cuti sekolah dan selepas meneliti program pementasan IB yang mana kami mendapati Teater Musikal P.Ramlee telah mengundur diri disebabkan ketiadaan penaja, maka kami telah mengajukan permohonan secara lisan tersebut kepada Dato Mohammad Johari sendiri.

    Malangnya permohonan itu ditolak dengan alasan bahawa belum ada pementasan yang diulang dalam tahun yang sama dan pementasan semula hanya dibenarkan selepas tempoh setahun pementasan yang sama. Beliau juga mencabar kami supaya membawa perkara ini kepada akhbar mahu pun kepada menteri, kerana kami telah merayu untuk mengisi slot yang dikosongkan bagi memberi peluang kepada ramai lagi kanak-kanak menyaksikan teater tersebut. Walau bagaimana pun, kami akan mengajukan permohonan rasmi untuk pementasan itu selewat-lewatnya esok dan akan tetap merayu kepada menteri yang berkenaan sekiranya di tolak oleh pihak IB.

    Pementasan Semula

    Kenyataan pihak IB yang belum pernah mengadakan pementasan semula jika belum cukup setahun adalah satu pembohongan atau pun pihak IB tidak mempunyai rekod yang betul. Teater Puteri Gunung Ledang telah dipersembahkan pada 10-24 Feb 2006 dan diulang tayang kembali pada 6-21 Aug 2006.

    Pecah Panggung

    Sememangnya kami sudah menjangkakan bahawa teater musikal Upin & Ipin tidak dapat menandingi teater Lat The Kampung Boy berdasarkan jumlah penonton kerana ia bukan diadakan semasa cuti sekolah. Tetapi kami menerima tarikh yang ditetapkan oleh IB kerana kami telah mendapat penaja dan menjangkakan kami tidak akan mengalami kerugian. Jumlah penonton mengikut perkiraan IB adala bergantung kepada tiket "bud" yang mereka kutip sewaktu penonton masuk ke dalam panggung. Kami mendapati banyak kerusi yang kami jual secara pukal kepada badan-badan korporat pada hari bekerja tidak diisi. Situasi ini berkemungkinan kerana ibu bapa yang mendapat tiket daripada majikan tidak berpeluang untuk pergi atas desakan kerja atau pun anak lewat pulang dari sekolah petang.

    Ini berbeza dengan teater yang lain kerana penonton mereka bukan anak-anak dan tiada halangan untuk menonton pada hari bekerja. Jika diperhatikan, pada hujung minggu, sememangnya teater ini mendapat sambutan yang luar biasa sehingga tiket habis terjual.

    Mengikut perkiraan kami, tidak mungkin 33,000 orang penonton dapat mengisi IB untuk 21 persembahan ( Sebelum ini IB melaporkan sehingga 40,000 orang penonton dan merupakan teater paling berjaya) Teater Lat the Kampong Boy. Ini disebabkan mengikut portal rasmi IB, Panggung Sari hanya mempunyai tempat duduk sebanyak 1,413 kerusi sahaja.

    Tujuan dan matlamat pementasan

    Kami tidak pernah memasang hasrat untuk mengadakan pementasan ini bagi mencipta rekod dan bersaing dengan teater sebelumnya. Jika ia menjadi pecah panggung, alhamdullilah. Tujuan kami adalah untuk menghiburkan peminat Upin dan Ipin, yang semestinya kanak-kanak didedahkan dengan persembahan teater yang semakin pupus kerana kos pembikinannya yang terlalu mahal. Seperti yang saya nyatakan diatas, apabila ia diadakan semasa bukan waktu cuti sekolah dan penonton yang kami sasarkan adalah anak-anak, sudah tentulah ia menjejaskan bilangan penonton.

    Apa pun, kami berbangga kerana, begitu ramai sekali (hampir 60%) penonton yang pertama kali menjejakkan kaki ke IB telah didedahkan dengan pertunjukan teater kepada kanak-kanak serendah umur 2 tahun dimana mereka begitu khusuk sekali menyaksikan persembahan tersebut. Semoga mereka berminat untuk menghidupkan teater apabila mereka dewasa kelak.

    Kami bercadang untuk menurunkan harga tiket kepada lebih rendah lagi jika diberikan peluang untuk mementaskannya di musim cuti sekolah yang akan datang atas kehadiran lebih banyak penaja. Ini akan dapat memeberi peluang kepada lebih ramai lagi penonton menyaksikan persembahan ini nanti.

    Kami masih mengharapkan, agar semua pihak yang bertanggungjawab terhadap Istana Budaya dapat menimbangkan permohonan kami ini dan menyokong usaha kami membantu menyemarakkan industri teater negara.

    Terima kasih.

    Hj. Burhanuddin Md. Radzi  Pengarah Urusan  Les' Copaque Production Sdn. Bhd.

    Related posts:

    1. Aduka dan Dara Khianati Taruna, Cemarkan 'Se-Merah Padi' & Istana Budaya Jadi Saksi Disember ini!
    2. Sah! Disney Asia Tayang Animasi Upin & Ipin, Kini Setaraf Hollywood
    3. Cicakman Pula Akan Dijadikan Teater Muzikal Di Istana Budaya
    4. Isu Upin Ipin Bersekongkol Dengan Parti Politik.
    5. Pocket Ipin, Aplikasi Upin & Ipin Untuk Pengguna iPhone, iPod & iPad
    ]]>

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Inikah Model Miniatur Termewah di Dunia? [Foto]

    Posted: 15 May 2012 09:15 PM PDT

    Sebelas hingga tiga belas Mei kelmarin, acara Kensington Dollhouse Festival di London mempamerkan berbagai macam rumah miniatur serta objek-objek mini lainnya yang tak hanya indah, tapi juga memiliki tingkat ketelitian yang amat menakjubkan.










    Foto gadis ditikam boyfriendnya

    Posted: 15 May 2012 09:00 PM PDT




     A lot of people been hurt girls with boys of his age stabbed with a knife. The incident did not suddenly shoot stab the screen, 
    they started a quarrel, and later the boys kick the girls kick the girl Buyiburao will fight boys may be boys drink it, angrily picked up a roadside fruit stand on the melon stabbing the girl. Just happened below the lens.

    Apa masalah abang ni?

    Posted: 15 May 2012 08:45 PM PDT


    Seksinya Kim Kardashian Dengan Rambut Baru

    Posted: 15 May 2012 08:30 PM PDT

    Siapa yang meragukan keseksian artis 31 tahun ini? Kalau masih ada yang ragu, tunggu sampai kalian melihat gambar yang satu ini. Dengan penampilannya ini dijamin mata lelaki manapun takkan berkedip.

    Seperti dilansir dari Dailymail Isnin (14/5), Kim Kardashian nyaris tak dikenali saat tampil dengan mengenakan wig super pendek di Los Angeles. Tak hanya itu busana super seksi dengan dada sangat rendah tentunya menjadi pemandangan yang sayang untuk dilewatkan.

    Dengan nuansa serba hitam, Kim berhasil menjadi primadona yang disorot banyak kamera di sana. Dengan rambut yang super pendek tersebut, sekilas Kim memang tampak mirip dengan ibunya, Kris Jenner.

    Perubahan penampilan Kim tersebut tentunya bukan tanpa alasan. Bintang KEEPING UP WITH THE KARDASHIANS tersebut sedang menjalani pengamabaran untuk majalah Vogue Itali yang kebetulan mengambil lokasi di LA.

    Selain mengenakan busana panjang yang dihias dengan rendai panjang dari bahan berkelip, Kim juga mengenakan gaun lebih pendek yang hanya sampai betisnya. Selain itu ada lagi beberapa busana yang tak kalah seksi. 

    Sumber : http://www.merdeka.com

    Tikam Kekasih Setelah Ketahuan Tidur dengan Lelaki lain

    Posted: 15 May 2012 08:15 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki bernama Roland Smith (32) ditangkap Jumaat, minggu lalu, setelah menikam kekasihnya kerana tertangkap basah tidur dengan lelaki lain di sebuah motel. Demikian diberitakan The Smoking Gun, Isnin (14/5/2012).
    Roland asal Spotsylvania County, Virginia, Amerika Syarikat (AS), menikam sang kekasih di motel Econo Lodge. Sang korban yang berusia 36 tahun mengatakan kepada polis jika si pelaku menikam di bahagian perut. Sang korban kemudian dibawa ke RS setempat. Keterangan ini dikeluarkan oleh Spotsylvania County Sheriff's Office.
    Roland ditangkap di lokasi kejadian dengan tangan bersimbah darah dan sebuah pisau. Dalam foto, terlihat tulisan di bahagian tubuh pelaku dalam bahasa latin antara lain Cogito ergo sum (saya berfikir kerana itu saya ada), Alis grave nil (tak ada yang sulit bagi mereka yang memiliki sayap), serta sebuah tulisan artikulasi yang ditulis di bawah kata-kata itu.

    Pengantin Baru Ditemukan Mati diTab Mandi

    Posted: 15 May 2012 08:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Ketika polis tiba di apartment milik Estrella Carrera (26), di luar Chicago, Amerika Syarikat (AS), di hari Minggu (13/5/2012), mereka menemukan Estrella sudah tidak bernyawa di dalam tab mandi.
    Ia meninggal dunia, dengan sejumlah luka tusuk di sekujur tubuhnya, yang terbalut gaun pengantin yang ia kenakan, ketika menikahi seorang lelaki berusia 30 tahun di hari Jumaat kelmarin.
    Estrella, tidak memberitahu tetanggganya ketika menikahi lelaki itu, di hari Jumaat. Para tetangganya memberitahu ia, merupakan seorang penyendiri dan tidak pernah bergaul dengan tetangganya. Ia tinggal di dalam apartment itu bersama dengan putra-putrinya
    Menurut pemberitaan the Chicago Tribune, Selasa (15/5/2012), Estrella, ia bekerja sebagai penterjemah bahasa Sepanyol untuk agensi sosial setempat. 
     
    Pada malam terakhir sebelum ia terbunuh, ia diketahui mengundang seluruh keluarga besarnya menghadiri pesta di apartmentnya.
    Menurut sepupunya, Sandy Lopez, ia tidak pernah menyebut sudah menikah dengan lelaki yang ia nikahi tersebut, mungkin lantaran ia tidak menyetujui Estrella menikahi lelaki tersebut.
    "Dia tidak ingin memberitahu saya bahawa ia telah menikah. Ia tidak pernah memberitahu siapa pun," lanjutnya.
    Pihak polis mengaku telah memiliki beberapa dugaan motif dan pelaku, namun belum boleh memastikannya.
    "Kami tengah menelusuri petunjuk, namun kita belum boleh menetapkan tersangka," katanya.

    Cari makanan dalam tong sampah

    Posted: 15 May 2012 07:45 PM PDT


    VANCOUVER, British Columbia - Beberapa orang mencari sisa makanan yang dibuang dalam tong sampah untuk dimakan di sini.
    Mereka merupakan kumpulan yang dikenali sebagai freegan yang tidak membelanjakan wang untuk membeli makanan.
    Freegan ialah gabungan dua perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu free bermaksud percuma dan vegan yang merujuk kepada para pemakan sayur.
    Kumpulan itu akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan.
    Anggota-anggota kumpulan itu turut membuat makanan seperti sandwic daripada sisa makanan.
    Matlamat kumpulan itu ialah untuk membangkitkan kesedaran orang awam tentang isu pengambilan makanan yang berlebihan. - Agensi

    sumber : kosmo online

    ‘Jutawan’ nafi menipu

    Posted: 15 May 2012 07:30 PM PDT


    WELLINGTON: Seorang wanita New Zealand yang didakwa melarikan diri bersama temannya selepas sebuah bank tersilap memasukkan berjuta-juta dolar ke akaun lelaki itu, semalam mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pengubahan wang dan mencuri.
    Pendakwa raya menuduh Kara Hurring lari ke China bersama temannya, Hui Gao selepas Bank Westpac tersilap memasukkan NZ$10 juta (RM25.4 juta) ke dalam akaun Gao setelah dia memohon overdraf sebanyak NZ$100,000.

    Kesilapan itu diketahui beberapa hari selepas itu tetapi ketika itu, sebanyak NZ$6.78 juta sudahpun dipindahkan ke akaun lain dan pasangan berkenaan sudahpun meninggalkan New Zealand.


    Kara yang ditangkap sekembalinya ke New Zealand Februari tahun lalu, dihadapkan ke Mahkamah Daerah Ratorua atas tuduhan mencuri NZ$11,000 dan dua tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$193,000 (RM579,000) di Macau.

    Wanita berusia 33 tahun itu berkata dia tidak tahu wang yang dikeluarkan dari akaun Gao sebenarnya milik lelaki itu. Gao yang ditangkap di Hong Kong September lalu dan dihantar ke New Zealand, akan dibicarakan secara berasingan pada tarikh yang belum ditetapkan. - AFP



    sumber : myMetro

    20 jam meringkuk dalam bonet

    Posted: 15 May 2012 07:15 PM PDT


    ROME: Pendatang tanpa izin memang diketahui sanggup melakukan apa saja asalkan dapat menyusup masuk ke Itali, tetapi penemuan terbaru semalam dianggap begitu luar biasa.
    Seorang pemuda Afghanistan sanggup bersembunyi dalam bonet kereta dengan posisi mengerekot selama 20 jam.

    Menurut polis, pemuda berusia 18 tahun dan tidak didedahkan identitinya itu berharap dapat masuk ke Itali melalui Bari dengan cara begitu.


    Bagaimanapun, kata sumber, usahanya gagal apabila pegawai imigresen melakukan pemeriksaan mengejut dan menemuinya dalam bonet kereta Nissan berkenaan.

    "Ketika ditemui, pemuda itu bersembunyi di celah enjin kereta dengan berbekalkan sebotol air dan sehelai selimut," katanya.


    Jurucakap imigresen Bari berkata, mereka menahan kereta berkenaan selepas mendapati pemandu dan penumpangnya - kedua-duanya warga Bulgaria - dalam keadaan cemas.



    Katanya, kereta itu baru saja tiba di Bari menaiki feri dari Greece.

    Jurucakap itu berkata, pemandu terbabit dikenali sebagai Kaloyanov Ivaylo, 24, manakala temannya Georgieva Stanislava, 39.


    "Kedua-dua mereka ditahan, manakala pendatang tanpa izin itu terpaksa dibantu keluar dari bonet berkenaan kerana berada dalam keadaan separuh sedar," katanya.

    Pemuda Afghanistan itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.


    Feri berkenaan berlepas dari Patras pada pagi Ahad sebelum singgah di Igoumenitsa dan menyambung perjalanan ke Bari.


    Laluan itu memang popular di kalangan penyeludup manusia yang mengenakan caj minimum 5,000 euro (RM19,664) untuk masuk ke Itali. - DM



    sumber : myMetro

    Lelaki cari khidmat seks ditikam

    Posted: 15 May 2012 07:00 PM PDT


    LAS VEGAS: Seorang pelancong Britain cedera parah akibat ditikam berulang kali selepas bergaduh di sebuah premis perniagaan.
    Polis berkata, premis berkenaan diiklankan sebagai pusat spa dan refleksologi tetapi menjalankan operasi pusat pelacuran. Joseph Shariff tiba awal pagi di premis itu awal semalam untuk mendapatkan khidmat seks tetapi menjadi berang apabila menyedari dia ditipu. Dia ditikam berulang kali oleh seorang pengawal keselamatan. Sheriff yang dirawat di sebuah hospital, bagaimanapun enggan memberi kerjasama kepada penyiasat. - AP


    sumber : myMetro

    ‘Ghaib’ bawa cekodok

    Posted: 15 May 2012 06:45 PM PDT


    JOHOR BAHRU: "Saya tidak sangka Hisham menghilangkan diri selepas meminta dibekalkan sarapan cekodok dan air mineral dengan alasan mahu berjalan-jalan.
    "Sudah puas kami mencarinya sejak enam hari lalu, namun hampa," kata Saleha Rasyidi, 43, ibu seorang orang kelainan upaya (OKU) ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Rinting C, Masai di sini, semalam. Saleha berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi, 10 Mei lalu, dia dan suami, Sarmidi Subir, 48, keluar bekerja dan meminta seorang pengasuh menjaga anak sulung, Hisham atau nama sebenarnya Saiful Sarmidi, 21, dan anak kedua, Mohd Wahyu Sarmidi, 5.

    Menurutnya, mereka mengetahui kejadian selepas dihubungi pengasuh pada jam 10 pagi yang mendakwa anak sulung daripada tiga beradik itu hilang.


    "Pengasuh tidak menyedari Hisham keluar rumah kerana ketika itu dia memandikan Wahyu.

    "Apabila mendapati Hisham tiada, pengasuh menyangka dia ke surau berhampiran kerana Hisham gemar meluangkan masa di situ hampir setiap pagi," katanya.


    Menurut Saleha, keluarganya semakin bimbang dengan keselamatan Hisham kerana dia yang menghidap sindrom Down, rabun serta berdepan masalah pendengaran.



    Bimbang dengan keselamatan Hisham, Saleha membuat laporan di Balai Polis Masai pada hari kejadian.

    Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan Hisham diminta menghubungi Saleha di talian 012-7513901 atau 016-7450531.



    sumber : myMetro

    Ular teman ulang kaji

    Posted: 15 May 2012 06:30 PM PDT


    PASIR MAS: "Mirah hanya suka ular sawa dan tidak pernah rasa takut, malah sayang padanya," kata Wan Nor Amirah Wan Apendi, 12, dari Kampung Bechah Tendong, di sini.
    Dia tidak gentar menjadikan ular sawa seberat lima kilogram (kg) dan dua meter panjang sebagai teman karibnya sejak kecil dan sering menemaninya setiap hari ketika meluangkan masa lapang, menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.

    Minat terhadap ular itu turut dikongsi semua adik-beradiknya iaitu abang sulungnya, Mohd Asraf, 28, Wan Mohd Arif, 26, Wan Nor Azain, 21, Wan Mohd Aziz, 15, dan adiknya, Wan Nor Alysya, 9.


    Menurut Wan Nor Amirah, dia memanggil reptilia itu sebagai 'Sayang' dan dia lebih dikenali dengan 'Mirah Ular' di kalangan guru dan rakan sekolah.

    "Mirah dan ayah juga akan memandikan 'Sayang' seminggu sekali dan memberinya ayam antara seekor hingga tiga ekor sebagai makanan setiap sebulan dua kali," katanya.


    Ular itu adalah milik bapanya, Wan Apandi Wan Daud, 51, yang juga mempunyai kepakaran menjinakkan ular selain mempunyai koleksi enam ekor ular terdiri daripada jenis sawa, tedung selar dan senduk.



    Wan Apandi berkata, dia memelihara semua ular berkenaan untuk tujuan membuat persembahan bermain ular di khalayak ramai.


    sumber : myMetro

    Along lontar bom tangan

    Posted: 15 May 2012 06:15 PM PDT


    IPOH: Berpantang maut sebelum ajal. Itu gambaran paling sesuai untuk seorang lelaki yang terselamat daripada maut apabila sebutir bom tangan yang dilemparkan ke arah keretanya tidak meletup.
    Kejadian berlaku depan rumah mangsa, seorang lelaki berusia 40-an, di Taman Bemban Jaya, Batu Gajah, dekat sini, jam 11.30 pagi semalam. 
    Sumber polis berkata, sebelum kejadian itu, kumpulan empat lelaki dipercayai anggota kumpulan ceti haram atau along pergi ke rumah mangsa dan mengugut mangsa membayar hutang lama berjumlah RM30,000.

    Menurutnya, mangsa yang tidak mampu membayar hutang itu bertengkar dengan suspek yang enggan beredar dari pekarangan rumahnya.



    "Kumpulan suspek yang berang tiba-tiba mengeluarkan sebutir bom tangan dan melontar bahan letupan itu ke bawah kereta mangsa sebelum melarikan diri. Namun, mangsa bernasib baik kerana bom itu tidak meledak," katanya.



    sumber : myMetro

    Ibu baru habis pantang parah ditetak

    Posted: 15 May 2012 06:00 PM PDT


    KANGAR: "Selepas ditetak di kepala dan bahu, isteri saya cuba melawan menyebabkan tangannya hampir putus apabila menepis tetakan yang dihalakan ke mukanya," kata Arufullah Dirladhusdan, 26, menceritakan kejadian isterinya diserang seorang lelaki dengan parang di rumah mereka di Kampung Pida 8, Kodiang, Kedah, kelmarin.
    Dalam kejadian jam 11 pagi itu, isteri Arufullah, Hasina Mogul Ahmad, 28, yang baru habis berpantang anak sulung parah di kepala, bahu dan lengan kiri selepas ditetak lebih lima kali oleh penyerangnya dipercayai berpunca daripada masalah hutang. 
    Arufullah dan Hasina, kedua-duanya warga Myanmar. Ketika kejadian hanya Hasina berada di rumah bersama bayi lelaki mereka berusia tiga bulan manakala Arufullah bekerja di sawah berhampiran.

    Menurut Arufullah, sebaik dimaklumkan kejadian itu, dia bergegas pulang dan mendapati isterinya telentang tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah.



    "Ketika cuba membantu isteri, baju saya turut dibasahi darah yang keluar membuak-buak daripada kepalanya yang ditetak dengan parang, malah darah masih mengalir walaupun sudah tiba di hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, semalam.



    sumber : myMetro

    Apek malu sendiri

    Posted: 15 May 2012 05:45 PM PDT


    SUBANG JAYA: Tidak sampai seminggu selepas melancarkan 'perang' terhadap David Teo, pelakon komedi Saiful Apek semalam mengaku 'malu sendiri' dengan kenyataannya itu kerana kes tuntutan RM200,000 yang difailkannya terhadap produser itu sebenarnya sudah selesai tahun lalu.
    "Saya akui kesilapan kerana buta undang-undang dan hanya tahu baca skrip saja. Saya reda dengan keputusan itu dan tak berhasrat buat rayuan kerana kes ini sudah lama iaitu lebih tujuh tahun," katanya pada sidang media di sini, semalam. 
    Akhbar ini pada 11 Mei lalu melaporkan Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, mendakwa David gagal menjelaskan baki bayaran RM200,000 hasil lakonannya dalam filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali.

    Saiful sebelum ini mendakwa tidak menerima bayaran RM200,000 itu sejak 2005 dan mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan mengecam David menerusi laman sosial twitter dan facebook.



    Saiful memfailkan tuntutan ke atas David di mahkamah pada pada Ogos 2007, namun terkedu apabila David tampil menerusi program Melodi di TV3 Ahad lalu dan menjelaskan tuntutan berkenaan sudah ditolak mahkamah pada September tahun lalu.



    sumber : myMetro

    Beginilah Reaksi Monyet LIhat Skirt Awek Terselak

    Posted: 15 May 2012 05:30 PM PDT

    Lihat mimik wajah monyet ini bila lihat skrit awek ni terselak.
    sumber gambar : aspal-putih.blogspot.com

    Gadis Cantik Ini "Berubah" Jadi Lelaki Di Usia 16

    Posted: 15 May 2012 05:15 PM PDT


    "Saya adalah seorang laki-laki yang terperangkap dalam tubuh seorang perempuan." Meyakini keadaan itu, Nicola segera memotong habis rambutnya. Gadis cantik 16 tahun itu
    juga menanggalkan semua barang keperempuanannya seperti skrit, aksesori, dan make up.

    Dengan balutan seluar maskulin dan tshirt ketat untuk menekan payudaranya agar tak menonjol, Nicola mulai memperkenalkan diri ke lingkungan sosialnya sebagai Jason Cooper.

    Terlahir dengan alat kelamin perempuan, ia sudah mencoba menjadi gadis remaja pada umumnya. Tapi, ia selalu tersiksa. Ia pun pernah berkasih dengan laki-laki ketika berusia 15 tahun. Tapi, sama sekali tak ada gairah untuk mencium kekasihnya. Hubungan itu pun kandas dalam satu bulan.
    "Episod hidup yang sangat buruk, tapi itu justru membuat saya yakin bahawa saya tak boleh terus menjalani hidup sebagai perempuan lagi," kata Jason, seperti dikutip dari laman mirror.co.uk.

    Menjadi Jason adalah akhir dari pergulatan batin selama bertahun-tahun. Ia beruntung kerana teman-temannya sangat menyokong keputusan besar itu. Teman-temannya pula yang kemudian membantunya meyakinkan sang ibu untuk menerima perubahan tersebut.

    Alison, sang ibu, cukup terkejut melihat puteri cantiknya berubah menjadi susuk yang sangat maskulin. "Saya menangis kerana merasa seperti kehilangan anak perempuan. Tapi akhirnya saya sedar, dia telah menjadi anak laki-laki yang mengagumkan, saya kagum dengan keberaniannya mengambil keputusan penting dalam hidup," kata sang ibu.

    Demi menunjukkan dukungan pada putrinya, Alison pun menemani Jason berkunjung ke doktor spesialis . Di klinik itu, Jason mendapat suntikan testosteron untuk menyempurnakan statusnya sebagai laki-laki. Perlahan, Jason tak lagi datang haid, suaranya bertambah berat, dan tumbuh halkum.

    Suntikan hormon laki-laki itu membuat Jason semakin percaya diri. Sembari menunggu kesempatan untuk melakukan operasi pembuangan payudara dan perubahan genital, Jason tak ragu menjalin hubungan asmara dengan gadis cantik bernama Rebecca Green. "Memiliki Rebecca di samping saya membuat saya lebih mudah menjalani hidup," ujar Jason.
    Sumber : VIVAnews

    Awek ini selamba kata “Lelaki Tanpa Wang Itu Sama Dengan Sampah” pada kekasihnya depan orang ramai

    Posted: 15 May 2012 05:00 PM PDT


    Kejadian ini terjadi di sebuah gerabak kereta api bawah tanah Beijing, disaat ramainya penumpang yang sedang berada di gerabak tersebut, tiba tiba seorang wanita dengan dialek khas Beijing berkata kata lantang setengah marah pada lelaki disampingnya yang akhirnya diketahui sebagai kekasihnya.


    Wanita berbaju merah tersebut katakan pada kekasihnya " Lelaki tanpa wang itu sama halnya dengan sampah"

    Awek berbaju merah ini melontarkan sumpah serapah pada kekasihnya yang tertunduk dan terdiam "bahawa manusia tak punya wang sama halnya dengan sampah" tak berguna. Si wanita tersebut disaat yang bersamaan sekaligus memutuskan hubungan percintaan mereka didepan ramainya orang yang ikut melihat kejadian memalukan bagi lelaki di gerabak kereta api tersebut.

    Dengan hanya tertunduk dan terdiam seribu bahasa tak menjawab lelaki tadi ditinggalkan oleh sang kekasih dan menanggung rasa malu lantaran kejadian tersebut selain dilihat oleh para penumpang, diam-diam ternyata juga dirakam oleh salah satu penumpang lain yang iseng kebetulan berada didekat mereka dan menguploadnya di situs video semacam Youtube di Cina yaitu Youku.


    Walaupun ini urusan peribadi mereka, kejadian ini menjadi reaktif dan ditanggapi beragam oleh para netizen di seluruh negeri tirai bambu tersebut, ada yang menilai awek tadi sebagai awek matre (materialistis), namun pun ada yang membelanya bahawa hal tersebut lumrah kerana berusaha dan memiliki kehidupan yang layak adalah perwujudan dari tanggung jawab lelaki pada pasangannya, apalagi saat ini tidak sedikit lelaki yang hanya bergantung pada wanita dalam mata pencariannya, bagaimana menurut Anda?-ruanghati.com

    Wanita ini guna kereta kuda melalui Drive Thru Mc Donald tetapi tak dilayan

    Posted: 15 May 2012 04:45 PM PDT

    Peraturan sesebuah restoran kadang membuat pelanggan merasa kecewa. Seperti yang terjadi di Alfreton, Debyshire, Britain. Hanya gara-gara memakai kereta kuda, pelayan restoran cepat saji menolak melayani Debbie Murden dan kekasihya, Ashley Macro. Keduanya datang dari rumah Debbie di kawasan Pinxton. Jaraknya beberapa kilometer dari McDonald. Mereka bermaksud membeli makan tengahari, termasuk  untuk kuda.


    Sesampainya di kauter drive thru, pelayan McDonald menolak dengan alasan kesihatan dan keamanan. Jaringan restoran ini memang menolak layanan untuk pelanggan yang naik kuda atau kereta kuda. Tentu saja perempuan  itu kecewa kerana dua minggu sebelumnya ia juga datang ke sana dan dilayani dengan baik. "Ini sebuah kejutan bagi saya kerana saya tidak pernah ditolak," kata Debby seraya menambahkan ia juga sering masuk ke pub atau restoran lain dengan kereta kuda.


    Lantas mereka membeli makan di pesaing McDonald, yakni Kentucky Fried Chicken (KFC) yang letaknya tidak begitu jauh dari sana. Pilihan Debbie tak salah. Ia dilayani dengan baik dan boleh kembali lagi bila-bila saja. "Kami senang melayani  Debby dan siap menerimanya bila-bila sahaja," ujar seorang juru cakap KFC.
    Perlakuan McDonald itu rupanya membuat Debbie sakit hati. Ia pun bersumpah baru mahu balik ke McDonald jika mereka minta maaf. "Namun, mulai sekarang saya akan menjadi pelanggan KFC," ujarnya. Namun, nampaknya, ia bakal terus menjadi pelanggan KFC lantaran McDonald tetap pada pendirian mereka. "Kami akan memastikan peraturan ini difahami semua pekerja ," kata seorang juru cakap McDonald

    Kerana Masih Kencing Dalam Seluar, Anak ini diLarang Minum Selama 5 Hari dan Mati

    Posted: 15 May 2012 04:30 PM PDT


    Johnathan James, anak laki-laki berusia 10 tahun dari Dallas, menghembuskan nafas terakhir setelah lima hari tidak minum. Ia dilarang minum oleh ayah dan ibu tirinya sebagai hukuman kerana masih kencing dalam seluar.

    Seperti dilaporkan pejabat berita Associated Press, Johnathan meninggal dalam keadaan dehidrasi akut dan suhu tubuh panas tinggi, pada 25 Julai lalu.

    Saudara kembarnya, Joseph James, mengatakan bahawa Johnathan dikurung di dalam sebuah bilik tanpa penghawa dingin. Tanpa boleh minum, Johnathan dipaksa terus berdiri di dekat jendela. Pada hari kelima, Johnathan akhirnya pengsan dan kepalanya terhantuk lantai.

    Dalam keadaan kritis, Joseph melihat sisa air liur masih menempel di tenggorokan saudara kembarnya. Namun, orangtuanya tetap tak memberi minum. "Mereka masih tidak rela membiarkan Johnathan mendapat air," kata Joseph kepada News Dallas Morning.

    Melihat saudara kembarnya menderita, Joseph sangat ingin membantu. Tapi, ia takut menghadapai hukuman serupa dari orangtuanya. "Aku ingin melakukan sesuatu, tapi aku tidak boleh Aku tidak boleh berbuat apa-apa kerana aku akan mendapat masalah," ujarnya.

    Sang nenek, Sue Shotwell, sangat berduka atas musibah itu. Ia mengenal cucunya sebagai peribadi yang baik dan penyayang. "Anak ini, jika Anda tahu Jonathan, dia bolehmemaafkan Anda untuk apapun yang Anda lakukan. Anda boleh menghukumnya, dan ia tetap akan mengatakan 'Aku mencintaimu, Mimi'," kata Shotwell.

    Dokumen polisi menunjukkan secara detail bagaimana Johnathan berjuang hidup tanpa air hingga akhirnya tak sadarkan diri. Dia sempat dibawa ke rumah sakit, namun terlambat bagi pasukan medik untuk menyelamatkan nyawanya.

    Berdasar penyelidikan polis sang ayah, Michael Ray, dan ibu tirinya, Tina Alberson, dituntut bersalah atas tuduhan kekerasan terhadap anak yang mengakibatkan kematian. Pasangan berusia 42 tahun itu menhadapi tuntutan jaksa di pengadilan setempat, Khamis minggu lalu.

    Sementara orangtuanya dipenjara, Joseph James, dan kakak tirinya yang berusia 12 tahun terpaksa tinggal bersama kerabat dekat keluarga mereka.

    vivanews.com

    [Gambar] Tentera wanita terkena bom

    Posted: 15 May 2012 04:15 PM PDT

    Lebih dari 160500 tentara Amerika wanita dikirim ke Iraq, Afganistan dan Asia Tengah sejak perang pada tahun 2003.
    Foto di bawah ini salah satu mangsa terkena bom di Iraq. Kaki sebelah kiri hilang, tapi masih bertahan hidup. Kejadian ketika bom meledak dipinggir jalan di daerah al-Anbar  Iraq...


    Ini mungkin sebabnya lektrik selalu terputus

    Posted: 15 May 2012 04:00 PM PDT








    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    inilah agaknya kot.....

    Kalau ada penumpang macam ni rasa-rasa kau orang lempang tak?

    Posted: 15 May 2012 11:00 AM PDT

    image
    Rasa-rasa kalau kau orang jumpa penumpang jenis macam ini kau orang lempng tak? Kalau aku
    mugkin orang tua ini dah kena maki.Tak hirau perasaan orang lain.Dia ingat stokin dia bau wangi.
    Lihat kakak tu siap tutup hidung lagi.Memang manusia tak reti adab……

    Buka bra dengan tepuk tangan sahaja

    Posted: 15 May 2012 10:30 AM PDT

    Seorang pensyarah dari San Fransisco, Amerika, bernama Randy Sarafan terinspirasi dengan 'celana musik' yang pernah ditemuinya di Suriah dan dengan itu dia menciptakan bra (penutup payudara) elektronik.



    Randy yang pernah menulis buku berjudul '62 Idea yang boleh dibuat dari   Sebuah Komputer Mati' ini ternyata punya pengalaman  dengan pasangannya. Suatu ketika, mereka akan bercinta namun resleting bra pasangannya rosak dan dari pengalaman ini serta 'seluar muzik' dari Suriah akhirnya dia menciptakan sebuah penutup payudara (bra) yang dijamin nantinya tidak akan menyulitkan pemakainya (dan pasangan).




    The Clap-Off Bra from Randy Sarafan on Vimeo.

    bk-jangan dipakai bra ini ketika berada ditempat ramai orang bertepuk
    tangan

    Budak terperangkap dalam lubang bawah tanah selama 3 jam

    Posted: 15 May 2012 10:15 AM PDT

    Aaron Walsh terperangkap dalam  lubang bawah tanah yang sedalam 10 kaki dan hanya dapat di selamat selepas 3 jam kerana jeritannya didengar oleh jirannya.Jiran itu cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya .
    Mereka kemudiannya memanggil pihak bomba dan hanya dengam bantuan bomba dia dapat diselamat selepas 3 jam terperangkap.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS