Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Saman RM200 Ribu, Hafiz AF7 Enggan Beri Komen

Posted: 02 Aug 2012 07:17 AM PDT

HAFIZ AF7 DISAMAN

Nampaknya, Hafiz AF7 enggan memberi sebarang komen terhadap tuntutan saman berjumlah lebih RM200,000 yang dibuat oleh bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro, Nur Haniza Mohd Azhar terhadapnya.

Seperti kata Hafiz:-

"Saya tidak mahu komen kerana bimbang sekiranya saya tersalah cakap, ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada saya,"

Menurut Hafiz lagi, kes ini sudah melibatkan mahkamah dan lebih baik sekiranya peguam dan pihak pegurusannya yang memberi sebarang kenyataan.

NOTA: Jika anda masih belum tahu mengenai kes tuntutan saman yang dibuat oleh bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro terhadap Hafiz ini, anda boleh baca post terdahulu DI SINI. Semuanya jelas di situ.

Related Posts with Thumbnails

Abby Abadi & Memey Suhaiza Sudah Berbaik, Berbuka Bersama

Posted: 02 Aug 2012 02:00 AM PDT

Tersentuh hati ini bila mendapat tahu yang Abby Abadi sudah berbaik dengan Memey Suhaiza, individu yang membuatkan rumah tangganya dan Norman Hakim musnah. Syukur alhamdulillah dan kami tumpang gembira diatas berita baik ini.

Ini dibuktikan dengan sekeping gambar yang menunjukkan Abby Abadi dan Memey Suhaiza bergambar dalam keadaan mesra antara satu sama lain berserta mesej "doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat".

ABBY ABADI DAN MEMEY SUHAIZA BERBAIK

Dalam pada itu, Abby Abadi, Memey Suhaiza, Norman Hakim dan anak-anak juga telah berbuka puasa bersama-sama. Malah, Abby Abadi dan Memey Suhaiza juga sempat bersembahyang Maghrib bersama dengan berimamkan Norman Hakim.

ABBY ABADI DAN MEMEY SUHAIZA BERBAIK

Sekali lagi, syukur alhamdulillah. Semoga ikatan ukhwah ini akan terus erat dan berkekalan selamanya. InsyaAllah. Kepada Abby Abadi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim, buanglah segala yang keruh dan ambillah yang jernih.

Psstt: Pelik sungguh lelaki ini~

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Foto Telanjang Miley Cyrus Bocor ke Publik

Posted: 02 Aug 2012 09:15 PM PDT


Penyanyi Miley Cyrus dikhabarkan mengambil beberapa foto seksi untuknya sang pacar, Liam Hemsworth, dan sekarang foto-foto tersebut bocor ke internet.
Sebuah foto telanjang milik Cyrus menunjukkan aktris sekaligus penyanyi tersebut tampil telanjang di tab mandi dengan menutupi payudaranya, mempamerkan payudara samping serta tatonya, adalah hasil j temannya yang juga adalah seorang fotografer iaitu Vijat Mohindra.
Blog Life of the Rich and Famous adalah yang pertama memposting foto itu dan mengklaim gambar itu diambil pada tahun 2011, ketika Cyrus berusia 18 tahun.
Mohindra dan Cyrus diketahui adalah teman dekat, dimana ia mendokumentasikan tur Gypsy Heart penyanyi itu pada musim semi tahun 2011 lalu.
Foto itu diduga dimaksudkan hanya untuk sang kekasih Liam Hemsworth, tetapi foto itu sekarang jelas ditampilkan di situs Mohindra. Namun, permintaan komen dari perwakilan sang fotografer sampai saat ini belum dibalas.

Sadis,menjadi hakim sendiri,lelaki disiksa dan dibakar

Posted: 02 Aug 2012 09:00 PM PDT


Foto-foto ini  bukan untuk mengajarkan tindak kekerasan kepada siapapun juga yang melihat artikel ini. Hanya ingin memperlihatkan betapa di belahan bumi sana, di tempat yang jauh dari tempat kita saat ini berada ada juga orang melakukan penghakiman di jalan raya atas kesalahan yang dIlakukan. Foto-foto ini tentunya merobek batas norma kemanusiaan yang kadang masih kita pelihara secara ketat.

Tidak tahu dimana insiden ini terjadi, anda dapat melihat orang ini di siksa dengan di baling batu, ditusuk kepalanya dan tidak cuma berhenti sampai situ dan akhirnya orang ini di bakar. Ini adalah sebuah tragedi kemanusiaan yang setiap saat boleh saja terjadi di lingkungan kita.

Tindakan main hakim sendiri memang masih sering kita temukan, penyebabnya sangat komplek kadang hal tersebut muncul dari kesenjangan sosial atau rasa frustasi masyarakat yang sudah tidak percaya lagi dengan institusi hukum yang berjalan di tempat dia berada. Penodaan hukum oleh pihak yang mestinya menjaga hukum agar berjalan sebagaimana mestinya, juga dapat menyebabkan perilaku main hakim sendiri di tengah-tengah masyarakat.


Kita tidak akan membiarkan kejadian seperti dalam foto-foto di bawah ini terjadi di lingkungan kita.









Tetap gembira walaupun hidup macam ini

Posted: 02 Aug 2012 08:45 PM PDT










Apa yang anda lakukan jika ada anak murid berperangai macam ini?

Posted: 02 Aug 2012 08:30 PM PDT




Kopi Terkuat di Dunia Berasal Dari Jawa

Posted: 02 Aug 2012 08:15 PM PDT


Selama ini Indonesia terkenal sebagai penghasil kopi termahal di dunia, iaitu kopi luwak. Namun ternyata, Indonesia memiliki satu lagi jenis kopi yang dikatakan punya rasa terkuat di dunia.

Sebuah kedai di New York kini memasarkan kopi hitam bernama Death Wish Coffee. Menurut si empunya produk, kopi ini diolah secara khusus hingga dapat mempertahankan kadar kafein hingga 200% lebih banyak dibandingkan kopi hitam biasa. Artinya, produk ini tak hanya dapat memuaskan para fanatik pecinta kopi, tapi juga dapat memuaskan siapapun yang ingin cepat bertemu dengan mati. Lihat saja motonya, "perusahaan kopi bertanggung dengan produk yang tidak bertanggung jawab."
Biasanya kopi hitam yang tersedia di berbagai kedai kopi seperti Starbucks memiliki kadar kafein yang lebih rendah dibandingkan kopi biasa. Hal ini disebabkan kerana biji kopi Arabica yang terenak memiliki kadar kafein yang lebih rendah daripada kopi jenis Robusta. Lalu dalam proses memasak kopi Arabica hingga hitam, kadar kafeinnya akan semakin berkurang. Disinilah keistimewaan dari kopi Death Wish Coffee, cara rahsia dalam pengolahannya mengakibatkan kadar kafein kopi itu tetap tinggi.
Yang menariknya lagi, kopi yang dijual seharga $19.99 per pound ini (0,45kg) ternyata bijinya diambil dari Jawa. Walaupun tidak disebutkan tepatnya diambil dari daerah mana.
Yang pasti, rasa kopi ini sudah teruji, bahkan pengeluarnya memberikan jaminan 110% wang kembali jika kopi ini tidak sesuai dengan apa yang dijanjikan. Hmm...Nikmat!

Inilah Foto Darah Babi di Pintu Masjid Perancis

Posted: 02 Aug 2012 08:00 PM PDT


Dewan Muslim Perancis mengecam pemasangan dua kepala babi di pintu sebuah masjid di Kota Montauban, Perancis, di hari Rabu (1/8/2012) waktu setempat, demikian dilaporkan situs The Telegraph.


 Pada foto yang disiarkan Reuters terlihat darah babi menggenangi jalan menuju masjid sehingga jamaah harus menghindari genangan darah haram itu.


 Dewam Muslim Perancis menggambarkan tindakan itu sebagai "a racist and xenophobic provocation".


 TRIBUNnews.com memberitakan, dua kepala babi itu ditemukan tergantung pada dua pilar di pintu masuk Masjid Salam, sementara darah menggenang di bawahnya.


 Insiden itu mendapatkan kecaman keras dari Datuk Bandar Montauban, Brigitte Bareges. Ia menilai hal itu merupakan bentuk intimidasi terhadap umat muslim yang telah menjalankan ibadah di bulan suci Ramadan.


 Kecaman juga datang dari para tokoh umat muslim Perancis, mereka menyatakan aksi vandalisme itu tidak dapat dimaafkan karena terjadi selama bulan Ramadan.


 "Ini dimaksudkan untuk mengotori tempat doa ini," ujar Abdallah Zekri, seorang tokoh Muslim di wilayah Nîmes.


 Insiden Ini merupakan yang pertama terjadi di Montauban, yang berada di dekat kota Toulouse. Insiden yang nyaris serupa pernah terjadi di sebuah masjid di Castres, pada 2009 lalu.


 Saat itu jemaah masjid menemukan kaki babi tergantung di dalam masjid, Sementara lambang swastika Nazi terpampang di dinding bersama dengan slogan-slogan rasis dan nasionalis.


 http://www.tribunnews.com/

Bekas isteri digelar pelacur

Posted: 02 Aug 2012 07:45 PM PDT


JAKARTA: Bekas vokalis Kangen Band, Andhika 'diserang' secara berterusan oleh bekas isterinya.
Anggie mendakwa dia tidak diberi nafkah dan dipukul oleh lelaki itu. Ekoran daripada itu, Andhika tidak mendiamkan diri. Dia pun membalas 'serangan' bekas isterinya itu dengan menggelar Anggie sebagai pelacur. Andhika berkata, kali pertama dia bertemu dengan Anggie ialah di sebuah kelab malam. Sejak itu dia mula menjalin hubungan asmara dengan Anggie.

"Dulu saya mengenali Anggie di kelab malam. Dia pelayan di situ.


"Tanpa disedari hari demi hari hubungan kami makin serius lalu saya berkahwin dengannya," katanya.

Sebelum ini, Anggie pernah mendedahkan dia berkahwin dengan Andhika kerana telah hamil. Bagaimanapun, akhirnya dia meminta cerai kerana penyanyi itu tidak memberi nafkah kepadanya. - Detikhot



sumber : myMetro

Lelaki mabuk pecah rumah curi pengupas kentang, pisau, anak anjing

Posted: 02 Aug 2012 07:30 PM PDT


CORAOPOLIS (Pennsylvania): Seorang lelaki dari Pittsburgh disyaki memecah masuk apartmen wanita ketika mabuk dan mencuri pengupas kentang, pisau dapur dan seekor anak anjing.
Rekod atas talian mahkamah tidak menyenaraikan peguam bela untuk Garret Stauber, 24, yang ditahan tidak lama selepas laporan pecah masuk dibuat pada jam 3 pagi di Moon Township. 
Polis Moon Township berkata, seorang wanita menelefon 911 dan melaporkan Stauber menendang pintunya, mengambil peralatan dapur dari tempat pencuci, merampas anjingnya kemudian pergi.

Jiran mendengar bunyi dan bergelut dengan Stauber yang tidak berbaju duduk di atas sofa di rumah kawannya, dalam bangunan yang sama di mana dia menumpang baru-baru ini. - AP



sumber : myMetro

Facebook tempat intip bekas kekasih

Posted: 02 Aug 2012 07:15 PM PDT


OTTAWA: Kira-kira sembilan daripada 10 pengguna Facebook menggunakan kemudahan rangkaian sosial itu untuk mengintip aktiviti bekas kekasih masing-masing.
Tesis sarjana seorang mahasiswa Universiti Ontario Barat menunjukkan, 88 peratus pengguna Facebook memeriksa halaman bekas kekasih mereka untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Kajian mendapati, ramai pengguna Facebook mendaftar masuk ke laman sosial popular itu menggunakan akaun rakan mereka bagi memudahkan aktiviti mengintip dilakukan.

Sesetengah mereka juga memadamkan gambar yang boleh mengingatkan kepada detik bercinta.


Sebahagian pengguna Facebook pula membaca kembali catatan yang dimuatkan dalam akaun bekas kekasih masing-masing.

Selain itu, ada juga individu yang menggunakan Facebook untuk merosakkan hubungan bekas kekasih dengan orang lain. Penulis tesis itu, Veronika Lukacs, berkata dia membuat analisis mengenai Facebook kerana ia memberi kesan sosial yang serius. Kata Veronika, 25. hampir setiap pengguna Facebook melakukan aktiviti mengintip bekas kekasih itu. "Kajian sama menunjukkan, 48 peratus pengguna Facebook terus bersahabat dengan bekas kekasih mereka, manakala 74 peratus pula cuba mengetahui setiap perkembangan buah hati bekas kekasih mereka," katanya. - DM



sumber : myMetro

Bala ponteng kelas

Posted: 02 Aug 2012 07:00 PM PDT


BEIJING: Seperti pepatah "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat," begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng sekolah semalam.
Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.

De, 16, dilaporkan melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.


Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.

Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.


Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah.



Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.

Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya. Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu gementar ketika melompat pagar berkenaan.


Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak tangannya basah kerana berpeluh. "Saya tersalah langkah dan tergelincir ketika memanjat pagar," katanya. - DM


sumber : myMetro

Pilih ‘kerjaya’ pencuri

Posted: 02 Aug 2012 06:45 PM PDT


KANGAR: Bosan bersekolah menyebabkan tiga remaja berusia 16 hingga 18 tahun menjadikan kegiatan mencuri sebagai kerjaya sepenuh masa apabila dikesan giat mencuri motosikal di beberapa kawasan di negeri ini sejak awal tahun ini.
Difahamkan, kumpulan dikenali Geng Kola melakukan kegiatan mencuri dan meleraikan motosikal sebelum dicekup secara berasingan dalam serbuan pada pertengahan bulan lalu, sekali gus menyelesaikan tiga kes curi motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Mohd Nashir Ya berkata, hasil pemeriksaan ke atas semua suspek membawa kepada penemuan dua motosikal curi serta satu rangka dan enjin yang dileraikan mereka.


"Mereka dipercayai mencuri motosikal itu untuk kegunaan sendiri selain meleraikan sebelum menjual alat komponen berkenaan.

"Mereka juga licik apabila bergerak dalam kumpulan yang teratur dan dipercayai mempunyai lebih ramai lagi ahli," katanya ketika di temui, di sini, semalam.


Menurutnya, dua daripada mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 379, Kanun Keseksaan kerana mencuri, manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis.



Katanya, bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sejumlah 202 kes kecurian motosikal dilaporkan di negeri ini dan 24 individu ditangkap bagi membantu siasatan.

"Daripada tangkapan itu, majoritinya golongan pesalah juvana dan melakukannya atas pengaruh rakan sebaya.


"Jumlah kes membabitkan kecurian motosikal dilihat menurun 19 kes kepada 202 kes setakat tujuh bulan pertama tahun ini, berbanding 221 kes kecurian motosikal dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu," katanya.




sumber : myMetro

Janda 'dimatikan' 11 tahun lalu

Posted: 02 Aug 2012 06:30 PM PDT


JOHOR BAHRU: "Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi 'dimatikan' oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu.
Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan.
"Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis.

"Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu, saya tidak dibenarkan mengundi kerana dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saya sudah meninggal dunia," katanya yang ditemui di rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini.



Siti Salbiah berkata, dia menyedari status dirinya dikategorikan sudah meninggal dunia oleh JPN ketika mahu memohon MyKad baru diperkenalkan kerajaan pada 2001.



sumber : myMetro

Guru sesat dijel

Posted: 02 Aug 2012 06:15 PM PDT


PUTRAJAYA: Ketua kumpulan ajaran sesat, Abdul Rajab Ahmad, 52, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM25,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559).
Isteri dan ibu mentua Abdul Rajab, Rahayu Abd Hamid, 39, dan Rodiah Yahya, 68, serta empat pengikut, Fazilah Md Salleh, 39; Abd Hamid Lateh, 45; Amirul Syafiq Rusydan Abd Hamid, 19, dan Hakimah Abd Samah, 47, pula dihukum denda RM10,000 dan enam sebatan setiap seorang mengikut akta sama.

Hukuman dijatuhkan Hakim Abu Zaky Mohammad selepas mendengar dan mempertimbangkan pengakuan bersalah serta hujah dikemukakan pihak pendakwaan diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Salehan Yatim bersama Pendakwa Syarie Kanan, Che Saupi Che Husin dan Pendakwa Syarie, Mohd Hafiz Idris.


Abdul Rajab dan semua pengikut terbabit ditahan dalam serbuan Bahagian Penguat kuasa Jawi Putrajaya bersama polis kira-kira jam 1.20 pagi, pada 10 Februari 2010 di Blok A T02-U04, Jalan 17A, Presint 17, di sini, selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung kegiatan ajaran sesat di situ.

Kumpulan yang berselindung di sebalik perkhidmatan rawatan alternatif dipercayai mempunyai kira-kira 60 pengikut dan mengamalkan zikir dengan menambahkan nama 'Syeikh Qadir al-Jailani Waliyullah' di akhir lafaz selawat.


Abdul Rajab mendakwa dirinya penyampai risalah Allah dan menerima terus ajaran Islam daripada Nabi Muhammad dan Wali Allah, malah turut mendakwa mengetahui pelbagai perkara yang berlaku pada masa depan, termasuk tarikh kiamat dan meminta pengikutnya membuat persiapan awal.



Semua tertuduh kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan. Difahamkan hukuman itu antara terberat selepas kes membabitkan 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 pada 2009. Abu Zakry ketika menjatuhkan hukuman berkata, mahkamah mengambil pertimbangan sewajarnya untuk memastikan soal kefahaman ajaran yang diseleweng dapat disekat daripada terus tersebar dan hukuman ke atas tertuduh berdasarkan kesalahan berat dilakukan.

"Ia juga boleh menjadi iktibar, menimbulkan keinsafan, pengajaran dan peringatan bukan saja tertuduh malah kepada masyarakat Islam khususnya di Putrajaya supaya tidak melakukan kesalahan sama. "Namun, pada masa sama mahkamah perlu memastikan hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dan bertujuan mencegah pesalah mengulangnya dan masyarakat supaya tidak melakukannya.


"Selain itu, latar belakang, pekerjaan dan pendapatan semua tertuduh tidak mengikat mahkamah untuk tidak menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan kerana mahkamah berpuas hati semua tertuduh perlu sedar sebelum melakukan kesalahan," katanya yang mengambil masa hampir sejam untuk membaca penghakiman.

Abdul Rajab yang tinggal di Serendah, Selangor, menghadapi lima pertuduhan iaitu masing-masing satu mengikut Seksyen 11 (1), Seksyen 6 (a), Seksyen 4 (1) dan dua pertuduhan mengikut Seksyen 6 (b) akta sama.


Dia dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan, termasuk enam sebatan bagi kesalahan mengikut Seksyen 4 (1). Hukuman itu dijalankan secara berasingan. Sekiranya tertuduh gagal membayar denda di atas setiap satu kesalahan, dia hendaklah dipenjara selama setahun lagi bagi setiap pertuduhan.


Sementara itu, keenam-enam lain dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 43 (b) dan mereka dikenakan denda RM5,000 setiap pertuduhan dengan tambahan enam sebatan bagi kesalahan mengikut Seksyen 43 (1).


Jika tertuduh gagal membayar denda, mereka juga akan dikenakan penjara setahun bagi setiap pertuduhan.



sumber : myMetro

Penjaga gol berdepan waran tangkap

Posted: 02 Aug 2012 06:00 PM PDT


PETALING JAYA: Kegagalan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Mohd Farizal Marlias hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari di sini untuk kali kedua bagi prosiding tuduhan berkhalwat dengan seorang pekerja swasta tahun lalu menyebabkan mahkamah mengeluarkan saman kehadiran terhadap kedua-dua tertuduh.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengeluarkan saman berkenaan kerana Farizal dan Zaiton Othman, 29, tidak hadir ke mahkamah tanpa sebarang alasan dan memerintahkan mereka hadir pada sebutan kes pada 13 September depan.

Farizal, 26, turut berdepan dengan waran tangkap sekiranya saman sudah diserahkan, namun tertuduh masih gagal hadir pada tarikh akan datang. Wan Mahyuddin juga memerintahkan perkara sama terhadap Zaiton dan penjamin mereka, bekas pemain bola sepak Perak, Khairul Izwan Mohamed Jamaludin yang turut tidak hadir pada sebutan kali pertama itu. Bagaimanapun, kira-kira jam 1 tengah hari, Khairul Izwan tiba-tiba ke mahkamah untuk menyerahkan sijil cuti sakit Mohd Farizal, namun tidak memberi sebarang dokumen berkaitan Zaiton. Mohd Farizal dan Zaiton sebelum ini berada di bawah bon jaminan penguat kuasa JAIS dan sepatutnya mereka hadir ke mahkamah pada 28 Jun 2012.



SUMBER : MYMETRO

Kaki raba payudara dalam lif ditahan

Posted: 02 Aug 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Sikap keji seorang lelaki mengambil kesempatan terhadap jiran perempuannya dengan menyentuh buah dada mereka ketika berada dalam lif, membawa padah apabila dia ditahan kelmarin, selepas mangsa terbarunya membuat laporan polis.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja perempuan berusia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi di sini, menaiki lif bersama beberapa penduduk lain.

Ketika dalam lif, dia ternampak seorang lelaki, juga tinggal di kawasan perumahan itu yang sering melakukan perbuatan kurang sopan terhadapnya serta mengambil kesempatan terhadap wanita ketika berada dalam lif.


Menurutnya, mangsa mendapat tahu daripada jiran lelaki itu bersikap keji bergesel dengan perempuan sebelum menyentuh buah dada mereka.

"Seperti biasa, mangsa menjauhkan diri namun lelaki berkenaan menunggu semua orang keluar dari lif sebelum menghalang mangsa menyebabkan mereka bergesel ketika remaja itu hendak keluar dari lif.


"Peluang berkenaan digunakan lelaki itu untuk meraba buah dada mangsa sebelum mentertawakannya. Mangsa yang hilang sabar dengan tindakan lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi," katanya.



Susulan laporan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Seksual dan Penderaan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan suspek berusia 35 tahun itu di rumahnya kelmarin.


sumber : myMetro

Sanggup tawarkan diri di internet demi BMW

Posted: 02 Aug 2012 05:30 PM PDT

Seorang wanita berusia 24 tahun yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Shanghai  China menawarkan diri pada pemuda.Tawaran ini terbuka kepada sesiapa yang mahu meminjamkan kereta BMW selama seminggu. Mengapa wanita cantik ini berbuat demikian?


Wanita ini menyebut dirinya sendiri sebagai Xiaoxia.Xiaoxia membuat pengumuman di internet bahawa dia menawarkan diri pada lelaki  yang mahu meminjamnkan kereta BMW selama satu minggu tetapi kereta itu hendaklah bukan buatan China.


Dia bertindak demikian kerana ingin menunjukkan kepada bekas rakan sekolahnya yang akan mengadakan majlis perjumpaan semula (reunion) bahawa dia telah berjaya serta berkedudukan dan telah berkahwin dengan orang kaya.(link)

Merangkak keliling bandar cari anak isteri

Posted: 02 Aug 2012 05:15 PM PDT

Beginilah cara yang digunakan oleh seorang lelaki
untuk mencari anak dan isteri yang menghilangkan diri
iaitu degan merangkak keliling bandar....
Dia hanya kan berdiri setelah isterinya di jumpai...





 begini kasihnya seorang suami yang amat merindui
isteri dan anaknya...


Isteri curang pada suami

Posted: 02 Aug 2012 05:00 PM PDT

Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Saya cuma copy paste jer kat sini, untuk bacaan kita bersama - sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri - dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…


Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.


"Eh, makin kurus nampak. Diet ke?" kata saya setelah mempersilakannya Duduk.


"Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang," balas Arifin.


"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar," Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.


Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.


"Orang rumah saya sakitlah, ustaz", kata Arifin.


"Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.


"Entahlah." katanya perlahan,


" Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,"kata Arifin.


Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.


"Sakit apa, doktor pun tak tau,"tambahnya.


"Dah pergi berubat kampung?"saya bertanya.


"Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,"jelas Arifin.


Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut


"Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.


Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.


Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.


Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.


Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.


"Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu


"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".


Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.


"Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.


"InsyaAllah." Balas saya.


Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.


"Apa yang dia cakap masa meracau tu?"


"Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,"kata Arifin.


Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.


"Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung.


Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.


"Jemput masuk ustaz,"Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.


"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.


Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.


"Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,"kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.


Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;"Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung".


"Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.


"Err,. dari mana datangnya bau yang." soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.


"Ooo. mmm, dari alat sulit dia,"kata Arifin perlahan.


"Keluar lendir bercampur nanah."


Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.


Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.


"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah."


"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.


Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.


"Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.


Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.


Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.


Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.


"Ustaz,"katanya,


"Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu"


"Kenapa?"pantas saya bertanya…


"Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya;


Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.


Saya tanya "Kenapa?"


Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.


"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam."


Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.


"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.


Dia minta saya maafkan."Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.


Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.


"Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,"kata saya.


Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.


Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu."


Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.


Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."


"Ampunkan dia?" Arifin bertanya balik.


"Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?"tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.


Mungkin dia terkejut.


"Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.


"Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya.


Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.


"Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.


"Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.


"Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.


Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Seorang Ibu Habiskan $10000 Agar Mirip Pippa Middleton

Posted: 02 Aug 2012 04:45 PM PDT

Seorang ibu dari Miami, Florida mengungkapkan bahawa dia telah jatuh cinta pada bentuk fisik Pippa Middleton sejak menonton Royal Wedding Putera William dan Kate Middleton. Wanita bernama Jenny Fizgerald ini pun bernita untuk mengubah bentuk fisiknya agar lebih mirip dengan adik Kate tersebut.

Dilapor dari Daily Mail, ibu dua anak ini dilaporkan telah menghabiskan biaya hingga $10.000) untuk membentuk punggungnya agar mirip dengan punggung Pippa. Menurutnya, membentuk tubuh kembali adalah kunci untuk menemukan cinta lagi.

Jenny yang memang punya kemiripan feature tubuh dengan Pippa ini mengakui bahawa awalnya dia merasa bahagian belakang tubuhnya terlalu besar. Wanita yang telah enam tahun menjanda ini takut tidak ada lelaki yang maHu mendekatinya.

"Ketika kulihat betapa banyaknya lelaki di seluruh dunia yang merespon bentuk tubuh Pippa dengan kekaguman, aku pun memutuskan untuk mengambil langkah drastis," ungkapnya.

Setelah browsing untuk mencari tahu tentang cara mengubah penampilan, Jenny pun memutuskan untuk menjalani operasi di Dr Constantino Mendieta untuk menaikkan bagian punggungnya Hal itu bukan perkara mudah. Biaya operasi yang tinggi membuat wanita yang menjalankan clothing line ini harus menabung dan berjimat.

Pada akhirnya, usahanya tidak sia-sia. Bulan Mei 2011, dia mulai melakukan prosedur operasi dan suntikan untuk menjadikan tubuhnya kembali menarik. Kini, dia mengaku boleh memakan makanan apapun tanpa dihantui rasa bersalah.

Sumber : http://www.kapanlagi.com

4 Orang kanak-kanak yang berkerjaya

Posted: 02 Aug 2012 04:30 PM PDT


Elaina Smith : Penyampai radio di Usia 7 tahun

Dalam usianya yang 7 tahun, Elaina telah menjadi penyampai radio dengan pendengar yang jumlahnya melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan solusi tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan  dan bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis dengan pasangan.



Cleopatra Stratan : Penyanyi berusia 3 tahun dengan gaji 1000 Frank untuk satu lagu

Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia telah mencatat sejarah di industri musik sebagai seorang penyanyi dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani, pada usia 3 tahun. Dia mencatat rekod sebagai seorang artis cilik yang tampil di atas pentas dengan ribuan penonton. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam artis termuda yang telah mencatat #1 Hit.





Aelita Andre : Pelukis di usia 2 tahun

Anak kelahiran Australia ini baru berumur dua tahun sudah menunjukkan kualitinya sebagai kanak-kanak yang pintar, ia memiliki sebuah galeri pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya. Pada mulanya Mark Jamieson, direktor dari Brunswick Street Gallery di Melbourne's Fitzroy tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre, dan dia menginginkannya bergabung dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, ia baru menyedari bahawa Aelita adalah kanak-kanak yang masih berumur 22 bulan. Namun ia tetap meneruskan pertunjukannya itu.




Akrit Jaswal : Dokter bedah usia 7 tahun

Jolokan "anak terpandai di dunia" telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang kanak-kanak dari India. Ia mengejutkan dunia ketika pada umur 7 tahun melakukan pembedahan pada seorang gadis di tempatnya.


Gadis itu menderita luka bakar di tangannya hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jemari gadis itu  terbuka seperti sedia kala. Saat ini ia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia. Ia diterima masuk ke universiti pada usia 11 tahun.

Gilalah..kanak-kanak disiram dengan minyak panas kerana habiskan makanan

Posted: 02 Aug 2012 04:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Singapura disiram minyak panas oleh keluarganya kerana menghabiskan seluruh makanan di rumah. Demikian diberitakan Sin Chew Daily dan Nanyang Siang Pau, minggu ini.

Kejadian itu berlangsung antara Januari dan Februari di sebuah flat di Ang Mo Kio. Pasangan masing-masing berusia 44 dan 45 beserta tiga anak perempuannya berumur 14 tahun, 20 tahun, dan 24 tahun, dikenai dakwaan berkait dengan kes ini.

Dalam laporan itu disebutkan, perempuan berusia 44 tahun itu meminta anaknya yang berumur 14 tahun memegang kanak-kanak itu ketika ia menyiramkan minyak panas ke tubunya.

Si gadis itu mengaku bersalah, Khamis lalu, di pengadilan. Ia mengatakan dirinya merasa bersalah namun tidak berani menentang keinginan ibunya. Kes ini kembali akan disidangkan.

Kanak-kanak itu terpaksa tinggal dengan sanak keluarganya kerana sang ibu mendekam di penjara dan ayahnya sudah meninggal dunia.

Gila..bapa upah penari bogel buat persembahan di majlis perkahwinan

Posted: 02 Aug 2012 04:00 PM PDT


BEIJING: Polis China memberkas seorang lelaki yang mengupah dua orang penari bogel untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan anaknya, setelah penduduk kampung menyerbu tempat persembahan itu, menurut laporan akhbar, semalam.

Zhang Cheng, dari Xuzhou di timur wilayah Jiangsu pada mulanya mahu mengupah sebuah kugiran membuat persembahan di majlis perkahwinan itu, tetapi telah dinasihati dia boleh mendapat 'persembahan istimewa' sekiranya mengupah dua orang 'penghibur' itu.

"Setelah menyaksikan persembahan itu, Zhang membuat keputusan ia sesuai untuk majlis perkahwinan anak lelakinya dan mengupah dua orang penari bogel itu," kata laporan akhbar Global Times.

Tidak sampai lima minit, beratus-ratus penduduk kampung yang konservatif telah menyerbu untuk menyaksikan persembahan itu.

Zhang telah ditahan keesokan harinya tetapi tidak diberitahu atas dakwaan apa. - Reuters


[Ngeri] Gambar mangsa gigitan piranha

Posted: 02 Aug 2012 11:00 AM PDT







Memang dahsyat betul ikan piranha ni..boleh sampai
tinggal rangka kalau kena gigitannya..


Lihat gambar lelaki ini percaya tak dia berumur 23 tahun?

Posted: 02 Aug 2012 10:30 AM PDT

VIVAnews - Wu Kang memiliki tinggi tubuh 72,5 sentimeter dengan berat sekitar 9 kilogram. Dengan postur layaknya bayi satu tahun itu, siapa sangka Wu Kang seorang lelaki berusia 23 tahun?

Seperti dikutip dari China Daily, Wu Kang menderita penyakit aneh yang membuat hormon pertumbuhannya terganggu. Ia mengalami defisit hormon pertumbuhan sehingga tubuhnya tak berkembang.

Tahun lalu, Wu Kang mendapat penghargaan sebagai lelaki terpendek di dunia dari Guinness World Records. Saat itu, ia memiliki tinggi badan sekitar dua sentimeter lebih pendek dibandingkan pemegang rekod sebelumnya yang meninggal March 2010, He Pingping.

Wu Kang masih menaruh harapan tingginya boleh bertambah. Ia pun meninggalkan kampungnya di Daerah Hubei menuju sebuah hospital di Shenyang, ibukota  Liaoning.

Diagnosis doktor menyebutnya menderita kekurangan hormon pertumbuhan atau dwarfisme hipofisis. Lewat terapi hormon, doktor memerkirakan tingginya masih boleh bertambah 40 sentimeter dalam jangka waktu lima tahun.

Namun kini, Wu Kang mulai mengubur mimpinya untuk bertambah tinggi. Suntikan hormon yang ia perlukan terlampau mahal. Mencapai ¥1,8 juta .Sungguh di luar kemampuan ekonomu Wu Kang dan keluarganya.

Pernah tengok kereta pakai seluar dalam?

Posted: 02 Aug 2012 10:15 AM PDT

Manusia dan kegilaan masing-masing.Kadang-kadang
mereka boleh membuat sesuatu di luar fikiran kita.
Contoh seperti  gambar ini...







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS