Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Selebriti Popular dalam Ada Bran?

Posted: 02 Sep 2011 05:59 PM PDT

Selebriti Popular dalam Ada Bran?

Ada Bran? – 4 September, 5.30 petang
Ada Bran? merupakan sebuah rancangan yang mencabar orang ramai yang ingin mendapatkan duit. Rancangan ini penuh dengan dengan aksi fizikal dan gelagat lucu peserta. Pengacara, Alif Satar, akan bertanya pada orang ramai secara rawak "Siapa yang ingin mendapat duit?". Peserta akan dibawa ke satu tempat untuk diberitahu tugasan dan berapa harga tugasan tersebut. Selain orang ramai terdapat penampilan istimewa dari artis popular tanahair seperti Tomok, Faizal Tahir, Saiful Apek, Fizo Omar, Wan Sharmilla, Shahz Jaszle dan ramai lagi! Kepada yang berani menyahut cabaran pasti akan masyuk… dengan duit.

Ada Bran

Ada Bran

Ada Bran

Ada Bran

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Program Variasi TV9 Sempena Aidilfitri 2011
  • U-KISS Bran New Kiss Album Showcase 2011
  • Profile Jimmy Shanley Pengacara Trek Selebriti
  • Video Norman Hakim Kena Tangkap Basah Dengan Memey
  • Trivia: Tas Tangan Siapa?
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pada 12 April 2009
  • Amy Search dan Ramli Sarip di Ziarah Aidilfitri
  • Gambar Lisa Surihani di Karpet Merah ABP-BH 2009
  • Trivia: Cinta Selebriti di Anugerah Skrin 2009
  • Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2007
  • Filem Hantu Bonceng Kutip RM1.78 Juta

    Posted: 02 Sep 2011 08:36 AM PDT

    Hantu Bonceng Cipta Sejarah Kutip RM1.78 Juta

    Filem Hantu Bonceng, terbitan Excellent Pictures mencipta sejarah dengan kutipan tiket terbesar musim perayaan apabila mendapat RM 1.78 Juta untuk dua hari tayangan bermula 31 Ogos yang lalu.

    Hantu Bonceng yang diarahkan oleh Ahmad idham ditayangkan di 80 panggung, serentak di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie dan Tai, mendapat sambutan cukup mengalakkan apabila hampir 200 000 ( Dua ratus ribu ) orang telah menonton dalam tempoh dua hari tayangan sahaja.

    Atas sambutan yang cukup hebat ini, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, selaku pengarah dan penerbit berkata, "Semua ini dapat dicapai atas kerjasama semua pelakon yang terbabit dalam membantu mempromosikan filem ini. Selain itu, sokongan dari pihak media, cetak dan elektronik serta media baru dalam menyebarluaskan mengenai Hantu Bonceng, amat saya hargai. Namun yang penting, sokongan peminat yang sudi menonton Hantu Bonceng dalam merealisasikan sambutan mengalakkan ini, amat dihargai dan didahulukan ucapan jutaan terima kasih."

    "Selain itu, saya mengharap sokongan peminat Zizan Razak dan pelakon lain, juga yang meminati hasil filem Excellent Pictures agar beramai- ramai meneruskan sokongan dengan menonton Hantu Bonceng, bagi melakar satu sejarah baru perfileman tanahair dapat dicipta," tambah Idham lagi.

    Atas sambutan cukup mengalakkan, penonton dinasihati membuat tempahan awal melalui telefon juga dalam talian. Mula ditayangkan pada sambutan Aidilfitri 2011, Hantu Bonceng akan ditayangkan selama dua minggu, berdasarkan tempoh wajib tayang.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Filem Hantu Bonceng
  • Filem Hantu Bonceng Lakar Sejarah
  • Dalam Botol Kutip RM1juta Selepas 5 Hari Tayangan
  • Filem Momok The Movie Kutip RM1 Juta Dalam 5 Hari
  • AntooFighter Dapat RM1juta Dalam 4 Hari
  • Filem Kongsi Catat Kutip RM1.1 juta di Hari Pertama Tayangan
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • KL Gangster Kutip RM5 Juta Dalam Masa Tiga Hari
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Filem CUN Kutip RM700ribu Seminggu Tayangan
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Kereta Api Terpendek Di Dunia [Video]

    Posted: 02 Sep 2011 09:00 PM PDT

    Sebuah kereta terpendek di dunia terlihat melintas di lintasan kereta api daerah Ikegami, Jepang. Palsu ataupun bukan, ini adalah kereta terimut yang pernah di lihat.


    Ada menara untuk orang gayat

    Posted: 02 Sep 2011 08:00 PM PDT


    BLACKPOOL, Britain – Sebuah menara berusia 118 tahun diubah suai apabila kaca diletakkan di lantai untuk membolehkan para pengunjung melihat pemandangan bangunan di bawah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

    Menara Blackpool itu mempunyai ruang yang dikenali sebagai Skywalk pada ketinggian 115.82 meter.

    Para pengunjung perlu menaiki lif untuk tiba di lantai seberat 4.15 tan.

    Kaca itu turut diletakkan di bahagian bumbung. – Agensi

    sumber : kosmo online

    Gila...Peserta siri realiti televisyen hayun pisau atas kepala anak depan kamera

    Posted: 02 Sep 2011 07:00 PM PDT


    NEW YORK: Seorang peserta siri realiti televisyen baru mencetuskan kekecohan apabila melakukan aksi berbahaya ketika meleteri anaknya sambil menghayun pisau.

    Insiden itu dirakam di depan kamera ketika anak peserta itu yang berusia 23 tahun mengakui berpacaran dengan lelaki berdarah Sepanyol.


    Si ibu, Anna Kosov, membantah kerana mahu anaknya itu meneruskan tradisi memilik lelaki daripada keturunan sama - berdarah Yahudi dari Eropah Timur.


    Disebabkan mahu menunjukkan seriusnya, Anna menghayun pisau itu di atas kepala anaknya.


    Kejadian itu adalah sebahagian daripada paparan siri "Russian Dolls" yang mula disiarkan di televisyen sejak bulan lalu.


    Semua peserta terdiri daripada wanita dari negara bekas Soviet Union dan pernah tinggal di Brooklyn. - AP

    sumber : myMetro

    "Kalau jantan kenapa tak datang sendiri" (Kes Khairul Fahmi)

    Posted: 02 Sep 2011 06:00 PM PDT


    KOTA BHARU: "Kenyataan dibuatnya pertunangan dia dengan anak saya sudah putus secara rasmi tidak benar. Sejak dia beritahu akan memutuskan pertunangan mengikut adat Melayu dan memulangkan cincin pertunangan dengan bantuan keluarga angkatnya, sampai hari ini semua itu tidak berlaku," kata ibu Aimie Harmelia atau Elia.

    Wanita berusia 46 tahun yang enggan dikenali berkata demikian sebagai menafikan kenyataan terbaru penjaga gol sensasi kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, baru-baru ini yang mendakwa pertunangannya dengan Elia diputuskan secara rasmi.

    Ibu Elia berkata, kenyataan demi kenyataan dikeluarkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan Apek hanya mengeruhkan lagi suasana, malah mengaibkan keluarganya.

    "Kalau dia (Khairul Fahmi) 'jantan' sangat, kenapa tak datang jumpa kami sendiri. Dia banyak memberikan kenyataan tidak benar, sekali gus memberi persepsi negatif kepada keluarga kami.



    "Bila dia kata nak putuskan pertunangan ikut adat Melayu, sehingga hari ini dia sebenarnya tak buat apa-apa pun. Kami malas hendak memanjangkan isu ini, tapi apabila dia memberi kenyataan tidak benar, kami kena perbetulkan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    sumber : myMetro

    Saudi Penggal Lelaki Yang Memfoto Wanita Telanjang

    Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT


    Pemerintah Saudi telah memenggal seorang lelaki kerana menyerang seorang wanita dan mengambil foto telanjang wanita itu untuk memerasnya seakan-akan ia telah berbuat salah.

    Hal ini disampaikan dari sebuah pernyataan Kementerian Dalam Negeri Saudi yang di beritakan oleh Surat Khabar nasional.

    Menurut laporan,lelaki itu merosakkan pintu apartment wanita tersebut lalu masuk dan menyerang suaminya sebelum menelanjangi wanita itu, kemudian dia memfotonya untuk untuk memerasnya kerana telah membuat foto yang melanggar adab.

    Lelaki tersebut berhasil ditangkap polis dan di jatuhi hukuman pancung oleh pengadilan Saudi.

    Pernyataan Kementerian Dalam Negeri Saudi tidak menyebutkan identiti diri lelaki tersebut, dan mengatakan ia telah dipenggal dengan pedang.

    Gambar-Gambar Menarik Yang Terbuat Dari Pita Kaset

    Posted: 02 Sep 2011 11:01 AM PDT








    Misteri Ratusan Seluar Dalam di Jalan Ohio Membuat Polis Kebingungan

    Posted: 02 Sep 2011 10:30 AM PDT


    Ratusan seluar dalam yang sebahagian besar merupakan seluar dalam untuk wanita, tersebar di pinggir sebuah jalan di Ohio. Polis bingung dengan kes aneh yang tengah mereka tangani ini.

    Sebuah jalan di Berne Township menjadi buah mulut masyarakat setempat setelah ditemukannya ratusan seluar dalam yang tersebar dipinggir jalanan tersebut.

    Ratusan seluar dalam yang kebanyakan adalah seluar dalam untuk wanita itu dapat ditemukan terletak di rumput mahupun tersangkut di pepohonan.

    Menurut juru cakap polis sebahagian seluar dalam tersebut masih terlipat seperti baru dikeluarkan dari bungkusnya, namun sebahagian lagi nampaknya telah digunakan. Jumlah yang ditemukan berkisar antara 1500 dan 3000 pasang dalam warna dan pola yang berbeza. Diperlukan 10 beg sampah besar untuk mengangkut semuanya.

    Sejauh ini, siapapun pelakunya masih berhasil membuat pasukan penyiasat polis kebingungan.

    sumber: CBSnews


    Nenek 70 Tahun Digugat Kerana Mendownload Filem Porno

    Posted: 02 Sep 2011 09:45 AM PDT


    Firma hukum Steele Hansmeier PLLC asal Chicago, telah menggugat seorang nenek dari San Francisco Bay kerana diduga men-download kandungan pornografi dari situs BitTorrent.

    Wanita berusia 70 tahun yang meminta namanya tidak dipublikasikan tersebut menerima surat ancaman dari firma hukum pada Julai lalu, menuntut dia men-download pornografi secara haram, namun sang nenek mengatakan dia tidak melakukan.

    Menurut TorrentFreak, firma tersebut menawarkan kesepakatan kepada sang nenek bahawa jika membayar 3.400 dolar, maka ia tidak perlu lagi khuatir tentang biaya atau kes tersebut.



    Sementara itu, wanita tersebut menyatakan jijik dengan biro hukum ketika gugatan itu pertama kali diajukan.

    "Ini berbau ugutan," katanya.

    Wanita itu mengaku bahawa ia tidak pernah mendownload kandungan pornografi bahkan dia belum pernah mendengar tentang BitTorrent. Ia juga mengatakan bahawa layanan internet nirkabel-nya tidak dilindungi password.

    Tapi John Steele, dari firma hukum membantah pembelaannya, dan menyatakan bahawa siapa saja yang gagal untuk mengamankan Wi-Fi mereka, sama bertanggung jawabnya seperti orangtua yang meninggalkan pistol dalam jangkauan anak berusia 3 tahun.

    SFGate melaporkan bahawa, setelah mengatakan kisahnya kepada wartawan wanita itu menerima surat dari firma hukum yang menyatakan bahawa mereka membatalkan dakwaan terhadap dirinya, kerana mereka mengatakan telah menemukan orang yang sebenarnya bertanggung jawab untuk download dan menyangkal bahawa publisiti telah mempengaruhi kes ini.

    sumber : huffingtonpost

    Foto Lelaki Disiksa Seperti Anjing Oleh 3 Wanita Beredar di Internet

    Posted: 02 Sep 2011 08:50 AM PDT





    Walaupun gambar ini benar atau tidak,perbuatan ini betul-betul
    kurang ajar..


    Anda Wajib Makan Tikus Jika Mahu Tinggal di sini

    Posted: 02 Sep 2011 07:25 AM PDT


    Di kota ini warganya di wajibkan untuk memakan tikus.Seorang pegawai di negara bahagian Bihar, India, mengungkapkan gagasan baru untuk mendorong warga miskin dari kasta terendah di negara itu mengatasi kekurangan makanan dengan daging tikus.

    Menteri Utama Jabatan Kesejahteraan Sosial di negara bahagian itu, Vijay Prakash, mengatakan dia mengajukan usulan itu setelah "melakukan banyakkajian dan penelitian lapangan".
    Masyarakat Musahar di Bihar yang sangat miskin punya kebiasaan memakan tikus.

    Penduduk Musahar berada di urutan terbawah dalam sistem kasta di India, dengan tingkat celik huruf dan perdapatan per kepala terendah.
    Kurang dari satu peratus dari 2,3 juta penduduk Musahar di Bihar boleh membaca dan 98% dari mereka tidak memiliki makanan.

    Makanan lazat

    Prakash mengatakan usulannya untuk mempopulerkan daging tikus bertujuan untuk memperbaiki keadaan sosial-ekonomi mereka.

    "Ada keuntungan dari proposal ini. Pertama, kami boleh menjimat sekitar separuh dari simpanan biji-bijian kami dengan menangkap dan memakan tikus dan yang kedua, kami boleh memperbaiki keadaan perekonomian masyarakat Musahar," katanya kepada BBC.

    Menurut Prakash, sekitar 50% dari jumlah simpanan biji-bijian di negara itu dimakan oleh tikus.
    Dia mengatakan dengan mempromosikan daging tikus, jumlah simpanan biji-bijian yang dapat diselamatkan lebih besar sementara tingkat kelaparan di kalangan masyarakat Musahar akan dapat dikurangi.
    Dia mengatakan daging tikus tidak hanya makanan lezat tetapi juga kaya akan protein, dan daging tikus digemari di Thailand dan Perancis.

    "Tikus hampir tidak memiliki tulang dan berkhasiat. Banyak orang tidak menyedari fakta kuliner ini tetapi lama-lama mereka akan tahu."

    Namun Prakash kemungkinan akan sulit mempopularkan strategi semacam ini di masyarakat yang konservatif seperti di Bihar dan negara-negara bahagian lainnya di India utara.
    Prakash mengatakan dia punya resepi yang membuat daging tikus menjadi santapan lazat, yang sekarang akan dia sebarkan ke semua hotel di Bihar.

    Dia juga mendorong perternakan tikus sama seperti perternakan ayam.
    Meski memakan daging tikus masih menjadi stigma di daerah-daerah bandar, Prakash mengatakan penelitian yang dia lakukan mengungkapkan bahawa tikus adalah makanan kegemaran di sebagian daerah Bihar.

    Demi untuk menang pertandingan ibu budak ini sanggup pakaikan payudara dan punggung palsu

    Posted: 02 Sep 2011 06:40 AM PDT

    Saat anak seusianya masih asyik minum susu dari botol dan memakai pampers, Maddy Jackson sudah harus bertingkah seperti wanita dewasa. Di usianya yang baru menginjak empat tahun, anak kecil asal Amerika Syarikat ini mengikuti pertandingan kecantikan dimana dia memakai bantalan payudara dan punggung palsu.

    Demi menang pertandingan kecantikan khusus anak kecil bernama 'Toddlers and Tiaras', ibunya memasangkan Maddy payudara palsu berukuran C-cup dan padding pada bokongnya. Maddy pun segera jadi sebutan dan membuat publik terkejut.

    Dikutip dari Daily Mail, dalam pertandingan tersebut, Maddy beraksi menjadi penyanyi country Dolly Parton. Dolly memang terkenal dengan payudara dan bokongnya yang menonjol dan seksi. Saat menaiki pentas gadis yang juga mengenakan wig perang itu pun berpose 'menggoda', mempamerkan payudara dan punggung seksinya.

    Saat ditanya dalam acara NBC'S Today, sang ibu, Lindsay, melakukan pembelaan bahawa yang dilakukannya itu sangatlah normal. Kerana Lindsay sendiri, sudah mengikuti pertandingan serupa se
    jak usianya sembilan bulan.

    "Bagi beberapa orang, mungkin yang saya lakukan berlebihan. Tapi bagi kami, ya, memang itulah yang terj
    adi apa adanya. Sesuatu yang normal. Saat dia (Maddy) memakai payudara dan punggung palsu, itu hanya seperti bonus ekstra," tutur Lindsay.

    Namun pendapatnya cukup berbeza dengan penata gaya Maddy, Michael Booth. Menurutnya, penampilan Maddy memang berlebihan dan tindakan Lindsay sedikit terlalu jauh.

    "Saya tidak terlalu suka dengan idea memasukkan 'payudara' di balik pakaiannya. Dia masih sangat muda, tapi semoga para juri menganggap penampilannya bagus," tutur Michael.

    Kritik juga datang dari salah satu pengacara, Teresa Spence Bruce. Dia mengatakan, "Saya baru saja melihat iklan yang memperlihatkan mereka memasukkan payudara silikon pada gadis usia 4-5 tahun. Itu menjijikkan."

    Sejak tayang perdana pada 2009 lalu penganjuran kecantikan tersebut memang kerap menimbulkan kontroversi. Banyak kalangan yang khuatir pertandingan tersebut akan mempengaruhi sikap dan keperibadian anak --jadi bertingkah tidak sesuai usianya. Bahkan beberapa orang melakukan protes melalui group Facebook bernama, 'Take "Toddlers And Tiaras" off the Air!'. Group ini menuntut acara tersebut dihentikan.

    Sumber : Disini

    Seni Patung Mini yang Berukuran Sebesar Sel Darah Manusia

    Posted: 02 Sep 2011 05:45 AM PDT


    Willard Wigan (54), menghabiskan waktu berbulan-bulan untuk membuat ukiran dari serpihan emas yang sangat kecil, dan bahkan denyut nadi di jarinya dapat menghancurkan patung tersebut. Bahkan untuk mengecatnya, Wigan menggunakan rabut kaki dari lalat buah sebagai berus, dalam studionya di Birmingham.

    Wiliard Wigan

    Dengan tangannya yang tenang, Willard mengerahkan seluruh kesabarannya serta alat-alat khusus yang diadaptasi untuk ciptaannya, guna membuat patung Tom Daley dan meletakkannya diatas sebuah bulu mata.

    Patung Tom tersebut berukuran kurang dari 20 mikron. Dengan perbandingan sebuah sel darah merah mempunyai ukuran antara 10 sampai 20 mikron.

    Diketahui, Wigan mulai membuat rumah miniatur untuk semut ketika dia berusia lima tahun. Berkat dorongan ibunya, ia mengubah kegemarannya tersebut menjadi karier yang sukses.

    Masih banyak karya spektakuler yang diciptakan oleh Wigan. Dari sebuah rumah diatas korek api, Hulk sampai putri salju dan tujuh manusia kerdil yang semuanya berukuran sangat kecil.

    Cuba buat macam ini selepas makan di McDonald

    Posted: 02 Sep 2011 04:35 AM PDT


    Wanita Cantik Ini Sanggup Lawan Beruang Demi Anjing

    Posted: 02 Sep 2011 03:00 AM PDT


    ALASKA - Demi menyelamatkan anjing peliharaannya agar tidak menjadi mangsa beruang, seorang perempuan Alaska yang berusia 22 tahun nekad memukul muka beruang hitam untuk mengusirnya.

    Warga Juneau, Brooke Collins, mengatakan dia memukul beruang itu pada Minggu malam (28/8/2011) lalu untuk menyelamat nyawa anjingnya, Fudge. Lantaran anjingnya tertangkap oleh beruang yang cuba menggigit leher anjingnya.

    "Saya panik. Saya berteriak ke arah haiwan itu. Anjing saya menyalak. Saya berlari ke arahnya … saya spontan memukul beruang itu tepat di mulutnya dan beruang tersebut melepaskannya," tutur Collins.

    Dilansir Antara, Collins, seorang penata rambut yang telah lama tinggal di Juneau, mengatakan ia terbiasa dengan beruang dan tahu cara melakukan pencegahan di dekat haiwan liar itu. Sebelum peristiwa itu, Collins memang sudah melihat beruang berkeliaran di sekitar rumahnya.

    Beruang hitam seringkali berkeliaran di bahagian pusat ibu kota Alaska, Anchorage, yang berada di bawah lereng gunung curam dan dikelilingi oleh hutan hujan lebat. Belakangan ini pergaduhan antara manusia dengan beruang meningkat.

    "Tahun ini, saya kira, jauh lebih buruk daripada tahun lalu. Saya menduga itu disebabkan oleh berkurangnya tanaman berry," kata Neil Barton, ahli biologi yang bekerja di Juneau untuk Alaska Departmen of Fish dan Game.

    Produksi buah berry di sekitar Juneau buruk pada musim panas ini, sehingga hilang lah sumber makanan utama bagi beruang. "Jika buah tersebut tak tersedia, beruang akan mencari sumber makanan lain," katanya.

    Datuk ini keliling dunia sejauh 61,000km untuk kunjungi kota bernama Ipswich

    Posted: 02 Sep 2011 02:45 AM PDT

    Seorang pesara telah menyelesaikan perjalanan 61.000 km mengeliingi dunia, yang membawanya dari Ipswich ke …. Ipswich.

    Alex Nunn (65) melakukan sebuah perjalanan yang luarbiasa dengan mengunjungi tujuh tempat di seluruh dunia dengan nama yang sama dengan kota kelahirannya, membawanya dari Britain ke Kanada, Amerika, Australia dan bahkan Jamaica.

    Datuk dari empat cucu ini muncul dengan idea tersebut setelah melakukan perjalanan ke Ipswich di Massachusetts, Amerika. Ia kemudian mulai mencari buku-buku sejarah untuk menemukan tempat-tempat lain dengan nama yang sama dengan kota kelahirannya itu.

    Ketika ia pencen dari kariernya sebagai seorang pemandu trak Alex kemudian bertekad untuk mengunjungi setiap kota Ipswich di dunia.

    Dia baru saja menyelesaikan dua lokasi terakhir dalam daftarnya, selama perjalanan tiga bulannya ke Ipswich, di paroki St Elizabeth, Jamaica, dan Ipswich di Manitoba, Kanada.

    Alex mengatakan ia merasa lega setelah menyelesaikannya , dan sekarang ia boleh pergi bercuti kemanapun yang ia inginkan.

    "Sebenarnya ini bukanlah suatu sebagai sebuah pencarian, tetapi telah menjadi suatu cabaran setelah saya mengunjungi beberapa tempat yang dinamai Ipswich. itu membuat saya tercabar menjelajahi lokasi lain.

    Untuk mencapai ke-tujuh Ipswichs tersebut, Alex berkeliling 6.572 km ke Massachusetts, 8.414 km ke South Dakota, 6.594 km ke New Hampshire, 7.968 km ke Wisconsin dan 20.386 km ke Australia.

    Dalam perjalanan terakhirnya Alex pergi ke Jamaica dan Kanada dalam perjalanan sejauh 11.320 km yang membuat total perjalannya 61.254 km.

    Sumber : dailymail

    Tak Tahan Rasa Sakit, Jon Akhirnya Potong Jari Kaki Sendiri

    Posted: 02 Sep 2011 01:46 AM PDT

    Jon Hutt mendemonstrasikan bagaimana cara ia memotong jari kakinya.

    TRIBUNNEWS.COM - Jon Hutt terpaksa memotong jari kakinya setelah enam tan trailer kayu menghentam kaki kanannya saat bekerja sendirian di kawasan terpencil di Colorado, Amerika Syarikat (AS). Demikian dilansir AP, Khamis (1/9/2011).

    Ia mengaku rasa sakit akibat tertindih enam tan trailer membuatnya tak boleh bergerak dan tak seorang pun yang berada di sekitarnya untuk dimintai pertolongan. Ia kemudian mengeluarkan pisau sepanjang tiga inchi dan mulai memotong jari kakinya agar terbebas dari alat berat itu setelah 30 minit tertindih alat berat miliknya.

    "Rasanya sungguh sakit," kata lelaki berusia 61 tahun itu dan merupakan warga Montrose, Colorado. Ia menjelaskan, ia memotong jari kakinya beberapa saat kemudian berhenti sejenak. Setelah memotong jar kakinya ia kemudian memanjat ke traktor miliknya, membungkus kakinya dengan baju dan kemudian memandu demi mencari pertolongan.

    Kisah ini pertama kali dilaporkan oleh Grand Junction Daily Sentinel. Hutt menjalankan bisnis lori dan sering melakukan logging untuk bersenang-senang pada 19 Ogos lalu. Ia mencoba mengambil pohon aspen untuk digunakan sebagai kayu bakar pada musim dingin nanti.

    Posted: 02 Sep 2011 01:45 AM PDT

    Jururawat Salah Ajar Cara Suntik, Ribuan Pesakit Diabetes Terancam HIV

    Posted: 02 Sep 2011 12:46 AM PDT


    Sebuah klinik di Amerika menghubungi ribuan pesakit untuk mengingatkan kemungkinan tertular Human Imunodeficiency Virus (HIV). Gara-garanya, salah seorang jururawat melakukan kesalahan saat mengajari pesakit diabetes cara menyuntikkan insulin.

    Seorang jururawat di Dean Clinic di Wisconsin, Amerika Syarikat diduga memperagakan alat suntik dan pen untuk ujian darah secara langsung ke tubuh pesakit.Menurut panduan, cara menyuntik seharusnya dilakukan pada patung atau benda lain misalnya buah limau.

    Ketika menusukkan alat-alat tersebut, jururawat yang kini sudah diberhentikan itu memang menggantikan jarum di bahagian hujungnya sehingga 1 pesakit hanya menggunakan 1 jarum. Namun kerana alat lainnya tidak diganti, dikhuatirkan ada kuman yang terjebak lalu menular ke pesakit lain.

    Antara tahun 2006-2011, bekas jururawat tersebut telah mengajari 2.345 pesakit diabetes. Seluruhnya merupakan pesakit baru yang harus memakai insulin dalam jangka panjang, sehingga perlu diajar bagaimana cara menyuntikkannya tanpa bantuan doktor.

    Bukan cuma HIV, juru bicara Dean Clinic juga mengkhuaatirkan risiko infeksi penyakit lain yang menular melalui darah. Di antaranya adalah hepatitis B dan C, yang jika tidak tertangani atau terlambat didiagnosis boleh membuat kanser hari.

    "Tujuan kami sekarang adalah memastikan agar para pesakit yang mungkin terinfeksi segera mendapat pemberitahuan, lalu secepatnya diuji," ungkap Dr Craig Samitt,ketua sekaligus pemilik Dean Clinic seperti dikutip dari ABC News, Rabu (31/8/2011).

    Sementara itu menurut seorang pakar kesihatan, pesakit punya hak untuk memastikan bahawa dirinya aman dari risiko penularan infeksi di pusat-pusat layanan kesihatan. Bahkan, pesakit berhak menanyakan pada doktor atau perawat apakah sudah cuci tangan sebelum menyuntik.

    "Kadang-kadang memang tidak perlu, tapi langkah kecil seperti ini boleh memberi perlindungan ekstra terhadap keamanan pesakit," ungkap sang pakar, Dr Robert Glatter dari Medscape Emergency Medicine yang tidak terlibat langsung dalam kes tersebut.

    Hebat..ada sabun beraroma daging panggang

    Posted: 01 Sep 2011 11:48 PM PDT


    Jika anda mencium aroma daging di rumah maka yang berada dalam fikiran adalah makanan yang lazat sementara dipersiapkan. Namun kini ini aroma tersebut boleh saja berasal dari bilik mandi yang bererti seseorang sedang mencuci wajahnya.

    Meilin Chan pebisnis asal Boston, Massachusetts, telah mengembangkan sabun berbentuk hamburger yang juga memiliki aroma daging panggang.


    Chan yang terjun dalam bisnis pembuatan sabun mengatakan bahawa idea membuat sabun tersebut datang dari sang suami, Gregory yang sangat menggemari burger.
    Meilin Chan dan suaminya Gregory Harman

    "Suami saya boleh makan hamburger setiap hari. Saya fikir kerana memasak begitu banyak burger, jadi mengapa tidak membuatnya menjadi sabun?. Dengan ini saya dapat menggabungkan dua hal favouritenya. " kata Chan kepada MailOnline.

    Sabun ini sangat detail, dengan biji wijen pada roti, tekstur Patty yang realistik, bahkan potongan selada dan tomata dimasukkan dalam sabun ini.

    Roti berdiameter 2.5 inci ini diisi dengan aroma roti Perancis, sedangkan patty, selada dan tomato semua beraroma daging panggnagChan, mendapatkan aroma yang tidak biasa tersebut dari pemasak aroma langganannya.

    Sabun berbentuk hamburger ini hanyalah salah satu dari desain gila yang dibuat oleh perusahaan Chan.

    Untuk para vegetarian dia telah menciptakan sabun yang berbentuk jagung dengan aroma mentega dan sabun berbentuk pisang, yang bahkan lengkap dengan detail memarnya.

    Chan, yang mengambil jurusan psikologi dan administrasi bisnis di University of California di Berkeley, juga membuat sabun berbentuk gadget canggih seperti Nintendo Game Boy dan iPhone. Chan bahkan membuat sabun berbentuk horror seperti otak zombie dan tangan putus.

    Sumber : dailymail






    Video..seekor kucing dibuli oleh rakannya yang brutal

    Posted: 01 Sep 2011 10:00 PM PDT

    Kucing malang ini harus meringkuk di dalam sebuah kotak kecil setelah kawannya yang brutal dengan sengaja menutup kotak itu.

    Kucing putih ini awalnya sedang bermain-main dan menjelajahi sebuah kotak yang dainggapnya sebagai tempat sempurna untuk bersantai, tanpa menyedari ia sedang menjadi perhatian kucing lainnya.



    Kucing abu-abu tersebut kemudian menyelinap ke belakang dan menutup kotak tersebut sehingga sang kucing putih terjebak didalamnya.

    Namun mimpi buruk sang kucing baru saja dimulai, kerana sang musuh abu-abu tersebut kemudian menduduki tutup kotak tersebut guna memastikan 'tawanannya' tidak melarikan diri.

    Kucing putih semakin panik dan berusaha mendorong dirinya keluar dari kotak tersebut, namun usahanya sia-sia.

    Merasa bosan dengan aksinya ini, sang kucing abu-abu kemudian turun dari atas kotak dan bertingkah seperti tak bersalah sambil melihat ke sekeliling ruangan ketika sang keluar dari kotak.


    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS