Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Faradhiya Cinta tak menjadi

Posted: 30 Jun 2013 05:53 AM PDT

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my
Foto FARIZWAN HASBULLAH
Solekan BOSCO RYZAL (016-6091614)

HAMPIR satu dekad melayari hidup sebagai anak seni bukan satu jangka masa yang pendek buat wanita berkulit cerah ini. Bermacam-macam liku sudah dilalui oleh Faradhiya. Namun kini dia lebih realistik. Berbanding ketika darah muda menguasai diri, dewasa ini dia semakin matang seiring dengan peningkatan usia. Tidak ada apa lagi yang diharapkan oleh gadis kacukan ini selain mahu terus menerus menikmati kebahagiaan - nikmat yang harus dikecapi oleh setiap insan.

Mengakui dirinya bertuah dek kerana perjalanan seninya lancar selama ini, Farahdhiya yakin itu berkat usaha gigih berterusan yang dilakukan sejak rasmi bergelar anak seni. Bagi wanita yang menginjak usia 29 tahun ini bidang seni dan dirinya cukup bersatu apatah lagi cita-citanya untuk bergelar penyanyi sejak di bangku sekolah sudah tercapai.

Dia masih ingat lagi ketika mula-mula merakamkan lagu hampir sepuluh tahun yang lalu.

Meskipun wajahnya masih lagi asing ketika itu, kekuatan lagu Bertakhta Di Hati membawanya bertahan sampai hari ini. Tuah lagu tersebut begitu besar sehingga mempopularkan namanya ke persada muzik tanah air.

Paling tidak lagu itulah yang banyak membukakan pintu rezeki buat pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohamed Amin sehingga berjaya menerobos tempat sebagai salah seorang penyanyi berbakat besar.

Namun sejak akhir-akhir ini namanya sedikit tenggelam. Sudah kurang publisiti yang diberikan kepadanya sehingga menimbulkan seribu tanda tanya.

Saya tidak akan keluar cari publisiti jika tak ada benda nak cerita. Kalau ada produk baru atau ada perkara yang baik tak ada masalah," jelasnya memulakan bicara.

Sedia berkahwin

KURANG setahun sebelum usianya genap 30 tahun, dia tahu sudah pasti soal jodoh tidak akan terlepas daripada terus diajukan kepadanya.

Mungkin bagi sesetengah orang yang berstatus bujang, dalam usia begitu mereka tertekan dek kerana belum bertemu jodoh. Berbeza dengan dirinya. Itu bukan masalah besar yang harus diambil pusing untuk terus menyesakkan kepalanya.

Dahulu saya pernah menyasarkan untuk berkahwin sebelum usia 30. Sampai sekarang pun rasanya kurang setahun sahaja masa yang ada untuk saya memenuhkan janji tersebut.

Tapi saya tak terlalu kecoh nak berkahwin macam orang lain sebab saya anggap masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai untuk menjadi suami saya.

Kalau nak ikutkan memang ramai lelaki yang datang menghimpit. Mungkin ada beberapa perkara yang tak kena dan membuatkan pintu hati saya tak terbuka untuk mereka.

Saya memang cerewet dalam bab-bab macam ini. Saya tak mahu menggadaikan masa depan dengan memilih lelaki yang entah apa-apa hanya kerana nak berkahwin macam orang lain.

Ini bukan perkara main-main yang boleh kita cuba-cuba. Semua orang pun kalau boleh nak berkahwin sekali sahaja seumur hidup," jelasnya.

Mengimbau kembali beberapa cerita cinta yang tidak menjadi sebelum ini, Faradhiya tidak pernah meletakkan harapan setinggi gunung setiap kali rapat dengan mana-mana lelaki.

Baginya dalam fasa perkenalan macam-macam perkara boleh berlaku sama ada cinta tidak menjadi atau sebagainya.

Tegasnya, dia tidak ada masalah untuk mencari teman lelaki tetapi untuk mencari calon suami, baginya bukan perkara mudah.

Lebih-lebih lagi keluarganya pun tidak mendesak berhubung isu yang satu itu malah cukup memahami dan tak kisah andai kata jodoh lewat tiba.

Mungkin keluarga lebih suka saya tak kahwin lagi sebab hanya saya anak perempuan di dalam keluarga. Kalau sudah berkahwin nanti mungkin sedikit menjarakkan hubungan kami sebab saya dah berkeluarga," katanya sambil tertawa.

Kecil hati

Sejak muncul di persada seni, nama Farahdhiya lebih terkenal sebagai penyanyi berbanding bidang lakonan. Namun sejak membintangi beberapa buah drama namanya semakin memuncak sebagai pelakon.

Sering kali diberikan dengan pelbagai variasi watak dia tidak pernah mengeluh namun baginya bidang nyanyian tetap diminati.

Saya tahu impak lagu pertama itu melekat sampai hari ini. Pergi ke mana-mana pun orang masih ingat lagu Bertakhta Di Hati. Sebab itu saya enggan meninggalkan bidang nyanyian walaupun rezeki banyak dalam bidang lakonan.

Bukan tak ada niat nak buat lagu baru tapi saya kekurangan masa. Saya pun dah rakam tiga lagu untuk dimuatkan di dalam album akan datang. Tapi sampai sekarang belum berkesempatan nak menghabiskan rakaman baki lagu lain," jelasnya satu persatu.

Menggunakan khidmat komposer Julfekar sebagai penerbit album akan datang, wanita ini berharap agar produknya akan mendapat sambutan seperti sebelum-sebelum ini.

Namun di dalam hati kecilnya dia menyimpan rasa perit apabila lagu Kau Telah Pergi kurang mendapat sambutan peminat. Tidak tahu di mana silapnya, perkara tersebut benar-benar membungkam hati kecilnya.

Saya ada lagu bagus tetapi tak jalan. Tak tahu nak cakap macam mana sebab itu memang produk yang bagus tanpa mendapat ruang sewajarnya.

Lagu tak sedap kalau diputarkan hari-hari pun akan sedap. Sama juga hal dengan lagu-lagu yang bagus tapi tak diputarkan di radio. Bila tak mendapat ruang yang sewajarnya sudah pasti lagu itu akan mati.

Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Walaupun sedikit terasa dengan perkara tersebut tapi saya telan dan belajar sesuatu mengenai bidang nyanyian.

Mungkin bila dah menghasilkan album penuh selepas ini saya kena bekerja dengan lebih keras untuk memastikan kelancaran album akan datang," jelasnya.

Apa yang menarik tentang wanita ini, dia sebenarnya tidak pernah kisah dengan bakat-bakat baru yang muncul di persada seni tanah air. Tidak ada istilah tergugat dalam kamus hidupnya walaupun ramai beranggapan orang baru menenggelamkan muka lama.

Menjelaskan perkara berkenaan, dia yang pernah membintangi drama Spa Q yakin yang rezeki ditentukan oleh Allah dan tidak sesama manusia.

Kalau kita berdisiplin, kerja keras dan ikhlas tak mustahil kita akan diterima sampai bila-bila. Saya tak tergugat dek kehadiran orang baru yang semakin ramai.

Masing-masing ada bahagian rezeki mereka dan saya tak kisah langsung mengenai perkara itu. Kalau orang suka dengan cara kita bekerja tidak mustahil itu akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki.

Biarlah orang nak cakap apa pun asalkan saya tahu apa yang saya mahukan di dalam hidup," tegasnya.

Salma dah lupa diri?

Posted: 30 Jun 2013 05:53 AM PDT

BAB artis lupa diri ini Miss J nak bagi tahu awal-awallah yang Miss J memang tak berkenan. Sebab dalam buku senarai rekod artis Miss J ini sudah ramai yang terkena penyakit bila dah popular.

Sudah pastilah si artis dakwa dirinya tak berubah. Yang sedar perubahan sikap si artis itu sudah pastilah orang yang menjaga atau yang pernah bekerja dengan artis tersebut.

Begitu juga dalam kes penyanyi kelahiran Sabah, Salma yang kini sudah cantik bertudung. Miss J dapat tahu yang dia semakin berubah. Jauh berubah daripada Salma yang dahulu, yang dengar kata dan baik hati.

Sekarang ini Miss J dengar Salma kalau ada tawaran persembahan, ikut hati dia nak atau tidak. Malah ada juga Salma lepaskan pada saat-saat akhir kalau dia rasa show itu macam tak best.

Perangai Salma itu telah menyusahkan banyak pihak. Miss J yang mendengar keluh resah ini pun turut sedih. Sebab Miss J tahu bakat besar yang ada pada Salma.

Bukannya apa, nanti asyik buat perangai, orang dah tak peduli. Masa itu siapa yang susah? Fikir-fikirkanlah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


World War Z Sarat Adegan Mendebarkan!

Posted: 29 Jun 2013 07:36 PM PDT

Filem 'World War Z' akhirnya menjengah ke pawagam setelah sekian lama dipromosikan dengan hebat. Filem yang diterajui oleh Brad Pitt ini sememangnya ditunggu oleh penulis memandangkan sudah terlalu lama tidak melihat kelibat suami kepada Angelina Jolie ini di layar perak. Sudah terbit rasa rindu. Kali terakhir Pitt dilihat beraksi adalah dalam filem 'The Curious Case of Benjamin Button' pada tahun 2008.

Berbalik kepada 'World War Z', filem ini tidak jauh bezanya dengan filem-filem yang mengisahkan tentang penularan wabak atau virus yang tidak dikenali di kalangan manusia. Cuma, jalan ceritanya sedikit berbeza. Mesej yang cuba di sampaikan juga sangat jelas iaitu kelalaian manusia boleh mengundang bahaya yang tidak terduga.

Penulis suka dengan nilai-nilai kasih sayang yang ditampilkan. Saat-saat perpisahan Gerry Lane (Pitt) dengan isteri dan anak-anaknya mengusik perasaan dan mengundang simpati. Terbayang pula kehidupan sebenar Pitt yang diketahui umum sangat menyayangi anak-anaknya.

Bercerita mengenai pengalaman menyaksikan 'World War Z', terus-terang penulis katakan filem ini mengundang debaran berpanjangan. Penulis skrip tidak menunggu lama untuk menghadiahkan debaran kepada penonton. Rasanya hanya 10 minit pertama penulis boleh duduk diam tanpa jeritan. Selepas itu, penulis asyik terkejut disergah makhluk yang tidak disenangi.

Otak juga ligat berfikir kerana satu demi satu persoalan bermain di fikiran. Walaupun dapat menjangka hero akan selamat, namun penulis masih berdebar-debar memikirkan keselamatan Gerry dan keluarganya, termasuklah manusia sejagat.

Sesekali pecah juga ketawa kerana terdapat beberapa perkara melucukan. Tapi, penulis tidak mahu kongsikan apa kelucuan yang ada pada filem arahan Marc Forster ini. Anda kena lihat sendiri.

Jika anda suka dengan filem-filem aksi mendebarkan, penulis sangat menyarankan anda menonton filem ini di pawagam.

Mahu berjaya sebagai penyanyi

Posted: 29 Jun 2013 07:36 PM PDT

Warner Music realisasikan impian Maya Karin miliki album baru

Bebas daripada soalan berbaur peribadi yang sudah ditebak jawapannya, Maya Karin teruja apabila perbualan lebih terarah kepada perancangan kerjayanya.

Biar sering dihadapkan persoalan yang serupa sejak kembali solo selepas berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Ali Shorthose, tiga tahun lalu, Maya menarik sedikit nafas lega apabila diajak berkongsi topik lebih serius.
Saya akur karier nyanyian belum mampu untuk membawa saya berbangga seperti pencapaian diraih dalam lakonan. Tetapi itu tidak pernah membuat saya ingin berundur.

Tanpa berselindung mengakui, peningkatan usia mampu membataskan langkah seseorang anak seni untuk terus meneroka kemampuan namun perkara itu tidak pernah terjadi kepadanya.

Enam bulan pertama 2013 kata Maya, 33, rezekinya bertambah apabila dia terbabit dengan penggambaran dua filem selain pembikinan album ketiga yang hampir lengkap.

"Kesibukan itu bagai tiada henti, selain penggambaran filem dan rakaman album, saya juga diundang menjadi pengacara majlis bertaraf global serta terbabit dalam kerja kebajikan berkaitan alam sekitar. Ketika usia meningkat dan semakin ramai bakat baru meraih ruang selesa, saya masih tidak dilupakan. Itu sudah membuat saya terlalu bersyukur," kata Maya yang menerjah industri seni pada 2000 sebagai pengacara program Wavelength.

Wanita berketurunan Melayu-Jerman itu berkata, kesibukan berterusan memaksanya mencari dahan kukuh untuk berpaut terutama dalam pengurusan kerjayanya selepas tempat naungannya dulu menutup operasi.
Lima tahun bersama Satu Entertainment, meskipun berat namun Maya terpaksa melangkah menyusun laluan sendiri.

Maya bagaimanapun bernasib baik apabila Audi Mok masih mengambil berat mengenai perjalanan kariernya, lalu memperkenalkannya kepada pengurusan Warner Music.

"Bermula daripada perbincangan mengenai urusan pengedaran album, Warner akhirnya menawarkan ruang untuk saya bernaung secara profesional. Atas kepercayaan kepada Audi yang saya anggap seperti abang sendiri, saya bersetuju kerana mereka memiliki pasukan pengurusan yang tersusun.

"Saya bukan hanya pelakon yang perlu berada di lokasi. tanggungjawab itu turut menuntut fokus tinggi dalam menghayati watak, selain terpaksa berurusan pelbagai pihak.

"Saya tidak mahu kerana tamak, kerjaya dan hubungan dengan media dan pelanggan jadi kacau bilau. Untuk terus maju, saya percaya artis memerlukan pengurusan yang bagus," katanya yang sudah tiga bulan menyertai Warner Music.

Meskipun berpengalaman hampir 13 tahun, Maya melihat pengurusan artis sebagai satu perkara penting yang membantu memanjangkan langkahnya.

"Banyak aspek perlu dititikberatkan seseorang artis, terutama berkaitan hal kreativiti. Mengapa perlu memperjudi diri memikirkan hal kecil sedangkan banyak perkara lain perlu diberi fokus?

"Artis sebagai produk memerlukan pengurus yang baik. Mereka tidak hanya berperanan menjawab panggilan dan berunding hal berkaitan tawaran, sebaliknya turut memikirkan wawasan dan visi memajukan kerjaya seseorang artis.

"Sama seperti membuka sebuah syarikat, pengurus harus mempunyai perancangan, struktur kewangan dan memahami artis sebagai produk yang berdepan saingan.

"Saya tidak mampu menangani tanggungjawab itu seorang diri. Saya juga berasakan artis tanpa pengurusan yang baik hanya merugikan diri sendiri," katanya.

Hampir sedekad tidak merakamkan album, Maya yang kali terakhir muncul bersama album Bukan Qalamaya pada 2003 berkata, tawaran merakamkan album antara penyumbang mengapa dia memilih Warner untuk berpaut.

Keinginan untuk meneruskan karier nyanyian sudah lama bertunas dalam dirinya, cuma entah kenapa perancangan itu seperti tertunda.

"Mungkin ketika itu Tuhan belum mengizinkan. Bukan tidak berusaha kerana saya sudah merakamkan beberapa lagu, termasuk single Sinar Ini tetapi penerbitan album ketiga tidak juga menjadi kenyataan.

"Saya akur karier nyanyian belum mampu untuk membawa saya berbangga seperti pencapaian diraih dalam lakonan. Tetapi itu tidak pernah membuat saya ingin berundur.

"Kepercayaan diberi umpama bintang yang jatuh dari langit kerana sementara menunggu filem ditayangkan, saya berikan dulu fokus kepada nyanyian," katanya.
Baru muncul dengan single terbaru, Bintang Syurga, Maya yang sudah menyempurnakan empat filem iaitu Legenda Budak Setan 3, Sejoli, Nota dan Jwanita bakal kembali ke studio rakaman sebelum puasa bersama Omar K sebagai penerbit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS