Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Anuar tegur artis baru

Posted: 20 May 2013 03:11 PM PDT

Isu artis melampau dalam media sosial: Jaga privasi, contohi artis Indonesia tak jaja kisah hidup dalam internet

Hingga hari ini, Anuar Zain menjadi antara penyanyi tempatan yang cukup menjaga privasi sebagai artis. Jarang sekali wajahnya dilihat bersepah di mana-mana termasuk di laman sosial.

Jika ada pun, sesekali Anuar mengemas kini laman sosialnya. Itu pun sekadar berkongsi perkembangan kerjaya bersama peminat. Dia lebih selesa tidak terlalu mendedahkan diri melalui media sosial yang menjadi kegilaan ramai sekarang.
Teguran ini bukanlah untuk menyinggung sesiapa," Anuar Zain, penyanyi.

Bukan bersikap antisosial, tegas Anuar, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu keperluan dan mahu mengelak situasi yang memakan diri.

Jejas nama baik artis

Sambil merujuk kepada beberapa kes membabitkan artis dan media sosial sebelum ini, sebagai artis senior, Anuar berasakan dia berhak menegur golongan terbabit yang boleh diibaratkan seperti pepatah seekor lembu yang bergelumang dengan lumpur, habis semua terpalit.

"Teguran ini bukanlah untuk menyinggung sesiapa. Cuma, apabila sesetengah artis memuat naik gambar atau perilaku tidak senonoh di laman media sosial mereka, tak pasal-pasal artis lain terbabit sama. Cuba kita perhatikan komen yang dibuat terhadap gambar atau video terbabit, kebanyakannya menyalahkan artis Malaysia kerana bertindak bodoh.
"Itu yang saya katakan, artis yang tak berdosa pun akan terbabit sama dikata bodoh gara-gara tindakan mereka itu," ujarnya ketika menghadiri sesi fotografi bersama HIP di Balai Berita, Selasa lalu. Tidak berseorangan, Anuar ditemani penyanyi Dayang Nurfaizah pada sesi fotografi itu.

Manfaatkan media sosial untuk kerjaya seni

Sebagai artis, kata Anuar adalah lebih baik jika selebriti menggunakan media sosial untuk memanfaatkan kerjaya seni.

"Kalau kita perhatikan, jarang artis Indonesia, Singapura memuat naik gambar mereka dengan aksi yang bukan-bukan. Mereka cukup menjaga privasi dan kelakuan mereka supaya nama mereka tidak tercemar atau menjadi bahan kutukan.

"Lagi pun, kalau kita muat naik aksi tidak senonoh, bimbang pula ia akan menjadi ikutan terutama kanak-kanak. Mereka pasti akan menjadikan alasan, jika artis kesayangan mereka boleh buat, mengapa mereka pula dilarang?," katanya berkongsi kebimbangan dengan perbuatan memuat naik gambar dan rakaman video sesuka hati tanpa memikirkan risiko terhadap reputasi diri.

Pertimbang tawaran bawa konsert ke negeri lain

Mengulas impak Konsert Cinta Muzik Sanubari yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 Februari lalu, Anuar menyifatkan ia berjaya mencapai matlamat diimpikan.

"Bukanlah bermakna konsert itu meraih keuntungan berlipat ganda. Cuma konsert itu menjadi pembuka mata kepada pelbagai pihak yang selama ini memandang rendah kebolehan artis tempatan.

"Saya akui sebelum konsert itu berlangsung, banyak cabaran yang terpaksa saya hadapi. Penaja menarik diri dan bertukar lokasi saat akhir, semua saya hadapi dengan penuh positif.

"Alhamdulillah, disebabkan kejayaan konsert itu, saya menerima beberapa tawaran untuk mengadakan konsert di beberapa negeri. Namun, semua itu masih lagi dalam perbincangan. Bukan mudah untuk membuat konsert dan penat pun tak hilang lagi," katanya. H2

Dayang idam konsert solo

Jika Anuar berjaya mengadakan konsert solo, perkara sama terdetik dalam hati teman baiknya, Dayang.

Namun, ketika ini, hasrat itu terpaksa dipendam gadis kelahiran Kuching, Sarawak ini. Dayang menyedari bukan mudah mementaskan konsert tanpa kedudukan kewangan yang kukuh serta bantuan penaja.

"Impian itu memang ada. Cuma Dayang masih belum bersedia untuk mengeluarkan belanja sendiri. Disebabkan itulah Dayang tumpukan perhatian kepada showcase sebagai salah satu cara mendekatkan diri dengan peminat. Insya Allah, suatu masa nanti, jika ada peluang Dayang akan anjurkan konsert solo besar-besaran," katanya.

Berbanding karyanya sebelum ini, album terbaru Dayang berjudul Sayang & Cahaya seakan kurang menyerlah. Entah di mana silapnya, lagu Dayang tidak kerap kedengaran di corong radio.

Menjawab persoalan itu, Dayang menafikan lagunya tidak diputarkan di radio.
"Lagu saya tetap disiarkan cuma pilihan saja yang berbeza. Kami promosi lagu Perlukan Cinta, tetapi lagu yang diputarkan adalah Rahsia Cinta. Dayang suka lagu Perlukan Cinta kerana ia cita rasa Dayang, tapi nampaknya radio lebih akur dengan kehendak peminat.

"Tak mengapalah, asalkan lagu saya diputarkan, itu sudah menggembirakan saya," katanya.

Album tanda persahabatan

Kehadiran pasangan ini ke studio bertujuan mempromosikan album Anuar dan Dayang Live At Dewan Filharmonik yang dipasarkan tahun lalu.

Mengulas lanjut kelahiran album itu, Anuar berkata, dia sangat teruja kerana album itu cukup dinantikannya.

"Album ini umpama tanda persahabatan dan menjadi kenang-kenangan buat saya apabila hari tua kelak. Saya gembira kerana hasrat untuk merealisasikan album ini menjadi kenyataan," katanya.

Ditanya mengapa mereka tidak merakamkan lagu baru dalam album ini, Dayang berkata, mereka sebenarnya menghadapi masalah mencari lagu sesuai.

"Pada mulanya memang kami berhasrat untuk merakamkan lagu baru. Tapi hakikatnya bukan mudah untuk mencari lagu yang sesuai untuk vokal kami berdua. Perlu lihat keserasia,n selain melodi. Tapi malangnya, kami tidak berjumpa lagu yang menepati ciri dimahukan," kata Dayang.

Ning bahagia

Posted: 20 May 2013 02:53 PM PDT

Dia bukanlah artis pertama mengadakan majlis khas memperkenalkan anak sulung kepada media dan peminat. Sebelum ini, pelakon terkenal, Erra Fazira dan Eja pernah melakukan majlis sama.

Biarpun ia bukan perkara baru, namun masih ada suara-suara nakal yang mempertikai tindakan penyanyi Ning Baizura mengadakan sidang media memperkenalkan bayi lelaki diberi nama Ryan Sky Dalton selepas tiga bulan dilahirkan.


Selepas melahirkan Ryan, saya berjumpa ibu dan menangis. Baru sekarang saya tahun perasaan seorang ibu" Ning Baizura, Penyanyi


Kononnya, Ning sengaja menggunakan anaknya untuk memancing publisiti dirinya yang sudah 'pudar' daripada dunia seni.

Saat diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, Ning menafikan dia mengeksploitasi anak sendiri untuk kepentingan peribadi.

"Tujuan saya mengadakan sidang media ini bukanlah mahu mencari publisiti murahan. Sebaliknya, saya mahu berkongsi kegembiraan dengan media dan peminat.
"Hanya selepas 106 hari dilahirkan barulah saya sedia memperkenalkan Ryan kepada media. Ini kerana Ryan sudah besar sedikit dan sudah disuntik vaksin. Ini juga pesanan ibu saya yang mahu saya tidak membuat pengumuman awal," terang Ning mengenai persoalan mengapa baru sekarang dia menunjukkan bayi lelakinya itu kepada peminat.

Ryan dilahirkan secara pembedahan pada 31 Januari lalu.

Ditanya apakah sukar 'menyorok' anaknya daripada dipaparkan terutama melalui laman sosial, Ning bersyukur ramai pihak menghormati pendiriannya.

"Memang saya tidak dapat mengelak daripada orang ramai yang mahu bergambar dengan Ryan. Bagaimanapun, saya menolak permintaan mereka dengan cara baik. Alhamdulillah, mereka amat memahami dan menghormati prinsip saya," ujar Ning yang masih berusaha menurunkan berat badannya selepas melahirkan anak.

Rezeki melimpah selepas bersalin

Bercerita pengalaman baru bergelar ibu, Ning berkata, dia kini sedar betapa indahnya status itu. Walaupun agak sukar pada awalnya, namun sebaik melihat wajah comel Ryan, segala rasa sukar hilang sekelip mata.

"Selepas melahirkan Ryan, saya berjumpa ibu dan menangis. Baru sekarang saya tahun perasaan seorang ibu. Banyak sungguh dugaan yang saya hadapi sebelum dan selepas melahirkan Ryan. Sewaktu mengandungkan dia, suami saya berdepan masalah pekerjaan. Selepas lahirnya Ryan, dia terkena penyakit demam kuning dengan kulit sensitif.

"Namun, betullah kata orang, setiap duka itu ada hikmahnya. Selepas Ryan dilahirkan, rezeki saya melimpah ruah. Saya bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan terhadap hidup kami," ujar penyanyi Dugaanku ini.

Sempena kelahiran cahaya mata sulungnya itu, Ning menghasilkan sebuah lagu berjudul Pelangi Untukmu iaitu sebuah lagu saduran Something Over The Rainbow.

"Saya pilih lagu ini kerana saya suka. Kerap saya nyanyikan lagu ini ketika mengandung. Lirik lagu ini saya hasilkan tidak sampai sejam," katanya lagi.

Bakal bergelar 'Kimora Lee Malaysia'

Banyak sungguh perancangan Ning sebaik aktif dalam bidang seni. Selain menyanyi, Ning berura-ura menerbitkan sebuah program realiti berjudul What's happening?

Menariknya, program realiti yang masih dalam peringkat perbincangan itu bakal menyaksikan kisah hidup Ning dipertontonkan kepada khalayak.

"Secara dasarnya, stesen televisyen yang bakal menyiarkan program ini sudah bersetuju. Tapi ada perkara lain yang masih dalam perbincangan. Konsep rancangan ini sama seperti program Kimora : Life in the Fab Lane.

"Kehidupan harian saya akan dipertontonkan kepada umum. Walaupun ia mungkin akan menjadi kontroversi, tapi saya sudah bersedia berdepan apa saja kritikan," tegas isteri kepada Omar Dalton ini.

Perancangan lain termasuk tampil dengan filem dan buku. Sama seperti program realiti, dua produk ini akan mendedahkan siapa Ning sejak zaman awal kemunculannya hinggalah di mana dia sekarang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS