Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Jangan Pertikai Isu Tawaran Kerja Kerana Bertudung – Sheila Rusly

Posted: 26 Jul 2012 11:06 PM PDT

Jika semalam Umie Aida menulis kenyataan di Twitter-nya mengatakan orang yang cetek pemikiran sahaja berfikir begitu (soal tudung), hari ini melalui mStar Online, Sheila Rusly dan beberapa orang selebriti lain turut tidak bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan oleh Abby Abadi.

Bagi Sheila Rusly yang sudah hampir 5 tahun 'berhijrah' memakai tudung, tidak ada isu tawaran berlakonnya semakin merosot dan dia mengaku tidak pernah nampak masalah timbul pada artis bertudung.

"Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung. Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung."

Sheila juga berkeras bahawa isu bertudung tidak wajar dianggap sebagai penyekat pintu rezeki.

"Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar," katanya.

Apa yang lebih pasti, Sheila turut memberitahu bahawa niat untuk berhijrah adalah kerana Tuhan. Jika seseorang artis itu mengeluh selepas berhijrah, maka ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

"Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah. Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah." – Sheila Rusly.

Antara artis yang turut tidak bersetuju dengan pendapat Abby Abadi di Malaysian Insider termasuklah Aida Khalida dan Wardina Saffiyah.

“Saya Single, Dan Belum Tukar Agama” – Soo Wincci

Posted: 26 Jul 2012 09:50 PM PDT

OHBULAN! yakin semenjak penyertaan Soo Wincci yang juga bekas Miss World Malaysia didalam rancangan Masterchef Selebriti Malaysia, namanya telah mula disebut-sebut dikalangan peminat Melayu.

Soo Wincci telah mula menjadi bualan para peminat apabila pada awal bulan Ramadhan dia telah mengumumkan akan turut sama berpuasa untuk memahami peminat Melayunya. Namun, disebabkan kenyataan itu, timbul pelbagai spekulasi samada Soo Wincci sudah mempunyai teman lelaki Melayu dan ada juga yang mengatakan Soo Wincci sudah menukar agama.

Itu semua telah dinafikan oleh Soo Wincci dalam temubualnya bersama Dailychilli, "Saya single, dan belum tukar agama."

Kenyataannya yang pendek itu sudah cukup untuk menjelaskan statusnya sekarang kepada peminat dan pihak media. Dia yang sudah 5 hari berpuasa menyatakan bahawa dia amat menghargai segala sokongan daripada peminatnya yang beragama Islam kerana sentiasa mendorongnya untuk terus berpuasa.

Apa yang lebih menarik, Soo Wincci menjelaskan bahawa dia merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim selepas ini.

"Saya berhajat untuk berbuka puasa bersama kanak-kanak di rumah anak yatim," jelas Soo Wincci.

Baguslah kalau begitu, sedangkan artis yang bukan beragama Islam boleh berbuka dengan anak-anak yatim. Bagaimana pula dengan selebriti kita yang lain? Tak terniat langsung ke?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Komen Umie Aida Di Twitter Abby Cetek Pemikiran

Posted: 26 Jul 2012 04:38 PM PDT

Pelakon yang kini berjinak-jinak dalam dunia politik, Abby Abadi semakin lantang memperkatakan tentang isu-isu semasa sehingga mampu mencabar polisi kerajaan. Tak kurang juga sejak beberapa hari ni kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut beliau mencetuskan isu hangat sehingga membuatkan sesetengah pihak terutama golongan artis sendiri menjadi lebih panas.

Umie Aida Perang Abby Abadi di Twitter

Selepas isu berdebat dengan Datuk AC Mizal di Twitter, ekoran beliau dikatakan mengutuk PDRM. Pagi ini, nama Abby Abadi yang kita semua maklum beliau kini telah secara rasmi sebagai ahli parti PAS, makin bertambah panas dan sensasi.

Lebih menjadi perhatian, apabila Abby memberi reaksi kepada komen pelakon Umie Aida tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Abby Abadi baru-baru ini kepada sebuah akhbar online tempatan, The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan kepada akhbar itu, Abby menyatakan bahawa selebriti seperti mereka yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.

"Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari dan berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik," ujar Abby Abadi.

Tambah Abby lagi, "Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia'nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ianya kenyataan."

Kenyataannya ini telah menarik perhatian Datin Paduka Umie Aida yang tidak bersetuju terhadapnya.

Umie Aida di laman Twitter-nya berkata, "Kesian dengan komen dia (Abby Abadi) macam tu, sangat cetek pemikiran dia."

Umie turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya dan sebab mengapa dia berkata begitu kepada Abby.

Abby Abadi Gaduh Umie Aida

Dan aktres filem Leftenan Adnan ni turut menggesa bahawa jika mahu Abby Abadi mahu memperjuangkan agama, bukanlah melalui politik.

Abby Abadi Gaduh Umie Aida

Jadi, apa pula komen anda? Adakah sesuai untuk seorang selebriti terlibat dalam politik?

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang & Akan Kahwin 31 Ogos Ini

Posted: 26 Jul 2012 01:45 AM PDT

Hari ini pastinya adalah hari yang penuh kejutan buat pendengar stesen Radio Bernama 24 di mana peneraju stesen radio ini, Zulkifli Bujang telah mengumumkan satu berita yang menggembirakan pada jam 4 petang tadi.

Berita ini bukanlah berita tentang pemberian bonus atau kenaikan gaji ke apa tapi sebaliknya, berita ini berkait rapat tentang diri personaliti yang juga pengacara Selamat Pagi Malaysia di TV1 yang kini, rupa-rupanya telah bertunang dan akan berkahwin dengan pasangannya pada 31 Ogos 2012 bersamaan dengan 13 Syawal.

Tahniah Budiey ucapkan. Semoga majlis pernikahan ini nanti berjalan dengan lancar.

Kepada pembaca yang tak kenal beliau, pernah seketika dulu, nama beliau dikaitkan bercinta dengan anak VIP dan sekarang pula hangat dikaitkan dengan rakan penyampai di Radio. Jadi, beliau harap berita ini dapat meredakan segala gossip dan khabar angin itu.

Pada jam 4 petang tadi, Zulkifli Bujang telah buat pengumuman secara rasmi di stesen radio Bernama 24 di mana beliau akan menamatkan zaman bujang. Perkara ini sememangnya dirahsiakan dari pengetahuan semua termasuklah rakan penyampai stesen radio itu.

Dalam diam-diam, Zulkifli Bujang berjaya menyorok berita ini daripada rakan sekerjanya dan pendengar radio itu. Menurut beliau, dari dulu lagi, pendengar banyak kenen-kenenkan beliau dengan rakan sekerja yang lain. Jadi, pasti berita ini memeranjatkan para pendengar.

Semasa bersiaran petang tadi, dengarnya ada beberapa orang Menteri sudi buat panggilan ke konti radio itu untuk buat ucapan sempena dengan pengumuman ini.

Untuk pengetahuan pembaca, pengacara Selamat Pagi Malaysia ini telah pun selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan pasangannya, Shuhaida Abd Wahab yang berusia 25 tahun, berkelulusan Ijazah di Universiti Islam Antarabangsa, berasal dari Johor dan bekerja di firma Rekaan Dalaman.

Rasa cinta mereka berputik semasa Shuhaida menjalani sesi praktikal di Bernama TV di mana pada waktu itu, Zulkifli Bujang bertugas sebagai pembaca berita.

Zulkifli Bujang juga turut mengumumkan majlis resepsi belah perempuan akan berlangsung pada 1 September (14 Syawal) di Taman Perling, Johor Bahru. Manakala resepsi belah lelaki pula akan diadakan pada 2 September 2012 (15 Syawal) di Kluang, Johor.

Budiey ingin ucapkan semoga jodoh kalian berkekalan dan bahagia hingga selamanya ya.

Gambar Zulkifli Bujang dan tunangnya di majlis pertunangan.

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang

Gambar Zulkifli Bujang Bertunang

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Kasihan !! Ingin Punya Anak, Wanita Ini Divonis Meninggal

Posted: 26 Jul 2012 09:30 PM PDT

Kebanyakan pasangan yang sudah lama menikah ingin memiliki keturunan. Begitu juga pasangan Vicki Bone dan Jamie Beckwith yang berkonsultasi dengan seorang doktor untuk segera mendapatkan keturunan. Malangnya, setelah berkonsultasi, bukan keturunan yang didapat melainkan vonis meninggal di usia 40 tahun yang diterima Vicki.

Vicki divonis doktor akan meninggal di usianya yang ke 40 apabila ia tidak menurunkan berat badannya. Ukuran badannya yang lebih besar dari sang kekasih membuatnya sulit mendapatkan keturunan. Pernyataan ini membuatnya terkejut kerana selama ini dia merasa nyaman dan sihat dengan tubuhnya yang sekarang.

Wanita berusia 20 tahun ini mengaku telah melakukan banyak cara untuk menurunkan berat badannya, seperti ikut program pelangsingan di Slimming World, Weight Watchers dan yang lebih ekstrem lagi memakan obat pelangsing. Tetapi dengan berat badannya yang mencapai 157,5 kg, tidak ada satu carapun yang berhasil.

Permasalahan berat badan ini telah berlangsung sejak Vicki remaja. Masa-masa remaja yang sulit membuatnya memakan banyak makanan untuk mendapatkan kenyamanan. Dengan semakin bertambahnya berat badan, Vicki merasa diacuhkan oleh lingkungan pergaulannya. Ia memutuskan untuk keluar dari rumah dan mencari lingkungan baru.

Namun, itu tidak menjadi pemecahan masalah baginya. Tidak sedikit cemuhan orang yang membuatnya tidak pernah meninggalkan rumah barunya. Keadaan mulai membaik sejak dia berkenalan dengan Jamie. Vicki mulai boleh menerima bentuk tubuhnya yang dua kali lebih besar dari tubuh sang kekasih. Walaupun sang kekasih khawatir akan kesehatannya, tetapi Jamie tidak pernah mempermasalahkan beran badan Vicki. Menurutnya kepribadian Vickilah yang menarik perhatiannya.

Berbeza dengan Vicki dan Jamie yang dapat menerima tubuhnya yang sekarang, seorang dokter sangat tidak setuju dengan hal itu. Menurutnya Vicki harus berusaha keras untuk menurunkan berat badannya, kerana bukan hanya mempengaruhi kesuburan tapi juga kesehatannya, seperti penyakit diabetes atau jantung yang mungkin dialaminya kelak.

Menurut dokter Elli Canon dalam acara TV 'This Morning', kegemukan yang dialami Vicki tidak hanya berpengaruh pada pra-kehamilan tetapi juga selama kehamilan.

"Risikonya sangat tinggi bila si ibu mengalami obesiti mungkin saja bayinya lahir prematur, dan komplikasi kesihatan lainnya," ungkapnya dalam acara tersebut, seperti dikutip dari Dailymail.

Sumber : http://wolipop.detik.com

Tak de kerja lain adik ni,dah pandai bukak seluar orang lain

Posted: 26 Jul 2012 09:15 PM PDT


Inilah hujung Tembik Besar China

Posted: 26 Jul 2012 09:00 PM PDT



Tembok Besar China adalah salah satu mahakarya bangunan dunia. Namanya tersohor di semua negara, pun menjadi destinasi pelancungan kesukaan. Tapi apakah Anda tahu letak hujung Tembok China? Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia.

Selebrasi dan tragedi mewarnai pembuatannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing. Tembok ini dibangun atas perintah Kaisar pertama China yaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Kekaisaran China. Perlu waktu puluhan tahun yakni dari 220-206 SM untuk merampungkan tembok raksasa ini.


Tembok ini memanjang lebih dari 20.000 kilometer, membelah dataran luas China. Tapi apakah Anda tahu di mana hujung benteng ini? Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya ada di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon's Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya persis menjorok ke Laut Bohai.

Tempat ini jadi destinasi pelancung kerana di atasnya terletak menara pemantau dan sebuah kuil. Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut lepas.


Nama Laolongtou diberikan kerana ujung tembok ini mirip naga panjang yang kepalanya terbenam di air laut. Pengunjung boleh naik ke atas tembok dan melihat langsung panorama laut lepas, juga mengunjungi menara pemantau dan sebuah kuil di atasnya. Namun rupanya, tak sepenuhnya bagian Laolongtou adalah bangunan asli. Mengutip situs Amusing Planet pada, pada Juali 1905 tentara Jepun mendarat di Shanhai Pass. Mereka mengebom area itu, menghancurkan beberapa sisi tembok ini. Apa yang berdiri sekarang adalah upaya pemerintah China untuk membuat replika dari bangunan aslinya.


Laolongtou dibagi menjadi tujuh bahagian iaitu Estuary Stone City, Menara Chenghai, Nereus Temple, Jinglu Beacon Tower, Nanhaikou Pass, Ningchai City, dan Binhai Walls. Dua tempat favorit pelancung adalah Changtai Tower dan Nereus Temple yang bertengger di atasnya.

Changtai Tower adalah bangunan dua lantai dengan pondasi kayu dan bata, berfungsi sebagai menara pemantau. Nereus Temple tersohor kerana pernah didatangi para Kaisar di masa Dinasti Qing. Kuil inilah yang jadi tempat mereka berdoa kepada leluhur sebelum melanjutkan perjalanan ke sebelah timur laut China. 

Foto-Foto Albert Einsten yang Jarang Disiarkan

Posted: 26 Jul 2012 08:45 PM PDT


Foto-Foto Albert Einsten yang Jarang Disiarkan



















Facebook Pertemukan Ayah Dan Anak yang Terpisah 21 Tahun

Posted: 26 Jul 2012 08:30 PM PDT


Facebook kembali menjadi alat pemersatu keluarga yang telah terpisah sangat lama. Kali ini seorang ayah berhasil bertemu dengan anaknya setelah 21 tahun lamanya berpisah.


 Don Gibson yang merupakan mantan pilot Angkatan Udara Amerika Syarikat (AS) berhasil bertemu dengan buah hatinya dari isteri pertamanya, Chrisee. Craig, putranya, memang terpisah sejak dia berusia satu tahun.


 Gibson yang merupakan warga negara AS menikah dengan Chrisee yang merupakan warga Inggris. Keduanya menikah pada tahun 1989 dan menetap di suatu daerah di Inggris. Suatu hari, ketika Gibson dipanggil kembali ke AS, Chrisee menolaknya. Sehingga mereka pun kehilangan hubungan.


 Ketika Craig yang berumur 22 tahun, ternyata bapak dan anak ini saling mencari. Bahkan, Gibson sampai menyewa jasa dektetif dari Scotland Yard untuk menelusuri isteri dan anaknya yang hilang di dunia maya.


 Beruntung saat mengaktifkan akaun Facebook, Gibson dengan susah payah akhirnya menemukan anak kandungnya tersebut. Dia langsung mengirimkan pesan ke inbox Craig.


 "Kamu tahu siapa saya? Ingin tahu siapa saya? Tanya apa saja yang ingin kamu tanyakan dan bilang ke ibumu kalau aku mengucapkan 'Hii'. Aku memikirkanmu selalu. Aku berharap kalian sihat-sihat saja. Aku ingin berjumpa denganmu secepatnya," demikian pesannya, seperti detikINET kutip dari Mirror, Khamis (26/7/2012).


 Setelah mengirim pesan tersebut, keduanya pun melanjutkan percakapan dengan Skype. Dari situlah reuni keduanya akan diadakan di Inggris.


 "Saya beruntung menemukannya. Saya terkesan dan mengucapkan terima kasih kepada teknologi. Bila tidak ada kecanggihannya, kami tidak mungkin boleh saling bertemu," tegsnya

Petir Tewaskan 143 Kambing Sekali Sambar

Posted: 26 Jul 2012 08:15 PM PDT


Sebuah insiden unik terjadi ketika petir yang datang menyambar di tengah badai hebat menewaskan 143 kambing pada Selasa (10/7) di desa Chagankule, Xinjiang, China.


 Kambing-kambing itu tengah berteduh dari hujan lebat saat petir menyambar. Mereka tewas seketika. Sementara itu, 30 kambing lain hanyut terbawa banjir.


 Seperti dilansir GB Times, seorang petani tempatan yang memiliki kambing-kambing itu mengaku menderita kerugian sekitar 200.000 yuan.


 Badai yang awalnya menghantam desa Hebukesaier di Prefektur Tacheng memicu banjir besar sehingga mengakibatkan kerosakan di 6 desa yang berada di sekitarnya.  Desa Motege dan Chagankule merupakan desa yang paling parah kerosakannya. Kerugian di kedua desa itu mencapai 23 juta yuan .


 Ratusan warga pun terjebak genangan air. Selain menewaskan haiwan ternakan, banjir juga merosak lahan pertanian, jalan, dan bendungan. Badai yang datang sekitar pukul 13.00 waktu setempat berlangsung selama beberapa jam. Tidak ada laporan korban jiwa atau bangunan roboh akibat banjir.

Tampil Telanjang di Playboy, Artis Bollywood Dikecam

Posted: 26 Jul 2012 08:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM, Seorang artis Bollywood dituduh telah mempermalukan negaranya, lantaran menjadi wanita India pertama yang tampil bogel di majalah dewasa Playboy.

Sherlyn Chopra, (28), akan tampil di edisi November majalah tersebutsetelah ia meminta Playboy untuk mengorbitkannya dalam majalah mereka.

Menurut Sherlyn, tampil tanpa sehelai pakaianpun di dalam sebuah majalah dewasa, bukanlah sebuah pekerjaan yang mudah dilakukan.
"Ini bukan tugas yang mudahtelanjang di depan kamera dant erlihat baik-baik saja pada saat yang sama," ujarnya seperti dikutip dari Dailymail, Khamis (26/7/2012).

Tampilnya Sherlyn dalam majalah Popular,menuai kecaman di India. Meskipun Playboy dilarang di India, orang masih boleh mendapatkan akses melalui internet. "Ia tidak seksi, ia menjijikkan," ujar seorang warga India di situs jejaring sosial Twitter.

Sementara seorang kritikus filem India, melihat langkah Sherlyn ini, merupakan penghinaan bagi wanita India. "Pada saat perempuan tak berdosa di seluruh India tengah mengalami pelecehan seksual dan penghinaangambar telanjang Sherlyn Chopra akan melukai hati wanita India," ujar Gayatri Sankar.

Walau mendapatkan cemuhan, Sherlyn, mengatakan bangga dengan prestasi go internasional-nya. "
Saya menjadi wanita pertama India yang berpose telanjang untuk Playboy dan tak seorang pun dapat menyamai prestasi yang saya lakukan," katanya.

Pengasas Facebook warga Brazil antara 40 terkaya di Singapura

Posted: 26 Jul 2012 07:45 PM PDT


SINGAPURA: Seorang profesor madya undang-undang, Tey Tsun Hang daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) tidak digantung kerja oleh institusi pengajian tinggi itu ekoran siasatan yang mendakwa dia memberikan markah tinggi sebagai pertukaran untuk seks.
Laporan berita tempatan menyatakan dia akan diberikan cuti sabatikal apabila tahun akademik bermula bulan depan. Ia sudah dirancang sejak tahun lalu dan tidak dibuat ekoran siasatan itu, kata anggota fakulti di NUS. Mereka berkata, tiada aduan dibuat terhadapnya sebelum ini. Tey, 41, dipanggil oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) April lalu dan kemudian ditahan. Dia kini bebas dengan ikat jamin.

Dia dituduh memberikan gred tinggi kepada seorang pelajar perempuan tahun empat sebagai pertukaran untuk seks. Menurut The New Paper, persetujuan mereka bukan untuk sekali saja tetapi pelajar itu dikatakan melakukan seks dengan Tey beberapa kali. - The New Paper



sumber : myMetro

Profesor tawar gred tinggi untuk seks tidak digantung kerja

Posted: 26 Jul 2012 07:30 PM PDT


SINGAPURA: Seorang profesor madya undang-undang, Tey Tsun Hang daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) tidak digantung kerja oleh institusi pengajian tinggi itu ekoran siasatan yang mendakwa dia memberikan markah tinggi sebagai pertukaran untuk seks.
Laporan berita tempatan menyatakan dia akan diberikan cuti sabatikal apabila tahun akademik bermula bulan depan. Ia sudah dirancang sejak tahun lalu dan tidak dibuat ekoran siasatan itu, kata anggota fakulti di NUS. Mereka berkata, tiada aduan dibuat terhadapnya sebelum ini. Tey, 41, dipanggil oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) April lalu dan kemudian ditahan. Dia kini bebas dengan ikat jamin.

Dia dituduh memberikan gred tinggi kepada seorang pelajar perempuan tahun empat sebagai pertukaran untuk seks. Menurut The New Paper, persetujuan mereka bukan untuk sekali saja tetapi pelajar itu dikatakan melakukan seks dengan Tey beberapa kali. - The New Paper



sumber : myMetro

Batang balak kononnya ada kuasa

Posted: 26 Jul 2012 07:15 PM PDT


PHNOM PENH: Sebatang balak yang ditemui tertanam dalam tanah baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana dipercayai memiliki hikmat menyembuhkan penyakit serta meramal loteri, lapor media semalam.
Setakat ini kira-kira 5,000 orang datang ke kampung Prey Yeang, Pursat, untuk melihat kayu balak sepanjang 13 meter itu.

Ia ditemui awal bulan ini apabila sebuah keluarga menggali perigi di situ.


Ketua kampung itu, Hun Nov, berkata orang ramai yakin kayu balak itu memiliki kuasa ajaib.

"Ramai pelawat datang membawa pengeras seperti kepala babi dan ayam rebus apabila sesetengah penduduk memenangi loteri selepas menyentuh kayu berkenaan," katanya.


Hun Nov berkata, pihak berkuasa tiada hak menghalang orang ramai datang ke situ. Dianggarkan beratus-ratus pengunjung datang ke situ untuk mencuba nasib dan sesetengahnya menyapu bedak ke kayu berkenaan dengan harapan dapat mengesan sebarang nombor di situ. - AFP



sumber : myMetro

Bayi kena sembelih

Posted: 26 Jul 2012 07:00 PM PDT


BEIJING: Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.
Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.

Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.


"Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya," katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.

"Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit," katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.


Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.



Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi. - DM


sumber : myMetro

Didenda RM800 cuba bakar rumah kerana isteri tidak izin kahwin lagi

Posted: 26 Jul 2012 06:45 PM PDT


MUAR – Seorang ketua UMNO peringkat cawangan di Lenga dekat sini didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana cuba membakar rumahnya sendiri selepas permintaan untuk berkahwin lagi pada 17 Julai lalu tidak dibenarkan isterinya.
Majistret Suzana Mokhtar memerintahkan Ithnin Misdani, 50, dari Kampung Sawah, Tulang Gajah, Lenga membayar denda berkenaan atau dipenjara sebulan apabila tertuduh mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Ithnin pada pukul 10.10 pagi 17 Julai lalu telah mengambil tong berisi petrol serta tong gas dan meletakkannya di ruang tengah rumah sambil mengugut untuk membakar rumah berkenaan di depan isterinya, Siti Musliha Selamat.
Tertuduh dikatakan bertindak demikian selepas berang apabila isteri pertamanya dikatakan tidak mengikuti kehendaknya untuk beristeri lain.
Berikutan itu, Ithnin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

sumber : kosmo online

Beruk suka sarsi

Posted: 26 Jul 2012 06:30 PM PDT


KOTA BHARU: "Tapai pulut dan minuman sarsi memang menjadi makanan biasa baginya. Itulah yang dimakannya dan sihat hingga sekarang," kata seorang lelaki, Aznan Mohd, 26, mengenai beruk kesayangannya yang diberi nama Jaguh.
Jaguh yang berusia lima tahun bersaing dengan 100 beruk lain sebelum muncul juara dalam Pertandingan Beruk Memetik Kelapa yang diadakan di Kampung Melor Lama, di sini. Menurut Aznan, haiwan itu menjadi kesayangannya menyebabkannya begitu menjaga pemakanannya dan memberi perhatian lebih.

Katanya, dia membeli Jaguh ketika berusia setahun dengan harga RM1,000, namun bertuah apabila haiwan itu tidak banyak kerenah.


"Jaguh dianggap haiwan yang baik kerana mendengar kata tuannya. Disebabkan itu saya terlalu sayangkannya.

"Selain tapai, saya juga memberinya minum susu pada waktu pagi termasuk nasi dan kuih-muih. Hanya kadang-kala ia memanjat pokok kelapa," katanya.


Sempena pertandingan kali kedua itu, orang ramai kebanyakannya dilihat terhibur apabila memerhatikan pelbagai gaya dan telatah haiwan terbabit.




Aznan berkata, pertandingan itu unik dan menjadi sebahagian usaha memperkenalkan aktiviti berkenaan yang sering dilakukan di kampung.

Katanya, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara peserta dan penduduk sekitar kawasan.


"Saya gembira melihat ada pemilik beruk dari Besut, Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai sanggup datang ke sini untuk menguji ketangkasan beruk mereka," katanya.


sumber : myMetro



Tetak guna parang palsu

Posted: 26 Jul 2012 06:15 PM PDT


GOMBAK: Sepasang warga emas dan empat ahli keluarganya berdepan detik cemas disamun empat lelaki bersenjatakan parang di rumahnya di Kepong Ulu, di sini, awal pagi kelmarin menyebabkan kerugian lebih RM10,000.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Law Ah Hai, 63, dan isterinya, Chen Yoke Heong, 57, memuatkan barang dalam keretanya sebelum didatangi empat lelaki.
Difahamkan, pasangan terbabit menetap lebih 40 tahun di rumahnya dan rutin harian mereka sejak dua tahun lalu keluar rumah awal pagi untuk memulakan perniagaan restoran di Rawang.

"Keempat-empat lelaki berusia 20 hingga 30-an itu menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna biru. Mereka meletakkan kereta di depan pagar rumah mangsa sebelum menyerbu dan menjerit ke arah saya dan isteri supaya masuk dalam rumah.



"Saya ditolak masuk ke dalam bilik yang dihuni anak perempuan, menantu dan cucu lelaki saya yang sedang tidur. Lelaki itu turut mengarahkan isteri serta anak lelaki saya yang tidur di bilik berasingan masuk ke bilik itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kepong Ulu, di sini, semalam.



sumber : myMetro

Bapa kejam gila!

Posted: 26 Jul 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang bapa menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut anaknya yang hamil sebelum memaksa wanita itu menelan pil tahan sakit untuk menggugurkan kandungannya.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Pantai Dalam, di sini, jam 12.30 tengah malam kelmarin dan bapa berusia 50-an terbabit bertindak sedemikian semata-mata kerana tidak sukakan suami anaknya itu.
Sumber polis berkata, sebelum itu lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah dan memaki-hamun serta membelasah anak serta menantunya yang dikatakan baru beberapa bulan berkahwin.

"Suspek menyuruh anaknya berpisah dengan suaminya. Apabila anaknya yang berusia 20 tahun memberitahu dia sudah mengandung, suspek bertambah berang dan memaksanya menggugurkan kandungan.



"Tidak cukup dengan itu, bapa mangsa turut membawa pil tahan sakit dan menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut mangsa supaya kandungan mangsa gugur, namun mangsa berjaya menghalang perbuatan ayahnya," katanya.



sumber : myMetro

Mohon maaf selepas lari

Posted: 26 Jul 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Saya mohon maaf dan berterima kasih kepada puan sekeluarga," itu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang pembantu rumah kepada majikannya sebaik menghilangkan diri di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Ahad lalu.
Pembantu rumah warga Filipina berkenaan dikatakan menghilangkan diri kira-kira jam 5 petang ketika majikannya sibuk mencari barangan di pusat beli-belah berkenaan.

Majikan mangsa, Ong Beng Tuck, 33, berkata, sebaik menerima kiriman SMS itu, dia mengesyaki pembantu rumahnya itu sengaja berbuat demikian dan berniat melarikan diri.
"Kami cuba mencari wanita itu di dalam pusat beli-belah berkenaan selain kawasan sekitar kerana menyangkakan dia mungkin sesat dan hilang arah kerana keadaan ketika itu sesak," katanya yang ditemui di Ibu Pejabat Biro Aduan MCA di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, selepas gagal menemui wanita itu, mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

Katanya, sebelum menghilangkan diri, wanita itu meminta kebenaran untuk pergi ke tandas dan tidak menunjukkan sebarang tanda mencurigakan.
Dia yang bertugas sebagai doktor gigi di Kajang berkata, mereka mengambil wanita berusia 33 tahun itu bekerja sejak April lalu dengan bayaran RM9,200.

"Wanita itu mula bekerja dengan kami mulai 14 April lalu dan jumlah bayaran itu termasuk yuran agensi pembantu rumah itu bersama enam bulan gaji," katanya.
Katanya, selain terpaksa menanggung kerugian akibat kehilangan wanita itu, dia juga bimbang timbul pelbagai masalah ekoran pasport wanita itu masih berada dalam simpanannya.

"Saya bimbang jika berlaku apa-apa perkara terhadap wanita itu, kami sekeluarga akan dipertanggungjawabkan kerana masih memegang dokumen miliknya," katanya.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu punca wanita berkenaan melarikan diri kerana sepanjang bekerja tiada sebarang masalah timbul.

sumber : myMetro

[Hebat] Ya Tuhan,budak berusia 3 tahun jaga ayahnya yang lumpuh

Posted: 26 Jul 2012 05:30 PM PDT

Besar sungguh cubaan bagi lelaki ini, setelah dirinya lumpuh kerana kemalangan , isteri pergi begitu saja meninggalkannya entah kemana. Namun dia masih memiliki mutiara tak ternilai iaitu kurnia dari tuhan iaitu seorang anak berusia 3 tahun yang dengan taat mendampingi dan merawatnya, sungguh sebuah kisah tak ternilai dari seorang anak seusianya.


Bersiap-siap mengambil air untuk mandi  ayahnya


Membawa air untuk membersihkan badan....


Mengambil tualak untuk keringkan tubuh  ayahnya setelah mandi


Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia tiga tahun menjadi tumpuan hidup si ayah setelah dia mengalami kemalangann dan tak boleh lagi berjalan. Kanak-kanak bernama Dong Xinyi merawat si ayah, Dong Jian (26) dan juga membersihkan kotorannya.


Persiapan dapur elektrik untuk masak makanan


Memasak makanan buat  ayah yang disayangi


Xinyi lahir di sebuah keluarga petani di Kota Huanghia di DaerahShandong, China, tahun 2007. Beberapa bulan kemudian, ibunya meninggalkan rumah dan membawa Xinyi setelah Dong Jian mengalami lumpuh akibat kemalangan. Namun, awal tahun ini,  ibunya mengirimkan Xinyi kembali kepada si ayah. Tidak diketahui mengapa dia melakukan hal itu. Sejak saat itu Dia kemudian merawat sang ayah.


"Dia segalanya bagi saya. Setelah kemalangan, isteri meninggalkan saya. Ayah dan ibu tiri saya bahkan tidak peduli. Saya  pernah berpikir untuk bunuh diri," katanya. "Namun, kini Xinyi adalah di sini dan saya sangat kagum pada dirinya," katanya. Tidak jelas, bagaimana sang ayah dan anak perempuannya memperolehi wang untuk menampung hidup.


bk-alangkah beruntung dan bahagia ibubapa yang mempunyai anak sebegini
sumber : ruanghati.com

Gambar..lelaki yang merayu kekasihnya kembali ,sampai dia pengsan

Posted: 26 Jul 2012 05:15 PM PDT


Kerana marah anjing ni gigit no plat kereta

Posted: 26 Jul 2012 05:00 PM PDT



LETAK MAKLUMAT IKLAN

Wow..gadis ini dapat 10000 kuntum mawar tapi tak tahu siapa yang memberinya

Posted: 26 Jul 2012 04:45 PM PDT


 Sebuah  truk kecil berhenti di dekat asrama perempuan, 4 orang membawa buket besar berisi 10 000 kuntum mawar merah, membawanya masuk ke dalam dan kemudian terus pergi. 


Gadis yang menerima bunga tersebut sangat bahagia, tapi tidak tahu siapa yang memberinya bunga mawar itu .

Satu hal yang jelas, sang pengirim pasti sangat kaya dan dia mengeluarkan banyak wang untuk buket mawar tersebut.

Wanita Setinggi 90 Cm Lahirkan Bayi 49 Cm

Posted: 26 Jul 2012 04:30 PM PDT

VIVAnews - Tubuh Maria, wanita berasal Ukraina,  sangat kerdil. Di usia 26 tahun,dia hanya memiliki tinggi badan 90 sentimeter dan berat 26 kilogram. Tak hairan ia menjadi perhatian saat berhasil melahirkan seorang bayi normal dari rahimnya.

Pertumbuhan Maria terhambat akibat kelainan hormon. Dengan posture tubuh sekecil itu, doktor mendiagnosisnya menderita dwarf atau kerdil.

Atas diagnosis itu, Maria dikatakan tak dapat hamil dan melahirkan. Keberadaan janin di rahimnya berisiko mengancam jiwanya. Tapi nyatanya, ia mampu membuat doktor tercengang dengan kelahiran bayi perempuan sihat ke dunia.

Dukungan penuh suaminya, Oleg, membuat Maria tak peduli nasihat doktor. Setelah menikah, ia tetap berusaha hamil. Saat hamil terjadi, ia pun nekad mempertahankan janin,beratnya hanya bertambah tiga kilogram selama masa kehamilan.

Kegigihan mereka tak sia-sia. Pada 17 Januari 2011, pasangan harmonis ini mendapat anggota keluarga baru. Melalui operasi caesar, Maria melahirkan seorang bayi cantik berukuran normal. Ia menamakan bayi sepanjang 49 sentimeter dan berat 2,8 kilogram itu Veronica Aline.

Profesor Alexander Paenok dari bahagian Obstetri dan Ginekologi mengatakan, "Tak ada yang berani mengambil tanggung jawab dari operasi yang sulit ini," ucapnya, seperti dikutip Weird News. Operasi Maria melibatkan tiga doktor bedah dan anastesi dosis rendah untuk mengeluarkan bayi dari lengkungan kecil perut Maria.

Kelahiran bayi itu melengkapi kebahagiaan Maria yang sempat frustasi menemukan pendamping hidup idaman. "Mendapat pendamping hidup dalam situasi seperti saya bukan hal sederhana. Saya selalu ingin suami saya seorang yang tinggi," kata Maria seperti dikutip dari Telegraph.

Dia bertemu Oleg lewat internet. Sang suami yang bertinggi 187 sentimeter awalnya terkesima dengan ukuran Maria. Namun, pasangan itu menganggap yang terjadi sebagai bagian dari takdir. "Ukuran tubuh tidak penting, karena cinta tak memiliki batas," ucap Oleg.

Sukses melahirkan bayi sihat, Maria dan Oleg merancang memiliki anak kedua. Cerita Maria melempar ingatakn ke ibu terkecil di dunia yang bermukim di Amerika, Kristen Ray. Dengan tinggi badan 84 sentimeter, Ray juga sukses melahirkan bayi sihat. Ada juga Stacy Herald, pemilik tinggi 71 sentimeter, yang memiliki tiga anak bertubuh normal.

Wanita ini 'curi' semula basikalnya yang kena curi

Posted: 26 Jul 2012 04:15 PM PDT



Seorang wanita AS mencuri kembali basikal miliknya yang sempat di curi oleh pencuri.

Kathryn Lucas mendapati basikalnya hendak di jual oleh Denzel O"Neal Crawford, 18 tahun, setelah pemuda itu mencurinya di luar sebuah bar.

Kathryn pun kemudian berpura-pura tertarik untuk membeli basikal itu dan mencuba mengayuhnya itu sampai akhir dirinya berhasil mencuri kembali basikal miliknya itu.

Denzel sendiri akhirnya ditangkap dan khabarnya sangat memberikerjasama ketika polisi melakukan penyiasatan.

Selama 23 Tahun Peluru Bersarang di Kepala

Posted: 26 Jul 2012 04:00 PM PDT

Benar-benar diluar dari pemikiran kita secara awam, bagaimana mungkin selama 23 tahun peluru bersarang di kepala. Seorang petani dari China  baru mengetahui bahawa ada peluru yang bersarang di otaknya selama 23 tahun.

 Wang Tianqing menderita suatu gejala yang semakin lama semakin buruk selama dua puluh tahun. Akhirnya dia memutuskan untuk ke doktor, penyebab penyakitnya benar-benar membuat terkejut. Hasil CT scan menunjukan sebuah peluru bersarang di kepalanya.

 Doktor bedah China yang mengeluarkan peluru tersebut mengatakan, Wang boleh selamat daripada kematian hanya kerana peluru itu milimeter daripada otaknya. "Peluru itu masuk ke tengkorak Wang dan berhenti di dekat pelipisnya," ujar doktor bedah saraf, Wang Zhiming, seperti dilapor Sky News, Jumaat (22/4/2011).

 Dokter Wang menambahkan, jika peluru itu bergerak sedikit saja lebih jauh ke belakang dan ke bahagian kanan, Wang kemungkinan tidak akan selamat. Namun, yang menghairankan doktor adalah bagaimana peluru itu boleh sampai disana.

 Wang kemudian teringat suatu hari di 1988. Dia ingat pernah terkena pukulan keras di kepalanya sebelum akhirnya tak sedarkan diri.

 "Saya fikir saya terkena pukulanl. Saya melihat seorang lelaki berdiri di bukit dan saya kira dia yang memukul saya," kenang Wang. Dia kemudian terbangun di hospital, namun petugas medik yang merawatnya tidak menemukan ada yang salah padanya.

 Petugas medik kemudian memberikan Wang ubat anti radang dan menyuruhnya pulang. Namun, beberapa saat setelahnya Wang mulai mengalami kejang secara berkala. Saat serangan kerjang bertambah parah tahun lalu, keluarga Wang memutuskan untuk kembali ke doktor.

 Peluru tersebut ketika ini sudah dikeluarkan dan kejang-kejang yang dialami Wang sudah berhenti. .

Punyalah pemalas

Posted: 26 Jul 2012 11:00 AM PDT


Punyalah pemalas..sanggup tidur dan duduk dengan samaph sarap yang bersepah

Asyik bermesraan kena sambar petir

Posted: 26 Jul 2012 10:30 AM PDT


Sepasang kekasih yang sedang asyik bermesraan di Kabupaten Pasuruan tersambar petir. Akibat kejadian tersebut, Tono (17), salah seorang pelajar kelas 3 SMK Yayasan Pandaan tewas seketika di lokasi kejadian. Sementara kekasihnya hanya mengalami pengsan.

Informasi yang berhasil dihimpun, peristiwa nahas yang dialami sepasang kekasih tersebut, terjadi saat hujan lebat di wilayah Pandaan. Lantaran hujan, sepasang kekasih itu pun kemudian memutuskan berteduh di sebuah warung di sebelah Kantor Balai Desa Pelintahan, Kecamatan Pandaan.

"Saat kejadian, korban Tono sedang asyik memainkan handphone dan mendengarkan musik dengan headset. Sementara cewek korban, berada di sampingnya. Tiba-tiba petir menyambar handphone di tangan Tono, hingga dia terjatuh ke tanah," kata Eko Priono, seorang warga yang rumahnya berada di dekat balai desa.

Eko menjelaskan, begitu terjungkal, korban sempat ditolong oleh Dadang, warga setempat yang kebetulan saat itu sedang melalui tempat itu. Namun, nyawa korban tak tertolong.

"Ketika dibawa ke puskesmas terdekat, sepertinya Tono sudah meninggal dunia. Tubuh korban kaku dan matanya tak boleh dipejamkan. Sedangkan badannya, tidak gosong," terangnya.

Sementara itu, Kepala Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Pasuruan, Yudha Triwidya Sasongko berkata. "Kejadiannya di warung sebelah Balai Desa Pelintahan. Jenazah sudah dibawa ke puskesmas terdekat," ungkapnya.

sumber

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS