Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Fasha Sandha Sahkan Akan Berkahwin Dengan Jejai Tahun Ini

Posted: 05 Mar 2012 10:03 PM PST

GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI

Akhirnya Fasha Sandha mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini sekaligus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, siapa lagi kalau bukan Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Fasha dalam laporan Harian Metro pada hari ini (6 Mac 2012 – Selasa) dipetik sebagai berkata, dia telah pun menerima lamaran Jejai dan memberitahu yang kekasihnya itu sudah pun bertemu dengan keluarganya untuk merisik.

"Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik"

Fasha juga turut mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk beberapa gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar beberapa hari lalu.

GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI

"Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

"Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi."

"Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,"

Anda jangan tidak tahu, selain gambar Fasha dan Jejai mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di internet dan disiarkan di banyak blog adalah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI

Walau bagaimanapun, Fasha masih enggan memberitahu bila dan dimana perkahwinan akan dilangsungkan, masih mencari waktu sesuai untuk membuat pengumuman. Tapi yang pasti, ianya akan berlangsung tahun ini, 2012.

Psstt: Mesti baca – Kad kahwin bercetak ayat suci tidak boleh dibuang~

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Gambar-gambar Fasha dan Jejai di Kursus Perkahwinan

Posted: 05 Mar 2012 03:18 AM PST

Kebelakangan nie semakin banyak gambar-gambar Fasha dan Jejai yang menunjukkan bahawa mereka tidak lama lagi bakal menjadi suami isteri.

Dari gambar pra-perkahwinan,gambar menempah gaun pengantin dan sekarang gambar Fasha dan Jejai menghadiri Kursus Kahwin..

Tak lama lagi lah nampaknya pasangan sejoli ini bakal mengukuhkan ikatan dengan ikatan perkahwinan..

Lagi gambar-gambar comel Lisa semasa mandi bunga

Posted: 05 Mar 2012 03:12 AM PST















Gambar-gambar Siti Nurhaliza di majlis pernikahan adik lelaki bungsu nya.

Posted: 05 Mar 2012 03:08 AM PST

Wah tauke simply siti dan Penyanyi Nombor satu negara,jadi mak andam untuk bakal adik ipar yang kini dah jadi adik ipar Tok Ti...

Adik bungsu Siti ,Mohd Hafiz bernikah dengan pasangannya dan dihadiri keluarga terdekat.












Leeya Hot FM dan suami bercerai talak satu

Posted: 05 Mar 2012 03:29 AM PST

Tanpa sebarang kontroversi atau khabar tentang keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio stesen popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih dikenali dengan panggilan Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin.


Enggan mengulas lebih mendalam mengenai penceraiannya bersama suami, Muhammad Ashraf Aasimudin,32 penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid,29 atau Sharifah Aleya bagaimanapun berkata hubungannya bersama bekas suaminya itu masih berada dalam keadaan baik.

"Semuanya baik-baik saja, sama seperti sebelum ini. Hubungan kami masih baik. Dia masih baik dengan keluarga saya, begitu juga dengan keluarganya," katanya ringkas apabila ditanya mengenai perkembangan kehidupannya selepas bercerai.

Sharifah Aleya dan Ashraf dilaporkan telah menjalani proses bercerai secara baik dan atas persetujuan kedua-dua belah pihak dalam satu proses tertutup pada 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Mengulas mengenai perasaannya ketika ini, Sharifah Aleya berkata sebagai seorang perempuan pastinya dia bersedih namun kehidupan perlu diteruskan.

"Saya ok saja, masih lagi waras. Semuanya ok," seloroh Sharifah Aleya sambil ketawa.

"Saya masih buat kerja seperti biasa dan bertugas secara profesional di Hot FM.

"Anak-anak juga baik-baik saja dan kalau mahu bertanyakan berkenaan hak penjagaan ke atas mereka, rasanya lebih baik tanyakanlah saja kepada Ashraf.

"Kerana rasanya, saya tidak sepatutnya memberi kenyataan yang lebih. Mungkin lebih baik bertanyakan kepada Ashraf saja," katanya.

Sharifah Aleya dan Ashraf telah berkahwin pada 10 Disember 2007 dan telah dikurniakan sepasang kembar Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


SAH! Fasha Sandha Kahwin Tahun Ini

Posted: 05 Mar 2012 07:24 PM PST

Syabas & tahniah Budiey ucapkan kepada Fasha Sandha kerana beliau akhirnya akan berkahwin dengan Jejal pada tahun ini. Ini disahkan sendiri oleh Fasha yang bakal menamatkan zaman daranya tahun ini sekaligus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Fasha dalam laporan Harian Metro pada Selasa dipetik sebagai berkata, dia sudah pun menerima lamaran Jejai dan memberitahu kekasihnya itu sudah pun bertemu dengan keluarganya untuk merisik.

Fasha Sandha

"Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik", katanya.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

"Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya. Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi. Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini."

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan. via Mstar Online

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011
  • Photo of the Day: Manjanya Fasha Sandha Eh Yang Anggun
  • Gambar Seksi Fasha Sandha
  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010
  • Fasha Sandha Menang Pelakon TV Wanita Popular ABPBH2010
  • Betulkah Ini Gambar Kekasih Sebenar Fasha Sandha?
  • Gossip Fasha Sandha & Farid Kamal Merendek?
  • Gambar Fasha Sandha Berkemban Dalam Filem Skrip 7707
  • Gambar Fasha Sandha di Sidang Media Drama Dia Atilia
  • Gambar Fasha Sandha dan Farid Kamil Cium Mulut Superimpose?
  • Music Video Superstar Prema Yin Release 9 March

    Posted: 05 Mar 2012 04:59 PM PST

    Prema Yin: Superstar unleashed

    Something big is stirring again for Malaysian pop-rock star Prema Yin. You've heard her sing and even danced to her tunes. You've caught her live on television, seen her rock the stage in Malaysia, and perhaps even in Los Angeles and New York, and now get ready to catch Prema, locked and loaded, in her new video, 'Superstar'.

    To be released on March 9, 'Superstar' the video marks yet another impressive chapter in the short but fruitful career of the multi-talented singer-songwriter.

    Prema Yin

    Prema, crowned 'Best Overall Female Artiste in February at the VIMA Awards (Voize Independent Music Awards – the largest independent music awards show in Malaysia), initially composed 'Superstar' for a social movement campaign. The new release is an audio-video reinterpretation of the song to showcase both her distinctive voice and on-stage persona. Concept and script was developed by Adrian Lai, Australian-trained music producer and engineer, US-trained film director and screenwriter, award-winning broadcast sound designer, internationally distributed film producer, and international nominated cinematographer, who also produced.

    The song can be downloaded for free at www.sharethelove.my. Maxis users can dial *131*224151# for Caller Ringtones (CRT) and *131*10555993# for the full song (FS).

    "Otherwise, you can find the video on YouTube" said Prema, adding that this latest release is part of her continuing effort "to reach out to a wider audience worldwide while wooing more fans at home".

    Next up for the 'Pocket Dynamite' is a bid to wow Indonesian music fans on her first tour there. Dubbed as "Prema Yin's Promo Tour", Prema will be busy promoting her music through showcases and interviews in Jakarta and Bandung from the 11th till the 18th of March, 2012. Not that Prema is unknown there – her hit 'Eyo Eyo' actually began filling Indonesian airwaves last year. So, if anything, news of Prema's impending visit has already garnered excited chatter on Facebook and Twitter.

    Prema Yin

    Prema's looking forward to it too. "I'm living the dream I've had since I was kid and making music that will hopefully affect people in a positive way."

    The dream's very much alive for the girl blessed with stunning vocals, a distinctive style and an on-stage presence that's uniquely her own.

    Since her rise to stardom in 2004 after bagging ntv7's 'Who Will Win Malaysian Topstar' championship title, her energy, drive and ambition has propelled Prema, year on year, to higher levels.

    Last year was stellar. On a visit to the United States, Prema's 'Eyo Eyo' was selected as the soundtrack for the movie 'A Novel Romance', starring Steve Guttenberg, Shannon Elizabeth, and Milena Govich.

    Her stop in Los Angeles included attending the prestigious Hollywood Music in Media Awards (HMMA 2011) where she had received a nomination in the 'Pop Category' for 'Eyo Eyo' – it was an event graced by some of America's biggest names in the music and Hollywood film industries, including Eric Roberts, Smokey Robinson, Adam Gator of Matchbox 20 and Debra Messing, among others.

    On the back of that came myriad co-writing and recording ventures with renowned songwriters and producers including Scott Krippayne (Demi Lovato, Jordin Sparks), Bill Grainer (Jennifer Hudson), Michele Vise, and Harry Maslin (Nick Carter, Eden's Crush, David Bowie), to name a few. She also commanded a much-coveted gig at the Renaissance Hotel and later at the legendary jazz club, The Blue Note, in New York.

    Recently, back home, she was invited to be a part of the nationwide Twisties Superstarz project, a singing competition put together by snack brand Twisties in collaboration with MTV and hitz.fm. Prema also co-wrote the competition's theme song 'This Is The Moment' with fellow rock top-gun, JD of the band Popshuvit.

    Then, for the Julie's Biscuits Social Movement theme 'Share The Love', celebrating friendship and solidarity, her song 'Superstar' was used to promote the core values of the campaign amongst Malaysians.

    Prema is currently signed with US management company TC Music, LLC, who are promoting her worldwide but with special focus on the American market. Stay tuned and for more information, please visit www.premayin.com.

    Prema Yin

    Prema Yin

    Prema Yin

    Prema Yin

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Chris Brown's Brand New Single Turn Up The Music
  • Prema Yin The Biography
  • Dayang Nurfaizah Back With New Single LATELY
  • Michael Jackson's Michael Is The #1 Selling Global Album
  • Femme Fatale Britney Spears Seventh Studio Album
  • AMERICAN IDOL WINNER DAVID COOK WILL RELEASE HIS DEBUT ALBUM
  • AVRIL LAVIGNE LIVE IN HONG KONG CONTEST
  • Future Music Festival Asia
  • Kelly Clarkson To Release New Album Stronger
  • The World Unites On New Michael Jackson Video Behind The Mask
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Mereka masih gembira walaupun makan sisa makanan

    Posted: 05 Mar 2012 09:30 PM PST

    Betapa gembiranya mereka walaupun yang mereka makan
    itu berupa sisa makanan.Seolah-olah mendapat rezeki yang
    melimpah ruah.Bersyukurlah kita kerana diberikan rezeki walaupun
    tak seberapa......






    Pakaian ketat dan transparant tenyata sangat berbahaya

    Posted: 05 Mar 2012 09:15 PM PST


    Pakaian ketat dan transparan tenyata sangat berbahaya menurut majalah kedokoran di Inggris, pakaian ketat yang di kenakan dalam waktu panjang dapat menyebabkan Kanser Milanoma. Menurut penelitian ilmiah pakaian ketat yang dikenakan oleh wanita di terik matahari dalam waktu yang panjang, setelah beberapa tahun menyebabkan Kanser ganas milanoma pada usia dini dan stoking kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat didalam menjaga kaki mereka dari kanser ganas tersebut.


     Dan penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala dari kanser ini adalah munculnya bulatan berwarna hitam agak lebar dan terkadang berupa bulatan kecil saja, pada daerah kaki atau betis, atau boleh disekitar mata kemudian menyebar ke seluruh bahagian tubuh. Penyebaran bulatan ini disertai pertumbuhan di daerah-daerah yang biasa terlihat, pertautan limpa (daerah di atas paha), menyerang darah, dan menetap di hati dan merusaknya.




    Dalam beberapa kes kanser milanoma juga menyerang tulang, bahagian dalam dada dan perut. Kanser ini juga menyerang ginjal, Jika ginjal sudah rosak air kencing akan berwarna hitam. Janin juga tidak luput dari serangan kanser milanoma ini.Orang yang menderita kanser ganas ini tidak akan hidup lama, kerana belum di temukan ubat yang benar benar mampu menyembuhkan kanser ganas ini. 
    sumber:internet

    Ini Dia Pasangan Berjodoh Sejak di Lahirkan

    Posted: 05 Mar 2012 09:00 PM PST


    Manusia hidup dalam mencari pasangan didapatkan dengan berbagai cara yang berbeza. Ada yang ketemu di pejabat, supermarket atau mimpi. Pasangan asal Inggris ini merasa mereka sudah ditakdirkan untuk berjodoh sejak dilahirkan. Dilahirkan di waktu hampir bersamaan di hospital yang sama, keduanya menikah 22 tahun kemudian.


    Pasanggan berbahagia itu adalah Richard dan Kayleigh Brookes. 22 tahun lalu, ibunda keduanya melahirkan mereka di ruangan yang sama di satu hospital pada 1989.


    Kini, setelah berpuluh-puluh tahun berlalu, keduanya ternyata ditakdirkan untuk bersama dan menikah. Pernikahan diadakan Sabtu (25/2/2012) lalu di St John, Baptist Church, Halesowen, West Midlands, Inggris.
    "Kami tidak boleh mempercayainya ketika kamu tahu kalau ibu kami berada di hospital yang sama ketika kami lahir," ujar Richard. "Aku lahir 22 April dan Kayleigh, 25 April. Tapi ibuku harus dirawat lebih lama jadi kami berada dalam ruangan yang sama saat itu," tambahnya.


    Meski kedua orangtua mereka tidak saling mengenal, Richard dan Kayleigh kemudian disekolahkan di sekolah yang sama ketika memasuki usia remaja. Mereka menjadi teman sekelas di masa taman kanak-anak.
    Namun keduanya baru mulai saling mengenal dengan baik ketika berusia 11 tahun. Kedekatan mulai terjalin ketika Richard mengirimkan pesan teks pada Kayleigh kalau dia baru saja dipukuli.


    Keduanya merasakan saling jatuh cinta pada ketika berusia 15 tahun. Setelah saat itu, mereka tak terpisahkan lagi.


    "Setelah kami mulai berkencan, kami tidak pernah lagi terpisahkan sehari pun," ujar Richard, seperti dikutip dari Daily Mail.


    Hubungan asmara mereka bukan berarti berjalan mulus tanpa hambatan. Banyak pihak yang kerap memberitahu Kayleigh kalau jalinan cintanya dengan Richard tak akan berhasil.


    "Semua orang di sekolah mengatakan padaku jangan berkasih dengannya kerana dia selalu membuat masalah. Mereka juga memperingatkan kedua orangtuaku," tutur Kayleigh.


    "Bahkan termasuk para guru. Tapi kami sudah membuktikan pada semua orang kalau mereka salah dan aku sangat bahagia," tambah Richard yang berprofesi sebagai pemandu delivery.
    Lelaki tersebut melamar Kayleigh ketika wanita itu berulang tahun ke-21. Saat itu juga ulang tahun ayah Kayleigh. 


    Orangtua mereka sangat senang. Pernikahan keduanya pun berjalan lancar tanpa hambatan. Mereka kemudian berbulan madu ke Las Vegas. 








    sumber

    Ingin Pecahkan Rekod Dikubur Hidup-hidup, Malah Betul-betul Mati

    Posted: 05 Mar 2012 08:45 PM PST


    COLOMBO, RIMANEWS-Hasrat  untuk  memecahkan rekod paling lama dikubur hidup-hidup justru berbuah petaka bagi Janaka Basnayake (24). ia dinyatakan dinyatakan meninggal dunia setelah  melakukan aksi tersebut, Isnin (5/3/2012). Polis Sri Lanka, sebagaimana dikutip pejabat berita AP, melaporkan bahawa Janaka tewas setelah lebih dari enam jam dikubur hidup-hidup di desanya.

    Kejadian tragis ini berlangsung akhir minggu lalu. Sanak keluarga dan teman-teman Janaka menguburkan lelaki  ini. Tubuhnya hanya dilindungi dengan kayu dan daun di Kota Kantale, sekitar 220 kilometer utara ibu kota Kolombo. Surat khabar lokal melaporkan, lelaki ini dikubur dalam liang sedalam tiga meter.
    Janaka mulai dikubur sekitar pukul 09.30 pada Sabtu. Menurut polis, ketika lelaki  ini dikeluarkan pada pukul 16.00, keadaannya pengsan. Dia kemudian dilarikan ke rumah sakit setempat. Namun, setibanya di sana, petugas menyatakan dia sudah meninggal dunia.

    Doktor DG Costa dari RS Kantale mengatakan, belum boleh ditetapkan apa penyebab kematian  Janaka. Sebuah penyelidikan lebih lanjut akan dilakukan. Namun, ada dugaan lelaki ini kehabisan oksigen.
    Ibunda Janake, LD Leelawathi, mengemukakan, putranya selalu melakukan tindakan-tindakan yang tak lazim sejak masa kecilnya. Sebagaimana dikutip surat khabar lokal, Lankadeepa, perangai yang unik ini terutama selalu dilakukan berkaitan dengan filem yang ditontonnya.

    Sebelum kejadian ini, ujar Leelawathi, putranya sudah dua kali melakukan aksi dikubur hidup-hidup selama dua setengah jam dan lainnya hampir enam jam. Semuanya berjalan sukses.
    Sejauh ini belum jelas berapa rekod rasmi dunia dalam urusan paling lama dikubur hidup-hidup.
    Polis menegaskan, Janake ini adalah anggota Kesatuan Pertahanan Sivil, sebuah unit di bawah polis setempat yang ikut berperang selama aksi perang saudara di Sri Lanka selama 25 tahun. [ach/KCM/AFP]

    Manusia tanpa kepala heboh di bbm

    Posted: 05 Mar 2012 08:30 PM PST




    Foto manusia tanpa kepala beredar via BlackBerry Messenger di Makassar, Sulawesi Selatan.
     Pada foto tersebut terdapat seorang lelaki dan wanita muda berfoto bersama dengan latar belakang bangunan mirip candi dan pura. Namun, di sisi kiri foto tersebut terdapat foto mirip foto manusia tanpa kepala.
     Nampak hanya baju  dan seluar atau sarung bercorak.
     Belum diketahui, apakah foto ini asli atau rekayasa dan waktu pemotretan.

    Brutal..wanita potong kelamin lelaki yang meminta hutang daripadanya

    Posted: 05 Mar 2012 08:15 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki harus merasakan pahitnya hidup setelah penisnya dipotong oleh seorang perempuan dan dua sanak keluarganya setelah lelaki ini meminta agar wangnya dikembalikan. Demikian diberitakan IANS, awal minggu ini.


    Lelaki bernama Ram Biriksh Prasad (35) dan tinggal di Kemai, sekitar 140 kilometer dari Patna. Demikian disampaikan pihak polis di Bihar, India. Kini, ia harus berjuang hidup di RS.


    Menurut keterangan seorang anggota polisbernama P. C. Yadav, penis Prasad dipotong seorang perempuan bernama Pratima Devi dan dua sanak keluarganya. Berdasarkan keterangan Prasad kepada polisi, ia meminjamkan wang kepada perempuan itu sebanyak 7.00 rupee sekitar lapan bulan silam.


    Setelah memintanya berulang kali sekitar empat bulan, Pratima Devi mengundang saya ke rumahnya Jumaat malam. Saat saya tiba, ia dan dua anggota keluarganya kemudian memotong kelamin saya dengan pisau tajam," jelasnya.


    Prasad kemudian dimasukkan ke RS Sadar setelah ditemukan berlumuran darah. Polis sudah menjerat Pratima Devi dan dua keluarganya termasuk ayah mertuanya bernama Budhan Mahto.

    Video Tutorial: Bagaimana Cara Berdandan Seperti Seorang Bintang Korea [Video]

    Posted: 05 Mar 2012 08:00 PM PST

    User bubzbeauty dari YouTube,  ini menambah koleksi ratusan tutorial kecantikannya dengan satu video tutorial mengenai bagaimana cara mengkombinasikan berbagai make-up yang tepat untuk tampil bak bintang Korea.



    sumber : youtube

    Cafe dengan nama yang paling kreatif

    Posted: 05 Mar 2012 07:45 PM PST






    Lelaki ancam untuk sebarkan foto telanjang kepada suami jika tak melakukan hubungan seks dengan dia

    Posted: 05 Mar 2012 07:30 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki dari Florida Amerika Syarikat (AS), mengancam seorang wanita akan mengirimkan foto telanjangnya kepada suaminya, jika wanita itu menolak melakukan hubungan seks dengan dirinya. Karena perbuatannya, David Carrillo-Rodriguez, 33, ditahan oleh Sherif Collier County, Florida, AS, di rumahnya, pada hari Selasa (28/2/2012), atas tuduhan melakukan serangkaian kekerasan domestik.


    Menurut seorang petugas  Sheriff Collier County, yang enggan disebutkan namanya, dikutip dari Upi.com, Isnin (5/3/2012), insiden itu bermula saat David mendekati mangsanya, ketika wanita itu tengah berjalan kaki, menuju rumahnya. Saat itu, David mengatakan ia ingin bicara dengan wanita yang diketahui pernah memiliki hubungan sexual dengannya tersebut. Namun wanita itu menolak untuk berbicara dengannya, walaupun ia diseret David ke samping rumahnya, dan mengalami sejumlah ancaman.


    Salah satu ancaman yang dilayangkan oleh David, adalah akan memperlihatkan foto telanjang wanita tersebut, kepada suaminya, jika wanita itu menolak melakukan hubungan seks dengannya. Merasa terancam, wanita itu segera menendang David, dan melarikan diri, mencari pertolongan.

    Hah...Wanita ini Melepas Bajunya di Jalanan

    Posted: 05 Mar 2012 07:15 PM PST

    Entah kenapa gadis ini dengan tiba-tiba membuka bajunya di jalanan ramai. Nampaknya seperti si gadis mengalami tekanan mental yang tinggi sehingga melakukan hal yang memalukan ini.






    Jennifer Hale, Wanita Dibalik Suara 129 Karakter Game

    Posted: 05 Mar 2012 07:00 PM PST


    Nama Jennifer Hale mungkin tidak pernah kita dengar atau kenal sebelumnya, namun tahukah anda bahawa ia telah memainkan karakter paling seksi, lebih banyak daripada aktris lainnya. Pasalnya, wanita cantik ini telah menjadi pengisi suara dari 129 karakter dalam video game.
     Jennifer mulai mengisi suara karakter pada tahun 1994 untuk Quest Glory IV: Shadows of Darkness, dan telah mendominasi pengisi suara karakter wanita sampai saat ini.


    Bahkan, menurut laporan New Yorker, Jennifer juga menjadi pengisi suara di game Mass Effect 3 yang akan datang.
     Sebelumnya, ia memainkan karakter dalam game Bulletstorm, Desperate Housewives (Game), Freelancer, X-Wing Fighter vs TIE, serta  Doom 3.


    Projek terbaru Jennifer adalah Mass Effect 3, sekuel game yang terjual lebih dari lima juta salinan. Dan sekali lagi ia memainkan karakter utama dari Komandan Shepard.
     Bekas aktris TV ini lahir di Labrador pada tahun 1972, dan memiliki dua kewarganegaraan iaitu Kanada dan Amerika.
     Ia membesar di Selatan Amerika dan setelah belajar akting di Alabama School of Fine Arts, Jennifer kemudian muncul di acara TV lokal,
     Setelah dua tahun menjalaninya, Ia mulai mencari pekerjaan yang lebih baik, dan pindah sebagai pengisi suara video game.
     Diketahui, pekerjaan tersebut adalah arena yang sepenuhnya didominasi oleh laki-laki, namun Hale memujuk agennya agar memberinya naskah dan akhirnya mendapatkan peranan dalam game.
     Beberapa game lainnya yang dibintangi Jennifer adalah, Argonauts, God of War, Bulletstorm, Mercenaries 2, The Matrix: Path of Neo, Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots, dan Soulcalibur IV.

    Bateri nipis seperti kepingan filem

    Posted: 05 Mar 2012 06:45 PM PST


    TOKYO - Firma elektronik Jepun, NEC mengeluarkan bateri yang nipis seperti filem dikenali sebagai Bateri Radikal Organik (ORB).
    Setebal cuma 0.3 milimeter (mm), kepingan bateri itu boleh digunakan dalam kad pintar dan kertas elektronik serta beberapa gajet bergerak yang lain.
    Menurut NEC, bateri ORB itu memiliki 40 peratus lebih kuasa berbanding bateri ORB generasi lama.
    Ia dibuat dengan menggunakan bahan mentah yang murah tetapi berkualiti. - AGENSI
    sumber : kosmo online

    Paderi, 66, wanita tertua jadi ibu di Switzerland

    Posted: 05 Mar 2012 06:30 PM PST


    ZURICH: Seorang paderi berusia 66 tahun menjadi wanita tertua pernah diketahui melahirkan anak di Switzerland selepas dia melahirkan pasangan kembar.
    "Seorang wanita berusia 66 tahun melahirkan anak kembar di sebuah klinik wanita," kata jurucakap hospital di Graubuenden, timur Switzerland, kepada akhbar SonntagsBlick, semalam.

    Rekod yang dicatatkan di Switzerland sebelum ini dipegang oleh seorang wanita yang melahirkan anak perempuan ketika berusia 64 tahun sementara laporan menunjukkan ibu paling tua ialah warga India yang melahirkan anak kembar ketika dia berumur 70 tahun. - Agensi



    sumber : myMetro

    Lelaki belasah remaja hadapi hukuman penjara

    Posted: 05 Mar 2012 06:15 PM PST


    PALM BAY: Seorang bapa yang memukul seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang disiarkan dalam YouTube, berdepan dengan hukuman penjara.
    Gary Johnson dari Palm Bay, Florida, yang memukul mangsanya hingga gigi remaja berkenaan patah, pengsan sebaik keputusan perbicaraan dibacakan di mahkamah, mendapatinya bersalah atas tuduhan menyerang, mendera kanak-kanak dan bertindak tidak senonoh.

    Johnson, 35, berdepan dengan hukuman penjara hingga 57 tahun tetapi dia dijangka oleh pendakwa raya dan peguamnya untuk menjalani hukuman itu hanya selama 10 tahun.


    Video yang dimuatnaikkan ke YouTube Ogos lalu menunjukkkan Johnson memukul remaja itu di belakang rumahnya. Mangsa tidak melawan ketika dipukul.

    Selepas mengadili gusti lengan yang anaknya (tidak kelihatan dalam video) tewas, Johnson bangun dan mencabar untuk bertanding dengan pesaing anaknya.


    Peguam Johnson berkata, remaja itu mencetuskan kemarahannya selepas berlaga dada dengannya dan mengeluarkan kata-kata mencabar.



    "Anda mencabarnya," kata seorang pendakwa raya kepada remaja itu di mahkamah, semalam.

    "Ya tuan," jawabnya.


    "Tindak balas anda ialah apabila anda ditolak, anda tidak berundur lagi? "Tidak," jawab remaja berkenaan.

    Dalam video itu, kedua-duanya berdiri bersemuka dengan masing-masing menggenggam tangan.


    Selepas remaja itu menolak Johnson kali pertama, dia menolak balik remaja itu hingga dia terjatuh.


    Johnson kemudian berulang kali menumbuk muka mangsa, kadangkala berhenti, seolah-olah untuk memaksanya melihatnya semula sebelum dia menumbuk lagi.


    Remaja itu berkata, dia ingat dia jatuh ke tanah dan ditumbuk oleh Johnson sebelum pengsan selepas itu.


    "Saya cedera di kening. Bibir saya pecah dan beberapa gigi saya patah," katanya kepada mahkamah. - DM



    SUMBER : myMetro

    Jual muka untuk bayar hutang

    Posted: 05 Mar 2012 06:00 PM PST


    LONDON: Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir 50,000 (RM250,000).
    Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.

    Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.


    Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih 31,000 (RM155,000).

    Mulanya, satu iklan berharga 1 (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga 400 (RM2,000) dan masih terus meningkat.


    Moyse dan Harper berkata: "Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.



    "Apa yang kami lakukan ialah sedikit berbeza dan ia bermula dengan agak baik." - TS


    SUMBER : MYmETRO

    Datuk belasah menantu, bawa lari cucu

    Posted: 05 Mar 2012 05:45 PM PST


    GOMBAK: Seorang datuk sanggup membelasah menantu lelaki di rumahnya di Batu Caves, di sini sebelum melarikan cucunya berusia dua tahun, kelmarin.
    Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa berusia 40 tahun dan tinggal berdua dengan anak lelakinya itu terkejut apabila pintu rumahnya diketuk bapa mentuanya itu dengan kuat sebelum terdengar jeritan memanggil namanya dengan nada kasar.

    Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan perlakuan bapa mentuanya yang berusia 60 tahun terus membuka pintu sebelum ditolak hingga terjatuh.


    'Ketika kejadian, bapa mentuanya turut datang bersama seorang rakan sebelum mereka menghamburkan kata-kata kesat dan bertanya di mana cucunya berada.

    "Mangsa yang terkejut dengan serangan bapa mentuanya itu enggan memberitahu dan menyuruh lelaki terbabit pulang ke rumah dengan alasan tidak mahu mencari gaduh," katanya.


    Bagaimanapun, bapa mentuanya enggan, sebaliknya bertindak menumbuk dan membelasah mangsa gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan menantunya itu yang ingin membawa kes tangkapan khalwat anak perempuannya yang juga isteri mangsa ke mahkamah.



    "Tidak tahan dipukul, mangsa kemudian melawan dan memberitahu tindakannya itu adalah wajar selepas isterinya bermain kayu tiga, malah sudah ditangkap khalwat dengan pasangan bukan mahram.

    "Bagaimanapun, perkara itu tidak dapat diterima bapa mentuanya itu yang menganggap kejadian berkenaan memalukan keluarga dan mahu mangsa menyerahkan cucunya supaya dia mendapat menjaganya tambahan pula isteri mangsa kini tinggal bersamanya," katanya.


    Menurutnya, namun mangsa enggan menyerahkan anaknya itu menyebabkan bapa mentuanya naik berang sebelum terus mengambil cucunya itu dari dalam bilik sebelum beredar.

    "Mangsa cuba mengambil semula anaknya namun gagal sebaliknya dipukul sekali lagi dan dicekik hingga sukar bernafas. "Mangsa yang kesakitan dan bimbang dengan keselamatan anak lelakinya kemudian membuat laporan di Balai Polis Selayang," katanya.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.



    sumber : myMetro

    Ditahan sejurus perkosa dalam tandas

    Posted: 05 Mar 2012 05:30 PM PST


    KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan yang kemaruk seks hilang pertimbangan apabila sanggup mencekik, memukul sebelum merogol seorang penuntut kolej dalam tandas sebuah pangsapuri di Batu 6 1/2, Jalan Puchong, di sini kelmarin.
    Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 22 tahun bersama keluarganya ke pangsapuri berkenaan selepas abangnya berhasrat membelinya.

    Menurut sumber, beberapa minit kemudian, mangsa memberitahu kakak iparnya mahu ke tandas tanpa menyedari gerak-gerinya diperhatikan pengawal keselamatan terbabit.


    "Pengawal yang gagal mengawal nafsunya meminta mangsa melakukan seks," katanya.

    Mangsa enggan dan dia yang ketakutan cuba melarikan diri namun gagal apabila tangannya dipegang sebelum dicekik menyebabkan mangsa sukar bernafas.


    "Pengawal yang melihat mangsa mula lemah dan hampir pitam bertindak menarik seluar mangsa sebelum merogolnya," katanya.



    Menurutnya, ibu mangsa pelik hampir setengah jam anak gadisnya dalam tandas memanggil nama anaknya itu berulang kali apabila menyedari pintu tandas dikunci daripada dalam.

    Sumber berkata, pengawal itu cuba melawan melepaskan diri dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu datang membantu dan menangkapnya sebelum dibawa ke Balai Polis Petaling untuk tindakan lanjut.


    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan penahanan lelaki terbabit yang direman 14 hari.


    sumber : myMetro

    Bagi salam tembak leher

    Posted: 05 Mar 2012 05:15 PM PST


    KOTA BHARU: "Saya nekad bergelut dengan mereka untuk menyelamatkan diri dan anak-anak," kata Haris Yusof, 62, menceritakan detik cemas apabila rumahnya diserang tiga lelaki sebelum dia dan isterinya terkena tembakan dalam kejadian di rumah mereka di Kok Lanas, pagi semalam.
    Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, Haris cedera di leher manakala isterinya, Ani Malik, 51, cedera di pinggang kanan.
    Sebelum kejadian, pasangan terbabit pada mulanya dikejutkan dengan salam dari luar rumah menyebabkan Haris bangkit tidur untuk membuka pintu.

    Belum sempat dia berbuat demikian, dua lelaki memecah masuk manakala seorang daripada mereka mengacukan pistol dan mengarahkannya supaya diam.



    Kejadian itu disaksikan anak perempuannya, Norly, 27, yang berada di ruang tamu rumah dan turut diacukan pistol oleh lelaki yang sama.


    Detik cemas itu berlarutan beberapa minit apabila lelaki berkenaan meluru ke bilik dan Ani ketika itu tidur bersama anak mereka Mohd Fikri, 23, dan Mohd Fakhrullah yang berusia 10 tahun.



    SUMBER : MYmetro

    Fasha terima lamaran

    Posted: 05 Mar 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik," kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.
    Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.
    "Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini," kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

    Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.



    Mengulas perkara itu, Fasha berkata: "Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.


    "Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi."

    Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.



    sumber : myMetro

    Jimmy mengaku tampar isteri

    Posted: 05 Mar 2012 04:45 PM PST


    SHAH ALAM: "Kami sudah ada masalah daripada hari pertama perkahwinan," kata pengacara Jimmy Shanley ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
    Jimmy berkata perkahwinan dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy adalah atas dasar suka sama suka dan ia permintaan ibu mentuanya selepas dia dan isteri berkenalan enam bulan sebelum diijab kabul.
    Bagaimanapun, dalam keterangannya semalam Jimmy mengakui dirinya sering diabaikan Nursuhaila selaku defendan dalam kes yang lebih banyak meluangkan masa bersama rakan-rakan berbanding suami.

    Menurutnya, dia pernah menampar Nursuhaila dua kali iaitu pada hari ketiga perkahwinan mereka dan kali kedua pada 19 Oktober 2010 ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand.



    Jimmy berkata mengikut perancangan awal mereka dijadualkan berbulan madu empat hari iaitu dari 18 hingga 21 Oktober 2010, bagaimanapun pada hari ketiga di sana, Nursuhaila pergi ke Bangkok, Thailand tanpa izinnya.



    sumber : myMetro

    Gila...kecik-kecik dah pandai layan projek

    Posted: 05 Mar 2012 04:30 PM PST





    Mana mak bapak dia orang ni???

    Muka hancur kena tembak tapi nampak relaks je

    Posted: 05 Mar 2012 04:15 PM PST



    tengok gambar pun dah ngeri ...

    sumber : bestoneoffour.wordpress.com

    Adakah anda sanggup berenang seperti budak ini?

    Posted: 05 Mar 2012 04:00 PM PST


    Pengsan 100 kali sehari

    Posted: 05 Mar 2012 03:45 PM PST

     Seorang saintis wanita di Britain, Claire Allen menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan dia pengsan sehingga 100 kali sehari, lapor sebuah akhbar semalam.

    Allen, 35, yang menetap di sini, England, menghidap penyakit tidur dikenali sebagai katapleksi.

    Penyakit saraf itu menyebabkan dia lumpuh antara 30 saat hingga lima minit setiap kali Allen ketawa, teruja, berasa takut, terkejut atau gembira.

    Sewaktu diserang katapleksi, Allen akan kehilangan kawalan badannya tetapi berada dalam keadaan sedar.

    Lebih teruk, Allen pernah pengsan 100 kali dalam masa sehari.

    "Saya akan rebah setiap kali ketawa," katanya.

    Allen menghidap penyakit ganjil itu sejak beberapa tahun lalu tetapi dia terpaksa mengambil ubat untuk melakukan rutin harian.

    Terdapat kira-kira 25,000 penyakit tidur di Britain.

    Tangkap tikus untuk di jual di tepi jalan

    Posted: 05 Mar 2012 03:30 PM PST

    Bermacam jenis makanan yang pelik di dunia ini.
    contohnya di Afrika ini mereka menangkap tikus kemudian
    memasaknya dan di jual di tepi jalan....






    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS