Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Kejutan Affleck

Posted: 14 Jan 2013 03:13 PM PST

Julang trofi utama Golden Globe, ketepikan pengarah berpengalaman termasuk Spielberg dan Ang Lee

Anugerah Golden Globe 2013 menyaksikan penguasaan Ben Affleck apabila dinobatkan pemenang Sutradara Terbaik selain filem arahannya, Argo, diumumkan Filem Terbaik pada majlis pengiktirafan kali ke-70 di Beverly Hills, semalam.

Beberapa hari sebelum anugerah ini berlangsung, namanya tidak tersenarai dalam pencalonan Anugerah Academy ke-85 yang bakal diadakan 24 Februari depan.
Lihat, saya tidak peduli anugerah apa pun. Apabila penyampai mengumumkan nama anda sebagai pemenang, itu adalah perkara yang luar biasa. Terima kasih kepada seluruh kru dan pelakon Argo kerana merealisasikan filem ini," Ben Affleck.

Bagaimanapun semalam Affleck nyata membuat kejutan dengan mengetepikan pengarah berpengalaman yang disebut-sebut bakal mengungguli trofi berkenaan, Steven Spielberg.

Apatah lagi filem sentuhan sutradara disegani itu, Lincoln, turut menerima pencalonan terbanyak dengan tujuh kategori yang pastinya punya harapan besar membawa pulang trofi utama.

Selain Spielberg, filem yang dicalonkan dalam lima kategori itu turut menewaskan judul arahan Kathryn Bigelow yang berkisar perburuan ke atas Osama bin Laden berjudul Zero Dark Thirty, Ang Lee (Life of Pi) serta Quentin Tarantino (Django Unchained).

Argo yang diterbitkan serta dibintangi Ben sendiri berkisar usaha menyelamatkan enam diplomat Amerika Syarikat (AS) dari Teheran, Iran, sekitar 1979 hingga 1981 yang mencuri perhatian kerana kontroversi perjalanan ceritanya dikatakan bercampur aduk antara realiti dan fiksyen.
"Lihat, saya tidak peduli anugerah apa pun. Apabila penyampai mengumumkan nama anda sebagai pemenang, itu adalah perkara yang luar biasa. Terima kasih kepada seluruh kru dan pelakon Argo kerana merealisasikan filem ini," katanya ketika menerima trofi.

Suami kepada pelakon, Jennifer Garner, itu juga sempat meluahkan terima kasih kepada keluarganya.

"Terima kasih Violet, Seraphina serta Samuel dan tentu saja untuk isteri tercinta. Saya menyayangi dan mengagumi kamu. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi," katanya.

Lincoln menang satu trofi

Affleck, 40, memulakan kerjaya pengarahan menerusi lewat filem pendek, I Killed My Lesbian Wife, Hung Her on a Meat Hook dan Now I Have a Three-Picture Deal, sebelum muncul dengan Gone Baby Gone disusuli The Town yang meraih sambutan memberangsangkan.

Dikendalikan Tina Fey dan Amy Poehler selaku pengacara majlis, acara penganugerahan kedua terbesar selepas Oscar yang berlangsung selama empat jam itu menyaksikan sebanyak 25 kategori dipertandingkan.

Biar meraih pencalonan terbesar, Lincoln hanya mampu berpuas hati dengan sebuah trofi iaitu Aktor Terbaik menerusi Daniel Day-Lewis, yang sememangnya cemerlang membawakan watak tokoh bekas Presiden AS, Abraham Lincoln.

Pelakon itu menewaskan Richard Gere yang memberi saingan menerusi persembahannya dalam filem Arbitrage, John Hawkes (The Sessions), Joaquin Phoenix (The Master) dan Denzel Washington (Flight).

Untuk berita lanjut serta gambar-gambar menarik sekitar Anugerah Golden Globe 2013, dapatkan akhbar BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

INFO: Senarai pemenang Anugerah Golden Globe 2013
 Filem Terbaik (Drama): Argo
 Filem Terbaik (Muzikal/Komedi): Les Miserables
 Pengarah Terbaik: Ben Affleck (Argo)
 Aktres Terbaik (Drama): Jessica Chastain (Zero Dark Thirty)
 Aktor Terbaik (Drama): Daniel Day-Lewis (Lincoln)
 Aktor Terbaik (Muzikal/Komedi): Hugh Jackman (Les Miserables)
 Aktres Terbaik (Muzikal/Komedi): Jennifer Lawrence (Silver Linings Playbook)
 Aktres Pembantu Terbaik: Anne Hathaway (Les Miserables)
 Aktor Pembantu Terbaik: Christoph Waltz - Django Unchained
 Lakon Layar Terbaik: Quentin Tarantino (Django Unchained)
 Skor Asli Terbaik: Michael Danna (Life of Pi)
 Best Original Song: Skyfall (Skyfall/Adele)
 Filem Bahasa Asing Terbaik: Amour (Austria)
 Filem Animasi Terbaik: Brave
 Anugerah Cecil B DeMille: Jodie Foster
 Siri Televisyen Terbaik(Drama): Homeland
 Siri Televisyen Terbaik (Komedi/Muzikal): Girls
 Aktres Terbaik Siri Televisyen (Drama): Claire Danes (Homeland)
 Aktor Terbaik Siri Televisyen (Drama): Damian Lewis (Homeland)
 Aktres Terbaik Siri Televisyen (Komedi/Muzikal): Lena Dunham (Girls)
 Aktor Terbaik Siri Televisyen (Komedi/Muzikal): Don Cheadle (House of Lies)
 Siri Pendek Terbaik/Telefilem: Game Change
 Aktres Terbaik Siri Pendek/Telefilem: Julianne Moore (Game Change)
 Aktor Terbaik Siri Pendek/Telefilem: Kevin Costner (Hatfields & McCoys)
 Aktres Pembantu Terbaik Siri/Siri Pendek/Telefilem: Maggie Smith (Downton Abbey: Musim 2)
 Aktor Pembantu Terbaik Siri/Siri Pendek/Telefilem: Ed Harris (Game Change)

Semakin sembuh

Posted: 14 Jan 2013 02:25 PM PST

L Ramlie tak sabar pulang ke rumah, gembira rakan artis datang ziarah

Penyanyi popular era 60-an, Datuk Ramli Lazim, 71, ataupun lebih dikenali dengan panggilan L Ramlie, yang mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, kini stabil dan semakin sembuh.

Dimasukkan ke hospital sejak 25 Disember lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Dara Pujaan ini ketika dihubungi, semalam, berkata, bagaimanapun dia belum dibenarkan pulang kerana masih terikat dengan beberapa prosedur.
Saya masih ditahan di wad. Menurut doktor, paru-paru dan jantung saya dalam keadaan yang baik, cuma buah pinggang belum baik sepenuhnya" Ramli Lazim, Penyanyi


"Saya masih ditahan di wad, di sini. Menurut doktor, paru-paru dan jantung saya dalam keadaan yang baik, cuma buah pinggang belum baik sepenuhnya. Tambahan pula, sekarang ini kaki kanan saya mengalami sakit urat dan agak sukar untuk saya berjalan.

"Petang nanti (semalam) saya akan menghadiri sesi fisioterapi dan kalau sudah sembuh, saya boleh pulang.

"Sebenarnya saya sudah sihat, cuma kaki kanan saja yang sakit, seperti ditarik-tarik uratnya," ujar artis veteran ini.
Beliau juga berkata, inilah kali pertama dia ditahan di hospital buat tempoh yang agak lama. Kali akhir dia dimasukkan ke wad adalah pada 2005 selama seminggu akibat sakit batu karang.

Peminat ambil berat

Pada pagi 25 Disember lalu, penyanyi ini diserang sesak nafas lalu rebah. Mujur pada masa itu beliau berada di rumah anaknya di Taman Sri Andalas, Klang.

"Sepatutnya saya menghadiri kenduri kahwin anak Mas Omar pada 23 Disember lalu. Tapi, sehari sebelum itu saya sakit perut dan dimasukkan ke pusat perubatan KPJ di Bukit Raja, selama sehari semalam. Saya dikatakan sudah sembuh pada ketika itu. Namun sehari selepas itu, selepas solat subuh, saya sesak nafas dan terus dihantar ke hospital oleh anak saya.

"Sekarang anak dan cucu bergilir-gilir menjaga saya di sini, dan syukurlah saya pun semakin sembuh," tambahnya yang turut gembira apabila ramai kenalan artis datang melawat.

Kelmarin, rakan seperti Datuk DJ Dave, Datuk M Nasir, Nash dan Mas Omar datang menjenguknya di hospital. Bukan saja itu, Hamid Gurkha dan wakil daripada Yayasan Artis 1Malaysia juga hadir meluangkan masa mereka menziarahinya.

Malah, L Ramlie senang hati kerana ahli kugiran serta peminat setia turut mengambil berat mengenai dirinya dan datang melawat.

Azizah masih diawasi doktor

Sementara itu, keadaan agak berbeza buat seorang lagi artis veteran, Datin Azizah Mohamad, 65, apabila penyanyi Syurga Idaman ini masih kurang stabil dan berada dalam pengawasan rapi doktor.

Menurut suaminya, Datuk A Rahman Hassan, Azizah juga tidak sekuat dulu lagi.

"Saya lihat isteri saya tak macam biasa apabila dia nampak tidak bersemangat dan tidak lalu makan. Memang sebelum ini doktor tidak benarkan dia makan, tapi selepas beberapa hari doktor sudah benarkan, cuma dia pula tak lalu makan.

"Badannya masih dimasukkan air, dan saya tengok dia sedikit lemah. Dia mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis yang agak serius.

"Baru-baru ini doktor beritahu, dia ada jangkitan kuman di paru-parunya. Oleh sebab itu dia belum boleh keluar hospital, sebaliknya masih dalam pengawasan doktor," ujarnya, semalam.

Dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur sejak 9 Januari lalu, A Rahman setia menemani isterinya itu di hospital terbabit.

Tambah penyanyi yang cukup dikenali menerusi lagu Tak Mengapa ini, isterinya tidak lekang diziarahi rakan artis, sama ada dari era pop yeh yeh mahupun angkatan muda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Yuna Telefon Uji Rashid Untuk Minta Maaf

Posted: 15 Jan 2013 12:57 AM PST

yuna dan uji rashid

Gara-gara insiden Uji Rashid disingkirkan disaat akhir dan ditukar kepada penyanyi lain untuk menyanyikan lagu 'Terukir di bintang' di AJL tanpa pengetahuan Yuna.. Yuna secara peribadinya telah menelefon sendiri penyanyi kesayanganya itu untuk memohon maaf diatas apa yang telah berlaku..

Yuna yang sedang sibuk merakamkan album terbaru dengan komposer tekenal antabangsa, David Foster itu telah meluangkan masa dan membuat pangillan telefon dari Amerika Syarikat sekitar pukul 1 pagi, Sabtu lalu bagi memohon maaf dengan apa yang telah berlaku sebelum ini..

Yuna juga turut meluahkan rasa sedihnya kerana Uji Rashid telah diperlakukan sebegitu rupa oleh pihak penganjur.. Jelas Yuna, apa yang berlaku semuanya diluar pengetahuannya.. Yuna juga menafikan yang dia sendiri telah membuat keputusan untuk menukarkan Uji Rashid dengan penyanyi lain..

Uji Rashid bagaimanapun, menerima permohonan maaf daripada Yuna itu dan ingin melupakan segala insiden yang telah berlaku Walaupun masih terkesan dengan kejadian itu..

Sumber: Utusan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS