Nuffnang

Belajar buat blog

sumber :-

Belajar buat blog


membuat menu navigasi breadcrumb

Posted: 20 Jun 2010 01:46 AM PDT

Breadcrumb adalah menu navigasi berurutan yang terdapat diatas di atas artikel posting dan ia merupakan cara efektif bagi memberi kemudahan kepada pengunjung bagi melihat kategori posting pada sesuatu blog.Disamping itu juga adalah digalakkan dari segi SEO pada sesuatu blog.

Berikut adalah cara membuat breadcrumb.

1. Pada Design, kemudian  pilih Edit HTML,klik pada Expand Widget Templates.
2. Cari kod berikut (gunakan Ctrl+F pada keyboard bagi memudahkan pencarian)

 <b:if cond='data:post.title'>

4. Setelah jumpa ,letakkan kod dibawah ini dibawah kod tadi.

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<a href='http://namabloganda.blogspot.com/'>Home</a> &#187;
<b:if cond='data:post.labels'>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<a expr:href='data:label.url' rel='tag'><data:label.name/></a>
<b:if cond='data:label.isLast != "true"'>,</b:if>
</b:loop>
&#187;
</b:if>
<data:post.title/>
</b:if>
 
Nota:gantikan perkataan http://namabloganda.blogspot.com dengan nama blog anda.

8. Kemudian klik save Templates .

Menu breadcrumbs ini hanya akan muncul diatas artikel atau dibawah judul blog ketika anda membuka halaman suatu posting dan bukan halaman utama blogspot anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

zoomartis

sumber :-

zoomartis


Lirik Lagu : Bila Cinta OST Lagenda Budak Setan

Posted: 20 Jun 2010 02:34 AM PDT



Mila - Mila Bila Cinta Lirik
Ku mimpi pandu kapal angkasa
Rentas galaksi cari cinta
Ramai wira super yang ku jumpa
Gagah dan perkasa hebat dari nyata

Antara..
Beberapa…
Angan-angan ku yang mengila
Masuk akalkah tidak

Mila, ku tertanya
Bila, akan bersua
Cinta si peria
Membikin hidup ceria

Mila, ku tertanya
Bila, akan masanya
Cintakan mewarna
Setiap ruang dunia

Ku mimpi terjun awan ke awan
Bagai gula kapas manisnya,
Lalu datang satria kayangan,
Dia sangka aku pari-pari syurga

Indahnya…
Kiranya…
Angan-angan ku jadi nyata
Masuk akalkah tidak

Chorus
Dalam dunia yang makin gila
Mungkin alam khayalan
Ruang berlindung sewajarnya
Sementara capai impian ku…

Indahnya…
Kiranya…
Angan-angan ku jadi nyata
Masuk akalkah tidak

Chorus
Ku mimpi pandu kapal angkasa
Rentas galaksi cari cinta
Ramai wira super yang ku jumpa
Gagah dan perkasa bikin hidup ceria

Ku mimpi pandu kapal angkasa
Akan ku sua..
Si peria..

Akan masanya
Cintakan mewarna
Setiap ruang dunia

Lirik Lagu Dan Bila Esok - Sofaz

Posted: 20 Jun 2010 02:26 AM PDT

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

Gambar Terbaru Zarynn Minn

Posted: 20 Jun 2010 02:20 AM PDT

Pelakon yang serba sederhana ini mungkin anda tidak sedar akan kehadirannya, Zoom rasa ada banyak drama atau filem yang pernah beliau lakonkan.Mungkinkah kerana artis bernama Zarynn Minn ini kurang gossip dan konterversi dan publisiti menyebabkan beliau kurang menonjol berbanding artis yang suka mencetuskan konterversi.


Antaranya drama lakonan Zaryn Min ialah Tangisan Bulan Madu, Kaber Hero Kaber Zero, Rafflesia, Cahaya, Elly, Sahabat, Annum, Yusuff, Dari Mata Arissa dan Hati Ini Milik Siapa. Sementara filem lakonannya adalah Anak Mami The Movie dan Dunia Baru The Movie.

Aizdean Pelajar Malaysia Jadi Artis di Jepun !!

Posted: 20 Jun 2010 02:02 AM PDT

Inilah gambar Pelajar yang menjadi artis di Jepun, menurut info beliau merupakan tajaan JPA.


Nak tau lebih lanjut mengenai pelajar ini lawati 


Biodata beliau dalam bahasa jepun...baca je la kalau faham..

出身地:マレーシア
学 歴:大学院卒業 (マレー語、英語、日本語に堪能)
誕生日:2 月13 日 
外国仕込みの英語力とリズム力で圧倒的な歌唱力を持つシンガー。
本格的なリズム感のあるR&B から日本人の心に届く壮大なバラードまで、 
英語と日本語を織り交ぜながら表現するステージは圧巻。
クラブイベントやライブハウスからはオファーが止まらないほどの引っ張りだこ。

Gambar Artis Malaysia Bersosial di Night Club !!?

Posted: 20 Jun 2010 01:49 AM PDT

Gambar dibawah ini adalah pelakon baru yang bernama Baby atau Lily Zarina Khalil yang juga ahli kumpulan Restu.

CUBA TENGOK BETUL2 GAMBAR NI !!! GAY BELAKANG TU ISKKK SIAP CEMOLOT !!


Zoom rasa artis ini pernah berlakon dalam teater Puteri Gunung Ledang baru-baru ini,kalau betul lah...., malas nak komen gambar bawah ni...kalau anda ada masa komen lah mengenai artis ni!!!!?

Komen Inneke Koesherawati Mengenai Kehilangannya

Posted: 20 Jun 2010 01:30 AM PDT

AKTRES cantik yang terkenal dengan imej solehehnya, Inneke Koesherawati kini mempunyai sesuatu yang lebih penting berbanding kerjaya yang telah dijalani sejak bertahun lamanya.
Bukan berhenti terus daripada dunia hiburan, sebaliknya Inneke memilih agar memberi fokus terhadap keluarga dan anak-anak. Justeru dia amat selektif dengan tawaran lakonan yang datang pada masa kini dan hadapan.

Walaupun belum terbiasa dan masih berasa kekok kerana tidak berlakon, Inneke bagaimanapun memilih untuk mendidik anak-anaknya.

"Memang agak berat apalagi selepas sibuk selama enam bulan dengan penggambaran, terus tiba-tiba berhenti. Tapi selepas ada anak-anak saya merasa ada sesuatu yang baru dalam hidup saya.
"Saya tidak menyesal dengan keputusan untuk 'hilang' seketika dalam dunia hiburan kerana mahu memberi tumpuan dan mendidik anak-anak saya sendiri," kata Inneke yang cukup terkenal dengan drama Mutiara Hati.
Tetapi kata Inneke, biarpun dia membataskan diri dengan sibuk di lokasi, namun itu tidak bermakna dia mahu melupakan terus bidang lakonan. Malah jika tawaran yang datang seperti tawaran berlakon iklan yang tidak akan mencuri waktunya dengan banyak, Inneke tidak keberatan untuk ke lokasi.
Katanya: "Kalau waktu penggambarannya tidak lama, saya okay untuk berlakon. Asalkan saya masih memberi tumpuan utama pada anak-anak."

Datin Paduka Umie Aida Sedih Tak Dapat Derma Darah !!

Posted: 20 Jun 2010 01:20 AM PDT

Niat dihati ingin menderma darah untuk insan lain yang sangat-sangat memerlukan derma daripada masyarakat, namun kerana keadaan dan kecemasan yang perlu beliau utamakan menyebabkan Datin Paduka Umie Aida terpaksa membatalkan niat menderma darah sempena Hari Derma Darah Sedunia 2010.


Menurut Umie Aida beliau terpaksa pergi ke Hospital kerana bapa mertua dikejarkan ke hospital kerana sakit usus.


Setiap kejadian pasti ada hikmahnya, samalah apa yang terjadi dengan Datin Umie Aida kita ni, nampak makin cantik pula selepas mendirikan rumahtangga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blog BOM321

sumber :-

Blog BOM321


Bodoh Punya Offer !

Posted: 20 Jun 2010 05:41 AM PDT

Bodoh Punya Offer !
Kalau ada orang yang terkejar-kejar nak rebut peluang offer ni, memang bengong!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Selepas Kantoi Dadah, Apek Mahu Berehat Dari Bidang Seni

Posted: 20 Jun 2010 02:26 AM PDT


Update terkini mengenai Saiful Apek selepas dia dibebaskan daripada tahanan reman ekoran kantoi terlibat dengan dadah dimana dia mengatakan yang dia mahu ‘bercuti’ dari bidang seni. Mungkin ingin melapangkan fikiran. Dalam pada itu, Apek juga mengakui yang dia tidak layak dijadikan sebagai ikon. Mungkinkah Apek ada membaca kenyataan yang pernah diutarakan oleh Wardina iaitu Selebriti [...]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Jagung Ayam

Posted: 20 Jun 2010 12:52 PM PDT

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

Terbesalin dalam lif

Posted: 20 Jun 2010 11:09 AM PDT

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dia pun malu macam nak gila dan tak mahu keluar daripada lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dia keluar. Psychologist tu pun bercakap,

"Cik... keluar lah... apa nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab,

"Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ada 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"

Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

KISAH MAT PUNK

Posted: 20 Jun 2010 10:22 AM PDT

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

Bapa Rela Anak Murtad

Posted: 20 Jun 2010 10:03 AM PDT

Seorang bapa sanggup membiarkan anaknya menukar agamanya semata-mata membolehkan anak perempuannya berkahwin dengan seorang pelakon dan pengacara televisyen.Haji Anshori berkata dia tidak kesal dengan perbuatan anaknya meninggalkan Islam untuk berkahwin dengan pengacara itu.Malahan dia dan keluarganya sanggup mengadakan majlis perkahwinan anaknya yang murtad itu di Jakarta Barat demi kebahagiaan si anak.

p/s : Inikah cara seorang bapa mengasihi anaknya sehingga sanggup meminggirkan agamanya sendiri???

Bunyi Dari Kubur

Posted: 20 Jun 2010 09:31 AM PDT


Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

Lima Perkara Perlu Dilaksanakan Segera

Posted: 20 Jun 2010 09:01 AM PDT


Sekirannya kita mahu melakukan sesuatu perkara,kita harus memikirkan baik buruknya terlebih dahulu supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.Namun dalam ajaran Islam, ada beberapa perkara yang perlu di laksanakan segera, iaitu :

1. Memberi  makan tetamu apabila tetamu itu mengidap di rumah kita
  • Kita harus memuliakan tetamu.Dalam adat Melayu kita digalakkan menyambut tetamu dengan gembira,mempersilakan tetamu duduk serta diajak berbual dengan hati yang tulus.
2.Mengurus jenazah atau mayat orang yang meninggal dunia
  • Apabila ada orang yang meninggal dunia,kita harus segera memandikannya,kemudian meng kafankan dan mrmyembahyangkan jenazah tersebut.Kemudian perlu segera mengebumikannya,jangan sampai berada di rumah berhari-hari.Adalah lebih utama jika mengebumikan ini didaerah dimana orang tersebut meninggal
3.Menikahkan anak perempuan apabila sudah tiba waktunya
  • Sekiranya kita mempunyai anak perempuan,dan apabila sudah tiba waktunya bernikah,kita di anjurkan untuk segera menikahinya.Hal ini untuk menjaga agar tidak terjadi pergaulan bebas seperti yang berlaku kebelakangan ini
4.Membayar hutang bila sampai waktunya
  • Kita diwajibkan untuk segera membayar hutang kita kepada orang lain apabila kita sudah mampu membayarnya.
5.Bertaubat dari dosa-dosa yang kita telah lakukan
  • Hidup di dunia ini hanya sekadar satu persinggahan,jadi janganlah kita menunda-nunda untuk bertauabat kerana kita tidak ketahui bila kita akan mati.Bertaubat tidak perlu menunggu sampai kita tua kerana malikat maut akan datang menjemput kta  apabila tiba waktunya
Jadi sebagai umat Islam,kita amt dianjurkan untuk segera melaksanakan perkara diatas kerana apabila perkara itu tidak segera dilaksanakan ia akan menimbulkan masalah yang baru pula.

wing maxi pad

Posted: 20 Jun 2010 07:07 AM PDT


"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH... heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD.

CACING DAN ARAK

Posted: 20 Jun 2010 06:03 AM PDT

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

"UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK..."

HAZELNUT DAN NENEK

Posted: 20 Jun 2010 03:22 AM PDT

 Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Abu kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut yang ada diatas meja sampai habis semangkuk tanpa dipelawa. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, habis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi."
 Nenek Siti berkata,"Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek hisapje la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."kata neneknya dengan selamba
.

Sedekah Kuatkan Perpaduan Ummah

Posted: 20 Jun 2010 01:28 AM PDT

Maksud sedekah dapat menguatkan perpaduan ummah ialah :
  • Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan miskin terhadap golongan berharta dan kaya
  • Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin.Sifat dengki akan hilang
  • Bersedekah akan mendatangkan keberkatan.Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan
  • Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang di alami oleh orang-orang yang kesempitan.Ini menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.
Dengan ini akan mewujudkan kekutanperpaduan antara sesama masyarakat Islam.Apabila wujud perpaduan di peringkat masyarakat,ia akan membawa perpaduan negara dan ummah.

Zorro ,Robin Hood Dan Orang Asli

Posted: 20 Jun 2010 12:03 AM PDT

Sebuah kampung orang Asli mengadakan satu pertandingan mencari jodoh.Sesiapa yang dapat menjatuhkan epal yang berada diatas kepala anak ketua kampung dengan jarak yang paling jauh akan berkahwin dengannya.Maka muncul dua orang Hero Rakyat  untuk mencuba nasib iaitu Zorro dan Robin Hood.

Mereka pun bersepakat dan Zorro memulai pertandingan.Dia pun bergerak sejauh 50meter dan membaling pedangnya kearah buah epal yang berada di atas kepala perempuan itu.Zuuuuuppp terbelah dua epal itu.Dengan bangganya si Zorro jerit...."I'AM ZORRO"

Kemudian giliran Robin Hood pula.Dia pun melangkah kedepan sejauh 100meter dan menggunakan anak panahnya untuk menjatuh kan buah epal itu.Zuuuuppp terbelah dua epal yang baru di letakan diatas kepala perempuan itu.Peergh dengan bangganya dia menjerit "I AM ROBIN HOOD"

Ada seorang penduduk orang asli yang tidak puas hati melihat kejadian itu.Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang sahaja anak ketua kampung itu berkahwin dengan orang luar.Dia pun tampil kedepan dan mengambil jarak yang paling jauh iaitu 150meter untuk menjatuhkan epal itu dengan menggunakan sumpit.Zupp.......!!!pprrapp,kena kepala perempuan itu dan mati.Dengan selamba orang asli itu berkata" I AM SORRY"

Alnelka Di hantar pulang

Posted: 19 Jun 2010 10:09 PM PDT

Nicolas Anelka telah diarah pulang oleh Persekutuan Bolasepak Peranchis (FFF) kerana di katakan bertengkar dengan jurulatih Raymond Domenech sewaktu masa rehat separuh masa pertama perlawanan Mexico-Peranchis.Dalam perlawanan itu Peranchis tewas 0-2 kepada Mexico.Anelka bagaimanapun menafikan dia telah bertengkar dengan jurulatih Raymaond Domenech.

p/s Apa dah jadi dengan team PERANCHIS dalam WORLD CUP 2010 NI??

Cincin Eksklusif World Cup 2010

Posted: 19 Jun 2010 09:09 PM PDT


Pakar dari Columbia telah mencipta cincin khas untuk WORLD CUP 2010 dan koleksi khas ini telah di persetujui oleh FIFA yang di buat sebagai kenang-kenangan dan dijual pada harga sekitar AS$ 2,500 (RM 8,000) hingga AS$250,000 (RM8000,000).
Cincin ini diperbuat daripada platinum dan di lengkapi batu zamrud dan berlian terkenal Afrika Selatan.

Gejala Mengguna Puting Berlebihan

Posted: 19 Jun 2010 08:26 PM PDT

puting susu Pictures, Images and Photos
Ada di antara anak -anak kita yang begitu sukar untuk 'melepaskan' puting daripada mulutnya.Gejala penggunaan puting secara berlebihan :
  • Gigi beralih posisi iaitu tertolak kedepan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik
  • Kerosakan gigi(bahagian depan) berlaku jika puting bayi di celup kedalam bahan manis sebelum dihisap
  • Anak anda mungkin cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung.Keadaan ini boleh menyebabkan mereka mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan
  • Anak anda juga tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah bagi menghasilkan semua sebutan dengan baik
  • Menghisap terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut
 

Parah Di langgar Bekas Suami

Posted: 19 Jun 2010 07:36 PM PDT

Baru selesai kes penceraiannya 7 Jun lalu tetapi kerana ada perasaan dendam seorang  bekas suami  sanggup melanggar motosikal yang di naiki bekas isterinya.Anak dan rakannya turut tercedera.Dia yang cedera di kepala menerima 20 jahitan manakala rakannya pula patah kaki dan cedera dimuka.Bekas suaminya menggunakan sebuah kereta Isawara untuk melanggar bekas isterinya dan dia juga pernah menggugut bunuh bekas isterinya serta beberapa kali cuba melsnggarnya dengan motosikal.

Anak Setan

Posted: 19 Jun 2010 05:30 PM PDT

Dia  di pukul oleh anak tunggalnya,gara-gara mempertahankan rantai arwah isternya daripada dirampas.Dia juga ditoreh dengan pisau sebelum anaknya itu dapat merampas rantai itu.Namun kerana tidak meahu maruah keluarga tercalar dia tidak mahu membuat laporan polis.
Itulah kisah duka Pak Mud mengenai anak yang di tatang dan dimanja serta di sayangi dengan penuh kasih sayang sanggup memperlakukannya seperti ini ."Dia bukan anak pak cik,Dia ANAK SETAN,"kata Pak Mud menceritan detik cemas ketika dia di perlakukan seperti itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS