Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Shah Jaszle putus tunang

Posted: 19 Jun 2013 05:39 PM PDT

Ikatan berakhir 10 hari lalu selepas keluarga perempuan lihat kenyataan JAIS

Pertunangan antara Shahrizal Jaszle, dengan pelajar jurusan perubatan, Redzwani Puteri Ismail, 25, sudah pun berakhir sejak 10 hari lalu.

Bagaimanapun, berita putus tunang itu dirahsiakan pelakon lelaki terbabit.

Perkara itu disahkan keluarga terdekat pihak perempuan, yang menghubungi HIP, semalam. Wanita yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa, dia diamanahkan keluarga Redzwani untuk berbuat demikian bagi mengelakkan gadis terbabit diganggu media dan terus menjadi bahan cemuhan masyarakat.

Menurutnya, ikatan pertunangan itu diputuskan sendiri ibu bapa Redzwani, yang berkunjung ke rumah keluarga pelakon drama bersiri, Asmara, itu pada 10 Jun lalu.

Ketika perbincangan berkenaan, hanya ibu bapa kedua-dua belah pihak yang hadir, sementara Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle tiada di rumah manakala Redzwani pula tidak ikut serta.

Ibu bapa Redzwani difahamkan turut memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu.

Elak jadi mangsa kutukan
"Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shah.

"Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir minggu lalu. Hubungan itu diputuskan setelah keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas dia ditangkap khalwat bersama seorang wanita pada 16 Mei lalu.href="http://subscription.nstp.com.my/" target="_blank">http://subscription.nstp.com.my/

Kembalinya Gru Kesayangan Ramai

Posted: 19 Jun 2013 12:34 AM PDT

ADVERTORIAL

'Super-villain' kesayangan ramai, Gru bersama tiga orang anak angkat comelnya kembali memeriahkan layar perak dengan satu lagi pengembaraan yang menjanjikan lebih banyak aksi dan komedi dalam 'Despicable Me 2 in 3D'.

Selepas kejayaan filem pertama pada 2010 di mana ia mencatat jumlah kutipan melebihi AS$540 juta, sekali gus muncul sebagai filem animasi ke-10 paling popular dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), tidak menghairankan apabila pihak Universal Pictures dan Illumination Entertainment ingin meneruskan legasi 'Despicable Me'.

Kali ini, cerita bermula dengan kehidupan Gru (suara oleh Steve Carell) sebagai seorang ayah, membesarkan tiga tanggungan kecilnya - Margo (Miranda Cosgrove), Edith (Dana Gaier) dan Agnes (Elsie Fisher).

Sejak meninggalkan kerjayanya sebagai seorang penjenayah, Gru kini terpaksa menyara keluarganya dengan menghasilkan jeli dan jem buatan sendiri. Tetapi perniagaannya gagal menjana sebarang keuntungan apabila hasilnya kurang enak untuk dimakan.

Ketika Gru masih memikirkan bagaimana hendak mencari nafkah buat keluarganya, dia didatangi sebuah organisasi rahsia yang dikenali sebagai Anti-Villain League dengan tawaran untuk menyertai mereka dalam usaha menentang kejahatan.

Ini kerana tiada calon yang paling sesuai untuk membanteras kejahatan kecuali seorang bekas penjahat.

Berpasangan dengan Lucy Wilde (Kristen Wiig), Gru bertanggungjawab menjejak penjenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Pada masa yang sama, Gru terpaksa menyelesaikan masalah yang berdepan setiap ayah - Agnes yang dambakan kehadiran seorang ibu dalam keluarga mereka, Edith yang sebenarnya kecewa Gru sudah meninggalkan kehidupan jenayahnya dan Margo yang mula memberi perhatian pada budak lelaki.

Jika anda ingin tahu sejauh mana Gru berjaya mengimbangi kerjaya barunya, di samping tanggungjawabnya sebagai ayah, jangan lupa menonton 'Despicable Me 2 in 3D' di pawagam bermula 4 Julai ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS