Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Video Klip Ada Saja Shila OIAM Ada Unsur Illuminati?

Posted: 15 Nov 2010 08:06 AM PST

VIDEO KLIP ADA SAJA SHILA OIAM ADA UNSUR ILLUMINATI

Video klip terbaru Shila OIAM untuk lagu Ada Saja dikatakan mempunyai unsur Illuminati. Kami tidak pasti sejauh mana kesahihannya tapi bila nengok video klip tersebut, seperti ada betulnya. Entah la, korang nengok sendiri la video klip tu dan korang fikir-fikirkan.

Dari apa yang diperlihatkan, adakah ianya secara kebetulan atau sememangnya sudah dirancang?

PSSTT: Jom terjah BLOG SENGAL NI

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ulasan Filem Appalam

Posted: 15 Nov 2010 04:34 PM PST

Budiey rasa ramai yang dah tahu tentang filem Appalam, sebuah filem remix atau remade yang diadaptasi daripada filem Papadom ni. Filem Papadom adalah filem Terbaik di FFM22. Jadi tak perlu lah nak hurai panjang lebar.

Semalam, 15 November 2010, Budiey dijemput untuk turut sama menonton filem Appalam yang diadakan di State PJ Cinema, Lotus Five Star, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya. Ini merupakan kali pertama Budiey memijakkan kaki di pawagam ini dan pertama kali makan nasi berhamparkan daun pisang.

Kenangan makan nasi atas daun pisang

Memang ada kelainannya kali ini. Orang kata, baru lah caraaaa kan? Jiwa 1Malaysia yang mahu diterapkan oleh pengarah memang sudah dapat Budiey rasakan tatkala berbijak di pawagam yang memang terkenal dengan tayangan filem Tamilnya.

Jom tonton Appalam

Bukan apa, memamg filem ini adalah filem Tamil tempatan yang pertama pernah diterbitkan oleh pengarah Afdlin Shauki dan Tayangan Unggul sebagai penerbit pastinya akan cuba melakukan sehabis baik dalam mempromosikan filem ini. Dikatakan filem ini adalah filem Tamil tempatan yang pertama yang menggunakan film 33mm. Dikatakan juga Appalam is the 1st Malaysian made Tamil movie in 24 years. Tahniah buat Tayangan Unggul kerana dah pecah rekod menjadi penerbit pertama filem Tamil Malaysia pertama selepas 24 tahun tidak diterbitkan di dalam bentuk format filem 35mm.

Kalau kita nak imbas balik, 24 tahun lalu, filem Tamil dalam format filem terakhir di Malaysia telah diterbitkan oleh Berjaya Filem bertajuk Saya Anak Malaysia, lakonan Pansha. Dalam filem ini, turut menampilkan Rosyam Nor sebagai Hero Malaysia yang bekerja sebagai kru filem dan Sathia melakonkan watak jahat dan juga merupakan filem pertama lakonan beliau.

Budiey nak ucapkan tahniah buat semua pelakon terutamanya Gana Pragasam sebagai Appalasamy yang membawa peranan bapa kepada Shruti lakonan Raja Ilya. Sebenarnya Raja Ilya ni bukannya Melayu tapi anak Mami. Dengarnya, pelakon drama ini telah ditawarkan untuk berlakon di Bollywood. Selain mereka berdua, filem ini didokong oleh Jaclyn Victor, Haani Shivraj, Kristina Vinokree, Sharifah Amani dan ramai lagi.

Appalam - Good Job

Budiey bergambar kenangan dengan Gana Pragasam

Sekiranya filem ini berjaya, pastinya akan membuka mata penerbit lain untuk mengetengahkan filem yang berunsurkan pelbagai kaum di Malaysia.

Dengan mengekalkan jalan, plot cerita yang sama, Filem Appalam pastinya akan ditonton oleh komuniti India. Ini kerana corak cerita berlainan sedikit dengan Papadom. Sosial budaya kaum India di Malaysia diketengahkan dalam filem ini. mengikut Afdlin Shauki, beliau begitu yakin orang Melayu juga akan menonton filem Appalam ini. Betul juga, orang kita memang semua belasah aje. Filem cina pun kita layan. Yang pastinya, watak baru dan latar filem ini memang berlainan kerana ia mengikut budaya dan adat resam orang India.

Filem ini bukannya 100% dalam bahasa Tamil malah diselitkan juga dialog-dialog 1Malaysia dari Bahasa Melayu dan Cina. Jadi, pelakon dan dialek juga mempunyai latar jiwa orang Malaysia. Ini pertepatan dengan apa yang mahu disampaikan oleh Afdlin Shauki.

Kalau tanya kepada Budiey tentang filem Appalam… Filem ini ada kelainannya kerana kelemahan dari filem Papadom diperbaiki dan diupgrade (dinaikkan taraf) oleh Afdlin Shauki. Seperti mana filem Papadom, filem lakonan Gana dan Raja Ilya ini bisa buat kita ketawa dan mengalirkan air mata. Mesej tentang kasih sayang, kehidupan, tanggungjawab seorang bapa kepada anak dan juga persahabatan tetap sampai kepada penonton walau pun berlainan bangsa. Lakonan pelakon disampaikan dengan jelas dan outstanding.

Gandingan mantap pelakon Gana dan Raja Ilya dilihat mempunyai chemistry sehingga setiap babak lakonan mereka kelihatan begitu spontan dan pasti menyentuh hati penonton.

Muzik dan lagu juga menjadi teras dalam menjayakan filem ini. Jadi, lagu tema yang disumbangkan oleh Dr. Burn seorang rapper terkenal dalam scenario Hip Hop Tamil tempatan dan beberapa komposer lain seperti R. Lawrence turut membantu menaikkan mood filem ini ke dalam jiwa penonton.

Untuk itu, Budiey memberikan 3/5 bintang untuk filem ini. Tahniah Afdlin Shauki.

APPALAM poster

APPALAM CAST LIST

Appalasamy : Gana Pragasam S/O Sebastian

Shruthi : Raja Ilya

Nalaini : Jaclyn Victor

Jasmine : Haanii Shivraj

Bootyslap : Shashi Tharan

Shasha : Kristina Vinokree

Siti : Sharifah Amani

Vassan : Vassantha Kumaran

Hassan : Afdlin Shauki

Wong : Iman Wan

Mr. Prakash : Sathia

Karate Master : Gunseh

Headmistress : Maimon Mutalib

Booty's Manager : Muthu Kumaran (MK)

SINOPSIS FILEM APPALAM

'Appalam' adalah sebuah kisah drama komedi keluarga yang diangkat daripada filem terbaik Festival Filem Malaysia 22, PAPADOM.

Samy (Appalasamy) menyara keluarga melalui gerai kecil menjual nasi daun pisang dan appalam yang mendapat sambutan kerana keenakan resipi turun-temurunnya. Samy dan isteri, Nalaini kemudian dikurniakan bayi perempuan, Shruti. Samy berazam untuk memberi kesenangan kepada Nalaini dan Shruti. Perniagaan Samy semakin maju dan beliau berjaya membuka restoran bersama kawan-kawan baiknya, Hassan dan Wong. Namun ada harga yang terpaksa dibayar. Samy semakin sibuk dengan perniagaan makanan, menyebabkannya kurang memberi perhatian terhadap keluarga terutama si kecil, Shruti.

Shruti 10 tahun… Nalaini terlibat dalam kemalangan semasa bergaduh dengan Samy di talian telefon. Wasiat Nalaini agar Samy menjaga Shruti dengan baik. Samy berjanji akan menunaikannya. Bermulalah kehidupan Samy sebagai ibu dan bapa kepada Shruti. Segala keperluan Shruti disediakan dan segala pergerakan Shruti diperhatikan.

Shruti 17 tahun… Shruti semakin rimas dengan sikap bapa yang melayannya seperti anak kecil yang perlu dikawal itu ini. Selepas SPM, Shruti mahu belajar di Kuala Lumpur agar dia mampu berdikari. Samy bersetuju membenarkan Shruti pergi bersama kawan baiknya, Siti. Namun,tanpa pengetahuan Shruti, Samy momohon kerja sebagai tukang kebun di kolej agar dia sentiasa dapat mengawasi Shruti.

Shruti memulakan kehidupan baru di kampus tanpa gangguan bapanya. Dia bertemu dengan pelbagai ragam manusia, antaranya Shasha, Booty Slap dan Vassan. Shruti mula berubah sejak berkawan rapat dengan Booty Slap, tanpa menyedari yang pemuda tersebut sebenarnya berniat jahat. Shasha rasa cemburu kerana dia beranggapan dirinya lebih popular berbanding Shruti.

Samy pula tanpa jemu meneruskan misi 'rahsia' mengintip pergerakan Shruti, antaranya rancangan menggagalkan siri temujanji Shruti dan Booty Slap. Pelbagai perkara pelik dilakukan oleh Samy termasuk mengajar Vassan bagaimana mahu menambat hati Shruti, mengajak Vassan mengekori Shruti dan Booty Slap, serta menyamar menjadi hantu untuk menakutkan Booty Slap.

Adakah Booty Slap berjaya memperdaya Shruti? Adakah Shruti bakal mengetahui semua rancangan bapanya itu? Dan mampukah Vassan memenangi hati Shruti? Selusuri gelak tawa, suka duka, kasih dan sayang dua generasi menerusi 'Appalam'.

Appalam

Appalam

Appalam

Appalam

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Filem Appalam
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Filem Orang Minyak: Filem Paling Teruk Tahun 2007
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • CD Album Chandra, Mr Gambus & Hans Anwar dari EQ Music
  • Filem Jangan Tegur Lakonan Julia Ziegler
  • Senarai Pembaca ke Majlis Pra Tonton I'm Not Single 8 Julai Ini
  • Ulasan Vantage Point: Memang Hebat Bebs!
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sekitar Malam Apresiasi Media Portal Tonton

    Posted: 15 Nov 2010 02:15 PM PST

    Baru-baru ini, Budiey dijemput untuk menghadiri Malam Apresiasi Media anjuran Portal Tonton yang diadakan di sebuah restoran terkemuka di Petaling Jaya iaitu Kitchen Creatures, Centrepoint, Bandar Utama. Ianya dihadiri dihadiri oleh pihak media cetak dan elektronik dari pelbagai organisasi.

    Artis yang turut hadir pada malam itu ialah Altimet, menghiburkan kami dengan lagu Syukur.

    Tujuan media nite anjuran Alt Media ini adalah sebagai tanda terima kasih bagi menghargai usaha dan sokongan mereka dalam mempromosikan portal video terbaru ini.

    REZ_1395

    Budiey di sini nak ucapkan terima kasih dan tahniah juga buat Portal Tonton kerana Tonton terus mencetuskan revolusi dalam dunia penyiaran digital sejak dirasmikan pada 6 Ogos lalu.

    Kepada pembaca yang masih samar-samar, apa itu Tonton, Tonton merupakan sebuah projek portal video terbaru keluaran Alt Media Sdn Bhd (anak syarikat Media Prima Berhad), yang memberi pengalaman kepada pelayarnya untuk menonton video secara definisi tinggi (HD) serta disajikan dengan kandungan yang bertaraf dunia.

    Turut hadir di malam media itu ialah Pengurus Besar (Kandungan, Jenama, Pemasaran) Alt Media Sdn Bhd, M.Zulkifli Abd Jalil, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Dato' Amrin Awaluddin serta Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Alt Media, Ahmad Izham Omar.

    Komen M Zul:

    "Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan media yang banyak menyokong serta membantu mengenengahkan jenama baru Tonton. Adalah menjadi satu cabaran untuk orang kenal dan tahu tentang sesuatu jenama baru.

    "Namun dengan sokongan media, ia sedikit sebanyak dapat membantu memperkenalkan Tonton kepada semua,"ujar M.Zulkifli yang menggayakan pakaian karakter Austin Power pada majlis tersebut.

    Apa yang menariknya, majlis tersebut turut diwarnai dengan gaya pakaian dari pelbagai karakter filem antaranya Superman, Samurai Girl, Devil, Witch, Batman, Pirates Of The Carribean, Ninja Boy dan banyak lagi.Paling best cabutan bertuah. Budiey dapat sebotol perfume Bvlgary!

    REZ_1354

    Hadirin yang datang juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Altimet, tayangan khas kandungan terbaru Tonton serta aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, permainan Marvel Lullaby, Eye-Ball Eating dan Ready, Set & Scream.

    Bagi memantapkan lagi pengisiannya, Tonton akan terus menyajikan pelbagai paparan menarik untuk tatapan pelayar internet semua. Antara filem dan siri televisyen terkini yang terdapat dalam Tonton ialah Survival Of The Dead, Exorcist The Beginning, The Hurt Locker, Criminal Minds 5, Ghost Whisperer 5, Goodnight DJ 2 dan banyak lagi.

    Bukan itu saja, TonTon juga turut menampilkan kandungan eksklusif laman sesawang seperti Films and Stars News, Guiness World Records, WWE Classics serta siri Dilbert.

    "Ini baru satu permulaan bagi Tonton, selepas ini banyak lagi pengisian baru yang akan dipaparkan dalam Tonton,"ujar M.Zul yang mengharapkan lebih ramai pengunjung akan melayari Tonton.

    Apa yang istimewanya, Tonton juga memberi peluang kepada pencipta pengisian kandungan lain untuk mewujudkan saluran mereka sendiri di landasan ini. Antara mereka yang akan terlibat ialah KRU yang akan melancarkan KRUTV, Hot FM, Fly FM dan One FM dengan kandungan eksklusif dalam Hot TV, Fly TV dan One TV.

    Tidak ketinggalan, akhbar Harian Metro serta portal gaya hidup dan hiburan terunggul Malaysia, gua.com.my yang akan melancarkan Metro TV dan Gua TV di Tonton.

    Layari www.tonton.com.my untuk menonton rancangan menarik pilihan anda dan teruskan menyokong portal video berdefinisi tinggi No.1 abad ini. via Portal GUA

    REZ_1358

    REZ_1375

    REZ_1382

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA
  • Gambar Sekitar 8TV Viewing Party di Bagan Lalang
  • ADV: Episod Ke-2 Drama Online Mingguan Lelaki di Portal GUA
  • Gambar Erin Malek di Malam Penghargaan Metrowealth
  • Jom Tonton Drama Luna Fantasiku
  • HOT TV, Fly TV, KRU TV dalam Portal TONTON
  • Gambar Terbaru Saida Bersama Anak
  • Adv: Saksikan Episod Pertama Mingguan Lelaki di Portal Gua
  • Media Prima Lancar Portal TONTON
  • Portal Cars, Bikes & Trucks Launching
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    Penyanyi Aman Shah & Janda Anak Dua Ditangkap Khalwat, Mengaku Tidak Bersalah

    Posted: 15 Nov 2010 10:48 PM PST

    timthumb.php  Penyanyi Aman Shah & Janda Anak Dua Ditangkap Khalwat, Mengaku Tidak Bersalah
    Rupa-rupanya, kes khalwat yang melibatkan artis veteran era 80-an pernah dipaparkan tidak lama dulu rupanya melibatkan penyanyi yang tidak asing lagi, Aman Shah.

    Aman Shah, popular dengan lagu Cinta Tak Seindah Yang Diucapkan telah ditangkap khalwat bersama pasangan'nya, janda anak dua di Presint 15, Putrajaya. Ketika ditangkap, Aman Shah memberikan alasan mengunjungi wanita tersebut sempena hari raya Aidilfitri.

    Dikatakan Aman Shah mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat dan minta dibicarakan. Manakala, pihak JAWI & pendakwa raya telah bersedia mengemukakan fakta yang berkaitan dengan kes khalwat ini.

    pixel Penyanyi Aman Shah & Janda Anak Dua Ditangkap Khalwat, Mengaku Tidak Bersalah
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    (Video HD) Aksi Scha Al-Yahya Depan Cermin, Awan Dania Musim 3

    Posted: 15 Nov 2010 08:58 PM PST

    149558 454711111858 41671576858 5425021 3554335 n (Video HD) Aksi Scha Al Yahya Depan Cermin, Awan Dania Musim 3

    Video montaj promosi Awan Dania Musim ke-3 menampilkan aksi pelakon Scha Al-Yahya, berposing sakan depan cermin. Musim terbaru Awan Dania 3 menampilkan beberapa tonggak utama drama seperti Jehan Miskin & Gambit Saifullah, dan dibantu oleh Dynaz, Irma Hasmie, & Mustapha Kamal.

    Pengambaran Awan Dania 3 selama beberapa bulan di negara Korea akhirnya akan diudara di Astro Ria mulai 22 November ini. Video trailer selepas ini.

    Kredit penuh FanPage Awan Dania

    pixel (Video HD) Aksi Scha Al Yahya Depan Cermin, Awan Dania Musim 3
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    sumber :-

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Isu Gambar Cium, Qasha Enggan Ambil Tindakan

    Posted: 15 Nov 2010 06:05 PM PST

    PETALING JAYA: Pelakon baru, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen,18, atau Qasha tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan selepas gambar "panas" kononnya aksi dia dengan juara raja lawak, Nabil Ahmad,27, bercium tersebar.

    Beritahu Qasha, dia lebih selesa untuk berdiam diri sehingga kontroversi itu hilang begitu sahaja.

    "Buat apa saya nak ambil tindakan? Saya lebih selesa untuk mendiamkan diri dan biarlah orang nak fikir apa-apa pun kerana saya telah menafikannya.

    "Sekarang ini, walaupun saya menidakkan gambar tersebut, ia telah pun tersebar dan orang boleh melihatnya pada bila-bila masa. Jadi, kalau kita nak ambil tindakan, ia tak mendorong apa-apa pun.

    "Oleh itu, saya mahu senyap seketika dan tenangkan fikiran," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

    Tambah Qasha, walaupun kontroversi itu melanda dirinya, dia tetap tabah dan cuba meneruskan kehidupan seperti biasa.

    "Kebetulan pula sempena dengan Hari Raya Aidiladha ini, saya mahu berada di samping keluarga di Kelantan. Saya mengakui saya rasa tertekan dan fikiran saya kosong akibat kejadian ini. Tetapi sekarang ini saya dah okey. Hidup perlu diteruskan," ujarnya tenang.

    Ahad lalu sebuah akhbar mingguan menyiarkan gambar panas yang dikatakan milik kedua-dua pelakon itu tetapi mereka menafikannya.

    Sebaliknya Qasha dan Nabil mendakwa ia hanyalah teknik "super impose" berteknologi tinggi yang dibuat untuk menjatuhkan kerjaya mereka.

    Anggap Dunia Seni 'Busuk', Faezah Mahu Bersara Jadi Pelakon

    Posted: 15 Nov 2010 06:04 PM PST

    PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai berhasrat untuk bersara sebagai pelakon dalam tempoh empat tahun lagi kerana menganggap dunia glamor yang dilaluinya adalah "busuk".

    Kata pelakon berusia 28 tahun ini, dia bosan dengan 'taktik kotor' yang digunakan oleh kebanyakan penerbit drama atau filem yang gemar 'dikipas' sebelum memberi peranan atau watak kepada pelakon dalam sesebuah terbitan mereka.

    "Sepanjang tiga tahun saya berkecimpung dalam dunia lakonan, apa yang saya lihat, seseorang pelakon itu diberi peluang berlakon walaupun lakonan mereka tidak berkualiti dan tak sehebat mana.

    "Mereka perlu mengipas para penerbit mahupun pengarah untuk mendapatkan sesebuah tawaran berlakon.

    "Saya masih ingat lagi ketika awal-awal pembabitan saya dalam industri seni, pihak produksi mengugut saya untuk menjatuhkan karier saya jika tidak mengikut kata-kata mereka.

    "Cukuplah dengan apa yang dilalui. Saya tak mungkin akan berlakon sampai bila-bila. Dunia glamor itu busuk," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

    Justeru itu, Faezah merancang untuk membuka sebuah pusat asuhan kanak-kanak dalam masa terdekat dan sedang mempelajari selok-belok mengenai pengurusan pusat asuhan tersebut.

    Sementara itu, ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan sedang hangat bercinta dengan pengarah drama Asmara, Heikal Hanafiah, Faezah menafikan sekeras-kerasnya.

    "Saya terkejut dengan gosip itu. Kenapa dia? Tak mungkinlah saya nak bercinta dengan dia. Kami berkawan biasa saja, tidak lebih dari itu.

    "Saya akui masa penggambaran drama Asmara, kami ada berbuka puasa bersama, itu pun ditemani pembantu peribadi saya.

    "Inilah kali pertama saya disoal mengenai gosip cinta. Saya ini jenis yang jarang keluar rumah jika tidak ada apa-apa aktiviti lakonan, dengan harapan ingin menjaga diiri agar tiada kontroversi," ujarnya.

    Faezah bakal memulakan penggambaran filem Halilintar pada bulan ini dan sambungan Asmara 2 pada tahun hadapan.

    Tiada Niat Cerai, Adnan Mahu Pulih Rumah Tangga

    Posted: 15 Nov 2010 06:02 PM PST

    KUALA LUMPUR: Komposer Adnan Abu Hassan,51, (gambar) tidak berhasrat menceraikan isterinya, Siti Aminah Datu Bachtiyal,39, seperti yang didakwa sebaliknya kehadiran mereka ke Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 26 Oktober lalu adalah untuk mendapatkan nasihat melalui mahkamah.

    Katanya, kunjungan itu juga merupakan jalan terbaik untuk memulihkan masalah rumah tangga yang sedang mereka hadapi.

    "Saya sayangkan isteri dan anak-anak. Kedatangan kami ke mahkamah pada hari itu untuk mendapatkan nasihat dan pihak mahkamah meminta kami untuk berbincang bagi memulihkan keadaan rumah tangga," katanya kepada pemberita selepas pelancaran album Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan di Restoran Puteri, Sungai Penchala di sini, Isnin

    Kata Adnan, dia dan isteri masih tinggal serumah bersama tiga anak mereka berusia 9 hingga 14 tahun.

    Tambah Adnan, selepas mendapatkan nasihat itu, dia bersyukur segala kekusutan yang berlaku sejak beberapa bulan lalu dapat dikurangkan.

    "Alhamdulillah, nampaknya apa yang dirancang menjadi bertambah positif. Jalan yang terbaik jika kita ada masalah ialah kena duduk berbincang. Itu yang diharapkan," katanya yang telah 15 tahun mendirikan rumah tangga.

    Ditanya apakah punca masalah rumah tangga mereka itu, Adnan bagaimanapun enggan bercerita mengenainya kerana bimbang tindakan itu boleh mengguris hati pihak-pihak lain.

    Bagaimanapun Adnan memberitahu dia agak kecewa apabila ada laporan yang mengatakan kononnya dia sudah bercerai termasuklah melarikan diri daripada media ketika berada di mahkamah.

    Sebaliknya dia mengelak untuk memberi sebarang kenyataan kerana bimbang hasrat untuk berbaik itu menjadi lebih buruk dengan laporan dan persepsi yang tidak betul daripada pelbagai pihak.

    Media sebelum ini melaporkan isteri komposer itu mengemukakan permohonan secara fasakh yang ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 November ini.

    Tarikh itu ditetapkan selepas Adnan dan Siti Aminah menghadiri prosiding yang diadakan secara tertutup selama 20 minit di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Suhaily Rosdi pada 26 Oktober lalu.

    Pada prosiding itu, Adnan yang dinamakan sebagai defenden diwakili peguam syarie, Muhyieddin Murad manakala peguam syarie Ishak Syaaban mewakili Siti Aminah selaku plaintif.

    Pelakon Aksi Ngeri Terabai

    Posted: 15 Nov 2010 06:00 PM PST

    KEMAJUAN industri filem tanah air yang semakin banyak menghasilkan filem-filem aksi seperti KL Driff, Remp-It, KL Menjerit, Gengster dan terbaru filem Haq menunjukkan filem-filem genre tersebut semakin mendapat sambutan.

    Sayangnya di sebalik keghairahan pembikin-pembikin filem menghasilkan filem sebegitu, ada insan-insan seni yang bertarung nyawa antara hidup dan mati tidak pernah dibela.

    Jika tiada pelakon-pelakon aksi ngeri yang mempertaruhkan nyawa untuk melakonkan aksi-aksi ganas dalam sesebuah filem, tentu sahaja karya berkenaan tidak akan berkesan demi menjadikan filem tersebut betul-betul memberi kepuasan kepada penonton.

    Presiden Persatuan Pelagak Ngeri Malaysia, Yang Kassim, mengakui nasib pelakon aksi ngeri di Malaysia terpinggir di kala industri perfileman tempatan semakin berkembang.

    Dia juga kesal kerana tugas dan tanggung jawab mempertaruhkan nyawa bagi mencantikkan sesebuah filem tidak sedikit pun dipandang, jauh sekali untuk diiktiraf dalam industri seni.

    "Kalau dulu ia mungkin disebabkan ramai yang kurang prihatin kerana jarang filem aksi ini diterbitkan, tapi senario sekarang sudah berbeza.

    "Industri perfileman semakin maju dan berkembang seiring dengan filem antarabangsa namun nasib pelagak ngeri masih ditakuk lama. Kami seperti tidak bernilai atau tidak dipandang langsung," katanya kepada Mingguan mStar.

    Menurut Yang, bukan maksud mereka untuk mengeluh dengan keadaan tetapi berharap ada pihak yang menghargai hasil usaha yang dilakukan selama ini.

    "Saya hanya ingin industri ini buka mata tentang kehadiran kami sebagai pelakon aksi ngeri. Kalau di luar negara mereka mengiktiraf pelakon-pelakon dari teraju utama sehingga pelagak ngeri tapi di negara kita, tiada.

    "Jangan kata sebarang anugerah malah bayaran juga tidak setimpal dengan kerja yang kami buat. Mungkin bagi saya berbaloi sebab saya juga pelakon tetapi bagi pelagak ngeri yang lain bagaimana?," soalnya.

    Jelas Yang, dari segi bayaran ramai produser yang mengambil mudah tentang perkara ini. Kebiasaannya mereka akan mengeluarkan bajet yang sedikit tapi membuat permintaan yang melampaui batas sehingga kadang-kadang boleh mengancam nyawa pelakon.

    "Kita ada bayaran tertentu mengikut apa yang mereka perlukan. Lagi pula kita bukan bekerja sendirian, selalunya kami akan turun dalam satu pasukan dan berbincang terlebih dahulu untuk memberi yang terbaik.

    "Namun disebabkan sikap tangkap muat sesebuah produksi, ia telah memberi risiko yang tinggi pada kami. Mereka selalu memberi tempoh yang singkat seperti dua minggu sahaja untuk kami buat persiapan.

    Sepatutnya mereka perlu beri masa enam bulan sebagai tempoh persediaan sebelum sesebuah aksi ngeri itu dilakonkan," katanya.

    Dalam pada itu, menurut Yang dari segi keselamatan mereka juga tidak diambil berat oleh pihak produksi. Katanya, nyawa mereka bagaikan sentiasa berada di hujung tanduk.

    "Tiada sebarang langkah keselamatan yang dititik beratkan seperti menyediakan ambulan ketika penggambaran membabitkan aksi-aksi ngeri seperti jatuh dari bangunan, kemalangan dan sebagainya.

    "Malah alat kecemasan juga jarang disediakan apatah lagi insurans yang sepatutnya mereka sediakan kepada pelakon yang berhadapan dengan risiko tinggi," katanya.

    Tambah Yang, kenyataannya ini bukan bertujuan meminta simpati tetapi dia mahu dihargai melalui hasil kerja yang mereka lakukan.

    "Saya mahu nasib pelagak ngeri dipandang oleh pihak-pihak tertentu dalam industri seni ini. Kami juga mahu diiktiraf seperti penggiat seni yang lain. Kami juga mahu nama kami tercatat dalam sejarah perkembangan perfileman negara ini," katanya.

    "Industri kita masih kecil" - Seniman

    Sementara itu Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata industri perfileman Malaysia masih belum sampai ke tahap antarabangsa untuk mengiktiraf atau memberi kelebihan kepada pelakon lagak ngeri seperti yang dilakukan oleh produksi luar negara.

    "Saya akui delima yang dihadapi oleh pelakon- pelakon lagak ngeri di Malaysia tapi kita perlu terima hakikat bahawa industri kita masih kecil dan belum lagi setaraf dengan filem-filem di Hollywood.

    "Bagi saya setiap pelakon aksi perlu memastikan mereka dapat membuat perjanjian dengan syarat-syarat tertentu sebelum menerima sesuatu tawaran daripada syarikat produksi agar tidak berlaku penipuan sendiri perlu memastikan tidak terjadi permasalahan seperti membuat," katanya.

    Bagaimanapun, menurut Harun, dia menyedari pertambahan pelakon-pelakon lagak ngeri di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan industri filem tanah air.

    "Saya sedar ramai anak muda yang berminat untuk jadi pelakon lagak ngeri berikutan industri filem sudah banyak menerbitkan filem berunsur aksi. Saya rasa ia akan menjadi kerjaya yang lebih serius pada masa hadapan" katanya.

    Oleh yang demikian, Seniman sentiasa membuka keahlian kepada mereka untuk menyertai Seniman agar nasib pelagak-pelagak ngeri di Malaysia boleh terbela apabila persatuan itu turut menyediakan khidmat peguam dan caruman insurans yang dapat membantu mereka sekiranya berlaku masalah.

    Album Himpunan 32 Lirik Habsah Hassan Dilancar

    Posted: 15 Nov 2010 05:42 PM PST

    Habsah Hassan

    KUALA LUMPUR: Syarikat rakaman Warner Music melancarkan album Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan, memuatkan himpunan koleksi lagu-lagu popular penulis lirik itu yang menjadi evergreen pada hari ini.

    Album yang memuatkan 32 lagu tersebut dipilih berdasarkan kepada koleksi lagu yang dipegang hak ciptanya oleh Warner Chappell Malaysia.

    Menurut Pengurus Strategik Domestik Warner Music Malaysia, Shafie Yusof, usaha menghasilkan album berkenaan sudah dirancang sejak empat tahun lalu tetapi hanya terlaksana pada tahun ini,.

    Pemilihan Habsah Hassan pula kerana karyanya yang menarik selain lagu-lagunya juga mempunyai nilai komersial yang tinggi.

    "Daripada beratus-ratus lagu kak Chah (Habsah), hanya 32 lagu sahaja dipilih kerana kami melihat kepada nilai komersil terhadap lagu berkenaan yang mempunyai daya penariknya sebagai sebuah karya evergreen pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran album berkenaan di Restoran Puteri, Sungai Penchala di sini, Isnin.

    Kata Shafie lagi, walaupun Habsah mempunyai banyak lagu popular, buat masa ini pihaknya hanya memilih rangkaian lagu yang dimiliki oleh Warner Chappell Malaysia terlebih dahulu.

    Dia turut membayangkan jika album tersebut mendapat sambutan, tidak mustahil lagu-lagu Habsah yang dimiliki oleh syarikat lain akan turut diterbitkan.

    "Biarlah buat masa ini kami memilih lagu daripada rangkaian lagu milik Warner Chappell dahulu. Mungkin selepas ini kita boleh memilih lagu Kak Chah yang dimiliki oleh EMI atau syarikat rakaman lain pula," ujarnya.

    Antara lagu yang terdapat dalam album berkenaan ialah Merisik Khabar (Sudirman), Aku Hanya Pendatang (Francisca Peter), Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud), Kau Yang Tersendiri (Jay Jay), Sendiri (Jamal Abdillah) dan Suratan Atau Kebetulan (Kenny Remy & Martin).

    Sementara itu menurut Habsah, pemilihan lagu dalam album berkenaan adalah atas persetujuannya dan juga syarikat berkenaan.

    Katanya, karya beliau yang terdapat dalam album itu cukup istimewa kerana ia ibarat sebuah kisah benar.

    Lirik-lirik yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada pengalaman seseorang dan juga pengalamannya sendiri.

    "Saya menghasilkan lirik dengan penuh perasaan. Kebanyakan lirik dalam lagu itu adalah sesuatu kisah yang diceritakan kepada saya selain beberapa pengalaman lain yang saya terjemahkan dalam lirik lagu.

    "Mungkin dengan kesungguhan dan juga ilham itu, lirik-lirik saya agak berbeza selain mampu untuk diingati sampai hari ini," katanya.

    Ditanya dalam banyak-banyak lirik dalam album berkenaan yang manakah paling istimewa buatnya, kata Habsah lagu nyanyian Allahyarham Sudirman iaitu merisik Khabar mempunyai makna yang mendalam.

    Ujar Habsah, disebabkan mempunyai hubungan baik dengan Sudirman, maka segala perasaan Allahyarham itu diterjemahkan dalam karyanya

    "Saya memang rapat dengan arwah. Sebab itulah apabila saya menghasilkan lirik lagunya, ia benar-benar mampu mempengaruhi jiwa kerana ia dibuat berdasarkan kepada perasaannya yang saya hayati," ujarnya.

    Album yang dijual dengan harga RM26.90 itu telah berada di pasaran sejak dua bulan lalu.

    Prema Yin Takut Jadi Isteri

    Posted: 15 Nov 2010 05:41 PM PST

    MASALAH dalam rumah tangga yang berlaku terhadap segelintir artis sehingga ada yang bercerai-berai membuatkan penyanyi genre pop rock, Prema Yin, turut mengalami perasaan takut sekiranya perkara itu terjadi dalam hidupnya apabila dia berkahwin suatu hari nanti.

    Walaupun belum bersedia untuk bergelar isteri orang, Prema percaya, untuk mengharungi sebuah perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Malah setiap pasangan itu perlu bersikap tolak ansur bagi mengekalkan kebahagiaan dalam berumah tangga.

    "Saya merasakan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukanlah sesuatu kerja yang mudah malah ia boleh jadi mimpi ngeri sekiranya perkahwinan itu tidak berkekalan.

    "Apabila keadaan jadi begini, saya pun takut juga nak kahwin walaupun saya sebenarnya belum ada perancangan lagi ke arah itu," katanya ketika diminta mengulas mengenai kes cerai yang semakin menjadi-jadi.

    Tambah Prema, setiap pasangan juga perlu mempercayai antara satu sama lain dan tidak terlalu terikut-ikut dengan budaya Barat yang terlalu terbuka dalam sesebuah kehidupan.

    Malah, baik suami mahupun isteri, kedua-dua mereka perlu membina mahligai perkahwinan mereka bersama dan jika salah seorang mengabaikannya, rumah tangga pasti akan porak-peranda.

    "Walaupun saya hidup dengan gaya moden, saya masih mengekalkan ciri-ciri budaya Timur dalam kehidupan harian saya. Begitu juga dalam perkahwinan, sudah pasti saya mengambilnya sebagai keputusan yang serius dan bersedia untuk mengharungi segala dugaan tanpa melatah.

    "Agak sukar untuk saya bercakap mengenai masyarakat kita di zaman ini. Cuma kita perlu mengingatkan diri agar tidak terlalu mengikut gaya orang Barat yang banyak mempengaruhi hidup kita," tegasnya yang popular dengan lagunya, Eyo Eyo.

    Jelajah Asia

    Mengenai karier nyanyian Prema, dia bersyukur kerana mendapat perhatian di luar negara berbekalkan lagu-lagu daripada album pertamanya, Eyo Eyo.

    Tidak pernah kecewa dengan publisiti yang kurang diraih di negara sendiri, Prema menganggap tuahnya belum tiba untuk dikenali di Malaysia.

    Menurut Prema, dia tidak sangka tahun ini memberikannya satu peluang besar apabila dia berpeluang mengadakan persembahan di Singapura dan menjelajah di beberapa lokasi di Jepun.

    "Saya seorang yang tidak mudah putus asa. Tidak popular di negara sendiri tidak bermakna karier kita musnah. Saya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa saya masih baru di bidang muzik tempatan.

    "Justeru, saya gembira dengan pencapaian yang dimiliki dalam masa tidak sampai dua tahun. Saya percaya, nama saya pasti akan terpahat dalam ingatan peminat muzik tempatan suatu hari nanti. Tambah pula single terbaru saya yang berjudul Blow My Mind sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio.

    "Mengadakan persembahan di luar negara adalah satu impian saya sejak kecil lagi dan bila diberi peluang untuk mewakili Malaysia di beberapa negara Asia, saya berasa seronok sangat. Apa-apa pun, saya akan pastikan saya tidak akan lupa asal usul saya," tegas penyanyi berusia 26 tahun itu.

    Tambah Prema, dia juga memiliki sebuah kumpulan muzik iaitu Mon9 yang sering mengiringinya untuk mengadakan setiap persembahan yang diadakan.

    Walaupun masih baru dalam bidang muzik, Prema akui bukan mudah untuk dia bertapak menjadi seorang penyanyi yang dikenali.Katanya, sejak album pertamanya dilancarkan pada Ogos tahun lalu, lagu-lagunya seperti tidak diendahkan langsung oleh masyarakat umum.

    "Saya rasa seperti lagu-lagu saya langsung tidak dihargai. Tapi saya cuba berfikiran positif untuk tidak memikirkan mengenang nasib saya ini sebaliknya saya berusaha dengan cara lain agar nama Prema Yin lebih dikenali," tegasnya.

    Muzzy Pinjam Nama Noh Hujan

    Posted: 15 Nov 2010 05:39 PM PST

    ORANG baru yang bergelar Muzzy ini masih terlalu asing di kalangan penggemar muzik tanah air. Mungkin dari sisi lain, laluan untuknya membina nama tidak sesukar pendatang baru yang lain kerana adik kandungnya iaitu Noh (Hujan) sudah punya aura tersendiri di kalangan peminat.

    Bagaimanapun, mahu tidak mahu, dia mengakui tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan adiknya itu. Biarpun ia kedengaran begitu klise, Muzzy sebenarnya tidak kisah meminjam jenama si adik demi untuk membina tapak di persada muzik.

    Cuma, sebolehnya dia lebih senang jika kehadirannya ini direstui menerusi perjuangan yang didukungnya, bukan kerana populariti si adik semata-mata.

    "Apa yang hendak dikisahkan pun jika orang menganggap saya menumpang populariti Noh untuk dikenali ramai jika itu adalah hakikatnya. Saya harus akur kerana Noh terlebih dahulu menembusi bidang ini.

    "Cuma adalah lebih baik jika orang menyedari kehadiran saya menerusi perjuangan muzik yang saya tampilkan dan bukan bergantung kepada perkaitan itu semata-mata," tuturnya.

    Tambah Muzzy, perjuangan muzik yang bagai sudah sebati dalam darah dagingnya itu adalah berbeza dan segar daripada mana-mana muzik yang pernah ditawarkan oleh mana-mana penyanyi sedia ada.

    Bukan mahu menongkat langit, sebaliknya pengalaman sepanjang 11 tahun menyanyi di serata kelab dan pengamatannya terhadap arus muzik di Malaysia ini membuahkan keyakinan bahawa kehadirannya ini bukan sekadar ingin menambahkan angka penyanyi tanah air tetapi menghidangkan wadah muzik yang berbeza.

    "Sepanjang menyanyi di pelbagai kelab, saya mendalami ilmu muzik dan mengamati perkembangan muzik di Malaysia.

    "Jika sekadar ingin bergelar penyanyi, mungkin saya sudah lama menjadi penyanyi sebelum Noh muncul dengan Hujan lagi.

    Namun, saya ingin tampil sebagai penyanyi yang berbeza menerusi impak muzik yang belum ditawarkan di Malaysia. Sebab itulah saya bermula agak lewat dalam bidang nyanyian," katanya.

    Ujar Muzzy lagi, kelainan yang akan ditawarkan adalah kemampuannya untuk menyanyi secara langsung dalam durasi yang panjang berdasarkan pengalamannya menyanyi di kelab selama ini.

    Justeru itu, sebagai orang baru Muzzy sebenarnya tidak sabar untuk memperdagangkan muziknya.

    Sebagai pertaruhan sulung, penyanyi yang turut berkebolehan bermain instrumen dan menggubah lagu ini bakal tampil dengan album penuh berjudul Destinasiku dalam sedikit masa lagi.

    Mempertaruhkan tiga lagu pengenalan iaitu Hingga Akhir Nafasku, Destinasiku dan Ingin Sekali Aku, tawaran muzik Muzzy yang menjurus kepada jalur punk rock ini sememangnya berbeza daripada perjuangan Noh.

    Ibu tiri kejam, sepak budak 4 tahun hingga patah tangan kanan

    Posted: 15 Nov 2010 05:38 PM PST

    LANGKAP –"Ibu jahat, selalu pukul adik, kalau ibu baik kenapa ibu sanggup sepak tangan adik sampai patah tapi adik sayang ayah sebab ayah tak pernah pukul adik," kata kanak-kanak dipercayai mangsa penderaan ibu tiri, Nik Khalisa Mohd Zaid, 4.

    Nik Khalisa yang ditemani bapanya, Mohd Zaid Mat Hussin, 31, berkata demikian sewaktu ditemui Sinar Harian di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, semalam.

    Sebelum itu, Mohd Zaid yang bekerja sebagai penjaga kebun getah di Lubuk Bakong, Chalok dan menetap di Bukit Kecil, di sini, mendakwa menemui anak perempuannya dalam keadaan lesu sebaik dia pulang dari kerja kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.

    Menurutnya, selepas membuat pemeriksaan, dia mendapati anaknya cedera di muka dan lebam di badan lalu membawanya berjumpa seorang bomoh di kampung itu bagi memastikan kecederaan dialami tidak serius.

    Bomoh terbabit mengesahkan anaknya patah tangan kanan dan Mohd Zaid mengambil keputusan membawa anaknya ke Hospital Setiu sebelum dipindahkan ke wad kanak-kanak di HSNZ.

    "Saya percaya dia (Nik Khalisa) disepak ibu tirinya dan perkara ini bukan baru kerana anak saya sering mengadu diperlakukan sedemikian rupa ketika saya tiada di rumah sejak setahun lalu.

    "Sebelum ini, saya tidak memandang serong tindakan isteri sebab kanak-kanak di peringkat umur itu biasanya sukar dikawal tetapi perbuatan isteri saya kali ini sudah melampau," katanya.

    Nik Khalisa merupakan anak ketiga hasil perkahwinan Mohd Zaid dengan Tuan Kamsah Ismail, 48, sebelum pasangan ini bercerai tiga tahun lalu.

    Mohd Zaid berkata, tiga anak iaitu hasil perkahwinan terdahulu di bawah jagaannya sebelum dia berkahwin semula pada Julai 2008 dengan Noridah Udin, 29, dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Zaidan, 1, dan menetap di Bukit Kecil, di sini.

    Menurutnya, dia amat kesal dengan kejadian itu kerana layanannya terhadap isteri dan anak-anak selama ini sama sahaja, malah sentiasa mengutamakan keperluan keluarga selain tidak pernah bersikap kasar dengan anak-anak.

    Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid ketika dihubungi :Sinar Harian: mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

    Anugerah Profima ganti Oskar

    Posted: 15 Nov 2010 05:37 PM PST

    Sejak diperkenalkan pada 2002, Anugerah Oskar anjuran Persatuan Pekerja Filem Malaysia (Profima) tidak pernah berhenti untuk terus menghargai jasa dan pengorbanan pekerja-pekerja di belakang tabir.

    Walaupun anugerah ini tidaklah segah anugerah-anugerah berprestij yang lain, ia tetap diteruskan bagi memberi pengiktirafan kepada mereka yang banyak berkorban dalam membangunkan industri seni tanah air.

    Majlis Anugerah Profima 2010 (MAP 2010) atau sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Oskar, merupakan penganjuran kali pertama atas nama Profima sejak mula diperkenalkan.

    MAP 2010 akan diadakan pada 23 Disember ini di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

    Tetamu kehormat bakal hadir pada MAP 2010 ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

    Presiden Profima, Khir Mohd Noor berkata, anugerah ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan pekerja belakang tabir dan penggiat industri filem tanah air.

    "Anugerah ini adalah bagi meraikan pencapaian mereka dalam lapangan kerja masing-masing. Ia akan bermula pada jam 4 petang dengan pelbagai gerai pameran melibatkan penaja berkaitan industri perfileman tanah air," katanya pada sidang media di Finas, baru-baru ini.

    Selain memberi pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan pekerja belakang tabir, majlis anugerah ini antara lain diadakan bagi meraikan pencapaian mereka dalam lapangan kerja masing-masing.

    MAP 2010 juga akan menampilkan anugerah Ikon Profima 2010.

    "Anugerah khas ini akan mengiktiraf individu belakang tabir yang bermula dari bawah sehingga berjaya menempatkan diri di kedudukan terbaik dalam industri sehingga kini," ujarnya.

    Sebanyak 52 kategori, termasuk 9 anugerah baru, akan dipertandingkan pada tahun ini. Antara kategori baru yang diperkenalkan ialah Anugerah Ikon Profima, Filem Pendek, Orang Belakang Tabir Veteran, Majalah TV Terbaik dan Kesinambungan Filem.

    Tarikh akhir bagi setiap penyertaan adalah pada 30 November ini. Penjurian Anugerah Profima akan bermula pada 1 Disember selama 7 hari di Finas dan akan diadili 7 juri di peringkat saringan bagi menentukan calon-calon untuk Top 5.

    Profima mengenakan bayaran RM50 bagi setiap penyertaan.

    Emas pertama

    Posted: 15 Nov 2010 05:35 PM PST

    GELANGGANG Gymnasium Nansha menjadi saksi kejayaan Chai Fong Ying apabila berjaya meraih pingat emas pertama negara menerusi disiplin Taijijian acara wusyu, semalam.

    Tambah manis apabila Fong Ying turut berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lalu di Sukan Asia Doha, Qatar.

    Fong Ying mengumpul 9.69 mata untuk menafikan peserta Taiwan, Wen Ching Ni di tempat kedua dengan 9.68 mata dan gangsa milik Miyoaka Ai dari Jepun (9.67 mata).

    Sementara itu, acara billiard 8-ball pool turut menceriakan kem Malaysia setelah Ibrahim Amir menyumbangkan pingat perak pertama dalam perlawanan yang diadakan pada sebelah petang.

    Ibrahim terpaksa akur dengan kehebatan jaguh Taiwan, Eddie Lau setelah tewas 4-7 pada aksi final di Asian Games Town Gymnasium.

    Sementara pertarungan sengit di gelanggang tenpin boling menyaksikan harapan untuk melihat kilauan pingat pertama daripada acara perseorangan lelaki tidak kesampaian.

    Sandaran negara termasuk Alex Liew hanya menduduki tempat keenam dengan 1,354 jatuhan pin, Aaron Kong di tangga kelapan (1,339).

    Andrian Ang pada kedudukan ke-12 dengan jatuhan pin 1,287 dan Zulmazran Zulkifli di tempat ke-17 (1,216 jatuhan pin).

    Bekas anggota tentera, isteri dicari

    Posted: 15 Nov 2010 05:34 PM PST


    AZLI


    KUANTAN – Polis semalam mengedarkan gambar seorang bekas anggota tentera dan isterinya, seorang remaja berusia 17 tahun, bagi membantu siasatan kes serangan ke atas sebuah keluarga di Flat Alor Akar, Lorong Alor Akar di sini Jumaat lalu.

    Polis memohon bantuan orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana pasangan itu berada supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 09-5132222 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

    Lelaki yang dicari itu merupakan seorang bekas anggota tentera, Prebet Azli Che Mat, 30, memegang nombor kad pengenalan 801017-11-5163 atau kad pengenalan tenteranya, T/1128793.

    Alamat terakhir bekas anggota tentera itu ialah di No. 143-B, Belukar Sukai, Kuala Terengganu, Terengganu.

    Azli dikatakan melarikan diri daripada tugas sebagai anggota tentera pada 14 Januari 2003 ketika bertugas di Kem Sungai Udang, Terendak, Melaka.

    Polis bagaimanapun belum dapat mengenal pasti dua lagi rakan kepada bekas anggota tentera itu yang didakwa turut bersama lelaki terbabit ketika serangan di rumah flat itu berlaku.

    Lebih separuh orang Malaysia hidap obesiti

    Posted: 15 Nov 2010 05:33 PM PST


    SEMAKIN ramai rakyat Malaysia gemuk. Gejala itu membolehkan Pertandingan Ratu Gemuk diadakan sempena sambutan ulang tahun pusat beli-belah Sungei Wang ke-30 di Kuala Lumpur satu ketika dulu. – Gambar hiasan


    KUALA LUMPUR - Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini.




    Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.

    Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) yang melahirkan kebimbangan kerana ia merangkumi semua peringkat umur.

    "Sekarang ini, selain orang dewasa, kita boleh lihat kanak-kanak turut terdedah kepada pelbagai penyakit kerana masalah kegemukan," katanya selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tahun 2010 di sini semalam.

    Mangsa bunuh tidak terus mati

    Posted: 15 Nov 2010 05:32 PM PST


    FAZLINA


    SHAH ALAM – Fazlina Ahmad yang mayatnya ditemui dalam almari pakaian di rumahnya di Taman Pinggiran Ukay, Ampang pada 2009 berkemungkinan masih hidup ketika mulut dan hidungnya ditekup menggunakan pita pelekat oleh suaminya.

    Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Khairul Anuar Zainun dalam keterangannya memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, kesan daripada tindakan ditekup tersebut tidak menyebabkan eksekutif di sebuah syarikat swasta itu mati secara serta-merta.

    "Saya berpendapat kematian Fazlina tidak berlaku dengan serta-merta. Kesan ditekup dan cedera yang dijumpai mendapati terdapat sedikit masa mangsa masih hidup semasa tekupan berlaku.

    "Mangsa mungkin mati antara setengah hingga satu minit selepas kejadian mangsa ditekup itu berlaku," kata Khairul yang memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya, Fazlina.

    8 kali denda tapi tak serik

    Posted: 15 Nov 2010 05:31 PM PST


    SOON CHYE dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.


    GEORGE TOWN - Seorang pemilik kilang memproses makanan di Jelutong di sini tidak serik walaupun telah lapan kali didenda atas kesalahan sama menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan yang dikeluarkan sejak lima tahun lalu.

    Semalam, tertuduh Gooi Soon Chye, 45, iaitu pemilik kilang Teoh Guan Hup Food Stuff Industries buat kali kesembilan dijatuhi hukuman denda atas kesalahan menggunakan bahan pengawet itu oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini.

    Soon Chye mengaku bersalah atas keenam-enam pertuduhan terhadapnya kerana menggunakan asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan keluaran kilangnya.

    Majistret Mohd. Firdaus Abdul Wahab kemudian menjatuhi hukuman denda sebanyak RM22,500 terhadap enam kesalahan itu dan penjara 22 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.

    Mengikut pertuduhan, kilang tersebut didakwa menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik ketika menghasilkan mee kuning, kuey teow, hor fun dan bee tai bak.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut Seksyen 13B(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Negara lebih selamat dengan pasport biometrik

    Posted: 15 Nov 2010 05:30 PM PST


    PELAKSANAAN sistem biometrik cap jari pada akhir tahun ini boleh menyelesaikan masalah penggunaan pasport palsu. - Gambar hiasan


    KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yakin sistem pasport biometrik cap jari yang bakal dilaksanakan kerajaan tidak lama lagi dapat mengatasi masalah pasport palsu.

    Bendaharinya yang juga Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan (SWPCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman percaya dengan sistem tersebut, keselamatan negara akan lebih terjamin dan pemantauan lebih ketat terhadap kemasukan warga asing dapat dipertingkatkan.

    "Sistem ini berpotensi untuk dibangunkan berikutan kelebihannya yang mampu merakam identiti sebenar individu dan sekali gus mengelak penipuan pasport oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

    Guru, pelajar IPTA ditahan

    Posted: 15 Nov 2010 05:29 PM PST


    SEBAHAGIAN daripada pesalah yang ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu dibawa ke pekarangan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di IPD Besut semalam.


    BESUT – Seorang guru dan empat pelajar termasuk mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi awam di negeri ini antara 157 orang yang ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu di sekitar daerah ini kelmarin.

    Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria memberitahu, guru berkenaan yang mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah ini dan kesemua suspek lain ditahan selepas disahkan positif dadah.

    "Kesemua suspek berusia di antara 15 hingga 51 tahun itu berjaya ditahan dalam operasi yang bermula pada pukul 1 pagi hingga 3 petang semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini semalam.

    2 sahabat korban Lubuk Culah

    Posted: 15 Nov 2010 05:27 PM PST


    INILAH Lubuk Culah yang meragut nyawa dua budak lelaki ketika mereka mandi-manda di Kampung Guar Gajah, Arau semalam.


    ARAU - Kegembiraan tujuh kanak-kanak sekampung mandi-manda sambil memukat ikan di Lubuk Culah berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas di dalam lubuk tersebut di Kampung Guar Gajah di sini semalam.

    Dalam kejadian pukul 3 petang itu, lima kanak-kanak hanya mampu menyaksikan dua rakan mereka, Haswandi Mohd. Yusoff, 14 dan Ahmad Iqham Azizi, 9, tenggelam di dalam lubuk berkenaan.

    Menurut seorang daripada mereka, Azrul Amri, 11, kedua-dua rakannya itu cuba ditarik keluar oleh abang Haswandi, Hasfizul Mohd. Yusoff, 21, yang berada berhampiran lubuk tersebut tetapi gagal.

    "Sebelum kejadian, saya melihat Haswandi bersama seorang rakan turun ke lubuk tersebut untuk memasang pukat.

    "Tiba-tiba Haswandi tenggelam dan Ahmad Iqham yang berada dekat situ cuba menyelamatkannya tetapi kedua-dua mereka akhirnya hilang ditelan air," katanya kepada pemberita di sini semalam.

    Gandingan Awie, Sazzy di tangan Lis

    Posted: 15 Nov 2010 05:26 PM PST




    TERINGIN betul rasanya untuk melihat buah tangan pertama Melissa Saila yang berbentuk filem. Lantas ketika niat itu diajukan, penulis diajak menjenguk ke set penggambaran filem perdana arahan Melissa yang berjudul Dari Kerana Mata.

    Lancar dan tenang pada hari kedua terakhir penggambaran, Awie dan Sazzy Falak yang merupakan nadi filem tersebut berkongsi pengalaman bekerja di bawah seorang pengarah yang dahulunya merupakan seorang pelakon terkenal.

    Melissa atau mesra dipanggil Lis masih melihat sebuah karya daripada mata pelakon dan perincian itu disalurkan dalam pengarahannya. Dari Kerana Mata ialah sebuah filem daripada kacamata Melissa.

    Filem pertama Awie di bawah wanita

    Kita cukup sinonim dengan ungkapan bahawa di sebalik kejayaan seorang lelaki berdiri seorang wanita di belakangnya. Dalam kes Awie dan Dari Kerana Mata, wanita yang berada di posisi tersebut ialah sutradaranya, Melissa.

    Lakaran sejarah perfileman Awie mencatatkan bahawa nama Melissa terpahat sebagai sutradara wanita pertama yang berjaya mengarah Awie dalam layar lebar.

    "Ini pengalaman perdana saya di bawah arahan seorang wanita. Kalau ditanya perihal perbezaan, saya lebih melihat Lis sebagai seorang sutradara yang juga pelakon. Dia lebih terperinci atas dasar dia juga pernah berlakon.

    "Jadi, dia tahu aspek mana yang perlu ditekankan. Lis juga sangat banyak membantu diri saya untuk menjayakan watak Ramzi," ujar Awie yang membawa karakter seorang jurugambar yang kemudian terbabit dalam sebuah insiden yang menukar garis hidupnya.

    Awie teruja kerana berkesempatan berada dalam satu layar dengan nama-nama legenda yang satu hari dahulu ditontonnya baik di kaca TV mahupun di pawagam. Awie menahan getar dan keterujaan berlakon di samping wanita-wanita cekal dan popular tahun 50-an, 60-an dan 70-an.

    "Saya berlakon di samping Hashimah Yon, Neng Yatimah, Ruminah Sidek dan Norlia Ghani. Wajah-wajah itu sebelum ini hanya saya tonton tetapi kini kami berkongsi layar adegan yang sama.

    "Mereka adalah idola ketika saya masih kecil. Saya anggap ini adalah satu bonus,"ujar Awie yang menjadi tunggak utama filem Dari Kerana Mata arahan sulung Lis.


    AWIE bakal terbabit dengan tiga buah konsert sepanjang bulan Disember nanti.


    Menurutnya, dia turut memasukkan dialog-dialog Tan Sri P. Ramlee sebagai suatu tribute dirinya terhadap seniman agung tersebut.

    Sedar atau tidak, jika dibelek perjalanan lakonannya, Awie tidak terlalu selektif dalam watak yang dipilih dan dia mempunyai alasan tersendiri.

    "Saya mahu menvariasikan watak sehinggalah saya puas. Setelah membawakan kepelbagaian watak, saya akan fokus kepada satu perkara yang saya gemari.

    "Sekarang adalah masa untuk mencuba dan mencari ilmu sebanyak mungkin. Dalam mencuba pelbagai cabang seni, jujurnya ia juga adalah untuk pendapatan saya,"ungkapnya yang turut mengambil berat jalan cerita dalam pemilihan kerjanya.

    Bakal muncul dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Baik Gila, dalam masa yang sama Awie sedang merangka dua buah filem yang bakal berada di bawah payung arahannya.

    "Untuk projek pertama, saya mahu membikin sebuah filem grup Wings dengan setiap ahli memegang karakter dan pekerjaan yang berlainan. Saya ialah seorang pengimpal besi, Joe seorang tukang masak, Black pula seorang mekanik dan Eddie merupakan penghantar gas. Ini yang akan saya lakukan dahulu bagi projek filem.


    PERTAMA kali bergandingan, kolaborasi Awie dan Sazzy menjanjikan suatu kelainan.


    "Kemudian baru saya fokus kepada sebuah filem yang berunsurkan aksi. Ini yang saya katakan tadi tentang fokus saya kepada perkara yang saya gemari," ujar Awie yang masih berahsia tentang kandungan filem yang bakal dipeloporinya kelak.

    Seiring karier lakonannya yang sibuk dan padat, Awie selaku vokalis kumpulan raksasa Wings juga sedang membuat persediaan bagi konsert Double Trouble yang bakal berlangsung pada 18 Disember di Pulau Pinang dan 25 Disember di Kuala Lumpur.

    Selain itu, Awie Entertainment turut merancang untuk mengadakan konsert Red On Black di Singapura.

    "Wings juga akan keluar dengan single dan baru menyusul dengan album buat peminat-peminat yang sudah lama menunggu,"ujarnya yang juga akan muncul bersama Wings di Stadium Kelana Jaya pada 11 Disember depan untuk Konsert Twisties Bingit.

    Sazzy masih keliru

    Berita angin sepoi-sepoi membisik di telinga bahawa Sazzy Falak, isteri kepada Nazril Idrus, sedang berbadan dua.

    Pasangan secocok itu baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan keempat mereka pada 8 November lalu.

    Sengaja diusik-usik dan dia tersenyum membalas, rupa-rupanya dia juga belum pasti dengan kehadiran nyawa kecil di badannya.

    "Jujurnya saya juga belum pasti. Saya tidak tahu bagaimana orang luar boleh tahu akan perkara tersebut," ujarnya seakan-akan tidak menafikan cerita yang sedang dibawa angin gosip.

    Namun sepanjang pemerhatian di lokasi filem Dari Kerana Mata yang berlangsung di Pusat Kawalan Kusta, Sungai Buluh, wanita berusia 29 tahun itu tidak mengambil minuman berkafein dan selera makannya juga tampak semakin baik.

    Tidak mahu berbicara lanjut tentang suatu hal yang belum pasti jawapannya, Sazzy yang petah berkata-kata melarutkan perbualan tentang penglibatannya dalam filem arahan Melissa.

    "Saya membawakan watak Aida, salah seorang karakter dalam filem Dari Kerana Mata. Ini merupakan kali kedua saya bekerjasama dengan Lis selepas telefilem Pabila Larut Malam.


    LIS memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu sinopsis filem Dari Kerana Mata.


    "Saya senang sekali bekerja dengan Lis dan saya turut menari dalam beberapa adegan filem ini," ujarnya yang sudah semakin jarang dilihat membawa karakter di kaca TV mahupun layar filem.

    Kali terakhir dia muncul ialah melalui filem Jin Notti bersama Mawi dan Fara Fauzana pada tahun lepas.

    "Saya kurangkan sedikit pembabitan dalam lakonan. Bukan kerana saya tidak mahu, cuma rezeki saya lebih kepada pengacaraan. Saya banyak dipanggil untuk mengendalikan acara.

    "Saya juga sibuk menguruskan syarikat Sinclair-Falak dan kami akan muncul lagi dengan bengkel-bengkel yang akan memberi input dan info tentang lakonan dan bidang seni kepada mereka yang berminat," katanya yang turut terlibat dalam acara amal bersama rakan-rakan baiknya.

    Sazzy sering menghulurkan makanan buat individu yang tidak mempunyai tempat tinggal.

    Iyaz di Shout! Awards 2010

    Posted: 15 Nov 2010 05:25 PM PST


    IYAZ


    SAMA seperti tahun lalu, malam kemuncak majlis anugerah Shout! Awards 2010 yang bakal berlangsung pada 20 November ini turut dijayakan dengan persembahan penyanyi antarabangsa.

    Jika sebelum ini penyanyi popular Sean Kingston muncul sebagai artis luar negara pertama yang membuat persembahan di majlis berkenaan, kini tiba giliran Iyaz yang memperjuangkan genre muzik hip hop, R&B dan raggae fusion pula berpeluang beraksi di hadapan para peminatnya di Malaysia.

    Penyanyi berusia 23 tahun itu mencipta nama selepas single sulungnya, Replay, yang dilancarkan pada tahun lepas berjaya mencecah tempat kedua dalam carta Billboard Hot 100 di United Kingdom. Iyaz juga pernah berduet dengan bintang sensasi, Miley Cyrus menerusi lagu Gonna Get This.

    Pengurus Besar Rancangan 8TV, Lam Swee Kim berkata, pemilihan Iyaz yang baru muncul dengan single keduanya, Solo, pada Februari tahun ini untuk membuat persembahan pada malam kemuncak Shout! Awards adalah berdasarkan kepada populariti penyanyi tersebut di negara ini.


    HENRY GOLDING


    "Iyaz adalah antara artis luar negara yang kini mempunyai ramai peminat di Malaysia. Biarpun pada awalnya agak sulit untuk mendapatkan Iyaz, tetapi akhirnya kami berasa lega setelah dia memberikan persetujuan.

    "Apa yang lebih membanggakan, kedatangan Iyaz ke Malaysia juga adalah semata-mata untuk membuat persembahan di majlis anugerah Shout! Awards," ujarnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

    Menurut Swee Kim, sebelum ini pihak penganjur telah mengundang beberapa artis luar negara dan ada yang bersetuju, namun mereka terpaksa menolak pada saat-saat akhir kerana pertindihan jadual.

    Iyaz merupakan penyanyi kelahiran British Virgin Islands dan bakatnya mula dikesan oleh Sean Kingston pada tahun 2008 melalui laman web Myspace. Dia akan menyampaikan dua buah lagu pada malam itu.

    Pada sidang media itu Swee Kim turut diumumkan hos yang akan menjadi pengacara pada anugerah hiburan yang bercorak urban itu.

    Teka-teki mengenai hos yang bakal mengacarakan anugerah gilang-gemilang yang akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil itu akhirnya terjawab apabila diumumkan tiga selebriti popular akan mengendalikannya iaitu Hafiz Hatim, Sarah Lian dan Henry Golding.


    DIANA DANIELLE


    Sementara itu, antara artis yang akan menghangatkan lagi pentas Shout! Award 2010 ialah Yuna, Mizz Nina, Faizal Tahir, Najwa, James Baum, Reshmonu, Sean Lee dan Shazat. Tidak ketinggalan juga band popular seperti Hujan, Deja Voodoo, Bitter Sweet, Love Me Butch serta Wakaka Crew.

    Selain dihangatkan dengan persembahan artis, selebriti Adibah Noor, Zizan, Johan, Liyana Jasmay, Hans Isaac, Chef Wan, Nora Danish, Diana Danielle, Andrea Fonseka dan Maya Karin pula diberi penghormatan untuk menyampaikan anugerah yang berprestij itu kepada para pemenang.

    Pada masa yang sama, Swee Kim memberitahu, buat julung-julung kalinya majlis anugerah berkenaan akan disiarkan secara langsung di saluran 8TV, dua saluran radio Red FM dan Fly FM serta melalui laman web www.tonton.com.my dan mobile.8tv.com.my bermula pada pukul 8.30 malam.

    Kepada para peminat yang ingin menyaksikan anugerah itu secara langsung di Bukit Jalil, mereka boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif di pondok pengawal Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya bermula 1 November lalu atau dengan melayari laman Facebook Fan Page Shout! Awards 2010.

    Saif rugi besar kerana Kareena

    Posted: 15 Nov 2010 05:22 PM PST


    KATRINA KAIF yang merupakan aktres paling popular Bollywood dikatakan pesaing paling hebat Kareena Kapoor. Akibatnya, Saif Ali Khan dikatakan menanggung kerugian kerana sikap cemburu kekasihnya itu.


    AKTRES Katrina Kaif merupakan pasangan serasi aktor Saif Ali Khan, malah mereka berjaya mendapatkan kutipan pecah panggung untuk filem Race pada tahun 2008.

    Gandingan mereka untuk beberapa filem selepas itu turut membuahkan hasil yang serupa. Bagaimanapun, tiada lagi pembikin filem yang berjaya menyatukan mereka dalam mana-mana filem sejak kebelakangan ini.

    Pelbagai persoalan timbul, antaranya mungkin mereka berdua tidak mendapat skrip filem yang bagus seperti Race.

    Sungguhpun begitu, terdapat khabar angin yang mengatakan kekasih Saif sendiri iaitu Kareena Kapoor menjadi punca utama mengapa pasangan hebat Saif dan Katrina tidak dapat disatukan.

    Jika dilihat daripada persaingan dalam industri perfileman Bollywood, Katrina merupakan pesaing terdekat Kareena dan mungkin dia merupakan orang yang mempengaruhi Saif supaya tidak bergandingan bersama Katrina.

    Jika itulah kebenarannya, Saif menanggung kerugian yang besar kerana kini Katrina merupakan aktres yang paling popular di Bollywood. Dia masih muda dan boleh bergandingan dengan mana-mana aktor.

    Sehingga kini belum ada sebarang pengesahan ataupun kenyataan daripada kedua-dua pihak mengenai khabar angin tersebut.

    Jemaah haji wukuf di Padang Arafah

    Posted: 15 Nov 2010 05:21 PM PST


    RATUSAN ribu jemaah haji berhimpun di Padang Arafah dekat Mekah semalam.


    PADANG ARAFAH, Arab Saudi - Dengan memakai ihram, sekitar dua juta umat Islam melakukan wukuf di sini bagi menunaikan rukun kedua ibadat haji.

    Ramai jemaah memulakan perjalanan sebelum subuh dalam usaha mereka untuk sampai ke puncak Bukit Arafah yang juga dikenali sebagai Jabal ar-Rahmah, di luar tanah haram iaitu kira-kira 18 kilometer dari kota Mekah.

    Bukit tersebut merupakan tempat Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.

    Mereka yang berjaya sampai bukit itu selepas berasak-asak duduk di lereng-lereng bukit sambil berdoa dan membaca al-Quran.

    Sejumlah lagi dilihat menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan gambar manakala sebahagian lagi jemaah duduk di atas hamparan tikar di atas batu-batu di bukit berkenaan.

    "Sukar untuk saya menggambarkan perasaan saya. Saya seperti berada pada Hari Kebangkitan," kata seorang jemaah dari Syria, Mossaad Mheymeed ketika berdiri di puncak Jabal ar-Rahmah.


    SEJUMLAH jemaah haji berdoa di Bukit Jabal ar-Rahmah di Padang Arafah semalam.


    "Syukur kepada Tuhan kerana memberikan nikmat ini," kata rakannya, Hussein al-Alawi, 55, juga dari Syria.

    Wukuf atau berhimpun di Padang Arafah yang menandakan kemuncak dalam ibadah haji bermula kelmarin apabila lebih dua juta umat Islam beredar dari Mekah untuk menuju ke Mina.

    Setakat ini, tiada laporan berhubung sebarang kemalangan besar berlaku di Arafah.

    Ribuan mangsa Merapi pulang ke rumah

    Posted: 15 Nov 2010 05:20 PM PST


    DUA penduduk yang menunggang sebuah motosikal melalui kawasan beberapa buah rumah yang musnah akibat letusan Gunung Merapi di daerah Klaten, Pulau Jawa semalam.


    GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Beribu-ribu penduduk kampung kembali ke rumah masing-masing semalam selepas pihak berkuasa Indonesia menyatakan beberapa kawasan tidak lagi berbahaya selepas Gunung Merapi di Pulau Jawa meletus dengan kuat dua minggu lalu.

    Menurut Agensi Pengurusan Bencana, Gunung Merapi yang meletus sejak 26 Oktober lalu telah membunuh lebih 259 orang.

    Menurut seorang ahli vulkanologi, Gunung Merapi dilihat masih mengeluarkan asap panas dan debu namun aktivitinya sudah berkurangan dalam beberapa hari kebelakangan ini.

    Setelah berada selama hampir tiga minggu di kem-kem sementara yang sesak, ramai penduduk kampung kembali ke rumah dengan membawa tikar, selimut dan baju.

    Mereka yang pulang ke kampung mendapati hampir semua barang yang dimiliki termasuk rumah sudah musnah.

    "Rumah-rumah diselaputi oleh abu tebal dan hasil pertanian tidak boleh dituai.

    "Kami perlu mencari jalan untuk membantu mereka kerana ramai yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan," kata seorang ketua kampung Jati, Lilik Sujati.

    Lapan terbunuh apartmen terbakar di Shanghai

    Posted: 15 Nov 2010 05:20 PM PST


    SEMBURAN air dari sebuah jentera bomba cuba memadamkan kebakaran di sebuah bangunan apartmen di Shanghai semalam.


    SHANGHAI - Lapan orang terbunuh dan 90 lagi cedera dalam kebakaran besar yang berlaku di sebuah bangunan apartmen yang menjadi kediaman untuk guru-guru di Shanghai, China semalam.

    Apartmen 28 tingkat itu sedang dalam proses pengubahsuaian ketika kebakaran berlaku pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.

    Sebanyak 10 buah jentera bomba berjaya mengawal api daripada merebak dalam tempoh tiga jam. Menurut agensi berita Xinhua, anggota-anggota polis mengawal lokasi kejadian.

    Saksi-saksi memberitahu, perancah buluh yang mengelilingi bangunan itu terbakar terlebih dahulu sebelum api merebak ke dalam bangunan.

    Seorang mangsa yang terselamat, Li Xiuyun, 61, memberitahu, dia, suami, anak lelaki dan seorang cucu perempuan turun melalui tangga dari apartmen mereka di tingkat 16.

    "Anak lelaki saya menanggalkan stoking dan merendamnya dengan air untuk digunakan bagi menutup hidung," jelas Xiuyun. Seorang doktor dari Hospital Daerah Jingan memberitahu, lebih 20 mangsa yang mengalami kecederaan teruk telah dihantar untuk mendapatkan rawatan.

    Obama akan desak senjata nuklear dikurangkan

    Posted: 15 Nov 2010 05:19 PM PST


    BARACK OBAMA


    WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi jaminan kepada rakan sejawatannya dari Rusia, Dmitri Medvedev bahawa beliau akan mendesak Dewan Senat AS supaya meluluskan usul Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik (START) melibatkan senjata nuklear pada bulan ini, lapor sebuah akhbar semalam.

    Perjanjian START dimeterai oleh AS dan negara bekas Kesatuan Soviet (USSR) buat pertama kali pada 31 Julai 1991.

    Usul terbaru START oleh pentadbiran Obama adalah bagi mengehadkan penempatan peluru berpandu strategik kepada 1,550 buah untuk setiap negara berbanding 2,200 buah sekarang selain membenarkan AS dan Rusia memeriksa senjata masing-masing.

    Namun, Obama dijangka berdepan halangan daripada ahli-ahli politik Parti Republikan yang sangsi dengan usul tersebut.

    Bilangan anggota Dewan Parti Republikan kini lebih ramai selepas mereka memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya separuh penggal awal bulan ini.

    Kubur ahli astronomi Denmark digali

    Posted: 15 Nov 2010 05:19 PM PST


    BATU marmar yang menutupi kubur Tycho Brahe diangkat di gereja Church of Our Lady di tengah Prague semalam.


    PRAGUE, Republik Czech - Sepasukan saintis dari Denmark dan Republik Czech semalam menggali semula kubur seorang ahli astronomi Denmark yang terkenal pada kurun ke-16 dalam usaha mencari punca kematian misterinya.

    Ahli astronomi itu, mendiang Tycho Brahe yang dilahirkan pada tahun 1546, telah disemadikan di gereja Church of Our Lady berhampiran Old Town Square di Prague sejak kematiannya pada tahun 1601.

    Tokoh itu berada di Prague atas jemputan Maharaja Rom, Rudolph II selepas beliau meninggalkan balai cerapnya di Pulau Hven kerana bercanggah pendapat dengan raja Denmark.

    Pemerhatian planet-planet dan bintang yang tepat oleh Brahe telah membantu bidang ilmu astronomi moden. Selama ini, kematiannya dikatakan akibat jangkitan pundi kencing.

    Namun, ujian-ujian yang dijalankan pada tahun 1996 di Sweden dan Denmark berdasarkan sampel misai serta rambutnya yang diperolehi sewaktu proses penggalian semula kuburnya pada tahun 1901 mendapati wujud tahap kandungan merkuri yang tinggi.

    Keadaan itu menimbulkan teori bahawa beliau diracun dan dibunuh.

    Seorang profesor arkeologi zaman pertengahan dari Universiti Aarhus Denmark, Jens Vellev menyatakan sebagai seorang ahli sains, Brahe sangat penting kepada dunia.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS