Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Karnival Gempak Bah

Posted: 21 Apr 2012 08:45 AM PDT

Karnival Gempak Bah Meriahkan Dewan Masyarakat Tawau, Sabah

Karnival Gempak Bah… telah berlangsung dengan jayanya atas usahasama Radio Malaysia TawauFM dengan Unit Majalah Dan Dokumentari (UMD), Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 dan 7 April lalu bertempat di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan hari pertama penganjuran karnival ini dan Majlis Perasmian Karnival Gempak Bah…UMD-TawauFM telah dilancarkan oleh YBrs. Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik).

PENGACARA PANORAMA BERSAMA PENGACARA CHIKI BOOM!

Seterusnya persembahan daripada suku kaum Tidung dengan tarian piring dan senamrobik yang telah disertai oleh 100 peserta Rakan Muda dan masyarakat Tawau.

Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus kemudian melawat tapak pameran dan beramah mesra bersama krew penerbitan dan pengacara Panorama & Chiki Boom!

Karnival yang diadakan dua hari berturut-turut ini sarat dengan pengisian pameran program popular di kalangan kanak-kanak iaitu Chiki Boom yang turut dimeriahkan dengan kemunculan lima pengacaranya di lokasi tapak karnival mendekati peminat mereka. Manakala pameran program Panorama pula melibatkan pengisian di sebalik tabir penggambaran tentang budaya dan cara hidup suku kaum Tidung di Tawau, Sabah.

Istimewa khusus untuk kanak-kanak di Tawau; semua acara sukaneka telah menarik perhatian dan minat mereka mengambil bahagian antaranya acara tiup belon, menyanyi dan menari lagu tema Chiki Boom!, pertandingan melukis dan mewarna, kerusi berirama dan pakaian beragam ala millenium. Di tapak pameran Panorama pula telah diadakan ujibakat bagi pancarian pengacara baru rancangan tersebut dan acara-acara menarik seperti tiru aksi artis menari.

Keesokkan harinya karnival dimeriahkan dengan aktiviti kuiz yang menguji pengetahuan am mengenai RTM, program kanak-kanak Chiki Boom!, program Panorama, Radio Malaysia TawauFM. Juga turut berlangsung Pertandingan Akhir Bakat Bintang Cilik (BBC) yang dipancarkan secara langsung oleh Radio Malaysia TawauFM. Manakala sebelah malamnya pula pengunjung menyaksikan Pertandingan Akhir Realiti Pilihan Tawau juga telah dipancarkan secara Langsung melalui Radio Malaysia TawauFM.

Adik-adik Chiki Boom! bergambar kenangan bersama pegawai RTM. Dari kiri Farah Syahnaz Hj.Ruslan (Penerbit Chiki Boom!), Norliza Ali (Timbalan Pengarah Seksyen Produksi), Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) dan Aris Arapa (Pengurus Radio Malaysia TawauFM).

TEMUBUAL EKSKLUSIF

Adik-adik Chiki Boom! bergambar kenangan bersama pegawai RTM

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro
  • Nikki, Colabr8, Elyana di Karnival Jom Heboh 2008
  • Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah
  • Mila, Zahid, Syawal di Karnival Sukaria Ceria! 2009
  • Jamal Abdillah Mahu Jumpa Peminat
  • Gambar Shahz Jaszle di Karnival Tari Tirana
  • Karnival Nasi Lemak Kopi O di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam
  • Astro Anjur Karnival Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak
  • Karnival Sua Rasa TV9 Kuala Terengganu
  • Gambar Diana Danielle di Karnival Jomheboh TV3 Bukit Jalil
  • Drama Bersiri Tok Ayah

    Posted: 21 Apr 2012 08:30 AM PDT

    Gandingan Uji Rashid Dan Hisham Ahmad Tajuddin Dalam Drama Bersiri Tok Ayah di TV1

    Gelaran Tok Ayah dilihat dekat dengan golongan individu yang dipandang tinggi oleh kelompok masyarakat setempat. Daripada ilmu agama mahu pun akhlak mulia yang ditonjolkan membuatkan dirinya dipilih menjadi pemimpin. Namun lumrah dunia tidak semua orang akan menerimanya dengan hati terbuka. Perasaan hasat dengki masih wujud dalam diri segelintir manusia tanpa mengira ikatan persaudaraan.

    babak dalam Tok Ayah

    Begitu juga kisah melatari drama rantaian terbaharu di RTM yang telah pun mula menemui penonton sejak 17 April lalu. Drama bertajuk Tok Ayah yang disiarkan mengisi slot Cindai setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.05 petang di TV1 ini meletakkan kepercayaan kepada pelakon Hisham Ahmad Tajuddin membawakan watak Tok Ayah selain turut dibantu oleh Uji Rashid, Shaharuddin Thamby, Cico Harahap, Heryanto Hassan dan Asmat Sulaiman.

    13 episod drama ini mengisahkan Tok Ayah yang telah dilantik menjadi ketua keluarganya yang besar. Walaupun ada yang tidak setuju perlantikannya, namun rata-rata mahukan dia memimpin keluarga. Tok Ayah telah banyak membuat perubahan bagi pembaikan keluarganya. Bisnes keluarga bertambah baik, hubungan dengan jiran-jiran menjadi bertambah akrab dan ramai ahli keluarga yang menganggur kini bekerja dengan perusahaan keluarga.

    Tok Ayah telah mengambil Imran seorang penuntut universiti yang miskin sebagai anak angkat kerana memandang bakatnya yang baik dan pelajarannya yang maju. Sobri seorang lagi anak angkat Tok Ayah tidak berapa suka dengan kehadiran Imran. Tetapi Imran pandai mengambil hati Tok Ayah.

    Tok Su Leh tidak setujunya perlantikan Tok Ayah kepada Lebai Haji yang sama berpendapat dengannya. Mereka membuat komplot untuk menjatuh dan menyingkirkan Tok Ayah dari keluarga itu. Apa saja yang Tok Ayah buat tidak disetujuinya. Apatah lagi bila mengetahui Tok Ayah mengambil Imran sebagai anak angkat. Disebabkan desakan dan tekanan yang terlalu tinggi, Tok Ayah diserang sakit jantung.

    Komplot menjatuhkan Tok Ayah dilakukan oleh Tok Su Leh dan Lebai Haji. Imran semakin sombong kerana merasakan dirinya lebih disayangi oleh Tok Ayah. Dia berbaik-baik dengan Tuan John yang sebenarnya mempunyai muslihat mendekati Imran untuk mendapatkan semula ladang getah dan kebun kelapa sawit yang telah dijual oleh ayahnya, David kepada Tok Ayah. Imran mudah termakan hasutan Tuan John yang akhirnya membuatkan Tok Ayah putus asa mahu mengasihatinya.

    Sikap bongkak Imran semakin menjadi-jadi dan dia menggelarkan Sobri sebagai anak Komunis kerana latar belakang ayahnya yang pernah bekerja dengan Komunis dan kini merengkok di penjara. Sobri hanya mampu bersabar dan percaya tiada gunanya mereka bermusuh.

    Kemuncaknya apabila Imran meminjam berjuta ringgit daripada Tuan John menggunakan nama Tok Ayah. Tok Ayah hilang sabar lalu menarik balik segala kemewahan yang diberikan kepada anak angkatnya itu. Imran tidak puas hati.

    Kesempatan itu digunakan oleh Tok Su Leh dan Lebai Haji bersama-sama dengan Imran cuba menjatuhkan Tok Ayah. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk melaksanakan hasrat tersebut.

    Namun satu malam Tok Ayah telah diserang hingga mengakibatkan nyawanya hampir melayang. Siapakah dalang yang terlibat mahu membunuh Tok Ayah? Adakah serangan itu daripada individu yang dikenalinya? Saksikan kesudahan drama bersiri kekeluargaan penuh babak mendebarkan ini hanya di TV1.

    babak dalam Tok Ayah 5

    babak dalam Tok Ayah 4

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Bersiri Opah Musim Baru
  • Ujibakat Mencari Pelakon Drama Bersiri TARI TIRANA
  • PHOTO CUTE ANAK RAMLI MS
  • Drama Cintaku Di Mukah Lakonan Zack X-Factor, Rizal AF, dan Wan Nor Azlin
  • DRAMA MURID TOK AYAH LAKONAN ZARYN MIN, KISHZZ
  • Drama Kebun Getah Tok Ayah Lakonan Fizz Fairuz
  • Drama 21 Jump Street Lakonan Johnny Depp di 8TV
  • Drama Bersiri Sakti Delima Ditunda Buat Sementara
  • FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA
  • Drama Bersiri Kisah Kaisara Lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    Berita Palsu Kematian Bob Kuman Disebarkan

    Posted: 20 Apr 2012 11:58 PM PDT

    "Penyebaran berita palsu berkenaan kematian Bob Kuman merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab!," ujar editor OHBULAN! yang terkilan dengan kejadian ini.

    Berita kematian yang pada mulanya dianggap serius oleh sesetengah pengguna Twitter akhirnya dijawab juga apabila Bob Kuman sendiri menghantar sekeping gambar berserta nota berbunyi, " 21/04/12 I'm still alive! 14:10pm".

    Berita palsu tersebut dipercayai mula disebarkan melalui pesanan Blackberry Messenger (BBM) sehingga berlarutan ke laman Twitter sekitar pagi tadi.. Bagaimanapun, atas tindakan pantas beberapa pihak, berita palsu tersebut berjaya disangkalkan.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Perempuan bergaduh adakah kita lelaki sekadar melihat sahaja?

    Posted: 21 Apr 2012 09:15 PM PDT

    Perempuan bergaduh,adakah kita lelaki lihat dan saksikan sahaja pergaduhan itu?
    seperti gambar dibawah ini...

    Agaknya kita lelaki tak kuasa nak masuk campur
    atau kita memang jenis yang tak peduli...

    Jadi persoalannya sekarang adakah kita biarkan sahaja
    pergaduhan itu berlaku tanpa meleraikannya?Yang penting
    jangan jadi batu api sudahlah...

    Kak jangan pakai macam tu nanti orang ingat akak tak pakai seluar

    Posted: 21 Apr 2012 09:00 PM PDT


    bahaya macam ni kak...

    Tampil dengan Payudara Lebih Seksi, Kang Min Kyung Dituduh Operasi

    Posted: 21 Apr 2012 08:45 PM PDT


    infospesial.net -  Beredar rumor miring tentang Kang Min Kyung Davichi, ia dituduh telah melakukan operasi payudara. Hal tersebut mencul ketika Kang Min Kyung tampil menjadi seorang model dalam video klip Stupid Love dari Supernova.


    Dalam video klip tersebut Kang Min Kyung terlihat mengenakan gaun pendek berwarna biru berlelahan dada rendah. Payudara Kang Min Kyung yang terlihat lebih seksi menimbulkan banyak presepsi mengenai operasi tersebut. 

    Bahkan satu situs komuniti membandingkan foto dari masa lalu dengan fotonya sekarang. Foto tersebut dimuat naik dan diberi judul 'Tubuh Kang Min Kyung di masa lalu berbeza dengan sekarang'.

    Hal ini pun tentunya langsung saja ditanggapi oleh agensi Kang Min Kyung, dengan mengatakan jika Kang Min Kyung sendiri merasa sakit hati mendengar rumor miring tentang dirinya itu.

    "Baru-baru ini ada foto di internet yang membandingkan tubuhnya. Kebanyakan mereka memuji Kang Min Kyung, namun beberapa di antara mereka menyebutnya melakukan operasi payudara," ungkap agensi tersebut, Jumaat (20/04.

    "Kang Min Kyung merasa tersakiti mendengar rumor tersebut. Ia tidak pernah menjalani operasi payudara. Tubuhnya terlihat berbeza tergantung dari angle fotonya," tambahnya kemudian.

    Zac Efron Nonton Adegan Ranjang Bersama Ibu

    Posted: 21 Apr 2012 08:30 PM PDT

    Di filEm terbarunya The Lucky One, Zac Efron harus beradegan cinta dengan lawan mainnya, Taylor Schilling. Ini pertama kalinya bagi Efron beradegan ranjang secara aktor ini dikenal sebagai bintang remaja lewat film High School Musical. 

    Ketika membawa sang ibu untuk menonton, Efron sangat malu ketika adegan tersebut terpampang di layar.Lelaki 24 tahun ini menceritakan momen-momen risih ketika menonton bersama ibunya.

    "Kita nonton posisi kerusi saya dan ibu berjauhan. Ibu dua kursi di bawah saya. Tapi ketika adegan ranjang itu mulai muncul, saya lalu keluar ruangan. Saya malu sekali. Meskipun ini hanya akting, tapi ketika ibu dan semua keluarga menonton rasanya risih dan jengah," kata Efron.

    Sang ibu, Starla yang menonton film tersebut tetap bangga dengan Efron. "Ibu hanya tertawa ketika menontonya. Dia malah berkata ''Itulah anakku!'' Dia malah bangga, meski dia juga risih. Ibu adalah pendukung terbesar dalam kariEr saya," kata aktor yang belum lama ini digosipkan sedang dekat dengan Rihanna.

    Aktor yang mengaku masih single setelah putus dengan artis di High School Musical Vanessa Hudgens pada Disember 2010 ini mengaku selalu menceritakan tentang kehidupan peribadinya ke sang bunda.

    "Ibu selalu memberikan saran. Ibu adalah juara soal mengajarkan aku bagaimana bersikap ke wanita.Ibu mengajarkan aku untuk bersikap sopan kepada wanita dan ikuti kata hati," kata Efron seperti dikutip oleh majalah People.

    Sumber : http://www.tempo.co

    Dicekup bogel dengan nelayan

    Posted: 21 Apr 2012 08:15 PM PDT

    KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

    Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

    Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.

    Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.

    Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.

    Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

    Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.

    Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.

    Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.

    Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertudu­han khalwat.

    Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.

    Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

    Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan.



    SUMBER : SINAR HARIAN

    Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan

    Posted: 21 Apr 2012 08:00 PM PDT


    TANJUNG MALIM -Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.
    Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.
    "Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.
    "Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
    Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.
    Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.
    Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.
    "Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.
    Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.
    Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."
    "Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.
    sumber : kosmo online

    Ratusan ribu komputer berisiko hilang akses Internet Julai depan

    Posted: 21 Apr 2012 07:45 PM PDT


    WASHINGTON, Amerika Syarikat - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih 570,000 ribu komputer di seluruh dunia akan kehilangan akses Internet pada Julai depan.
    Menurut satu kenyataan FBI, masalah itu bermula apabila penggodam antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan pengiklanan di Internet untuk mengawal komputer yang dijangkiti virus.
    Bagi menghalang gangguan Internet berlaku ke atas komputer yang digodam atau sakit, FBI telah mewujudkan satu jaringan keselamatan atas talian beberapa bulan lalu melalui komputer pihak berkuasa AS.
    Namun, sistem keselamatan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi.
    Buat masa ini, pihak FBI menggalakkan pengguna supaya melayari sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah badan keselamatan AS, www.dcwg.org.
    Laman web berkenaan akan memaklumkan sama ada komputer mereka telah dijangkiti virus dan menerangkan cara-cara bagi menyelesaikan masalah itu.
    Selepas 9 Julai depan, komputer yang dijangkiti virus tidak dapat digunakan bagi mengakses Internet. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Pasangan punk disebat

    Posted: 21 Apr 2012 07:30 PM PDT


    ACEH: Sepasang punk disebat sembilan kali setiap seorang selepas mereka didapati bersalah mengadakan seks di tempat awam.
    Kira-kira 100 penduduk bandar Langsa yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu bersorak apabila polis Syariah menyebat wanita berusia 21 tahun itu, dan teman lelakinya berumur 23 tahun.

    Sebelas orang yang didapati bersalah berjudi juga menjalani hukuman itu. Ketua Pendakwa Raya Langsa, Putra Masduri berkata, pasangan berkenaan yang sering berkeliaran dijalan raya dengan berpakaian ala punk. Mereka bagaimanapun dikenakan pakaian serba putih ketika menjalani hukuman itu.


    Polis Syariah Aceh, satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam, melancarkan gerakan antipunk dengan menyerbu kafe dan taman bagi mencegah apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai 'wabak sosial.' — Agensi


    sumber : myMetro

    Kepala pelakon masih tidak ditemui

    Posted: 21 Apr 2012 07:15 PM PDT


    MUMBAI: Polis masih mencari kepala aktres Bollywood, Meenakshi Thapa, yang dibunuh dengan kejam di Gorakhpur, utara India, bulan lalu.
    Pelakon berusia 26 tahun itu didakwa diculik oleh pasangan Preeti Surin dan kekasihnya, Amit Jaiswal yang menuntut bayaran tebusan sebanyak 1.5 juta rupi (RM89,000).

    Pasangan itu kemudian memberi amaran kepada ibu Meenakshi bahawa aktres itu akan dipaksa berlakon dalam filem porno jika wang tebusan itu tidak dibayar.


    Ibu pelakon itu dilapor membayar 60,000 rupi (RM3,700) tetapi aktres berkenaan dibunuh dan dipenggal.

    Anggota tubuhnya dibuang ke dalam tangki najis sementara kepalanya dicampak dari sebuah bas di jalan raya menuju ke Mumbai.


    Meenakshi berkenalan dengan pasangan itu ketika berlakon dalam filem barunya, 'Heroine.' Jaiwal dan Surin ditangkap kerana menyimpan kad SIM telefon bimbit pelakon dan mereka mengaku membunuh Meenakshi. - Agensi



    SUMBER : MYMETRO

    Bapa tidur, bayi dibaham anjing

    Posted: 21 Apr 2012 07:00 PM PDT


    RIDGEVILLE: Seorang bayi berusia dua bulan mati selepas dibaham anjing peliharaan keluarganya ketika bapa nyenyak tidur dan ibu di klinik bersama-sama seorang anak yang lain.
    Aiden Lee McGrew yang dilahirkan pada Hari Valentine, dibaham hingga satu anggota tubuhnya putus di rumahnya di Dorchester County.

    Aiden berada di dalam buaian sementara bapanya lena bersama anaknya yang lain. Ibu bayi malang itu, Chantel McGrew memberitahu polis, dia pulang dari temujanji di klinik dan menemui bayinya yang berlumuran darah terbaring di lantai dengan kakinya terputus.


    Polis berkata, anjing itu yang baru saja dipelihara oleh keluarga itu kini dikurung di balai polis sementara menanti hasil siasatan. - Agensi


    SUMBER : MYMETRO

    Lihat mayat kawan

    Posted: 21 Apr 2012 06:45 PM PDT


    MELAKA: "Saya lihat ada kemalangan ketika melintas jalan tadi (semalam) dan mangsa ditutup dengan kain putih. Tak sangka, rupa-rupanya rakan sekuliah saya yang jadi mangsa," kata mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Mohd Farhaan Kamaruzaman, 23.
    Dia berkata demikian ketika berada di sisi mayat rakannya, Muhammad Nabil Wazir, 20, yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Ayer Keroh Lama, dekat sini, petang kelmarin.

    Dalam kejadian 3 petang, arwah dalam perjalanan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) dari Kolej Kediaman UTeM Murni di Taman Bukit Beruang Murni, Bukit Beruang, dekat sini, sebelum motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita di selekoh berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), dekat sini.


    Menurut Mohd Farhaan, mangsa yang berasal dari Taman Rawang Perdana, Selangor mahu memasukkan wang untuk ibunya, namun hasratnya tidak kesampaian apabila terbunuh dalam kemalangan.

    "Arwah sempat beritahu dia mahu ke BSN untuk masukkan wang ke dalam akaun ibunya dan mahu meminjam motosikal saya.


    "Bagaimanapun, dia meminjam motosikal rakan lain dan keluar dari asrama kolej, jam 2.30 petang sendirian.



    "Saya hanya mengetahui dia terbabit kemalangan apabila dihubungi rakan dan terus datang ke sini. Sebetulnya, saya perasan kemalangan ini dan sangkakan arwah berhenti melihatnya kerana saya lihat motosikalnya dalam keadaan bertongkat tegak dan tidak kelihatan seperti ada kerosakan," katanya.

    Menurutnya, dia cuba menghubungi nombor telefon arwah, namun dijawab oleh rakan lain kerana ia ditinggalkan di bilik asrama.


    Menurutnya, penuntut tahun pertama semester jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk dan Pembuatan) itu juga tidak menunjukkan perubahan pelik sebelum kejadian dan dia juga pelajar rajin, warak dan aktif dalam persatuan di universiti.


    SUMBER : MYmETRO

    Isteri cari lelaki muda selepas suami muflis

    Posted: 21 Apr 2012 06:30 PM PDT


    DISEBABKAN tuntutan tugas, Amran terpaksa hidup bersendirian di Johor Bahru dan berjauhan dengan isteri, Ena yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam sebuah syarikat di ibu kota.
    Begitupun, Amran (bukan nama sebenar) tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga yang dibina sejak 18 tahun lalu. Setiap Sabtu dan Ahad, dia cuba pulang ke ibu kota untuk bertemu Ena (bukan nama sebenar).

    Bagaimanapun, bergelar suami hujung minggu dan perpisahan sementara itu menjadi punca keruntuhan rumah tangganya yang kini retak menunggu belah.


    Amran tidak menafikan sebelum itu hubungan dengan isteri bermasalah gara-gara dia diisytiharkan muflis apabila syarikat miliknya terpaksa menghentikan operasi dan menanggung hutang bank.

    Ini berikutan perniagaan dijalankan bersama abang kandung dan menggunakan namanya sebagai peminjam tidak mampu menanggung beban hutang lebih RM600,000.


    Sebaik diisytiharkan muflis, dia terpaksa memulakan hidup baru dengan serba kepayahan. Ini kerana undang-undang memperuntukkan orang yang diisytihar muflis hanya layak 'memegang wang RM10' sehari, tidak boleh memiliki kad bank dan banyak halangan lain.



    Buat permulaan, dia cuba mencari kerja lain tetapi banyak syarikat tidak mahu menerimanya dengan memberi pelbagai alasan.

    Sebenarnya, Amran memiliki ijazah dalam bidang perniagaan dari universiti luar negara, namun ketika memohon pekerjaan, dia hanya menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya senang ditawarkan kerja.


    Akhirnya permohonan menjadi pemandu peribadi kepada seorang usahawan diterima. Amran menunjukkan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi.

    Walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga beberapa hari dan minggu kerana mengikut majikan yang sering memantau kilang di Johor Bahru, Amran menghubungi isteri dan anak hampir setiap hari.


    Pada mulanya Ena tidak merungut, tetapi lama-kelamaan dia seolah-olah tidak suka kerjaya Amran dengan alasan penat menguruskan tiga anak sendirian kerana suami tiada di sisi.


    Amran tetap meminta isteri memahami keadaan dirinya kerana bukan senang orang yang diisytiharkan muflis mendapatkan pekerjaan, sedangkan dulu dia memiliki segala-galanya — harta, banglo dan kereta mewah.


    Semakin lama dia merasakan ada sesuatu disembunyikan isteri, apatah lagi Ena yang bekerja di syarikat konglomerat terkenal dinaikkan pangkat selepas hanya enam bulan bekerja.


    "Seorang teman rapat kemudian memberitahu, dia kerap nampak isteri saya keluar dengan lelaki lain. Saya menyangkal tuduhannya kerana tidak mungkin isteri bersikap begitu.


    "Mungkin rakan saya sengaja mereka-reka cerita kerana cemburu dengan kebahagiaan kami, tetapi dakwaannya mula mengganggu fikiran.


    "Ini membuatkan saya tertekan kerana jauh di sudut hati, saya mula terfikir yang bukan-bukan. Tambahan pula, layanan isteri terhadap saya makin hambar," katanya.


    Ini menyebabkan dia mengambil keputusan menyiasat kelakuan isterinya kerana enggan mendengar cerita tanpa usul periksa.


    Amran berkata, dia membuat perancangan sendiri apabila memberitahu mahu pulang ke Johor Bahru tetapi sebenarnya mengambil cuti kerana hendak mengintip perbuatan isteri.


    Dia juga mengupah seorang pengawal di tempat kerja Ena untuk mengintip kegiatan hariannya.


    "Saya tahu tugas isteri sebagai pegawai perhubungan awam sering menemukannya dengan pelanggan daripada pelbagai syarikat dan individu, namun daripada cerita didengar, dia menjalin hubungan dengan rakan sekerja, menyebabkan rasa ingin tahu saya memuncak," katanya.


    Amran mengaku pernah ternampak kelibat isterinya dengan lelaki yang jauh lebih muda bergandingan ke restoran mewah dalam keadaan sungguh mesra dan sering berdua-duaan di hotel.


    Semua cerita itu menghantui dirinya hinggalah satu hari dia nekad menceroboh dan memasuki pejabat isteri yang kebetulan ketika itu berbual mesra dengan seorang lelaki.


    Ketika itu berlaku pertengkaran hebat membabitkan mereka bertiga hingga isterinya secara terang-terangan mengakui rasa cinta terhadap Amran sudah lama pudar lalu meminta cerai sambil disaksikan rakan sekerja.


    "Isteri juga mengaku hubungannya dengan lelaki bujang itu sudah intim dan meminta dilepaskan kerana tidak mahu lagi hidup bersama saya. Saat itu, hati saya hancur luluh dan sungguh tertekan serta terbayang anak kami." "Walaupun berkali-kali memujuk hinggakan saya sanggup memaafkan kesilapannya, isteri tetap berkeras mahu bercerai." "Sikap lelaki itu yang langsung tidak mengakui kesalahannya membuatkan saya naik angin lalu bertanya apakah dia benar-benar mencintai isteri saya. Dia dengan selamba mengakui mencintai Ena.


    "Bayangkan betapa hinanya saya saat itu. Saya kemudian ke pejabat agama untuk mendapatkan kaunseling sebelum memfailkan perceraian sesudah berfikir panjang, tak guna terus menyayangi orang yang tidak menyintai kita lagi.


    "Hampir setahun berulang-alik ke mahkamah syariah, akhirnya kami disahkan bercerai dan bekas isteri kemudian berkahwin dengan lelaki itu dan anak diletakkan di bawah jagaannya.


    "Tak tahan dengan pengalaman pahit itu, saya membawa diri ke luar negara mengikut bapa saudara saya menetap di sana selama lima tahun," katanya.


    Kini Amran kembali ke tanah air dan membuka perniagaan kecil, tetapi tidak mungkin berkahwin lagi kerana serik dengan apa yang pernah dilaluinya



    sumber : myMetro

    Tersepit bawah treler

    Posted: 21 Apr 2012 06:15 PM PDT


    ENDAU: Seorang pemuda hampir maut apabila Proton Saga dipandunya terperosok di bawah treler dalam kemalangan di Kilometer 1 Jalan Tanjung Gemuk, Endau–Rompin, di sini, awal pagi semalam.
    Dalam kejadian jam 3 pagi, Abu Neklah, 32, dikatakan keluar dari Simpang Kampung Pianggu sebelum merempuh treler berkenaan yang gerak dari arah Endau.

    Akibatnya, kenderaan berkenaan diseret 50 meter dan dia cedera di badan manakala pemandu treler, Ridzuan Adnan, 24, bersama kelindan, Zulkarnain Arnain, 21, tidak cedera.


    Menurut Ridzuan, mereka dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu, dan hanya menyedari kemalangan selepas terdengar dentuman kuat selain terasa treler mengheret sesuatu.

    "Sebaik mendengar bunyi dentuman, saya menurunkan tingkap untuk melihat cermin pandang sisi dan terkejut apabila mendapati ada kereta di bawah treler.


    "Kami kemudian turun dan cuba membantu mangsa tetapi gagal kerana dia tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.



    Berikutan itu, katanya, mereka menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Endau dan Rompin tiba 20 minit kemudian.

    "Mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan," katanya





    sumber : myMetro

    Gelora isteri mingguan

    Posted: 21 Apr 2012 06:00 PM PDT


    KUALA LUMPUR: "Mana boleh tahan hidup macam tu... kalau setahun dua mungkin tak apa, tapi ini hampir lima tahun," kata Shima, 29, yang mendakwa terseksa zahir dan batin kerana hanya bertemu suaminya sekali seminggu.
    Bukan kerana suami mempunyai isteri atau kekasih lain, tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai jurutera yang memerlukannya sering ke luar daerah dan hanya pulang seminggu atau dua minggu sekali.
    "Saya bagaikan isteri hujung minggu. Ada suami tapi hanya seminggu atau dua minggu sekali bertemu. Sehari selepas itu, saya ditinggalkan lagi. Begitulah rutin rumah tangga kami. Lama-kelamaan saya menjadi jemu dengan kehidupan sebegitu," katanya kepada Metro Ahad.

    Walaupun hidupnya dilimpahi kemewahan kerana pendapatan suaminya lumayan, ia tidak memadai buat Shima yang terperuk di rumah sendirian.



    Selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, dia yang sering kesunyian disebabkan kesibukan suami dengan tugas, mula mencari keseronokan di luar.



    sumber : myMetro

    Budak cedera diketuk kekasih ibu

    Posted: 21 Apr 2012 05:45 PM PDT


    KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera di kepala dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya di sebuah kampung di Manir, kelmarin.
    Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa dipercayai dipukul suspek berusia 26 tahun ketika bersama ibunya berusia 22 tahun di kediaman lelaki terbabit.

    "Suspek yang panas baran dipercayai memukul mangsa selepas berang dengan kanak-kanak terbabit yang dikatakan aktif.


    "Mangsa yang cedera di kepala kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak. Laporan kejadian dibuat di pondok polis HSNZ," kata sumber kepada Metro Ahad.


    sumber : myMetro

    Guna rambut pelanggan buat replika bangunan

    Posted: 21 Apr 2012 05:30 PM PDT

    Huang Xin, seorang tukang gunting di Beijing China membuat suatu yang unik dan kreatif, bayangkan dia mengumpulkan sisa sisa rambut pelanggan yang dicukurnya dan membuat suatu replika monumen Tiananmen yang sangat terkenal di China.


    Huang XIn sangat kreatif, sisa sisa potongan rambut pelanggannya  menjadi replika 


    Sebelumnya dia juga pernah membuat replika stadium olahraga untuk Olimpik Beijing lalu dengan menggunakan rambut juga.






    Untuk sebuah replika  Gerbang Tiananmen Huang perlu 11 Kg rambut pelanggan. Dia mula membuat replika ini sejak tahun 2008.

    Korang rasa berapa umur wanita ini?

    Posted: 21 Apr 2012 05:15 PM PDT









    Remaja ini cuba pukul bapanya hanya kerana tak pam toilet

    Posted: 21 Apr 2012 05:00 PM PDT












    sumber : stomp.com.sg

    This youth spewed vulgarities and threatened his father with violence because he apparently did not flush the toilet at home. He then storms out of the house in a rage.

    STOMPer Michael commented on the video:

    "This son wanted to hit his father just for not flushing the toilet!

    "I saw this video and it really makes my blood boil.

    "At the same time it really makes me feel sad for his parents!"

    Telatah kanak-kanak sedang makan

    Posted: 21 Apr 2012 04:45 PM PDT








    Kemaluan lelaki ini ereksi selama 7 hari kerana tato kemaluan

    Posted: 21 Apr 2012 04:30 PM PDT


    Keputusan untuk membuat tato sebaiknya sudah difikirkan secdalam-dalamnya apalagi bila menato bahagian tubuh yang vital. Seorang lelaki Iran harus mengalami ereksi semi permanen yang berlangsung lama gara-gara keputusannya menato organ kelamin.


    Lelaki Iran berusia 21 tahun yang tidak disebutkan identitinya memutuskan untuk menato organ kelaminnya dengan huruf 'M', yang merupakan inisial dari nama belakang kekasihnya.


    Tak disangka seminggu setelah menato penis, lelaki tersebut mengalami ereksi priapism 24 jam selama 7 hari. Priapism adalah keadaan ereksi yang berlangsung selama lebih dari 4 jam tanpa adanya rangsangan seksual dan biasanya bersifat menyakitkan.


    Tato penis boleh  merosak organ kelamin lelaki bila dilakukan secara tradisional. Alasannya terdapat pada jarum yang digunakan dan tidak adanya kawalan dari kedalaman jarum.


    "Henna, abu dan pigmen alami lainnya sering digunakan oleh penato tradisional. Mereka pertama menggunakan jarum untuk menembus kulit, kemudian menerapkan bahan pewarna pada permukaan kulit yang berlubang," jelas urolog Iran dalam laporanJournal of Sexual Medicine edisi terbaru, seperti dilapor MSNBC.


    Tentu saja tindakan tersebut dapat menyakitkan bagi organ kelamin lelaki, termasuk yang dirasakan lelaki Iran tersebut. Setelah beberapa hari, rasa sakit yang dirasakannya memang mereda. Tapi segera setelah itu, lelaki tersebut menyedari bahawa penisnya mulai mengalami ereksi malam yang berlangsung cukup lama. Seminggu kemudian, ia mengalami ereksi priapism 24 jam selama 7 hari.


    Seperti iklan ubat kuat, kelaminnya memang dapat ereksi sangat lama. Tapi ereksi non-seks yang berlangsung selama lebih dari 4 jam boleh berbahaya bagi penis. Kurangnya aliran darah dapat membuat jaringan kekurangan oksigen, yang bila dibiarkan boleh menghancurkan jaringan dan akhirnya menyebabkan impotensi.


    Seperti dikutip dari Webmd, ereksi priapism terjadi jika darah di penis terjebak dan tidak mampu mengalir. Keadaan ini dapat terjadi pada semua kelompok umur termasuk bayi yang baru lahir. Jika tidak segera diubati maka boleh menyebabkan jaringan parut dan disfungsi ereksi permanen.


    Terdapat dua kategori dari priapism, iaitu:


    Low-flow


     Sering terjadi pada pria yang sihat tanpa diketahui sebabnya, tapi biasanya mempengaruhi orang yang memiliki penyakit sickle-cell, leukemia atau malaria.


    High-flow


     Disebabkan oleh arteri yang pecah akibat cedera pada penis atau perineum (daerah antara skrotum dan anus) sehingga mencegah sirkulasi di penis berlangsung normal.


    Sekitar 42 peratus penyebab priapism akibat penyakit sickle-cell. Namun penyebab lainnya diduga akibat pengubatan terutama ubat untuk penyakit mental tertentu, trauma pada saraf tulang belakang atau daerah genital, gigitan laba-laba hitam, keracunan karbon monoksida, penggunaan obat terlarang seperti kokain atau ganja dan pada kes yang jarang terjadi akibat kanser yang dapat mempengaruhi aliran darah di penis.


    Sumber :http://www.detik.com/

    Aksi polis menerima rasuah

    Posted: 21 Apr 2012 04:15 PM PDT

    Ini gambar aksi polis yang menerima rasuah
    yang telah dapat dirakamkan...













    diharap jangan ada polis di negara kita
    melakukan ini.Rosak negara jika undang-undang
    boleh dijual beli.....


    Wow...Gajah Ini Merasa Dirinya Zirafah

    Posted: 21 Apr 2012 04:00 PM PDT


    Gajah sangat terkenal atas ingatan dan kepandaiannya. Namun momen ini menjadi tak biasa ketika haiwan seberat 5.443 kg itu bingung dan merasa dirinya adalah zirafah.

    Tertatih-tatih pada dua kakinya untuk meraih makanan lazat di atas pohon, haiwan ini bertumpu pada kaki belakangnya sebelum menjulurkan belalainya dan meraih daun kesukaannya untuk dimakan. Hal ini jelas meniru perlakuan zirafah.

    Pemandangan pelik ini berhasil diabadikan fotografer Michael Poliza (53) yang tak percaya dengan matanya sendiri haiwan ini mampu melakukan trik menakjubkan itu.

    "Gajah terkenal menggunakan kekuatannya untuk memuaskan keperluan makannya".


    Namun seperti ditulis Dailymail, kejadian ini jarang terjadi, ia bertumpu pada kakinya dan meraih daun di cabang pohon, lanjutnya.

    "Pengelana tunggal ini nampaknya menghabiskan lebih banyak waktu melihat zirafah mencari makan."

    Gajah Afrika merupakan haiwan raksasa yang mampu mengunyah makanan seberat 450kg vegetasi tiap hari. Haiwan ini mampu hidup selama 70 tahun dan menjadi haiwan paling pandai di antara spesies pandai di dunia.

    Kerana internet dan buka 13 blog bapa jumpa anak yang telah hilang selama 3 tahun

    Posted: 21 Apr 2012 11:00 AM PDT

    Pencarian serta kempen skala besar di internet oleh lelaki ini untuk menemukan anak hilang berakhir bahagia. Anak berusia enam tahun yang hilang itu kembali ke ayahnya setelah tiga tahun menghilang.

    Pertemuan berlangsung dengan penuh kegembiraan dan terharu. Si ayah, Peng Gaofeng, bermukim di Shenzhen China. Dia tak dapat membendung air mata ketika bertemu anak lelakinya, Peng Wenle. Wenle ditemukan di Pizhou.

    "Dia anakku. Tak salah lagi. Dia mengenaliku dan tahu bagaimana berbicara dengan dialek kami," ujar Peng.

    Wenle diculik sejak 25 March 2008. Awalnya keluarga Wenle berputus asa sang anak boleh ditemukan lagi. Namun, berkat upaya si ayah menghebohkan pencarian anaknya melalui internet, Wenle dapat berjumpa lagi dengan keluarga. "Ini keajaiban, keajaiban yang tak mungkin menjadi nyata tanpa pertolongan orang ramai," kata Peng.

    Peng mengaku membuka 13 blog internet dan menaruh foto anaknya di tiap tempat dia online, termasuk blog mikro sina.com. Kini, usahanya terbayar. Peng mengatakan, pengguna internet melaporkan mengetahui keberadaan anaknya.

    Bersama polis, Wenle pun ditemukan dalam keadaan selamat di tempat yang telah di beritahu. [mor]

    sumber :http://teknologi.inilah.com

    Relaks betul minah nie...

    Posted: 21 Apr 2012 10:30 AM PDT


    kalau tersadung habis tercucuk ...betul-betul relaks

    Nenek tidur dengan suami atas permintaan isteri

    Posted: 21 Apr 2012 10:15 AM PDT


    Janette membuka sampul surat. Di dalamnya ada tertulisan : "Terima kasih kerana tidur dengan suamiku. Tanpa kamu, aku tidak akan tahu kebenaran." Ini bukan pertama kalinya Janette menerima ucapan selamat untuk tidur dengan suami dari wanita yang tidak pernah bertemu.


    Nenek 45 tahun dan ibu dari empat anak adalah seorang honey trapped (penjebak madu) yang dibayar tinggi oleh pelanggan yang menyewanya untuk menyelidiki dan membuktikkan apakah seorang suami atau teman lelaki mereka curang atau tidak.

    Dalam 12 bulan terakhir dia telah memerangkap lebih dari 60 lelaki dan tidur dengan 15 dari mereka - semua atas permintaan isteri mereka.

    Janette mengatakan: "Itu tugas saya untuk membuktikan kalau suami atau teman lelaki mereka adalah penipu."

    "Jika mereka ingin bukti utama, mereka akan meminta saya untuk mengambil semua jalan dan tidur dengan laki-laki mereka."

    "Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan merasa saya membantu para wanita lain untuk menangkap kecurangan suami mereka. Setelah melihat bukti, isteri-isteri itu selalu mengirimkan surat terima kasih.
    "Tingkat keberhasilan saya sebagai penjebak-madu adalah 100 % berhasil. Aku belum pernah gagal untuk mendapatkan walaupun setakat ciuman.Aku mungkin dibayar untuk tidur dengan seorang lelaki, tapi saya sama sekali bukan pelacur."

    "Ini adalah tanggung jawab saya untuk mengetahui apakah seorang lelaki akan berlaku curang. Jika perlu tidur dengan dia untuk melakukan itu, maka itu hanyalah sebahagian dari pekerjaan saya dan menjadi tugas saya untyk tidak membiarkan orang yang berlaku curang ini terlepas begitu sahaja"

    Janette bekerja untuk agensi penjebak madu dan telah menerima lebih dari £ 50,000 sejak menjadi apa yang dikenal dalam industri ini sebagai relation surveillance operative tahun lalu.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS