Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Serah jodoh pada takdir

Posted: 09 Jun 2013 06:50 AM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

Foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM /Farah Ain Bahaman (Pelatih Unisel)
Solekan EMEL ISMAIL (010-2553996)
Busana RIZALMAN FOR ZALORA COLLECTION

BAGI sesetengah orang usia 33 tahun itu dianggap sebagai satu tempoh masa yang cukup matang. Dalam usia sebegini biasanya kehidupan mereka sudah dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang tak berbelah bahagi bersama pasangan masing-masing.

Lain pula hal dengan wanita yang seorang ini. Dia masih sendiri tidak berteman berbanding rakan-rakan yang lain. Biar masih bersendirian namun itu tidak bermakna dia memendam rasa.

Tidak pernah mengalah pada takdir, tiada yang harus diratapi oleh Fara Fauzana Mohd. Fadzil. Segala-gala sudah dimiliki - populariti, rupa paras yang menarik dan wang ringgit namun sehingga kini jiwanya masih kosong.

Saban hari dia mendengar pelbagai soalan dan desakan. Semua ingin mengetahui kisah peribadi mengenai dirinya. Tidak pernah bosan untuk melayan, dia sedar itu adalah aturan biasa seorang yang mempunyai populariti seperti dirinya.

Bukan sahaja terkenal sebagai deejay radio malah Fara Fauzana yang terkenal dengan panggilan Fafau juga merupakan salah seorang pengacara program televisyen popular.

Justeru tidak hairanlah sekiranya setiap soalan yang diajukan kepadanya dijawab satu persatu membuatkan penulis sendiri cukup senang dengannya.

Mungkin disebabkan oleh kesibukan dalam mengurus kerjayanya saban hari, soal peribadi terutamanya kisah cinta tidak diambil berat kerana sehingga sekarang kita masih belum lagi mendapat berita mengenai kisah percintaannya.

Namun ketika diajukan soalan berkenaan hal ini, Fafau yang juga turut terkenal sebagai pengacara program Nona ini langsung tidak mengelak malah nampaknya dia sendiri ingin menjelaskan sesuatu kepada khalayak berhubung jodoh serta kisah cintanya.

"Saya tahu mesti ramai yang ingin tahu berkenaan perkara ini. Saya memang tiada kisah cinta dan terus terang saya katakan soal jodoh pertemuan saya ini saya serahkan kepada Tuhan.

"Saya percaya pada jodoh dan saya percaya jodoh saya akan sampai juga suatu hari nanti. Saya tidak pernah sedih atau kecewa terhadap jodoh saya yang sampai sekarang masih belum ditemui.

"Saya memang ramai kawan lelaki tetapi saya masih tiada seseorang secara peribadinya yang boleh digelar sebagai teman lelaki atau teman istimewa sehingga kini.

"Sebelum ini saya ada meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman solo pada usia 21 tahun tetapi tidak berjaya, kemudiannya rancang pada usia 30 tahun namun tetap gagal. Jadi sekarang saya hanya berdoa agar jodoh untuk saya akan tiba juga suatu hari nanti," jelas Fafau.

Ada juga tanggapan bahawa disebabkan oleh populariti serta taraf kehidupan Fafau sekarang membuatkan ramai jejaka dan teman Fafau tidak berani untuk untuk mendekati dirinya namun jelas Fafau, perkara ini sebenarnya tidak pernah wujud.

"Sebenarnya saya seorang yang boleh terima sebarang keadaan. Saya boleh menjadi orang biasa, saya juga boleh menjadi seperti Fara Fauzana sekarang.

"Tapi saya bukan jenis orang yang hipokrit dan suka bermuka-muka, pandangan orang terhadap saya macam-macam. Sebenarnya saya seorang yang biasa, tidak perlu takut untuk dekatkan diri dengan saya, saya juga hidup seperti orang lain. tiada yang lebih, tiada yang kurang," jelasnya.

Semakin larisSelain terkenal dalam bidang pengacaraan, Fafau juga turut dikenali dalam dunia lakonan. Antara filem yang pernah melibatkan dirinya adalah SH3 The Movie, Gila Gila Bola, Jin Notti, Kecoh Betul dan Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, pelbagai perkara telah dirasai sehingga dirinya turut dilantik sebagai jurucakap beberapa produk kecantikan dan pakaian.

Terkini, Fafau baru sahaja selesai sesi fotografi di Jakarta, Indonesia setelah dilantik sebagai jurucakap kepada produk Sophie Paris. Jelas Fafau sesi fotografi tersebut sangat unik apabila dia berjaya menyalin 53 helai baju dalam masa dua jam sahaja.

"Saya juga tidak sangka saya berjaya melakukannya. Sebenarnya tenaga kerja di sana cukup mahir dan pantas dalam melakukan kerja, saya cukup bertuah apabila berjaya melakukan kerja bersama pasukan tersebut," jelas Fafau.

Melihat kepada jadual kerjanya yang padat, tertanya juga bagaimana dia berjaya membahagikan masa. Jelas penyampai radio popular ini, sebelum menerima apa-apa tawaran dia terlebih dahulu merancang jadualnya.

"Bukan semua tawaran saya terima, saya mesti merancang sebaik-baik mungkin agar semuanya tidak bertindih. Sebenarnya tugas saya sebagai penyampai radio itu adalah tugas wajib bagi saya.

"Jadi jurucakap dan yang lain-lain itu adalah secara bermusim. Sekiranya ditawarkan itu adalah rezeki kepada saya, sekarang ini pun saya masih menjadi pengacara Nona. Alhamdulillah penonton boleh menerima saya. Itu semua adalah rezeki Allah kepada saya.

"Saya akui banyak bidang seni sudah saya ceburi cuma bidang pengarahan saya tidak minat. Sebenarnya saya suka lakukan apa yang saya suka dan bukan ambil apa sahaja tawaran yang diberi. Bagi saya sekiranya kita ambil benda yang kita tidak suka itu sebenarnya akan merosakkan kita," jelasnya.

Selain itu, Fafau juga turut mempunyai perniagaannya sendiri antaranya penginapan inap desa di Shah Alam, Selangor serta restoran makanan segera Rojak Box di KL Sentral, Kuala Lumpur.

Nyonya & The Gang"Sebenarnya saya cukup minat dalam pementasan teater. Terbaru saya akan menjayakan pementasan teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 14 hingga 20 Jun nanti.

"Ini merupakan teater terbesar pernah saya lakonkan. Saya cukup meminati teater sejak kecil lagi. Dari dulu lagi saya bayangkan diri saya berada di atas pentas teater kerana saya anggap teater ini adalah satu cabang seni yang cukup unik.

"Saya pernah tawarkan diri untuk berlakon dalam teater Puteri Gunung Ledang namun tidak berjaya sehinggalah saya ditawarkan untuk berlakon dalam teater Mak Dara Nyonya dua tahun lalu.

"Bagi saya soal teater itu meletup atau tidak itu nombor dua, saya sebenarnya nak suruh orang kenal teater. Teater adalah satu perkara yang unik kerana berlaku secara langsung. Sebarang kesalahan kita kena tutup secepat mungkin. Tidak seperti filem, kalau kita salah kita boleh ulang lakonan itu sekali lagi," jelasnya.

Selain Fafau, beberapa pelakon lain turut membintangi teater arahan Siti Rohayah Attan itu antaranya Misha Omar, Takiudin Bakar serta penampilan khas, Anuar Zain.

Populariti tidak terjejas - Izzue

Posted: 09 Jun 2013 06:50 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

Bergambar bersama keluarga pihak pengantin perempuan.

MEMBINA masjid adalah perkara yang dituntut. Saya yakin tidak akan menjejaskan populariti sedia ada," kata Izzue Islam berhubung perkahwinannya dengan Awin Nurin.

Malah dia sudah lama bersedia dengan sebarang kemungkinan yang terjadi selepas menjadikan Awin sebagai suri hidupnya.

Mengakui tidak pernah memikirkan topik kemasyhuran yang boleh menjejaskan saham selepas berkahwin, Izzue punya pandangan tersendiri berhubung soal tersebut.

Baginya masyarakat hari ini sudah bijak menilai kualiti seseorang pelakon. Mereka lebih memandang kebolehan berbanding cerita-cerita peribadi.

Lantaran itu dia menafikan seseorang artis itu pasti tenggelam selepas mendirikan rumah tangga.

Saya tahu ada pihak yang kurang senang apabila saya mengumumkan tentang perkahwinan ini. Malah saya tidak kesal dengan jodoh pilihan saya.

Jujurnya saya tidak pernah mengambil hati dengan apa juga tanggapan negatif dilemparkan sejak kami berkahwin hujung minggu lalu. Biarlah orang nak cakap apa pun," katanya ketika ditemui petang Rabu lalu.

Anggota kumpulan Forteen ini turut menyatakan rasa kurang senang terhadap tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia masih terlalu muda untuk berkahwin.

Mengakui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami sejak mengenali Awin kira-kira enam tahun lalu, Izzue juga tidak menyangka bertemu jodoh pada usia 23 tahun. Memikirkan pasti tidak akan bertemu dengan wanita sebaik Awin sekali gus mendorong Izzue segera meminang wanita tersebut.

Awin adalah seorang teman hidup yang sejati. Dia sanggup susah senang bersama, suka, duka, kenyang mahupun lapar. Dia banyak berkorban untuk saya.

Kalau saya lepaskan peluang bersama dia, maknanya saya telah buat kesilapan besar dalam hidup. Mungkin juga saya tidak akan berjumpa dengan orang sebaik dia pada masa depan," katanya.

Izzue dinikahkan oleh bapa Awin, Waharudin Jonit, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi pada 2 Jun lalu di Dewan Shah Alam, Selangor.

Pada majlis tersebut pengantin perempuan menerima 11 emas dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.

Penjaga setia Izzue - Awin

Awin memberitahu bahawa peranannya kini cukup besar dalam kehidupan Izzue. Selain menjaga jadual dan menjadi pengurus peribadi Izzue di lapangan seni, Awin juga tidak boleh melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri ketika berada di rumah.

Mungkin ketika bekerja Izzue kena dengar cakap saya. Tapi kini kami lebih mementingkan soal toleransi sewaktu bekerja. Saya kena hormat perasaan dia.

Kalau dahulu saya cuma menjaga Izzue di luar rumah tapi sekarang semuanya kena buat," kata pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor ini.

Awin turut menafikan wujud perasaan cemburu apabila Izzue sering mendapat perhatian daripada peminat wanita. Malah akuinya, selain sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu sebelum berkahwin, dia juga sudah masak dengan bidang kerja suaminya itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


'Saya umpama bertatih'

Posted: 08 Jun 2013 06:30 PM PDT

Amy Mastura tidak lagi guna khidmat Nana sebagai pengurus

Sejak 20 tahun lalu, ketika mula bergelar anak seni, nama Amy Mastura dengan pengurusnya, Nana Ahmad cukup sinonim. Mereka mempunyai pertalian persaudaraan dan memang diketahui cukup rapat. Tetapi pertemuan dengan Amy pada Selasa lalu di Hulu Langat mengejutkan wakil B*POP.

Ketika itu, beliau sedang menjalani penggambaran telefilem untuk musim raya bagi siaran TV9 berjudul Mana Kuali Opah arahan Shaffi Khan yang diterbitkan Zeel Production. Rupa-rupanya, ibu kepada dua anak yang menginjak usia 42 tahun pada 10 Mei lalu sudah bergerak sendiri untuk menguruskan kerjayanya sejak hampir setahun lalu.

Urus sendiri

Sangkakan, isteri Alvin Tham Sufian ini masih diuruskan Nana biarpun diketahui Nana sudah mula membabitkan diri dengan menguruskan Anuar Zain pada masa sama. Rupa-rupanya tidak. Nana kini menyertai pengurusan Anuar Zain Network Sdn Bhd.

Bukan sesuatu yang pelik pun apabila berlaku peralihan pengurusan. Amy sendiri melihat perkara itu sesuatu yang positif. Cuma jika selama ini, setiap inci kerja diserahkan kepada Nana tetapi kini Amy sudah mula berdikari.Teman baiknya yang juga jurusolek, Hadthim Thai turut membantu Amy serba sedikit.

"Kalau dulu tak tahu jalan, dialah (Nana) jadi `operator penunjuk arah jalan'. Tapi sekarang saya kena cari jalan sendiri. Malah, urusan membabitkan e-mel pun saya sudah belajar menggunakannya. Saya umpama bertatih... belajar sendiri. Alhamdulillah ada rezeki yang mendekati saya.

"Macam tawaran berlakon telefilem, Mana Kuali Opah ini pun orang kuat Zeel Production, Fadzil Teh hubungi Hathim. Memang pada mulanya kekok, apabila belajar berdikari tetapi saya yakin ia satu proses biasa dalam hidup. Saya pun tumpang gembira dengan kerjaya Nana di samping Anuar. Anuar pun kawan saya," kata ibu comel kepada Adriana dan Adalia itu.
Tambah Amy, Nana masih menyerahkan tawaran yang melaluinya. Sesiapa yang ingin berurusan dengan Amy untuk menawarkan tawaran berlakon atau mengacara, boleh menghantar e-mel ke amymastura60@gmail.com.

Sementara itu, pembabitan Amy menerusi telefilem Aidilfitri, Mana Kuali Opah yang turut dibintangi Azza Azlan, Norlia Ghani, Ezany, Wahid Senario dan Kiah Propa menjadi percubaan sulungnya bekerja di bawah terbitan Zeel. Penggambaran diadakan sejak 2 hingga 7 Jun lalu di Hulu Langat.

"Saya terima tawaran berlakon telefilem ini sejak sebulan lalu ketika sedang menjalani latihan teater Nyonya & The Gang. Saya tanyakan kepada produksi teater terlebih dulu sebelum bersedia untuk mencuri masa menjalani penggambaran telefilem ini.

Guna loghat Perak

"Telefilem ini menggunakan loghat Perak. Ia bukan masalah kerana saya dilahirkan di sana. Cuma yang jadi lucunya, apabila di set penggambaran, bahasa saya hampir jadi tunggang langgang kerana bercampur dengan Azza yang gemar bercakap loghat Utara ketika kami berehat," kata Amy yang bakal beraksi di pementasan teater Nyonya & The Gang bermula 14 hingga 20 Jun di Panggung Sari, Istana Budaya.

Amy turut ditanya mengenai hasrat pengarah Osman Ali untuk menghasilkan kesinambungan cerita Toll Gate Girl yang disiarkan di ntv7 sejak lebih sedekad
lalu. Watak Markonah lakonan Amy cukup diingati dalam telefilem berkenaan selain dibintangi Rashid Salleh dan Rita Rudaini.

"Kalau kena pada keadaan, masa, hasrat itu jadi kenyataan dan saya sendiri menerima tawaran, semestinya saya tak mahu melepaskan watak Markonah.

Sayang untuk membiarkan watak itu diberikan kepada orang lain. Saya seperti bertanggung jawab kepada watak Markonah," kata Amy yang sempat mengacarakan rakaman program berbentuk majalah, Maintain untuk siaran TV Singapura sebanyak 8 episod beberapa bulan lalu.

Instagram Amy Mastura: @senturaholding, Twitter (@amymastura10), Fanpage Facebook (Amy Mastura Real).

Tania Hudson tinggalkan lokasi penggambaran

Posted: 08 Jun 2013 06:13 PM PDT

Ada macam-macam perangai daripada pelakon muda yang sampai ke telinga Kak Pora. Kebanyakannya perangai tak elok, tak berdisiplin dan tak senonoh. Harap muka lawa, comel, macho tapi perangai entah apa-apa.

Banyak yang perasan glamor, sedangkan bakat lakonan taklah sehebat mana. Ramai yang berlakon satu dua drama, tapi berlagak macam berlakon watak utama dalam filem box office.

Antaranya ialah Tania Hudson. Memang kalau sebut Tania Hudson, tak ramai yang kenal. Tapi kalau sebut Tania adik kepada Natasha Hudson, Kak Pora rasa ramai yang tahu.

Kak Pora nak kongsi cerita mengenai gelagat adik Natasha ini yang terjadi di selatan tanah air.

Rasa nak gelak pun ada apabila dapat tahu mengenai cerita Tania yang dikhabarkan meninggalkan lokasi penggambaran drama yang dibintanginya. Kak Pora tak mahu cerita lebih punca dia berperangai macam itu, tetapi memang tak sepatutnya dilakukan oleh Tania.

Tekanan kerja berlakon Iyalah, Tania ini tak popular mana pun. Bukan bermakna nak merendahkan kebolehan dan bakat Tania. Cuma sayanglah, dia bukan selalu menjadi pilihan pengarah dan penerbit.

Setakat ini, Kak Pora belum dapat senaraikan mana-mana lakonan Tania yang boleh dibanggakan.
Mengenai kisah Tania di lokasi penggambaran drama di selatan tanah air itu, dia dikatakan tak tahan dengan tekanan kerja berlakon.

Malah babak membabitkan dirinya juga dikatakan mengambil waktu lama.

Mungkin sebab tak tahan, Tania nekad tinggalkan lokasi penggambaran.

Tak tahan tekanan? Kalau sudah tahu susah, lain kali janganlah sibuk nak berlakon atau terima tawaran berlakon yang akhirnya tak mampu dibawa. Kalau ada tawaran berlakon, pastikan watak dan aksi yang nak dibuat tak berat, tak menyusahkan diri, tak perlu berpanas atau berjaga sampai lewat pagi.

KAK PORA: Rasa tergelak dan nak 'muntah' bila ada segelintir pelakon muda bercakap nak watak yang mencabar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS