Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Anzalna Nasir di Majlis Hari Ibu Bersama Siti Nurhaliza

Posted: 13 May 2012 07:49 PM PDT

Antara selebriti yang hadir di Majlis Sambutan Hari Ibu Bersama Dato' Siti Nurhaliza yang diadakan pada jam 3 petang semalam ialah pelakon Anzalna Nasir.

Anzalna dilihat hadir bersama dengan buah hati tercinta yang turut membawa ibunya (kira bakal mak mertua Anzalna la kan?). Katanya sangat enjoy dan happy kerana dapat menonton persembahan Dato' Siti Nurhaliza.

Anzalna Nasir antara selebriti yang begitu meminati penyanyi terkenal ini.

Budiey sempat menemubual Anzalna Nasir dan video temubual akan diupload di Youtube tak lama lagi. Sekarang ni, ada problem dengan internet kat rumah ni. Sangat lembab, so tak dapat nak upload video. Dan yang malangnya beberapa video masa persembahan Siti Nurhaliza ada masalah audio. Arrggh stress giler Budiey. Yang sedihnya, video masa Siti duet dengan Hafiz nyanyi lagu Ombak Rindu pun tak boleh nak upload. Arggghhhh! Tapi korang jangan kecewa sebab Budiey pasti ada ramai lagi peminat Siti yang rakam video tu. Korang carilah kat Youtube, mesti diorang tengah sibuk upload masa ni.

Gambar Anzalna Nasir di Majlis Hari Ibu Bersama Siti Nurhaliza

Anzalna Nasir

Anzalna Nasir

Anzalna Nasir

Anzalna Nasir

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anzalna Nasir di Open House Media Prima
  • Gambar Anzalna Bersama Kekasih di ABPBH2011
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABPBH2011
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Hitam
  • Gambar Siti Nurhaliza di National Folk Museum Korea
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Apakah Cerita Perodua Anda?

    Posted: 13 May 2012 07:44 PM PDT

    Salam 1Malaysia buat semua pembaca,

    Budiey dapat tahu, Perodua sekarang sedang mengadakan kempen terbarunya iaitu Apakah Cerita Perodua Anda?.

    My Story Perodua

    Budiey rasa, kempen ini sangat bagus kepada pengguna Perodua khususnya di mana selain dapat mendekatkan Perodua dengan pengguna, ia juga dapat mencungkil banyak sekali cerita-cerita yang sangat unik dan menarik bersama Perodua atau sekurang-kurangnya segala masalah pengguna di luahkan di saluran yang betul.

    Mungkin ini satu pendekatan berkesan untuk Perodua mendengar masalah atau pengalaman dari pengguna Perodua. Sekaligus dapat memberi cadangan untuk meningkatkan lagi mutu servis di Perodua.

    Bayangkan jika semua pengguna Perodua terlibat menjayakan kempen ini, bermakna sekarang ni lebih 2 juta kereta Perodua di jalanraya, bersamaan dengan 2 juta cerita yang boleh dikongsi. Banyak betul kan?

    Sekurang-kurangnya, kempen ini menjadi platform atau saluran anda meluahkan segala perkara yang terbuku di hati. Yang paling penting, cerita anda itu berkait rapat atau relevan dengan Perodua dan Budiey rasa ia sangat elok untuk Perodua mengambil perhatian tentang masalah-masalah yang anda hadapi untuk meningkatkan lagi mutu untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan.

    Bagaimana cara untuk anda hantarkan cerita anda tu?

    Jadi, jika anda ada cerita menarik tentang kereta Perodua anda tu, apa kata kongsi dan luahkan sejujurnya dengan melayari laman sesawang: www.peroduastory.com.my.

    Perodua

    Budiey memandang kempen ini tak ubah seperti kita mengisi borang kaji selidik, cuma kempen ini memerlukan anda bercerita lebih panjang dan lebih terperinci tentang pengalaman anda itu.

    Perodua

    Tak banyak syarikat yang berani mengambil pendekatan seperti ini. Sebaliknya Perodua begitu berminat untuk mendengar luahan hati pengguna. Sejajarlah dengan falsafah Perodua iaitu 'Anda Keutamaan Kami' yang menganggap penguna Perodua sebagai sebahagian keluarga Perodua. Betul juga tu, jika pelanggan tak didahulukan, pasti Perodua tak berjaya sampai ke tahap sekarang ini, kan?

    Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh menjemput semua peminat Perodua untuk berkongsi cerita Perodua anda.

    Saksikan video di bawah ini:

    Jadi, apa kata, anda yang menjadi pengguna setia Perodua di luar sana mengambil bahagian dengan menceritakan pengalaman anda di laman sesawang www.peroduastory.com.my. Tulis je dengan terus terang kerana semua pengalaman yang anda tulis tu akan dibaca secara terperinci oleh Perodua. Senang kan?

    Di sini, Budiey mengucapkan syabas buat Perodua yang tak henti-henti memberikan yang terbaik kepada pelanggan demi melihat kepuasan kepada pelanggan.

    Maaf la sangat-sangat sebab dua tiga menjak ni agak kesuntukan masa untuk dapat 'update' blog ini. Banyak perkara perlu diselesaikan. Semalam, setengah hari Budiey habiskan masa di pusat servis kereta Perodua Myvi.

    Memang banyak jugak la nak kena tukar itu dan ini. Maklumlah dah 6 tahun Budiey jadi pengguna kereta Myvi yang dikatakan antara edisi keluaran pertama Perodua. Tapi Budiey sampai sekarang berpuas hati kerana keadaan kereta masih 'maintain'.

    My Story Perodua

    Bercakap pasal penjagaan kereta ni, ada 'feedback' dari pembaca yang katanya, nak jaga kereta ni bukannya senang, tapi taklah payah sangat pun. Antara tips yang disyorkan, kita kenalah buat servis secara berkala. Maknanya, kita kena pergi servis kereta jika dah sampai waktu yang ditetapkan. Jangan pula terlalu lewat. Kedua, untuk memastikan penghawa dingin dalam keadaan baik, kita kena 'on' selepas 5 minit kereta berjalan.

    Sepanjang 6 tahun guna Myvi ni, memang banyak kisah dan ceritanya. Kiranya kereta Myvi ni dah banyak buat jasa.

    Rasanya dah satu Malaysia ni dah dijelajah & memang best dapat pusing-pusing merata tempat bersama Myvi (kecuali Sabah & Sarawak la). Yang penting, Myvi ni tak banyak songeh dan tak buat hal langsung. Itulah yang buat Budiey rasa sayang nak bertukar kereta.

    Tapi yang Budiey rasa tak senang bila dah usia makin lanjut ni, Perodua Myvi banyak pula yang nak kena tukar itu ini semasa servis. Boleh dikatakan setiap kali pergi servis, pasti ada komponen yang perlu ditukar. Staff kat pusat servis Perodua pula memang selalu pujuk untuk tukar itu-ini.

    Nak tak nak, kenalah tukar. Tukar punya tukar, setiap kali servis biasanya mahal gak la harga yang kena bayar tu. Dekat RM1,000 lebih pun ada. Tapi memandangkan ini untuk keselamatan dan keselesaan ketika memandu, Budiey tak kisahlah sangat pun, kan.

    Budiey pasti korang yang menjadi pengguna setia Perodua ni ada ceritanya masing-masing. Kisah anda mungkin lebih unik dari cerita Budiey kat atas ni. Jadi, mungkin anda tertanya-tanya jika nak tulis cerita tu, nak tulis kat mana.

    Tunggu apa lagi, jom hantarkan cerita anda di www.peroduastory.com.my sekarang gak!

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Perodua Myvi 1.5 Limited Edition Design
  • Perodua Tweckbot Pastikan Anda Selamat Di Musim Perayaan
  • Majlis Penyerahan Perodua Alza Kepada Skuad ERA & My FM
  • Grand Prize Winner Celcom Broadband Myvi
  • Drama Jangan Main Belakang Bukan Cerita Gay
  • Quotes of the Day: "Saya Bukan Gay"
  • Film High School Musical 2 Soundtrack Contest
  • Gossip: Pelakon Besar Kepala dan Perasan Bagus Kena Buang
  • Konsert Fenomena 30 Tahun Search Bakal Catat Sejarah Industri Muzik
  • Bolehkah Filem Malaysia Menerjah Hollywood?
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    Aaron Aziz Bakal Jadi Duta Produk Makanan, Yourgurt

    Posted: 13 May 2012 10:50 PM PDT

    Bukan main lagi aktor popular diminati ramai ini sekarang. Semenjak memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH 2012), melimpah-ruah rezeki masuk. Untunglah isteri dan anak-anak Aaron Aziz dirumah ya.

    Selepas dilantik menjadi duta M7, sebuah syarikat 'tuned car' yang berasal dari Jepun, kini Aaron Aziz dilantik pula menjadi duta produk makanan, Yourgurt.

    Untuk pengetahuan, Yourgurt adalah produk makanan dibawah syarikat Mama Secret Industry dan kami masih belum mendapat info yang lebih mendalam mengenai syarikat ini. Majlis perlantikan Aaron Aziz sebagai duta Yourgurt bakal diadakan pada 17 Mei 2012 di Tanjung Lounge, PWTC.

    Tahniah kami ucapkan pada Aaron Aziz!

    I’m Pregnant! – Eira Syazira Sahkan Kehamilan Pertama

    Posted: 13 May 2012 10:25 PM PDT

    Pelakon Syazira Suhami atau lebih dikenali sebagai Eira Syazira telah mengesahkan kehamilan pertamanya hasil perkahwinan bersama Azad Jasmin, juga pelakon melalui laman rasmi Facebook beliau, kira-kira 11 jam lepas.

    Menurut Eira, berita ini amat bermakna buat beliau kerana dimaklumkan oleh doktor tepat dengan sambutan hari ibu yang berlangsung semalam. Kegembiraan ini turut dikongsi oleh si suami yang dikatakan melompat kerana teruja dengan berita tersebut.

    Pada masa yang sama, Eira turut mengucapkan tanda syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan anak sejak mengikatkan tali perkahwinan pada bulan September 2011.

    Di laman Twitter pula, Eira sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau mengidam nasi lemak. Aha, apa lagi Azad, cepat lah tunaikan permintaan isteri tersayang!

    Tahniah buat Eira & Azad!

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Pepsi yang Cuma ada di Jepun

    Posted: 13 May 2012 09:15 PM PDT


    Beza negara, beza selera. Dalam satu negara saja tiap daerahnya punya selera yang berbeza. Selera jadi menarik saat sebuah kultur berusaha mengadaptasi selera luar agar lebih boleh diterima oleh lidah tempatan. Usaha ini sepertinya giat dilakukan oleh Jepun, negara yang terkenal punya banyak selera 'unik'. Lihat saja bagaimana mereka mengadaptasi minuman bersoda Pepsi yang datang dari negeri Uncle Sam:
    1. Pepsi Ice Cucumber 
    Yap! Pepsi ini rasa TIMUN…Warnanya hijau agar menyerupai timun. Dalam proses pembuatannya  tidak menggunakan timun sama sekali, hanya menggunakan perasa buatan agar menyerupai rasa segar yang diberikan saat makan timun.

    2. Pepsi Shiso
    Pepsi ini mengadaptasi rasa tanaman Shiso, atau yang lebih dikenal dengan nama 'Perilla'. Tanaman Perilla ini termasukk dalam keluarga tanaman mint dan banyak digunakan dalam masakan di Jepun, Korea, dan China. Hmm…rasanya seperti apa ya?

    3. Pepsi Azuki 
    Orang Jepung suka rasa kacang merah (Azuki) yang manis. Makanya Pepsi ini pun diproduksi dengan rasa kacang merah yang sangat akrab bagi lidah orang Jepun.

    4. Pepsi Baobab
    Pernah dengar pohon Baobab yang raksasa dan boleh hidup hingga ribuan tahun kan? Nah, Kamu (mungkin) boleh merasakan rasa buah pohon Baobab jika minum Pepsi Baobab ini! Katanya  Pepsi ini rasanya hampir seperti rasa jeruk…


    Sperma Lembu Boleh Untuk Perawatan Rambut

    Posted: 13 May 2012 09:00 PM PDT


    Percaya atau tidak, sperma lembu digunakan sebagai bahan perawatan rambut di salah satu salon mewah di Inggris. Perawatan ini mencampurkan sperma lembu jenis Angus dengan akar tanaman yang disebut dengan katera.
    Kedua bahan dasar tersebut mempunyai kandungan protein yang besar dan dapat membantu dalam perawatan batang rambut. Perawatan ini sering disebut dengan 'Viagra Rambut'. Apabila Anda tertarik, siapkan kocek Anda sebesar $100.

    Ada Gel Rambut Terbuat dari Hingus Gorilla

    Posted: 13 May 2012 08:45 PM PDT


    Di Amerika Syarikat,hingus gorilla digunakan untuk membantu gitaris untuk memegang pick-nya. Namun, berbeza halnya di Mexico, disana hingus gorilla digunakan sebagai gel rambut. "Moco de Gorila", diproduksi oleh salah satu perusahaan yang bernama, N.I.S.A.
    Mereka cuba menawarkan gel rambut yang super kuat. Tertarik untuk membelinya? Anda boleh membelinya secara online disini.

    Setianya abang pengawal ni

    Posted: 13 May 2012 08:30 PM PDT





    Adegan Lucu Perjuangan Seorang Anak kecil Mendapatkan Ciuman Pujaan Hatinya [Video]

    Posted: 13 May 2012 08:15 PM PDT


    Kata siapa anak kecil tidak pernah mengalami kisah percintaan yang menyakitkan? Lihat, lelaki kecil dalam video di bawah ini sudah mengalaminya. Tapi hebatnya, walaupun masih kecil tetap gigih memperjuangkan cintanya, meskipun harus ditolak berkali-kali oleh sang pujaan hati.
    Dalam video terlihat anak kecil laki-laki tersebut berkali-kali cuba mendapatkan ciuman dari seorang gadis yang ia sukai, tapi sayang, usahanya yang gigih belum mendapatkan hasil yang sebanding.

    Tertawakan Tragedi Sukhoi Pramugari Rusia Dipecat

    Posted: 13 May 2012 08:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM--Akibat ulahnya, Ekaterina Solovyova, pramugari cantik asal Rusia dipecat dari tempat kerjanya. Ekaterina yang bekerja di syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot ini, diberhentikan lantaran menghina kecelakaan pesawat Sukhoi Superjet 100 yang jatuh di Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat.
    "Hah? Kecelakaan pesawat? Hahaha! Pesawat itu memang menyebalkan, kenapa tak terjadi di Aeroflot saja sih, kan lebih baik begitu," tulis dalam akaun twitternya seperti dilansir En Rian.
    Apa yang ditulisnya, mendapat tanggapan serius dari banyak pengguna Twitter. Terlebih, tragedi ini menjadi sorotan dunia. Mereka yang menanggapi protes, mengecam atas apa yang ditulis Ekaterina dalam akaun twitternya.
    Ia kemudian buru-buru menghapus kicauannya itu. Namun, tak menolongnya untuk kembali bekerja di syarikat penerbangan Aeroflot.
    Pesawat Sukhoi Superjet 100 yang melakukan demo flight pada Rabu (9/5/2012) lalu, hilang kontak pada pukul 14.33.
    Pesawat ini sempat meminta turun pada ketinggian 6.000 kaki kepada Aero Traffic Center Bandara Soetta, Jakarta. Pada Khamis (10/5), puing-puing pesawat ditemukan bertaburan di sebuah tebing di Gunung Salak, Bogor.

    Lelaki maut terjun pokok kelapa

    Posted: 13 May 2012 07:45 PM PDT

    KUALA SELANGOR - Jika kawasan Ijok kecoh dengan demonstrasi penduduk yang tidak mahu kuil dan pondok komuniti dirobohkan pemaju, lain pula ceritanya di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram di sini apabila ketenangan penduduk diganggu pekikan seorang lelaki yang mengugut mahu terjun dari pokok kelapa, semalam.

    Lelaki terbabit terjun dari pokok kelapa dengan ketinggian enam meter jam 10.45 pagi semalam.

    Ketua Kampungnya, Hashim Mansor, 63, berkata, selepas penduduk kampung, imam masjid dan anggota polis gagal memujuk, lelaki berasal dari Sabah itu nekad terjun selepas dipercayai berada di atas pokok lebih lima jam.

    Ketika kejadian, Hashim sekeluarga dikejutkan dengan jeritan meminta tolong jam 7 pagi semalam sebelum keluar melihat lelaki tidak dikenali berada di atas pokok kelapa di belakang rumahnya.

    "Jeritan lelaki itu menimbulkan tanda tanya penduduk dan kawasan belakang rumah saya menjadi kecoh selepas dipenuhi orang ramai. Ramai datang melihat kerana tidak percaya apa berlaku.

    "Saya tidak faham tindakan lelaki itu yang meminta pelbagai perkara tidak munasabah termasuk mahu anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Aman datang," katanya.

    Beliau berkata, anggota polis cuba memujuk lelaki itu supaya turun sendiri dan berbincang mengenai masalahnya, namun sia-sia.



    sumber : sinar harian

    Ratu Fiji dilucut gelaran

    Posted: 13 May 2012 07:30 PM PDT


    WELLINGTON: Ratu cantik Fiji, Torika Watters yang menjadi sasaran kritikan bersifat perkauman kerana rupa parasnya dilucut gelarannya semalam.
    Dia kini digantikan dengan peserta lain untuk mewakili Fiji dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia.

    Penganjur berkata, pertukaran itu dilakukan kerana usia Torika yang baru 16 tahun, bukan kerana rungutan dia yang mempunyai darah kacukan Eropah dan Fiji tidak kelihatan seperti orang Fiji.


    Torika dipilih bulan lalu, mengalahkan peserta penduduk asli Fiji oleh panel hakim termasuk supermodel New Zealand, Rachel Hunter, bekas isteri Rod Steward dan beberapa hakim bukan warga Fiji.

    Keputusan itu menyebabkan laman Facebook Miss World itu dihujani kritikan yang menyuarakan wakil Fiji mesti mempunyai 'buiniga,' perkataan tempatan untuk rambut kerinting orang Fiji.


    Beratus-ratus kritikan terpaksa dipadamkan dan jurucakap pertandingan berkata di Facebook, tiada "kritikan membina cuma kritikan negatif daripada penduduk Fiji mengenai pemilihan Torika." Penganjur Andhy Blake berkata Torika tidak memenuhi kriteria Pertandingan Ratu Cantik dunia kerana peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 17 tahun.



    Dia digantikan oleh Koini Vakalolomam 24, pemenang tempat kedua. - AFP


    sumber : myMetro

    Mati hidup semula

    Posted: 13 May 2012 07:15 PM PDT


    KAHERAH: Keadaan sedih di upacara pengebumian bertukar gembira apabila 'mayat' yang hendak dikebumikan tiba-tiba bangun.
    Hamdi Hafez al-Nubi, 28, pelayan restoran dari Naga al-Simmanm, diisytiharkan mati selepas mengalami serangan jantung di tempat kerja. 
    Ketika persediaan untuk mengebumikannya dilakukan, doktor yang dihantar untuk menandatangani surat kematiannya mendapati tubuhnya masih hangat.

    Keluarga Hamdi yakin dia sudah mati, malah sudah pun memandikan 'mayatnya' dan bersedia untuk dikebumikan.


    Apabila mendapati tubuh Hamdi masih hangat, doktor membuat pemeriksaan dan mendapati dia masih bernafas. 
    Keluarga Hamdi tidak membatalkan upacara pengebumian tetapi sebaliknya mengadakan kenduri meraikan 'kebangkitannya' semula. - AP"


    sumber : myMetro

    Seorang mati, 2 koma selepas langgan pelacur

    Posted: 13 May 2012 07:00 PM PDT


    BANGKOK: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dan dua lagi tidak sedarkan diri, di sebuah bilik hotel di Pattaya, semalam.
    Mangsa yang mati dikenali sebagai Business Chan, 57 manakala dua lagi Sanjib Saha, 54 dan Rashid Harunur, 58 yang koma, dibawa ke Hospital Memorial Pattaya. 
    Saksi berkata, mereka nampak ketiga-tiga lelaki itu membawa pelacur ke bilik mereka di Hotel Bella Express.

    Polis percaya, pelacur itu memberi dadah kepada lelaki terbabit dan kemudian mencuri barang milik mereka memandangkan tiada tanda pergelutan.



    Dadah dijumpai dan kesan barang kepunyaan tiga warga Bangladesh itu didapati diselongkar dan beberapa barang berharga hilang. - Bangkok Post



    sumber : myMetro

    Ibu hamil sorok dalam longkang

    Posted: 13 May 2012 06:45 PM PDT


    KUCHING: Seorang wanita yang sarat hamil anak sulung mendakwa terpaksa bersembunyi dalam longkang berhampiran tempat tinggalnya di asrama pekerja tapak pembinaan selama sejam bagi mengelak menjadi mangsa amukan suaminya dipercayai kaki botol di tapak pembinaan di Muara Tabuan di sini, kelmarin.
    Suri rumah berusia 30 tahun itu mendakwa terpaksa berbuat demikian selepas suami dikahwini setahun lalu tiba-tiba naik angin dan memukulnya menggunakan botol air hanya kerana gagal menyiapkan hidangan makan malam. 
    Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali, selain perutnya turut dipukul hingga dia terjatuh.

    Menurut mangsa, sebelum kejadian, suaminya yang berusia 39 tahun, buruh di sebuah tapak pembinaan di Muara Tabuan dikatakan pulang dalam keadaan mabuk sebelum mengamuk apabila mendapati hidangan makan malam belum disediakan.



    sumber : myMetro

    Patah tangan elak ‘3 budak’

    Posted: 13 May 2012 06:30 PM PDT


    ARAU: "Anak saya mendakwa cuba mengelak tiga kanak-kanak kecil yang mahu melintas jalan di depan Istana Arau sebelum kereta dipandunya terbabas lalu merempuh pagar balai polis yang bertentangan istana."
    Begitu kata Kamarudin Hasyim, 56, apabila anak lelakinya, Kamarul Ashraf, 18, yang juga pemain bola sepak Piala Presiden Angkatan Tentera Malaysia (ATM), patah tangan kiri akibat kejadian yang berlaku jam 12 tengah malam kelmarin.

    Kejadian berkenaan menyebabkan Proton Iswara dipandu Kamarul Ashraf remuk teruk kerana merempuh pagar konkrit Balai Polis Arau.


    Kamarudin berkata, Kamarul yang memandu berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kodiang, Kedah, selepas pergi ke gelanggang futsal di Kangar, di sini.

    Menurutnya, dia dimaklumkan anaknya cuba mengelak kanak-kanak melintas jalan di kawasan itu sebelum kenderaannya hilang kawalan lalu merempuh pagar balai polis berkenaan.


    "Lebih mengelirukan, sejurus selepas kemalangan, kanak-kanak itu tidak kelihatan, malah orang ramai yang melihat kejadian berkenaan juga mendakwa tidak melihat kanak-kanak yang dimaksudkan.



    "Saksi kejadian memberitahu mereka melihat kereta dipandu anak saya meluncur laju sebelum melanggar tembok dan tiang lampu di hadapan balai polis itu lalu terbalik dan tersadai di situ," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

    Menurutnya, anak keempat daripada enam beradik berkenaan baru sahaja mendapat lesen memandu dan sering menggunakan keretanya untuk ke Kangar atau kawasan berdekatan.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, ekoran kejadian, pagar besi dan tiang lampu balai berkenaan mengalami kerosakan, manakala kereta terbabit remuk di bahagian depan.

    "Mangsa patah tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi rawatan lanjut, malah polis sudah mengambil sampel air kencing pemandu," katanya.



    sumber : myMetro

    Wanita kena jual

    Posted: 13 May 2012 06:15 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Tertipu dengan ajakan teman baru untuk berkenalan dengan sepasang suami isteri dari negara asal, seorang wanita warga India bukan saja dirogol, malah turut dijual kepada pasangan berkenaan untuk dijadikan hamba seks.
    Difahamkan, teman baru mangsa adalah seorang lelaki rakyat tempatan berusia 30-an yang dikenali sejak Februari lalu.
    Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 24 tahun dan berasal dari India dibawa lelaki terbabit berjumpa sepasang suami isteri yang berasal dari negara sama di Puchong pada Februari lalu kerana tidak mengenali sesiapa di Malaysia sebelum dibawa ke hotel di ibu kota untuk mandi.

    Menurutnya, ketika berada di hotel, mangsa dipercayai diberikan sejenis minuman dipercayai dicampur dengan dadah yang menyebabkannya khayal sebelum dirogol lelaki itu.



    "Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut merakam gambar bogel mangsa ketika dalam keadaan khayal. Mangsa kemudian dijual kepada pasangan suami isteri berkenaan kononnya untuk bekerja di salun rambut milik mereka.


    "Bagaimanapun, pasangan itu tidak memberikan pekerjaan di salun rambut, sebaliknya diminta menjadi hamba seks di rumah pasangan itu," katanya.



    sumber : myMetro

    Gadai harta RM3j bayar ceti haram

    Posted: 13 May 2012 06:00 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Seorang usahawan hartanah kini pasrah apabila hilang projek bernilai RM11 juta sehingga terpaksa pula menggadaikan harta bernilai lebih RM3 juta gara-gara membuat pinjaman dengan along dan kini masih dikejar 58 along setiap hari bagi menuntut baki pinjaman berserta faedah sebanyak RM3 juta.
    Itu pengajaran paling besar yang diterima usahawan berkenaan selepas memperjudikan nasib keluarga dengan meminjam sejumlah besar wang daripada ceti haram.
    Lebih malang, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ghani, 47, itu turut berdepan kerenah melampau kumpulan terbabit yang meminta bayaran harian RM80,000 dengan nilai faedah mencecah 40 peratus sehari.

    "Saya mula terjebak dengan along tiga tahun lalu apabila syarikat gagal memperoleh pinjaman bank untuk melaksanakan beberapa projek.



    "Jumlah pinjaman ketika itu RM50,000 dan saya tidak pernah gagal melunaskan bayaran bulanan seperti di tetapkan along," katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.



    sumber : myMetro

    Hadiah penumbuk sempena hari ibu

    Posted: 13 May 2012 05:45 PM PDT


    CHUKAI: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna buat seorang wanita apabila dia dihadiahkan satu tumbukan di muka oleh anak lelakinya dalam kejadian malam kelmarin.
    'Hadiah' daripada anak berusia 20 tahun itu menyebabkan ibu berusia 49 tahun terbabit terpaksa menanggung kesakitan apabila lebam di bahagian kanan mukanya, selain bengkak pada bahagian kiri lengan selepas dibaling dengan topi keledar. 
    Kejadian menimpa ibu malang itu berlaku apabila anak lelakinya meminta wang RM40 ketika berada di rumahnya di Kampung Titian Berayun, di sini, jam 10.30 malam.

    Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya sebelum anaknya itu pulang dan meminta wang berkenaan.



    Bagi mengelakkan anaknya melakukan perkara tidak diingini, mangsa tidak berfikir panjang apabila memberikan anak lelakinya wang yang diminta.



    sumber : myMetro

    Gambar mayat yang telah dibakar hidup-hidup

    Posted: 13 May 2012 05:30 PM PDT


    Mayat ini dibakar ketika hidup...

    Awek ni berumur 70 tahun

    Posted: 13 May 2012 05:15 PM PDT



    Raquel Welch is an American actress. And she is 70 years old!
    Well she is hotter than many of today's young girls in beauty contests. I guess every man would love his wife to look like this at her 70's.
    Big respect to Raquel :)

    Hebat...awek dihentak dengan botol

    Posted: 13 May 2012 05:00 PM PDT

    Cara meletakkan kereta jika tiada petak untuk meletakkan kereta

    Posted: 13 May 2012 04:45 PM PDT

    Beginilah aksi seorang wanita yang menggunakan kebijakkannya.
    Cara dia meletakkan kenderaannya begitu unik...
    dia boleh dan bila -bila masa untuk meletakkan kenderaannya..
    walaupun tiada tempat untuk meletakkan kenderaan...









    Pasangan yang dipaksa kahwin rupanya lesbian

    Posted: 13 May 2012 04:30 PM PDT

    MEDAN:    Penduduk kampung Labuhan Batu, Rantau Prapat, terkejut apabila mendapati pasangan yang mereka paksa bernikah selepas ditangkap sebenarnya wanita, lapor media .

    Dianggap memalukan kampung, orang ramai kemudian memaksa kedua-dua mereka bernikah.


    Bagaimanapun, Khamis lalu mereka dikejutkan dengan berita bahawa sebenarnya Hendra – yang disangka lelaki – adalah wanita bernama Indah.

    Menurut Jakarta Globe, apabila didesak, akhirnya Hendra mengesahkan dia bukan lelaki.

    Pasangan itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    Menurut Metro TV, kedua-dua wanita itu mengaku tidak mahu berkahwin tetapi terpaksa berbuat begitu kerana bimbang dengan kemarahan penduduk kampung.

    Pasangan itu berkenalan agak lama dan mereka sering berada di rumah Trisnawaty sehingga lewat malam sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang kampung.

    Mengesyaki mereka bersekedudukan, orang ramai menyerbu rumah itu dan memaksa mereka berkahwin.

    Trisnawaty berkata, dia tidak berniat menipu orang kampung tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut.

    "Saya tahu dia wanita tapi apa yang boleh kami lakukan ketika itu?" katanya.   ~~Agensi

    Wanita Pilih Main Game Daripada Berhubungan seks

    Posted: 13 May 2012 04:15 PM PDT


    BERMAIN game sudah sejak lama dikaitkan sebagai hobi lelaki. Umumnya, game dilakukan remaja lelaki yang terobsesi permainan komputer, juga suami yang tergolong antisosial. Namun sebuah penemuan menarik dilaporkan minggu ini, ternyata wanita juga menggemari game online sama seperti lelaki.

    Bahkan, responden yang telah menikah mengaku lebih punya banyak waktu 'berteman' dengan layar komputer saat bermain game ketimbang bermain dengan suami. Demikian seperti dilapor Dailymail.

    Kajian yang dibuat Doritos, snack asal Amerika ini menemukan, sementara 50 peratus lelaki mengaku ketagihan game online, 49 peratus wanita juga mengalaminya. Lelaki menghabiskan 22,3 peratus waktu mereka bermain game online, wanita justru lebih lama yakni 23,2 peratus dari seluruh waktunya.

    Penelitian ini juga menemukan bahawa responden wanita menghabiskan waktu lebih banyak bermain game daripada bercinta. Parahnya, 1 dari 5 wanita mengaku bermain game online di ranjang, sementara sang suami tidak bolehberbuat apa-apa soal ini.

    Alasan yang mendasari lelaki bermain game online adalah prinsip pertandingan sedangkan 2 di antara 3 wanita mengaku memaikannya untuk menghilangkan stress. Dan soal pilihan game, wanita lebih menyukai game yang berelemen sosial atau menggunakan otak sedangkan lelaki memilih game berunsur kekerasan atau gambling.

    Adakah kegemaran lelaki dan wanita terhadap game online menjadi perosak hubungan? Para ahli mengatakan, Ya. Kedekatan kita terhadap teknologi menjauhkan kita dari teman-teman bahkan pasangan, yang akan berhujung pada masalah. Belum lama ini sahaja terungkap bahawa 15 peratus perceraian terjadi lantaran salah satu pihak ketagihan game.

    Sekarang ini, ramai orang yang tetap menggunakan handset saat makan malam atau menghabiskan banyak waktu di depan komputer atau televisyen. Mereka lebih terhubung dengan teman di Facebook berbanding dengan pasangannya. Teknologi telah mengganggu hubungan perkahwinan di mana kita menjadi saling menjauh. Teknologi telah menjadi semacam gangguan keintiman," jelas para peneliti dari Doritos

    Selamatkan anjing terlupa nak selamatkan cucu

    Posted: 13 May 2012 04:00 PM PDT

    Seorang nenek Mandy Hands 45 tahun dapat menyelamatkan anjing kesayangannya tetapi terlupa untuk menyelamatkan cucunya yang sedang tidur dalm kejadian kebakaran.
    Nasib cucunya Curtis 11 tahun dapat diselamatkan oleh pihak bomba.

    Neneknya baru mengetahui cucunya masih tidur ketika sudah berada di luar rumah.

    Aksi polis menumpaskan penculik

    Posted: 13 May 2012 11:00 AM PDT

    inilah aksi polis menumpaskan penculik ynag cuba
    menculik seorang anak kecil.....








    Wajah seperti pakai topeng

    Posted: 13 May 2012 10:30 AM PDT



    Wajah bayi yang berusia 14 bulan ini dilihat seperti memakai topeng. Keadaannya seperti bayi ini mempunyai 2 muka, dan muka ini tertampal pada muka yang asal.Cuba teliti gambarnya.


    Menurut ibu kepada bayi istimewa ini,Yi Xilian tiada apa yang aneh ketika mengandungkan Kangkang dan kandungannya juga normal ketika itu.


    Selepas Yi Xilian melahirkan Kangkang, doktor tidak membenarkan untuk  melihat Kangkang. Namun, Yi Xilian merayu kepada suami untuk melihat wajah anaknya.Dia terkejut dan menangis ketika melihat keadaan bayinya.


    Doktor beranggapan mungkin berlakunya jangkitan ketika perkembangan embrio ketika mengandung atau kesan ubat-ubatan yang diambil ketika Yi Xilian mengandung.Namun, tiada sebab yang jelas yang dapat dibuat oleh doktor.


    Kos untuk melakukan pembedahan kepada Kangkang dianggarkan 80 – 100 ribu US Dollar. Pembedahan ini dilakukan untuk menyamakan 2 bahagian wajah Kangkang dan tulang muka dan doktor tidak berani memberikan jaminan tentang hasil pembedahan .(LINK)







    Kaya gila lantainya dibuat daripada wang

    Posted: 13 May 2012 10:15 AM PDT

    Agaknya wangnya dah banyak sangat sampai tak tahu nak buat apa...
    akhirnya wang itu dibuat lantai....




    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS