Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


“Saya Rasa Bangga” – Siti Saleha

Posted: 15 Aug 2012 09:14 PM PDT

Baru-baru ini Siti Saleha telah dipilih sebagai duta baru barangan Palmolive. Dengan perlantikan ini, sebuah majlis iftar Ramadhan telah diadakan pada 13 Ogos yang lalu, bertempat di Giant Kota Damansara.

Menurut Mr Chris Pikounis, Pengurus Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Siti Saleha dipilih sebagai duta baru Palmolive kerana, beliau memiliki ciri-ciri yang diingini dan memiliki auranya yang tersendiri.

"Siti Saleha merupakan pilihan yang tepat kerana dia memiliki kecantikan yang semulajadi, aura yang mempesonakan dan mampu mengangkat jenam Palmolive dengan tarikannya yang tersendiri. Selain memiliki kecantikan dan bakat semula jadi, Saleha juga bijak berkomunikasi dan mampu menarik perhatian para pengguna serta peminat-peminatnya." ujar Mr Chris Pilounis sewaktu majlis iftar berlangsung.

Disamping itu, Saleha turut melahirkan rasa berbesar hati dan teruja kerana terpilih sebagai duta baru jenama Palmolive.

"Saya merasa sungguh berbesar hati dan bangga kerana terpilih sebagai duta baru jenama Palmolive. Apa yang saya suka tentang produk Palmolive ini adalah ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan baunya sungguh harum. Ia juga mampu membuat wanita seperti saya rasa segar dan tenang selepas menggunakan produk Palmolive ini."

Sewaktu majlis Iftar, Siti Saleha sempat meluangkan masa bersama tetamu jemputannya yang memenangi pertandingan SMS Palmolive-Giant dan para remaja dari Persatuan Kebajikan Generasi Gemilang.

Video : Raihanna Menangis Cerita Tentang Bekas Kekasih, Chris Brown

Posted: 15 Aug 2012 09:12 PM PDT

Penyanyi pop popular Rihanna yang terkenal dengan lagu "Unfaithful" baru-baru ini dijemput untuk menghadiri rancangan bual bicara Oprah's Next Chapter.

Menerusi temubual di rancangan tersebut, Rihanna telah berkongsi sedikit tentang kisahnya sewaktu bersama bekas kekasih, Chris Brown dan secara tidak sengaja dia telah menitiskan air mata.

"Saya kehilangan kawan baik. Saya berasa sangat geram dan pernah menyimpan dendam terhadapnya," kata Rihanna seperti dipetik daripada klip promo rancangan Oprah's Next Chapter yang dikendalikan oleh pengacara terkenal Oprah Winfrey.

Rihanna turut memaklumkan bahawa dia turut mengalami konflik perasaan setelah diserang oleh Brown dan menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian muka pada tahun 2009.

Mari kita lihat sedikit sedutan rancangan Oprah's Next Chapter yang akan ditayangkan pada 19 Ogos nanti dan untuk video lain anda boleh layari music.yahoo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lirik Lagu DIA LYDIA Single Ke-2 KLANGIT

Posted: 15 Aug 2012 09:29 AM PDT

DIA LYDIA single ke-2 KLANGIT

Dia Lydia! Lydia! Lydia! Lydia!

Cinta yang suci juga lahir apabila dia berusaha untuk mencintai Lydia dan bukan mengharapkan kesempurnaan dari Lydia yang memang wujud secara azali. Kesempurnaan boleh diusahakan dan dikecapi melalui hati dan cinta yang suci…

Kumpulan KLANGIT, merupakan artis naungan syarikat rakaman SONY MUSIC MALAYSIA kini tampil dengan single ke-2 mereka bertajuk DIA LYDIA!

Dia Lydia adalah lagu yang membicarakan tentang bagaimana seharusnya lelaki memperlakukan gadis –gadis bukan hanya semata-mata gadis yang bernama Lydia.

Malah, lagu DIA LYDIA ini mewakili seluruh gadis yang di miliki dunia. Dia Lydia adalah menceritakan tentang seorang lelaki mencintai seorang gadis, lelaki yang tidak pernah berjanji,

Juga lelaki yang tidak pernah meninggikan dirinya untuk sanggup bersama-sama gadisnya sampai mati. Mungkin gadis yang dimaksudkan hanya khayalan ataupun kenyataan berdasarkan kisah silam atau gadis yang bakal di dampingi..atau juga seorang gadis yang tidak mampu dimiliki.

Kejayaan SESAL MENDUA yang merupakan single pertama mereka bersama Sony Music Malaysia membuktikan bahawa mereka masih mampu pergi jauh dengan aura yang tersendiri. Banyak juga pihak yang menganggap kumpulan KLANGIT ini merupakan artis dari seberang. Malah, ada juga peminat dari Malaysia bertanya bilakah KLANGIT ingin datang ke Malaysia dan sebagainya. Segala tanggapan mahupun spekulasi yang di terbangkan kepada mereka, langsung tidak mematahkan
semangat 3 anak muda Malaysia ini untuk bergerak terbang lebih jauh.

Lirik Lagu DIA LYDIA Single Ke-2 KLANGIT

Ternyata, kumpulan yang terdiri daripada anak Malaysia ini bersyukur kerana lagu pertama mereka yang menggunakan komposer bernama Panji telah melonjakkan nama mereka setelah 4 tahun menapak dalam industri.

Menurut Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Encik Adrian Lim,

"Pada mulanya pihak syarikat rakaman menerima lamaran kumpulan KLANGIT dengan persetujuan untuk sebuah single sahaja. Tetapi, dengan kejayaan lagu pertama mereka "Sesal Mendua" bersama pihak Sony Music Malaysia, dimana kejayaan ini juga sebenarnya di luar jangkaan kami. Apa yang membanggakan, muat turun nada dering Sesal Mendua juga sehingga kini sudah mencecah lebih 100,000 unit. Jadi, pihak kami membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah lagu lagi untuk Klangit yang diberi tajuk DIA LYDIA."

Tambah Encik Adrian Lim lagi,

"Untuk single kedua ini, Klangit masih lagi menerima sentuhan komposer yang sama iaitu Panji. Malah, konsep yang cuba dibawakan dalam single terbaru mereka juga masih lagi dikekalkan sama seperti Sesal Mendua…Cuma bezanya DIA LYDIA lebih rancak berbanding Sesal Mendua. Konsep tetap sama, tetapi muzik mereka intergritikan dengan sentuhan Zimi selaku produser untuk lagu DIA LYDIA. Kumpulan KLANGIT ini memang boleh pergi jauh…dan kita bakal meghasilkan album pertama untuk mereka, jika tidak ada halangan mungkin selepas Hari Raya."

"Album itu juga bakal menampilkan lagu lagu seperti Sesal Mendua dan Dia Lydia serta beberapa lagi lagu yang menarik dan senang didengar oleh pendengar-pendengar radio tempatan."

KLANGIT kini juga masih lagi sedang dalam rangka pembikinan album pertama mereka yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Kepada peminat KLANGIT! Pasti anda semua ternanti-nanti lagu baru dari artis kesayangan anda ini, terimalah Dia Lydia!

Nantikan kemunculan muzik video DIA LYDIA yang bakal di lancarkan dalam bulan September/Oktober nanti!

TAJUK LAGU : DIA LYDIA

ARTIST : KLANGIT

LIRIK LAGU

Dia yang meliputi hati ku
Runtuhkan dinding sepi ku
Membuat ku lemas saat ku rindu

Dia adalah bunga tidur ku
Hiasan ruang jiwa ku
Membuat ku terganggu tapi ku tunggu

Dia Lydia! Lydia! Lydia! Lydia!

Tak mahu berandai dia jadi milik ku
Tak pernah berjanji akulah lelakinya sampai mati
Tengah ku buktikan hanya aku yang mampu
Sungguh-sungguh mencintainya

Dia bukan sekadar khayalan
Dia di hujung impian
Dan akan segera aku nyatakan…

Dia Lydia! Lydia! Lydia! Lydia!

Tak mahu berandai dia jadi milik ku
Tak pernah berjanji akulah lelakinya sampai mati
Tengah ku buktikan hanya aku yang mampu
Sungguh-sungguh mencintainya..

Tak mahu berandai dia jadi milik ku.
Tak pernah berjanji akulah lelakinya sampai mati
Tengah ku buktikan hanya aku yang mampu
Sungguh-sungguh mencintainya

Dia Lydia! Lydia! Lydia! Lydia!

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Iklan Raya Astro 2012 Kisah Raya Erra Fazira

Posted: 15 Aug 2012 08:56 AM PDT

Semasa menghadiri Majlis Pelancaran Program Raya dari Astro pada 1 Ogos lalu, Budiey dan media lain telah dipertontonkan tiga buah video klip kisah sebenar raya tiga orang selebriti iaitu Aznil Nawawi, Erra Fazira dan Aaron Aziz. Ketiga-tiganya merupakan artis eksklusif Astro.

Namun dari respon yang Budiey terima, iklan ini masih belum dapat menandingi impak mesej yang menyayat hati yang ditonjolkan dari iklan raya Bernas.

Eratkan Jalinan Iklan Raya Astro 2012 – Kisah Raya Erra Fazira – #AstroRaya

Kisah Raya Erra Fazira yang mengisahkan kehilangan bapanya sejak dari kecil lagi. Dan terpaksa meneruskan kehidupnya tanpa seorang bapa."

Apakah kisah raya anda?

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Permohonan Kad Kredit Nenek Berusia 99 Tahun Ditolak Dengan Alasan Terlalu Muda

Posted: 15 Aug 2012 09:15 PM PDT


Nenek Otto hanya boleh menangis setelah permohonan kad kredit-nya ditolak oleh bank setempat. Ia kecewa setelah diberi tahu bahawa usianya yang hampir mencapai satu abad menjadi halangan. Tapi benarkah bank menolak aplikasinya kerana ia terlalu tua?
Ketika mengetahui bahawa permohonan kad kreditnya ditolak, Nenek Madeleine Otto dari Tequesta, Florida, hanya boleh menangis sedih. Ia tak mengira jika usianya menjadi faktor menentukan dalam permohonan kad kredit.
Petugas  memang mengatakan bahawa permohonannya ditolak kerana ia sudah terlalu tua. Walaupun begitu, bahkan petugas  itupun tak percaya bahawa hal seperti ini dapat terjadi. "Ia datang kepada saya, memeluk saya, dan mengatakan maaf," cerita Nenek Otto.
"Saya merasa malu, saya merasa sedih," ujarnya. "Umur saya 100 tahun, (tapi) saya (masih) memandu, melakukan segalanya seorang diri, belanja sendiri. Saya tidak seperti orang berusia 100 tahun yang biasanya."
Lalu, mari kita lihat, bagaimana sebenarnya pandangan hukum atas kes seperti ini. Apakah usia dapat menjadi halangan seseorang untuk mengajukan permohonan kredit?
Menurut Credit.com, berdasarkan Equal Credit Opportunity Act, usia tua seharusnya tidak menjadi halangan. Pihak kreditur dilarang untuk mendiskriminasikan pemohonan atas alasan usia yang sudah terlalu tua. Bagaimanapun, pihak kreditur diperbolehkan menolak jika pemohon masih di bawah umur. Dalam kes ini, kerana kesnya terjadi di wilayah Amerika, usia yang dimaksud adalah 17 tahun kebawah.
Jadi, apakah Bank tempat nenek Otto mengajukan permohonan itu telah melanggar ketentuan tersebut? Ya? Ternyata tidak.
Yang sebenarnya terjadi adalah adanya kesilapan pihak Bank dalam menginput data tahun kelahiran Nenek Otto. Angka yang seharusnya ditulis adalah 1912, tapi petugas hanya memasukan angka 12, yang kemudian diterjemahkan oleh komputer menjadi tahun 2012. Artinya, bagi komputer, Nenek Otto, yang Oktober ini usianya menjadi genap 100 tahun, bahkan belum lahir di dunia ketika permohonan kreditnya diajukan. Alhasil, permohonannya ditolak.
Setelah masalahnya menjadi jelas, Bank yang bersangkutan kemudian meminta maaf. "(Mereka) mengatakan usia saya terlalu muda," kata Nenek Otto. "Mereka juga mengirimkan hadiah berupa sertifikat bernilai $50."
Ada ada aja ya....

Wanita dengan payudara palsu

Posted: 15 Aug 2012 09:00 PM PDT


Segala yang palsu memang tidak boleh menyamai aslinya, termasuk payudara implan yang pasti punya untung ruginya sendiri dibanding payudara asli. Untungnya boleh memperbaiki bentuk, sedangkan ruginya antara lain ada risiko kebocoran. Berikut ini beberapa contoh perempuan dengan payudara palsu.

Orang-orang yang Tubuhnya Sesempurna Boneka Barbie

Posted: 15 Aug 2012 08:45 PM PDT


Ramai orang memiliki tubuh ideal, tetapi ada beberapa orang yang dianggap paling ideal dan dibanding-bandingkan dengan boneka cantik Barbie. Tubuh orang-orang ini dianggap sempurna dan layak dijadikan ikutan baik oleh remaja hingga wanita dewasa. (Foto: Pool)

Remaja tikam bekas kekasih dan update status di Facebook

Posted: 15 Aug 2012 08:30 PM PDT

Seorang remaja menikam bekas kekasihnya hingga tewas dengan pisau dapur. Dengan selamba menuliskan aksi kejamnya itu di ruang statusnya di Facebook.

DIberitakan Daily Mail, Selasa (14/8/2012), Thomas Dalton, 19, didakwa oleh Stafford Crown Court menewaskan seorang Samantha Laney, 19, dan melukai ayahnya, Steven Laney, 45. Setelah melakukan tindakan itu, Dalton meng-update statusnya di Facebook dengan menuliskan, "Dalam hidup, selalu ada sesuatu yang harus dilakukan."

Jaksa Philip Bennetts QC, menyatakan kepada pengadilan bahawa Dalton pernah mengancam Samantha baahwa dia akan menikamya sesaat setelah mereka putus pada Januari 2012.

Samantha menelefon Dalton bahawa dia atau ayahnya akan mengambil barang-barang miliknya yang ada di rumah Dalton. Namun, Dalton mengancam ia akan membunuhnya bila cuba datang ke rumahnya.

Mendengar ancaman itu, Samantha menelefon polis untuk meminta pengawalan. Namun, polis menolak dengan alasan sibuk dan kurang orang. Samantha kemudian pergi ke rumah bibinya dan tiba-tiba Dalton menelpon dan mengancam akan membunuh Samantha dan ayahnya jika mereka sampai di rumah.

"Setibanya di rumah Samantha, Steven masuk duluan ke dalam rumah diikuti oleh Samantha dan kemudian temannya Elise. Namun, ketika Elise hendak menutup pintu, Dalton masuk dengan pisau di tangannya. Dalton langsung menghampiri Samantha dan menikamnya."

Bayar RM37 untuk lihat kapal terbalik

Posted: 15 Aug 2012 08:15 PM PDT


PULAU GIGLIO, Itali - Para pelancong yang berkunjung ke bekas pelabuhan nelayan di Santo Stefano di sini ditawarkan pengalaman baharu walaupun ia sedikit menggerunkan.
Dengan bayaran serendah AS$12 (RM37), para pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat bangkai kapal persiaran mewah Costa Concordia seberat 114,500 tan yang terbalik di kawasan cetek di Pulau Giglio pada 13 Januari lalu.
Dalam kejadian itu, 32 orang penumpang terbunuh.
"Pulau itu kini menjadi tumpuan bukan kerana keindahan tempatnya tetapi kerana tragedi menjadi lebih menarik berbanding tempat-tempat yang indah," kata seorang pelajar, yang dikenali sebagai Daniela, 23.
Para pelancong akan dibawa berdekatan dengan kapal Costa Concordia yang membawa seramai 4,000 penumpang ketika ia terbalik.
"Amat mengecewakan apabila melihat kapal itu terdampar, tetapi kehidupan di pulau ini perlu diteruskan dan ia menjadi sebab kenapa kami mahu menghabiskan percutian di sini," kata seorang penumpang lain, Lucia.
Datuk Bandar Giglio, Sergio Ortelli, menyatakan terdapat peningkatan pelancong ke pulau ini kerana mereka mahu merakamkan gambar kapal tersebut.
Kapal itu terbalik selepas ia terlanggar batu karang dan belayar terlalu dekat dengan pulau tersebut pada kelajuan yang tinggi. - Agensi

SUMBER : KOSMO ONLINE

Lelaki mati dalam flat dipenuhi sampah

Posted: 15 Aug 2012 08:00 PM PDT


SINGAPURA - Seorang lelaki Singapura berusia 76 tahun ditemui mati di dalam flatnya yang penuh dengan timbunan sampah sarap sehingga ke siling, menurut satu laporan semalam.
Akhbar Straits Times melaporkan, lelaki berkenaan yang tinggal bersendirian gemar menyelongkar tong-tong sampah sejak sedekad lalu.
Pasukan kecemasan dilaporkan mengambil masa hampir sejam untuk membuka pintu flat berkenaan yang berkunci pada Isnin lalu selepas beberapa jirannya mengadu mereka terhidu bau busuk dari kediaman tersebut.
Menurut laporan tersebut, petugas-petugas kecemasan mengambil masa hampir sejam lagi untuk mencari mayat warga emas yang berada di celah timbunan sampah sarap di flat empat bilik itu.
Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesahkan semalam mereka menemui mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 70-an di dalam sebuah flat perumahan awam.
Menurut polis, pihaknya menyiasat kes tersebut sebagai kematian luar biasa.
Seorang jiran mangsa pula memberitahu Straits Times bahawa tabiat lelaki itu menyelongkar tong sampah bermula selepas isteri dan anak perempuannya berpindah keluar dari flat berkenaan sekitar 10 tahun lalu.
Lelaki berkenaan akan menyelongkar tong-tong sampah sekitar kawasan kediamannya dan memasukkan barangan yang dikutip ke dalam beberapa beg plastik di flatnya.
"Apabila saya tanya apa yang terdapat di dalam beg-beg itu, dia menyatakan, harta karun," ujar jiran tersebut.
Menurut jirannya, flat lelaki itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik manakala pintu depannya dipasang dengan beberapa mangga kunci.
Singapura memiliki populasi warga emas yang tinggi dengan semakin ramai orang tua tinggal bersendirian.
Menurut beberapa pegawai, sekitar 20 peratus rakyat Singapura akan berusia 65 tahun atau lebih tua menjelang 2030. - AFP
SUMBER : KOSMO ONLINE

7 pelajar sekolah rendah yang didenda menang RM1.5 juta

Posted: 15 Aug 2012 07:45 PM PDT


NEW JERSEY: Tujuh pelajar di sekolah di Camden, New Jersey yang dipaksa makan tengah hari di lantai gimnasium selama dua minggu sebagai hukuman, berjaya memenangi AS$500,000 (RM1.5 juta) sebagai penyelesaian undang-undang, menurut peguam, semalam.
Peguam, Alan Schorr berkata, kejadian yang berlaku pada 2008 melibatkan pelajar gred lima di Sekolah Rendah Charles Sumner yang dihukum selepas seorang pelajar menumpahkan air ketika cuba mengisi jag di paip air. 
Pelajar memfailkan saman ke atas Lembaga Pendidikan Camden, yang bersetuju dengan penyelesaian undang-undang itu, katanya.

Semua kanak-kanak yang terlibat itu adalah dari keturunan Hispanik. - Reuters


sumber : myMetro

Sami dakwa diperas ugut 2 wanita

Posted: 15 Aug 2012 07:30 PM PDT


BANGKOK: Seorang sami ternama semalam membuat laporan polis mendakwa dua wanita menuduhnya melakukan serangan seksual dan cuba untuk memeras ugutnya, kata kenyataan laporan itu.
Kamsing Saenmuen, 49, dari Wat Mala di Amnat Charoen, ditemani peguamnya ketika membuat laporan polis itu. Dia menuduh dua wanita terbabit memfailkan laporan polis palsu, selain mendakwa mereka memeras ugutnya.

Saenmuen mendakwa dua wanita terbabit menuntut bayaran 100,000 baht (RM9,930) dan apabila dia enggan, mereka kemudian melaporkan kepada polis dia melakukan serangan seksual terhadap mereka. Peguamnya berkata, terdapat beberapa kes sama membabitkan wanita memeras ugut sami terkenal di wilayah timur laut negara itu. - BP


sumber : myMetro

Pasangan suami isteri litupi setiap sudut rumah dengan pokok bunga

Posted: 15 Aug 2012 07:15 PM PDT


LONDON: Sepasang suami isteri menghabiskan masa hampir tiga dekad menanam pelbagai jenis pokok bunga bagi menghias setiap sudut rumah mereka.
Bagi Anne dan Robin Strange, setiap masa lapang akan digunakan untuk menjaga pokok bunga itu sejak mereka mula menanamnya 26 tahun lalu. Kata Anne, 65, ketika in mereka masih menambah bilangan pokok bunga di situ.

"Kami menghabiskan banyak wang setiap tahun untuk membeli benih dan pokok, sebelum menjaganya dalam rumah hijau sebelum menanamnya di tempat terbuka pada pertengahan Jun," katanya. Menceritakan bagaimana dia mula menanam pokok bunga, Anne berkata, dia dan suaminya berada di York pada satu hari dan terpandang banyak pasu digantung di situ. "Sejak itu kami mula menanam bunga dan jumlahnya terus bertambah," katanya. Menetap di Coniston Cold, Yorkshire Utara, rumah pasangan itu memang mudah menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan di situ. Malah, seorang wanita menghantar baucer hadiah kepada mereka setiap sambutan Krismas sebagai menghargai kegigihan pasangan terbabit.


Untuk mengairi tanaman itu, Strange yang pernah bekerja dengan syarikat Tree Tops Forestry menyediakan sistem khusus bagi menyalurkan air secara automatik. - TS

sumber : myMetro

Vila atas bumbung pasar raya

Posted: 15 Aug 2012 07:00 PM PDT


BEIJING: Di sesebuah bandar raya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, tanah boleh menjadi komoditi yang terlalu sukar diperoleh.
Namun, bagi penghuni vila luar biasa di bandar Zhuzhou di Hunan, tanah tidak lagi menjadi halangan kepada mereka. Disebabkan tiada kawasan lapang sesuai untuk dibangunkan rumah mewah yang lengkap dengan kawasan lapang, pemaju membina kediaman unik itu di atas bumbung sebuah pusat beli-belah. Dikenali sebagai Plaza Antarabangsa Jiutian, bangunan itu menempatkan satu daripada pasar borong kasut paling terkenal di wilayah itu. Pemaju kemudian merancang dan membina secara teliti empat vila di atas bangunan lapan tingkat itu sehinggakan tidak ramai yang menyedari kewujudannya.

Ketika ini, ia dianggap vila paling hebat di China.


Zhuzhou adalah bandar kedua terbesar di Hunan - selepas Changsha - dan menjadi pusat perindustrian penting di wilayah berkenaan.

Perindustrian di situ tertumpu kepada penghasilan logam, mesin, bahan kimia dan bahan binaan. Bandar itu didiami hampir empat juta penduduk dan lebih daripada 800,000 daripadanya tinggal di empat daerah bandar pusat.


Zhuzhou juga digelar sebagai pusat lokomotif China kerana menjadi pengeluar utama gerabak kereta api kelajuan tinggi. Sejak lima tahun lalu, harga hartanah di bandar raya itu meningkat lebih tiga kali ganda. Menurut sebuah laman sesawang, vila berkenaan dimiliki empat ahli perniagaan terkaya di China. - DM


sumber : myMetro

Geram tak pandai baca

Posted: 15 Aug 2012 06:45 PM PDT


IPOH: Seorang ibu tunggal menangis apabila ditahan polis di luar bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), kerana disyaki terbabit dalam kes mendera hingga mati anak perempuannya berusia empat tahun dengan memukul mangsa menggunakan batu giling.
Suspek berusia 33 tahun yang ditahan dua anggota polis didakwa turut membelasah anaknya dengan botol cili sos di rumah mereka di Kampung Tawas, di sini, hanya kerana mangsa masih tidak pandai membaca.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang kelmarin, wanita terbabit yang tidak bekerja dikatakan membawa anaknya, J Pavitra, 4, ke Klinik 1Malaysia di Tasek, di sini, selepas mendapati anaknya itu pengsan. Pada mulanya, suspek mendakwa mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri ketika bermain hingga menyebabkan luka serta lebam di seluruh tubuhnya.


Sumber polis berkata, doktor di klinik itu yang melakukan pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak perempuan itu sudah mati kira-kira jam 5.20 petang kelmarin sebelum dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk tindakan lanjut. Menurutnya, hasil bedah siasat awal dilakukan mendapati mangsa mengalami kecederaan dengan lebam teruk di kepala dan beberapa anggota tubuh dipercayai dipukul dengan objek keras.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa mungkin dipukul oleh teman lelaki ibu mangsa yang ditahan. Tindakan kejam itu mungkin satu bentuk hukuman kerana mangsa dikatakan gagal membaca ketika diajar.


"Ada kesan luka lama dan baru pada tubuhnya dengan kecederaan paling teruk dikesan pada kepalanya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.



Menurutnya, berdasarkan maklumat abang mangsa, adiknya itu pernah didera seorang kenalan lelaki ibunya menggunakan batu penggiling.

Sementara itu, nenek mangsa, L Vijaya, 50, yang ditemui berkata, suspek wanita yang juga menantunya mempunyai empat anak dan menjadi ibu tunggal selepas kematian suaminya lebih setahun lalu.


"Dia tidak bekerja dan hanya bergantung kepada wang simpanan persaraan suaminya. Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana Pavitra amat manja dan comel.

"Saya dimaklumkan, cucu saya itu mati akibat dipukul teman lelaki menantu saya sendiri. Saya amat terkilan dan sedih," katanya ketika menuntut mayat cucunya di hospital tengah hari semalam.


Menurutnya, sebelum ini ada dikalangan ahli keluarganya pernah melihat tindakan kasar lelaki terbabit yang memukul cucunya itu, namun tiada siapa yang berani campur tangan.


Sementara itu, suspek wanita yang ditahan dan diiringi polis di perkarangan bilik mayat HRPB hanya menangis teresak-esak serta mempersoalkan tindakan pihak polis menahannya.


Dia berulang kali meminta urusan pengebumian anaknya itu diserahkan kepadanya dan tidak diberikan kepada individu lain. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan.


sumber : myMetro

Angkara ibu tiri,Dua beradik disuap pasir

Posted: 15 Aug 2012 06:30 PM PDT


KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.
Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.
Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi.



Penderaan kedua-dua beradik itu terbongkar semalam, ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung.



sumber : myMetro

‘Super’ penyelamat

Posted: 15 Aug 2012 06:15 PM PDT


BUTTERWORTH: "Saya terkejut selepas mendengar tangisan bayi dalam rumah berkenaan. Nasib baik pintu tidak berkunci dan saya segera membawa bayi berkenaan keluar," kata J P Supermaniam, 60.
Dia menjadi hero apabila menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia enam bulan daripada menjadi mangsa dalam kejadian kebakaran di Taman Mak Mandin, di sini semalam.
Menurutnya, dia terdengar jeritan jiran memberitahu sebuah rumah jirannya terbakar dan bergegas cuba memadam kebakaran itu dengan menggunakan alat pemadam api.

Katanya, dia kemudian terdengar suara bayi menangis dari dalam rumah berkenaan sebaik menyembur alat pemadam api berkenaan.



"Saya terus menerpa masuk ke rumah itu dan mendapati sebuah katil kecil menempatkan bayi itu sudah terbakar.



sumber : myMetro

Maut berasmara,terlebih power

Posted: 15 Aug 2012 06:00 PM PDT


SUNGAI PETANI: Tindakan sepasang kekasih melakukan eksperimen ketika berasmara dengan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang bersama minuman isotonik mengundang padah apabila pasangan wanitanya mati dipercayai akibat sesak nafas, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 11 malam di sebuah rumah tumpangan di Taman Mutiara, Jalan Bakar Sampah, di sini.
Wanita berusia 23 tahun bersama lelaki berusia 20 tahun terbabit menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.

Sumber berkata, pasangan terbabit ditemui orang awam jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan berhampiran sebuah tokong apabila lelaki terbabit dilihat memapah wanita itu.



Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.


sumber : myMetro

‘Salman Khan’ kasanova

Posted: 15 Aug 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa melalui pengalaman pahit bersuamikan warga Pakistan yang juga penganggur selepas lelaki berkenaan hidup bersenang-lenang malah memperdaya saudara-mara dan kenalan terdekat dengan mendakwa boleh mengubati pelbagai penyakit termasuk membuang sial.
Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan yang menggelarkan dirinya seperti pelakon popular Hindi, Salman Khan turut bersubahat dengan abangnya menipu beberapa ahli perniagaan dengan menyamar sebagai ejen mendapatkan pekerja asing mengakibatkan kerugian lebih RM500,000. 
Mangsa, peguam yang mahu dikenali sebagai Shanty, 40, berkata, dia mula menyedari belang suaminya sejak mereka mendirikan rumah tangga dua tahun lalu dan sejak itu, hidupnya berendam air mata kerana lelaki itu langsung tidak memberikan nafkah zahir dan batin dan hanya tahu meminta wang hampir setiap hari.

"Kami berkenalan lima tahun dan dia mengajak saya ke kampungnya di Lahore, Pakistan untuk berjumpa keluarganya. Selepas tiga hari berada di sana, saya dimaklumkan bahawa kami akan bernikah dan saya terus memeluk Islam, " katanya.



Tidak lama selepas itu, katanya, mereka pulang ke Malaysia dan dia terus menamakan suami serta abang iparnya itu sebagai pengarah syarikat yang beroperasi di ibu negara kerana ingin menumpukan tugasnya di firma guaman.



sumber : myMetro

Kasihmu ibu sepanjang masa

Posted: 15 Aug 2012 05:30 PM PDT



Kasih ibu sepanjang masa...bagi mereka anaklah 
segalanya....
Tak ada istilah gugur atau buang anak dalam kamus kehidupan
mereka....

Penunggang basikal yang bernasib baik

Posted: 15 Aug 2012 05:15 PM PDT


LETAK MAKLUMAT IKLAN

Aksi menjijikan Miley Cyrus dengan kek yang berbentuk alat kelamin

Posted: 15 Aug 2012 05:00 PM PDT


infospesial.net -   Namanya melambung setelah ia membintangi sebuah film remaja Hannah Montana, namun Miley Cyrus telah mengubah image dirinya dari gadis baik menjadi liar. Dalam sebuah gambar yang mengejutkan para fansnya, penyanyi sekaligus pelakon tersebut berpose provokatif dengan kek berbentuk kelamin lelaki di ulang tahun kekasihnya Liam Hemsworth yang ke 22 akhir minggu ini.






Dalam gambar di situs TMZ, Miley terlihat membungkuk dengan lidahnya keluar menuju kek yang berbentuk penis tersebut, dalam pesta yang diadakan di Club Ikon di Downtown Los Angeles. Foto-foto tersebut menunjukkan Milet yang bertemu Liam pada set filem The Last Song, menjijikkan dengan sejumlah pose provokatif terhadap kek, termasuk satu di mana dia mengacungkan pisau kek. Seorang sumber mengatakan kepada TMZ bahawa Miley diduga 'minum alkohol dan berpesta sepanjang malam."

Dalam pesta tersebut Miley terlihat mengenakan jaket sporty berwarna orange terang dengan gaun hitam didalamnya. Stoking renda yang dikenakannya diserasikan dengan lipstik merah menyala dengan eye shadow samar. Penampilannya tersebut membuat Miley tampak jauh lebih tua dari dirinya yang masih berusia 19 tahun.
(Dailymail)

Cantik yang menipu

Posted: 15 Aug 2012 04:45 PM PDT









dengan teknik make up kita mudah tertipu.....

Tajam betul 'senjata, abang ni sampai kakak sebelah pun naik takut

Posted: 15 Aug 2012 04:30 PM PDT


Demo Bogel Buat Lelaki Ini Kemalangan

Posted: 15 Aug 2012 04:15 PM PDT

Liputan6.com, Los Angeles: Aksi protes Organisasi Pemerhati Hak Haiwan (PETA) di pusat Kota Los Angeles, Amerika Syarikat, membuat lelaki ini kemalangan .. Aksi dua pendemo wanita yang bogel di tengah orang ramai membuat seorang penmandu lupa daratan, hingga melanggar trak di depannya.

Aksi para aktivis PETA itu dimaksudkan mengajak orang-orang untuk memilih gaya hidup vegetarian. Agar mendapat perhatian warga, aksi itu "dilengkapi" adegan mandi dua aktivis wanita tanpa pakai .


Kenakalan mata pemandu itu mesti dibayar dengan kerosakan pada keretanya. Pemandu kereta itu selamat.

Aksi serupa juga dilakukan aktivis PETA di depan Trafalgar Square, London, England. Namun, aksi itu tidak menimbulkan kemalangan.

17 kod dan simbol rahsia yang digunakan pencuri di Chengdu China

Posted: 15 Aug 2012 04:00 PM PDT

Pihak polis di Chengdu China telah mempamerkan 17 jenis simbol dan kod rahsia yang digunakan oleh pencuri di sana. Polis mengingatkan penduduk bandar untuk mencari simbol / isyarat rahsia yang dibuat oleh para pencuri dan dengan segera melaporkan mereka kepada polis serta memberitahu mereka apabila diketahui. Inilah 17 simbol rahsia ini :


[Translation of the above Chinese:]

  • Plan operation
  • 4-5 units that can be thieved
  • Very wealthy
  • Dangerous, avoid
  • Before of dog
  • Lots of police
  • Be careful of neighbors
  • Has alarm
  • Danger of being accidentally caught
  • No one on guard
  • No one lives here
  • Single female resident
  • 1 child, 2 females, 1 male
  • Household has someone who works in a government department
  • Nothing valuable worth stealing
  • Not necessary to enter
  • Already thieved
sumber : chinasmack

Foto sebelum dan selepas peserta The Biggest Loser

Posted: 15 Aug 2012 11:00 AM PDT


"The Biggest Loser" telah menjadi pertunjukan hit di seluruh dunia, ditayangkan di lebih dari 90 negara dan diproduksi di 25 negara. Sejak debutnya pada 2004, "The Biggest Loser" telah tumbuh menjadi sebuah kesihatan mandiri dan merek gaya hidup dengan alat dan produk yang terinspirasi oleh acara itu dan disetujui oleh dokter dan ahli. Berikut foto before and afternya mereka!























Aksi brutal kakak ni naik bas

Posted: 15 Aug 2012 10:30 AM PDT


Wow...Alat Kelamin Aminah Berubah Menjadi Laki-laki

Posted: 15 Aug 2012 10:15 AM PDT

BOYOLALI, KOMPAS.com — Seorang anak perempuan bernama Aminah (15), warga Dukuh Kepoh Desa Sembungan, Kecamatan Nogosari, Kabupaten Boyolali, Jawa Tengah, mengalami keajaiban kerana alat kelaminnya berubah dengan sendirinya menjadi laki-laki.


Surati (36), ibu kandung Aminah, di Boyolal, mengatakan, Aminah ketika dilahirkan pada 15 tahun lalu berkelamin perempuan. Namun, alat kelamin Aminah–yang kini sudah besar tiba-tiba berubah menjadi laki-laki.

Bahkan, kata dia, sekitar dua bulan terakhir ini Aminah telah disunat dan berganti nama menjadi Amin Wahyu Bahtiar. Surati menjelaskan, anak kandungnya tersebut mula mengalami keanehan sejak duduk di bangku kelas III sekolah rendah

"Tiba-tiba muncul seperti daging tumbuh atau tonjolan di dekat alat kelaminnya. Pihak keluarga kemudian membawa Aminah ke hospital di Semarang untuk dibedah," katanya.

Namun, kerana kos pembedahan cukup besar, pihak keluarga disarankan mengurus insurans kesihatan . Namun, hingga sekarang insurans belum selesai sehingga dia pun tidak jadi dibedah.

Kerana tidak jadi operasi, kata dia, tonjolan tersebut terus berkembang hingga menutup alat kelamin perempuannya hingga menghilang. Tonjolan itu kemudian menjadi alat kelamin lelaki normal.

Menurut kakek Aminah, Darso (68), cucunya sejak dua bulan lalu tiba-tiba suaranya berubah terdengar besar seperti suara laki-laki. Pada lehernya juga keluar halkum sehingga pihak keluarga kemudian menyunatkan cucunya itu.

"Saya dari awal sudah curiga cucu saya itu, tingkah lakunya seperti laki-laki. Ternyata, alat kelaminnya berubah dengan sendirinya dari perempuan menjadi laki-laki," katanya.

Oleh kerana itu, kata dia, status Aminah ini kemudian diperkuat dengan penetapan Pengadilan Negeri Boyolali. Aminah mengikuti sidang di PN hampir satu bulan ini, termasuk menunjukkan keterangan doktor dan bukti otentik. Maka, status dia secara sah berganti menjadi laki-laki dan bernama Amin Wahyu Bahtiar.

Menurut Amin Wahyu Bahtiar, dirinya sangat senang setelah statusnya secara sah menjadi laki-laki tulen. Status perempuan di dalam akta kelahirannya yang sebelumnya kini sudah diubah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS