Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Putus tunang?

Posted: 17 Feb 2013 03:32 AM PST

Elly Mazlein tunggu masa sesuai untuk jawab spekulasi hubungan dengan pengarah, Azmi Md Hatta putus di tengah jalan

Biar ramai berteka-teki mengenai status pertunangannya, Elly Mazlein hanya membuka mulut andai tiba waktu sesuai apatah lagi membabitkan khabar kurang enak.

Seakan memberi bayangan, pelakon dan penyanyi itu mengakui, biarlah ketika ini, dia berkongsi kehadiran single baru, Sabarlah Sayang yang ditunggu hampir setahun lalu - berbanding menyingkap kisah peribadi.

Bagi pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, sejak mempertaruhkan bakat dalam industri hiburan 15 tahun lalu, seboleh-bolehnya cerita sedih cuba ditutup untuk diri sendiri.

"Siapa yang tidak ingin bahagia. Malah kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang perkembangan hari bersejarah itu nanti macam pertunangan tempoh hari. Cuma untuk terlampau terbuka memperinci segala-galanya bukan sekarang.

"Lagipun saya mahu berlaku adil kepada semua rakan media yang bersama jatuh dan bangun saya dalam arena seni. Andai masanya tiba, saya pasti merungkai segala persoalan," katanya penuh tertib saat 'dijolok' soal ikatan pertunangannya dengan pengarah, Azmi Md Hatta pada Mei 2011.

Siapa boleh melupakan memori Elly diarak menaiki kereta kuda ke dewan berhias indah tatkala pihak lelaki menghantar cincin tanda dengan rancangan ijab kabul pada Februari tahun lalu. Kemudian, majlis itu ditunda ke Disember sebelum segala perancangan senyap bagai dibawa angin lalu.

Tak kisah anggapan orang

Tidakkah bimbang dengan tanggapan insan sekeliling? Kali ini, dia tertawa kecil sambil menuturkan sebaris ayat penuh bermakna.

"Terpulanglah kepada orang untuk membuat spekulasi sama ada ia berakhir di jinjang pelamin atau sebaliknya... Hal itu bagi saya bukan suatu perkara memalukan," ulasnya ringkas.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Shila sekeluarga tunai umrah bulan depan

Posted: 17 Feb 2013 03:29 AM PST

Bapa Shila Amzah, ND Lala masih mencari waktu sesuai untuk mengatur sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi memberi penjelasan berhubung isu membabitkan anaknya.

Tegas ND Lala, dia menunggu waktu lapang kerana jadual Shila sekarang cukup padat, bukannya mereka mengelak daripada ditemui media.

Janji ND Lala, pada majlis yang akan diadakan kelak, peluang terbuka kepada wakil media untuk bertanya apa saja kemusykilan. Ini katanya, adil kepada semua pihak yang selama ini menyokong kerjaya seni Shila.

Tegas pelakon dan pengacara itu lagi, jika boleh, dia mahu masyarakat melihat dengan lebih luas isu yang membabitkan Shila. ND Lala berkata, tumpuan sekarang adalah soal perkembangan kerjaya Shila yang membawa nama Malaysia ke peringkat global.

"Ramai yang menghubungi kami bertanya hal ini. Dalam sidang media itu nanti, tanyalah apa saja. Kami sedia menjawab, cuma buat masa ini kita perlu melihat perkara lebih besar. Shila hari ini aset negara dan bakal menjadi ikon meletakkan muzik Malaysia dalam industri hiburan dunia.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS