Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Liyana Jasmay diijab kabul

Posted: 02 Feb 2013 02:08 PM PST

Kontroversi penyebaran gambar intim tak jejas persiapan majlis

Kuala Lumpur: Kontroversi melanda Liyana Jasmay, 25, ekoran penyebaran gambar intim praperkahwinannya dengan Fathuddin Mazlan, 29, di laman maya seminggu sebelum pernikahan, langsung tidak menjejaskan persiapan kahwin pasangan itu, semalam.

Pelakon dan penyanyi itu sah menjadi isteri Fathuddin dengan dua kali lafaz.

Fathuddin dinikahkan sendiri bapa Liyana, Datuk Jasmay Md Shah di Hotel Seri Pacific, di sini jam 10.26 pagi semalam. Majlis turut disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad. Liyana yang anggun dengan persalinan rekaan Jovian Mandagie dan solekan Tiar Zainal menerima hantaran lima dulang dan membalas tujuh dulang. Pelakon itu menerima mas kahwin berbentuk seutas gelang emas bernilai RM5,500 dan wang hantaran RM28,388, angka yang mewakili simbolik tarikh lahirnya.

Busana Jovian

Majlis persandingan mereka berlangsung di PWTC malam tadi. Liyana dan suami mengenakan busana Jovian untuk majlis resepsi yang dihadiri lebih 1,000 tetamu, manakala untuk acara potong kek, busana Rizman Ruzaini menjadi pilihan. Majlis bertandang pula akan diadakan 9 Februari ini di Dewan Perdana FELDA.

Majlis pernikahan dihoskan teman Liyana sendiri, Farish Aziz dan antara artis yang turut hadir ialah Lisa Surihani, Marsha, Thumb Suhaimi, Betty Rahmad dan Sharifah Sakinah. Pasangan ini yang pernah berjiran di Melawati, mula rapat sejak Januari 2012 sebelum memutuskan melangsungkan pertunangan Mac tahun sama.

Kontroversi tak beri kesan

"Kontroversi itu tak beri kesan kepada kami, akan berlalu dan dilupakan. Malah sebelum ini pun, saya menerangkan kepada Din (Fathuddin) mengenai keadaan sebegini, yang tak terduga akan terjadi. Ia perkara biasa, kami anggap sebagai dugaan kecil dan hadapinya dengan tenang serta sabar," kata penyanyi lagu Cinta Bersatu ini.

Selepas berkahwin, pemenang kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 ini akan menetap di Sabah kerana mengikut suami yang bekerja di sana. Liyana pernah menuntut kursus jangka pendek selama enam bulan tahun lalu dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy.

"Saya akan ke sana lagi bulan ini, kali ini bersama suami di samping krew syarikat penerbitan saya bersama kakak, iaitu Mermaid Studios," katanya.

Norman, Memey timang cahaya mata sulung

Posted: 02 Feb 2013 02:07 PM PST

Kuala Lumpur: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza selamat menimang cahaya mata sulung malam kelmarin dengan kelahiran Mohamed Darwisz Hakim.

Bayi berkenaan dilahirkan normal jam 9.55 malam di Dewan Bersalin Muslimah, Sunway Gombak dan perkembangan itu dimaklumkan mereka menerusi laman sosial, Facebook, Twitter dan Instagram masing-masing. Menurut Memey, Darwisz dilahirkan dua minggu awal dari tarikh jangkaan 20 Februari ini.

Bekas isteri Norman, Abby Abadi turut berkongsi gambar anak lelakinya dengan Norman, Mohamed Danish Hakim bersama Darwisz di laman Instagram selepas gambar itu dikirimkan Memey kepadanya yang berada di Sarawak.

Dalam keadaan baik

Memey yang dihubungi BH semalam memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah, rasa teruja Memey sepanjang sembilan bulan mengandungkannya sudah berakhir. Tak sangka anak kami keluar lebih awal daripada tarikh jangkaan. Sejak pagi 1 Februari lalu, Memey mula terasa sakit pinggang lalu mengadu kepada abang (Norman) sekitar jam 6 pagi," kata pelakon itu.

Pasangan berkenaan bernikah 24 September 2011. Darwisz adalah cahaya mata keempat buat Norman selepas memperoleh tiga anak menerusi perkahwinan terdahulunya dengan Abby.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Memey Suhaiza Selamat Melahirkan Anak Lelaki

Posted: 02 Feb 2013 07:13 AM PST

Posted: 2 February 2013 at 11:13 pm  

Memey Suhaiza lahir baby lelaki

Tahniah buat pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza atas kelahiran bayi sulong buat pasangan ini.. Malam semalam sekitar jam 9.55 malam, Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak lelaki di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.. Bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim itu telah dilahirkan secara normal sambil ditemani Norman Hakim..

"Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan," kongsi Memey.

Tambah Memey lagi, anak lelakinya ini dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh dia dijangkakan bersalin..

Sumber:Media Hiburan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS