Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


(Gossip) Ana Raffali Akan Bernikah Pada 25 Februari 2012

Posted: 26 Jan 2012 10:53 PM PST

ANA RAFFALI NIKAH

Tiba-tiba angin sepoi-sepoi bahasa menerpa ke telinga kami membawa perkhabaran yang penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, siapa lagi kalau bukan Ana Raffali akan melangsungkan pernikahan pada 25 Februari depan dengan pengurus peribadinya.

Difahamkan, majlis akad nikah Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim Abdullah itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur, pada sebelah pagi kira-kira jam 10 pagi.

Walau bagaimanapun, Ana Raffali yang juga sudah mengetahui akan perkhabaran yang bertebaran ini enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini. Seperti kata Ana Raffali:-

"Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.

"Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini,"

Jadi sama-samalah kita nantikan sidang media yang akan dibuat oleh Ana Raffali itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gossip yang tersebar ini. Jika tiada aral melintang, kami akan cuba update mengenai sidang media Ana Raffali itu nanti secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Anne Ngasri sudah ada kekasih hati dan mahu berkahwin lagi

Posted: 26 Jan 2012 10:13 PM PST

Anne Ngasri nie kalau anda lahir sezaman dengan Sensasi iaitu era 80-an mesti korang ingat siri Cili Padi. Masa tue dia kecik lagi .

Pejam celik pelakon cilik ini dulu dahpun bergelar ibu kepada 3 orang anak dan berpisah dengan bekas suami ketika sedang mengandungkan anak ke-tiga.

Kini anne mengakui sedang rapat dengan seseorang dan tidak menolak untuk berkahwin semula jika ada jodoh.



Mengapa badan semakin mengecil, berdiet atau ada masalah?

Anne: Ya, saya sedang berdiet, bukan makan hati ya. Sebelum ini berat saya bertambah dengan banyak selepas melahirkan anak ketiga, jadi saya tekad untuk kuruskan badan.

Anne bergelar janda pada usia 26 tahun, sudah tiga tahun hidup bersendirian, bila mahu menamatkan zaman janda?

Tipulah kalau saya cakap saya tidak berkawan dengan sesiapa, memang ada tetapi masih dalam peringkat berkawan. Andai, jodoh datang dalam masa terdekat saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tidak serik dengan perkahwinan tetapi setakat ini belum ada perancangan ke arah itu (perkahwinan).

Ada sebarang syarat untuk lelaki yang ingin menyunting Anne sebagai isteri?

Saya bukanlah orang cerewet tetapi lelaki itu haruslah seorang bertanggungjawab dan bersedia menerima diri saya seadanya kerana saya datang dengan pakej tiga orang anak. Saya tidak mahu minta lebih-lebih atau berkata saya tidak mahu lelaki seperti itu dan ini kerana selalunya yang tidak mahu itu yang akan kita dapat. Jadi, saya tidak kisah dan tidak meletakkan sebarang sasaran usia untuk menamatkan zaman janda.

Bagaimana dengan kehidupan Anne kini dan hubungan dengan bekas suami?

Alhamdulillah, saya bahagia dengan anak-anak. Walaupun kami sudah bercerai tetapi hubungan kami masih baik kerana anak. Saya yang menghantar anak saya Abdul Warits, 6, dan Abdul Wafri, 4, ke tadika setiap pagi, dan ayah mereka Wafi yang akan mengambil mereka pulang dari tadika setiap hari. Jika saya ada penggambaran drama, saya ada pembantu rumah yang akan menjaga anak, ibu saya dan bekas ibu mertua juga turut membantu untuk menjaga anak bongsu saya, Naszhara Afroza yang kini berusia dua tahun.

Gambar Kad Kahwin Lisa Surihani dan Yusry KRU

Posted: 26 Jan 2012 10:06 PM PST


Lagi sebulan kita bakal menyaksikan perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU.
Kad Kahwin juga sudah siap dicetak.

Simple dan tidak begitu "grand" seperti kebanyakkan selebriti lain,mungkin kerana Yusry pernah berkahwin dengan grand bersama Erra Fazira dulu jadi Yusry dah belajar dari pengalaman yang ke"grand"an sesebuah perkahwinan bukanlah jaminan kebahagiaan rumahtangga.

Lagipun kesederhaan itu adalah tuntutan agama.Sensasi rasa bagus sebenarnya mereka menjadi contoh kepada org zaman skrg yang berlumba nak kahwin grand-grand sangat sampai berbelanja berlebihan dan melakukan banyak pembaziran.

Apa yang penting ,lepas kahwin masing-masing berusaha untuk menjadi isteri solehah dan suami berusaha untuk menjaga isteri dan menjadi suami Mithali..

Yusry dan Lisa merupakan pasangan yang kelihatan 'matang' dari gaya percakapan mereka.hehe..

Tak sabar nak tunggu 26 February untuk tengok Lisa dengan baju pengantin.

Shah Jaszle pujuk Miera Liyana Di twitter ,kerana kantoi curang??

Posted: 26 Jan 2012 09:52 PM PST

Sekali lagi nama Shahz Jaszle terpalit kontroversi yang meilbatkan orang ketiga dalam hubungan cintanya.

Kebelakangan nie kedengaran cerita yang Shah Jaszle telah curang di belakang Miera Liyana dengan seorang pelajar perubatan.

Gossip ini seperti disahihkan apabila Miera Liyana meng-tweet dan retweet quote yang sedih-sedih dan tentang kecurangan lelaki.

Manakala Shah Jaszle pula seolah-olah memujuk Miera Liyana di twitter namun tiada balasan diterima.Dengar cerita shah Jaszle cuba menghubingi Miera tetapi tak dijawab,sms pun tak dibalas.

Susah makan hati dengan lelaki yang bermulut manis bagai menanam tebu ditepi bibir dengan semua wanita.huhu..Pandai-pandailah memujuk si dia..

Nasihat Sensasi untuk lelaki diluar sana,jangan nak jadi kasanova sgt ..aha

Miera juga meng re-tweet tentang lelaki akan berubah jadi baik dan romantis sebab nak memujuk bila dah kantoi menipu..

Shah Jaszle cuba memujuk Miera Liyana

Zed Zaidi sedih tak dapat anak kembar,bakal bergelar bapa

Posted: 26 Jan 2012 09:44 PM PST



Pada Mulanya Zed Zaidi telah mengtweet bahawa dia teruja untuk membuat pemeriksaan doktor keatas isterinya yang dijangka hamil anak kembar.namun selepas pemeriksaan didapati seorang anak sahaja anak dalam rahim isterinya.

Tak lama lagi tambah lagi seorang ahli keluarga Zed Zaidi.Jangan bersedih ye,Seorang anak pun dah cukup best dah.Anak sulung lah katakan..Semoga kandungan bayi sihat sentiasa.

Liam Neeson ingin memeluk agama Islam

Posted: 26 Jan 2012 09:00 PM PST


Liam Neeson merupakan pelakon terkenal Hollywood yang sering dicalonkan dalam anugerah Oscar,Bafta dan Golden Globe Awards.

Liam Neeson juga merupakan bintang filem Star Wars memegang watai Qui-Gonn Jin,berlakon dalam filem Batman begin dan Batman Dark Knight Rises ,menjadi suara Latar sebagai Aslan dalam Filem Narnia dan banyak lagi watak utama yang dipegangnya.


Liam Neeson sedang mempertimbangkan dan berfikir masak-masak untuk meninggalkan kepercayaannya terhadap Katolik dan memeluk Islam selepas menjalani penggambaran di bandar Istanbul.

Dipetik daripada The Sun, Liam mengakui azan apabila tiba waktu solat telah berjaya menarik perhatiannya sepanjang berada di sana.

"Azan untuk bersembahyang dilakukan sebanyak lima kali sehari dan pada minggu pertama, ia membuatkan saya tidak tahan. Walaubagaimanapun selepas itu ia mula menarik perhatian jiwa dan diri saya. Ia adalah satu perkara yang sangat indah.

"Di sana mempunyai lebih kurang 4,000 masjid. Kebanyakannya sangat cantik dan ia membuatkan saya ingin menjadi seorang beragama Islam."

Liam yang dibesarkan di Ireland Utara sebagai seorang penganut Katolik telah dinamakan sempena nama seorang paderi tempatan di sana.

Walaupun dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, Liam yang pernah kehilangan isteri tercinta, Natasha Richardson akibat kemalangan ski pada 2009 telah mempersoalkan kehidupannya di bumi ini.



"Untuk apa kita hidup di dunia ini tanpa sebarang arah tujuan? Kini saya seringkali membaca buku tentang Tuhan supaya lebih memahaminya."

Aktor berusia 59 tahun ini pernah dikritik pada tahun 2010 selepas mendakwa bahawa watak singa Aslan dalam filem francais terkenal "The Chronicle Of Narnia" yang menggunakan suaranya itu bukanlah berdasarkan Kristian seperti yang didakwa oleh penulis novel C.S Lewis, sebaliknya ia adalah pemimpin rohani termasuklah Nabi Muhammad.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Single Terbaru Azrul Zaidi CERITA KITA

Posted: 26 Jan 2012 07:09 AM PST

Rata-rata pembaca yang datang ke Party Ulangtahun Budiey.com Ke-5 rasa puas hati & happy. Wajah masing-masing ada yang berbunga-bunga. Mana taknya, dapat hadiah utama untuk cabutan bertuah memang semua orang nak rebut. Bukan sahaja sebab dapat banyak goodies dan cabutan bertuah lumayan, malah mereka seronok dan terhibur dengan lawak jenaka spontan dari dua orang pengacara iaitu Azrul Zaidi dan DJ Lin Suria Cinta.

Dari awal hingga habis, memang tak kering gusi dibuatnya. Ada sahaja yang jadi bahan lawak dan usikan dari Azrul Zaidi memang menghiburkan. Gelak tak ingat dunia. Untunglah, Budiey dapat hos #PartyBudiey macam Azrul Zaidi, serba boleh dan berbakat orangnya. Lagi pun, dia seorang yang senang sangat untuk bekerjasama.

Rupa-rupanya, Azrul Zaidi dulunya pernah bekerja sebagai penyampai di Suria FM sebelah malam. Patutlah dah nampak serasi dengan DJ Lin yang sekarang ni makin havoc dengan segmen Suria Cinta. Kesian gak kat DJ Lin sebab asyik terkena je dengan usikan Azrul Zaidi. Tapi DJ Lin ni memang sporting habislah.

Semasa memulakan acara #PartyBudiey Sabtu lalu, Budiey rasa ada yang terkejut gak masa Budiey mengumumkan tentang kehadiran seorang artis veteren Datuk David Arumugam, vokalis Alleycats. Mati-mati ada pembaca yang percaya. Sampai ada yang ternganga-nganga tengok kelibat Datuk David Arumugam muncul dari depan dengan pakaian serba putih, rambut afro dan berjambang. Tapi itu cuma gimik yang kami dah rancang awal-awal untuk kasi suprise sikit.

Selain boleh menjadi pengacara, pelakon dan pelawak, sebenarnya Azrul Zaidi juga berbakat dalam dunia nyanyian. Dia pernah ke ujibakat Asia Bagus dan sekarang ini, Azrul mahu kembali aktif menyanyi dengan melahirkan sebuah single terbaru berjudul Cerita Kita.

Lirik Cerita Kita

Telah pulang dari rantau
Tak sabar hati
Ingin bertemu denganmu
Adakah kau pun begitu…

Selama ini
Kita hanya bercerita
Guna laman web saja
YM ataupun FB

C/o
Aku terasa getaran dihati
Bagaikan baru nak bertemu
Buat pertama kali..
Walhal kita tlah lama berkasih
Bertahun kita terpisah
Demi mengejar cita..

Bridge:
Kali ini takkan ku biarkan
Kau keseorangan
Tanpa ku disisi

Komposer lagu & lirik: azrul zaidi

Rasa tak puas dengan lagu Cerita Kita, apa kata download ringtone single azrul zaidi@azrul rajalawak 'cerita kita'

Maxis *131*240304# press snd/call
Maxis fullsong
GET 10619095 snd to 29000

Celcom: type CMT 138593 snd to 22990
Celcom: dial *118*138593# and press send

Digi rbt
CT 0111111 snd to 2000
Digi fullsong
Get 23900602994 snd to 2000

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fesyen Syamsul Yusof & Zed Zaidi di Karpet Merah FFM23
  • Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikah
  • Kakiku Kaku Single Terbaru MImie Haris
  • Rabbani, Ikram Dinzly, Zek Zaidi Di Kesyukuran Dalam Kemeriahan Ramadan Al-Mubarak
  • Gaya Zed Zaidi di Anugerah Bintang Popular 2009
  • Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic
  • Kuza, Zila Bakarin, Sabri Yunus, Suhaimi Kaswan Dalam Drama Iradat
  • Pesawat Lancar Single Terbaru HITAM
  • FAROUK HUSSIEN DALAM WARUNG KITA DI ASTRO PRIMA
  • Lirik Lagu Single Terbaru Kau Pergi – NB
  • Full content generated by Get Full RSS.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Inilah Baju Renang Seksi yang Dilarang Basah

    Posted: 26 Jan 2012 09:15 PM PST

    Dengan potongan mini dan warna menarik, design baju renang terbaru dari Herve Leger memang layak ditunggu. Namun pakaian renang ini  dilarang untuk basah. Kenapa?


    Dengan harga sekitar US1050 , pembeli baju renang ini dilarang untuk terkena air kerana menggunakan bahan yang rosak jika terkena dengan air di kolam renang.


    Satu peringatan tertulis di web perusahaan, "Untuk mendapatkan hasil terbaik dari pakaian renang Herve Leger, kami menyarankan anda untuk tidak menggunakannya di dalam air."


    Meskipun terdengar mencurigakan, bahan pakaian renang itu terbuat dari poliester, nilon dan spandex sehingga memungkinkan untuk dicuci dengan mesin. Pakaian itu berdesign belahan dada yang rendah, tali di belakang leher dan ornamen resleting.


     Meskipun begitu, Herver Leger optimistis pakaian ini dapat terjual di kalangan orang kaya yang rela untuk membuang wang demi kepuasan.


    Tahun lalu, label pakaian Rodarte melancarkan sarung kaki berharga US$500 yang tidak boleh dicuci. Selain itu, pembuat kasut mahal Christian Louboutin mempamerkan kasut dengan tumit setinggi 8 inci yang diperkirakan tidak mungkin dipakai manusia

    Dilarang Berambut Panjang Pelajar Nekad Bunuh Diri

    Posted: 26 Jan 2012 09:00 PM PST

    Apakah seorang perempuan yang berambut panjang dianggap jahat? Seorang pelajar yang rambutnya tidak sesuai dengan aturan sekolah seperti "dipaksa" bunuh diri oleh sekolah.


    Seorang pelajar perempuan yang tinggal di sebuah desa Wangsangang daerah Shandong China diberi peringatan dan disuruh balik sebanyak 3 kali oleh gurunya di Sekolah Menengah West Campus. Kerana tidak boleh menerima, dia bunuh diri dengan meminum pestisida dan mengambil jalan pintas untuk mengatasi masalah ini.


    Sekolah tersebut mewajibkan rambut tidak boleh melepasi bahu. Walaupun banyak pelajar perempuan lainnya  yang melanggar peraturan ini, tetapi tak tahu kenapa dia seorang yang disuruh balik kerumah sebanyak 3 kali. Ketika orang tuanya menghantar dia sekolah kembali, pihak sekolah menolak mengizinkannya  masuk.


    Sekarang ini, anggota keluarganya  sangat berduka, dan akan menuntut keadilan bagi anak perempuannya


    Beberapa gambar kejadian:






    Memakai Baju Kafan Sendiri Sebelum Mati

    Posted: 26 Jan 2012 08:46 PM PST

    25032_103169119714645_100000646716098_90217_8084976_n


    Subhanallah… lelaki yang meninggal ini telah menyediakan kain kafan berbentuk baju dan memakai baju tersebut sebelum ia menghembus nafas terakhirnya. Namun petugas jenazah terpaksa memotong baju yang telah dipakainya untuk menguruskan pemandiannya. Maha Suci Allah SWT yang telah memberi alamat-alamat kematian kepadanya sehingga beliau sudah bersedia dengan pakaian jenazah sebelum menemui kematiannya.
    Apakah anda bersedia sebagaimana lelaki ini.. atau anda tetap terus menipu walaupun  telah sampai diperingkat sebegini ?


    sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/04/08/memakai-baju-kafan-sendiri-sebelum-mati/

    Cara mengisi minyak yang tak akan kita jumpa di stesen minyak kita

    Posted: 26 Jan 2012 08:45 PM PST

    Cara mengisi minyak seperti ini mungkin tidak pernah kita lihat dan yang peliknya mereka menggunakan cara ini untuk mengisi minyak walaupun di stesen minyak.Mungkin cara ini hanya digunakkan untuk mengisi minyak motosikal sahaja.













    Suara Aneh Misteri Terdengar dari Langit Kanada [Video]

    Posted: 26 Jan 2012 08:30 PM PST


    Suara berdengung keras yang misteri terdengar oleh banyak warga sebuah kota kecil Alberta dan Manitoba di Kanada. Polisi belum dapat menemukan dari mana suara ini berasal. Suara apakah gerangan?
    Suara aneh yang didengar dan menjadi perbincangan oleh banyak penduduk kota ini pertama kali terdengar pada hari Minggu pagi yang lalu pada 15 Januari. Polis setempat telah mendapat sejumlah komplain terkait suara tersebut.
    Seorang warga bernama Dawson Penner yang sempat merakam suara tersebut mengatakan: "(Suara) itu cukup menyeramkan."
    Menurut Penner, banyak orang yang mengira suara tersebut berasal dari suara bajak salji, tapi ia yakin bahwa tak mungkin suara mesin bajak salj boleh terdengar hingga seluruh kota.
    Polis hingga saat ini belum dapat memastikan dari mana sumber suara itu berasal.
    Berikut adalah video dari warga yang berhasil merekam suara aneh tersebut:


    Gadis Cilik Ini Tak Boleh Berhenti Tertawa Setelah Operasi Otak

    Posted: 26 Jan 2012 08:15 PM PST


    VIVAnews - Seorang gadis cilik, Enna Stephens, tak pernah kehilangan satu hari pun untuk mengisi rumahnya dengan tawa. Itu semua terjadi setelah bkanak-kanak tujuh tahun menjalani pembedahan pembuangan tumor di kepalanya.

    Sebelum masuk ruang bedah, doktor memperingatkan kedua orangtuanya bahawa operasi akan mengubah keperibadian Enna sementara. Dia akan menjadi cenderung depresi atau lebih cepat marah. Namun, dalam kes Enna, efek samping operasi adalah tawa tak berhujung.

    Ibunya, Vana, 40, mengatakan, "Enna boleh tertawa selama 15 minit pada suatu waktu, atau seharian penuh. Saat pertama kali operasi, ia malah tertawa cekikikan," ucapnya seperti dikutip dari The Sun.

    "Suatu kali, neneknya menggenggam pisang dan menaruhnya seperti sedang menelepon agar Emma tertawa saat kepalanya masih dibalut jahitan. Dia malah tertawa sepanjang waktu.

    "Begitu dia mulai tertawa, kami juga ikut tertawa kerana tertawa sesuatu yang menular. Dan, itu adalah cara yang bagus untuk melepaskan emosi," ujarnya mengenang saat-saat Emma terbangun paska operasi.

    Vana, seorang perwira polis, menambahkan, "Ketika dia masih terus tertawa cekikikan dan tak dapat berhenti, kami membawanya ke hospital. Di sana, dia malah histeria."

    Kanak-kanak New Marske, Cleveland, kini dinyatakan kian pulih dari operasi, yang merosak bahagian otak pengawal ekspresi emosinya untuk sementara.

    Sang ayah, Dougie, 44, memiliki pendapat sendiri soal anaknya, "Enna sangat positif. Dia adalah seorang anak kecil yang berani."

    Aksi menjijikan Miley Cyrus dengan kek yang berbentuk alat kelamin

    Posted: 26 Jan 2012 08:00 PM PST


    infospesial.net -   Namanya melambung setelah ia membintangi sebuah film remaja Hannah Montana, namun Miley Cyrus telah mengubah image dirinya dari gadis baik menjadi liar. Dalam sebuah gambar yang mengejutkan para fansnya, penyanyi sekaligus pelakon tersebut berpose provokatif dengan kek berbentuk kelamin lelaki di ulang tahun kekasihnya Liam Hemsworth yang ke 22 akhir minggu ini.











    Dalam gambar di situs TMZ, Miley terlihat membungkuk dengan lidahnya keluar menuju kek yang berbentuk penis tersebut, dalam pesta yang diadakan di Club Ikon di Downtown Los Angeles. Foto-foto tersebut menunjukkan Milet yang bertemu Liam pada set filem The Last Song, menjijikkan dengan sejumlah pose provokatif terhadap kek, termasuk satu di mana dia mengacungkan pisau kek. Seorang sumber mengatakan kepada TMZ bahawa Miley diduga 'minum alkohol dan berpesta sepanjang malam."


    Dalam pesta tersebut Miley terlihat mengenakan jaket sporty berwarna orange terang dengan gaun hitam didalamnya. Stoking renda yang dikenakannya diserasikan dengan lipstik merah menyala dengan eye shadow samar. Penampilannya tersebut membuat Miley tampak jauh lebih tua dari dirinya yang masih berusia 19 tahun.
    (Dailymail)

    Bila dah mabuk,kencing dalam seluar pun tak kisah

    Posted: 26 Jan 2012 07:45 PM PST

    Inilah yang terjadi kepada wanita ini...
    mabuk punya pasal sampai kencing dalam seluar pun 
    tak kisah..




    Heboh Foto Candid dan Kostum Seksi SNSD di Hong Kong

    Posted: 26 Jan 2012 07:30 PM PST


    PENAMPILAN SNSD ketika menggadakan konsert di Hong Kong menjadi perbincangan.


    Mengutip situs AllKPop, Khamis (26/1) kostum dress pink bulu-bulu yang dikenakan Tiffany dan kostum lingerie look Taeyeon pada konsert yang diadakan Minggu (15/1) ini menjadi perdebatan di forum online China.


    Banyak netizen menganggap kostum Tiffany dan Taeyeon ini terlalu seksi.


    "Pasti ada anak di bawah umur menonton konsert ini. Harusnya mereka lebih selektif memilih kostum," tulis seorang netizen.






    Tapi tak sedikit netizen yang membela. "Personel SNSD berusia 20-an. Performance macam ini mestinya tidak perlu dipermasalahkan."


    Semakin heboh tatkala tabloid Face terbitan Hong Kong menerbitkan foto-foto candid SNSD saat di dalam pesawat.


    Menurut Channel News Asia, Kamis (26/1) dalam foto tampak Jessica menaikkan kaki, Sooyoung tidur dengan mulut menganga, dan YoonA sedang membuka mulut lebar saat hendak melahap makanan.


    Dengan setumpuk jadual yang melelahkan, rasanya wajar jika gadis-gadis cantik ini tertidur pulas . Wajar pula jika fans SNSD marah melihat foto-foto idolanya diambil dan dipublikasikan tanpa izin.


    Tapi ada pula fans yang tetap mengagumi, dan menganggap foto candid itu menunjukkan sisi sebenar personel SNSD.

    Apa perasaan anda jika jari yang putus disambung sebegini rupa

    Posted: 26 Jan 2012 07:15 PM PST







    sumber : chinasmack

    Badan kereta Mercedes Travolta dileraikan pencuri

    Posted: 26 Jan 2012 07:00 PM PST


    LOS ANGELES - Seorang lelaki yang mencuri kereta vintaj Mercedes Benz 1970 milik aktor terkenal, John Travolta telah dihukum penjara selama 16 bulan dan diarah membayar sebanyak AS$50,000 (RM151,950.00) sebagai bayaran pengembalian semula benda yang dicuri, menurut satu laporan mahkamah yang diperoleh kelmarin.
    Lelaki itu, D L Rayford Jr. dihukum penjara 16 bulan selepas dia tidak membuat pengakuan dalam kes kecurian kereta berkenaan pada 5 Januari lalu, hampir tiga minggu sebelum pihak berkuasa mengumumkan penangkapannya.
    Dia dan seorang lagi lelaki, Michael T. Green ditangkap pada bulan lalu kerana disyaki mengambil kereta tersebut dan masing-masing didakwa melakukan kecurian kenderaan.
    Namun, Green tidak mengaku bersalah berhubung dua dakwaan melakukan kecurian kenderaan.
    Travolta meletakkan kenderaan itu di sebatang jalan raya di kawasan perumahan di Santa Monica selama 10 minit pada September tahun lalu semasa ia dicuri.
    Pelakon itu membawa kunci kereta tersebut semasa dia berjalan ke sebuah ruang pameran kereta Jaguar yang terletak berdekatan.
    Namun, seorang pegawai polis Santa Monica, Sarjan Richard Lewid menyatakan, badan kereta Travolta itu sudah dileraikan semasa ia ditemui.
    Antara bahagian yang dileraikan tetapi ditemui itu ialah kerusi dan meter laju. - Agensi
    sumber : myMetro

    Tiada puntianak di Menara Condong

    Posted: 26 Jan 2012 06:45 PM PST


    TELUK INTAN - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.
    Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.
    Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.
    "Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.
    "Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
    Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.
    sumber : kosmo online

    Doktor beli buah pinggang dijel

    Posted: 26 Jan 2012 06:30 PM PST


    TOKYO: Seorang doktor dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah mengupah kumpulan penjahat sebanyak RM300,000 untuk memperoleh satu buah pinggang bagi dirinya.
    Buah pinggang itu diambil daripada seorang lelaki yang dilapor berhutang kepada sebuah kumpulan penjenayah.

    Toshinobu Horiuchi, 56, membayar lapan juta yen (RM300,000) untuk mendapatkan organ itu yang diperlukannya selepas buah pinggangnya tidak berfungsi lagi.


    Hakim, Atsuo Wakazono yang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun itu berkata, membeli buah pinggang menjejaskan dengan serius prinsip keadilan dalam pemindahan organ. - AFP


    sumber : myMetro

    Hidup guna identiti mendiang abang

    Posted: 26 Jan 2012 06:15 PM PST


    TOKYO: Seorang lelaki Jepun memalsukan kematiannya dengan mendakwa mayat mendiang abangnya sebagai mayatnya sendiri.
    Akhbar Asahi Shimbun melaporkan, walaupun ketika abangnya masih hidup, Tsukasa Oizumi menggunakan lesen memandu abangnya kerana lesen memandunya dibatalkan akibat kesalahan trafik berulang kali.

    Apabila abangnya mati pada usia 56 tahun pada 2008, Oizumi mengambil alih keseluruhan identiti mendiang.


    Dia memberitahu pihak berkuasa bahawa mayat itu ialah mayatnya. Malah, doktor yang menguruskan mayat abangnya juga tidak mengesyaki apa-apa. Mayat tu dibakar seperti biasa di Jepun.

    Oizumi, kini 58, seterusnya menuntut bayaran faedah keselamatan sosial atas nama abangnya untuk membiayai penjagaan ibu mereka yang sudah tua.


    Menurut akhbar itu, dia menyerah diri di sebuah pejabat kebajikan tempatan baru-baru ini setelah sedar terhadap kesalahan yang dilakukannya. - AP



    sumber : myMetro

    Ibu muda muat naik gambar menyeramkan di Facebook sebelum bunuh diri

    Posted: 26 Jan 2012 06:00 PM PST


    DETROIT: Sejurus sebelum membunuh diri, seorang ibu muda memuat naik gambarnya dalam keadaan menyeramkan di Facebook.
    Berasal dari Michigan, Cynthia Lee, 23, bergambar bersama rakannya yang memegang sabit dalam gambar sempena Halloween.

    Mereka digambarkan berlumuran darah dalam gambar berkenaan.


    Kata Cynthia, kesedihan akibat kematian ibunya terlalu berat untuk ditanggung.

    Dia menamatkan nota bunuh diri itu dengan berkata: "Mak, saya datang." Ibu Cynthia mati pada 2007 ketika baru berusia 35 tahun.


    Cynthia juga dikatakan tertekan apabila teman lelakinya, Ryan Jason Hardwick, ditangkap pihak berkuasa baru-baru ini.



    Sementara itu, polis berkata, Cynthia menembak dirinya sejurus selepas mengemas kini statusnya dalam Facebook di rumah datuknya, ketika ahli keluarganya ada di situ. - DM


    sumber : myMetro

    Datuk ini sanggup hidup melarat demi untuk kumpul wang bantu simiskin

    Posted: 26 Jan 2012 05:45 PM PST


    VIVAnews - Sungguh mulia lelaki tua veteran perang di Taiwan ini. Dia rela hidup melarat, makan dan berpakaian seadanya, bahkan tidak memperdulikan kesihatannya, demi menabung untuk disumbangkan ke fakir miskin.

    Adalah Hong Zhong Hai, datuk 82 tahun yang pernah berada di perang saudara China, masuk ke dalam jajaran 46 orang paling dermawan se-Asia Tenggara versi majalah Forbes. Bukannya tidak beralasan, kendati renta, dia rela berkorban demi kepentingan orang ramai.

    Tahun lalu, datuk kelahiran Anhui Huoqiu, China, ini menyumbangkan tabungannya sebesar NT$6 juta pada mereka yang memerlukan. Ia juga sering membantu menyokong hidup janda kawan-kawannya di medan perang.

    Menurut kisah yang diungkapkan Peter Wey, seorang diplomat Taiwan di Jakarta, 7 Julai 2011, Hong tidak pernah merasa cukup menyumbang. Dia berfikir bahawa wang yang sudah dikeluarkannya itu masih belum cukup besar. "Saya ingin hidup lebih lama lagi, sehingga saya boleh memberi lebih," kata Hong.

    Keadaan Hong saat ini telah payah. Dia berjalan menggunakan skuter elektrik sejak jatuh dari basikal pada 2006 dan mengalami cedera tulang belakang pada 2011. Ia juga menderita penyakit pikun atau demensia dan mengalami kesulitan bercakap. Namun, jika bicara soal sumbangan, dia boleh menjelaskan panjang lebar.


    Pulas telinga sampai lebam

    Posted: 26 Jan 2012 05:30 PM PST


    SEREMBAN: "Hancur luluh hati apabila melihat telinga anak perempuan mempunyai kesan lebam teruk dipercayai dicubit pengasuh," kata Suhaila Shaari, 25, ibu kepada kanak-kanak perempuan yang cedera dipercayai didera pengasuhnya di sebuah rumah di Ampangan di sini, minggu lalu.
    Lebih menyayat hati apabila mangsa, Norshamin Shafika Abdullah, 2, dikatakan dicubit pada pipi dan telinganya hingga meninggalkan kesan lebam dan menyebabkan mangsa tidak berhenti menangis kesakitan.

    Suhaila yang bekerja sebagai penjual tiket berkata, perbuatan itu disedarinya pada Khamis minggu lalu apabila dia ke rumah pengasuh berusia 50-an berkenaan untuk mengambil tiga anaknya termasuk mangsa, kira-kira jam 7.30 malam.


    "Pengasuh memberitahu kononnya anak lelaki saya berusia setahun menggigit kakaknya (mangsa).

    "Sebagai seorang ibu, saya cukup kenal anak-anak dan tahu perkara itu tidak berlaku berikutan kesan cubitan jelas dilihat pada telinga dan pipi mangsa," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.


    Menurutnya, dia dan suaminya ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), berikutan anak perempuannya itu asyik meraung akibat kesakitan di telinga.




    "Berdasarkan laporan perubatan pakar kanak-kanak di hospital itu, kesan lebam di telinga kiri anak saya adalah kerana dicubit dan dipulas dengan kuat.

    "Malah, kesan lebam di pipinya juga jelas menampakkan kuku wanita dewasa.


    Suhaila berkata, dia tidak menyangka pengasuh itu sanggup bertindak demikian dan berlagak baik seolah-olah tiada apa yang berlaku.

    "Saya akui mungkin anak saya nakal tetapi mencubitnya hingga meninggalkan kesan dan trauma kepada anak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.


    "Selepas meneliti laporan perubatan, saya membuat laporan di Balai Polis Rahang untuk tindakan lanjut," katanya.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan dan sedang menjalankan siasatan.



    sumber : myMetro

    Ramai bedah buang payudara

    Posted: 26 Jan 2012 05:15 PM PST


    IPOH: Keinginan mak nyah atau pondan berubah menjadi Muslim sejati terbukti apabila semakin ramai aktif mengikuti kelas agama.
    Malah, ada antara mereka sanggup menjalani pembedahan bagi membuang silikon yang ditanam pada payudara dalam proses kembali lelaki sejati.

    Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata, hajat mak nyah menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah dianggap titik permulaan perubahan.


    Saimah berkata, biarpun bilangan mak nyah yang sukarela mengerjakan umrah tidak ramai, ia perkembangan positif.

    Menurutnya, tiga program Mukhayyam anjuran Jakim sepanjang tahun lalu menarik hampir 100 mak nyah seluruh negara mengikuti modul motivasi santai.


    "Paling utama bukanlah perubahan fizikal, tetapi penerapan asas utama Muslim sejati, mendirikan solat dan meninggalkan perkara dilarang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.




    Menurutnya, mak nyah yang mengikuti program Jakim itu anti lelaki dan enggan menjadi lelaki sejati.

    "Kami (Jakim) tidak memaksa mereka memotong rambut atau mengubah fizikal wanita dimiliki," katanya.



    sumber : myMetro

    Pokai angkara penyanyi

    Posted: 26 Jan 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: "Bukan mahu mengaibkan dia, tetapi perbuatannya yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kami sekeluarga hidup sengsara sejak lapan tahun lalu," kata sepasang suami isteri yang menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis, didakwa akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal.
    Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503.
    Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.


    "Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat," katanya ditemui selepas membuat aduan kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, di sini, semalam.

    Menurutnya, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima pada tahun sama.



    sumber : myMetro

    ‘Isteri derhaka’

    Posted: 26 Jan 2012 04:45 PM PST


    PETALING JAYA: "Kamu sepatutnya taat pada suami. Kesalahan yang kamu lakukan adalah berat kerana menderhaka kepada suami," kata Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad selepas menjatuhkan hukuman terhadap seorang suri rumah dan pasangan lelakinya yang masih bujang selepas mengaku salah atas tuduhan berkhalwat, Mei tahun lalu.
    Mahkamah menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM2,800 terhadap Mohd Zefrie Mohd Jasbir Khan, 31 dan Nur Sarah Euzen Petrus, 25, serta memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

    Dalam penghakimannya, Wan Mahyuddin berkata, kesalahan dilakukan pasangan itu berat terutama sekali tertuduh perempuan isteri orang.


    "Sepatutnya kamu berdua dikenakan hukuman yang berat kerana tidak beri kerjasama terhadap pegawai penguat kuasa iaitu orang yang membantu mengelakkan kamu melakukan perkara mungkar. "Penguat kuasa mengambil masa 40 minit mengetuk pintu dan memberi salam sehingga memaksa mereka memecah masuk rumah itu.

    "Kamu patut berterima kasih kepada penguat kuasa kerana mengelak kamu daripada melakukan zina," katanya.


    Beliau berharap hukuman yang dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh memberi keinsafan terhadap mereka dan tidak mengulangi lagi perbuatan itu. Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium, dekat sini, jam 4 pagi pada 16 Mei 2011. Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau maksimum penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.




    Terdahulu dalam rayuan untuk mengurangkan hukuman, Mohd Zefrie yang bekerja sebagai juruterbang memohon mahkamah mengurangkan denda kerana dia sudah bertaubat dan menyesal atas kesalahannya.

    Tambah Mohd Zefrie, sekiranya hukuman berat dikenakan terhadapnya, berkemungkinan dia akan hilang pekerjaan.


    "Saya belajar dari kesilapan. Sebelum ini saya kurang pengetahuan agama, tetapi sekarang saya sudah belajar sikit sebanyak mengenai Islam," katanya yang turut mengakui ini adalah kesalahannya yang pertama. Sementara itu, Nur Sarah pula mengakui kesilapan yang dilakukannya yang bergelar isteri ketika kejadian.

    Bagaimanapun, dia memberitahu mahkamah dia kini sudah bercerai dengan suaminya.


    Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan itu kerana dia tidak mengemukakan surat cerai dan dokumen berkaitan.


    Menurut Nur Sarah, ketika kejadian suaminya turut ada bersama pegawai penguat kuasa ketika serbuan dilakukan.


    Mengikut fakta kes, ketika ditemui dalam rumah berkenaan, tertuduh perempuan pada ketika itu berada dalam bilik dan sedang tidur dengan memakai baju tidur paras paha manakala tertuduh lelaki berada di bilik pertama dan memakai seluar pendek kelabu dan kemeja-T.


    Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie daripada Jabatan Agama Islam Selangor, Shafezan Rusli yang berhujah tindakan tertuduh tidak memberi kerjasama terhadap pegawai penguat kuasa adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima.



    sumber : myMetro

    Pelajar dibelasah 5 lelaki

    Posted: 26 Jan 2012 04:30 PM PST


    ALOR SETAR: Seorang pelajar Kolej Poly Tech Mara (KPTM), Jalan Putra, di sini, mendakwa dibelasah lima lelaki termasuk tiga pelajar sebuah kolej di Jitra dalam kejadian di asrama KPTM Al-Ligori, Jalan Langgar, di sini, malam kelmarin.
    Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam, mangsa, Mohamad Asyraf Mohamad Fauzi, 18, cedera di mulut, kening sebelah kanan, kaki kiri, kepala dan punggung selepas dibelasah dan ditumbuk tanpa belas kasihan.
    Difahamkan, motif dendam berlarutan ketika mangsa menuntut di sebuah kolej di Jitra dipercayai menjadi punca kumpulan lelaki berkenaan menyerang mangsa di asramanya.

    Mohamad Asyraf berkata, dia mendaftar masuk ke kolej berkenaan yang terletak di Jitra pada 18 Julai tahun lalu kerana berminat mengambil jurusan seni bina yang ditawarkan.




    "Sejak memasuki ke kolej itu, seorang pelajar dipercayai tidak berpuas hati dengan saya dan sentiasa mencari punca supaya kami bergaduh. Ada satu masa kami pernah berselisih faham sehingga membuatkan dia marah dan bertindak di luar batasan.

    "Sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusannya. Saya selalu dibuli ketika berada di sana termasuk dibelasah pelajar terbabit. Saya sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak pengurusan, tetapi tiada tindakan sehingga ibu bapa saya mengambil keputusan mengeluarkan saya daripada kolej itu.

    "Saya keluar dari kolej berkenaan pada Oktober tahun lalu kerana tidak tahan selalu dibuli," katanya yang mengunjungi pejabat Harian Metro, di sini, semalam.



    sumber : myMetro

    10 mak nyah terbuka hati tunai umrah

    Posted: 26 Jan 2012 04:15 PM PST


    IPOH: Keazaman tinggi berubah ditunjukkan lebih 10 mak nyah yang terbuka hati ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.
    Rombongan berkenaan diketuai Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ustaz Hanafi Abdul Malek sebagai mutawif dan individu yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.

    Difahamkan, semua mak nyah berkenaan mendapat sinar hidayah selepas tertarik dengan pendekatan ceramah motivasi disampaikan Ustaz Hanafi yang sering dilantik sebagai fasilitator Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tahun lalu.


    Hanafi berkata, dia cukup berbesar hati dan berbangga dapat membawa semua mak nyah berkenaan mengerjakan umrah di Tanah Suci menerusi khidmat syarikat Rabbani Travel and Tour Sdn Bhd yang turut memberikan kursus persediaan.

    "Mereka teruja menunaikan umrah dan sanggup mengeluarkan kos RM5,000 setiap seorang.


    "Saya memastikan mereka menjalani ibadat umrah ini dengan sempurna selain membuat persediaan awal sebelum berangkat ke Makkah tidak lama lagi," katanya.




    Hanafi berkata, keinginan menunaikan umrah ditunjukkan mak nyah itu harus dipuji dan wajar dijadikan contoh setiap manusia berhak berubah dan mendekati Allah.

    Program berkenaan dibantu penolong khas, Ustaz Hanafidan Zubir Asadi Mohamad yang teruja bagi membawa golongan mak nyah itu mendekatkan diri ke rumah Allah.


    Zubir berkata, mereka mengumpul seramai mungkin peserta menerusi program umrah itu.

    "Kami masih membuka penyertaan sebelum akhir bulan Februari ini. Besar kemungkinan program umrah berkenaan dijalankan pertengahan Mac depan," katanya.



    SUMBER : myMetro

    Nenek Selamatkan Suami dari Terajang Rusa

    Posted: 26 Jan 2012 04:00 PM PST


    ALASKA - Seorang perempuan berusia 85 tahun membuktikan rasa sayangnya kepada sang suami dengan cara yang berani. Nenek itu menyelamatkan suaminya dari terajang seekor moose atau sejenis rusa besar dengan sebuah skop. 


    Sadar nasib suaminya dalam bahaya, Dorothea Taylor datang menyelamatkan George Murphy dengan memukul rusa tersebut dengan skop. Akibatnya, Taylor pun terpaksa dirawat di hospital menyelamatkan suaminya itu.


    Kejadian ini berawal saat keduanya tengah berjalan bersama di luar rumah. Taylor mengaku biasanya mereka ditemani oleh anjing peliharaannya, tetapi saat itu cuaca terlampau dingin bagi anjing mereka.


    Murphy menceritakan bagaimana dirinya berhadapan dengan seekor rusa besar di depannya. "Dia (rusa) menyedari kehadiran saya dan mulai mengejar. Saya sempat berlaku ke arah truk, tetapi tidak berhasil," jelas Murphy seperti dikutip Digital Spy, Khamis (26/1/2012).


    "Tiba-tiba saja rusa itu mulai menginjak-nginjak saya kemudian sempat berputar dan kembali menginjak tubuh saya. Saat itu tidak ada yang boleh dilakukan. Saya takut itu akan membunuh saya," imbuh Murphy.


    Di saat itu lah Taylor bergegas untuk membantu suaminya. Bersenjatakan skop salju, Talylor memukuli kepala rusa besar tersebut. Pada akhirnya rusa pun menyerah dan pergi.


    Kini Murphy dirawat di hospital di Anchorage. Nenek itu menderita luka memar pada bahagian kepala dan kaki sebelah kiri. Beberapa tulang iganya pun dikhabarkan patah.


    Meskipun menderita, pengorbanan Taylor untuk menyelamatkan suaminya membuahkan hasil. Sang suami selamat dan terus menunggu Taylor hingga sembuh.
    (faj)

    Pudu jadi ‘merah’

    Posted: 26 Jan 2012 03:53 PM PST


    KUALA LUMPUR: Busuk, jijik dan kotor. Itu gambaran boleh diberikan di kawasan sekitar Pudu, di sini, apabila beberapa lokasi yang menjadi tumpuan warga asing dipenuhi sampah-sarap, malah laluan pejalan kaki turut terdapat tompokan merah sisa ludahan sirih.
    Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati timbunan sampah-sarap berlonggok di kaki lima jalan dan longkang meskipun pihak berkuasa tempatan menyediakan tong sampah di sepanjang jalan terbabit.

    Dikenali sebagai lokasi bas perantara dan ekspres menerusi Pudu Sentral yang terletak di Jalan Pudu, menjadikan kawasan itu tempat pengumpulan warga asing yang gemar melepak terutama ketika cuti musim perayaan dan hujung minggu.


    Difahamkan terdapat warga asing yang mengambil mudah serta sesuka hati membuang sampah di kaki lima jalan dan longkang.

    Malah, kegemaran warga negara Myanmar memakan sirih dan meludah sisanya di tempat umum juga antara punca laluan pejalan kaki dan longkang sepanjang Lebuh Pudu menyakitkan mata memandang.


    Hasil pemeriksaan Harian Metro juga mendapati lebih lima gerai haram menjual sirih diusahakan warga asing di kawasan terbabit dan lebih menarik perhatian pengunjung apabila ia dijual serendah RM1 untuk empat set sirih.




    Pekerja kilang warga Myanmar yang hanya mahu dikenali sebagai Aye Tut, 34, berkata sirih makanan tradisi masyarakat negaranya dan mereka mengamalkannya sejak kecil menyebabkan amalan itu terbawa-bawa hingga dia bekerja di Malaysia.

    "Saya selalu ke sini dan setiap kali berkunjung pasti membeli beberapa bungkus sirih untuk dibawa balik ke asrama. Lagipun, bukan kami saja yang makan sirih, orang Pakistan pun amalkannya," katanya.


    Sementara itu, pekerja restoran di situ, Azlina Mohd Bakri, 28, berkata, dia kurang selesa dengan perbuatan warga asing yang meludah sisa sirih, malah tindakan membuang sampah di merata tempat menyebabkan Pudu sering dilabel kawasan kotor serta menjijikkan.

    "Sudahlah meludah, buang sampah pula di merata tempat. Perbuatan mereka itu menyakitkan mata dan kotor pula apabila meninggalkan sisa merah. Saya harap pihak berkuasa ambil tindakan terhadap perkara ini," katanya.


    Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop, berkata kompaun RM30 dikenakan terhadap individu yang didapati membuang sampah termasuk puntung rokok merata tempat.


    "Anggota penguat kuasa DBKL sentiasa membuat rondaan di beberapa kawasan tumpuan orang ramai seperti Masjid India, Chow Kit, Bukit Bintang dan Pudu dari masa ke semasa untuk memastikan kebersihan ibu kota dijaga," katanya.



    sumber : myMetro

    Wow,Nenek 93 Tahun Ini Luar Biasa Staminanya

    Posted: 26 Jan 2012 03:00 PM PST


    INILAH.COM, London – Usianya sudah 93 tahun dan bekerjsa sebagai instruktur yoga. Namun, ia lebih berstamina ketimbang murid-muridnya. Luar biasa!


    Melihat Tao Porchon-Lynch membuat Anda menyimpulkan bahawa mungkin yoga adalah rahsia bahagia di usia senja. Ia energik dan telah mempraktikkan yoga selama 70 tahun terakhir.


    "Saya juga suka foxtrot dan hal-hal gila lainnya," ujar Tao bergurau, dilansir Daily Mail. Menurutnya, berdansa tango sama nikmatnya seperti minum champangenya.


    Di masa mudanya, Tao belajar yoga di India. Bekas model dan aktris ini kemudian pindah ke Amerika Syarikat (AS) saat usianya menginjak awal 30-an tahun.


    Setelah karier di dunia perfileman Hollywood dan televisyen, ia mulai bekerja di UniTel pada 1960-an dan mendirikan stesen televisyen di India.


    Sejak saat itu, Tao mengajar yoga di India, Perancis dan Amerika selama lebih dari 45 tahun terakhir. Sebanyak 400 instruktur yoga lulus dengan sertifikat darinya.


    "Saya melakukan yoga sebelum tidur. Kemudian dengan murid-murid setelah bangun setiap pukul 05.00 pagi. Saya biasanya tidur tengah malam," ujarnya.




    "Saya keras kepala mengenai hal itu. Saat orang berkata tak boleh, maka saya harus boleh melakukannya," paparnya.


    Jika ingin sepertinya, mungkin Anda boleh membeli buku pertama yang ditulis Tao. Yakni 'Reflections: The Yogic Journey of Life'.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS