Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Selebriti di Malam Gala Filem BUNOHAN

Posted: 29 Feb 2012 07:35 AM PST

Malam Gala Filem Bunohan berlangsung dengan meriah pada malam tadi ya. Selain selebriti, krew produksi, media dan pelakon, majlis juga turut dihadiri dengan ahli politik terkenal, Khairy Jamaluddin ya? Terbaeklah yo!

Filem ini menjelmakan semula sifat-sifat manusia yang penuh dengan ketamakan, kecurangan, konspirasi, penuh dengan pertumpahan darah dan juga ada unsur-unsur mistik serta cerita mitos dan kepercayaan orang Kelantan.

Okaylah Budiey nok kecek loghat kelate la deh sebab meme terpengaruh jugok cito Bunohan tadih. 100 % pelakon dio kecek kelate. Meme ganah! Masa malam gala BUNOHAN, budiey tengok @Khairykj lalu dikarpet merah. ini kali pertama tengok @Khairykj menghadiri prebiu media… terbaek!

Tapi kawe sedih jugok, ni kali keduo kawe tengok filem hok menggambarkey oghe kelate memey suko bunoh oghe. Budok Kelate vs Bunohan. Memey keno tengok. memey karakter dia terror gilo & ganah tp harap demo baco dulu sinopsis la deh. Pehe-pehe molek cerito dio sebab ada banyak benda hok napok simbolik.

Budiey buwi 4/5 binte la deh. Jange lupo gi pakat tengok kat panggung belako lako 8 Mac nih. Sebelum nok masuk tido, Budiey nok letok gambar selebriti hok mari tengok.

Malam Gala Bunohan

Remy Ishak

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Man Bai

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Joanna Bessey

Malam Gala Bunohan

Nur Fazura

Malam Gala Bunohan

Tengku Azura

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Malam Gala Bunohan

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Klip 3GP
  • Filem Bunohan Dilancarkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011 Part 3
  • Video Making of Filem BUNOHAN
  • Foto Selebriti di Gala Nite Diva The Movie
  • Tayangan BUNOHAN di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Gambar Julia Ziegler di Malam Gala Filem Crayon
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Kim Kardashian minat dengan pemain bola keranjang Jeremy Lin,23 tahun

    Posted: 29 Feb 2012 09:58 AM PST

    Selepas bercerai dengan bekas suaminya Kris Humpries,Kim Kardashian dikatakan kini sedang memasang mata untuk mendekati pemain bola keranjang Knicks, Point guard iaitu Jeremy Lin.

    Menurut Sumber: Kim Merasakan yang Jeremy seorang yang 'cute' dan Kim adalah kwn baik kepada isteri teman sepasukan Jeremy, Carmelo Anthony.Mereka akan keluar double date.

    Jeremy Lin berusia 23 tahun,bekas pelajar Harvard, dengan ketinggian 191cm, pernah membuat kenyataan bahawa peminat tidak sepatutnya sinis terhadap bekas suami Kim Kardashian iaitu Kris Humpries ,setiap kali Kris memegang bola,peminat pasti akan membuat bunyi "boo"..

    Kris yang mendengar kenyataan Jeremy memuji Jeremy seorang lelaki yang baik..hehe tapi dia tak tahu bekas bininya skrg tengah meminati Jeremy...


    Kisah seorang bakal paderi Di Malaysia memeluk agama Islam

    Posted: 29 Feb 2012 10:13 PM PST


    Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

    Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

    Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

    Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

    Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

    Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

    Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

    Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

    Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

    Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

    Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

    Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

    Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

    Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

    Liyana Jasmay bakal bertunang bulan depan

    Posted: 29 Feb 2012 12:35 AM PST



    Bijak juga penyanyi dan pelakon tempatan terkenal, Liyana Jasmay menyembunyikan kisah percintaannya.

    Selepas pernah digosipkan dengan penyanyi Aizat Amdan serta pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof, Liyana atau mesra dengan panggilan Nana akhirnya menamatkan spekulasi pelbagai pihak apabila mengaku bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada Mac ini.

    Dipetik daripada Berita Harian, aktres filem "Papadom" memberitahu sudah menerima cincin merisik selepas bakal tunangnya yang berusia 28 tahun itu menghantar rombongan keluarga minggu lalu.

    "Jika tiada aral melintang, kami akan bertunang pada bulan hadapan. Namun tarikhnya terpaksa dirahsiakan. InsyaAllah tahun depan kami akan berkahwin," ujar Liyana.

    Mengulas lebih lanjut tentang ciri-ciri jejaka yang berjaya menawan hatinya, aktres berusia 23 tahun ini tidak menyangka bahawa jodohnya tinggal berdekatan dengannya.

    "Dia adalah jiran saya. Kami sudah lama kenal tetapi tidak begitu rapat. Dia seorang yang baik dan memahami saya.

    "Apa yang membuatkan saya suka kepadanya adalah kerana cara didikan kami sama seperti saya dididik oleh kedua ibu bapa saya.

    "Walaupun dia bukanlah orang seni, dia tetap menyokong kerjaya saya dan begitu juga sebaliknya," jelas Liyana lagi.

    Cuteness: what is it about Kitties and boxes?

    Posted: 29 Feb 2012 12:34 AM PST

    meow meow..kucing dan kotak memang susah untuk dipisahkan...suke betul derang melepak dalam kotak..hahaha...
    so cute..

    Jokes: British English vs. Malaysian English

    Posted: 29 Feb 2012 12:09 AM PST

    Who says our English is teruk? Just read below – Ours is simple, short, concise, straight-to-the-point, effective etc.

    WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS

    Britons: I'm sorry, sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.

    Malaysians: No stock


    RETURNING A CALL
    Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone call for me a few moments ago?

    Malaysians: Hello, who call?

    ASKING SOMEONE TO MAKE WAY
    Britons: Excuse me, I would like to get by. Would you please make way?

    Malaysians: S-kew me.


    WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY

    Britons: Hey! Put your wallet away, this drink is on me.

    Malaysians: No need lah.


    WHEN ASKING FOR PERMISSION
    Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?

    Malaysians: (pointing at the door) Can ah?


    WHEN ENTERTAINING
    Britons: Please make yourself right at home.

    Malaysians: No need shy shy one lah!


    WHEN DOUBTING SOMEONE

    Britons: I don't recall you giving me the money.

    Malaysians: Where got?

    WHEN DECLINING AN OFFER
    Britons: I would prefer not to do that, if you don't mind.

    Malaysians: Don't want lah.

    IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
    Britons: Err…Tom, I have to stop you there. I understand where you're coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.

    Malaysians: You mad ah?

    WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
    Britons: Excuse me, but could you please lower your voice? I'm trying to concentrate over here.

    Malaysians: Shut up lah!

    WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
    Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for sometime. Do I know you?

    Malaysians: See what, see what?

    WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
    Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment..

    Malaysians: Die lah!!

    WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
    Britons: Will someone tell me what has just happened?

    Malaysians: What happened ah? Why like that one lah?

    WHEN SOMEONE DID SOMETHING WRONG
    Britons: This isn't the way to do it. Here, let me show you.

    Malaysians: Like that also don't know how to do!

    WHEN ONE IS ANGRY
    Britons: Would you mind not disturbing me?

    Malaysians: Celaka you!

    Laporan polis dibuat ibu kanak-kanak yang ditampal dan diikat di pusat asuhan kanak-kanak Taman Kota Masai Johor

    Posted: 29 Feb 2012 12:04 AM PST

    KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.


    Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

    Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

    Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

    "Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.


    "Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya," katanya.

    Video: Taska yang mengikat dan menampal plaster pada mulut kanak-kanak jagaan

    Posted: 28 Feb 2012 11:54 PM PST

    Heee, sakit hati Sensasi melihat taska bodoh ini menjalankan perniagaan sehingga menganiayai anak orang...

    Ibu bapa membayar dan memberi amanat mereka kepada pengasuh taska untuk menjaga mereka ketika mereka keluar mencari nafkah..

    Tapi mereka mengambil duit dan jalan mudah menjaga bayi dan kanak2 yang masih kecil dan badan masih lembut dan fragile dengan mengikat dan membalut seperti pocong dan ada yang ditampal pita pelekat..memang kurang hajar..

    Bayangkan kalau bayi tue mengalami hidung tersumbat dan pengasuh tak tahu,main tampal je..lemas budak tue..lepas tue bila meninggal mula la nak mengaku tak bersalah..

    Badn budak diikat sebegitu rupa,mau nye kebas atau sakit ,lemas,krem,tp kalau menangis dilekat pita pelekat pula..

    Sensasi harap cepat-cepat la bungkus taska nie..sepandai tupai melompat akhirnya jatuh juga kan..kerja tak ikhlas takkan kemana.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    Amukan Pocong Dahagakan Darah 13 Gadis Sunti!

    Posted: 29 Feb 2012 11:07 PM PST

    Selepas drama "Santau Merasuk" menutup tirai, nantikan kemunculan drama bersiri terbaru slot SERAM, "AMUKAN POCONG" terbitan Padi Pictures Sdn Bhd yang akan mula bersiaran pada 15 Mac 2012, setiap hari Khamis jam 9.30malam, di TV3. Drama mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi dan 2 orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi pertaruhan terbesar termasuklah menjalankan upacara ilmu hitam selepas berjumpa dengan bomoh Siam.

    Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun tindakan mereka juga telah membangkitkan pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Lebih tragis, tidak lama kemudian Long Husin sendiri terbunuh dan ilmu hitam yang telah memakan diri menyebabkan jasad dan rohnya tidak aman sehinggakan terpaksa menanggung akibat menjadi pocong yang digeruni semua penduduk kampung.

    Mala bermula kisah ngeri Long Husin yang kini harus mencari dan membunuh 13 gadis sunti untuk melunaskan janji yang pernah dibuat dengan syaitan akibat dorongan perasaan tamak haloba. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?

    Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, "Sebenarnya ramai kalangan masyarakat bukan sahaja Cina dan India, malahan kaum Melayu sendiri sudah didedahkan dengan aktiviti berunsur judi seperti permainan tikam-tikam, seterusnya permainan komputer dan video dari zaman kanak-kanak sehinggakan apabila mencecah remaja mereka sudah biasa dengan perkara itu. Apa yang dikesalkan, orang kita tidak berfikir panjang tentang dosa dan akibat buruk yang timbul, tetapi lebih mementingkan wang ringgit sehingga sanggup mengadaikan maruah orang lain dan keluarga sendiri."

    "AMUKAN POCONG" menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Azhan Rani, Ezany, Iqram Dinzly, Elly Mazlin, Nabila Huda, Neelofa, Namron, Sharifah Sakinah, Izara Aisyah, Siti Elizad, Faralyna Idris dan ramai lagi.

    Trailer Terbaru “The Avengers” Sangat Awesome!

    Posted: 29 Feb 2012 10:23 PM PST

    Kalau anda peminat Iron Man, The Hulk, Captain America, Thor, Hawkeye dan Black Widow ataupun mana-mana superhero dari Marvel Comic, maka The Avengers adalah filem yang dinanti-nantikan.

    Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat dan terkenal iaitu Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Tom Hiddleston, Stellan SkarsgÄrd , dan juga Samuel L. Jackson. Filem ini akan ke pawagam pada 5 Mei di luar negara tapi masih tidak dapat dipastikan bila ianya akan ditayangkan di Malaysia.

    Kesemua mereka akan digabungkan dalam satu filem dan mereka bakal beraksi bersama dan memberikan kepuasan yang mendalam untuk ditonton. OHBULAN! pun tak mahu bercerita panjang, mari tonton trailer terbaru "The Avengers" selepas ini!

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Jose Telanjang Bulat di Depan Bengkel Minta Pekerjaan

    Posted: 29 Feb 2012 09:00 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM - Polis Sacramento California, Amerika Syarikat (AS), menangkap seorang lelaki yang telanjang bulat saat memasuki ke sebuah bengkel  di wilayah California.


    Jose Ayala, menurut polis  Sacramento, membebel tak jelas ketika memasuki bengkel  tersebut,Selasa (28/2/2012), sekitar pukul 12.30 waktu setempat.


    Saat mereka datang, Jose sedang berdiri di luar bengkel. Ketika cuba 'diamankan' Jose melawan, namun tak berlangsung lama.


    Ia diyakini mengunakan narkoba saat melakukan aksi gilanya tersebut. Hal itu diketahui dari tingginya kadar metamfetamin pada dirinya saat itu.


    Menurut pemilik bengkel, Chris Johnson, Jose awalnya meminta pekerjaan kepada dirinya. "Saya berbalik, dan dia mengatakan sesuatu tentang dia mencari pekerjaan, tetapi saya tidak tahu kenapa ia telanjang di depan bengkel saya," ucapnya, seperti dikutip dari Upi.com, Rabu (29/2/2012). (upi.com)

    Ini Dia Foto 'Tanpa Make Up' Taylor Swift

    Posted: 29 Feb 2012 08:45 PM PST


     infospesial.net - Kamera paparazi menangkap gambar Taylor Swift  tanpa make-up, saat di lapangan terbang  LAX ketika akan terbang menuju Los Angeles. Penyanyi country terkenal ini pun sama sekali tak terlihat seperti seorang diva. Ia bahkan membawa barang-barang bawaannya sendiri termasuk gitar kesayangannya.
    Dan yang mengesankan penyanyi muda itu terlihat cantik alami meskipun tanpa bedak diwajahnya. Dengan mengenakan pakaina casual, dilengkapi sweater bergaris merah maron dan kream serta seluar panjang coklat, Swift melenggang menuju lapangan terbang.

    Tujuan wanita berusia 22 tahun ini ke Los Angeles adalah untuk mengajarkan  salah satu bintang High School Musical cara bermain gitar, sebelum memulai duet lagu Pumped Up Kicks dari Foster The People.

    Ditangkap Kerana Bertanya Apakah Presiden Boleh Meniup Balon

    Posted: 29 Feb 2012 08:30 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM - Sekelompok peguam independen di Zimbabwe mengabarkan informasi 'pelik' sekaligus menggugat rasa keadilan. Mereka menyebut,polis Zimbabwe menahan seorang tukang kayu hanya kerana tukang kayu tersebut melawak.


    Dilapor Sowetanlive, lawak tersebut berupa pertanyaan, apakah Presiden Zimbabwe Robert Mugabe masih mampu meniup belon saat perayaan ulang tahun Mugabe ke-88.


    Kelompok peguam tersebut menginformasikan tukang kayu ditangkap polis sesaat setelah menyaksikan pesta perayaan Ultah Mugabe melalui layar televisyen di sebuah bar, Sabtu (25/2/2012) lalu. Lelaki tersebut ditangkap atas tuduhan penghinaan terhadap presiden.


    Si tukang kayu harus bersiap menghadapi tuntutan di pengadilan pada 12 March nanti. Ancaman denda selangit disebutkan akan dikenakan terhadap si tukang kayu.

    Doktor Perkosa Gadis Bisu Dan Tuli

    Posted: 29 Feb 2012 08:15 PM PST


    Seorang gadis yang bisu dan tuli diperkosa oleh doktor muda di sebuah hospital pemerintah di Benggala Barat, India. Setelah kejadian, gadis berumur 19 tahun itu ditemukan terbaring tak sedarkan diri dalam keadaan telanjang di hospital tersebut.


    "Kami telah menerima laporan bahawa seorang gadis yang bisu dan tuli telah diperkosa oleh seorang doktor muda di Bankura Sammilani Medical College. Korban telah diperiksa secara medik oleh pihak lokal dan kami tengah membawanya ke Kalkuta untuk menjalani ujian lainnya," ujar Ketua Polis Bankura, Pranav Kumar, seperti dilapor oleh The Times of India, Rabu (29/2/2012). 


    Baju yang dikenakan korban serta juga cadar yang berada di lokasi kejadian juga ikut diperiksa di laboratorium.


    Pada Isnin (27/2) malam waktu setempat, diketahui bahawa korban mendatangi hospital untuk memeriksakan sakit dada yang dideritanya. Namun yang terjadi selanjutnya, gadis malang itu ditemukan telanjang dan tak sedarkan diri di sebuah bilik di hospital tersebut.


    Pihak keluarga pun segera melapor ke pihak polis. Namun pihak hospitaljuga tidak tinggal diam. Mereka menunjuk pasukan khusus untuk menyiasat insiden ini.


    "Kami menerima aduan terkait hal ini. Dilaporkan bahwa doktor bersangkutan memeriksa pesakit  tanpa didampingi oleh staf perempuan rumah sakit mahupun sjururawat perempuan lainnya. Tim penyelidik akan menyiasat lebih jauh tudingan tersebut," terang Kepala RS, Panchanan Kundu.


    Insiden ini terjadi di saat pemerintahan negara bahagian Benggala Barat yang dipimpin oleh menteri perempuan, Mamata Banerjee, menghadapi kritikan keras soal kes pemerkosaan yang terus meningkat. 


    Tercatat bahawa pada awal bulan Februari ini, seorang wanita India keturunan Inggris diperkosa di taman Kalkula. Kemudian pada 24 Februari lalu, seorang wanita pemulung di Baranagar diperkosa sejumlah lelaki dan kemudian dibunuh oleh seorang pemandu  trak. Lalu di distrik Burdwan, seorang wanita diperkosa oleh para perampok setelah cuba melawan mereka.


    Sumber : http://news.detik.com

    Gengster Wanita Ikhlas Diperkosa Demi Status

    Posted: 29 Feb 2012 08:00 PM PST


    Isha Nembhard, perempuan muda, yang merupakan seorang bekas anggota geng jalanan di Ibukota Inggris, London mengungkapkan fakta yang mengejutkan. Ia mengatakan seorang wanita yang menjadi anggota geng jalanan, harus menerima pelecehan seksual bahkan pemerkosaan yang dilakukan oleh para anggota geng lelaki.


     Hal itu, menurutnya merupakan hal yang lumrah terjadi di dalam dunia gengster. Seperti yang ia alami ketika masih menjadi anggota geng terkuat di wilayah Peckham, Selatan Kota London, Inggris. 
    Menurut Isha, dirinya kerap menerima pelecehan dan pemerkosaan yang dilakukan oleh anggota geng lelaki. Hal itu ia terima, agar dirinya diterima di dalam geng.


     "Ini tentang rasa percaya diri yang rendah, dan keinginan untuk mendapatkan perhatian. Bahkan jika mereka tahu itu salah, mereka akan melakukannya untuk mendapatkan penerimaan," ujar Isha seperti dikutip dari Dailymail.


     "Banyak anak perempuan, seperti melacurkan diri mereka, dan memiliki hubungan seksual di dalam geng dan diperlakukan dengan cara yang buruk. Misalnya, gadis itu mungkin tahu tentang apa yang terjadi pada anak perempuan yang ada di geng, tapi mereka tetap tidur dengan semua lelaki anggota geng hanya untuk status," lanjutnya.
    Ironisnya, kata Isha, para wanita gengster itu tidak boleh berbuat banyak, hal itu, ungkapnya harus diterima oleh mereka dengan lapang dada.


    The Met memperkirakan 250, kelompok kriminal aktif di London, Inggris, bertanggung jawab untuk satu dari tujuh kes perkosaan yang dilaporkan.


    NSPCC mengatakan sepertiga remaja putri telah dipaksa terlibat aktif dalam aktiviti seksual, sedangkan berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Race On The Agenda charity, mengungkapkan  pemerkosaan digunakan sebagai bentuk hukuman bagi anggota geng wanita.


    Pemerintah Inggris telah membelanjakan 1.2 juta Pounsterling untuk mengatasi masalah ini.


    Source: http://www.fashingnet.com/

    Foto ..Pertama Kalinya Yu Makan Ikan Yu

    Posted: 29 Feb 2012 07:45 PM PST

    Peneliti Australia memfoto pemandangan yang luar biasa pada Ogos tahun lalu ketika mereka sedang melaksanakan penelitian ikan di Pulau Great Keppel di Great Barrier. Bukan hanya menakutkan tapi predator kanibal juga! Foto pertama kali ikan yu memakan yu yang lain, dengan memakan kepalanya pertama kali.


    Foto menunjukkan jenis yu karpet disebut wobbegong tasselled, mengunyah pertama kali kepala yu coklat. Yu karpet terlihat datar dan memiliki karpet-seperti pola pada tubuh mereka. Mereka menghabiskan banyak waktu mereka berbaring di dasar laut menunggu makanan lalu..


    Tidak seperti biasanya ya, si yu karpet makan makanan besar kali ini, kerana biasanya yang dimakan, adalah jenis mangsa kecil, kali ini masih dari saudara tuanya yang sama-sama yu walau beza jenisnya.



    Anjing Pintar yang Menjaga Basikal Majikannya

    Posted: 29 Feb 2012 07:30 PM PST


    Gara-gara kebiasaannya menjagai basikal milik majikannya, seekor anjing golden retriever telah berubah menjadi selebriti baru di China.
     Luo Wencong dari Nanning, ibukota Propinsi Guangxi tak perlu susah payah membeli rantai untuk menjaga basikalnya dari para pencuri, sebab Li-Li anjingnya selalu siap mengamankan sepedanya.
     Kerana kebiasaannya yang unik saat menjaga basikal sang majikan, para penduduk lokal di Nanning menjuluki Li-Li sebagai 'anjing pemeluk basikal', kerana ia meletakkan kaki depannya pada basikal ketika Lou memakingnya.


    Selain itu, Lou mengatakan bahawa Li-Li merupakan anjing yang pintar, dan juga dapat menghitung, membantunya membawa beg belanjaan.


    "Dimanapun saya meletakkan basikal, ia (Li-Li) memeluknya dengan kedua kaki depan untuk menjaga basikal saya dicuri orang. Li-Li adalah anjing yang sangat pintar. Aku bercerita dengannya setiap hari, dan nampaknya ia cukup memahami apa yang saya katakan," tutur Lou yang dikutip Orange.
     Pada malam hari, Li-Li membantu sang majikan untuk membuang sampah pada sebuah tong sampah yang berjarak sekitar 200 meter dari tempat tinggalnya.
     Meskipun ada orang yang menawarkan wang sebanyak 10.000 yuan untuk membeli Li-Li, namun Lou menolak tawaran itu.

    Lelaki Ini Rela Disepit Seluruh Tubuhnya Hanya Demi 1000 Twett

    Posted: 29 Feb 2012 07:15 PM PST


    Ada-ada saja aksi lelaki ini. Demi mendapatkan 1.000 retweet atas postingannya, ia rela bersakit-sakit setelah 'digigit' oleh penyepit kain .


     Sebuyama si pelaku aksi gila ini adalah seorang penulis di salah satu situs komedi Jepun bernama Omokoro.


     Suatu hari, dilapor Ubergizmo, Omokoro telah menembus 10.000 follower di akauun Twitternya. Lantas, sang chief editor Omokoro meminta Sebuyama untuk datang ke pejabat pada pukul 10 malam, untuk memintanya mencari tahu jenis tweet macam apa yang paling menarik untuk diretweet.


     Sebuyama yang telah memiliki 2.131 follower itu pun menerima 'tantangan' sang bos. Ia lantas mencuba berbagai eksperimen di depan laptopnya untuk menarik perhatian para tweeps. Sang atasan menilai riset ini akan sukses jika Sebuyama telah mendapatkan 1.000 retweet atau lebih.


     Hingga akhirnya Sebuyama melakukan aksi gila dengan cuma mengenakan seluar dalam ia memposting tweet yang kira-kira mengatakan bahawa, "Saya akan menyepit tubuh dengan penyepit kain yang jumlahnya sama dengan retweet yang saya dapat. Fotonya pun akan saya posting,".


     Setelah memposting kicauan tersebut, ia lantas tertidur selama dua jam dan hasilnya di luar dugaan. Kicauan yang diposting tersebut ternyata telah diretweet 1.815 kali.


     Luar biasa! Misi Sebuyama pun sukses. Tinggal bagaimana lelaki berkacamata itu memenuhi janjinya untuk disepit rentetan penyepit kain.


    sumber: sipoyosukacopypaste

    Wajah licin jadi menggerutu

    Posted: 29 Feb 2012 07:00 PM PST

    JOHOR BAHRU - Seorang suri rumah mengakui terpaksa menanggung kesakitan apabila wajahnya bengkak dan menggerutu selepas menjalani rawatan laser di sebuah pusat kecantikan di Ulu Tiram, di sini, akhir tahun lalu.

    Menurut Teng Ann Moi, 49, dua hari selepas menjalani rawatan kecantikan bagi menghilangkan jeragat wajahnya dengan kos sebanyak RM1,888, juru kecantikan berkenaan turut memberikannya sebotol cecair helium untuk digunakan setiap hari.

    "Saya hanya menuruti apa yang diarahkan, apabila berasa perubahan menyakitkan, saya menghubungi juru kecantikan berkenaan, wanita itu berjanji datang ke rumah saya keesokan harinya untuk membuat rawatan susulan," katanya.

    Beliau berkata, wanita berkenaan hanya bertindak memecahkan gelembung di wajah Ann Moi menggunakan jarum dan memaklumkan ianya akan sembuh selain menganggap perubahan itu hanya bersifat sementara.

    "Selepas 10 hari masih tidak sembuh, saya nekad bertemu pakar kulit profesional untuk mendapatkan rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati kesan laser berkenaan menembusi lapisan bawah kulit menyebabkan ianya membengkak," katanya.

    Ann Moi dinasihatkan mendapatkan rawatan seperti yang disyorkan pakar berkenaan selama tiga bulan dengan kos sebanyak RM23,000. Beliau bersetuju dengan cadangan itu asalkan wajahnya dapat dipulihkan.

    "Saya nekad untuk memfailkan tuntutan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM23,000 kepada pemilik pusat kecantikan terhadap kerugian yang saya tanggung akibat rawatan mereka," katanya.

    Pada prosiding kelmarin, Presiden TTPM, Mohd Nasrim Datuk Mohd Salleh berkata, jumlah tuntutan Ann Moi sebanyak RM23,000 hanya boleh difailkan melalui tuntutan di mahkamah sivil manakala pemilik pusat kecantikan bersetuju membayar ganti rugi sebanyak RM5,000.

    Kedua-duanya bersetuju menyelesaikan kes berkenaan secara baik, Mohd Nasrim mengeluarkan perintah bahawa bayaran ganti rugi perlu dijelaskan dalam masa 14 hari dari tarikh award dikeluarkan.

    "Saya terima tawaran berkenaan kerana saya tidak mahu 'turun naik' mahkamah, saya berharap ianya menjadi pengajaran kepada semua wanita untuk berhari-hati ketika membuat rawatan kecantikan," katanya kepada Sinar Harian selesai prosiding.


    sumber : sinar harian

    Waspada...Jerat cinta Aisha Saeed’

    Posted: 29 Feb 2012 06:45 PM PST

    KUANTAN - Seorang penjawat awam hampir diperdaya seorang kenalan wanita yang dikenalinya me lalui laman sosial awal Februari lalu.

    Menggunakan nama 'Aisha Saeed', wanita kacukan Sabah dan dia memperkenalkan diri sebagai Pengurus Pemasaran yang bertugas di England.

    Sulaiman (bukan nama sebenar), 45, berkata, dia berkenalan wanita yang menggunakan nama 'Aisha Saeeda', mengaku anak kacukan Sabah dan memperkenalkan diri sebagai Pengurus Pemasaran yang bertugas di England, melalui laman sosial, Facebook.

    Menurutnya, selepas tiga hari berbalas pesanan melalui laman sosial tersebut, Aisha memberitahunya dia berminat bercuti ke Malaysia selama dua minggu.

    "Melalui pesanan itu, dia memberitahu mahu menghantar bungkusan hadiah kepada saya sebagai tanda persahabatan.

    "Saya dimaklumkan bungkusan tersebut mengandungi wang tunai 100,000 pound, bunga, telefon blackberry, t-shit Manchester United, jam tangan dan komputer riba jenama Hp," katanya kepada Sinar Harian.

    Sulaiman berkata, ketika itu dia sudah mula mencurigai tindakan wanita itu, namun tetap mengikut rentak untuk melihat sejauh mana penipuan dibuat.

    Katanya, Aisha memaklumkan sebahagian wang tunai daripada 100,000 pound iaitu 40,000 pound digunakan sebagai deposit untuk bayaran penginapan, manakala 60,000 pound untuk perbelanjaan ketika berada di Malaysia.

    "Bagaimanapun, pada minggu lalu, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya daripada syarikat penghantaran barangan.

    "Dia memaklumkan kepada saya bahawa bungkusan dihantar atas nama saya sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya.

    Namun begitu, disebabkan bungkusan melebihi berat yang ditetapkan, dia diminta membayar RM2,500 supaya bungkusan itu dapat dikeluarkan daripada Kastam Diraja Malaysia.

    "Lelaki tersebut mendesak saya supaya memasukkan duit ke dalam nombor akaun yang diberikan bagi memudahkan urusan.

    "Saya menjadi lebih curiga dan hairan apabila nama pemilik akaun itu adalah 'Daud Musa' dalam masa sama cuba melengah-lengahkan perkara tersebut, tetapi Aisha menghantar pesanan melalui Facebook kepada saya dan merayu supaya menjelaskan bayaran tersebut malah, berjanji akan membayar semula kepada saya sebanyak dua kali ganda.

    "Dia juga cuba menelefon saya sebanyak tujuh kali pada hari yang sama, tetapi saya tidak menjawabnya kerana mula sedar tentang penipuan tersebut," katanya.

    Sulaiman berkata, dia membalas pesanan dihantar dan memberitahu tidak percaya helah wanita itu.

    "Selepas itu, dia tidak lagi menghubungi saya, malah akaunnya juga sudah tidak aktif lagi.

    "Saya harap, mereka di luar sana lebih berwaspada apabila 'didekati' lelaki atau wanita yang mahu menawarkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti itu," katanya.



    sumber : sinar harian

    Farmasi online jual dadah kepada remaja

    Posted: 29 Feb 2012 06:30 PM PST


    VIENNA: Farmasi haram atas talian menggunakan media sosial untuk menarik pelanggan muda dan menjual dadah dan ubat terlarang kepada mereka.
    Dalam laporan tahunannya yang diterbitkan semalam, Presiden Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa, Hamid Ghodse berkata, kegiatan itu mendedahkan ramai orang awam, khususnya orang muda kepada bahaya, Menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati separuh daripada farmasi haram Internet adalah palsu.

    Hamid berkata, pihaknya mendapati farmasi haram di Internet sering menyamar sebagai famasi sah tetapi hakikatnya, mereka menyeludup produk haram kepada pelanggan.


    Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan menutup farmasi terbabit.

    Agensi itu juga menggesa supaya usaha ditingkatkan bagi menangani kemiskinan, keganasan, jenayah terancang dan rasuah kerana ia mewujudkan suasana penyalah gunaan dadah dan penyeludupan dengan golongan muda menjadi mangsa terbesar.


    "Golongan muda di kalangan masyarakat kurang bernasib baik seharusnya diberi peluang yang sama seperti dalam masyarakat lain dan mempunyai hak untuk dilindungi daripada dadah dan penagihan dadah," kata Hamid. - AFP



    sumber : myMetro

    Makin ramai pelajar perubatan Britain melacur

    Posted: 29 Feb 2012 06:15 PM PST


    LONDON: Lebih ramai pelajar perubatan di Britain beralih kepada pelacuran untuk membiayai pengajian mereka di universiti.
    Seorang daripada 10 bakal doktor mempunyai rakan yang menjual tubuh mereka untuk menangani kos pengajian dan kehidupan yang semakin meningkat.

    Ia meningkat daripada hanya empat peratus pada 2000 dan enam peratus pada 2006.


    Jurnal Pelajar Perubatan Britain bimbang pelajar tertarik kepada kehidupan melacur menerusi rancangan televisyen ITV2 oleh Billie Piper, Secret Diary of a Call Girl, yang mengisahkan mengenai kehidupan glamor dan canggih pelacur kelas atasan.

    Pelajar muda tidak mempeduilkan kesan pelacuran ketika mereka bergelut dengan hutang berjumlah antara RM150,000 hingga RM250,000 untuk pengajian lima tahun.


    Beban itu mungkin meningkat kepada RM350,000 apabila yuran pengajian meningkat.



    Pelajar perubatan di Universiti Birmingham, Jodi Dixon dalam artikel untuk jurnal itu menulis: "Bagi pelajar yang berpendapat mereka tidak ada pilihan kecuali melacur adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

    Sarah Walker dari Badan Kebajikan Untuk Pekerja Seks berkata: "Pekerjaan di kedai dan pub semakin sukar dan gajinya kecil.


    "Semakin ramai yang menimbang untuk melacur atau yang sudahpun terlibat menghubungi kami." - DM


    sumber : myMetro

    Jururawat cantik kemaruk span

    Posted: 29 Feb 2012 06:00 PM PST


    LONDON: Seorang jururawat pergigian semalam mendedahkan bagaimana dia memakan 4,000 span kerana penyakit ganjil.
    Kerry Trebilcock, 21, juga memakan lebih 100 ketul sabun.

    Dia menghidap pica, sejenis penyakit yang menyebabkan mangsa suka memakan barangan bukan makanan.


    Kerry yang berasal dari Mylor, Cornwall berkata: "Satu hari kelak, saya akan mengatasi masalah ini dan mandi atau membasuh baju tanpa merasa lapar." Menurut Kerry, dia suka mencicah 'snek' ganjilnya dengan sos cili atau mustard.

    Kadang-kala dia memakannya dengan mencicah span itu ke dalam minuman teh atau coklat panas.


    Dia juga memakan ketulan sabun, tetapi yang berperisa buah organik. Yang menjadi kegemarannya ialah sabun berperisa lemon dan limau nipis.



    Kerry berkata: "Saya memberi tumpuan khusus mengenai jenis span dan sabun yang saya makan dan cara saya menyediakannya.

    "Jika saya keluar bersiar-siar, saya akan membawa plastik kecil berisi span yang sudah dipotong dan dicampurkan dengan sos tomato atau BBQ. Saya tidak pernah meninggalkan makanan itu." Ada penghidap pica lain memakan besi, arang, pasir atau kapur. Malah ada yang memakan mentol lampu dan perabot.


    Kerana tabiat pemakanannya, Kerry pernah mengalami sakit perut yang teruk dan cirit-birit.

    Meskipun dia sudah mengurangkan memakan span, dia gagal untuk menghentikan tabiat itu sama sekali.


    Pernah dia memakan lima span sehari bersama-sama sos cili, BBQ, jem dan madu.


    "Sos itu akan melembutkan span berkenaan. Begitu juga jika ia dicicah ke dalam minuman panas. Saya akan mengunyahnya sehingga perisanya hilang dan kemudian menelannya." Menurut jururawat itu, dia mulanya gemar memakan makanan remeh. Tetapi sesuatu peristiwa ganjil berlaku.


    "Selepas makan lasagna dan satu bekas ais krim pada satu malam, saya masih lapar.


    "Untuk mengalihkan perhatian, saya ambil keputusan untuk membasuh pinggan mangkuk dan mengeluarkan span baru daripada bungkusan. Tiba-tiba datang keinginan untuk memakannya.


    "Saya duduk dengan segelas air dan mengunyah span itu hingga habis.


    "Ia tidak mempunyai rasa tetapi saya mendapati keseronokan untuk memakannya. Akhirnya, saya tidak lapar lagi dan perut saya rasa puas.


    "Selepas itu, saya merasa malu dan takut serta menangis sehingga tertidur. - DM



    sumber : myMetro

    Penyamun jadi tetamu

    Posted: 29 Feb 2012 05:45 PM PST


    BAU: Sekumpulan tujuh hingga 10 penyamun bukan saja melarikan wang tunai dan barangan berharga bernilai lebih RM10,000, malah turut menghabiskan juadah sarapan keluarga seorang subkontraktor dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jambusan, di sini, semalam.
    Sebelum kejadian, kumpulan penyamun bersenjatakan parang itu dikatakan menyerbu masuk rumah mangsa, Chin Poo Kiong, 52, sebelum mengikat tangan isteri dan dua anaknya dengan tuala tangan, jam 6 pagi. 
    Chin berkata, dia berasa pelik apabila mendengar anjing peliharaannya tidak berhenti menyalak sebelum keluar melakukan pemeriksaan di sekitar kolam ikan diusahakan tidak jauh dari rumahnya.

    "Saya dihampiri sekumpulan lelaki berparang yang mengacu senjata itu ke leher dan meminta saya menyerahkan wang," katanya.



    Menurutnya, lelaki terbabit membawanya ke dalam rumah sebelum menahan isterinya berusia 48 tahun yang menyediakan sarapan serta dua anak lelaki masing-masing berusia 20 dan 16 tahun sebelum mengikat tangan mereka menggunakan tali nilon dan tuala tangan.



    sumber : myMetro

    10 tahun merangkak bawah kolong

    Posted: 29 Feb 2012 05:30 PM PST


    SEGAMAT: "Saya berharap orang ramai tidak salah faham. Selagi hayat dikandung badan, saya tetap menjaga abang walaupun dia sudah 10 tahun hidup merangkak di bawah kolong rumah kerana terlalu malu berdepan orang lain," kata Lina Saho, 38, adik seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU), Sariat Saho, 52.
    Sariat mempunyai tabiat pelik melampau apabila dikatakan gemar memencilkan diri dan pemalu hingga menjadikan kolong di bawah rumah keluarganya di Felda Kemelah, di sini, sebagai tempat tinggal sejak 2002.

    Menurut Lina, dia bertanggungjawab menjaga abangnya walaupun tabiat lelaki itu pelik hingga menjadi bualan penduduk tempatan.


    "Apapun, saya bangga dengan sikap abang yang masih cuba berdikari seperti makan, mandi, membuang air kecil dalam botol sendiri, cuma dia memerlukan bantuan untuk menyikat rambut dan membasuh pinggan. "Abang menghidap penyakit ganjil sejak lahir apabila buih keluar daripada mulut menyebabkan ibu dan bapa kami yang ketika itu masih hidup berusaha mengubatinya dengan pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, namun keadaannya tetap sama.

    "Apabila meningkat remaja, sikap ganjil dan pemalunya untuk berdepan tetamu yang datang ke rumah kami semakin terserlah lalu dia mula memencilkan diri dan bersembunyi di bawah meja dalam rumah," katanya.


    Menurutnya, pada 2002 ketika arwah ibu masih hidup, abang mula menukar 'tempat persembunyian' dari bawah meja ke kolong di bawah rumah hingga sekarang.



    Katanya, ketika itu, kolong di bawah rumah itu hanya berlantaikan tanah serta tidak mempunyai dinding, namun disebabkan kasihan dengan keadaan itu, dia terpaksa menyimen lantai manakala ruang di sekeliling kawasan itu dibina dinding, berkipas dan berlampu.


    sumber : myMetro

    Lydiawati rugi RM1,380 dijemput acara majlis

    Posted: 29 Feb 2012 05:15 PM PST


    KUALA LUMPUR: Pelakon, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 46, kerugian RM1,380 selepas diperdaya seorang lelaki yang menawarkannya menjadi pengacara majlis makan malam anjuran sebuah syarikat petroleum di Singapura, Sabtu lalu.
    Lydiawati berkata, lelaki yang tidak dikenalinya itu menghubunginya jam 9 pagi dan menjemputnya mengacara majlis terbabit di sebuah hotel di Jalan Orchard, Singapura, Ahad lalu dengan bayaran AS$7,000 selain bakal bergandingan dengan dua selebriti negara itu. 
    "Ketika dihubungi saya di Perlis dan dalam perjalanan pulang ke ibu kota. Dia memberitahu segala urusan mengenai tiket penerbangan ditanggung sepenuhnya dan meminta bayaran pendahuluan RM1,380 sebagai cukai pertukaran mata wang asing.

    "Atas dasar percaya, saya memasukkan wang ke dalam akaunnya sebanyak RM690, namun dia memberitahu jumlah itu tidak mencukupi dan saya memasukkan semula RM690 pada petangnya," katanya.



    Lydiawati berkata, selepas memasukkan wang itu baru dia terfikir tidak perlu membayar wang pendahuluan sedangkan dia dijemput mengendalikan majlis berkenaan.


    Kata Lydiawati, sejurus menyedari ditipu, dia menghubungi adiknya di Singapura untuk memeriksa lokasi majlis berkenaan dan terkejut apabila dimaklumkan majlis itu tidak wujud.

    "Saya memeriksa senarai penumpang untuk penerbangan ke Singapura dan mendapati nama tiada dan lelaki itu gagal dihubungi," katanya.

    Sementara itu, Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi menasihati selebriti tempatan supaya memeriksa latar belakang individu yang menawarkan pekerjaan bagi mengelak ditipu. 



    sumber : myMetro

    Datuk dikuasai tangkal black money

    Posted: 29 Feb 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Jika dulu mereka menggunakan taktik mirip silap mata untuk membohongi orang ramai kononnya duit mampu digandakan, kini sindiket Black Money yang didalangi warga Afrika dipercayai menggunakan tangkal dan azimat bagi memperdayakan mangsa.
    Pada masa sama, mereka dikesan menggunakan khidmat rakyat tempatan sebagai 'rakan kongsi' supaya usaha mencari dan memperdaya mangsa menjadi lebih mudah.
    Kaedah terbaru dalang sindiket Black Money itu dibongkar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas menerima aduan dua mangsa yang kerugian RM760,000 selepas melaburkannya kepada seorang lelaki bergelar Datuk berusia 60-an.

    Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, berdasarkan aduan dua mangsa lelaki berusia 40-an itu, pihaknya mengesan Datuk terbabit.



    "Hasil pertemuan, kami dibawa ke rumahnya dan dia menunjukkan empat beg besar mengandungi ribuan wang kertas palsu dalam Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat dan Pound Sterling dipercayai hasil kegiatan penipuan Black Money.


    "Lebih mengejutkan, turut ditemui di dalam satu daripada beg itu ialah dua tangkal yang diperbuat daripada kain yang ditulis dengan potongan ayat al-Quran atau lebih dikenali sebagai wafak," katanya, semalam. 



    sumber : myMetro

    Lapor diugut pelakon,siapakah?

    Posted: 29 Feb 2012 04:45 PM PST


    KUALA LUMPUR: Seorang pengurus produksi wanita berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya membuat laporan polis mendakwa pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi mengugut untuk mencederakannya selain merampas kereta miliknya dalam kejadian di pejabatnya di Wangsa Melawati, Ampang, di sini, kelmarin.
    Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa mendakwa Fauzi dan beberapa rakannya menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah. 
    Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dalam kejadian itu, Fauzi bertindak di luar kawalan dengan memberi banyak ugutan terhadapnya sedangkan perselisihan yang berlaku bukanlah disebabkan hutangnya dengan pelakon berkenaan sebanyak RM14,000.

    "Memang kami ada berhutang dan belum melunaskan separuh daripada bayaran pelakon termasuklah RM14,000 membabitkan Fauzi, tetapi mereka harus faham lambat laun kami akan melangsaikan juga hutang itu dan tidak pernah sesekali melarikan diri.



    "Untuk pengetahuan, kami baru saja melunaskan bayaran RM28,000 kepada seorang warga Iran itu dan akan melangsaikan semua baki hutang kepada semua terbabit termasuk Fauzi dalam masa terdekat," katanya enggan mengulas lanjut mengenai jenis ugutan diterima daripada Fauzi dan rakan-rakannya ketika dihubungi, semalam.



    sumber : myMetro

    Lelaki cacat yang gunakan kerusi roda gagalkan cubaan merompak

    Posted: 29 Feb 2012 04:30 PM PST

    AKSI HEBAT Seorang pemuda lumpuh yang berkerusi roda  menangkap perompak sebuah kedai. Pemuda ini lumpuh akibat kemlangan yang mengakibatkan kecederaan dipunggungnya sepuluh tahun lalu. Tapi ketika Larry Skopnik melihat seorang pelanggan yang mengancam pembantu kedai, ia tidak memperdulikan cacatnya dan berkelahi dengan perompak tersebut.



    Larry Skopnik mendorong kerusi rodanya ke arah orang itu, Larry Skopnik terus menyerang perompak tersebut sehingga keduanya terjatuh dan berkelahi di lantai. Dia mampu bertahan sampai dua pelanggan lain datang membantunya. Perompak tersebut kemudian ditangkap oleh polis.Ketika kejadian dia sedang berbelanja di Food Store tersebut.





    Si buruk yang mahal

    Posted: 29 Feb 2012 04:15 PM PST

    Rupanya tak lah handsome. Warnanya juga tak begitu  menarik. Bila dia semakin membesar badannya kelihatan seperti raksasa. Meskipun gerakannya lembab kesan menyeramkan tak boleh hilang. Ikan jenis ini di dunia paling banyak ditemukan di perairan Indonesia bahagian timur.

    Ikan Napoleon

    Tapi di kalangan pecinta makanan ikan laut di Hongkong, ikan ini benar-benar sajian istimewa. Dagingnya sangat lazat dan lembut, lalu, dia juga merupakan simbol status sosial dan ekonomi bagi pemakannya. Menu ikan, yang di Hongkong disebut sio moy, ini biasanya dihidangkan pada acara khas, seperti pesta ulang tahun kelahiran atau perkawinan. Permintaan tertinggi terjadi pada Hari Ibu. Syukur, barangkali itu merupakan bentuk penghargaan yang tinggi pada kaum ibu. Sajian ikan "buruk rupa" ini sering pula hadir ketika ada jamuan makan meraikan tetamu terutama yang berkaitan perniagan.

    Harganya sekilo di Hongkong mencapai AS$ 80. Modalnya baru AS$ 20, kalau dibeli dengan nelayan dan harga itu sudah dikira mahal.Dan ikan napoleon yang kecil saja beratnya 4-6 kg. Jadi harga satu ekor saja boleh mencecah AS$ 400. . Warna daging yang putih lembut dengan rasa yang sangat lazat, membuat ikan ini semakin diburu. Beberapa Negara yang dicatat sebagai pengimport ikan ini adalah Singapura, China, Hongkong dan Jepun.

    Nenek pegang rekod ,kahwin 23 kali

    Posted: 29 Feb 2012 04:00 PM PST


    Seorang Nenek berusia 68 tahun rasmi menjadi wanita pemecah rekod melakukan paling banyak perkahwinana sepanjang sejarah. Linda Wolfe nama wanita tersebut telah melakukan pernikahan sebanyak 23 kali , dan pernikahan pertama yang dia lakukan , iaitu ketika berumur 16 tahun.

    Tujuh pernikahan pertamanya berjalan cukup lama, iaiatu setiap masing-masing pernikahan berlangsung selama tujuh tahun. Namun dia juga pernah melakukan pernikahan yang sangat singkat hanya selama 36 jam saja.

    Nama Linda saat ini telah tercatat di Guiness Book of world Records sebagai wanita yang melakukan paling banyak pernikahan.

    Gigit telinga hingga putus kerana dipanggil 'gemuk'

    Posted: 29 Feb 2012 03:45 PM PST

    Gurauan yang keterlaluan boleh mendatangkan kemudaratan. Seorang pemuda 24 tahun telah digigit cuping telinganya sehingga putus oleh seorang gadis yang dipanggilnya "gemuk"

    Dia telah dibawa ke hospital.Pemuda itu telah mengejek dengan panggilan 'gemuk' keatas seorang gadis Anna Godfey 21 tahun.Akibat tidak boleh menerima panggilan gurauan itu Anna telah menggigit sehingga putus cuping telinga pemuda itu.

    Sehingga kini cuping telinga yang terputus belum dijumpai dan Anna telah ditahan atas tuduhan menyerang si mangsa.(link)

    [Ajaib] 13 tembak masih hidup

    Posted: 29 Feb 2012 03:30 PM PST

    Kucing bernama smokey yang berasal dari Australia ini telah ditembak sebanyak 13 kali di kepalanya dan dijumpai oleh seorang polis.Yang menghairankan dia masih hidup....Saksikan gambarnya sebelum dan selepas di tembak....




    Gambar Smokey sebelum di tembak....

    Ketika dijumpai...kenapa butang tu ada di matanya?

    Selepas sembuh...


    Polis pakai pedang laser lawan lelaki mengamuk

    Posted: 29 Feb 2012 03:15 PM PST

    dahsyat teknologi polis negara ini...guna pedang laser....


    Dahsyat mamat ni....

    Posted: 29 Feb 2012 03:00 PM PST

    berapa lama agak nya nak memahirkan diri dengan
    skill macam ni....






    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS