Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Penantian bakal berakhir

Posted:

Penantian bakal berakhir

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI


MESKIPUN sedang berbadan dua tetapi Azura tetap bijak dalam soal bergaya.


LAMA tidak mendengar khabar berita bekas penyampai radio Hot FM, Nik Nor Azura yang kini lebih banyak terbabit dalam kerja-kerja di belakang tabir stesen radio popular di bawah naungan Media Prima Berhad.

Selepas beberapa tahun tidak ke udara di radio, ramai yang beranggapan Azura beralih arah ke bidang yang lain tetapi anak kelahiran Terengganu ini sebenarnya masih setia dalam dunia penyiaran yang cukup diminatinya itu.

Terbaru sewaktu ditemui pada pelancaran Konsert Big Jam 2012 Hot FM di Kuala Lumpur baru-baru ini, Azura tetap peramah dan ceria sama seperti sewaktu dia bersiaran di radio walaupun dalam keadaan sarat mengandung.

Biarpun pertama kali mengandung tetapi selebriti berusia 31 tahun ini mahukan suatu kejutan dengan enggan mengambil tahu jantina bayi yang bakal dilahirkan pada April ini.

...

Sila dapatkan naskah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Fasa baru Ana Raffali

Posted:

Fasa baru Ana Raffali

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar AMIN FARIJ HASAN


KELUARGA besar Ana Raffali dan Aznaim meraikan detik indah pasangan raja sehari.


SELEPAS menjalin hubungan sebagai teman rapat selama tujuh tahun, akhirnya kini penyanyi Ana Raffali sah menjadi isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30.

Pada majlis perkahwinannya yang berlangsung sederhana pada Sabtu lalu, Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, memberitahu bahawa dia sangat bersyukur dengan fasa baru kehidupannya.

Malah menurut Ana dengan sokongan yang diberikan suaminya, dia juga berharap untuk terus menghasilkan muzik yang lebih baik pada masa hadapan.

"Saya sangat bersyukur dengan penyatuan ini. Selama tujuh tahun tempoh perkenalan kami akhirnya hari ini kami berdua sah bergelar suami isteri.

"Hubungan ini bukan sahaja di antara saya dan dia, tetapi juga permulaan baru untuk keluarga kami," katanya ketika ditemui selepas mengadakan majlis akad nikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

...

Sila dapatkan naskah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen