Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Gambar Mesra Rebecca Bersama Suami & Anak-Anak

Posted: 17 Jan 2011 07:38 PM PST

GAMBAR REBECCA NUR ISLAM BERSAMA SUAMI DAN ANAK TIRI

Gambar mesra Rebecca bersama suami dan anak-anak tiri'nya yang dikirimkan kepada kami ini dikatakan gambar yang diambil sebelum Rebecca dan suami, Nor Azam berkahwin. Dari gambar pun dah tahu kot.

Kalau tengok pada gambar atas tu, jelas kelihatan kemesraan antara mereka. Senang cakap, keluarga bahagia gitu. Jadi sama-samalah kita doakan agar kebahagiaan mereka ini berkekalan selamanya.

Lagi gambar Rebecca bersama suami dan anak-anak tiri'nya kat bawah ni.

GAMBAR REBECCA NUR ISLAM BERSAMA SUAMI DAN ANAK TIRI

GAMBAR REBECCA NUR ISLAM BERSAMA SUAMI DAN ANAK TIRI

GAMBAR REBECCA NUR ISLAM BERSAMA SUAMI DAN ANAK TIRI

GAMBAR REBECCA NUR ISLAM BERSAMA SUAMI DAN ANAK TIRI

Psstt: Macbook Air, iPhone 4 dan iPad untuk dimenangi. Tak nak ke?

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Jiran mesra ,Andrew Garfield dengan pakaian Spiderman

Posted: 17 Jan 2011 04:04 AM PST






Untuk pertama kalinya gambar Andrew Garfield mengenakan pakaian watak utamanya Spiderman,untuk Movie Spiderman Reboot akan datang akhirnya di siarkan oleh Sony Pictures.

Sebelum ini watak the Friendly Neighbourhood iaitu Spiderman dimainkan oleh Toby Maguire.
Kali ini Andrew Garfield pula menjadi spiderman dalam Movie Spriderman akan datang.

Sebelum nie badan Andrew agak kurus,demi menjayakan wataknya Andrew telah dilatih dan bina badan untuk menampakkan six pack..tapi apasal sensasi tengok masih cekeding jugak badan Andrew masa pakai outfit spiderman nie?

Spiderman Reboot nie akan memaparkan kisah awal Peter Parker menjadi Spiderman,iaitu semasa zaman persekolahannya.

Cover URTV Siti Nurhaliza dan Mia Sara

Posted: 17 Jan 2011 12:50 AM PST

Jarang kita tengok gambar siti Nurhaliza dengan kanak-kanak kan..Untuk cover Majalah URTV Siti Nurhaliza digandingkan dengan Mia Sara,kanak-kanak comel yang menjadi terkenal dan memanggil Lisa Surihani sebagai mama..

Caman sesuai tak kalau Siti jadi mama baru Mia Sara..asyik-asyik tengok Lisa dengan Mia je borink pulak...ada yang kata siti dan Mia kat sini nampak seiras?tapi sensasi rasa takla seiras pun..huhu..

Dua dua comel. :)


















Keluarga Baru bahagia, Rabecca bersama Suami dan 3 orang anak.

Posted: 17 Jan 2011 12:35 AM PST

Pelakon Rabecca Nur Islam sebelum ini sering dilanda kontroversi kerana sangat seksi dan memberi kenyataan yang tidak sepatutnya tentang tudung dan pernah dikatakan ditaja VIP.

Sebelum nie Rabecca pernah dikatakan mempunyai sugar daddy yang sudah mempunyai isteri.Namun gossip itu kini dah berakhir apabila akhirnya Rabecca berkahwin dengan Azam,seorang peguam berstatus duda dan mempunyai 2 org anak.

Azam juga adalah pemilik bersama sebuah firma guaman dan menghadiahkan sebuah rumah kepada Rabecca sebagai hantaran perkahwinan.

Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan Nor Azam Sulaiman, 43, pada 14 Januari 2010 di kediaman mereka di Ukay Perdana, kira-kira pukul 9.40 malam.




Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan. Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu pada 14 Februari depan.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.

Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad.



Rabecca dengan Azam sudah 3 tahun bercinta sebelum berkahwin,bahkan anak-anak Azam dan anak angkat Rabecca iaitu adam pun sangat mesra..kalau tengok betul2 dah mcm adik beradik dah muka Adam dan anak-anak tiri Rabecca.

Rabecca kelihatan gembira dan bahagia dengan Azam dan anak-anak.Gambar-gambar bawah nie diambil sekitar bulan Mei ,July hingga hujung tahun 2010.










Fact about what Man Promise to Woman

Posted: 16 Jan 2011 11:50 PM PST


About a month into a relationship, a woman will look at you and go

"*Woman tone* Promise me something. Promise.... you'll NEVER lie to me"
*Man Tone* "I promise"

And thats the first time we lie to you -Russell Peters-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Shaheizy Sam & Lisa Surihani Undian Tertinggi Pesona Bintang ABPBH Setakat Hari Ini

Posted: 17 Jan 2011 09:55 PM PST

Shaheizy Sam & Lisa Surihani Undian Tertinggi Pesona Bintang ABPBH Setakat Hari Ini

Setakat hari ini, selebriti berbakat Shaheizy Sam & Lisa Surihani menduduki undian tertinggi untuk kategori Pesona Bintang yang dianjurkan oleh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010).

Pesona Bintang, merupakan cabang anugerah ABPBH yang mengambil kira undian untuk selebriti yang paling aktif menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter & Youtube untuk berinteraksi dengan para peminat. Setakat ini, kami perasan akan selebriti yang selalu rajin membalas tweet peminat ialah Tiz Zaqyah, Diana Danielle, Aznil Hj Nawawi, Vanidah Imran, dan Awal Ashaari.

Setiap hari, anda berpeluang untuk mengundi 5 artis lelaki & wanita kegemaran anda sehingga tarikh tutup 3 April 2010.

Daftarkan diri di Pesona Bintang dan undi artis kegemaran anda, mungkin anda bertuah untuk membawa pulang sebuah iPad. Tak undi tak apa, tapi kalau artis kesayangan anda gagal meraih anugerah, jangan salahkan pihak ABPBH pula. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bekas Suami Fiza Elite Bahagia Bersama Kekasih Baru

Posted: 17 Jan 2011 08:10 PM PST

Kami menerima sekeping gambar yang memaparkan suasana romantis bekas suami Fiza Elite, Farriq yang kini bahagia bersama seorang wanita cantik jelita yang dikenali sebagai, Amelia. Kami difahamkan, Amelia (25 tahun) sedang menuntut sebagai seorang pereka fesyen di International Academy of Fashion & Design (IFTC), sebuah institut berdekatan Sungei Wang.

Dengar cerita, perkenalan mereka yang berusia dalam lingkungan sebulan bakal berakhir ke jinjang pelamin tahun hadapan. Kami doakan yang terbaik buat Farriq serta Amelia, semoga impian mereka untuk berkahwin direstui.

Imbas kembali, pada 4 November lepas, Farriq telah menjatuhkan talak satu di hadapan bekas isterinya, Fiza yang dikatakan curang terhadap Farriq sepanjang perkahwinan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gelak Habis Tonton Filem HOMECOMING

Posted: 17 Jan 2011 09:15 PM PST

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey telah menonton sebuah filem komedi lakonan selebriti terkenal Afdlin Shauki yang akan ditayangkan sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina iaitu HOMECOMING.

Filem HOMECOMING akan ditayangkan mulai 19 Januari 2011 di seluruh pawagam di Malaysia dan Singapura. Menggabungkan pelakon handalan dari Malaysia dan Singapura, filem ini sebenarnya mempunyai mesej kekeluargaan yang begitu erat dan tradisi orang kita dengan suntikan lawak jenaka yang menghiburkan. Walaupun filem ini menggunakan 80% bahasa mandarin, namun tetap ada Imej 1Malaysia juga diterapkan dalam beberapa babak. Penampilan pelakon berbagai bangsa iaitu Cina, Melayu dan India sudah tentu menarik semua untuk menonton filem ini walaupun filem ini adalah khusus untuk sambutan Tahun Baru Cina.

Filem ini diarah oleh seorang pengarah kelahiran Malaysia iaitu Lee Thean Jeen yang mana filem ini merupakan arahan pertama beliau.

homecoming poster

Filem ini dilakonkan oleh Ah Niu (penyanyi serba boleh), Afdlin Shauki (pelawak, pengarah dan pelakon terkenal), Mark Lee (pelawak terkenal dari Singapura), Jack Neo (pelawak serba boleh), Jacelyn Tay (pelakon dari Singapura), Huang Wen Hong (DJ popular dari Singapura), Rebecca Lim (pelakon terkenal dari Singapura) dan Koe Yeet (pelakon dari Malaysia).

Bagi Budiey, filem ini memang kelakar. Ada beberapa babak yang boleh membuatkan kita tak kering gusi. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga di musim perayaan ini. Filem yang menggambarkan betapa meriahnya balik kampung halaman untuk bertemu dengan orang tersayang sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ini bukanlah kali pertama kolaborasi Malaysia-Singapura dalam satu filem, malah sebelum ini pun dah banyak Malaysia dan Singapura bergabung untuk menjayakan filem bersama. Namun, ini adalah filem pertama yang menggabungkan semua pihak untuk setiap peringkat iaitu dari pengarah, pelakon dan pengambaran sebenar.

Kolaborasi kedua buah negara ini menampakkan hubungan yang lebih erat dijalinkan dengan kerjasama pelakon handalan dari Singapura dan Malaysia.

Orang Cina akan pulang ke rumah keluarga masing-masing menjelangnya Tahun Baru Cina, dan begitu juga untuk orang Malaysia yang bekerja di Singapura dan orang Singapura yang bekerja di Malaysia. Jadi, tema dan olahan penceritaan filem ini sangat relevan dan real.

HOMECOMING adalah filem kolaborasi antara Homerun Asia, Double Vision, produksi Vision New Media di Malaysia, SIMF Management, J Team Productions dan Tanshern. Produksi company untuk filem ini ialah Woosh Pictures.

Jangan lupa tonton filem ini mulai 19 Januari 2011 di pawagam berdekatan anda.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Official Trailer For Film Antoo Fighter – Amukan Drakulat
  • GET UP CLOSE AND PERSONAL WITH LOTUS RACING
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Trailer & Sinopsis Sorority Row
  • Gambar Fouziah Gous di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa
  • Jom Tonton Program Ewah-Ewah TV3 Edisi Wartawan Hiburan
  • Senarai Pembaca ke Majlis Pra Tonton I'm Not Single 8 Julai Ini
  • Senarai Pemenang Tiket Wayang Majlis Pra Tonton Filem 9 September
  • Gambar Skirt Siti Elizad Sharifudin Seksi di Malam 20 Yang Anggun
  • Trailer Movie Saus Kacang Lakonan Marsha Milan Londoh
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Lakonan Terakhir Faizal Yusof Jangan Hantar Aku Ke Neraka

    Posted: 17 Jan 2011 04:32 PM PST

    "JANGAN HANTAR AKU KE NERAKA" LAKONAN TERAKHIR FAIZAL YUSOF BERSAMA TV9

    Pemergian Allahyarham Faizal Yusof pada awal tahun baru 2011 memang amat memeranjatkan bagi kita semua dan memberi kesan yang besar dalam pesada seni hiburan kita. Terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan beliau yang menjayakan drama "Jangan Hantar Aku Ke Neraka" seperti ialah Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin kerana mereka baru sahaja beberapa hari selesai pengambaran tele-filem tersebut.

    Faizal Yusof

    Ini pula gambar terakhir allahyarham Faizal Yusof yang Budiey ambil di Anugerah Skrin baru-baru ini. Al fatihah.

    Kepada anda yang ingin melihat lakonan daripada pelakon berpengalaman ini menerusi tele-filem 'Jangan Hantar Aku Ke Neraka' merupakan tele-filem terakhir Allahyarham dan bakal ditayangkan pada hari Rabu, jam 8.30 malam pada 19 Januari ini menerusi slot Skrin Di 9.

    Drama "Jangan Hantar Aku Ke Neraka" yang penuh emosi dan kesyahduan ini mengisahkan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami, mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup. Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan.

    Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai. Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya.

    Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya. Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang yang diberikan oleh mereka selama ini akan ditarik balik.

    Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan mengikut jejak langkah rakannya, Didi, ke Kuala Lumpur. Zai bekerja di salun rambut dan hanya Didi penghibur hatinya yang luka walaupun jauh di sudut hati Zai amat merindui ibunya. Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung oleh Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit.

    Mak Jah semakin tenat, nama Zai acapkali disebut-sebut membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka. Dalam keadaan nazak sebegitu, sekali lagi Mak Jah dimarah kerana masih lagi mengingati Zai yang hilang entah ke mana. Pada suatu hari, Zai mendengar berita tentang kematian ibunya yang tersayang. Zai terus pulang ke kampung tetapi Hamzi dan Ita tidak membenarkan Zai melihat jenazah ibu mereka sehingga tergamak untuk mengikat Zai pada tiang di bawah rumah. Tiada siapa yang dapat membantu Zai dan ini membuatkan Zai berasa dirinya bersalah terhadap kematian ibunya dan telah menjadi anak derhaka.

    Masa berlalu, kini Zai telah berjaya menjadi penggunting rambut profesional dan kehidupannya mula senang. Sebaliknya abang dan kakaknya pula hidup dalam keadaan yang begitu sudah. Hami kaki judi sering diugut oleh konco-konco Khalid untuk mengutip hutang. Ita juga sering memarahi Hamzi kerana meminta hutang yang dipinjamkan kepada Hamzi. Suatu hari Hamzi dipukul teruk oleh konco-konco Khalid dan akhirnya menjadi lumpuh.

    Kini Ita terpaksa pula menjadi Hamzi dan keadaan menjadi semakin tertekan buat Ita kerana diberhentikan kerja. Bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga, Ita dirogol oleh konco-konco Khalid dan Hamzi tidak dapat berbuat apa-apa kerana lumpuh. Keadaan dua beradik itu menjadi semakin tidak terurus dengan Hamzi yang lumpuh dan Ita yang semakin tertekan apabila mengandungkan anak yang tidak diketahui siapa bapanya.

    Apakah kesudahan drama penuh emosi dan menyayat hati ini? Bagaimana pula dengan Zai? Siapakah yang perlu dipersalahkan di dalam hal ini? Adakah Zai, Mak Jah, Ita dan Hamzi? Untuk mengetahui kesudahan "Jangan Hantar Aku Ke Neraka" ini, pastikan anda semua bersama kami pada malam Rabu ini menerusi slot Skrin Di 9, jam 8.30 malam hanya di saluran Di Hatiku, TV9.

    Faizal Yusof

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sneak Preview Filem Maut Scene Neraka
  • Kisah Menantu Mualaf dalam Telemovie Setulus Kasihmu
  • Fesyen Syamsul Yusof & Zed Zaidi di Karpet Merah FFM23
  • Gambar Eizlan Yusof & Vie Shanti di Majlis Puteri Aurora Beradu
  • EH! Cover Girl Search 2009
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Liyana Jasmay di Konsert Jelajah 11 Era
  • Gambar Isteri Eizlan Yusof & Baby Baru
  • Faizal Yusop Bekas Suami Siti Nordiana Kahwin Hari Ini
  • Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS