Adsense

Isnin, 17 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Shaheizy Sam & Lisa Surihani Undian Tertinggi Pesona Bintang ABPBH Setakat Hari Ini

Posted: 17 Jan 2011 09:55 PM PST

Shaheizy Sam & Lisa Surihani Undian Tertinggi Pesona Bintang ABPBH Setakat Hari Ini

Setakat hari ini, selebriti berbakat Shaheizy Sam & Lisa Surihani menduduki undian tertinggi untuk kategori Pesona Bintang yang dianjurkan oleh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010).

Pesona Bintang, merupakan cabang anugerah ABPBH yang mengambil kira undian untuk selebriti yang paling aktif menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter & Youtube untuk berinteraksi dengan para peminat. Setakat ini, kami perasan akan selebriti yang selalu rajin membalas tweet peminat ialah Tiz Zaqyah, Diana Danielle, Aznil Hj Nawawi, Vanidah Imran, dan Awal Ashaari.

Setiap hari, anda berpeluang untuk mengundi 5 artis lelaki & wanita kegemaran anda sehingga tarikh tutup 3 April 2010.

Daftarkan diri di Pesona Bintang dan undi artis kegemaran anda, mungkin anda bertuah untuk membawa pulang sebuah iPad. Tak undi tak apa, tapi kalau artis kesayangan anda gagal meraih anugerah, jangan salahkan pihak ABPBH pula. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bekas Suami Fiza Elite Bahagia Bersama Kekasih Baru

Posted: 17 Jan 2011 08:10 PM PST

Kami menerima sekeping gambar yang memaparkan suasana romantis bekas suami Fiza Elite, Farriq yang kini bahagia bersama seorang wanita cantik jelita yang dikenali sebagai, Amelia. Kami difahamkan, Amelia (25 tahun) sedang menuntut sebagai seorang pereka fesyen di International Academy of Fashion & Design (IFTC), sebuah institut berdekatan Sungei Wang.

Dengar cerita, perkenalan mereka yang berusia dalam lingkungan sebulan bakal berakhir ke jinjang pelamin tahun hadapan. Kami doakan yang terbaik buat Farriq serta Amelia, semoga impian mereka untuk berkahwin direstui.

Imbas kembali, pada 4 November lepas, Farriq telah menjatuhkan talak satu di hadapan bekas isterinya, Fiza yang dikatakan curang terhadap Farriq sepanjang perkahwinan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.