Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ayish Tersingkir dari Mentor 5

Posted: 01 May 2011 08:15 PM PDT

Budiey nak ucapkan tahniah buat Ratnah dan Shiha yang berjaya melangkah ke Peringkat Separuh Akhir. Untuk Ayish yang tersingkir, jangan putus asa ya. Teruskan usaha untuk mempertajamkan lagi vokal anda.

SHAH ALAM: Protege Ayish atau nama sebenarnya Muhammad Faris Mohamed Razali, 21, tersingkir pada konsert Mentor musim kelima, yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Ayish Mentor 5

Ayish Mentor 5

Ayish yang dididik di bawah mentornya Noh Hujan itu terpaksa akur apabila dia gagal mengumpul markahnya sepanjang empat minggu konsert diadakan dan hanya mampu memperoleh markah keseluruhan sebanyak 208 sekaligus membuatkan dia gagal mara ke peringkat separuh akhir. Peserta dari Shah Alam itu menjadi peserta pertama dalam kumpulan A, tewas kepada protege Datuk Sharifah Aini, Nurshiha Mohd Zikir, 24, yang memperoleh markah keseluruhan sebanyak 252 dan protege Afdlin Shauki, Ratnah Awal, 26, pula mendapat markah sebanyak 215.

Menurut Ayish, dia mengakui persembahannya pada minggu-minggu sebelum ini terlalu banyak kekurangan sehingga mengganggu pemarkahan yang diterima.

"Saya telah cuba melakukan yang terbaik pada persembahan malam tadi dan akur dengan keputusan yang diterima. Bagaimanapun, perjalanan muzik saya tidak akan terhenti begitu sahaja, katanya yang membawakan lagu daripada Nidji, Laskar Pelangi dan Nakal daripada kumpulan Gigi.

Dalam pada itu, Datuk Ramli MS, selaku juri tetap memuji Ayish yang mempunyai banyak peningkatan dalam persembahannya dan meminta Ayish mengambil kelas vokal jika ingin menjadi seorang penyanyi profesional.

Sementara itu, Noh pula berkata, dia sentiasa menerima Ayish dengan tangan terbuka jika protegenya itu ingin meminta bantuan untuk meneruskan karier dalam bidang nyanyian.

"Saya tak kisah kalau dia (Ayish) mahu mendapat bantuan kami, tapi terpulanglah pada dia. Cuma, saya bangga dengannya kerana walaupun disingkir, sekurang-kurangnya Ayish meninggalkan memori Mentor 5 dengan persembahan terakhirnya yang terbaik," tuturnya.

Sistem pemarkahan terbahagi kepada tiga iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus lagi daripada juri awam.

Pada malam itu, penyanyi rap Joe Flizzow bertindak sebagai juri undangan. via Mstar Online

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Video Persembahan Pertama Protege di Showcase Mentor 5
  • Salma Dapat Pujian Melambung di Konsert Mentor 5
  • Siapa Mentor & Protege Untuk Realiti TV Mentor Musim Ke-3?
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya
  • Nieyl Mentor Perlu Masuk Sekolah Balik?
  • Gambar Mentor & Protege di Rakaman Mentor Raya 2010
  • Ujibakat Mentor Bersama Awie
  • Gambar Peserta Mentor di Konsert Mentor Kumpulan A
  • Simon Tersingkir Dari One In A Million
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikah

    Posted: 01 May 2011 08:02 PM PDT

    PELAKON Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lalu. Majlis akad nikah telah diadakan di Restoran Felda Villa, di Kuala Lumpur dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

    Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

    Zed Zaidi Nikah

    Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.

    Seronok betul tengok gambar perkahwinan Zed Zaidi dengan Nelly Nathalia, yang bujang pun terus tiba-tiba semangat nak kumpul duit nak kahwin sebab tergambar kegembiraan Zed Zaidi dalam majlis pernikahan beliau ni. Perwatakan Zed Zaidi yang ceria dan gila-gila mungkin membuatkan beliau mampu untuk cover perasaan nervous walaupun dalam saat hendak akad nikah. Lihat saja reaksi Zed Zaidi yang tergelak dan tersenyum dalam gambar pernikahan Zed Zaidi ini.

    Namun setelah selesai majlis akad nikah, reaksi spontan Zed Zaidi menggenggam tangan tanda gembira dan puas hati kerana telah selesai segalanya. Kami ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan Zed Zaidi dan Nelly Nathalia yang berkahwin pada 29 April lalu, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Warna putih menjadi pilihan Zed Zaidi dan Natalia, nampak cantik sangat pakaian yang dipakai oleh mereka. Tahniah buat perekanya.

    Zed Zaidi dan Nelly Nathalia sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Perkenalan antara Zed Zaidi dan Nelly Nathalia di facebook akhirnya sampai ke jinjing pelamin. Anda dah jumpa jodoh di facebook? Layan gambar sekitar majlis pernikahan Zed Zaidi dan Nelly Nathalia.

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Zed Zaidi Nikah

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fesyen Syamsul Yusof & Zed Zaidi di Karpet Merah FFM23
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Gambar Hantaran & Dekorasi Akad Nikah Siti Sarah & Shuib
  • Gaya Zed Zaidi di Anugerah Bintang Popular 2009
  • Gambar Majlis Akad Nikah Zaffrina Penyampai Suria FM
  • Gambar Perkahwinan Diraja Zara Salim Davidson
  • Profile Ahmad Nazib Bin Zaidi (NAZIB) Calon Pelajar AF 6
  • Kuza, Zila Bakarin, Sabri Yunus, Suhaimi Kaswan Dalam Drama Iradat
  • Rabbani, Ikram Dinzly, Zek Zaidi Di Kesyukuran Dalam Kemeriahan Ramadan Al-Mubarak
  • Sekitar Ujibakat OIAM di Kota Kinabalu, Sabah
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    Isteri Zul 2 By 2, Isma AF7 Keguguran

    Posted: 01 May 2011 12:17 PM PDT

    ISMA AF7 KEGUGURAN

    Nampaknya belum rezeki Zul 2 by 2 dan isterinya, Isma AF7 untuk menimang cahaya mata ke-6 kerana Isma dilaporkan mengalami keguguran semasa kandungannya dalam usia lebih 2 bulan.

    Seperti yang dilaporkan di portal Murai, Isma mengalami pendarahan dengan banyak sekali secara tiba-tiba pada pagi Sabtu, 30 April lalu. Zul yang cemas melihat keadaan Isma ketika itu terus bergegas membawa Isma ke hospital.

    Apabila pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan yang kandungan Isma telah tiada dan dipercayai telah keguguran. Namun apakah punca yang menyebabkan Isma keguguran tidak pula diketahui.

    Kami pasti apa yang berlaku ini sangat menyedihkan Zul dan Isma. Kami harap Zul dan Isma tabah menghadapinya dan redha dengan apa yang berlaku. InsyaAllah kalau ada rezeki, dapat la anda menerima kehadiran cahaya mata ke-6 nanti.

    + Encik One

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Zahiril & Shera Selamat Bertunang, Nikah 20 November Nanti

    Posted: 01 May 2011 06:50 AM PDT

    GAMBAR PERTUNANGAN ZAHIRIL DAN SHERA

    Tahniah kami ucapkan kepada Zahiril Adzim dan Shera Aiyob kerana sudah selamat mengikat tali pertunangan pada pagi tadi. Mereka akan melangsungkan pernikahan pada 20 November nanti.

    Dalam majlis pertunangan tersebut, Zahiril memberi tujuh dulang hantaran dengan tema warna hijau manakala Shera membalas dengan 11 dulang hantaran berwarna merah jambu.

    Lagi gambar kat bawah ni.

    GAMBAR PERTUNANGAN ZAHIRIL DAN SHERA
    This photo via @ninimohd

    GAMBAR PERTUNANGAN ZAHIRIL DAN SHERA
    This photo via @NadyaZaini

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    aReaL&Celebrity

    sumber :-

    aReaL&Celebrity


    Gambar Pelakon Juvana ,Zahiril Adzim Dan Pasanganya Shera Ayob Bertunang

    Posted: 01 May 2011 05:20 AM PDT

    Salam Guys, Tahniah Diucapkan Kepada Zahiril Adzim Dan Pasanganya Shera Ayob Yang Telah Melangsungkan Majlis Bertunang Baru-Baru Ini <-- "Ayat *Baru2 Ini* Terpaksa Pasai Aku Tak Sure Bila Diaorang Bertunang... Kuikuikui". Untuk Pengetahuan Korang, Zahiril Adzim Merupakan Salah Sorang Pelakon Yang Membintangi Drama Juvana Yang Sedang Ditayangkan Di TV3 Sekarang Ni..

     

    Shera Ayob Pula Merupakan Salah-Seorang Host WWF WHI A.K.A Wanita Hari Ini.Mereka Memilih 20 November 2011 Untuk Melangsungkan Majlis Akad Nikah Dan Bersanding... Cantik Tarikh Tu Kan !!! 20112011, Dah Macam Tarikh Aku Nikah Dulu.. 20082008.. Terbaek Der.. Oopps... Lari Topik Suda.. Hehehe.. Majlis Berseksi Resepsi Mereka Akan Berlangsung Pada 17 Disember 2011.
    Okey, Kat Bawah Ni Ada 2-3 Keping Gambar Yang Sempat Aku Cedok.. Sorry, Gambar Tak Berapa Nak Clear.. Aku Guna Nokia 3310i Jer Amik Nih... <-- Yang Ni Aku Tipu..





    Biodata Shera
    NAMA: Nur Syahirah Aiyob
    PANGGILAN KOMERSIAL: Shera Ayob
    TARIKH LAHIR: 21 Disember 1986
    ASAL: Ipoh, Perak
    KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik
    PENDIDIKAN: Diploma Pengajian Media, Institut Media Integratif Malaysia (MIIM), Kuala Lumpur
    KARIER: Pengacara dan pembantu penerbit
    PROGRAM: Kapsul My TV3 dan Wanita Hari Ini (WHI)
    PENCAPAIAN: Iklan komersial Double Mint dan Walls Kena Durian Runtuh, pelakon filem Sesuatu Yang Tertinggal dan Karak.


    Biodata Zahiril
    NAMA: Mohd Zahiril Adzim
    PANGGILAN KOMERSIAL: Zahiril Adzim
    TARIKH LAHIR: 23 Januari 1984
    ASAL: Taiping, Perak
    PENCAPAIAN: Kami The Series,Seandainya Aku Siti,Senjakala,MerahPuteh
    E-Mail: bobbamario@hotmail.com
    Blog : http://zahiriladzim.blogspot.com/




    Churp1 Churp2 Churp3 Churp4 Churp5 Churp6
    facebook Shera Ayob,biodata Shera Ayob,gambar Shera Ayob,Shera Ayob seksi,Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
    Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Gaun pengantin yang di pakai Kate Middleton hanya berharga RM346 di China

    Posted: 01 May 2011 09:00 PM PDT

    Foto AFP

    BEIJING: Lebih 700 kilang baju perkahwinan dan kedai di Tiger Hills, di bahagian lama bandar raya Beijing, merancang menawarkan pakaian pengantin seumpama isteri Putera William, Duchess of Cambridge Kate Middleton yang direka Sarah Burton dari syarikat Alexander McQueen dengan kadar yang murah.

    "Kami sudah meniru banyak pakaian sebelum ini, dan tukang jahit kami meniru gaun Puteri Diana dengan 80 peratus hampir sama," kata pengurus pengeluaran kilang pakaian perkahwinan, Bo En Qiao, Xu Xiang, 24.
     Di belakang beliau, 20 pekerja sibuk menyiapkan gaun bersulam menggunakan imej pengantin diraja itu yang diletakkan dalam skrin monitor sebagai panduan.
     "Kami mengambil masa 15 hingga 20 hari untuk menyiapkan versi pakaian perkahwinan diraja terkini itu yang hanya dijual dengan harga £70 hingga £90 (RM346 hingga RM445)," tambahnya. Harga baju pengantin sebenar Middleton bernilai £38,000 (RM188,000).

    Akhbar Telegraph melaporkan dengan harga terbabit, tentunya gaun pengantin tiruan China itu tidak disediakan tiga kain dalam berenda, renda bersulam tangan menggunakan teknik 'carrickmacross' atau kain satin berwarna putih gading dengan kualiti sama.

    "Sudah tentu kami akan menggunakan bahan yang lebih murah," kata Xu.
    Bagi layah sepanjang 2.7 meter pula, Xu berkata pihaknya akan membuatnya jika diminta pelanggan.
     "Kami boleh membuat layah sepanjang gaun Puteri Diana. Kami pernah membuat layah sepanjang 18 meter sebelum ini," katanya.

    Bandar romantik Suzhou yang dipenuhi taman tradisional China menjadi satu daripada pusat pakaian pengantin di
    China. Ramai pengantin datang untuk membeli gaun dengan harga serendah £20 (RM99). – Agensi
    saya petik dari Berita Harian

    Gempak.perhentian bas boleh keluarkan bunyi orang batuk

    Posted: 01 May 2011 08:46 PM PDT

    Terperanjat orang yang hampiri bus stop ini...
    saya petik dari kosmo online

    LONDON - Pihak berkuasa kesihatan Britain akan membina perhentian bas baru yang mengeluarkan bunyi batuk berkahak perokok apabila orang ramai mendekatinya, lapor sebuah akhbar semalam.

    Perhentian bas itu yang menelan belanja £1,200 sebuah (RM5,939), dilengkapi cip sensor yang dapat mengesan kehadiran manusia seterusnya mengeluarkan bunyi manusia sedang batuk.

    Setakat ini, sebanyak 15 buah kemudahan itu telah dibina dalam fasa percubaan di seluruh Britain, terutamanya di kawasan yang banyak mencatatkan kes kanser paru-paru.

    Pembinaannya merupakan sebahagian kempen antimerokok di negara itu bagi menggalakkan perokok yang mengalami batuk berpanjangan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan.

    "Tempat perhentian bas unik ini merupakan kempen iklan kesihatan baru yang dapat menarik perhatian orang ramai," kata seorang pegawai kesihatan, Dr. Phil Sawyer. - Agensi

    Mahal..telefon hanya ada kemudahan panggilan dan sms dijual RM31,675

    Posted: 01 May 2011 07:00 PM PDT

    Mahal betul..
    saya petik dari kosmo online

    LONDON -Tiada enjin carian Internet Google mahupun kamera tetapi harga telefon bimbit jenama Æsir YB1 jauh lebih mahal berbanding telefon pintar iaitu mencecah £6,400 (RM31,675) lapor sebuah akhbar semalam.

    Menampilkan reka bentuk mudah dan ringkas, gajet buatan Denmark itu begitu diminati oleh golongan kaya dan merupakan gajet prestij mereka.

    YB1 yang didatangkan dengan skrin kaca batu nilam, cuma dilengkapi fungsi asas telefon bimbit iaitu kemudahan panggilan dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

    Namun Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata, YB1 mahal kerana ia dibuat dengan menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan jam tangan mewah.

    "Orang kaya tidak perlukan telefon pintar seperti iPhone, mereka mengupah staf untuk mengendalikan jadual, menghantar e-mel atau mengemas kini Facebook," katanya. - Agensi

    Simpan jari dikerat Ah Long

    Posted: 01 May 2011 06:00 PM PDT

    Gila betul Ah Long ni...
    saya petik dari myMetro


    KUALA LUMPUR: Sebahagian telinga kirinya dipotong, begitu juga ibu jari tangan kiri manakala kedua-dua tangan dan kakinya turut ditetak hingga hampir putus.

     Itu penderitaan yang dilalui seorang peniaga akibat kekejaman ceti haram atau along menyebabkan dia terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang selama seminggu sebelum dipindahkan ke wad biasa, kelmarin.

     A Muthukrishnan, 42, yang mengusahakan perniagaan daging kambing diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai konco along di hadapan rumahnya di Bandar Baru Selayang, di sini, pada kira-kira jam 4 pagi, 23 April lalu.

     Serangan ke atasnya disebabkan dia dikatakan gagal melunaskan hutang RM50,000 sedangkan dia sudah pun membayar lebih daripada RM60,000 sejak lima tahun lalu.

    Dalam kejadian serangan itu, mangsa yang menaiki motosikal untuk memulakan perniagaannya dihalang sebuah kereta tidak diketahui jenisnya.

    Lelaki lari telanjang bulat ketika polis serbu pusat pelacuran

    Posted: 01 May 2011 05:30 PM PDT

    KOMPAS.com — Seorang laki-laki lari tunggang langgang dalam keadaan telanjang bulat dari rumah pelacuran di kawasan timur China. Uniknya, ketika ia kabur, seorang fotografer sempat mengambil gambarnya.

    Si lelaki hidung belang kabur kerana polis mengeledah kompleks pelacuran di kawasan Changchun, Daerah Jilin. Lantaran takut tertangkap, dia langsung naik ke atap blok apartemen rumah pelacuran itu, menuruni tembok melalui saluran paip air hujan.

    Lelaki yang tak disebutkan namanya itumelarikan diri melalui jalan di belakang blok apartemen tersebut. Namun, ternyata, dia tak sendirian.


    Pada foto ketiga terlihat juga dua perempuan yang salah satunya hanya berbalut tuala terlihat berlari menyusulnya ketika masih di atap blok apartemen. Tak diketahui apakah kedua perempuan itu juga berhasil melarikan diri.

    Meski berhaluan komunis , China memiliki undang-undang antipelacuran yang ketat, termasuk hukuman mati bagi jenayah perdagangan manusia.

    Keretapi Termewah, Memiliki 23 Gerabak Untuk Membawa 88 Penumpang

    Posted: 01 May 2011 11:01 AM PDT

    Keretapi paling mewah di India memulai perjalanan perdananya dari satu kota di bahagian timur negeri tersebut pada Sabtu malam. Kereta yang diberi nama "Maharajas Express" itu dilancarkan di stesen Kolkata pukul 22.10 waktu setempat oleh Menteri Perkeretaapian India Mamata Banerjee.

    "Selama enam hari dan tujuh malam berikutnya, kereta tersebut akan berhenti di enam stesen sebelum sampai ke tujuan, New Delhi. Hal itu akan menjadi perjalanan unik pan-India, dan pelancung dapat mengunjungi banyak tempat terkenal, seperti kota warisan dan hutan lebat, tempat pendatang mungkin memiliki kesempatan untuk melihat harimau," kata Banerjee.

    Kereta tersebut hanya membawa 88 penumpang di 23 gerabak yang didekorasi dengan baik. Gerabak ini diperlengkapi sistem pengatur temperatur individual, toilet ramah lingkungan, perangkat TV, pemain DVD, internet dan telepon hubungan langsung. Semua makanan dan minuman gratis.

    Ada empat kategori gerabak, iaitu junior suite dengan harga tiket 800 dollar AS per orang per hari, kabin deluxe dengan harga 900 dollar AS, suite dengan 1.400 dollar AS dan presidential suite dengan harga 2.500 dollar AS.

    Menurut kementerian tersebut, hal baru ini menciptakan sejarah dalam perkeretaapian India, dan akan meningkatkan pembangunan industri pelancungan.




    Mak bapak hilang akal

    Posted: 01 May 2011 10:01 AM PDT






    Would you leave your child alone on a bed in a shopping mall? Well STOMPer jenny saw a little boy sleeping while his parents were nowhere in sight.

    Said jenny of what she saw (Apr 30):

    "Irresponsible parents.

    "I was at a shopping mall when I saw this kid sleeping in this bed that is on sale.

    "I think the parents are not doing the right thing by leaving their kid alone on a bed in a public place and just going off.

    "What if he woke up and is unable to find his mummy and daddy?

    "This message goes out to everyone."

    GiSuami Isteri cuba bunuh kesemua anak kerana takut kesan pemanasan global

    Posted: 01 May 2011 09:01 AM PDT

    Ajaib! Seorang bayi selamat setelah ditembak di dadanya. Padahal selama tiga hari peluru bersarang di dadanya.

    Bayi perempuan berusia 7 bulan itu ditembak oleh orangtuanya. Setelah menembak, ayah dan ibu  bayi itu  pun membunuh diri. Mereka juga membunuh abang bayi tersebut.

    Peristiwa ini terjadi di Kota Goya, Argentina seperti diberitakan Latin American Herald Tribune dan dilapor harian Telegraph,

    Pasangan suami isteri Argentina, Francisco Lotero (56) dan Miriam Coletti (23) meninggalkan pesan sebelum bunuh diri. Dalam pesan tersebut, mereka menuliskan bahawa mereka bunuh diri dan membunuh anak-anak mereka kerana takut akan impak pemanasan global.

    Polisi setempat mendatangi rumah keluarga tersebut setelah para tetangga melaporkan adanya bau busuk dari rumah mereka. Di dalam rumah tersebut, polis menemukan Lotero dan Coletti telah meninggal dunia. Keduanya tewas dengan luka tembak di dada. Anak lelaki mereka yang berumur dua tahun juga tewas dengan luka tembak di punggung.

    Sedangkan sang bayi perempuan ditemukan polis dalam keadaan berlumuran darah kerana luka tembak di dada. Dia masih hidup dan dilarikan ke hospital Keadaannya ketika ini mulai stabil.

    Basikal yang dibuat daripada 100% kayu

    Posted: 01 May 2011 08:00 AM PDT

    Slawomir Weremkowicz, seorang bekas tukang kayu 59 tahun dari Poland, menciptakan basikal fungsional hanya menggunakan komponen kayu.

     Pemahat kayu berbakat dari Biala Podlaska mengatakan ia selalu ingin menjadi seorang seniman, dan kerana Tuhan memberinya bakat ukiran kayu, dia dia fikir dia harus melakukan sesuatu yang menakjubkan dengan itu. Jadi dia memutuskan untuk menciptakan serangkaian basikal kayu yang dia tidak menggunakan satu gram dari logam atau plastik. Cukup melihat sepotong kayu, Slawomir sudah boleh membayangkan bagaimana ia akan mengubahnya menjadi salah satu bahagian basikal dan menggunakan alat-alat ukiran kayu sederhana seperti pahat dan gergaji.




    Tengkorak Ini Tersusun Dari Otak Manusia Yang Diawetkan

    Posted: 01 May 2011 07:00 AM PDT

    Dulu orang berkata seni itu indah, namun seni yang ini malah mengerikan. Bayangkan tengkorak ini tersusun dari hirisan otak manusia. Siapa yang punya idea  ini? Richmond, VA designer grafis dan artis Nuh Scalin menciptakan tengkorak raksasa dari ratusan irisan otak bahagian dari otak manusia - yang secara hati-hati diawetkan dan dikumpulkan oleh College of Physicians 'Mutter Museum di Philadelphia.






    bahagian otak yang diawetkan








    Ingin Sembuh dari Epilepsi, Seorang Lelaki Makan Otak Kanak-kanak

    Posted: 01 May 2011 06:00 AM PDT

    Seorang lelaki China yang putus asa akibat menderita penyakit epilepsi, membunuh dan memakan otak dari seorang anak kecil berusia 11 tahun. Hal ngeri ini dia lakukan untuk menyembuhkan penyakitnya tersebut.

    Wang Chaoxu yang tinggal di Desa Qixian, Daerah Yunan, China, melakukan hal keji tersebut setelah dirinya mendengar mitos memakan otak anak kecil dapat menyembuhkan epilepsi.

    Polis menemukan jasad Li Xuetang terkubur sekira lima kilometer di sekitar kawasan sawah desanya. Jasad Li ditemukan dengan bahagian belakang kepalanya  terkoyak dan otaknya sudah dikeluarkan.

    Kes kanibalisme ini terungkap setelah ibu dari Li Xuetang gelisah tidak menemukan anaknya dirumah hingga malam hari. Yu Chaochu, ibu dari kanak-kanak malang tersebut bahkan meminta ketua desa untuk menyiarkan anaknya yang hilang melalui radio.

    Beberapa jam kemudian jasad Li berhasil ditemukan, seorang penduduk desa mengaku melihat anak tersebut berlutut dan lehernya dipegang oleh orang yang tidak dikenal. Yu yang ingin sekali melihat anaknya, disarankan untuk tidak melihat jasadnya kerana keadaan mayat yang sudah rosak.

    "Saya tidak bolehmembayangkan apa yang terjadi padanya. Saya selalu mengalami mimpi buruk saat memikirkannya," ungkap Yu Chaochu seperti dikutip The Sun.

    Tidak lama kemudian pelaku Wang Chaoxu, akhirnya berhasil ditangkap oleh pihak polis. Dalam penyelidikan polis ditemukan, lelaki itu  melahap otak Li Xuetang dengan cacing dan semut untuk mengubati penyakit epilepsinya. Wang diketahui pernah menikah dengan seoang jururawat, namun isterinya meninggalkannya kerana penyakit yang dia derita tidak memungkinkan dirinya untuk bekerja.

    Selain diketahui membunuh Li Xuetang, Wang diyakini terlibat pembunuhan seorang anak perempuan berusia tiga tahun yang jasadnya ditemukan dalam keadaan yang hampir sama dengan Li Xuetang. Kanak-kanak perempuan tersebut ditemukan dalam sebuah tandas awam dengan luka pada kepalanya. Polis sendiri masih menyelidiki berkaitan kes ini.

    IPad Innovation

    Posted: 01 May 2011 05:00 AM PDT

    Here are some crazy IPad mods.











    Accident berdarah dalam pertandingan skating

    Posted: 01 May 2011 04:00 AM PDT

    Meagan Duhamel a Canadian skater hits Eric Radford in the face with her elbow while performing a pair's short program at the ISU Figure skating World championships in Moscow.






    Gambar awek yang tak rela Putera Wiliam kahwin

    Posted: 01 May 2011 03:00 AM PDT

    Foto dibawah ini adalah moment ketika seorang awek yang tidak diketahui identitinya merasa "tidak rela" akan pernikahan putera Wiliam dan Katte, foto ini diambil saat kedua mempelai berciuman di balkoni istana.




    Pengadil syok sendiri penalti ulang sampai 5 kali

    Posted: 01 May 2011 02:00 AM PDT

    Kalau Anda jadi pemain, apa yang Anda rasakan jika tendangan penalti  diulang lima kali. Geram! Marah. Ini yang terjadi ketika Tunisia menghadapi Serbia dalam pertandingan persahabatan. Pengadil dari Tahiti memaksa endangan penalti itu  diulang sampai lima kali.Sampai ada pemain Serbia kena kad kuning kerana membantah.



    Anak Ditukar Beer dan Wang

    Posted: 01 May 2011 01:00 AM PDT

     Anak perempuan berusia 14 tahun "dinikahkan" ayahnya, dengan imbuhan wang dan beer.Polisi menangkap laki-laki berasal Greenfield California kerana disyaki merancangkan penjualan anak perempuannya yang berusia 14 tahun, dalam pernikahan yang ditukar wang US$16.000,100 peti beer dan berkotak-kotak daging.

    Polis mengatakan perbuatan ini diketahui ketika si ayah yang berusia 36 tahun ini mendatangi kembali si "pembeli" dan meminta anak perempuannya dikembalikan, kerana pembayaran tak seperti yang dijanjikan.

    Si ayah ditangkap atas tuduhan perdagangan manusia. Polis juga menangkap laki-laki berusia 18 tahun atas tuduhan melanggar undang-undang perkosaan.

    Para penyelidik yakin si anak perempuan pergi atas keinginan sendiri dengan laki-laki yang "membeli"nya. Tapi dibawah hukum California tak diizinkan, dan tak boleh menikah secara sah kerana dibawah umur.

    Polis mengatakan pernikahan yang diatur ini melibatkan anak perempuan di bawah umur dan menjadi masalah di kalangan masyarakat petani di Central Coast

    Arnold Romine Manusia Yang Tetap Hidup Setelah Dilanggar Kereta Api

    Posted: 01 May 2011 12:00 AM PDT

    Kejadian  mustahil ini  cukup bikin gempar penduduk kota Huntsville, Alabama, Amerika Syarikat (AS). Seorang lelaki yang nampaknya sudah bosan hidup ternyata tetap selamat walaupun tubuhnya sudah dilanggar kereta api.

    Menurut keterangan ketua pemadam kebakaran dan bantuan darurat Hunstville, lelaki kebal tersebut bernama Arnold Romine dan sudah berusia 61 tahun.

    Ketika itu Romine merebahkan diri di atas rel yang akan dilintasi oleh sebuah kereta barang pengangkut batu bara. Masinis kereta langsung menggerakkan brek darurat begitu melihat Romine dari jauh.
    Terlambat, roda-roda lapan gerabak kereta sudah melindas tubuh Romine. Secara akal sihat, tubuh yang sudah dilindas roda gerabak keretapi tentu sudah menjadi hancur.

    Sungguh ajaib, Romine tetap hidup. Bahkan setelah diperiksa, tubuhnya hanya mengalami luka-luka ringan. Romine pun tidak perlu lama untuk dirawat dan sudah keluar dari hospital Huntsville. Tak jelas mengapa lelaki yang sudah uzur itu tidur di atas rel.

    Presiden yang kena kencing dengan monyet

    Posted: 30 Apr 2011 11:30 PM PDT

    Presiden Rupiah Banda dikencing monyet dari atas pohon ketika berjumpa wartawan."Kamu yang mengencingi jaket saya," demikian kata Rupiah Banda kepada seekor kera. Boleh jadi presiden Zambia itu merupakan pemimpin pertama di dunia yang dikencing monyet di depan orang awam.

    Menurut New York Daily News, peristiwa memalukan itu terjadi ketika Banda melakukan perjumpaan dengan wartawan di kediaman rasmi presiden, Rabu 24 Jun 2009.

    Presiden yang baru-baru ini kembali menang pilihanraya itu hanya boleh pasrah ketika air kencing si keraterkena dirinya. Monyet itu berada di atas posisi Banda duduk.

    Kerana terasa malu, Banda pun langsung berseloroh, "Mungkin peristiwa ini membawa berkah." Para wartawan, pejabat dan diplomat yang hadir tak boleh menahan ketawa.

    Pagi nikah petang bercerai

    Posted: 30 Apr 2011 10:35 PM PDT

    Apa jadinya kalau pasangan yang baru menikah di pagi hari, tiba-tiba memutuskan bercerai pada petang harinya. Itulah kenyataan yang terjadi di Hanover, Jerman.

    Seperti ditulis Reuters, pengantin lelaki sudah berusia 50 tahun, sedangkan mempelai wanita berumur 34 tahun. Keputusan cerai itu datang dari keduanya pada hari yang sama ketika pernikahan berlangsung.

    Pernikahan yang diadakan pada 26 Jun lalu itu awalnya berjalan indah. Tetapi, menjelang siang terjadi keributan entah apa penyebabnya.

    Keributan pertama pasangan yang sudah rasmi suami-isteri itu berpanjangan. Tiba-tiba, si mempelai lelaki yang disebutkan memulai keributan itu ingin memotong rambut sang isteri. Tidak hanya itu, lelaki itu bahkan mengunakan pisau dapur untuk memotong rambut isterinya.

    "Dia (suami) akhirnya memutuskan tidak ingin melihat lagi isternyai dan membatalkan pernikahannya. Begitu juga dengan si isteri yang menginginkan hal sama," kata juru cakap polis di bahagian utara Hanover.

    Akhirnya, polis berhasil mempertemukan keduanya pada petang hari melalui telefon untuk berdamai. Tetapi apa yang terjadi. Keduanya malah saling berteriak dan melanjutkan pertengkarannya.

    Akhirnya sang pengantin lelaki menjalani malam pertamanya sebagai pengantin baru di tempat penampungan orang tua.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS