Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Nidji, D’Masiv, Astrid & Geisha Terbang Untuk Jelajah Malaysia

Posted: 03 Mar 2012 11:02 PM PST

ROCK & STARS - NIDJI, D'MASIV, GEISHA & ASTRID MALAYSIA TOUR 2012

MALAYSIA bakal 'digemparkan' dengan kehadiran empat bintang Indonesia popular terkini bulan Mac ini selama lima hari berturut-turut dengan aneka rangka promosi dan persembahan khusus untuk peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan selama ini.

muzik

Datang beramai-ramai ke Konsert Nusantara 1Malaysia di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang pada 10 Mac 2012 jam 8.30 malam, menampilkan D'Masiv, Astrid, Geisha, 6ixth Sense, Lefthanded dan GX4, serta penyampai Suria FM.

Dianjurkan Universal Music Malaysia dan Rumpun Records selaku syarikat rakaman, kumpulan Nidji, D'Masiv dan Geisha serta artis solo yang cukup popular, Astrid tiba di negara ini pada 8 Mac 2012 menaiki penerbangan Air Asia, selaku penerbangan rasmi acara jelajah kali ini.

Sebuah sidang akhbar dianjurkan pada hari pertama kehadiran mereka itu, diadakan di Micasa All Suite Hotel, Kuala Lumpur, yang juga penginapan rasmi kesemua artis terlibat, dan turut disertai semua penaja yang memberi sokongan kepada rangka promosi ini.

Antara penaja lain termasuk Loft sebagai penaja lokasi persembahan, Dapur Penyet sebagai katerer rasmi, Redbox dan Redbox Plus sebagai penaja bersama, Suria FM sebagai radio rasmi, dan S2Studio sebagai jurugambar rasmi.

Selain melakukan rangka promosi menerusi radio, televisyen dan media cetak, keempat-empat artis ternama ini akan mempromosikan produk terbaru mereka berupa album dan single, khususnya Nidji dengan album Liberty, Astrid dan albumnya Tentang Rasa serta D'Masiv bersama album Persiapan.

nidji

Nidgi

Geisha yang kembali ke Malaysia memperomosikan album Meraih Bintang, menampilkan lagu popular mereka Cinta Dan Benci akan terus meraih sokongan rakyat tempatan, berbekalkan single mereka seterusnya Remuk Jantungku.

Lagu daripada album mereka ini turut dimuatkan dalam runut bunyi drama bersiri popular yang hangat ditayangkan, Vanila Coklat yang ditayangkan menerusi slot Lestary, TV3, menampilkan lagu seperti Tentang Rasa oleh Astrid, Geisha (Cukup Tak Lagi, Kenangan Hidupku dan Cinta Dan Benci), selain lagu tempatan Kerana Kasihmu oleh GX4.

Dua persembahan berbeza dijadualkan apabila Nidji dijadualkan membuat persembahan pada Hotfm Big Jam di Kuala Terengganu, mana kala D'Masiv, Geisha dan Astrid bakal membuat persembahan secara akustik pada Akustika Dahsyat dan Ceria, di AEON Jusco AU2, Taman Sri Keramat pada 9 Mac 2012 jam 8.30 malam, disertai kumpulan The Malayan sebagai artis undangan.

Tiga bintang itu juga akan menyertai Konsert Nusantara 1Malaysia yang diadakan di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang pada 10 Mac 2012, jam 8.30 malam, disertai kumpulan tempatan seperti 6ixth Sense, GX4 dan Lefthanded.

Dijangka 10,000 penonton hadir pada konsert percuma untuk peminat luar bandar ini, apatah lagi ini kali pertama artis dari seberang dibawa ke pedalaman untuk melakukan aktiviti promosi sekali gus menghiburkan golongan ini.

Pada 11 Mac 2012, bertempat di Redbox Plus, Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, acara sesi beramah mesra bersama peminat bertuah diadakan dengan kerjasama penaja, Redbox, dan pemenang bertuah yang memenangi peraduan menerusi Suria FM akan diraikan bersama semua artis terbabit.

Pada sebelah malamnya pula, sebuah persembahan Sunday Nite Jam bersama Nidji dijadualkan berlangsung di The Loft, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur memandangkan peminat di ibu kota tidak berkesempatan melihat sendiri persembahan kumpulan ini dalam acara sebelumnya.

Kumpulan The Malayan turut diundang untuk mengadakan persembahan pembukaaan, dan bakal ditonton kesemua artis yang turut menyertai rangka promosi kali ini.

Diharapkan kehadiran Nidji, D'Masiv, Geisha dan Astrid ke Malaysia akan dapat memberikan pendedahan yang lebih mengenai mereka kepada khalayak, seterusnya dapat mengeratkan hubungan artis Indonesia dan Malaysia yang terjalin sejak dulu lagi.


astrid

Astrid

geisha

Geisha

d'masiv

D'Masiv

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Top Up Tour Nidji Live Showcase in KL di Ruums KL
  • Profile Geisha
  • GEISHA Lancar Album Meraih Bintang
  • Jemputan Pembaca Ke Universal Night & Showcase 2011
  • Nidji Lancar Album Let's Play di Malaysia
  • Showcase NIDJI Breakthru' Tour di Life Centre
  • Sekitar Showcase Nidji Top Up Tour di Ruums KL
  • SURIA FM Anjur Suria Wheels Goreng Tour
  • Album Laskar Pelangi
  • Siti Nurhaliza Kini Bersama Universal Music Malaysia
  • Baju T Neelofa Untuk Peminat Setia Neelofa

    Posted: 03 Mar 2012 10:48 PM PST

    Ini khas untuk peminat setia pelakon popular Neelofa yang mahu membeli dan memiliki baju T Neelofa Fan Club. Budiey diberitahu baju T ini hanya terhad untuk 40 orang sahaja, jadi siapa cepat, dia yang dapat ya. Ade 10 size S, 10 saiz M , 10 saiz L dan 10 saiz XL. Sangat limited yawww!

    Baju T ini berharga RM40 sehelai. Design depan & belakang. Untuk tempahan hubungi Fazil 0124377884 or emailkn ke fazilfadilfad@gmail.com

    Neelofa

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Neelofa Cantik Sangat di AIM18
  • Gambar Neelofa di Karpet Merah FFM24
  • Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran Filem Azura 2012
  • Gambar Neelofa Bersama Ibu & Adiknya
  • Sambutan Hari Jadi Neelofa
  • Gambar Neelofa di Karpet Biru AJL 26
  • Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran KRU TV
  • Gambar Rekaan Raya Ezuwan Ismail di The Blue Kebaya Showcase
  • Gambar Neelofa di Malam Gala Filem AZURA
  • Neelofa Dilantik Menjadi Duta Avon Terbaru
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Wow..USB untuk golongan kaya

    Posted: 03 Mar 2012 09:15 PM PST

    Biarkan isteri dimakan ulat hidup-hidup

    Posted: 03 Mar 2012 09:00 PM PST

     Seorang lelaki dari Ohio, Amerika Syarikat mengaku bersalah membiarkan isterinya yang sakit dimakan ulat hidup-hidup dalam satu sidang perbicaraan di sini. Lelaki itu dituduh membunuh dan gagal memberi penjagaan terbaik kepada mangsa.

    Akhbar The Cincinnati Enquirer melaporkan, Darrel White, 65, mengetepikan haknya untuk dibicarakan. Dia memberitahu hakim dia sudah memberi penjagaan terbaik kepada isterinya yang terlantar sakit menghidap artritis. Pihak berkuasa mendakwa White membiarkan isterinya menemui ajal kerana tidak menjaga atau membawanya berjumpa doktor. Polis berkata, mereka menemui tubuh isterinya yang mereput dimakan ulat di kediaman pasangan itu pada 23 Julai lalu. Pakar bedah siasat berkata, wanita terbabit sudah mati sehari sebelum itu akibat jangkitan darah.White menghadapi hukuman penjara enam setengah tahun. Hukuman bermula 15 Disember depan.

    Yoobin Wonder Girls Artis KPop Paling Seksi

    Posted: 03 Mar 2012 08:30 PM PST


    infospesial.net -  KPop identik dengan wanita seksi dan cantik, namun siapakah yang paling hot dari para penggemar musik KPop diluar Korea ?

    Stesen TV tvN mengadakan sebuah polling yang melibatkan 150 pelajar yang berasal dari 20 negara. Polling ini diadakan untuk menentukan Kpop Idol perempuan mana yang menurut mereka paling hot.
    Para pelajar dari berbagai negara itu dipilih secara rawakdi sebuah jalan untuk menentukan siapa artis idola perempuan Korea yang paling cantik.

    Beberapa pelajar Amerika yang diwawancara memilih Yoona dari girlband SNSD sebagai idola perempuan paling menarik. Yoobin dari Wonder Girls meraih posisi pertama di antara responden yang berasal dari Afrika Selatan, Turki dan Kazakhstan.
    IU dan Lee Hyori juga menjadi nominasi perhatian dari para responden. Sepuluh responden laki-laki yang mewakili negara Perancis, Itali, Amerika Syarikat dan negara-negara lain memadukan skor mereka. Saat voting dijumlahkan, Sandara Park dari 2NE1 mendapatkan 57 poin dan menempatkannya di posisi ketiga. Seohyun dari SNSD memperoleh 71 poin di posisi kedua, dan Yoobin dariWonder Girls menjadi ratu di daftar tersebut dengan 77 poin.
    Para responden yang telah memilih Yoobin sebagai idol paling cantik mengatakan bahawa Yoobin sangat cantik dan mempesona.

    Remaja berterima kasih kepada ibunya yang suruh kemas bilik

    Posted: 03 Mar 2012 08:15 PM PST


    PENICUIK - Seorang remaja harus berterimakasih kepada Ibunya yang memaksanya untuk membersihkan bilik. Ternyata di biliknya terselip tiket loteri dan menang wang 53 ribu poundsterling .


    Ryan Kitching dipaksa Ibunya untuk membersihkan bilik yang sudah berminggu-minggu dibiarkan berselerak. Ternyata Ryan menemukan 12 tiket loteri yang dibiarkan begitu di lacinya. Salah satu loteri itu bernilai 53 ribu poundsterling.


    "Saya tidak boleh mengatakan apa-apa. Ini adalah hari yang menyenangkan dalam hidup saya," ucap Ryan seperti dikutip The Daily Telegraph, Sabtu (3/3/2012).


    Sebelumnya Ryan mengaku hendak membuang tiket loteri tesebut. Tetapi dirinya merasa ada sesuatu yang aneh dan kemudian memeriksa tiket itu.


    Dengan wang sebanyak itu, Ryan berniat untuk mendepositkannya untuk rumah. Dirinya pun ingin membiayai percutian kedua orangtuanya serta membantu adiknya yang berusia 16 tahun untuk membeli kereta.

    Foto Gaun Tembus Pandang Katy Perry di Paris Fashion Week Yang Menjadi Kecoh

    Posted: 03 Mar 2012 08:00 PM PST


    Foto Gaun Tembus Pandang Katy Perry di Paris Fashion Week Yang Menjadi Kecoh- Katy Perry kembali menjadi sorotan. Namun, kali ini, bukan soal keretakan rumah tangganya dengan Russell Brand. Perry menjadi perbincangan kerana gaun tembus pandangnya yang menerawang.




     Saat menghadiri acara Paris Fashion Week, Khamis, 1 March kelmarin, perhatian publik tertuju kepada penyanyi 'Firework' ini. Perry yang mengenakan gaun berwarna hijau mint dengan skirt sifon tipis yang tembus pandang membuat paparazzi berlumba-lumba mengambil gambar penyanyi seksi tersebut.

    Ini Kisah Anjing Jalanan Menjadi Pahlawan

    Posted: 03 Mar 2012 07:45 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM - Seekor anjing jenis German Shepherd yang diselamatkan dari pusat penampungan anjing di New York State serta menjadi satu dari anjing pejuang melawanjenayah di negara bahagian tersebut. Demikian dilansir Yahoo News!, Sabtu (3/3/2012).


    Dikenal dengan nama Sarjan Harry J Wheeler, anjing dengan berat 9 kilogram ini ditemukan saat berada di jalan kotor Brooklyn,lapan tahun lalu.


    Wheeler kemudian diselamatkan Liz Keller, yang bekerja di Glen Wild Animal Rescue. Keller melihat tindak-tanduk Wheeler dan keinginan untuk melindungi serta sesuai menjadi anjing polis.


    Wheeler kemudian dilatih selama 20 minggu di New York State Police dan kini bertugas di Binghamton, New York.


    Wheeler memainkan peranan penting di sejumlah hasil investigasi kepolisian termasuk menemukan mayat seorang kanak-kanak. Polis tak berhasil menemukan mayat kanak-kanak itu selama berbulan-bulan.


    "Tanpa mayat itu, tersangka pelaku pembunuhan kanak-kanak itu, tak akan boleh dijatuhi hukuman," demikian kata New York State Police Trooper Michael Boburka.

    Pasti susah nak buat ni..cuba lihat

    Posted: 03 Mar 2012 07:30 PM PST













    PENGUBURAN TERSADIS DI DUNIA

    Posted: 03 Mar 2012 07:15 PM PST


    Di dunia ini ada beberapa tjenis pemakaman, misalnya : Mumifikasi (dimumikan), Pembakaran mayat (kremasi), Dan umumnya dikubur di dalam tanah. Tetapi ada bentuk pemakaman lain yang mengerikan iaitu "Sky Burial" yang mana masih diperlakukan di Tibet meski tidak banyak.


    Adalah sebuah sekte dari agama di Tibet  terutama yang  masih percaya akan reinkarnasi, masih melakukan ritual pemakaman sky burial.  Metode penguburan mayat ini tidak berlaku untuk sembarang mayat. Ritual ini tidak untuk orang yang pada waktu mati belum berusia 18 tahun, atau bagi wanita hamil yang meninggal atau orang-orang yang meninggal kerana penyakit menular dan berbahaya.


    Pada dasarnya, selain dikubur  layaknya di belahan bumi manapun, di Tibet khususnya, masih ada tiga jenis pemakaman, iaitu : dipersembahkan kepada laut (water burial,  iaitu metode penguburan dimana mayat di berikan kepada ikan-ikan untuk jadi santapan sang ikan di laut), yang kedua adalah : dikremasi dan  yang terakhir adalah sky burial ini, iaitu metode penguburan mayat dimana tubuh mayat dipersembahkan kepada vultures atau burung bangkai.


    Dipercaya bahawa sky burial akan lebih mempercepat roh si mati untuk naik ke nirvana .  Perjalanan akan jauh lebih cepat dengan bantuan buruPENGUBURAN TERSADIS DI DUNIAng vultures. Yang dalam bahasa Tibet disebut "Dakinis"  atau terjemahannya adalah "sky dancer' yang berarti  "angel".


    Kelompok  penganut agama ini percaya bahwa tubuh manusia yang sudah meninggal adalah hanya sebagai " vessel atau wadag" saja, ertinya sudah tidak ada maknanya, dan sesuai dengan ajaran agama mereka yang berdasar "memberi" maka dengan dipersempahkan wadag ini kepada burung, akan membantu makhluk lemah yang perlu survive untuk hidup,  dalam hal ini  memberi makan vultures dengan potongan daging berasal dari jasad yang meninggal juga merupakan simbol suci agama tersebut (dakinis).


    Dalam proses Sky Burial jasad manusia yang mati di potong-potong dan dipisahkan antara tulang dan daging. Tulang yang tersisa dipecah menjadi bahagian kecil untuk dimakan oleh burung lain yang lebih kecil  seperti gagak atau Rajawali.


    Biasanya bahagian tubuh yang dibawa pulang adalah rambut, yang terkadang mereka juga menyimpannya di kuil. Tak jarang ada yang membawa pulang tengkorak kepala yang sudah dipecahkan untuk tempat minum teh.


    FOTO-FOTO DIBAWAH MERUPAKAN CONTOH DARI PROSES DIATAS :




    vilaputih / muslimemo.com

    Saudi hancurkan masjid yang digunakan pemuja setan

    Posted: 03 Mar 2012 07:00 PM PST


    SAUDI ARABIA Pemerintah Saudi memutuskan untuk menghancurkan sebuah masjid sepi setelah dinding internalnya ditemukan prasasti berbentuk simbol setan yang diyakini milik para pemuja setan (the satanists).


     Bahagian masjid tua dekat kota selatan Abha itu sudah runtuh akibat kurangnya penjagaan. Pihak berwajib Saudi memutuskan untuk menghancurkannya tahun lalu untuk digunakan pembangunan jalan.


     Polis keagamaan Saudi Arabia menemukan grafiti simbol setan itu saat melakukan rondaan rutin di daerah tersebut dan memberitahu Kementerian Urusan Islam.


     "Kementerian memutuskan untuk menghancurkan masjid segera setelah dindingnya ditemukan gambar simbol setan yang melanggar ajaran Islam", demikian yang dilaporkan Sharq, harian Saudi berbahasa Arab. (Arrahmah/Muslimemo.com)

    Penduduk kampung di tenggara China yang melucutkan jawatan ketua kerana curi tanah

    Posted: 03 Mar 2012 06:45 PM PST


    WUKAN (China): Penduduk kampung di tenggara China yang melucutkan jawatan ketua mereka kerana dituduh mencuri tanah pertanian penduduk, mula mengundi untuk mencari ketua baru.
    Mereka berharap, 'pilihan raya' ini akan menetapkan satu standad dalam menyelesaikan masalah pertikaian yang berlarutan melanda negara itu. 
    Huang Jingi, 63, adalah seorang daripada penduduk kampung yang membuang undi, semalam.

    Katanya, pembuangan undi berjalan lancar dan telus.



    China membenarkan pilihan raya kampung dibuat sejak tiga dekad lalu tetapi ketua Parti Komunis, mereka yang memegang kuasa sebenar, selalunya akan cuba masuk campur dalam keputusan undian.


    Pilihan raya yang dibuat di Wukan ini dilihat sebagai satu daripada pilihan raya bebas dapat dibuat di negara itu. - AP



    sumber : myMetro

    Satu kampung kena lelong

    Posted: 03 Mar 2012 06:30 PM PST


    PARIS - Satu lelongan akan diadakan pada 21 Mei depan bagi menjual sebuah perkampungan terbiar di Perancis .
    Kampung Saint Nicolas Courbefy yang terletak sekitar 450 kilometer ke barat daya ibu kota Perancis itu dirampas bank tempatan, Credit Agricole awal bulan ini selepas pemilik-pemiliknya gagal membayar ansuran bulanan mereka.
    Terdiri daripada beberapa bangunan terbiar, sebuah kandang kuda, gelanggang tenis dan kolam renang, ia dahulunya merupakan sebuah pusat peranginan yang turut mengandungi hotel mewah, kolam renang dan restoran.
    Peguam Credit Agricole, Paul Gerardin kelmarin memberitahu, lelongan akan diadakan ekoran cuma seorang pembeli yang melahirkan minat membeli kampung itu.
    Menurut Gerardin, setakat ini pejabatnya menerima lebih 100 panggilan termasuk dari China dan Qatar untuk menyertai lelongan berkenaan.
    Namun katanya, pembeli yang berminat perlu menyerahkan deposit harga permulaan sebanyak 330,000 euro (RM1.3 juta) untuk menyertai lelongan itu. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Pelajar Malaysia dapat keadilan

    Posted: 03 Mar 2012 06:15 PM PST


    LONDON, United Kingdom (UK) - Dua lelaki didapati bersalah merompak pelajar Malaysia, Ashraf Rosli dengan berpura-pura membantunya dalam insiden rusuhan di sini pada musim panas tahun lalu, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.
    Ashraf, 20, baru sebulan berada di UK apabila dia diserang di Barking ketika rusuhan berlaku di sini pada 8 Ogos tahun lalu.
    Sebelum itu, pelajar jurusan perakaunan tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dari Kuala Lumpur itu sedang berbasikal ke rumah seorang rakannya di sini apabila dia ditumbuk sehingga menyebabkan rahangnya patah, manakala basikalnya turut dilarikan.
    Ketika dia terbaring cedera, John Kafunda, 22, dari Ilford dan pemuda Romford, Reece Donovan, 24, mencuri beberapa barangan di dalam beg mangsa, termasuk sebuah konsol permainan video bersama 10 permainan video bernilai sekitar £500 (RM2,376).
    Kedua-duanya didapati bersalah di Mahkamah Diraja Wood Green di sini pada minggu ini kerana melakukan rompakan dan berkelakuan ganas.
    Hukuman terhadap mereka akan diputuskan pada 13 Mac ini.
    Donovan turut didapati bersalah kerana mencuri dan melakukan rompakan.
    Kejadian tersebut yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit dan disiarkan di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
    "Saya sedar mereka menyamun saya tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa," Rosli memberitahu mahkamah berkenaan.
    Pada 16 Februari lalu, suspek ketiga, Beau Isagba, 17, didapati bersalah menyerang Ashraf dan mencuri basikal mangsa.
    Mahkamah akan memutuskan hukuman terhadap remaja berkenaan pada 9 Mac ini. - Agensi

    Bekas pesakit kanser ugut muat naik gambar bogel teman wanita

    Posted: 03 Mar 2012 06:00 PM PST


    SINGAPURA: Seorang lelaki yang baru sembuh daripada kanser testis diletakkan di bawah pengawasan selama 18 bulan oleh mahkamah kerana mengugut akan memuat naik gambar bogel teman wanitanya yang di bawah umur.
    Lelaki berusia 22 tahun itu, mengugut meletakkan gambar bogel itu di Internet, apabila teman wanitanya mahu memutuskan hubungan mereka pada Jun, 2009. 
    Dia mengambil gambar bogel teman wanitanya, waktu itu berusia 16 tahun, menggunakan telefon bimbit.

    Kerana takut gambarnya akan disebar, gadis itu bersetuju untuk bersamanya beberapa bulan selepas itu, tetapi memberitahu abangnya mengenai ugutan lelaki itu.



    Mereka kemudian membuat laporan polis.


    Menurut laporan akhbar, lelaki dan gadis bawah umur itu bertemu pada 2007.

    Dia melakukan seks oral ke atas teman wanitanya tahun berikutnya ketika dia menyambut ulang tahun ke-15, di rumah lelaki itu. -Asiaone



    sumber : myMetro

    Kopi luwak harus

    Posted: 03 Mar 2012 05:45 PM PST


    PUTRAJAYA: Hukum minum 'kopi tahi musang' atau kopi luwak adalah harus, dengan syarat biji kopi terbabit masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam, serta biji kopi perlu disucikan terlebih dulu daripada najis.
    Keputusan itu dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-98 yang bersidang 13 hingga 15 Februari lalu.

    Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam, turut memutuskan kopi luwak yang dihasilkan perlu mendapatkan sijil pengesahan halal daripada Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri (Main) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.


    "Selepas meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan, muzakarah menegaskan, Allah memerintahkan umat-Nya supaya memilih rezeki halal dan makanan baik.

    "Muzakarah juga berpandangan, kaedah fiqhiyyah (fiqah) menetapkan, hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagi tidak ada dalil muktabar (dalil kuat) yang mengharamkannya.


    "Ulama fiqh muktabar menjelaskan, mana-mana bijian yang dimuntahkan haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan itu, selagi mana ia tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis," katanya dalam kenyataan itu.



    Kenyataan itu berkata, selaras dengan penegasan dan pandangan itu, muzakarah bersetuju memutuskan biji kopi Luwak bersifat mutanajjis dan harus dijadikan bahan minuman. Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, orang ramai dinasihat menghentikan sementara aktiviti meminum kopi luwak sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan sama ada produk berasal dari Indonesia itu halal diminum atau sebaliknya.


    sumber : myMetro

    Kanak-kanak maut ditimpa pagar

    Posted: 03 Mar 2012 05:30 PM PST


    KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas ditimpa pintu pagar besi ketika bermain di rumah datuknya di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, Besut, kelmarin.
    Dalam kejadian jam 10 pagi, Muhammad Aqif Najwan Majuki dari Kampung Pengkalan Nyireh, Besut yang cedera parah di kepala dan pipi kirinya, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Besut.

    Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa dipercayai bermain bersendirian di kawasan itu dan tidak berhenti-henti menarik pintu pagar besi yang buruk itu sebelum kejadian berlaku.


    "Ketika itu, datuk mangsa yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian bergegas mendapatkan cucunya yang berlumuran darah sebaik melihat pintu pagar terbalik dan menimpa mangsa.

    "Datuk mangsa yang juga pesara mengangkat dan menghantar cucunya ke Hospital Besut bagi mendapatkan rawatan. Namun, mangsa disahkan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital selepas cedera parah di kepala dan pipi kiri," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


    Menurut Kamaruddin, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu selepas datuk mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut, jam 12.57 tengah hari hari sama.



    Katanya, tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan pihaknya mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.


    sumber : myMetro

    Nenek 116 tahun nak kahwin lagi

    Posted: 03 Mar 2012 05:15 PM PST


    KANGAR: Wanita tertua di Perlis, Puan Ahmad, berusia 116 tahun, yang menjanda sejak lebih 30 tahun lalu, masih menyimpan hasrat untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang mampu menjaganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
    "Pilihan kali ini biar di kalangan lelaki yang mampu menjaga tok. Tok tidak mahu lelaki yang laih (sudah tidak larat) seperti sebelum ini yang semuanya terlebih dulu meninggalkan tok buat selama-lamanya.

    "Bagaimanapun, semuanya ketentuan Allah kerana ia membabitkan jodoh... jika hampa (pemberita) tanya sama ada tok nak kahwin lagi untuk kali ketujuh... memang tok teringin nak kahwin.


    "Tok tak malu nak sembunyi hasrat untuk berkahwin yang mungkin kali terakhir jika bertemu jodoh sesuai. Ciri-ciri pilihan suami kali ini biarlah lebih bertenaga daripada tok," katanya yang mampu mendengar dengan jelas dan mempunyai penglihatan yang baik ketika ditemui di rumahnya di Padang Keria, Sanglang, dekat sini, semalam.

    Terdahulu, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (PKSM) menganjurkan Majlis Kenduri Rakyat serta program Jalinan Mesra Bersama Warga Emas di rumah Puan.


    Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan isteri, Datin Seri Asiah Asmuni hadir menyampaikan sumbangan terbabit. Puan turut menerima bantuan sara hidup berjumlah RM300 sebulan daripada JKM.



    Hadir sama, Pengerusi PKSM, Datuk Mustika Junaidah Hussin serta anak kedua dan ketiga Puan, Teh Man, 65, dan Mat Yusop, 63.

    Puan pernah berkahwin enam kali dan mempunyai empat anak selain 19 cucu dan 47 cicit. Bagaimanapun, semua enam suami yang dikahwini sudah lama meninggal dunia.


    Mengulas lanjut, Puan berkata, dia hasrat memperoleh jodoh di kalangan lelaki lebih muda daripadanya bagi membantu melakukan kerja harian di rumah bagi mengelak bebanan terus kepada anak.

    "Tok tak mahu terus membebankan anak kerana mereka juga ada tanggungjawab lain. Walaupun menetap bersama seorang anak di rumah ini, semua kerja harian tok lakukan sendiri.


    "Anak tak bantah hasrat tok nak kahwin lagi jika bertemu jodoh," katanya.



    sumber : myMetro

    GRO menyanyi separuh bogel

    Posted: 03 Mar 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Aksi 'catwalk' pelayan pelanggan (GRO) sambil menari dan menyanyi dengan pakaian separuh bogel menjadi santapan mata buat pelanggan sebuah pusat hiburan di Kepong, di sini.
    Pusat hiburan yang tahun beroperasi itu menyediakan pentas 'catwalk' di tengah premisnya sebagai tarikan kepada pengunjung untuk melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam terbabit.

    Pelanggan yang gagal mengawal nafsu pula dikatakan boleh melanggan GRO terbabit yang turut menyediakan khidmat seks dengan bayaran mahal.


    Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turusnya, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi tadi.

    Dalam serbuan jam 1.30 pagi, 14 GRO warga Thailand dan seorang wanita Vietnam berusia 20 hingga 35 tahun tergamam sebaik menyedari pusat hiburan itu diserbu polis ketika mereka leka melayan pelanggan.


    Malah, sebahagian mereka ketika itu asyik menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan di atas pentas.



    Azman berkata, polis mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan tidak bermoral di premis itu.

    Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan itu yang beroperasi sejak lima tahun lalu bertukar majikan dan tidak mempunyai lesen selepas gagal diperbaharui.


    "Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan pentas 'catwalk' dan wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi.

    "Kita percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit," katanya selepas operasi.


    Azman berkata, semua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.


    Katanya, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.


    "Kita akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak memperbaharui lesen premis terbabit selain akan mengeluarkan saman kepada pemiliknya," katanya.



    sumber : myMetro

    Lihat isteri digilis

    Posted: 03 Mar 2012 04:45 PM PST


    TANAH MERAH: Menyayat hati bagi seorang suami menyaksikan sendiri isterinya digilis kenderaan tiga kali ketika cuba melintas jalan untuk bersarapan bersama ahli rombongan persatuan surau dekat Masjid Kampung Panglima Bayu, di sini, pagi semalam.
    Kejadian di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli pada jam 7 pagi itu menyebabkan pesara jururawat, Kamariah Osman, 63, terbunuh dalam keadaan ngeri apabila badannya hancur dengan kedua-dua kaki terputus akibat digilis kenderaan yang datang dari kedua-dua arah.

    Suaminya, Yahya Ahmad, 66, yang turut rebah selepas kali pertama dirempuh sempat bangun dan menyelamatkan diri ke bahu jalan dalam keadaan cedera parah sebelum dikejarkan ke Hospital Tanah Merah (HTM).


    Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan dirempuh dua kali oleh kereta dari arah Tanah Merah ke Jeli dan kali ketiga oleh sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan ketika berhenti di garisan kembar di tengah jalan bersama suaminya.

    Menurut ahli jawatankuasa persatuan surau itu, Agil Mohamad, 74, rombongan seramai 36 orang itu ingin bersarapan di kedai makan seberang jalan sebelum meneruskan perjalanan untuk beli-belah di Rantau Panjang.


    Katanya, sebelum itu mereka sempat menunaikan solat Subuh bersama di masjid berhampiran.



    "Saya cuma hairan apabila dia sekali lagi mengambil wuduk walaupun selesai solat Subuh. Ia menyebabkan mereka berdua tertinggal di belakang ketika kami ingin melintas ke kedai makan di seberang jalan," katanya.

    Katanya, rombongan persatuan surau dari Kemaman, Terengganu itu bertolak jam 12.30 tengah malam semalam dan tiba di masjid pada jam 5.30 pagi.


    "Sebaik selesai solat Subuh, kami ingin bersarapan di kedai makan seberang jalan. Kamariah dan suaminya menyangka kami akan meneruskan perjalanan, menyebabkan mereka berdua menaiki bas semula.

    "Menyedari ahli rombongan tiada dalam bas, mereka kemudian turun untuk melintas jalan. Kami yang berada di kedai makan tidak sedar kejadian itu sehingga terdengar jeritan orang ramai," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abd Aziz Mahmud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.


    Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga pemandu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu tidak dapat dikesan apabila melarikan diri sejurus kejadian.


    "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya



    sumber : myMetro

    Kanak-kanak 4tahun menahan kesakitan akibat tertusuk gunting

    Posted: 03 Mar 2012 04:30 PM PST

    Maksud hati kanak-kanak 4 tahun ini membantu orang tuanya yang sedang memotong reben sebagai persiapan acara festival musim semi ,namun malang tak berbau, tiba- tiba kanak-kanak yang bernama Xiao Yu tersebut tersandung dan jatuh,Yu terjatuh tepat pada tempat dimana terdapat sebuah gunting besar yang digunakan memotong reben sehingga gunting itu tertusuk di mukanya.

    Gunting tertusuk tepat dimuka kanak-kanak berusia 4 tahun

    Akhirnya Yu dibawa ke hospital terdekat di kota Qinglong kota Daerah Qinghuangdao China.Doktor dan pasukan perubatannya berjaya mengeluarkan gunting itu.

    Yu 4 tahun boleh tersenyum kembali setelah 8 hari pembedahannya

    Setelah 8 hari pembedahan  akhirnya Yu boleh tersenyum kembali seperti dulu  walaupun masih terlihat sedikit bekas luka diwajahnya.

    Mayat digantung selama 189 tahun

    Posted: 03 Mar 2012 04:15 PM PST

    LONDON: Seorang wanita yang menyelidiki salasilah keturunannya terkejut apabila mendapati dia mempunyai pertalian dengan seorang pembunuh yang masih tergantung.

    Mary Halliwell begitu marah apabila mendapati rangka anggota keluarganya itu masih digantung dalam kabinet untuk pameran di Universiti Bristol sejak 189 tahun lalu.

    Selepas berusaha, dia akhirnya memperoleh hak untuk menjadi pemilik sah rangka itu dan berikrar untuk mengebumikan rangka remaja yang dihukum gantung pada 1821 kerana membunuh kekasihnya, dengan sempurna.

    Mary, 67, berkata: "Baru saya rasa tenang."
     Remaja itu, John Horwood adalah anak lelaki kepada abang keluarga moyang Mary.

    Horwood dihukum gantung selepas melontar kekasihnya Eliza Balsom dengan batu apabila mendapat tahu kekasihnya itu mempunyai teman lelaki baru.

    Eliza mati akibat kecederaan di kepala selepas dirawat pakar bedah.

    Horwood yang bekerja sebagai pelombong digantung di New Bristol Gaol tiga hari selepas menyambut hari lahirnya yang ke 18.

    Dr Richard Smith, pakar yang merawat Eliza enggan menyerahkan mayat Horwood kepada keluarganya.

    Dia sebaliknya menyiat daging Horwood dari rangkanya secara terbuka sambil melakukan pembedahan pada mayatnya di depan 80 pelatih di bilik mayat Hospital Diraja Bristol.

    Doktor itu seterusnya menyimpan rangka Horwood di rumahnya dan turut menggunakan kulit Horwood untuk menjilid buku mengenai kes remaja itu selepas mengawetnya.

    Mary dari Leigh, Lancester yang mengesan mayat itu di Universiti Bristol berkata: "Saya kesal apabila mendapat tahu seorang manusia boleh melakukan perbuatan tidak bertamadun terhadap manusia lain." - myMetro


    bk-kerja gila manusia...



    Pelajar buat servis pembersihan dalam keadaan bogel

    Posted: 03 Mar 2012 04:00 PM PST

    Servis gila ini menawarkan 15 orang pekerja untuk membersihkan rumah dalam keadaan bogel.Pelanggan boleh memilih sama ada mereka mahu pekerja itu berbogel terus atau separuh sahaja.Harga servis ini untuk satu jam ialah US$240 dan pelanggan boleh melihat pekerja yang berbogel itu menjaankan tugas mereka.






    bk-semakin hari semakin teruk manusia ini..


    Bra boleh bercakap

    Posted: 03 Mar 2012 03:45 PM PST

    Wah!! Bra boleh bercakap Welcome to Japan Bra untuk menarik pelancong asing. Triumph Jepun kembali mempamerkan koleksi pakaian dalam terbaru mereka, Welcome to Japan Bra, yang bertujuan untuk meningkatkan kunjungan pelancong. Welcome to Japan Bra adalah sebuah bra yang punya banyak fungsi untuk menarik perhatian pelancong.

    Pada bahagian tengah bra memiliki  sebuah kancing yang berfungsi sebagai tombol dan jika masing-masing tombol ditekan akan mengeluarkan suara ucapan selamat datang dalam bahasa Inggeris, China, dan Korea. Di baghaian tengah, terdapat semacam bingkai foto yang boleh diisi dengan beberapa foto lokasi tempat pelancongan Selain itu, baghaian tali bra ada miniatur pesawat JAL yang boleh turun naik secara manual.


    Baghaian dalam bra ini terdapat banyak benda seperti di baghaian samping boleh dikeluarkan sebuah bendera kecil, sedangkan bahagian tengah ada kantong yang boleh diisi dengan barang seperti miniatur gunung Fuji sampai tempat pelancongan terkenal Asakusa. Sementara itu, untuk skrit mini atau bawah boleh dilepas dan menampilkan sebuah peta Jepun lengkap dengan lokasi pelancongan di Jepun.

    Penulis blog mengaku tuhan

    Posted: 03 Mar 2012 03:30 PM PST

    Manusia bila dah diberikan kepandaian berfikir,mereka cuba pula
    untuk mengatasi kuasa tuhan....

    QALQILIYA (Tebing Barat): Seorang penulis blog misteri yang mencetuskan kemarahan dunia Arab apabila mengaku Tuhan dan menghina Nabi Muhammad ( SAW) kini berada di penjara.Dia ditahan pihak berkuasa Palestin yang menjejaknya melalui laman Facebook.

    Penduduk Qalqiliya berkata, mereka tidak menyangka Walid Husayin, 26, anak seorang ulama, menjalani dua kehidupan berbeza. Dikenali sebagai pemuda yang pendiam, sering bersolat bersama keluarganya dan bekerja di kedai gunting rambut bapanya pada waktu petang, Walid secara rahsia menghantar artikel menghina Islam di Internet pada masa lapang. Walid kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup atas dakwaan sesat dan menghina Tuhan.

    Kebanyakan penduduk Qalqiliya berpendapat Walid patut dibunuh kerana murtad.Malah, keluarganya juga berpendapat dia sepatutnya dipenjara seumur hidup."Dia patut dibakar hingga mati dan hukuman itu mesti dilakukan secara terbuka sebagai pengajaran kepada orang ramai," kata Abdul Latif Dahoud.

     Walid disyaki menghantar artikel memuji kepercayaan ateisme di laman blog berbahasa Inggeris dan Arab sejak beberapa tahun lalu.

    Dia mendakwa Tuhan bagi umat Islam mempunyai sifat seperti kaum Badwi yang menjalani kehidupan primitif. Dia mengatakan Islam adalah kepercayaan membuta-tuli yang berkembang dan mempengaruhi fikiran manusia secara tidak rasional dan jahil.

     Tidak cukup dengan itu, Walid turut mempunyai tiga kumpulan laman Facebook di mana dia mengaku dirinya Tuhan.Dia turut mengarahkan pengikutnya, antara lain, menghisap dadah.

    Laman blog berbahasa Arab Walid dikunjungi 70,000 pelawat dengan sebahagian besarnya dari negara Arab. Laman Faceboooknya juga menarik ratusan ulasan yang antara lain mengancam untuk membunuhnya.

    Anjing yang terpaksa menggunakan kasut roda khas untuk bergerak

    Posted: 03 Mar 2012 03:15 PM PST

    Berkat penemuan seorang mahasiswa seni, anjing kecil dengan mudah dapat bergerak walaupun tanpa kaki depan. Hoppa, anjing ini berusia 4 tahun telah menerima hadiah yang sangat istimewa, yang diciptakan  untuk dia.Anjing yang lahir tanpa kaki depannya Walaupun pemiliknya, Avi Kuzi, memberikannya  seluruh kasih sayang, dia sangat mengalami kesulitan untukbergerak.
    Kini masalah itu dapat diselesaikan dengan membuatkan kasut roda khas untuk Hoppa.Kasut roda ini direka oleh seorang mahasiswa seni, yang berharap penemuannya boleh mengembirakan kehidupan haiwan peliharaan ini.




    Gadis buta sanggup kumpul duit beli kuda penunjuk jalan

    Posted: 03 Mar 2012 03:00 PM PST

    Seorang wanita Muslim yang buta, Mona Ramouni berusia 28 tahun menggunakan seekor kuda padi untuk membimbingnya berjalan kaki ke tempat belajarnya, Universiti State Michigan di sini.

    Dia yang belajar jurusan psikologi di universiti tersebut membeli kuda yang sudah dilatih untuk membimbing orang buta itu dengan menggunakan wang simpanan daripada pendapatannya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat tulisan untuk orang buta selama tiga tahun.

    Mona mengetahui mengenai kuda padi yang digunakan untuk orang buta itu menerusi satu laman web pada April 2008.

    Kuda itu yang diberi nama Cali telah memberikan keyakinan kepadanya selepas dia berputus asa untuk berjalan kerana ketiadaan seseorang untuk membimbingnya.

    Gadis itu dilahirkan tidak cukup bulan semasa masih bayi dan dia menjadi buta sejurus dilahirkan.

    Kuda itu membimbing Mona keluar dari bas dan berjalan memasuki kelas di universitinya. -



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS