Adsense

Sabtu, 3 Mac 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Nidji, D’Masiv, Astrid & Geisha Terbang Untuk Jelajah Malaysia

Posted: 03 Mar 2012 11:02 PM PST

ROCK & STARS - NIDJI, D'MASIV, GEISHA & ASTRID MALAYSIA TOUR 2012

MALAYSIA bakal 'digemparkan' dengan kehadiran empat bintang Indonesia popular terkini bulan Mac ini selama lima hari berturut-turut dengan aneka rangka promosi dan persembahan khusus untuk peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan selama ini.

muzik

Datang beramai-ramai ke Konsert Nusantara 1Malaysia di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang pada 10 Mac 2012 jam 8.30 malam, menampilkan D'Masiv, Astrid, Geisha, 6ixth Sense, Lefthanded dan GX4, serta penyampai Suria FM.

Dianjurkan Universal Music Malaysia dan Rumpun Records selaku syarikat rakaman, kumpulan Nidji, D'Masiv dan Geisha serta artis solo yang cukup popular, Astrid tiba di negara ini pada 8 Mac 2012 menaiki penerbangan Air Asia, selaku penerbangan rasmi acara jelajah kali ini.

Sebuah sidang akhbar dianjurkan pada hari pertama kehadiran mereka itu, diadakan di Micasa All Suite Hotel, Kuala Lumpur, yang juga penginapan rasmi kesemua artis terlibat, dan turut disertai semua penaja yang memberi sokongan kepada rangka promosi ini.

Antara penaja lain termasuk Loft sebagai penaja lokasi persembahan, Dapur Penyet sebagai katerer rasmi, Redbox dan Redbox Plus sebagai penaja bersama, Suria FM sebagai radio rasmi, dan S2Studio sebagai jurugambar rasmi.

Selain melakukan rangka promosi menerusi radio, televisyen dan media cetak, keempat-empat artis ternama ini akan mempromosikan produk terbaru mereka berupa album dan single, khususnya Nidji dengan album Liberty, Astrid dan albumnya Tentang Rasa serta D'Masiv bersama album Persiapan.

nidji

Nidgi

Geisha yang kembali ke Malaysia memperomosikan album Meraih Bintang, menampilkan lagu popular mereka Cinta Dan Benci akan terus meraih sokongan rakyat tempatan, berbekalkan single mereka seterusnya Remuk Jantungku.

Lagu daripada album mereka ini turut dimuatkan dalam runut bunyi drama bersiri popular yang hangat ditayangkan, Vanila Coklat yang ditayangkan menerusi slot Lestary, TV3, menampilkan lagu seperti Tentang Rasa oleh Astrid, Geisha (Cukup Tak Lagi, Kenangan Hidupku dan Cinta Dan Benci), selain lagu tempatan Kerana Kasihmu oleh GX4.

Dua persembahan berbeza dijadualkan apabila Nidji dijadualkan membuat persembahan pada Hotfm Big Jam di Kuala Terengganu, mana kala D'Masiv, Geisha dan Astrid bakal membuat persembahan secara akustik pada Akustika Dahsyat dan Ceria, di AEON Jusco AU2, Taman Sri Keramat pada 9 Mac 2012 jam 8.30 malam, disertai kumpulan The Malayan sebagai artis undangan.

Tiga bintang itu juga akan menyertai Konsert Nusantara 1Malaysia yang diadakan di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang pada 10 Mac 2012, jam 8.30 malam, disertai kumpulan tempatan seperti 6ixth Sense, GX4 dan Lefthanded.

Dijangka 10,000 penonton hadir pada konsert percuma untuk peminat luar bandar ini, apatah lagi ini kali pertama artis dari seberang dibawa ke pedalaman untuk melakukan aktiviti promosi sekali gus menghiburkan golongan ini.

Pada 11 Mac 2012, bertempat di Redbox Plus, Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, acara sesi beramah mesra bersama peminat bertuah diadakan dengan kerjasama penaja, Redbox, dan pemenang bertuah yang memenangi peraduan menerusi Suria FM akan diraikan bersama semua artis terbabit.

Pada sebelah malamnya pula, sebuah persembahan Sunday Nite Jam bersama Nidji dijadualkan berlangsung di The Loft, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur memandangkan peminat di ibu kota tidak berkesempatan melihat sendiri persembahan kumpulan ini dalam acara sebelumnya.

Kumpulan The Malayan turut diundang untuk mengadakan persembahan pembukaaan, dan bakal ditonton kesemua artis yang turut menyertai rangka promosi kali ini.

Diharapkan kehadiran Nidji, D'Masiv, Geisha dan Astrid ke Malaysia akan dapat memberikan pendedahan yang lebih mengenai mereka kepada khalayak, seterusnya dapat mengeratkan hubungan artis Indonesia dan Malaysia yang terjalin sejak dulu lagi.


astrid

Astrid

geisha

Geisha

d'masiv

D'Masiv

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Top Up Tour Nidji Live Showcase in KL di Ruums KL
  • Profile Geisha
  • GEISHA Lancar Album Meraih Bintang
  • Jemputan Pembaca Ke Universal Night & Showcase 2011
  • Nidji Lancar Album Let's Play di Malaysia
  • Showcase NIDJI Breakthru' Tour di Life Centre
  • Sekitar Showcase Nidji Top Up Tour di Ruums KL
  • SURIA FM Anjur Suria Wheels Goreng Tour
  • Album Laskar Pelangi
  • Siti Nurhaliza Kini Bersama Universal Music Malaysia
  • Baju T Neelofa Untuk Peminat Setia Neelofa

    Posted: 03 Mar 2012 10:48 PM PST

    Ini khas untuk peminat setia pelakon popular Neelofa yang mahu membeli dan memiliki baju T Neelofa Fan Club. Budiey diberitahu baju T ini hanya terhad untuk 40 orang sahaja, jadi siapa cepat, dia yang dapat ya. Ade 10 size S, 10 saiz M , 10 saiz L dan 10 saiz XL. Sangat limited yawww!

    Baju T ini berharga RM40 sehelai. Design depan & belakang. Untuk tempahan hubungi Fazil 0124377884 or emailkn ke fazilfadilfad@gmail.com

    Neelofa

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Neelofa Cantik Sangat di AIM18
  • Gambar Neelofa di Karpet Merah FFM24
  • Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran Filem Azura 2012
  • Gambar Neelofa Bersama Ibu & Adiknya
  • Sambutan Hari Jadi Neelofa
  • Gambar Neelofa di Karpet Biru AJL 26
  • Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran KRU TV
  • Gambar Rekaan Raya Ezuwan Ismail di The Blue Kebaya Showcase
  • Gambar Neelofa di Malam Gala Filem AZURA
  • Neelofa Dilantik Menjadi Duta Avon Terbaru