Adsense

Selasa, 4 Jun 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


"Tonton dulu baru komen" - Pengarah

Posted: 04 Jun 2013 02:56 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - "Tonton dulu tayangan penuh filem Tanda Putra ini, baru keluarkan ulasan."

Itu ungkapan yang diluahkan oleh pengarah filem Tanda Putra, Datuk Paduka Shuhaimi Baba saat diajukan ura-ura yang mengatakan bahawa filem ini mempunyai unsur-unsur berbaur provokasi perkauman.

Tambahnya lagi, kebanyakan dakwaan tidak baik tentang filem Tanda Putra dibuat oleh mereka yang belum menonton filem ini lagi.

"Sebelum kita menyerahkan filem ini ke Lembaga Penapisan Filem (LPF), kita sebenarnya sudah menyiarkan filem ini kepada kumpulan fokus kita dahulu.

"Kemudian, pendapat mereka tentang filem ini diambil kira dan disunting supaya ia tidak membawa unsur-unsur melampau kepada penonton.

"Setelah semua perkara yang dibangkitkan oleh kumpulan fokus kami, barulah kami menghantar naskhah Tanda Putera ini di beri kepada LPF," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Seniman S. Shamsuddin kembali ke rahmatullah

Posted: 03 Jun 2013 10:36 PM PDT

SENIMAN S.SHAMSUDDIN

KUALA LUMPUR 4 Jun - Pelakon komedi seangkatan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Aziz Satar iaitu Seniman S. Shamsuddin telah disahkan meninggal dunia pukul 10.56 pagi ini.

Pelakon veteran berusia 84 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

Allahyarham terkenal melalui lakonannya bersama P. Ramlee dan Aziz Satar dalam filem-filem seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul. - UTUSAN ONLINE

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tak terburu cari ganti

Posted: 03 Jun 2013 04:04 PM PDT

Kekosongan hati jejaka ini masih belum terisi selepas percintaan bersama penyanyi lagu Patah Seribu, Shila Amzah putus di tengah jalan, awal tahun ini.

Luka itu terlalu dalam lantas membuatkan Sharnaaz Ahmad tidak mahu terburu-buru mencari pengganti.

Sharnaaz akui sehingga kini masih sukar melupakan bekas kekasihnya itu. Justeru tatkala timbul gosip kononnya dia menjalin cinta dengan aktres baru dari Singapura, Elza al-Haq, hati jejaka ini jadi hangat.

Ketika dihubungi HIP, pelakon filem Azazil ini mengakui tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap si penyebar fitnah bagi membuktikan kebenaran.

Ditebak pertanyaan tidakkah bimbang andai dituduh mudah melatah kerana isu sekecil itu mahu diheret ke muka pengadilan, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini tidak mempedulikan tanggapan orang.

Baginya, itu saja cara untuk mengajar individu yang tidak bertanggungjawab menyebar fitnah.

"Saya ingin memberi amaran keras kepada mana-mana individu supaya jangan memanipulasi keadaan. Jika saya tahu siapa penyebarnya, saya tidak akan teragak-agak menghantar surat saman.
"Cukuplah apa yang sudah saya lalui, saya tidak mahu lagi melihat keluarga bersedih. Saya tiada siapa-siapa di dunia ini kecuali keluarga, jadi saya tidak mahu ibu bapa terluka kerana saya.

Tidak perlulah bersusah payah menjadi tukang menyampai cerita. Jika benar saya sudah menemui pengganti, saya sendiri yang akan menghebahkannya. Bukannya orang tidak kenal saya selama ini, saya manalah tahu berselindung," kata Sharnaaz yang sedang sibuk menghabiskan baki penggambaran drama episod Mira Sofia di Kuang, Selangor dan di Pulau Pangkor, Perak.

Tak kejar anugerah, tekad teruskan legasi P Ramlee

Biarpun dikait dengan kontroversi awal tahun ini, Sharnaaz amat bersyukur apabila perkara itu tidak menjejaskan periuk nasinya.
Malah, dia akui tidak menang tangan memenuhi pelbagai tawaran berlakon drama dan filem. Bukan soal tamak tetapi kata Sharnaaz, selagi bakatnya diperlukan, dia tidak harus mempersia-siakan peluang itu.

Pada waktu sama, kesibukan itu secara tidak langsung menghalangnya daripada terus mengingati perkara yang sudah berlalu. Usai penggambaran Mira Sofia, Sharnaaz akan ke Kota Kinabalu, Sabah selama sebulan bagi menjalani penggambaran filem terbaru arahan Bade Azmi berjudul Sindiket. Selepas itu, beberapa buah drama pula sudah sedia menanti untuk menjalani penggambaran.

Ada tawaran yang terpaksa ditolak kerana Sharnaaz bimbang tidak mampu melangsaikan tugasnya dengan baik. Apa yang penting buat jejaka ini, pihak yang menawarkan kerja berpuas hati dengan prestasi kerjanya. Malah, Sharnaaz menolak melakukan semua itu untuk mengejar anugerah.

"Saya tidak perlukan anugerah, saya tahu pasti ada pihak yang akan mencemuh kenyataan saya ini. Tetapi jujur saya berada dalam industri ini bukan untuk mengejar anugerah. Saya menceburi bidang seni untuk bekerja demi sesuap nasi dan saya berlakon kerana minat. Saya hanya ingin meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang juga orang kampung saya.

"Saya amat bersyukur kehadiran dalam bidang lakonan mendapat perhatian produser. Kisah kontroversi yang membabitkan diri saya nampaknya tidak langsung menjejaskan kerjaya seni. Kebanyakan tawaran yang saya terima datang daripada mereka yang pernah bekerja dengan saya selama ini. Mereka tahu cara kerja saya sehingga ada yang mahu tempah saya untuk beberapa projek secara terus tetapi saya terpaksa menolak dengan baik," katanya.

Doa Shila lebih berjaya

Ditanya hubungannya dengan Shila pula, kata Sharnaaz dia enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu.

Namun Sharnaaz mengakui masih mengikuti perkembangan kerjaya seni bekas kekasihnya itu.

Malah, dia tumpang bangga melihat kejayaan Shila. Tambahnya, Shila memang layak mendapat apa yang dikecapi sekarang kerana dia memiliki semangat kecekalan yang tinggi.

Sharnaaz juga mendoakan agar Shila akan meraih pengiktirafan lebih tinggi dan mampu melangkah lebih jauh dalam kerjaya nyanyian.