Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Amoi Cantik

Posted: 10 Apr 2012 05:49 AM PDT

nampak x awek kat hujung tue? Nampak kan?

Zoom in sikit----










Zoom lagi








Tada,skali kawan nenek aku la~ :p


Adik melintas jalan

Posted: 10 Apr 2012 05:42 AM PDT


Ali ialah seorang anggota polis .Pada suatu hari,ketika dia sedang pergi meronda di sebuah kampung,dia terlihat seorang budak menangis di tepi jalan lalu bertanya:

Ali : Kenapa adik menangis?

Budak : Saya nak lintas jalan ni…

Ali : La..tu pun nak menangis ke…Lintas ajelah,bukannya ada kereta lalu pun…jalan lengang ni..

Budak : Tapi mak kata kalau nak melintas jalan kena bagi kereta lalu dulu tapi dari tadi lagi tak ada kereta yang lalu pun.

Ali : %&$#%%..


P/S; Bagus adik nie dgr cakap mak hihihihi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Aaron Aziz Berjaya Dapat Taraf Penduduk Tetap di Malaysia

Posted: 10 Apr 2012 09:18 AM PDT

Berita yang menggembirakan buat #aaronators ini dipetik dari Portal GUA yang disiarkan pada siang tadi:

Apa-apa pun, Budiey nak ucapkan tahniah kepada Aaron Aziz kerana telah berjaya mendapat Taraf Penduduk Tetap di Malaysia. Hanya tunggu masa nak diumumkan secara rasmi dan ambil kad pengenalan MyPR di Pejabat Pendaftaran Negara je.

Aaron Aziz

Di sebalik polemik yang dicetuskan Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi mengenai isu pengiktirafan artis luar yang memenangi anugerah utama Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang, rupanya ada berita baik yang sampai ke telinga GUA.

Permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan. Cuma mereka masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan masa terbaik bagi pelakon filem Ombak Rindu itu untuk mengambil MyPR, kad pengenalan berwarna merah untuk permastautin tetap di pejabat tersebut.

"Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil", katanya ringkas.

Perkara tersebut dikongsi sendiri Aaron yang ditemui sebaik selesai wawancaranya bersama Berita TV9 petang semalam. Aaron bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

GUA merasakan isu yang ditimbulkan sengaja digembar-gemburkan ekoran perhatian yang telah diberikan oleh media tempatan khususnya penerbit filem, stesen televisyen dan stesen radio kepada bintang kelahiran Singapura itu.

GUA hairan dengan sikap sesetengah artis tempatan yang cepat melatah dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka seakan-akan masih mahu bergantung pada tongkat dan mengelak untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memperbaiki kekurangan mereka sendiri.

Tidak keterlaluan jika GUA katakan mereka ini merupakan golongan yang merasakan mereka jaguh kampung tetapi masih tidak berani bersaing di kampung sendiri. Cukup gentar apabila ada orang luar berjaya di kampung sendiri tanpa mahu mempelajari apakah rahsia kejayaan mereka bagi mengangkat taraf diri sendiri agar setanding dengan orang luar.

Jika sifat begini diteruskan, tidak ke manalah artis tempatan sebaliknya hanya menjadi ayam kokok di parlimen ciptaan mereka sendiri tanpa sedar tidak semua artis berpaksikan parlimen yang mereka cipta.

Lebih mendukacitakan apabila tentangan tersebut dilakukan terhadap ahli Seniman sendiri dan perkara ini diakui sendiri oleh Aaron yang mengesahkan dia merupakan ahli Seniman yang memiliki nombor keahlian yang sah. Bukankah Seniman sewajarnya melindungi ahli persatuan mereka dan bukannya sebaliknya?

Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung Ahad lalu mengiktiraf Aaron Aziz selaku pemenang anugerah utama Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular. Pemilihan pemenang dilakukan oleh pembaca akhbar Berita Harian.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Aaron Aziz Dilantik Duta Produk Minuman Drive M7
  • Gambar Party Kejutan Hari Jadi Aaron Aziz
  • Aaron Aziz, Johan & Zizan Kini Artis Naungan Astro
  • Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Gambar Aaron Aziz Menggayakan Pakaian Karpet Merah di ABPBH
  • Sekitar Bowling Aaronators Kelab Peminat Aaron Aziz
  • Gambar Aaron Aziz di Sidang Media ABP
  • Filem Kerat 14 Lakonan Aaron Aziz & Siti Saleha
  • Gambar Aaron Aziz di Lords Tailor ABPBH di Kuching
  • Koleksi Video Persembahan Anuar Zain Secretaries Week 2012

    Posted: 10 Apr 2012 08:51 AM PDT

    Budiey rasa teruja di tahap maksima tatkala dihubungi oleh penganjur Anuar Zain Secretaries Week 2012 yang menjemput Budiey di saat akhir. Lagi 5 jam je kot persembahan Anuar Zain Secretaries Week bakal dilangsungkan, Budiey tidak pandai untuk menolak dan berkata tidak. Ya, mahu sahaja hati ini menolak pelawaan untuk buat liputan di majlis tahunan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan alasan masih sibuk untuk pindah rumah. Tapi itulah, aura figura yang makin melebar ini sangat kuat terjejak dalam ruang diri kerana dia sangat eksklusif. Dan semua Budieyators pun tahu yang Budiey adalah peminat lagu-lagu Anuar Zain. Ya, usah berkata tidak kerana Anuar Zain Forever. Hahaha… so, never say never!

    Ya, semua orang tahu, Anuar Zain seorang yang perfectionist. Cerewet dia pun bertempat sebab dia mahu yang terbaik. Budiey rasa sifat kesempurnaan itulah yang menjadikan Anuar Zain seorang ikon yang disegani. Selain nilai eksklusif yang diterapkan, Anuar Zain juga mahu memuaskan hati peminatnya.

    Namun, apa yang berlaku tak seperti yang kita jangka. Munculnya penyanyi bersuara lantang ini di pentas di ruang dewan yang luas dalam keadaan yang tak berapa sihat di mana suara beliau agak garau gara-gara mengalami sakit tekak.

    Kesannya, beberapa lagu nyanyian beliau agak tak berapa sempurna di mana agak susah untuk membawa lagu-lagu yang tinggi. Apa-apa pun, peminat yang hadir tak memandang segala kelemahan yang tak disengajakan itu kerana memahami situasi yang melanda Anuar.

    Anuar kelihatan berjaga-jaga agar vokalnya tidak lari dari landasan asal dan Budiey rasa Anuar dah lakukan yang terbaik. Syabas untuk Anuar.

    Persembahan selama 1 jam itu menyaksikan jejaka kacak idaman Malaya ini menyampaikan lagu-lagu popularnya serta lagu daripada seorang ikon terkenal yang baru sahaja pergi iaitu Whitney Houston.

    Persembahan Anuar Zain di petang 10 April 2012 itu diiringi oleh pemuzik handalan dan juga ditemani penyanyi latar termasuklah penyanyi tersohor Adibah Nor.

    Budiey tak nak cerita panjang tentang lagu yang dinyanyikan sebab Budiey mahu korang semua tonton video yang Budiey rakam kat bawah ni. Layan je la ye.

    Lawak Pelawak Sepah 2 di Anuar Zain Secretaries Week 2012

    Anuar Zain Nyanyi KEABADIAN CINTA & SESUCI CINTAMU

    Anuar Zain siang-siang lagi meminta maaf kerana suaranya agak garau dan serak sebab demam. Tapi kami tetap enjoyz!

    Anuar Zain Nyanyi Lagu SURIA & SIARA di Secretaries Week 2012

    Anuar Zain Nyanyi MUNGKIN di Secretaries Week 2012

    Anuar Zain Nyanyi KETULUSAN HATI di Secretaries Week 2012

    Anuar Zain Nyanyi KAULAH SATUNYA di Secretaries Week 2012

    … nantikan video seterusnya, Budiey akan upload secara berperingkat satu persatu… harap semua #budieyators bersabar ya.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • International Secretaries' Week With Anuar Zain
  • Gambar Anuar Zain Kahwin Senyap-Senyap Adalah Tidak Benar!
  • Video Anuar Zain SEDETIK LEBIH Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
  • Gambar Anuar Zain di Singapore Expo
  • Anuar Zain Trending di Singapura
  • Gambar Anuar Zain di Post Party AIM18
  • Video Anuar Zain Nyanyi di Singapore Expo
  • Gambar Anuar Zain di Prebiu Media Hikayat Merong Mahawangsa
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Video Travel Ke Beijing Syafiq Yusof Bersama Anuar Zain
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Ketahuan Tak Pakai Underwear, Miley Cyrus Malu

    Posted: 10 Apr 2012 09:15 PM PDT

    LOS ANGELES- Miley Cyrus merasa malu ketika tertangkap kamera tak memakai seluar dalam beberapa hari lalu. Miley dan kekasihnya, Liam Hemsworth menyalahkan  para paparazzi dalam insiden itu. 

    "Miley merasa malu paparazzi boleh mengambil foto itu. Bahkan mereka terlalu jauh untuk itu," ujar seorang sumber seperti dikutip Popeater, Rabu (11/4/2012). 

    Melihat kekasihnya seperti dianiaya, Liam tak tinggal diam. Dia pun merasa kesal dan marah besar kepada paparazzi yang mengambil foto Miley ketika hendak masuk kereta. Apalagi, foto Miley tak pakai seluar dalam itu sudah tersebar di berbagai situs berita. 

    "Liam merasa bingung dan jijik kepada paparazzi mengambil foto seperti itu. Tidak ada yang dapat Miley dan Liam lakukan sekarang," katanya.(rik)

    Bayi baru lahir hanyut di tandas awam

    Posted: 10 Apr 2012 09:00 PM PDT


    BEIJING - Regu penyelamat menyerbu sebuah tandas awam di Kota Beijing, China, untuk menyelamatkan bayi yang hanyut di dalam mangkuk tandas. Menurut khabarnya, seorang perempuan melahirkan bayi di atas mangkuk tandas tersebut.

    Toilet itu dirosak. Regu penyelamat pun memeriksa saluran pembuangan najis di bawah mangkuk untuk menemukan bayi kecil itu.

    Menurut saksi , seorang perempuan yang hamil masuk ke toilet itu dan menyuruh suaminya menunggu di luar toilet. Tak disangka, si perempuan akhirnya melahirkan bayinya. Tak disengaja bayi itu pun masuk ke dalam toilet dan langsung tersapu oleh air yang dipam di toilet. Demikian seperti diberitakan Daily Mail, Selasa (10/4/2012).

    Lubang dari toilet itu cukup besar sehingga bayi itu dengan mudahnya masuk ke lubang toilet, kemudian masuk ke saluran pembuangan najis. Perempuan itu langsung panik, lalu menghubungi suaminya.

    Pertama-tama, para petugas pemadam kebakaran datang, namun mereka tidak dapat menemukan bayi itu. Mereka akhirnya mengorek lubang umum untuk mencari bayi yang baru lahir itu.

    15 minit kemudian, bayi kecil itu ditemukan. Bayi malang itu dan ibunya langsung dilarikan ke Rumah Sakit Universiti Tsinghua untuk menjalani perawatan. Saat ini bayi malang itu pun dalam keadaan yang kritikal.

    Kejadian serupa sempat terjadi di Negeri Panda pada 2006 lalu, seorang perempuan berusia 19 tahun melahirkan bayinya dan bayinya pun hanyut dalam saluran pembuangan najis secara tidak sengaja. Meski demikian, bayinya selamat setelah ditemukan.(AUL)

    Walaupun diburu polis,lelaki sempat update status facebook

    Posted: 10 Apr 2012 08:45 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Walaupun dalam kejaran pihak polis, seorang lelaki asal Washington, Amerika Syarikat (AS),  Travis A. Nicolaysen menyempatkan waktu, untuk memperbaharui statusnya di situs jejaring sosial Facebook.

    Travis telah ditetapkan menjadi buruan polis, atas tuduhan lima pelanggaran tindak jenayah, diantaranya, kekerasan dalam rumah tangga, perompakan menggunakan senjata api, dan pencurian. Seperti diberitakan oleh Yahoo.com, Selasa (10/4/2012).

    Ia dalam pelariannya sejak hari Rabu minggu lalu, dan dikejar oleh polis menggunakan anjing pengesan, hingga wilayah Port Angeles.
    Namun di hari pertama sejak dirinya melarikan diri, ia sempat membalas pesan yang dituliskan temannya dalam akaun Facebooknya. Temannya itu menulis, "Polis mencari-mu." Sesaat kemudian, Travis membalas pesan itu, "Ya saya tahu sahabat terimakasih ya."

    Seorang kawannya yang lain, juga meninggalkan pesan di halaman Facebooknya, yang memintanya untuk hati-hati selama di pelarian, sementara yang lainnya meminta Travis menyerahkan diri ke polis, dan memberi contoh yang baik kepada anak-anaknya.

    Di hari Sabtu kelmarin, ia kembali menjelajahi akaun Facebooknya, dan mengubah statusnya yang sebelumnya, tengah berhubungan dengan seseorang, menjadi bujang.
    Ia diketahui, pernah memiliki hubungan dengan seorang perempuan, namun pada 28 March 2012, ia dilaporkan ke polisi kerana menganiaya kekasihnya tersebut.

    Ayah Sanggup Racuni Bayi Perempuannya

    Posted: 10 Apr 2012 08:30 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Kerana tak menginginkan seorang anak perempuan, seorang ayah di India sanggup meracuni buah hatinya dengan maksud untuk membunuhnya.

    Namun takdir menyatakan lain, bayi perempuan itu selamat, dan menjalani perawatan di ICU di sebuah rumah sakit di Kota Bangalore, India, Isnin (9/4/2012). Sementara Umar Farooq, ayah tak berperasaan itu ditahan polis untuk mempertanggung jawabkan perbuatannya. 
    Reshma Banu, ibunda bayi malang itu, mengingat di hari Jumaat, minggu lalu, suaminya membeli biskut dan memberikannya kepada puterinya. Siapa sangka biskut itu ternyata sudah ia taburi racun. 

    "
    Saya terkejut ketika ia mengatakan akan memberi makan bayi, saya terkejut ia tiba-tiba jadi menyukai anak itu. Ia mengambil mangkuk susu dari saya, memberi saya wang, dan menyuruh saya ke kedai terdekat. Saya fikir dia telah berubah dan mulai mencintai puteri kami," tuturnya, seperti dikutip dari Timesofindia, Selasa (10/4/2012).
    Tetapi ia tidak sepenuhnya percaya kepada suaminya, ia pun kembali ke rumahnya, ketika sudah dalam perjalanan menuju kedai dekat rumahnya. Ia pun dibuat terkejut ketika melihat Umar tengah membersihkan  darah di mulut puterinya.
    "Saya bertanya apa yang terjadi, tapi dia diam saja Tiba-tiba anak saya mulai muntah darah. Saya menduga ia telah diracuni," kata Reshma.

    Menyedari putrinya sudah tidak bernafas, maka ia meminta wang kepada ibu mertuanya,dan bergegas melarikannya ke rumah sakit. "Kami kembali ke rumah setelah dokter memberinya ubat," ujarnya.

    Akan tetapi insiden itu, tidak membuat Umar tersadar, ia masih menginginkan puterinya meninggal dunia, untuk itu, saat semua orang di rumah sudah tertidur, ia menghampiri bayi malang itu dan menutupi wajahnya menggunakan bantal.
    "Ia menekan bantal di wajahnya. Saya langsung menelefon ibu saya, dan kakak ipar saya, dan membawa anak itu ke Rumah Sakit Bowring," kenang Reshma dengan gemetar.
    Sekarang Umar sudah berada dalam tahanan, dan Reshma mengatakan tidak ada alasan bagi dirinya untuk kembali kepadanya.
    "Saya belum siap untuk menikah dengannya, saat ia bercerai dan kami harus menghadapi perbezaan usia  itu kerana saya dibawah tekanan keluarga untuk menikah dengannya. Ia ternyata masih menjadi pecandu alkohol, dan narkoba," tuturnya.

    Seorang Ibu Habiskan $10000 Agar Mirip Pippa Middleton

    Posted: 10 Apr 2012 08:15 PM PDT

    Seorang ibu dari Miami, Florida mengungkapkan bahawa dia telah jatuh cinta pada bentuk fisik Pippa Middleton sejak menonton Royal Wedding Putera William dan Kate Middleton. Wanita bernama Jenny Fizgerald ini pun bernita untuk mengubah bentuk fisiknya agar lebih mirip dengan adik Kate tersebut.

    Dilapor dari Daily Mail, ibu dua anak ini dilaporkan telah menghabiskan biaya hingga $10.000) untuk membentuk punggungnya agar mirip dengan punggung Pippa. Menurutnya, membentuk tubuh kembali adalah kunci untuk menemukan cinta lagi.

    Jenny yang memang punya kemiripan feature tubuh dengan Pippa ini mengakui bahawa awalnya dia merasa bahagian belakang tubuhnya terlalu besar. Wanita yang telah enam tahun menjanda ini takut tidak ada lelaki yang maHu mendekatinya.

    "Ketika kulihat betapa banyaknya lelaki di seluruh dunia yang merespon bentuk tubuh Pippa dengan kekaguman, aku pun memutuskan untuk mengambil langkah drastis," ungkapnya.

    Setelah browsing untuk mencari tahu tentang cara mengubah penampilan, Jenny pun memutuskan untuk menjalani operasi di Dr Constantino Mendieta untuk menaikkan bagian punggungnya Hal itu bukan perkara mudah. Biaya operasi yang tinggi membuat wanita yang menjalankan clothing line ini harus menabung dan berjimat.

    Pada akhirnya, usahanya tidak sia-sia. Bulan Mei 2011, dia mulai melakukan prosedur operasi dan suntikan untuk menjadikan tubuhnya kembali menarik. Kini, dia mengaku boleh memakan makanan apapun tanpa dihantui rasa bersalah.

    Sumber : http://www.kapanlagi.com

    Pemandu Pengsan Remaja 13 Tahun Ambil Alih Kemudi Bas Sekolah

    Posted: 10 Apr 2012 08:00 PM PDT

    Seorang remaja berusia 13 tahun menjadi penyelamat rakan-rakan satu sekolahnya yang menumpang bas sekolah. Ketika pemandu bas sekolah tiba-tiba pengsan, remaja ini dengan berani mengambil alih kemudi dan berhasil menghentikan bas dengan selamat

    Jeremy Wuitschick tengah dalam perjalanan menuju ke sekolah bersama 15 anak lainnya di Milton, Washington, Amerika Syarikat (AS), pada Isnin (9/4) waktu setempat. Di tengah perjalanan, Wuitschick menyedari ada yang tidak kena dengan pemandu bas.

    "Matanya terbeliak dan posisinya duduknya menyandar ke belakang dan tangannya dikibas-kibaskan tanpa tujuan," tutur Wuitschick.

    Ketika laju bas mulai tak terkendali dan mengarah ke tepian jalan, remaja pemberani ini dengan cepat mengambil alih kemudi bAs.

    "Aku berdiri, meraih kemudi dan membelokkan laju bus ke kanan dan kemudian menarik kuncinya keluar. Dan berhasil, basnya berhenti. Benar-benar mengerikan," katanya.

    Setelah bas berhasil dihentikan, Wuitschick lantas meminta pelajar lainnya untuk menelefon 911. Namun ada seorang pelajar bernama Johnny Wood yang mengaku dirinya boleh melakukan CPR (cardiopulmonary resuscitation).

    Video CCTV dalam bas tersebut memang menunjukkan bahawa Wuitschick dan pelajara lainnya bersikap sangat tenang saat insiden ini terjadi. "Aku hanya bertindak berdasarkan insting. Semuanya terjadi sangat cepat dan tidak seperti dalam filem-filem di mana semua orang berteriak dan panik," tutur Wuitschick.

    Pihak berkuasa setempat memuji tindakan berani Wuitschick ini dan merancang memberikan hadiah kepadanya.

    "Saya beritahu kepada Anda, saya akan memberikan anak ini penghargaan kerana berfikir cepat. Dia melakukan hal yang benar dan kami akan memberikan sesuatu kepadanya. Anak ini pantas mendapat penghargaan," ucap Ketua polis Milton, Bill Rhodes, kepada ABC News.

    Sementara itu, sang pemandu bas yang tidak disebutkan identitinya, telah dilarikan ke rumah sakit terdekat RS St Francis. Belum diketahui penyebab sang pemandu tiba-tiba pengsan.

    Sumber : http://news.detik.com

    Sula bandar raya paling ganas di dunia

    Posted: 10 Apr 2012 07:45 PM PDT



    SAN PEDRO SULA - Bandar yang terletak di Honduras, negara rantau Amerika Tengah ini merupakan bandar raya paling ganas di dunia.
    Hampir setiap hari, penduduknya disajikan dengan adegan kumpulan penjenayah bertempur menggunakan raifal AK-47 dan grenad, pembunuh menyerang pada siang hari dan anggota polis meminta wang suapan.
    Di Honduras, negara yang memiliki populasi lapan juta orang, satu kes pembunuhan dilaporkan pada setiap 74 minit.
    Beberapa pakar memberitahu, keganasan yang melanda negara berkenaan berkait rapat dengan aktiviti penyeludupan dadah dan gejala rasuah. - AFP

    SUMBER : KOSMO ONLINE

    Pencipta Instagram kaya-raya serta merta

    Posted: 10 Apr 2012 07:30 PM PDT


    CALIFORNIA: Facebook semalam mengumumkan akan membeli aplikasi perkongsian foto paling popular, Instagram, untuk telefon bimbit pintar dengan harga berbilion dolar.
    Pencipta aplikasi yang memberi kemudahan pengguna untuk mengubah dan memuat naik foto ke dalam telefon bimbit pintar dan tablet itu akan dibayar secara tunai dan memperoleh saham Facebook. 
    Facebook juga akan menyelesaikan proses Initial Public Offering (IPO) sahamnya, bulan depan.

    Persetujuan itu akan menjadikan pencipta Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger kaya-raya serta merta.



    Persetujuan itu dicapai beberapa hari selepas Instragram memperkenalkan versi perisian untuk telefon android, selepas terkenal dalam aplikasi Apple.


    Mereka bersetuju dengan tawaran itu selepas Kevin menolak tawaran Mark Zuckerberg untuk bergabung dengan Facebook, lapan tahun lalu.

    Pertama kali mereka bertemu dengan Zukerberg ketika Kevin masih lagi meneruskan pengajian di Universiti Stanford.

    Kevin berkata: "Waktu itu saya membuat keputusan untuk meneruskan pengajian."

    Kevin dan Mike telah mengambil keputusan tepat kerana mereka kini menikmati kejayaan tanpa dibantu oleh ibu bapa atau orang lain. - DM 



    sumber : myMetro

    Wanita mabuk masuk rumah orang, susu bayi

    Posted: 10 Apr 2012 07:15 PM PDT


    SOUTH DAKOTA: Seorang wanita mabuk, memecah masuk ke sebuah rumah di sini dan cuba menyusukan bayi berusia dua bulan.
    Ibu bayi itu dikejutkan oleh salakan anjing lalu mendail nombor kecemasan 911 pada jam 5 pagi kelmarin. 
    Dia memberitahu pegawai polis, seorang wanita yang tidak dikenali memecah masuk ke rumahnya di Brookings dan cuba menyusukan bayi perempuannya.

    Menurut polis, Rebecca Silva, suspek berusia 24 tahun kemudian merangkak ke atas katil dan menjadikan rumah itu seperti rumahnya.



    Dia menafikan dakwaan itu dan berkata dia tidak pernah cuba menyusukan bayi itu, malah telah dipelawa masuk ke rumah oleh wanita berkenaan.



    Katanya, dia bertemu dengan wanita itu malam sebelumnya.

    "Saya tidak pernah pecah masuk ke rumahnya. Dia menjemput saya masuk," dakwanya.

    "Dia memberikan saya baju tidur. Dia menipu anggota polis yang saya pecah masuk ke rumahnya. Saya tidak cuba menyusukan bayinya. Ia tidak pernah berlaku," katanya.

    Katanya, dia teringat mereka bertengkar selepas minum arak. - DM 



    sumber : myMetro

    Bayi jatuh lubang tandas

    Posted: 10 Apr 2012 07:00 PM PDT


    BEIJING: Seorang bayi yang baru dilahirkan kini tenat selepas dipancur ke dalam lubang tandas secara tidak sengaja, sebaik selepas dilahirkan.
    Pekerja kecemasan mengambil masa 15 minit untuk mencari bayi yang jatuh ke lubang tandas selepas ibunya melahirkannya. 
    Lubang itu muat secukupnya untuk membolehkan bayi itu terbolos ke dalam selepas dibawa air.

    Pekerja terpaksa memecahkan paip kumbahan untuk menyelamatkannya. bayi itu.



    Bayi itu berjaya diselamatkan tetapi berada di dalam keadaan kritikal ketika dibawa ke hospital.


    Kejadian itu berlaku di daerah Zhaoyang di Beijing.

    Kejadian yang sama pernah berlaku kepada seorang ibu berusia 19 tahun di wilayah Jiang Su. beberapa tahun lalu. - Agen



    sumber : myMetro

    Flat awek bohsia

    Posted: 10 Apr 2012 06:45 PM PDT


    IPOH: Sebuah flat usang di kawasan Anjung Tawas Damai, Tasek, di sini, mendapat jolokan 'flat awek bohsia' apabila dikesan menjadi sarang maksiat berikutan dihuni lebih 300 wanita warga asing dari pelbagai negara.
    Flat berkenaan menjadi perbualan penduduk setempat berikutan kediaman itu seolah-olah dijajah pendatang warga asing yang menyewa serta menghuni sejak lebih setahun lalu.

    Malah, kehadiran lelaki warga asing yang kerap berkeliaran terutama pada waktu malam di flat itu turut menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang bimbang tempat itu dijadikan 'sarang' kegiatan tidak bermoral.


    Susulan aduan dan laporan diterima daripada penduduk, Jabatan Imigresen menyerbu flat berkenaan jam 10.45 malam kelmarin.

    Ketua Unit Operasi Jabatan Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, operasi bersepadu itu disertai Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).


    Menurutnya, pihak berkuasa terlebih dulu mengepung kawasan flat setinggi lima tingkat itu sebelum memeriksa setiap unit kediaman berkenaan.



    "Hasil pemeriksaan itu mengejutkan apabila flat itu dihuni 349 wanita warga asing pelbagai negara.

    "Kebanyakan wanita warga asing ini didapati menyewa beramai-ramai di flat berkenaan dan bekerja di kawasan kilang dan bandar berhampiran," katanya.




    Menurutnya, sepanjang operasi berkenaan, semua wanita warga asing itu memberikan kerjasama dan diarahkan berkumpulan di padang berhampiran.

    "Hasil pemeriksaan mendapati 377 warga asing ditahan untuk pemeriksaan. Mereka yang diperiksa ialah 28 lelaki dan 349 orang wanita.


    "Pemeriksaan mendapati 23 individu ditahan berasal dari Indonesia, 61 (Kemboja), 58 (Vietnam) dan 235 (Myanmar)," katanya.


    Menurutnya, Imigresen bagaimanapun tidak membuat sebarang tangkapan berikutan semua warga asing ditahan memiliki dokumen serta pas yang sah tinggal di negara ini.


    "Operasi ini sebagai persiapan dan persediaan penyelarasan kerjasama antara agensi penguat kuasa sebelum operasi besar-besaran di bawah Penguatkuasaan Program 6P bermula selepas tamat tempoh pemutihan.


    "Imigresen mempergiatkan operasi seumpama itu di seluruh negeri ini bagi memastikan negeri ini tidak menjadi pusat kehadiran pekerja warga asing," katanya.



    sumber : myMetro

    Suami manja luar biasa

    Posted: 10 Apr 2012 06:30 PM PDT


    IPOH: "Saya pelik apabila suami tiba-tiba menjadi terlalu manja, malah meminta saya memicit dan membuatkannya kopi sebelum nahas berlaku," ujar isteri mangsa, Shaharenah Said, 53, yang terkejut apabila suaminya, Rosli Abni Hajar, 53, maut dirempuh lori.
    Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, mangsa yang bertugas sebagai penyelia pengawal keselamatan meninggal dunia apabila kereta dipandunya bertembung dengan lori dalam kemalangan berhampiran Taman Rasi, Leburaya Ipoh-Lumut, di sini.

    Menurutnya, arwah suaminya menunjukkan sifat manja luar biasa apabila memintanya mengurut kaki sebelum meninggalkan rumah di Batu Gajah untuk ke tempat kerja.


    "Saya sangkakan itu semua sekadar permintaan biasa, malah saya sempat mengurut kakinya beberapa minit. Malah, saya turutkan permintaannya yang mahukan kopi.

    "Itu semua kenangan terakhir kami sebelum suami maut dalam kemalangan ngeri itu," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.


    Menurutnya, sebelum kejadian dia bimbang kerana suaminya masih tidak sampai ke rumah seperti kebiasaannya selepas tamat masa bekerja.



    "Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya sekitar jam 5 petang, namun panggilan saya dijawab polis yang memaklumkan nahas itu.

    "Saya segera ke HRPB. Malangnya Tuhan lebih menyayanginya," katanya sedih disamping anak tunggalnya, Nadhratun Najihah, 11.




    Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, mangsa dalam perjalanan dari tempat kerja di Ipoh pulang ke rumahnya di Batu Gajah.

    Menurutnya, mangsa dipercayai cuba memotong di laluan berkembar sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori berkenaan kerana gagal mengawal kereta. "Mangsa tersepit di tempat duduk maut akibat cedera parah manakala pemandu lori tidak cedera. Bagaimanapun, siasatan kemalangan diteruskan," katanya.



    SUMBER : MYmETRO

    Apek malang

    Posted: 10 Apr 2012 06:15 PM PDT


    MANTIN: Malang menimpa seorang lelaki warga emas apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diterimanya bukan saja disamun malah turut dibelasah penjenayah menyebabkan dia terpaksa menerima 10 jahitan di kepala di Kawasan Merah di sini, Ahad lalu.
    Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Pan Tham Khoi, 79, dipukul suspek menggunakan objek keras dipercayai topi keledar menyebabkannya rebah dan hampir tidak sedarkan diri. Menurut Tham, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui rakannya di sekitar kawasan berkenaan. "Ketika membuka pintu rumah, saya terkejut apabila dihampiri seorang lelaki dipercayai berusia lingkungan 40-an yang terus menyerang menggunakan objek keras.

    "Saya diserang pada bahagian kepala dan muka sehingga terjatuh ke lantai serta nyaris pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, ketika kunjungan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) merangkap Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Nilai, Yee Hee Long.


    Tham yang tidak berkahwin berkata, suspek merampas dompetnya yang mengandungi wang BR1M berjumlah RM400 diterimanya bulan lalu.

    "Saya meminta bantuan saudara untuk dihantar ke hospital berdekatan," katanya.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.



    "Kes berkenaan masih sedang disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.


    sumber : myMetro

    Remaja dedah ibu guna ilmu hitam

    Posted: 10 Apr 2012 06:00 PM PDT


    KUALA LUMPUR: "Sejak kecil saya melihat ibu lakukan pemujaan di rumah ibadat bukan Islam dan saya pernah lihat ada darah, kuku dan jarum dalam tiga mangkuk berasingan tersimpan di bilik yang digunakan ibu untuk berubat.
    "Malah, ibu turut menggunakan al-Quran untuk menipu orang. Jadi, saya tidak sanggup lagi melihat amalan khurafat dilakukan ibu dan tidak mahu lebih ramai menjadi mangsanya."
    Demikian cerita gadis berusia 19 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul ketika mendedahkan perbuatan khurafat ibunya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

    Nurul ditemani suaminya mengadakan sidang media itu bersama tujuh individu lain yang menjadi mangsa penipuan ibunya membabitkan kerugian lebih RM20,000.



    Nurul berkata, dia yakin ibunya berusia 47 tahun itu mengamalkan ilmu hitam dan menggunakan ilmu berkenaan untuk mendapatkan wang dengan menipu orang ramai.



    sumber : myMetro

    Hentakan kuat kekasih sejenis

    Posted: 10 Apr 2012 05:45 PM PDT


    KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati dipercayai dibunuh kekasih sejenisnya sebelum mayat mangsa ditinggalkan dalam keadaan bogel dalam sebuah bilik hotel empat bintang di Jalan Ampang, di sini, semalam.
    Mayat lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang, ditemui dengan kesan kecederaan serius di belakang kepalanya oleh pekerja hotel berkenaan kira-kira jam 3 petang.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa sepatutnya mendaftar keluar dari hotel itu jam 12 tengah hari, tetapi gagal berbuat demikian menyebabkan pekerja hotel itu memeriksa bilik mangsa menginap.


    Menurutnya, selepas dipanggil beberapa kali dan tidak berjawab, pekerja berkenaan membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua sebelum mendapati mangsa terbujur kaku di dalam bilik berkenaan.

    "Siasatan awal mendapati mangsa yang mendaftar masuk kira-kira jam 6 petang kelmarin keluar dari biliknya jam 12 tengah malam sebelum kembali ke biliknya jam 1 pagi bersama seorang wanita dipercayai warga tempatan.


    "Berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di hotel itu, wanita terbabit keluar dari bilik mangsa sejam kemudian sebelum mangsa didatangi seorang kenalan lelakinya pada jam 2.30 pagi yang berada bersama-sama mangsa hingga jam 12 tengah hari," katanya.




    Katanya, pemeriksaan awal Unit Forensik Polis Kuala Lumpur mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan objek tajam pada kepalanya.

    "Kami percaya lelaki terakhir berusia awal 40-an yang berada bersama mangsa adalah suspek utama yang melakukan pembunuhan.




    "Polis turut menolak kemungkinan kejadian bermotifkan samun berikutan semua barang berharga mangsa tidak diambil dan siasatan kini menjurus sama ada mangsa mempunyai hubungan songsang dengan suspek terbabit," katanya.

    Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu polis dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di 03-21159999 atau balai polis berhampiran.



    sumber : myMetro


    Akibat salah mengambil perunding fesyen

    Posted: 10 Apr 2012 05:30 PM PDT

    Inilah akibat salah mengambil perunding fesyen..










    maka kalau kita nak cari perunding fesyen carilah 
    yang benar-benar 'ahli'....


    [Gila] Murid dihukum berdiri ditempat sejuk sampai mati kesejukkan

    Posted: 10 Apr 2012 05:15 PM PDT

    Berita Unik kali ini tentang Student in China Died by Teacher Punishment. Seorang pelajar di China meninggal dunia kerana hukuman yang diberikan oleh  guru sekolah. Hukuman yang diberikan kepada Zhang Jixing (14), seorang pelajar sekolah menengah pertama iaitu berdiri dilapangan sekolah ketika cuaca di Kota Weifang sedang musim dingin




     Dengan suhu udara mencapai 14F atau –10C, berakibat fatal. Zhang Jixing ditemukan dalam keadaan tewas kerana kedinginan. Hu Daofa, sang guru yang memberikan hukuman, seakan lupa dengan anak didiknya. Dengan sikap acuh, dia meninggalkan muridnya yang sedang dihukum untuk pergi minum-minum bersama kawan-kawannya.


    Kematian Zhang Jixing menyulut emosi orang tuanya. Mereka tidak terima atas perlakuan yang diterima sang anak. Zhang Jixing diberi hukuman oleh Hu Daofa kerana ketahuan cuba lari dari sekolah. Saat ini kepolisian China sudah menangkap Hu Daofa beserta Kepala dan Wakil kepala Sekolah kerana usaha mereka untuk menutup kes ini dengan memberikan sejumlah wang kepada orang tua mangsa.

    Apa perasaan anda jika jari yang putus disambung sebegini rupa

    Posted: 10 Apr 2012 05:00 PM PDT







    sumber : chinasmack

    [LAWAK] Pemain Pertahanan Chile Tampar Muka Sendiri Gunakan Tangan Lawan

    Posted: 10 Apr 2012 04:45 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM, QUITO - Ada banyak cara untuk menipu pengadil di padang. Tetapi, cara yang satu ini benar-benar unik, menampar muka sendiri dengan tangan lawan!

    Bek pasukan U-20 Chile, Bryan Carrasco, menggunakan tangan seorang pemain Equador untuk memukul mukanya sendiri dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia U-20.

    Ketika itu, dalam keadaan  1-0 untuk Ekuador, Carrasco mengawal seorang pemain lawan dengan posisi di belakang pemain tersebut.

    Dengan tangan kirinya, dia kemudian memegang tangan kiri lawan dan menariknya ke belakang hingga tangan lawan mengenai mukanya sendiri sampai dia jatuh.

    Pengadil menilai pemain Equador itu melakukan pelanggaran dan menghadiahkan tendangan bebas untuk Chile. Carrasco sendiri langsung bangkit dan berlari menuju posisinya.

    Sayang, usaha Carrasco tak cukup untuk menghindarkan Chile dari kekalahan 0-1. Sementara mereka tersingkir, Equador masuk e pusinagan final.




    Inilah Penyakit Yang Disebabkan Oleh Internet

    Posted: 10 Apr 2012 04:30 PM PDT

    Awas, sebuah penelitian mendapati penggunaan internet secara berlebihan dapat menyebabkan terasing secara sosial, insomnia, depresi, gelisah, obesitas dan gangguan jiwa.

    Studi dari Assosiated Chamber of Commerce and Industry India menemukan anak yang orang tuanya bekerja, cenderung mengalami kecanduan internet. Kecanduan ini terjadi akibat tidak adanya perhatian dari orang tua.

    Berdasarkan kajian, anak-anak biasa menghabiskan waktunya mengakses internet selama lima jam sehari.

    Anak laki-laki biasanya lebih banyak menghabiskan waktunya di internet dibanding anak perempuan.

    Studi ini mengatakan bahawa perilaku buruk muncul keraa kurangnya peraturan penggunaan internet di rumah.

    "Mudahnya mendapatkan akses internet di rumah menyebabkan peningkatan kecanduan internet," kata kajian tersebut.

    "Terbukti perilaku semacam ini mengakibatkan peralihan interaksi sosial dari kehidupan nyata ke situs jejaring sosial dan ruang chat. Kecanduan semacam ini akan menimbulkan kesan serius pada kesihatan mental anak"

    Kerja gila

    Posted: 10 Apr 2012 04:15 PM PDT

    Nak tunjuk handal...diri sendiri yang sakit...










    Gila..abang dan adik berhubungan seks dalam lif

    Posted: 10 Apr 2012 04:00 PM PDT


    dailymail.co.uk

    INILAH.COM, Glasgow - Adik beradik dari Scotland dilihat sedang berhubungan seks di dalam sebuah elevator di stesen kereta. Mereka tak sedar ada kamera CCTV di elevator itu.

    Richard Finlayson (21) dan adik perempuannya, Kirsty (18) melakukan tindakan tak senonoh itu di Stesen Motherwell, di luar Ibukota Glasgow pada 27 Jun tahun lalu. Keduanya mengaku melakukan inses saat diseret ke Pengadilan Hamilton Sheriff.

    Sang abang menerima hukuman dua tahun masa percobaan, sementara adiknya satu tahun. Richard juga dimasukkan dalam daftar pelanggar seksual. Kirsty tidak dimasukkan ke daftar itu kerana pada saat kejadian masih berusia 17 tahun atau di bawah umur.

    Dalam sidang dengar pendapat baru-baru ini, Kirsty diwajibkan menerima layanan kesihatan dan kaunseling kejiwaan. Saat kejadian, ia tinggal di hostel tuna wisma dan menemui abangnya untuk meminjam wang.

    "Saat itu saya tuna wisma, mabuk dan memerlukan bantuan. Saya menunggunya di peron sebelum dia naik kereta untuk pulang dan saya naik kereta lainnya. Memang bukan alasan, tapi saya tak ingat apa yang terjadi setelah itu," ujar Kirsty.

    Kirsty juga mengaku muak dan jijik dengan dirinya sendiri. Richard juga mengakui hal sama dan berkata saat itu merupakan masa-masa yang gila. "Kirsty datang kepada saya, tapi ini bukan sepenuhnya salah dia. Kami berdua sudah dewasa dan membuat keputusan bodoh," katanya.

    Sheriff Ray Small menyatakan, kedua beradik ini tentunya mengerti masyarakat tak boleh menerima apa yang mereka lakukan. Meski begitu, ia mengatakan, kedua tersangka masih rentan dan tak dipenjara kerana tak pernah melakukan tindak jenayah.

    "Kes semacam ini mendapat perhatian besar dari masyarakat. Saya yakin, kes seperti inilah seseorang berpotensi besar merosak hidupnya," ujar Sheriff, menyatakan Kirsty sedang bersiap pindah ke England.

    Gila ke ape perempuan ni?

    Posted: 10 Apr 2012 11:00 AM PDT




    kalau ye pun nak mandikan anjing tu janganlah sampai
    macam ni...brutal betul..
    gila ke ape perempuan ni?

    Tua-tua keladi semakin tua semakin jadi,nenek operasi payudara agar kelihatan montok

    Posted: 10 Apr 2012 10:30 AM PDT

    Tua-tua keladi semakin tua semakin jadi. Di usianya yang sudah tak muda lagi, seorang wanita bekas bintang televisyen berusia 69 tahun melakukan operasi payudara. Meski hampir menginjak usia tujuh puluh, nenek 'genit' ini ternyata tak mahu kalah untuk mendapatkan payudara menawan. Kim Woodburn, bekas bintang reality show 'I'm A Celebrity star' terkenal dengan dadanya yang cukup besar dan punya kemampuan 'memegang' sebuah kemoceng. Namun dengan bertambahnya usia, dada Woodburn yang besar tampak semakin melorot.


    Saat menonton kembali penampilannya di reality show 'I'm A Celebrity… Get Me Out Of Here!', yang membuatnya harus tampil di hutan pada tahun 2009, Woodburn melihat payudaranya yang besar nampak sangat kendur. Lantas ia memutuskan untuk melakukan operasi untuk mengencangkan (menaikkan ke posisi semula) dan mengurangi ukuran payudara di usianya yang sudah tak muda lagi, 69 tahun.

    Woodburn mengatakan ia telah menggunakan jasa ahli bedah Laurence Kirwan untuk mengurangi ukuran dadanya yang besar iaitu 38FF. Kini ia boleh tersenyum dengan dada' bercahaya' ketika dia berbaring di tempat tidur. "Tidak ada yang memperhatikan, jadi itu adalah pertama kali saya tampil di televisyen lagi. Tetapi ketika saya pertama kali pergi ke hutan, saya melihat ada hal besar yang menggantung di bawah. Saya tidak pernah sakit bahu, saya selalu memakai bra yang bagus, tapi saya tidak pernah meninggikannya," jelas Kim Woodburn, seperti dilansir Dailymail, Selasa (29/11/2011).

    Selama penampilannya di acara reality show tersebut, payudara Woodburn membuatnya sedikit menjadi simbol seks, setelah ia digambarkan mengambang di kolam renang dengan dada agak mengapung di depannya. Dia telah turun berat badan hampir 10 kg dari berat badan 94 kg menjadi 84 saat membintangi acara reality show tersebut, tapi ia masih mempertahankan payudara besarnya.

    Wanita berambut perang ini mengatakan sangat mudah terpengaruh dengan kritik mengenai bentuk tubuhnya saat ia masih menjadi bintang acara "I'm A Celebrity…!'. Ini juga yang membuatnya memutuskan untuk melakukan operasi payudara di usia yang sudah tergolong nenek-nenek.-ruanghati.com

    (Sumber)

    Air kencing wanita hamil digunakan untuk buat ubat menolong wanita yang mahu hamil

    Posted: 10 Apr 2012 10:15 AM PDT

    REPUBLIKA.CO.ID,AMSTERDAM – Bunga tulip, keju, sayur-sayuran produksi rumah kaca merupakan produk eksport paling terkenal Belanda. Tapi, masih ramai orang yang tidak tahu. Di Belanda, air seni alias air kencing juga dijadikan bahan eksport. Tapi, hanya air seni wanita hamil yang dieksport guna dibuat ubat untuk menolong wanita lain dimanapun di dunia yang mahu hamil.

    Prakarsa ini unik di dunia. Ibu hamil menampung air seni mereka untuk diberikan kepada organisasi Ibu untuk Ibu. Air seni itu mengandung hormon dalam jumlah tinggi. Industri farmasi kemudian mengolahnya menjadi ubat bagi perempuan yang sulit mendapat anak. Ubat untuk memperbesar peluang mereka untuk mendapat anak.

    Para ibu ini adalah sukarelawan yang ingin membantu ibu-ibu lainnya. Aktivii ini telah berlangsung 80 tahun. Setiap titis air seni bermanfaat.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS