Fenomena kumpulan remaja dari Korea telah menakluk dunia. Korean Pop atau K-Pop , genra muzik yang diketengahkan oleh penghibur-penghibur berkumpulan ini. Tetap elemen R&B dan hip hop menjadi akar kepada muzik mereka dan dimasukkan elemen elektronik dan retro.
Malaysia yang tidak ketinggalan turut bersama demam K-Pop. Peluang ini diambil oleh Cat Farish, seorang artist (bekas anggota Ruffedge/ Ketua Kumpulan The Fabulous Cats), Komposer, Pelakon, Host dan Penerbit untuk mencari sebuah kumpulan yang sehebat kumpulan–kumpulan K-Pop.
Pencarian selama 2 tahun ini tidak disia-siakan kerana Cat Farish menemui sebuah kumpulan di laman web You Tube. Da'Prinz, sebuah kumpulan yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Penemuan ini telah disambut baik oleh kumpulan tersebut dan mereka telah merakamkan single/lagu tema untuk drama 'Seribu Kali Cinta' yang disiarkan di Slot Akasia, TV3 October 2010.
Cat Farish kemudiannya menukarkan nama kumpulan ini ke P.R.Inc. Mereka yang pada mulanya dianggotai oleh Vin,Aegy, Aye & Apies telah mengalami beberapa masalah hingga Apies meninggalkan kumpulan ini selepas pengambaran klip video single pertama mereka siap.
Pertaruhan single 'BUKU BARU' masih menjadi tanda tanya kerana kumpulan ini tidak lengkap. Kehadiran Benny atau Ben telah menyempurnakan kumpulan ini dan sekali lagi Cat Farish menukar nama P.R.Inc kepada yang lebih simple dan senang untuk disebut ke P.O.P.
Setelah merakam single kedua 'MAIN JAUH JAUH', P.O.P berjaya menyiapkan sebuah lagu tema untuk drama di TV9,'Diari Suami 9 Bulan' dan lagu itu bertajuk 'SIAPA AKU TANPA KAMU'.
Kemahiran Aye menyusun susunan muzik dan penyampaian lirik dan melodi dari teman teman lain juga menambahkan keserasian mereka bekerjasama dibawah arahan Cat Farish yang dibantu oleh Zizie dari The Fabulous Cats.
Aegy adalah salah satu peserta realiti My Star LG musim kedua adalah seorang jurutari yang menyusun semua langkah tarian untuk kumpulan ini. Adakalanya bantuan professional diperlukan dan pihak CPP akan membawa jurutari dari Floor Fever Crew.
Persiapan untuk alum kumpulan ini masih dijalankan dan rangka promosi dimulakan pada awal April 2011. Pihak CPP mengharapkan satu fenomena yang bakal dicetuskan oleh P.O.P,
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Saturday, May 7th, 2011 pada 2:17 am dan di bawah kategori Berita.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Memperkenalkan inovasi penemuan dalam gincu, Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik 3g. Gincu yang menggabungkan warna berkrim mewah dengan perapi berhidrat untuk warna-warna ceria dan melembap hingga ke dalam.
Apabila bercakap mengenai gincu, AVON percaya bahawa wanita tidak perlu berkorban untuk memilih antara pelembap dan warna. Maka, kerana itulah Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik dari AVON ini telah menggabungkan kompleks akua sutera untuk membantu menyimpan pelembab bersama pigmen bercas warna untuk memberikan warna yang ceria dan mewah.
Menepati gaya hidup wanita masa kini yang sentiasa sibuk, gincu berpelembap dengan SPF 15 unik ini adalah sebab untuk anda tidak perlu memakai pelembap bibir lagi.
"Cara paling baik agar bibir nampak mongel adalah dengan menggunakan gincu yang berpelembap," jelas Zulfazli Suhadi, Jurusolek selebriti Avon. "Malah, dengan penghidrat tambahan, pigmen hebat dan SPF15 dalam rumusannya, membantu menjadikan bibir kelihatan dan berasa hebat sepanjang hari."
Rumusan penemuan istimewa dari AVON ini hebat mengadun warna dan pelembap, menjadikan bibir kelihatan lebih memukau dan menawan. Ianya boleh didapati dalam 10 warna-warna menggoda.
Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik dari AVON ini akan dipasarkan bermula 1 Jun 2011. Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat untuk mendapatkannya. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.my.avon.com
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Saturday, May 7th, 2011 pada 12:11 am dan di bawah kategori Advertorial.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
Baru-baru ini, tersebar beberapa gambar Que Haidar dan Linda Jasmine semasa bersosial bersama rakan-rakan. Apa yang tak bestnya, dalam gambar tu jelas kelihatan beberapa air haram terhidang di atas meja seperti pada gambar kat atas tu sehingga ramai yang menyangka Que Haidar dan Linda Jasmine meminumnya.
Ekoran daripada itu, Que Haidar dan Linda Jasmine tidak menunggu masa yang lama untuk menjelaskan situasi sebenar. Berikut penjelasan daripada mereka.
Que Haidar :~
Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar untuk meraikannya (merujuk kepada sambutan hari jadi kawan mereka berdua). Namun terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu adalah milik orang lain. Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral.
Ini pula penjelasan daripada Linda Jasmine :~
Saya tak minum arak dan merokok langsung. Rokok itu orang lain punya, mungkin Que dan saya hanya memegangnya.
Sekarang semuanya sudah jelas yang Que Haidar dan Linda Jasmine tidak meminum air haram tersebut seperti yang disangka oleh ramai orang. Hopefully it's true.
Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D
Seorang pelakon era 70-an yang membintangi drama "Langit tidak selalu cerah", Mokhtaruddin Mohd Saad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan mencabul seorang pelajar.
Mokhtaruddin, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.
Tertuduh yang juga pengasas kepada pertubuhan Raudah iaitu sebuah badan kebajikan, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun, di Asrama Raudah di No 336, Batu 11, Gombak pada 2.30 petang, 1 Mei lalu.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah mencadangkan Mokhtaruddin diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kemudian menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan lantik peguam.
Anak lelakinya, Datuk Mohd Bismi Adira selaku penjamin membayar jaminan itu. -Bernama-
P/s:Kena Dengan Filem.. "Langit Tidak Selalu Cerah"... :(
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.
Salam Guys, Korang Ingat Lagi Tak Dengan Pak Ude A.K.A Zami ismail Pelakon Komedi Yang Kecik-Kecik Jer Orangnye Tu....?? Ingat Lagi Tak ?? Dah Lama Rasanya Kan, Dia Tak Kuar TV.. Terbaru, Dengar Cerita Dia Sekarang Ditahan Di Wad ICU Hospital Ampang, Pandan Mewah, Akibat Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru..
Beliau Juga Merupakan Bapa Kepada Pelakon Mohd Saufi bin Zami A.K.A Opie Zami Yang Memegang Watak "Mat Rock" Dalam Drama Bersiri Spanar Jaya Yang Pernah Ditayangkan Di NTV7 Dulu-Dulu... *Masa Aku Dah Tak Ingat*... Jadi, Sama-Samalah Kita Mendoakan Semoga Pak Ude Cepat Sembuh... Amin....
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.
Seorang lelaki berusia 54 tahun sempat berhenti denyut jantungnya selama 96 minit kembali hidup normal tanpa gejala kerosakan saraf atau konsekuensi lain. Demikian dilaporkan oleh Mayo Clinic, Amerika Syarikat.
Para petugas di unit kecemasan menggunakan alat kejut jantung dan melakukan CPR terhadap lelaki dengan penyakit jantung tersebut. Para petugas juga menggunakan teknologi bernama kapnografi, yang mengukur jumlah darah yang melewati paru-paru dan organ lain. "Dengan mengetahui jumlah darah, petugas medik dapat terus berusaha menyedarkan kembali lelaki itu," kata klinik dalam sebuah pernyataan.
Ahli anestesi Dr. Roger White melaporkan bahawa denyut jantungnya kembali secara bertahap. "Kapnografi punya peranan besar kerana menginformasikan petugas kalau mereka terus mencuba, orang itu akan selamat," kata White.
White juga menyebutkan kalau lelaki ini merupakan lelaki dengan catatan waktu terlama tanpa denyut tapi sedar kembali. Kes ini dapat dijadikan alasan untuk penggunaan kapnografi serta kajian lanjutan dalam bidang itu.
MARYLAND - Ia mungkin tidak menarik minat orang dewasa, tetapi bagi kanak-kanak dan penggemar filem animasi, bilik hotel bertemakan dunia fantasi pasti membuatkan mereka teruja.
Itulah yang dilakukan rangkaian Hotel Gaylord dan syarikat pengeluar filem DreamWorks Animation dalam projek usaha sama untuk mereka hiasan dalaman termasuk pakej makanan mengikut watak animasi kegemaran pengunjung hotel itu.
"Kebanyakan orang suka membayangkan diri mereka berada di dalam dunia fantasi. Ia sesuai untuk individu atau keluarga yang mahukan kelainan semasa percutian mereka," kata Ketua Eksekutif Gaylord, Colin Reed.
Hotel Plaza Athenee di Paris juga menawarkan dua bilik dihiasi keseluruhan perabot berwarna merah jambu dan putih bagi peminat watak patung Barbie yang sememangnya sinonim dengan kanak-kanak perempuan dengan harga ASD4,000 (RM12,000) semalam.
Terdahulu, Hotel Marriott turut mereka hiasan dalaman bertemakan dunia watak animasi kegemaran ramai, Spongebob Square Pants untuk mencetuskan kelainan. saya petik dari Sinar Harian
AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.
Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.
Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.
Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.
Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.
Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.
Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi
PORT DICKSON: Seorang lelaki menyelamatkan tiga mangsa lemas di Pantai 2 Telok Kemang, di sini, kelmarin, menemui ajal sejurus memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) kepada seorang mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Zulkifly Hamzah, 43, rebah sebaik selesai memberi bantuan pernafasan kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang lemas ketika mandi di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata ketika kejadian, pantai berkenaan tiba-tiba dilanda air pasang menyebabkan tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Telok Kemang lemas.
"Zulkifly yang kebetulan membantu ibunya berniaga di kawasan pantai mendengar tiga murid lelaki menjerit meminta tolong dan terus terjun ke laut bagi menyelamatkan mereka.
"Pengunjung lain yang menyedari kejadian itu turut berusaha menyelamatkan dua lagi mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, sejurus memberi CPR kepada seorang daripada murid berkenaan, Zulkifly rebah dan tidak sedarkan diri di situ.
Orang ramai yang melihat kejadian bergegas membawanya dan murid yang lemas itu ke Hospital Port Dickson (HPD), namun Zulkfily meninggal dunia dalam perjalanan ke HPD.
Sementara itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika Zulkifly memberi bantuan CPR, murid lelaki itu masih tidak sedarkan diri.
"Ketika itulah dia (Zulkifly) memberitahu kami, budak itu sudah tiada, namun selang beberapa lama kemudian ketika dia memberi CPR sekali lagi, budak lelaki itu terjaga dan Zulkifly pula rebah tidak sedarkan diri," katanya.
Ibu Zulkifli, Nyapon Jantan, 63, berkata, anaknya itu berulang kali memberitahu bahawa dia akan pergi jauh.
"Namun, ketika itu saya tidak perasan sebarang perubahan dia kerana beranggapan dia mahu pergi jauh untuk bekerja. "Saya reda menerima berita kematiannya, namun saya tidak menyangka ia berlaku terlalu cepat sekali," katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian dia sempat membancuh segelas air teh dan minum petang bersama arwah.
"Dalam perbualan itu, arwah berkata dia akan pergi jauh untuk mencari kerja kerana Aildifitri bakal menjelma tidak lama lagi.
"Kemudian, anak saya dengar tiga budak lelaki terkapai-kapai menjerit meminta tolong di tengah laut lalu terus berlari ke pantai memberi bantuan kepada mereka.
Sepupu Zulkifly, Badiozaman Abu, 43, yang turut sama memberi bantuan kepada tiga budak lelaki itu melihat Zulkifly jatuh pengsan selepas itu.
"Saya terus mengangkat dan membawanya ke kereta untuk mendapat rawatan di HPD. Ketika diberitahu dia sudah meninggal dunia, lemah seluruh anggota badan," katanya.
Zulkifly meninggalkan seorang isteri, Norhayati Ahmad, 39, dan juga tiga anak, Ilyasa Zulkifli, 14, Idham Syah, 9, dan Izuwan Shah, 8.
Sementara itu, tiga murid sekolah itu selamat dan seorang daripada mereka kini mendapat rawatan di HPD.
LANZHOU – Seorang wanita berhasil membuat bingung warga di Lanzhou, Daerah Gansu, China kerana dia tidur di pohon, tepatnya di antara ranting-ranting.
Wanita tersebut memilih pohon di ketinggian 20 kaki atau sekira enam meter, dekat sebuah pasar tradisional, sebagai tempat ia menghilangkan mengantuk.
"Kami mendengar suara dengkuran, tetapi tidak dapat menemukan darimana suara dengkuran itu berasal, sebelum salah kasutnya jatuh dan mengenai kepala orang yang ada di bawah" ujar seorang pengunjung pasar, sebagaimana dilapor dari Chinese Global Times, Jumaat (6/5/2011).
Akhirnya seorang polis berhasil memujuknya untuk turun dari atas pohon. Tapi itu tidaklah semudah membalikan tangan. Dia baru mahu turun dengan memberi sandwich dan sebotol air.
HANOI – Seorang lelaki di Vietnam menanggung akibat kerana telah menelan satu gulungan wang. Wang tersebut pun tersangkut dalam perutnya kerana tidak boleh dicerna.
Lelaki berusia 29 tahun itu pun kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan pada Khamis, 5 Mei, di sebuah hospital di bahagian selatan pusat daerah Khanh Hoa, Hanoi, Vietnam, sebagaimana dilapor Associated Press, Jumat (6/5/2011).
Lelaki tersebut pun menderita sakit usus parah selama seminggu setelah menelan segulungan wang bernilai 100.000 dong .
Belum diketahui apa alasan yang menyebabkan lelaki tersebut menelan wang. Namun, diketahui lembaran wang berwarna hijau tersebut memiliki gambar presiden Ho Chi Minh. Wang tersebut dikeluarkan untuk memerangi pemalsuan.
INILAH.COM, Jakarta – Tak diragukan, seks memang memiliki nilai jualnya tersendiri. Sex.com pun berhasil memecahkan rekod Guinness World Record (GWR) untuk alamat internet termahal di dunia.
Nama domain itu menjadi alamat internet termahal ketika Clover Holdings Inc. membelinya pada November 2010 lalu dengan harga US$13 juta (Rp112 miliar). Pemilik nama domain ini sebelumnya, Escom LLC, diketahui membeli sex.com pada 2006.
Saat itu, Escom LLC membelinya dengan harga US$11,5 juta Namun pada awal 2010, perusahaan itu menyatakan bankrup. Sebagai bagian kesepakatan dengan para kreditur, Escom LLC pun melelong nama domain itu pada para pembeli berpotensi.
Clover Holdings Inc. kini menggunakan nama domain itu untuk 'penyimpan' online yang dilengkapi iklan dan situs berkait seks lainnya. Nama domain ini sangat berharga kerana namanya sendiri.
Pasalnya seperti dikutip techradar, 'sex' terus menjadi salah satu hal yang paling dicari di internet. Sex.com diketahui mendapat 125 ribu kunjungan tiap harinya meski belum banyak kandungan yang ada dalam laman itu.
Tamara Coakley, perempuan 33 tahun di Australia mengalami kemalangan parah yang nyaris meragut nyawanya. Dalam kemalangan tersebut, dia kehilangan begitu banyak darah sampai jantungnya gagal mengempan oksigen ke seluruh tubuhnya.
Bukan hanya itu, dia juga mengalami kerosakan pada tulang punggung, paru-parunya, tengkoraknya retak dan beberapa tulang iganya patah. Seperti diberitakan Daily Telegraph, Coakley juga mengalami kerosakan limpa yang pecah dalam kemalangan tersebut.
"Sampai di hospital darah saya tinggal 2 pain sekitar 946.4 ml)," ungkap Coakley seperti dikutip dari Herald Sun, Jumaat (6/5/2011).
Kerana darah yang didermakan keluarga tidak mencukupi, pasukan doktor di The Alfred Hospital di Melbourne akhirnya memesan 10 pain (4,7 L) darah sintetis dari Amerika Syarikat. Darah yang dibuat dari plasma lembu itu sebelumnya belum pernah ditransfusikan pada manusia.
Darah sintetis yang diberi nama HBOC201 tersebut sebenarnya adalah hemoglobin, salah satu komponen darah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen. Tanpa hemoglobin yang cukup, oksigen tidak boleh didistribusikan sehingga berbagai organ tidak boleh berfungsi normal.
Dibandingkan darah asli yang didapatkan dari penderma, darah sintetis dari plasma lembu ini memiliki beberapa kelebihan. Di antaranya tidak butuh pemeriksaan ulang (cross match) dan boleh disimpan hingga 3 tahun tanpa harus dimasukkan peti sejuk.
"Terobosan ini adalah langkah penting dalam pengembangan darah alternatif untuk mengatasi kelangkaan derma darah yang mengglobal. Ini seperti fiksi ilmiah," ungkap salah satu doktor di hospital tersebut, Prof Mark Fitzgerald.
dailymail Seribu tanaman ganja berhasil ditemukan oleh Polis South Wales,di dalam sebuah kilang. Tanaman ganja itu hidup dalam ruangan gedung tertutup. Dengan pencahayaan buatan yang instens dan kelembapan suhu terjaga tanam itu hidup subur didalam kilang.
Gladys Burrill tidak pernah terfikir memecahkan rekod dunia ketika dia mengambil bahagian dalam Maraton Honolulu di usianya yang ke-92.
Burryll yang digelar Gladyator tidak lama setelah menyelesaikan maraton yang digelar pada 12 Disember lalu dalam waktu 9 jam dan 53 minit mendapat khabar bahawa dia berhak tercatat sebagai perempuan tertua yang sanggup menyelesaikan sebuah maraton.
Sabtu (2/4), Guinness World Record mengonfirmasi catatan rekor Burrill dan DPR Hawaii memberikan sijil pengiktirafan kepada perempuan tersebut serta sebuah kalangan bunga dalam upacara pada Selasa (5/4).
"Jika anda ingin sihat dan berumur panjang seperti saya, perbanyaklah berjalan. Saya suka berjalan kerana saya boleh berhenti dan mencium wangi bunga," ujar Burrill.
Burrill pernah cuba memandu pesawat terbang, mendaki gunung, hiking di padang pasir, dan menunggang kuda sebelum dia ambil bahagian dalam maraton pertamanya pada 2004 di usia 86. Sejak saat itu, Burril sukses finish dalam lima dari tujuh maraton Honolulu yang diikutinya. Dia berhenti dalam maraton Honolulu 2008 setelah suaminya selama 69 tahun meninggal dunia dan pada 2009 dia gagal ke garisan penamat kerana mengalami gangguan perut.
Catatan rekor Burrill juga diakui oleh World Record Academy dan Badan Athelik Amerika Syarikat. Dia melampaui rekod sebelumnya yang dibukukan oleh Jenny Wood-Allen asal Dundee, Scotland yang menyelesaikan Maraton London 2002 di usia 90 tahun.
Sebuah gambar banyak beredar di internet. Gambar ini popular di kalangan netter Russia. Belum diketahui siapa namanya. Entah jenis penyakit apa. Dan bagaimana pula pendapat anda setelah melihat gambar ini?
BERLIN, KOMPAS.com - Seorang warga Poland yang sedang bercuti di Jerman melompat dari kapal pesiaran ke tasik berair sangat dingin demi membuktikan cintanya pada isterinya.
Namun malang tak dapat ditolak, lelaki itu (29), yang tak disebutkan pengenalan dirinya, malah kehilangan seluar panjangnya, dompetnya, dan berakhir dengan … didenda, kata polis Khamis (5/5/2011).
Lelaki tersebut melompat dari dek kapal pelancung n ke Danau Moehne, yang suhu airnya mencapai 15 darjah Celsius di Jerman barat pada Rabu. Kerana khuatir ada orang nak cuba bunuh diri, kapten kapal menghubungi polis dan petugas pemadam kebakaran, kata juru cakap polis Soest Winfried Schierders kepada AFP.
Pelancung yang nekad itu diselamatkan, tapi tanpa seluar panjang dan dompetnya yang hilang ketika dia melompat. Ia juga didenda oleh bomba karena membuang-buang waktu petugasnya.
Ia "cuma mahu membuktikan cintanya kepada isterinya", kata Schnieders. Namun isterinya tidak bangga dengan kelakuan suaminya, tambah juru cakap polis tersebut.
ONTARIO - Seorang lelaki asal Kanada melakukan kesalahan fatal.Kerana gadis kenalannya di internet ternyata adalah kekasihnya sendiri.
Kepolisian Barrie, Ontario, mengatakan bahawa wanita berusia 49 tahun tersebut muncul di kedai kopi pada untuk bertemu dengan pasangan 'blind date'. Ketika lelakia itu muncul, wanita tersebut langsung menyiramnya dengan kopi dan lalu menamparnya. Demikian seperti yang dikutip dari Metro, Jumaat (6/5/2011).
Seorang polis kemudian menahan wanita tersebut. Media tempatan menyebutkan bahawa ketika ini wanita tersebut sedang menunggu wang jaminan pembebasannya.
Dari kes ini boleh dilihat bahwa pasangan tersebut tidak jujur satu sama lain di internet, sebelum melakukan 'pertemuan'. Padahal sebuah kajian yang dilakukan tahun lalu, menungkap bahawa majoriti orang cenderung jujur ketika akan melakukan 'blind date' online.
Lain daerah lain pula budaya dan tradisinya, seperti hanya yang dilakukan suku pedalaman di Papua. Masyarakat ini memilih bersyukur dengan mengadakan pesta bakar batu. Terdengar aneh juga unik barangkali di telinga kita yang memang belum mengetahuinya.
Pesta ini berasal dari suku pegunungan. Uniknya, dalam proses memasak, makanan dimasak dengan batu, yang dipanaskan terlebih dulu. Pesta memasak ala tradisional ini dibagi dalam tiga tahap. Yakni persiapan, bakar babi, dan puncaknya saat makan bersama.
Persiapan diawali dengan masing-masing suku menyerahkan babi, sebagai persembahan. Peserta pesta yang lain berkumpul mengelilingi tempat acara, sambil menari-nari.
Secara bergiliran, kepala suku memanah babi. Bila sekali panah babi langsung mati, pertanda acara akan sukses. Bila tak langsung mati, diyakini ada yang tak betul dengan acara tersebut.
Di tempat lain, kaum ibu sibuk menyiapkan tempat pembakaran. Dibuatlah lubang setinggi lutut. Dasar lubang lalu dilapisi rumput-rumputan dan daun pisang. Sementara di tempat terpisah, batu-batu berukuran sedang, dibakar dengan kayu hingga panas.
Dengan menggunakan penyepit kayu khusus, yang disebut apando, batu-batu panas itu disusun di atas daun-daunan. Diatas batu-batu panas inilah irisan-irisan daging babi dimasak, bersamaan dengan sayur-sayuran dan ubi. Diatasnya diletakkan lagi batu-batu panas. teratas, lapisan daun pisang ditaburi tanah, sebagai penahan agar wap panas dari batu tidak mengwap keudara. Proses memasak ini berlangsung hingga satu setengah jam.
Tompokkan batu mula dibongkar. Daging babi, ubi dan sayuran yang sudah matang itu siap dihidangkan. Tujuh suku, Kamoro - Amungme - Dani - Ekari, Mee - Damal - Nduga dan Moni, duduk secara berkelompok, mulai dari anak-anak sampai orang tua. Inilah acara makan bersama sebagai puncak acara pesta bakar batu. Semua hidangan disantap habis, tak ada yang tinggal.
Makna lain pesta bakar batu, sebagai ungkapan rasa saling mema`afkan diantara mereka. Pesta bakar batu yang awalnya hanyalah tradisi keluarga itu, kini memang telah perayaan umum, dikenal seluruh suku di tanah cendrawasih ini.
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.