Harian Metro: Rap |
Tutup kelemahan satu sama lain Posted: 05 May 2011 08:42 AM PDT HANYA mereka yang mengalaminya saja tahu pahit dan manisnya hidup bermadu. Namun, bukan semua hidup bermadu itu pahit kerana ada juga yang bahagia jika melaksanakannya mengikut sunah Rasulullah dan seperti dituntut agama Islam. Kisah suka duka hidup bermadu yang dipaparkan dalam drama bersiri 14 episod, Bait Cinta arahan Haris Fadzilah untuk TV9. Lebih menarik, drama ini menggandingkan pelakon wanita berbakat iaitu Natasha Hudson, Eira Syazira dan Ratu Cantik Malaysia 2005, Chermaine Poo melakonkan watak tiga isteri yang hidup bermadu. Watak suami dilakonkan pelakon filem Janin, Risz Ainuddin. Pada sesi fotografi eksklusif yang diatur Rap di Studio Balai Berita, baru-baru ini, tiga pelakon jelita itu berkongsi pengalaman membawa watak isteri yang dimadukan. Eira bawa watak isteri pertama, Ustazah Kirana, Chermaine menjadi isteri kedua, (Syuhada) dan Natasha pula watak isteri ketiga, Sharnaz. Ketika ditemui, Natasha mengakui tertarik bila ditawarkan watak isteri ketiga, Sharnaz.
"Saya tertarik terima tawaran ini kerana ceritanya bukan pergaduhan antara madu sebaliknya hidup bermadu mengikut tuntutan agama Islam. Ia juga kali pertama saya melakonkan watak sedemikian," katanya. Natasha berkata, dia juga tidak ada masalah bergandingan dengan Eira dan Chermaine. Katanya, dia pernah berlakon drama dengan Eira tapi tidak digandingkan bersama seperti dalam Bait Cinta. Ini juga kali pertama Natasha berlakon dengan Chermaine dan memujinya sebagai pelakon baru yang suka belajar. "Kami juga tidak ada masalah dari segi keserasian kerana masing-masing menutup kelemahan antara satu sama lain. Saya seronok bekerjasama dengan Chermaine kerana memang 'satu kepala' dan memudahkan kerja penggambaran. "Tidak timbul soal cemburu atau ingin tunjuk siapa yang lebih bagus kerana kami cukup profesional di lokasi penggambaran," katanya. Ditanya sama ada dia boleh menerima hidup bermadu, Natasha lebih suka melihat perkara itu dari sudut yang positif. "Saya memang tidak tahu bagaimana rasanya hidup bermadu tapi kalau ditakdirkan dan ada persefahaman wujud dalam hidup bermadu, alhamdulillah. "Sebenarnya, ada kawan saya yang hidup bermadu dan mereka boleh terima dan menjadi kawan baik antara satu sama lain. Ada juga isteri pertama yang mendidik isteri kedua ajaran agama dan kalau ada orang lain didik kita ke arah kebaikan, ia adalah satu perkara yang bagus," katanya. Eira yang membawa watak isteri pertama, Ustazah Kirana mengakui wataknya itu mungkin klise kerana dia isteri yang setia dan penyabar. Demi kebahagiaan suaminya Hazri, Ustazah Kirana membenarkan suaminya berkahwin dengan dua wanita lain kerana dia tidak mampu melahirkan anak. "Kami bermadu kerana ada sebab yang kukuh. Ustazah Kirana berkahwin dengan Hazri juga atas pilihan keluarga. Berbeza dengan Ustazah Kirana yang bertudung, suaminya pula suka bersosial dan pemabuk. Ustazah Kirana mula mengenali Syuhada yang juga jururawat yang merawatnya di hospital ketika dia mengalami keguguran," katanya. Eira yang pernah berlakon watak bertudung dalam drama Ustaz Amirul sebelum ini berkata, watak kali ini ada kelainan kerana dia ustazah yang mengajar kanak-kanak mengaji di surau. "Babak yang paling susah ialah watak Ustazah Kirana yang banyak menangis dan dia wanita lemah yang mengizinkan suami untuk berkahwin lagi. "Saya akui susahnya hidup bermadu dan tidak terfikir untuk bermadu dalam kehidupan realiti. Terus terang, saya memang tidak boleh terima untuk hidup bermadu kerana saya tahu susahnya hidup bermadu bila berlakon watak dimadukan dalam cerita ini. "Watak dilakonkan ini memang jauh berbeza dari diri saya yang sebenar kerana Ustazah Kirana wanita yang terlalu baik bagi saya," katanya. Manakala Chermaine yang membawa watak isteri kedua, Syuhada yang juga mualaf berkata, selepas Tudung Ekspres, ini drama kedua dilakonkannya. "Saya masih baru dalam bidang lakonan dan masih banyak ilmu yang perlu ditimba dalam bidang ini. Saya bertuah kerana mendapat bimbingan dari pelakon lebih senior iaitu Eira dan Natasha yang banyak membantu saya menjiwai watak di lokasi penggambaran. "Saya terima tawaran buat cerita ini kerana tertarik dengan watak wanita mualaf, Syuhada yang banyak bermain emosi dalaman kerana didera bekas suaminya dulu. Watak Syuhada mencabar kerana saya perlu bercakap bahasa Melayu dan menjayakan babak menangis dalam cerita ini," katanya. Kata Chermaine yang bercita-cita menempa nama dalam drama Melayu, dia juga mendapat kerjasama terbaik dari semua pelakon sepanjang penggambaran itu. "Sebelum penggambaran bermula, kami bertiga akan berbincang antara satu sama lain dan memudahkan menjiwai watak diserahkan," katanya. Drama bersiri 14 episod Bait Cinta menemui penonton di TV9 mulai 17 Mei ini. PROFIL NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi PROFIL NAMA SEBENAR: Chermaine Poo PROFIL NAMA SEBENAR: Natasha Liana Hudson Penata gaya rambut Chermaine : Jeremy dari Albert Nico, Fahrenheit 88 |
Posted: 05 May 2011 08:35 AM PDT PADA ketika personaliti TV3, seorang demi seorang mengumumkan berita pertunangan mereka, tanpa kecoh personaliti RTM (Radio Televisyen Malaysia) yang tidak kurang cantiknya, Siti Murni Abdul Aziz, 25, mengambil keputusan untuk bernikah dengan rakan seperjuangan. Sejak menceburi bidang penyiaran enam tahun lalu, Siti Murni yang mesra dipanggil Uni tidak sunyi cuba didekati pelbagai golongan lelaki termasuklah kalangan ahli perniagaan dan VIP, namun pembaca berita Wilayah dan Parlimen itu, tidak memberi kata putus.
"Di peringkat awal bertugas, sukar saya menidakkan, ada yang mahu melamar saya tetapi saya belum bersedia. "Bidang penyiaran adalah bidang yang saya minati sejak bersekolah, tentu saja tidak wajar jika saya membuat keputusan tergesa-gesa untuk berkahwin.
Mereka akan bernikah pada 7 Mei (Sabtu) ini di rumah kakak Siti Murni di Bukit Cerakah, Shah Alam. Resepsi diadakan keesokannya di restoran terkenal di Bangsar, untuk keluarga dan sahabat handai terdekat. Menurut Siti Murni, hakikatnya dia sendiri tidak menyangka hatinya terbuka memilih Hisham sebagai suami. "Ikutkan Hisham sama seperti rakan media saya yang lain di RTM. Kami sarapan dan makan tengahari bersama. Cuma dua tahun kebelakangan ini ada tanda-tanda serius perhatian diberi Hisham kepada saya. "Sehinggalah pada hujung tahun lalu, Hisham meluahkan hasrat melamar, saya nampak dia bersungguh-sungguh. Ciri-ciri penyayang dan tegas yang ada pada Hisham itu menarik minat saya, jadi mengapa tidak, saya menerimanya," katanya. Selama berkawan dengan Hisham, Siti Murni yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, belum pernah mengajak Hisham balik ke kampung. Sementara itu, Hisham ketika dihubungi berkata, kali pertama dia memperkenalkan Siti Murni pada keluarganya pada pertengahan tahun lalu. Hisham berasal dari Miri, Sarawak, menyifatkan Siti Murni adalah wanita yang menepati ciri-ciri isteri yang dicarinya. "Kebetulan kami dari zodiak yang sama, Virgo, dan sama-sama minat melancong. Saya ini jika di televisyen banyak bercakap tetapi hakikatnya bila tiba bab peribadi begini senyap sikit. "Justeru keputusan yang saya buat memilih Siti Murni juga ada juga bersandarkan pandangan daripada ahli keluarga saya ketika kali pertama memperkenalkan Siti Murni pada mereka. "Walaupun kali pertama bertemu, saya dapati Siti Murni dapat menyesuaikan dirinya untuk kami duduk dalam satu famili. Saya mengharapkan doa dari keluarga, rakan taulan serta penonton SPM dan RTM sendiri agar majlis pernikahan kami Sabtu ini diberkati dan berjalan lancar," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |