Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lagu Terbaru Najwa Latif ADAMU

Posted: 21 Jul 2012 03:11 PM PDT

ADAMU – SINGLE RELIGI TERBAHARU NAJWA LATIF

Sempena kedatangan Ramadan yang mulia ini, Gadis Youtube ini telah melancarkan single religi beliau yang berjudul "AdaMU" serentak dengan video muziknya yang dilancarkan di saluran milik beliau.

Lagu "AdaMU' ini telah dinukilkan pada bulan Ramadan tahun lepas manakala liriknya ditulis oleh kakaknya. Menurutnya, lagu ini hadiah khas buat peminatnya yang merindui kemunculan beliau khalayak ramai kerana berehat daripada aktiviti seni serta sedang membuat persiapaan untuk peperiksaan SPM akan dihadapinya nanti.

Satu kelebihan single ini ialah mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini sangat baik dan diharap dapat member manafaat oleh pendengarnya.Untuk menonton video muzik "AdaMU", sila klip video di bawah ini:

Lirik Lagu AdaMU Najwa Latif

AdaMU

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Lagu:Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik:Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)

Laman Sosial Najwa Latif

Facebook : http://www.facebook.com/OfficialNajwaLatif
Twitter : http://www.twitter.com/NjwaLatif
Youtube : http://www.youtube.com/najwa595

Najwa Latif Lagu Adamu

Tags: , ,

Tags: , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Sitkom Terbaru Love Compulsory

Posted: 20 Jul 2012 11:39 PM PDT

LOVE COMPULSORY

Sitkom Terbaru di Saluran Ceria Anda
Hasil Penerbit Muda The Superb Match Makers dan Happy Family

Benarkah anggapan anda bahawa lelaki dan wanita jauh berbeza sehingga sering dikatakan kaum Adam adalah dari planet Marikh manakala kaum Hawa pula bagaikan daripada planet Zuhrah? Adakah anda masih meminati dan mengingati sitkom ntv7 sebelum ini seperti Mr. Siao's Mandarin Class dan Time FM? Jika jawapan anda ialah "ya" maka anda bakal menyukai sitkom terbaru daripada ntv7, "Love Compulsory" yang mula bersiaran pada 2 Ogos ini, setiap hari Khamis jam 11 malam.

Jack Yap, Alvin Wong, Leslie Chai

Drama ini mengangkat jalan cerita mengenai agensi cari jodoh yang kian menjadi suatu gaya atau trend dalam masyarakat hari ini. Terperangkap dalam peranan mereka dalam golongan profesional serta menjalani kehidupan yang sibuk, semakin ramai daripada mereka menyertai agensi sebegini bagi mengakhiri zaman bujang mereka. Hasil daripada penerbit The Superb Match Makers dan Happy Family, sitkom bersiri 13 episod ini menceritakan beberapa orang jejaka dan gadis muda yang cuba mengakhiri status bujang mereka melaui perkahwinan dengan bantuan agensi cari jodoh.

Sitkom selama setengah jam ini membawakan anda barisan pelakon berbakat dan lucu termasuklah Calon Pelakon Lelaki Terbaik Top 5 Golden Awards 2012, Leslie Chai, Calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Alvin Wong serta Calon Pelakon Wanita Terbaik, Tiffany Leong. Antara pelakon lain yang bakal menjayakan sitkom yang penuh dengan gelak ketawa ini adalah Jack Yap, Jan Chin, pendatang baru, Karena Teo, Shuben Low dan Hansen Lee yang bakal menghiburkan setiap malam Khamis anda melalui garapan jalan cerita serta skrip yang penuh jenaka. Love Compulsory juga bakal mempertontonkan vokal Jack melalui lagu tema sitkom itu, "I Wanna Be".

Tiffany yang membawa watak utama di dalam sitkom ini akan digandingkan bersama Hansen Lee, penyampai TV dan pelakon tampan Malaysia. Sitkom ini juga merupakan penampilan pertama Hansen Lee dalam siri tempatan Cina. Penonton juga bakal melihat keserasian semulajadi gandingan ini serta mengingati babak-babak manis percintaan mereka di skrin TV nanti.

Tiffany yang memainkan peranan sebagai Angel, Pengarah Agensi Cari Jodoh Love Compulsory yang kini berusia 29 tahun merupakan pencari jodoh terbaik dan paling terkenal di bandar itu. Angel memang paling dikehendaki oleh para pelanggannya yang percaya bahawa dia mempunyai cara tersendiri yang sememangnya mampu menemukan dua insan dalam percintaan. Malah dia juga tidak pernah kenal erti perkataan gagal dalam kamus hidupnya. Di agensi itu juga Angel menjalankan kelas tutorial serta aktiviti temujanji sepantas 7 minit untuk setiap para pelajarnya.

Antara yang menghadiri kelas Angel ialah Hao Jie (Leslie) dan Gao Zi Man (Jan) yang membawa watak sebagai sepasang pasangan. Hao Jie membesar dalam keluarga ibu tunggal di mana dia mempunyai hubungan anak-beranak yang sangat rapat dan kuat dengan ibunya. Ini menyebabkan beberapa hubungan cintanya sebelum ini menemui kegagalan kerana tidak dapat memenuhi kehendak kekasih dan ibunya secara seimbang. Gao Zi Man pula merupakan seorang wanita yang berkerjaya dan hampir memiliki segalanya. Di sebalik kesempurnaan Gao Zi Man, dia sebenarnya sukar untuk mendapatkan pasangan yang sesuai dengannya. Terdesak dalam hal percintaan Ah Jie dan Zi Man mengambil keputusan untuk menyertai agensi cari jodoh kelolaan Angel.

Da Xiong (Jack) dan Xiao Ling (Karena) juga memainkan watak sebagai sepasang pasangan yang akhirnya bertemu di dalam agensi tu. Da Xiong mempunyai konflik dalaman kerana masalah ketinggiannya. Walaupun memiliki ramai kawan wanita di sekelilingnya namun tiada seorang pun menganggapnya sesuai untuk dijadikan teman lelaki berbanding hanya seorang kawan. Da Xiong juga selalu perasan berjaya memiliki hati gadis idamannya walaupun sebenarnya adalah sebaliknya. Berbeza dengan Xiao Ling yang dibesarkan oleh ibu bapanya yang tegas dan mempunyai pelbagai pantang larang dan peraturan. Malah dia juga sering diingatkan untuk bertemu janji hanya dengan lelaki yang benar-benar bakal dikahwininya. Dia hanya memiliki setahun sahaja lagi sebelum berusia 26 tahun di mana di usia itu Xiao Ling berpendapat merupakan masa yang terbaik untuk dirinya mendirikan rumah tangga. Takdir menemukan Da Xiong dan Xiao Ling di mana persepsi mereka tentang cinta dan perkahwinan bakal berubah.

Love Compulsory juga bakal menggandingkan pasangan Alvin dan Shuben yang turut membawa kepada plot yang segar dan unik kepada para penonton. Alvin yang sememangnya dikenali dengan personalitinya yang kelakar dan kurang serius bakal diberikan cabaran hebat dalam membawa watak yang jauh daripada sifat kebiasaannya itu. Membawa watak "Tian Yu" seorang pereka animasi 3D, dia dilihat sebagai seorang yang membosankan oleh rakan wanita sejawatannya. Malah dia sering gagal meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya melalui kata-kata. Shuben yang membawa watak "Pauline" pula merupakan seorang kerani akauntan yang mudah hilang sabar kerana sifat panas barannya. Pertemuan mereka menyebabkan mereka saling cuba menjayakan hubungan mereka bersama-sama. Namun sikap Pauline yang sering berfikiran negatif dan cerewet pastinya mengundang pelbagai cabaran buat pasangan ini nanti.

Menurut Lai Cheah Yee, Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7, Love Compulsory merupakan sebuah lagi sitkom ntv7 yang amat berbaloi untuk ditonton. "ntv7 memang terkenal dalam menghasilkan sitkom berkualiti termasuklah Time FM dan Mr. Siao's Mandarin Class yang mana telah mendapat ratings yang tinggi sebelum ini. Kami berharap untuk membawakan lagi keceriaan kepada para penonton kami melalui tawaran sitkom terbaru ini," kata Cheah Yee.

"Kami juga amat berbesar hati dengan penglibatan dan sokongan yang diberikan oleh one FM selaku rakan media untuk sitkom ini," tambah Cheah Yee.

Selain barisan pelakon yang hebat, beberapa pelakon jemputan juga bakal menghiasi beberapa episod sitkom ini melalui penampilan istimewa mereka dalam Love Compulsory. Antaranya ialah Tiang Kah Chee, pembaca berita Mandarin 7 serta pengacara e7 dan penyampai radio one FM, Nicholas Ong.

Menambah lagi kebanggaan terhadap sitkom ini adalah bakat-bakat di sebalik sitkom bersiri ini adalah berasal daripada Malaysia sendiri termasuklah penerbit, pengarah, penulis skrip dan lain-lain. "Kami amat berbangga untuk mempamerkan bakat-bakat mereka yang berasal dari negara ini melalui sitkom ini. Selain itu, kami juga tidak sabar menantikan Golden Awards 2012 yang akan diadakan pada 22 September nanti di Pusat Konvensyen Antabangsa Putrajaya di mana anugerah ini bakal memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat dan tenaga kerja terbaik di dalam industri hiburan Cina tempatan. Kami berharap anugerah ini akan memberikan lagi inspirasi dan menemukan ramai lagi individu yang bakal menyumbang kepada pertumbuhan industri ini," kata Cheah Yee lagi.

Apakah cabaran yang bakal dihadapi Angel dalam memadankan keenam-enam individu ini nanti? Dapatkah dia menggunakan kemahirannya yang unik seperti yang sering diperkatakan? Jangan lupa saksikan sitkom Love Compulsory yang bakal menemui anda 2 Ogos ini, setiap hari Khamis, jam 11 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook dan Twitter.

Tiffany Leong, Jan Chin, Shuben Low, Karena Teo

Jack Yap, Alvin Wong, Leslie Chai

Alvin Wong & Shuben Low

Leslie Chai & Jan Chin

Leslie Chai & Jan Chin

Tiffany Leong

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Barang Keramat Pembawa Pesan Cinta

Posted: 21 Jul 2012 09:00 PM PDT

Cinta memang tak harus diungkapakan dengan kata - kata, ada banyak hal yang boleh mewakili perasaan hati seseorang. Kata " Aku cinta kamu" atau "Aku Sayang Kamu" mungkin sudah dianggap terlalu vulgar untuk menyatakan cinta. Kita boleh menyampaikannya dengan kata - kata lain, seperti :

Jangan Lupa Makan
Jaga diri baik - baik
Hati - hati di jalan
Jaga kesihatan kamu

Tapi sebenarnya kata - kata itu telah mewakili perkataan yang sesungguhnya :

Saya peduli sama kamu
Saya sayang sama kamu
Saya gak ingin kamu terluka
Kamu sangat berarti buat saya

Begitu pula dengan barang - barang yang dianggap membawa pesan cinta atau telah mewakili perasaan hati seseorang. Apa sajakah barang -barang itu ?

Coklat
Coklat tidak harus selalu diberikan sebagai hadiah dihari valentine, Coklat ternyata juga boeh mewakili kata - kata cinta. Seorang lelaki yang telah memberikan  coklat, dia sebetulnya memberikan bentuk perhatian, kalau dia suka sama kamu.

Boneka
Sering kali lelaki membaca kelemahan seorang wanita, Kerana pada dasarnya hampir 99% dari wanita suka sekali sama boneka. Jadi pemberian hadiah sebuah boneka telah mewakili perasaan yang sesungguhnya. Kalau dia sayang sangat sama kamu.

Bunga
Barang Yang satu ini pasti sudah banyak yang tahu, jika seorang lelaki memberikan bunga, pesan yang ingin di sampaikan adalah " aku cinta Kamu" meski tanpa harus mengungkapanya dengan kata- kata.

Nah, tanpa harus mengucapakan kata - kata "Caku cinta kamu", tapi dengan barang " barang tersebut sudah boleh mewakili isi hati seseorang atau telah dianggap membawa pesan yang sesungguhnya.

Sumber : http://www.beritaunik.ne

Cara Belajar Bahasa Inggris Sambil Senam di Jepun [Video]

Posted: 21 Jul 2012 08:45 PM PDT




Kesulitan belajar bahasa Inggris? Jangan menyerah dulu ya. Siapa tahu metode belajar bahasa Inggris yang ditayangkan oleh stesen TV Fuji Television di Jepun boleh jadi inspirasi buat kamu. Belajar bahasa Inggris sambil senam! Idea yang luar biasa.....aneh! 
Eikaiwa Taisō Zuiikin' English atau lebih dikenal dengan nama Zuiikin' English ditayangkan pertama kali pada tahun 1992. Dalam bahasa Jepun, eikaiwa artinya adalah percakapan bahasa Inggris, taisōadalah senam, dan zuiikin adalah otot sadar. Acara ini terdiri dari 24 episode.
Inti dari acara ini adalah belajar bahasa Inggris sambil senam. Pada setiap episode, saat sebuah kalimat bahasa Inggris baru diucapkan, para Gadis Zuiikin (3 orang pesenam wanita) akan memperagakan senam yang mengisyaratkan kalimat tersebut. Contoh kalimat yang digunakan antara lain "Saya sedang terserang diare parah," "Saya dirompak 2 orang lelaki," "Hasta la vista, baby," dan lain-lain.
Pada bulan November 2005, acara ini ditayangkan ulang via saluran satelit dan menjadi terkenal di seluruh dunia. Padahal, di negerinya sendiri Zuiikin' English kurang dikenal. Mungkin kerana jam tayangnya yang terlalu pagi, iaitu jam 5 dini hari.
Gadis Zuiikin tidak dikenal di Jepun. Ketiga orang Gadis Zuiikin adalah Maiko Miyazawa, Reiko Saito, dan Takako Inayoshi.

Lelaki Jepun Menciptakan Tempat Sampah yang Dapat Menangkap Sampah yang Dilemparkan [Video]

Posted: 21 Jul 2012 08:30 PM PDT




Seorang lelaki di Jepun berhasil menciptakan sebuah robot tempat sampah yang dapat bergerak sendiri untuk menangkap segala sampah yang dilemparkan ke dalam sebuah ruangan. Berikut ini merupakan video dari proses pembuatannya dan bagaimana penampilan robot ini ketika beraksi.
Ketika pemalas jenius menciptakan produk yang akan dicintai oleh para pemalas akut.
Dalam video diatas kita boleh melihat jika lelaki berinisial FRP ini benar-benar membangun robot tempat sampahnya dari nol. Ia melakukan sendiri semuanya mulai dari sketsa hingga menulis kode pemrograman untuk sensor berbasis kinect.
Menurut FRP, sistem targeting robot ini masih belum sempurna, dan masih diperlukan penelitian yang lama sampai sistemnya dapat berfungsi secara akurat.

Semakin pendek skirt ,semakin banyak dapat diskaun

Posted: 21 Jul 2012 08:15 PM PDT


Peraturan promosi 'Cinta Skirt Pendek' pada sebuah taman hiburan di China menuai kontroversi. Pengelola dianggap lebih memperhatikan bentuk promo tak sehat dibandingkan dengan meningkatkan infrastruktur dan layanan taman hiburan.
"Siapapun wanita yang memakai skirt pendek maksimal 38cm, maka berhak mendapatkan diskaun 50% untuk tiket masuk selama bulan Julai hingga Ogos," begitulah kira-kira bunyi promosi yang diberikan oleh pengelola taman hiburan Guilin Merryland di Guilin, China.
Normalnya, taman hiburan tersebut memberlakukan harga tiket masuk  110 yuan  per-tiket. Dengan adanya promo ini, wanita berskirt pendek hanya perlu mengeluarkan  55 yuan. Harga yang sama berlaku untuk para tentara China, kaum disabel, orang jompo dan anak yang tingginya dibawah 1.4 meter. Bahkan untuk 21 dan 22 Julai nanti, pihak pengelola akan memberikan tambahan diskaun sebanyak 10 yuan untuk wanita yang berani memakai pakaian "sangat minim".
Menurut pengelola, ini bukanlah bentuk promo baru. Tahun 2007 lalu, mereka pernah memberlakukan promo yang sama dan berakhir dengan sukses.
Tujuan dari promo kali ini untuk membukukan rekor dunia "mengajak 10.000 wanita ber-rok pendek ke dalam taman hiburan."
Sama seperti waktu dulu, promo ini juga mengundang banyak komplain dari orang-orang yang merasa promo ini 'tidak terhormat'. Namun menurut pihak pengelola, jumlah pengirim komplain semakin hari semakin berkurang.
"Jika wanita dapat menikmati diskaun dengan menunjukan bahagian tubuh mereka, bukankah mereka seharusnya dapat masuk percuma dengan datang tak berbusana?" Kritik seorang blogger dari gmw.cn.
Pengguna internet lain dengan id Flying Fish juga mengkritik bentuk promo tersebut dengan mengatakan "Taman hiburan ini tidak berusaha meningkatkan pendapatan mereka dengan meningkatkan layanan dan infrastruktur, tetapi mereka malah mencari perhatian publik melalui promo yang vulgar."
Pada kenyataannya, promo ini tetap sukses mengundang banyak pengunjung. Seperti yang terlihat dari laporan media lokal, wanita ber-rok pendek terlihat berbaris panjang di luar taman hiburan tersebut. Tinggi skirt mereka diukur satu persatu oleh petugas taman. Dari hasil wawancara, kebanyakan dari mereka diperkirakan adalah mahasiswi.

BugASalt, Shotgun Anti Lalat Berpeluru Garam [Video]

Posted: 21 Jul 2012 08:00 PM PDT




Lalat adalah serangga mengganggu yang senantiasa membuat kita geli ketika kita lagi makan. Haiwan ini berisik, lincah, dan sulit dibunuh. Kecuali, kamu memiliki shotgun berpeluru garam ini yang dapat melumpuhkan lalat hanya dengan sekali tembakan jitu.
 Ini adalah 'BugASalt', senjata karya Lorenzo Maggiore yang diciptakan khusus untuk digunakan dalam operasi pembasmian lalat. Pelurunya murah meriah kerana kita cuma perlu sekitar 1/8 hingga 1/4 sudu teh garam dapur untuk sekali tembak. Sementara ini, kamu baru boleh memesannya melalui situs pendanaan Indiegogo. Paling murah harganya $30 untuk satu unit. Cek situs tersebut untuk melihat berbagai pilihan pakej lainnya.

Suspek penembak pelajar Ph.D

Posted: 21 Jul 2012 07:45 PM PDT


AURORA, Colorado - Lelaki yang disyaki menembak mati 12 orang pada tayangan filem baharu Batman di negeri Colorado, James Holmes kerap dilihat berulang-alik dari kediamannya di sini dengan membawa senjata api.
Holmes, 24, kelmarin juga disifatkan sebagai kera sumbang ekoran tidak suka bercampur dengan masyarakat.
Dia mendaftar sebagai pelajar kedoktoran jurusan sains saraf di Universiti Colorado sejak tahun 2011 tetapi dilaporkan sedang dalam proses untuk membatalkan program Ph.Dnya.
"Pemuda ini sentiasa dilihat memakai seluar berceloreng tentera dan topi," kata seorang wanita berketurunan Mexico, Gabriel Macias yang bekerja di sebuah kilang daging di sini.
Menurutnya, dia kerap melihat Holmes berulang-alik dari apartmennya sambil membawa senjata dan sarung senjata.
"Kami tidak kenal Holmes kerana dia tidak bercakap dengan sesiapa. Dia gemar berkurung di apartmennya," kata Macias.
Polis memberitahu wartawan bahawa suspek tiada rekod jenayah lampau dan cuma pernah disaman pada tahun 2011 kerana memandu laju.
Ketua Polis Aurora, Dan Oates berkata, pemuda itu membeli lebih 6,000 butir peluru melalui internet sejak dua bulan lalu.
Menurutnya, jumlah tersebut merangkumi 3,000 butir peluru raifal, 3,000 butir peluru pistol Glock dan 300 butir peluru senapang patah.
Kata Oates, semua pembelian itu termasuk empat pucuk senjata api yang dibeli Holmes di beberapa buah kedai senjata di sini sejak 60 hari lalu, sah di sisi undang-undang.
Beliau turut memberitahu bahawa 70 orang cedera dalam insiden itu termasuk tiga rakyat Indonesia.
"Hampir semua orang ditembak dalam serangan kejam ini," katanya.
Dalam kejadian kelmarin, Holmes ditangkap selepas melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penonton yang sedang asyik menonton tayangan filem Batman: The Dark Knight Rises pada tayangan tengah malam di pawagam Century 16.
Serangan berdarah itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini.
Polis kini memburu seorang lagi lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai itu.
Bandar ini terletak hampir 32 kilometer dari lokasi kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Tinggi Columbine pada tahun 1999.
Dalam insiden tersebut, dua pelajar menembak mati 13 orang sebelum membunuh diri. - Agensi

sumber : myMetro

Poland mahu jual foto Marilyn Monroe

Posted: 21 Jul 2012 07:30 PM PDT


WARSAW - Pemerintah Poland merancang untuk melelong sebahagian koleksi foto yang turut merangkumi beratus-ratus gambar aktres simbol seks, Marilyn Monroe.
Koleksi itu termasuk hampir 4,000 gambar yang dirakam seorang jurugambar selebriti, Milton H. Greene.
Sebilangan imej berkenaan sememangnya popular tetapi pegawai-pegawai Poland memberitahu, mereka percaya koleksi itu mengandungi beberapa gambar yang belum pernah disiarkan.
Koleksi tersebut menjadi milik pemerintah Poland susulan satu skandal penipuan yang menggemparkan negara itu pada awal tahun 1990-an.
Seorang lelaki Chicago di Amerika Syarikat yang didakwa menipu pemerintah Poland sebanyak berjuta-juta dolar pada hujung 1990-an memberikan koleksi foto itu sebagai sebahagian bayaran ekoran kerugian yang ditanggung negara Eropah berkenaan.
Semua gambar tersebut disimpan di sebuah gudang di bandar raya New York sejak tahun 1990-an dan hanya dikembalikan ke sini beberapa hari lalu.
Seorang pegawai pentadbiran Poland, Marta Maciazek berkata, koleksi gambar itu dianggarkan bernilai AS$680,000 (RM2.1 juta).
- Agensi
sumber : kosmo online

Obama pakai seluar dalam rekaan Beckham

Posted: 21 Jul 2012 07:15 PM PDT


LONDON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam dikatakan memakai seluar dalam rekaan David Beckham.
Bekas bintang bola sepak England dan Manchester United berkenaan dikatakan menghantar satu kotak seluar dalam itu selepas mengetahui Obama dan isteri, Michelle, amat meminati seluar dalam rekaannya.

Beckham yang menjadi model seluar dalam itu sendiri, mengetahui mengenai minat Obama selepas bertemu mereka di Washington awal tahun ini.


Satu sumber yang rapat dengan Rumah Putih berkata: "David berjanji menghantar seluar dalam itu kepada Presiden dan Michelle bertegas mahu suaminya memakainya." Selain itu, Beckham, 37, juga amat diminati oleh kedua-dua anak Obama - Malia, 14 dan Sasha, 11.

"Mereka amat mengenali Beckham," kata sumber itu. - TS



sumber : myMetro

Anjing didakwa lahir anak kucing

Posted: 21 Jul 2012 07:00 PM PDT


PYONGYANG: Seorang lelaki mendakwa anjing peliharaannya melahirkan seekor anak kucing awal minggu lalu.
"Memang benar. Ia satu keajaiban. Selepas haiwan itu dilahirkan, saya tidak percaya apa yang saya lihat. Ia kelihatan seperti kucing dan bunyi seperti kucing. Jadi bagaimana ia boleh jadi anak anjing," kata Jeong Pyong-bong, 63 kepada akhbar Korea Herald ketika menunjukkan ibu anjing dan anak yang dilahirkannya.

"Orang ramai dari seluruh bandar datang ke rumah saya untuk melihat sendiri keajaiban itu selepas berita mengenainya tersebar. "Saya tahu bagaimana ini boleh terjadi. Anjing saya sering keluar malam. Boleh dikatakan sepanjang malam ia berada di luar. Saya rasa ia mungkin melakukan sesuatu yang tidak senonoh dengan kucing jantan," kata Pyong-bong.


Walaupun dia berkeras mempertahankan 'keajaiban itu,' pakar berkata, kelahiran seumpama itu tidak mungkin berlaku.

"Tidak mungkin seekor anjing melahirkan anak kucing," kata Professor Son Chang-ho dari Kolej Sains Veterinar, Universiti Kebangsaan Chonnnam.


"Jumlah kromosom dalam anjing dan kucing berbeza sama sekali. Tetapi, jika ia anak anjing dan kelihatan seperti anak kucing, ia satu kemungkinan," katanya.



Ini bukan kali pertama kelahiran seumpama itu didakwa berlaku.

Dakwaan anjing melahirkan anak kucing pernah dibuat di China beberapa tahun lalu sementara di Brazil, kira-kira enam tahun lalu, terdapat laporan kononnya seekor kucing melahirkan dua anak anjing. - DM



sumber : myMetro

Tragedi waktu pagi

Posted: 21 Jul 2012 06:45 PM PDT


KANGAR: "Saya terkejut apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus dan asap mula memenuhi ruang bawah rumah tidak lama kemudian. Saya terus bergegas keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri."
Demikian detik cemas dialami penjawat awam, Yasmin Husin, 53, melalui dugaan pada hari pertama Ramadan apabila beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya di Kampung Repoh, dekat sini, terbakar jam 9 pagi semalam.

Yasmin berkata, ketika kejadian, dia melakukan kerja rumah di tingkat atas rumah, namun terkejut sebaik mendapati bekalan elektrik tiba-tiba terputus sebelum memaklumkan suaminya, Mahmud Kassim, 56, untuk memeriksa punca kejadian itu di bahagian bawah rumah.


"Suami saya yang ketika itu membersihkan kawasan di luar rumah memberitahu dia akan memeriksa punca bekalan elektrik itu terputus selepas menyelesaikan kerjanya.

"Sejurus selepas itu, saya mendapati ruang bawah rumah dipenuhi asap. Saya bergegas menyelamatkan diri melalui tangga belakang dan tidak sempat menyelamatkan barang berharga lain," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Bagaimanapun, Yasmin melahirkan rasa syukur kerana ketika kejadian, anaknya yang tinggal bersama mereka tiada di rumah kerana bekerja manakala ibunya keluar mengaji tidak jauh dari rumah mereka.



Anak perempuannya, Wan Nora Syazwani Wan Azmi, 26, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada sepupunya yang tinggal tidak jauh dari kampung itu memaklumkan kejadian yang menimpa keluarganya.

"Saya menerima panggilan sebaik sampai di tempat kerja dan terkejut dengan berita disampaikan sepupu. Saya cuba menghubungi ibu dan ayah tetapi tidak berjaya sebelum bergegas pulang berikutan bimbang keselamatan mereka.


"Menggigil tubuh saya melihat rumah musnah dan tidak sempat menyelamatkan barang penting, namun lega apabila mendapati ibu bapa saya selamat," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kangar, Subri Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.47 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.



sumber : myMetro

Tahan bapa

Posted: 21 Jul 2012 06:30 PM PDT


JOHOR BAHRU: Seorang bapa terpaksa menyambut 1 Ramadan di dalam lokap semalam, selepas ditahan polis, Khamis lalu, bagi membantu siasatan kes penderaan dua anak lelakinya, termasuk memukul menggunakan tali pinggang berkepala besi serta kes memiliki dadah jenis ganja.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, bertindak atas laporan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, beberapa anggotanya menjalankan siasatan di kediaman mangsa, Khamis lalu.

Menurutnya, ketika siasatan dijalankan di Kampung Teluk Serdang Taman Perling di sini, bapa mangsa turut berada di kediaman terbabit.


Katanya, anggota polis menyelamatkan dua kanak-kanak berusia sembilan dan 11 tahun, dipercayai menjadi mangsa penderaan bapa mereka yang juga penganggur.

"Ketika pemeriksaan dilakukan di sebuah bilik di situ, anggota polis menemui sekotak rokok yang diselit kertas lut sinar dan di dalamnya mengandungi daun kering, disyaki dadah jenis ganja.


"Oleh itu, bapa kanak-kanak berkenaan ditahan bagi siasatan dua kes berbeza, termasuk penderaan terhadap dua anak lelakinya, selain memiliki dadah.



"Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan reman sementara dua mangsa dera dirujuk ke sebuah hospital awam di bandar raya ini bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan," katanya.

Sementara itu, Pegawai JKM Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab bapa kanak-kanak itu terbongkar apabila seorang jiran membuat aduan di talian Nur, Rabu lalu.


Menurutnya, jiran yang kerap melihat kanak-kanak itu didera bapanya, terutama ketika ibu mangsa keluar rumah, melaporkan kejadian itu menerusi talian Nur.

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu cuba mengaburi pihaknya dengan memberikan alasan kononnya memukul anak untuk mendisiplinkan mereka yang nakal.


"Lelaki itu mempunyai empat anak, iaitu dua lelaki dan dua perempuan.


"Pada awalnya, JKM berusaha menasihati bapa mangsa tetapi dia bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama hingga memaksa kami membuat laporan polis.


"Kanak-kanak itu kemudian diselamatkan hasil kerjasama polis sebelum dirujuk ke sebuah hospital awam," katanya yang masih menunggu laporan kesihatan dua beradik itu.



sumber : myMetro

Mami... saya takut

Posted: 21 Jul 2012 06:15 PM PDT


SIMUNJAN: "Mami... tolong... saya takut," begitulah ungkapan terakhir Siti Khuzaimah Annuar, 26, sebelum mayatnya ditemui terapung di Triso selepas helikopter dinaiki terhempas di muara Batang Lupar, pagi kelmarin.
Perkara ini diceritakan seorang ahli keluarganya apabila Siti Khuzaimah menghubungi ibunya, Hashimah Fadli, 47, untuk memaklumkan dia dalam ketakutan.

"Perbualan itu hanya beberapa saat sebelum terputus dan usaha menghubungi semula Siti gagal hinggalah kami dimaklumkan berita mengenainya.


"Sebelum arwah meninggalkan rumah untuk ke tapak projek di Nanga Merit, Kapit, dia sempat menghulurkan sekeping gambar berukuran pasport kepada ibunya supaya disimpan sebagai kenangan.

"Kami sekeluarga tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan, namun kini sedar itulah permintaannya yang terakhir," katanya ketika ditemui di rumah di Samariang.


Siti Khuzaimah antara tiga penumpang yang dilaporkan hilang selepas helikopter dinaiki dan dipandu juruterbang warga Jerman, Riko Stiger, 35, terhempas jam 9.30 pagi kelmarin.



Helikopter Eurocopter Dauphin 2 dikatakan berlepas dari Kuching jam 8.57 pagi menuju ke Kapit. Bagaimanapun, hanya beberapa minit selepas berlepas, Stiger dikatakan menghubungi unit kawalan udara, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Kuching untuk membuat pendaratan cemas berikutan cuaca buruk.

Helikopter dilaporkan berlepas dalam keadaan cuaca buruk dan juruterbang bersama tiga penumpang dilaporkan terjun lebih awal sebelum ia terhempas.


Sementara itu, bapa saudaranya, Jamil Razali, 58, berkata Siti Khuzaimah yang bertunang awal tahun ini bakal melangsungkan perkahwinan Disember depan.

"Pada pagi sebelum bertolak ke pejabat, arwah kelihatan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kami hanya mengetahui kejadian yang menimpanya selepas dimaklumkan syarikat, jam 4 petang semalam (kelmarin).


"Arwah adalah graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekerja dengan syarikat itu sejak dua tahun lalu," katanya.


Sementara itu, mayat seorang lagi penumpang, Peter Ato Mayau, 53, ditemui di perairan berdekatan Kampung Tebelu, jam 2.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat serta penduduk.


"Saya berharap untuk menemui suami dalam keadaan selamat, tapi kini hanya tinggal harapan kerana dia meninggal dunia," kata Agnes Batang, 45, isteri Peter Ato.


Menurutnya, dia tidak menyangka itu pertemuan terakhir mereka sebelum Peter pergi ke Nanga Merit, Kapit, kelmarin.


"Saya sedih dan cuba bertahan demi anak kerana jika saya menunjukkan kesedihan, pasti mereka bertambah sedih.


"Saya kena tabahkan hati demi tiga anak. Saya masih ingat pesanan terakhir dia yang mahu saya menjaga anak dengan baik. Kami sekeluarga memerlukan masa untuk menenangkan diri kerana masih terkejut dengan berita ini, terutamanya tiga anak saya," katanya ketika ditemui.


Dalam perkembangan lain, pasukan penyelamat menemui bangkai helikopter di Perairan Triso dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) masih menjalankan siasatan. Kipas utama helikopter itu dijumpai jam 4.30 petang.



sumber : myMetro

Dua sahabat disimbah asid

Posted: 21 Jul 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dua wanita yang juga rakan baik berusia lewat 30-an cedera di seluruh badan selepas disimbah asid dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Jalan Dewan Bahasa, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kedua-dua mangsa dilaporkan berjalan ke tempat letak kereta di kawasan itu bagi mengambil kenderaan mereka untuk pulang ke rumah.

Menurut sumber, ketika mangsa dan rakannya sudah menghampiri kenderaan, dua lelaki menaiki motosikal lengkap memakai topi keledar dilihat dipandu laju menuju ke arah mereka.


"Sebaik menghampiri mangsa, pembonceng motosikal itu mengeluarkan satu botol mengandungi cecair dipercayai asid lalu menyimbah ke arah mereka.

"Seorang daripada mereka terkena di belakang badan, tangan dan kaki manakala rakannya pula terkena di dada dan kaki," katanya.


Sumber berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, sebelum diberikan rawatan susulan.



Katanya, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi, di sini, oleh mangsa menuntut siasatan lanjut dilakukan.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, pihaknya percaya kejadian itu dipercayai bermotifkan cemburu.



sumber : myMetro

Tarawih berdarah

Posted: 21 Jul 2012 05:45 PM PDT


ALOR SETAR: Kepulangan seorang suami daripada menunaikan solat sunat Tarawih 'disambut' dengan tragedi apabila melihat isterinya terbaring tidak bermaya dengan kesan kelar di leher di atas katil bilik mereka di Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, Halimah Yunus, 66, ditemui dalam keadaan berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, Halimah adalah bekas Ketua Cawangan Wanita Umno Bukit Hangus sekitar 1990-an namun sudah bersara berikutan keadaan kesihatannya.


Suami mangsa, Mee Hashim, 63, berkata dia pulang daripada mengerjakan solat Tarawih jam 9.20 malam sebelum dikejutkan dengan jeritan isterinya yang meminta tolong.

"Sebaik mendengar jeritan arwah, saya bergegas masuk ke bilik dan terkejut melihat isteri berlumuran darah dan tidak bermaya.


"Ketika itu, arwah masih boleh bercakap dan memberitahu seorang lelaki menyerangnya namun tidak mengenalinya," katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.



Mee berkata, selepas melihat keadaan isterinya, dia berlari keluar untuk meminta pertolongan orang kampung sebelum menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, arwah biasanya pergi bersamanya untuk menunaikan solat sunat tarawih, namun pada malam kejadian dia tinggal di rumah berseorangan berikutan masalah kesihatan.


Anaknya, Norliza Mansor, 46, berkata dia sempat berjumpa arwah Rabu lalu dan arwah menyatakan hasrat memakai jubah dan barang kemas perhiasan sempena Aidilfitri, namun tidak menyangka itu hasrat terakhir ibunya.

"Saya sudah membeli jubah namun tidak sempat berjumpa emak untuk menyerahkannya. Selain itu, saya bercadang membeli barang kemas perhiasan hari ini (semalam) dan menyerahkan kedua-dua barang itu ketika berbuka puasa, namun tidak kesampaian.


"Kami sekeluarga menerima tragedi ini sebagai takdir Tuhan dan reda dengan ketentuan-Nya, tambahan pula kejadian berlaku pada malam pertama Ramadan," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa cedera parah berikutan kesan kelar di kiri leher dan kehilangan banyak darah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan.


Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada percubaan samun berikutan barang kemas mangsa masih ada di tubuhnya.


Menurutnya, suspek dipercayai masuk melalui pintu bilik air di belakang rumah mangsa berdasarkan kesan pecah masuk.


"Kami masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini, termasuk motif serangan, sehingga membawa kepada kematian.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan," katanya.



sumber : myMetro

Karena Dicemuh, Wanita Ini Menjadi Sukses

Posted: 21 Jul 2012 05:30 PM PDT




Mary Kay Inc. adalah perusahaan kosmetik besar di Amerika. Tahun 2010 mencapai total penjualan 2.5 Billion US Dollar seluas dunia. Perusahaan ini juga memperoleh reputasi penuh pujian kerana menjadi salah satu pelopor "tidak melakukan uji laboratorium pada haiwan (animal testing)" sejak tahun 1989.

 Namun, berapa banyak orang tahu kesuksesan tersebut berawal dari kisah Mary Kay Ash (12 Mei 1918 – 22 November 2001) yang bangkit setelah terlepas dominasi kaum lelaki? Seperti mengutip slogan , "Habis gelap terbitlah terang," demikian pula Mary Kay berhasil keluar dari kebuntuan kariErnya.


 Sebenarnya, Mary Kay Ash  sukses di awal kariErnya sebagai marketing  di beberapa perusahaan dari tahun 1930 sampai awal 1960-an. Dia berhasil menaiki tangga perusahaan untuk menjadi satu-satunya wanita di dewan direksi Perusahaan World Gift Company – cukup jarang kaum wanita boleh berkarier di era 50-an. 


 Sayangnya, dia tidak dianggap serius oleh rakan-rakan laki-lakinya. Dalam rapat dewan, pendapat dan saranannya selalu diabaikan, bahkan ditertawakan. Anggota dewan laki-laki selalu mengejeknya dengan sindirian, "berfikir seperti seorang wanita."

 Kerana gaya penjualan Mary Kay hampir seluruhnya bergaya perempuan, ia menjadi frustasi dan pencen awal pada tahun 1963. 

 Niatnya saat keluar, ia ingin menulis sebuah buku untuk membantu perempuan dalam bisnis didominasi laki-laki.

Menemukan "Sesuatu Yang Ajaib"

 Suatu hari, Mary duduk di meja dapur. Ia membuat dua nota: satu nota adalah semua hal yang baik yang telah dilihatnya di perusahaan tempat ia bekerja, dan nota lainnya adalah semua hal yang dia fikir dapat ditingkatkan. 

 Ketika dia membaca kembali nota, ia menyedari bahawa apa yang dia di depannya adalah rencana pemasaran untuk perusahaan idealnya. Hanya dalam empat minggu, daftarnya telah menjadi rencana bisnis besar. Pencennya berakhir...


Ironisnya, Baik akauntan dan peguamnya melakukan berbagai upaya untuk mencegahnya membangun usaha baru, dan memperingatkan bahawa ia akan membuang wang pada usaha ini. 

 Tapi Mary Kay sudah cukup mendengar semua kaum lelaki mengatakan hal yang sama selama ia bekerja sebelumnya. 

 Ia tak pedulikan lagi "larangan-larangan" tersebut. Mungkin, hanya suaminya yang sangat menyokongnya. Dengan bantuannya, Mary Kay mulai mengembangkan produk kosmetik. 

 Ia pun segera merancang segalanya. Mulai menulis material promosi, logo, desain bungkusan hingga merekrut tenaga penjualan perempuannya.

 Namun, hatinya kembali risau ketika suaminya meninggal kerana serangan jantung. Wanita lain mungkin akan menjatuhkan rencananya, atau setidaknya menunda usaha yang baru dibangun.

 Tapi Mary meminta bantuan anaknya, Richard Rogers untuk melancarkan bisnis baru tersebut dengan segera. 

 September 1963, dimulai dengan sebuah kedai di Dallas dan pelaburan sebesar  5.000 US Dollar, Mary Kay Cosmetics memperoleh hampir 200.000 US Dollar dalam tahun pertama - empat kali ganda jumlah itu pada tahun kedua. Ketika Mary Kay mengambil perusahaan publik di tahun 1968, penjualan telah naik menjadi lebih dari 10 juta US Dollar.


 Apakah moto perusahaan Mary Kay? "Pertama Tuhan, kedua keluarga, ketiga karier." Walah, menggunakan semangat ini dalam bisnis benar-benar tak masuk akal. Mengapa tidak "wang adalah segalanya?" 


 Tapi ia memahami keperluan perempuan untuk memiliki keseimbangan dalam hidup mereka, dan ia berkomitmen untuk menyediakan kesempatan tak terbatas bagi keberhasilan perempuan yang seutuhnya.

 Mary Kay akhirnya juga berhasil menulis tiga buku, yang semuanya menjadi best-seller. Model bisnisnya diajarkan di Harvard Business School. Dia menerima banyak penghargaan, termasuk Horatio Alger Award. Majalah Fortune menyebutkan: Mary Kay Cosmetics sebagai salah satu dari Sepuluh Perusahaan Terbaik untuk Wanita, serta sebagai salah satu dari 100 Perusahaan Terbaik untuk Bekerja di Amerika.

 Pada saat kematiannya pada tahun 2001, Mary Kay Cosmetics memiliki 800.000 konsultan kecantikan independen di 37 negara, dengan total penjualan tahunan lebih dari dua biliion dolar. So, jangan pernah meremehkan kekuatan seorang wanita!

Alat senaman orang dulu-dulu

Posted: 21 Jul 2012 05:15 PM PDT







Inilah Macam-Macam Kebohongan Wanita Di Facebook

Posted: 21 Jul 2012 05:00 PM PDT

 Banyak hal yang boleh anda lakukan di Facebook. Tidak hanya sebagai tempat bersosial situs jejaring ini juga boleh dijadikan tempat untuk memantau dan mempengaruhi orang lain.


Menurut beberapa lelaki seperti yang dikutip dari foxnews.com, wanita boleh memanfaatkan Facebook, tidak hanya dalam hal positif, tapi juga hal negatif. Salah satunya jika terkait masalah hubungan dengan lawan jenis.




Berikut pendapat beberapa lelaki yang membicarakan hal mengejutkan yang boleh dilakukan wanita di Facebook.


Membuat Profil Palsu Untuk Mengintip Bekas Kekasih


Hal satu ini mungkin tampak sedikit ekstrem. Tapi, banyak wanita sengaja membuat profil palsu untuk boleh memantau bekas kekasih tanpa diketahui pasangannya. Daripada menelefon atau mengirimkan sms, sekadar menulis "Apa khabar?" di wall Facebook, cara ini memang lebih aman.


Memanipulasi Penampilan


Menurut lelaki, tidak sedikit wanita yang sering memasang foto di Facebook untuk menampilkan citra diri yang tidak sesuai realitinya. Dalam foto-foto mungkin ingin terlihat lebih seksi dan berani atau sebaliknya, dan berlawanan dengan kenyataan. Hati-hati, hal ini boleh menjadi boomerang buat wanita.

Menulis Status Berlebihan dan Provokatif


Status di Facebook boleh dibaca siapa saja dan banyak wanita yang mengggunakannya untuk tujuan provokasi atau pamer. Bagi lelaki, hal yang paling menyebalkan adalah "curahan hati", soal kehidupan peribadi di status. Menurut lelaki, lebih baik berbicara langsung daripada mengumbarnya di Facebook, kerana kesannya seperti mengharap belas kasihan. Selain itu, pamer soal kelebihan atau tempat yang dikunjungi dan langsung diberitahu di status.


 Memasang Foto Yang Membuat Orang Lain Cemburu


Status sudah berhubungan dengan seseorang, tetapi dalam beberapa foto terlihat mesra dengan lelaki lain. Hal ini seperti ingin "membakar" rasa cemburu pasangan dengan cara keanak-anakan. Foto  itu juga menurut lelaki, sengaja untuk membuat orang lain mempertanyakan hubungannya, dan memberikan perhatian padanya.


 Status Hubungan Palsu


Beberapa wanita bujang banyak memasang status hubungan dengan "in a relationship". Hal ini dilakukan untuk menghindari reaksi "kasihan" orang atas statusnya yang masih bujang. Hal ini menurut lelaki, sangat tidak masuk akal, kerana status tersebut menghambatnya mendapat pasangan.


Apakah Anda juga melakukan hal sama? Hati-hati, menurut pendapat lelaki, kebiasaan ini boleh menjadi boomerang bagi wanita!

Keaadan mayat remaja dibunuh yang dicampakkan ke sungai

Posted: 21 Jul 2012 04:45 PM PDT





bukan bertujuan untuk mempermalukan si mati...
tetapi sebagai ikhtibar untuk kita yang masih hidup
betapa tersiksanya si mangsa akibat kerakusan manusia yang bertuankan nafsu.

Mereka yang mati selepas nafsu di puaskan

Posted: 21 Jul 2012 04:30 PM PDT





akhirnya mereka ini mati selepas nafsu di puaskan...


Cara membuat kasut lebih menarik

Posted: 21 Jul 2012 04:15 PM PDT









Amacam ok tak idea ni....????

Gorila ini sangat sayangkan itik

Posted: 21 Jul 2012 04:00 PM PDT

TEMPO Interaktif, London - Ada kejadian aneh di Zoo Bristol, England. Komale, gorila berusia 4 tahun, didapati memiliki sifat penyanyang. Buktinya Komale dilihat sangat perihatin terhadap itik yang ditemuinya.

Seorang Jurucakap Zoo Bristol menceritakan Komale akrab bermain dengan itik. Setiap itik yang ditemuinya hampir dipastikan dirangkul atau digendong seperti bayi. Bahkan Komale tak segan untuk menciuminya."Manis sekali,"kata petugas yang tidak disebutkan namanya itu dalam Daily Mail Jumaat, 15 April.

Kejadian ini sempat dirakamkan gambarnya. Gambar itu menunjukan Komale asyik menimang seekor itik. Berbeza dengan Komale yang menikmatinya, itik itu terlihat gelisah. Beberapa saat dalam gendongan Komale, itik itu pun melepaskan diri dan kembali bergabung dengan keluarganya.

Belum diketahui apa yang menyebabkan Komale bertingkah demikian. Sifat Komale ini berbeza dengan dua saudara perempuannya, Kera dan Namoki, yang memilih diam saat kumpulan itik ada didekatnya.

Mayat terapung

Posted: 21 Jul 2012 10:30 AM PDT


Pepsi yang Cuma ada di Jepun

Posted: 21 Jul 2012 10:15 AM PDT


Beza negara, beza selera. Dalam satu negara saja tiap daerahnya punya selera yang berbeza. Selera jadi menarik saat sebuah kultur berusaha mengadaptasi selera luar agar lebih boleh diterima oleh lidah tempatan. Usaha ini sepertinya giat dilakukan oleh Jepun, negara yang terkenal punya banyak selera 'unik'. Lihat saja bagaimana mereka mengadaptasi minuman bersoda Pepsi yang datang dari negeri Uncle Sam:
1. Pepsi Ice Cucumber 
Yap! Pepsi ini rasa TIMUN…Warnanya hijau agar menyerupai timun. Dalam proses pembuatannya  tidak menggunakan timun sama sekali, hanya menggunakan perasa buatan agar menyerupai rasa segar yang diberikan saat makan timun.

2. Pepsi Shiso
Pepsi ini mengadaptasi rasa tanaman Shiso, atau yang lebih dikenal dengan nama 'Perilla'. Tanaman Perilla ini termasukk dalam keluarga tanaman mint dan banyak digunakan dalam masakan di Jepun, Korea, dan China. Hmm…rasanya seperti apa ya?

3. Pepsi Azuki 
Orang Jepung suka rasa kacang merah (Azuki) yang manis. Makanya Pepsi ini pun diproduksi dengan rasa kacang merah yang sangat akrab bagi lidah orang Jepun.

4. Pepsi Baobab
Pernah dengar pohon Baobab yang raksasa dan boleh hidup hingga ribuan tahun kan? Nah, Kamu (mungkin) boleh merasakan rasa buah pohon Baobab jika minum Pepsi Baobab ini! Katanya  Pepsi ini rasanya hampir seperti rasa jeruk…


Artis ini cipta perfume dari air kencingnya sendiri

Posted: 21 Jul 2012 10:00 AM PDT

 Los Angeles-Aroma parfume ketika ini tidak lagi dibuat dari wewangian tumbuh-tumbuhan dan aromaterapi. Trend wangian kali ini telah berubah menjadi parfume unik, seperti parfume beraroma darah. Lalu, jika ini kurang ekstrim bagi Anda, artis Cherry Tree mengeluarkan produk baru parfume yang terbuat dari urinenya sendiri.

Wanita cantik itu menciptakan parfume unik tersebut untuk memberikan sesuatu yang baru bagi penggemarnya. Ia hanya mencuba untuk mengguna pakai segala sesuatu di sekitarnya.

Projek parfumenya itu sebenarnya telah dimulai pada 2006 lalu. Ia terpesona oleh perubahan bau pada air urine miliknya, tergantung pada apa yang dia makan. Kemudian, dia memutuskan untuk mengumpulkan air kencingnya di botol parfume.

Ia merasa ideanya untuk menjual parfume urine itu sukses. Ia menyatakan akan terus terus berusaha untuk mencipatakan parfume urinenya yang lebih baik.(sumber)

Kurang ajar tengok video porno di McDonald's yang dipenuhi kanak-kanak

Posted: 21 Jul 2012 09:45 AM PDT




sumber : stomp.com.sg

STOMPer Tina was disgusted to see a man watching pornography at a McDonald's outlet in Admiralty yesterday (May 17). The fastfood joint was crowded with children and their parents, said the STOMPer.

It appears that some men cannot keep their private activities out of the public eye. STOMPers have caught them watching porn openly in a school computer lab, at a cyber cafe and even on a crowded bus.

The STOMPer said:

"I saw a young man watching pornography in public. It is such a disgrace.

"Of all places, he was watching pornography at Admiralty's McDonalds.

"At that point of time, there were even parents and children around!

"This incident should be taken seriously. It's so inappropriate.

"I think he is a Chinese national."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS