Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


HBO Asia Sambut Ulang Tahun Ke-20 Bersama Rumah Kanak-Kanak Precious

Posted: 11 Aug 2012 07:47 AM PDT

HBO ASIA SAMBUT ULANG TAHUN KE-20 BERSAMA RUMAH KANAK-KANAK PRECIOUS
Dengan penampilan eksklusif oleh Aznil Nawawi, Yusri Abdul Halim, Lisa Surihani, Hafiz Suip, Budiey, Hazama, Hafizzudin dan selebriti-selebriti lain.

Kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Precious telah dihibur dengan aktiviti 'Smurf' sepanjang hari pada Sabtu, 11 Ogos 2012. Program pendampingan anjuran HBO Asia dengan sokongan Astro ini adalah sempena sambutan ulang tahun ke-20 HBO Asia dan sempena tayangan perdana filem THE SMURFS di HBO (Astro Saluran 411) / HBO HD (Astro saluran 431), pada hari Ahad, 19 Ogos 2012 pukul 8:00 malam.

HBO SMURFS BUDIEY

Kanak-kanak ini diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti yang penuh keterujaan semasa siri jelajah HBO THE SMURFS yang diadakan di pusat beli-belah 1 Utama. Pada masa yang sama, mereka juga bertemu "The Smurfs" (maskot) dan selebriti alih suara filem tersebut, serta menjadi antara yang pertama menonton filem THE SMURFS dalam Bahasa Malaysia pada penyiaran khas di pawagam GSC, 1 Utama. Hari tersebut berakhir dengan majlis makan malam Buka Puasa bersama bakat selebriti alih suara, disusuli sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM15,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Precious dari HBO Asia dan persembahan lagu oleh bakat selebriti alih suara filem berkenaan.

HBO SMURFS BUDIEY

"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 HBO Asia di rantau ini, usaha kami untuk menghasilkan THE SMURFS dalam Bahasa Malaysia dengan usahasama Astro adalah sebagai mengucap terima kasih kepada penonton Malaysia sepanjang sokongan berterusan mereka. Kami khususnya teruja pada hari ini, untuk bersama-sama kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Precious sebagai antara penonton terawal untuk menikmati hasil kerjasama kami," kata Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Bersama di HBO Asia, Jacelyn Kek.

HBO Asia dan Astro bekerjasama pada bulan Jun lalu untuk membawa bersama sekumpulan artis dan personaliti popular Malaysia yang telah meminjamkan suara mereka untuk watak-watak dalam filem THE SMURFS – Aznil Nawawi selaku Gargamel, Yusri Abdul Halim selaku Brainy Smurf, Lisa Surihani selaku Smurfette, Hafiz Suip sebagai Clumsy Smurf, Dato' AC Mizal dan isteri beliau, Datin Emelia Rosnaida selaku Patrick dan Grace Winslow dan Elfira Loy selaku Odile. Turut dipaparkan adalah suara Datuk Jalaluddin Hassan selaku perawi jalan cerita filem, wartawan Elrafaei Sapi dan penulis hiburan Zaidi Mohamad selaku Hefty Smurf dan Farmer Smurf, blogger hiburan terkenal, Budi daripada Budiey.com selaku Vanity Smurf dan Nazuwan Ahmad daripada BeautifulNara.com selaku Greedy Smurf, Hafizuddin Fadzil selaku Papa Smurf, Haniff, Ray dan Adi dari Radio ERA masing-masing selaku Henri, Grouchy Smurf dan Handy Smurf, Hazama Ahmad Azmi selaku Gutsy Smurf dan Shiro selaku Jokey Smurf.

HBO SMURFS BUDIEY

HBO SMURFS BUDIEY

HBO SMURFS BUDIEY

HBO SMURFS BUDIEY

HBO SMURFS BUDIEY

HBO SMURFS BUDIEY

Mengenai filem THE SMURFS
Ketika ahli sihir yang jahat, Gargamel menghalau Smurfs yang biru lagi kecil dari kampung mereka, mereka tiba-tiba terguling dan jatuh dari dunia ajaib mereka ke dunia kita. Malah terpelanting ke tengah-tengah kawasan Central Park (New York). Hanya setinggi tiga epal dan terperangkap di 'Big Apple', Smurfs perlu mencari jalan untuk kembali ke kampung halaman mereka sebelum Gargamel berjaya menjejaki mereka.

Dialih bahasa ke Bahasa Malaysia sebagai persembahan eksklusif Hari Raya Aidil Fitri, tayangan perdana THE SMURFS di HBO (Astro Saluran 411) / HBO HD (Astro Saluran 431) adalah pada hari Ahad, 19 Ogos 2012 jam 8 malam. Filem ini boleh didapati dengan sarikata bahasa tempatan serta dalam pilihan dwi bahasa – Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Tentang HBO Asia
Berpangkalan di Singapura, HBO Asia mampu menjadi peneraju dalam penyampaian filem-filem terbaik dari Hollywood di rantau Asia kerana memiliki perlesenan eksklusif dengan studio-studio utama Hollywood – Paramount Pictures, Sony Pictures, Universal Studios dan Warner Bros. Sebagai tambahan kepada penonton eksklusif HBO yang berpeluang menyaksikan program-program proprietari dan produksi HBO Original yang pernah memenangi anugerah, HBO Asia turut bekerjasama dengan sebilangan besar penerbit utama filem bebas bagi memperoleh hak tayangan eksklusif ke atas filem-filem yang bermutu tinggi. HBO Asia menawarkan lima saluran filem tanpa iklan untuk langganan – HBO, HBO SIGNATURE, HBO FAMILY, HBO HITS dan CINEMAX – serta perkhidmatan video atas permintaan, HBO ON DEMAND, HBO HD, saluran filem serantau yang pertama membawa siaran definisi tinggi di Asia, dan HBO HITS HD, yang menyampaikan blokbuster-blokbuster Hollywood hit 24-jam sehari dalam definisi tinggi 100%, di kawasan tertentu. HBO Asia adalah usahasama di antara HBO (sebuah syarikat Time Warner) dan Paramount. Untuk maklumat lanjut tentang HBO Asia dan salurannya, layari laman web www.hboasia.com.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Karl Shafek & Soo Wincci Di Bazar Terbaik Raya TV3

Posted: 10 Aug 2012 05:31 PM PDT

Bazar Terbaik Raya telah berlangsung dengan meriahnya di Perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama pada 9 & 10 Ogos lalu. Meriahnya sebab apa, sebab bukan hanya ramai sekali selebriti yang menjual barangan keperluan hari raya kat sini, malah diadakan juga Pelancaran Terbaik Raya TV3 yang menayangkan buat pertama kalinya senarai program TV3 yang Budiey rasa semuanya fresh dan wajib ditonton. Terutama sekali kepada peminat drama-drama bermutu TV3, pastinya ia tak pernaj mengecewakan.

Antara selebriti yang menjual barangan mereka ialah pengacara Hip TV dan peserta Masterchef Selebriti musim pertama iaitu Karl Shafek. Dengarnya, memang Karl tak menang tangan sepanjang 2 hari menjual barangan makanan seperti biskut raya Makan Hati (hahaha, unik betul nama biskut nih) dijual dengan harga RM30, Keropok #TeamKarlShafek dijual dengan harga RM6 dan Karl & Chips berharga RM15.

Budiey dah rasa kesemuanya dan rasanya… walaweih… memang sedap. Kalau tak caya, kena cuba beli, gerenti nak beli lagi. Kepada yang nak beli, korang boleh cari gerai #CelebrityCube di mana Karl ada menjual barang makanan ini di sebuah tapak di Jalan TAR dikongsi bersama dengan Fizo Omar dan Dean Daud.

Soo Wincci, rakan baik Karl dalam Masterchef Selebriti juga datang jenguk-jenguk. Ini gambar mereka.

Karl Shafek

Karl Shafek

Karl Shafek

Karl juga turut berkongsi tapak bersama penghias dalaman terkenal, Dean Daud yang menjual balang biskut raya rekaan beliau sendiri. Cantik & Elegan.

DeanDaud

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Musim Panas Nicole Richie!

Posted: 10 Aug 2012 10:07 PM PDT

Kehangatan musim panas bukanlah penghalang bagi si pencinta fesyen untuk bergaya. Begitulah juga dengan fashionista terkenal iaitu Nicole Richie yang bijak bergaya tatkala musim panas terik di West, Hollywood baru-baru ini.

Bintang terkenal yang berusia 30 tahun itu kelihatan bergaya dan tenang ketika beliau melangkah  meninggalkan pusat rawatan kecantikan rambut iaitu Salun Andy Lecompte. Selebriti tersebut hanya menyarungkan sepasang seluar pendek hitam dengan kombinasi baju kuning longgar yang besertakan topi fedora hitam besar bagi menyerlahkan lagi personaliti 'vogue' beliau. Bintang kecik molek ini mengabungkan fesyen yang diperagakan dengan sepasang 'chunky black ankle boots' untuk tampil lebih ranggi.

Nicole Richie yang terkenal dengan 'trademark' berkaca mata besar turut dilihat mengunakan kaca mata hitam besar dengan gabungan sebuah beg tangan kulit hitam. Selebriti yang bertubuh kecil ini bukan sahaja bijak memperagakan fesyen malah bijak mengabungkan feseyen beliau mengikut keadaan cuaca.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Jenis-jenis Keyboard Hebat Masa Depan (Foto)

Posted: 11 Aug 2012 09:15 PM PDT

Sejumlah keyboard masa depan dihadirkan untuk telefon dan membuatnya menjadi sesuatu yang paling ditunggu-tunggu semua orang. Satu contohnya, perusahaan Californian start-up Tactus membuat tombol transparan yang akan muncul begitu saja ketika diminta.



Ini Benar-benar Sungguh Mengagumkan (Foto)

Posted: 11 Aug 2012 09:00 PM PDT

Anda pasti terkejut melihat The Solar Floating Resort, sebuah resort terapung dan dapat berpindah-pindah agar boleh melihat keindahan alam bawah laut. Lihat saja betapa indah dan mengagumkan rekaannya.





Indahnya gambar ini tak terungkap dengan kata-kata

Posted: 11 Aug 2012 08:45 PM PDT

Di AS, Seorang Pendeta Ikut Jalani Puasa Ramadan Bersama Muslim

Posted: 11 Aug 2012 08:30 PM PDT

Bulan Ramadan ternyata tidak hanya dijalani oleh umat Muslim. Fadilah puasa dirasakan juga oleh umat non-muslim lainnya. Kerana itu, di sejumlah negara, meskipun sangat jarang, terdapat umat non-muslim yang ikut menjalani ibadah Ramadan seperti puasa. 

Seperti yang dilakukan Revered Wess Magruder, seorang pendeta di Amerika Syarikat, Tahun ini dirinya ikut menjalankan ibadah Ramadan seperti yang dilakukan teman-teman muslimnya. Dia berpuasa layaknya seorang muslim, bahkan salat dan membaca kitab suci Alquran. 

Magruder tidak hanya ingin mengamati kegiatan umat muslim selama Ramadan. Dia ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya menjalankan puasa. Pengalaman yang dia peroleh akan dituangkan dalam blog peribadinya. 

"Ini (puasa) membuat saya sedar Allah, kehadiran Allah, kehendak Allah yang menjelma menjadi nyata di dunia. Dan ketika sesuatu yang lain tidak terjadi di hadapan saya, puasa mengingatkan saya untuk berbicara kepada Tuhan," tulis Magruder dalam blognya. 



Seperti yang dilansir PressTV, Jumaat (10/8/2012), Magruder memilih Islam sebagai sumber inspirasi blognya kerana dia tahu bahwa umat muslim berhasil menjalankan puasa 30 hari setiap tahunnya dan hal ini telah berjalan lebih dari 1400 tahun. 

Pendeta Amerika ini telah berhasil menjalankan puasa dari terbit fajar hingga matahari terbenam. Dia merasa bahagia dan beruntung memiliki kesempatan menjalankan puasa. 

Dalam blog peribadinya, Magruder mengajak semua umat Kristian untuk mencuba berpuasa meskipun hanya sehari.

sumber: detikcom

Tulisan yang membuat penumpang kapalterbang gelisah

Posted: 11 Aug 2012 08:15 PM PDT

WASHINGTON - Umumnya badan pesawat bersih dari kotoran terlebih lagi tulisan tangan. Namun seorang penumpang di syarikat penerbangan Alaska Airlines terkejut ketika ia melihat tulisan tangan yang tidak biasa di sayap pesawat yang ditumpanginya.

Bagaimana tidak, disayap kanan pesawat yang mengalami sedikit kerosakan itu terdapat tulisan tangan yang mengatakan,"Don't Worry We Know About This". 

Insiden yang terjadi ini mengundang komen di berbagai situs jejaring sosial. Namun pihak syarikatpenerbangan yang berbasis di Seattle mengatakan tidak ada yang perlu dikhuatirkan dengan hal tersebut.

"Itu adalah tanda perbaikan yang diletakkan di pojok sayap bahagian kanan. Seorang teknisi kami menuliskannya agar para awak pesawat tahu dan tidak perlu mengkhuatirkan kerosakan itu," ujar Juru bicara Bobbie Egan seperti dikutip Emirates247, Minggu (12/8/2012).

"Tulisan itu adalah sebuah pesan yang menunjukkan niat baik seseorang hanya saja ini tidak sesuai dengan prosedur perusahaan," tegas Egan.

Tulisan itu pun segera dihapus dan pihak Alaska Airline menyampaikan permohonan maaf atas kegelisahan yang timbul akibat hal ini.(rhs)

Google Translate Kini Mampu Menganalisa Teks Dalam Foto

Posted: 11 Aug 2012 08:00 PM PDT


Google translate selama ini sangat membantu kita sebagai kamus online untuk menterjemahkan teks di dalam komputer. Tapi bagi turis yang seringkali menemukan karakter asing di dalam menu makanan mereka, program ini nyaris tak berguna. Untungnya, Google sudah merilis update baru bagi Google translate untuk Android agar dapat menganalisa tulisan dari foto! Nah, sekarang tersesat di Rusia, Turki, atau Perancis bukan lagi menjadi masalah yang besar.
Selama kamu punya smartphone berbasis Android, aplikasi Google translate dan tentu saja, koneksi internet, tersesat di tengah-tengah kota asing seperti Moscow tak akan membuat kita susah lagi seperti dulu. Tinggal buka aplikasinya, foto papan petunjuk, sorot teks yang ingin diterjemahkan dan voila, kita tahu kemana harus melangkah. Sayangnya, untuk sementara waktu fitur baru ini baru boleh menganalisa tulisan berbahasa Chechnya, Belanda, Inggris, Perancis, Jerman, Itali, Polandi, Portugis, Rusia, Sepanyol, dan Turki. 

58 NGO tolak jawatankuasa royalti

Posted: 11 Aug 2012 07:45 PM PDT


58 NGO tolak jawatankuasa royalti
Wakil NGO-NGO yang menuntut royalti minyak di Kelantan membuat enam resolusi.
KOTA BHARU - Enam resolusi dipersetujui melalui persidangan meja bulat badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut royalti minyak Kelantan dibuat segera oleh Kerajaan Pusat.

Pengarah Persidangan Meja Bulat NGO-NGO Royalti, Abu Samah Hasan berkata, melalui sidang meja bulat yang dihadiri dua wakil setiap 58 NGO yang menuntut royalti, enam perkara diambil perhatian.

"Kami menggesa Kerajaan Negeri menolak cadangan penubuhan jawatankuasa bayaran tunai yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan kerana ia lebih kepada tipu helah (muslihat) politik.

"Keduanya, tidak perlu ada jawatankuasa bayaran tunai kepada Kerajaan Negeri berdasarkan perjanjian antara negeri Kelantan dengan Petronas pada 1975," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, antara resolusi lain yang dipersetujui ialah Petronas perlu segera membuat bayaran tunai terus kepada kerajaan Negeri daripada pengeluaran gas dan minyak dengan segera dalam tempoh 30 hari (sebelum atau selewat-lewatnya 11 September 2012).

Menurutnya, NGO-NGO itu juga mahu menolak dan mengecam pencabulan Kerajaan Malaysia terhadap perjanjian antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975.

"Resolusi kelima pula menyatakan persetujuan NGO yang bersidang memberikan komitmen padu bagi melanjutkan penerangan dan mengadakan program susulan kepada semua ahli NGO dan rakyat negeri ini.

"Resolusi keenam mendesak Kerajaan Malaysia dan Petronas menghormati dan menjunjung titah Sultan Kelantan bagi mendaratkan minyak dan gas ke Kelantan," katanya.

Abu Samah yang juga Timbalan Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) atau mesra dipanggil 'R" berkata, resolusi itu akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata beliau, jika resolusi tersebut tidak diambil perhatian, pihaknya akan mengadakan konvoi tuntutan ke Putrajaya, selain mengadakan beberapa program termasuk Solat Hajat dan Munajat Royalti pada 23 Ogos nanti.

"Selain itu, pihak kami juga bercadang melantik pihak luar negara yang pakar dalam tuntutan terbengkalai bagi membolehkan hak rakyat Kelantan diperoleh.

"Tuntutan royalti bukan hanya untuk kaum Melayu sahaja, sebaliknya ia melibatkan pelbagai bangsa termasuk Cina dan India," katanya.

Beliau berkata, bagi membolehkan rakyat memahami sebab mereka perlu menuntut royalti, wacana dan kuiz akan dikembangkan bagi mendidik mereka.

Katanya, media baru seperti Twitter, Facebook, Wassup digunakan selain wakil bolgger hadir pada persidangan bagi menguar-uarkan untuk memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat.
sumber : sinar harian

Kembar siam bintangi rancangan realiti TV

Posted: 11 Aug 2012 07:30 PM PDT

WASHINGTON - Doktor mengesahkan pasangan kembar siam perempuan yang dilahirkan 22 tahun lalu di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) hanya mampu hidup kurang dari dua hari.

Namun, Abigail dan Brittany Hensel menyangkal andaian itu, apabila kedua-duanya masih hidup sehingga ke hari ini.

Pasangan kembar yang berkongsi badan tetapi mempunyai jantung, paru-paru dan kepala berasingan menarik perhatian sebuah stesen televisyen apabila ditawar menjadi pelakon utama sebuah rancangan realiti.

Program itu memaparkan situasi selepas bergelar graduan Universiti Bethel Minnesota, mencari pekerjaan dan mengembara merentasi Eropah bersama rakan-rakan.

sumber : sinar harian

Berkahwin 22 kali sambil kelilingi dunia

Posted: 11 Aug 2012 07:15 PM PDT

LONDON - Agak pelik tetapi benar kisah Alex Pelling, 32, dan isterinya, Lisa Grant, 30, meraikan ikatan cinta mereka dengan berkahwin dalam 22 majlis di negara berlainan dan kini masih berbaki lapan majlis yang belum dilalui.

Pasangan yang bercinta lebih 11 tahun daripada Yorkshire, Britain memulakan pengembaraan sejak musim panas tahun lalu dengan melakukan 22 upacara pernikahan mengikut adat negara yang dijejaki.

Setakat ini, mereka melalui beberapa majlis pernikahan seperti dikelilingi ikan lumba-lumba di Hawaii, berpakaian pontianak di Los Angeles, pernikahan adat di kepulauan Honduras, di kebun anggur Quebec, di pantai Mexico, dan 15 lokasi lain di dunia.


sumber : sinar harian

Hos CNN digantung kerja

Posted: 11 Aug 2012 07:00 PM PDT


NEW YORK - Hos stesen televisyen CNN yang juga editor undangan majalah Time, Fareed Zakaria (gambar) digantung kerja mulai Jumaat lalu selepas mengaku memplagiat sebuah artikel mengenai kawalan senjata api yang ditulis oleh seorang penulis lain.
Time menyatakan, pihaknya menggantung Zakaria selama sebulan sambil menunggu perkembangan selanjutnya. CNN juga mengambil langkah sama tanpa meletakkan tempoh khusus penggantungan Zakaria.
Tindakan itu dibuat selepas Zakaria menyatakan permohonan maaf secara terbuka kerana memplagiat esei tulisan Jill Lepore dari New Yorker untuk kolumnya di majalah Time terbitan minggu ini.
"Para wartawan menyatakan bahawa beberapa perenggan dalam kolum tulisan saya di majalahTime mempunyai banyak persamaan dengan esei yang ditulis oleh Jill Lapore untuk isu 23 April akhbar New Yorker. Mereka betul. Saya mengaku telah melakukan satu kesilapan yang amat besar," kata Zakaria dalam permohonan maafnya.
Jurucakap Time, Ali Zelenko memberitahu, pihaknya menerima permohonan maaf Zakaria, walaupun perbuatan tersebut telah merosakkan standard semua kolumnisnya.
Menurut CNN, penggantungan Zakaria dibuat kerana tulisannya dalam blog CNN.comm adalah sama seperti yang disiarkan di majalah Time.
Lelaki kelahiran India itu pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Yale dan Harvard. Dia merupakan editor urusan majalah Foreign Affairs dan editor majalah Newsweek International selama sepuluh tahun sebelum berhijrah ke CNN serta menjadi hos rancangan Fareed Zakaria GPS pada tahun 2010.
- Reuters

SUMBER : KOSMO ONLINE

Terjun dari tingkat lapan

Posted: 11 Aug 2012 06:45 PM PDT


KOTA BHARU: Suasana di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian gempar seketika apabila seorang lelaki berusia 57 tahun dikatakan terjun dari tingkat lapan bangunan hospital berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, semalam.
Mangsa, Sim Beck Imm yang menghidap sakit pinggang kronik sebelum itu dilihat berada di Jabatan Kecemasan hospital terbabit untuk membuat temujanji.

Dia kemudian dipercayai menuju ke tingkat lapan dan terjun dari bahagian koridor sebelum terjatuh di tingkat dua bangunan sama.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata kejadian itu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala hingga otaknya berkecai. Katanya, polis menerima panggilan kira-kira jam 10 pagi sebelum bergegas melakukan siasatan di tempat kejadian.

SUMBER : MYMETRO

Dibunuh kekasih

Posted: 11 Aug 2012 06:30 PM PDT


PETALING JAYA: Seorang wanita warga Indonesia berusia 40-an ditemui mati dengan kesan tikaman dan lebam di beberapa bahagian badan dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah bilik di Jalan PJU 1/2 Kampung Cempaka, Kelana Jaya, kelmarin.
Mayat mangsa yang ditemui penduduk berhampiran kira-kira jam 6 petang, dalam keadaan dua tangan diikat menggunakan kain. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata, sebaik menerima aduan daripada penduduk kawasan berkenaan, sepasukan polis segera ke lokasi kejadian.

"Sebaik memasuki bilik itu, polis menemui mayat mangsa yang berpakaian lengkap tetapi dua tangannya diikat menggunakan kain.


"Pemeriksaan lanjut kemudian menemui kesan tikaman dan lebam di badan mangsa," katanya.

Polis gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa kecuali surat pajak.


Arjunaidi berkata, siasatan awal mendapati mangsa tinggal di bilik itu bersama teman lelakinya.



"Polis menjejaki teman lelaki mangsa yang dipercayai sudah melarikan diri," katanya. Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, untuk bedah siasat.

Katanya, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu sudah dibunuh sejak tiga hari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).


SUMBER : MYmETRO

Derita mahu kurus

Posted: 11 Aug 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Mereka inginkan tubuh cantik dan langsing persis model, tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila padah pula menimpa.
Lebih malang, ada yang sukar membuang air kecil dan air besar hampir sebulan serta muntah darah, manakala tekak pula berasa panas.
Itulah kesan sampingan dialami Azlina Muhammad, 25, dan Muhammad Anas, 24, dua mangsa produk pelangsingan badan tiruan yang berlambak di pasaran.

Ikuti pengakuan mereka yang mengharapkan pengguna lain lebih berhati-hati dan tidak terkena perangkap sama berikutan sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga yang tergamak menjual produk tiruan semata-mata mahu mengaut keuntungan mudah.


SUMBER : MYMETRO

Bahana dosa suami

Posted: 11 Aug 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Setiap kali Ramadan, saya rindukan anak. Saya harap sangat dapat bertemu mereka menjelang Aidilfitri, walaupun sekali, sebelum saya menghembuskan nafas terakhir," kata Nur Haina Muhammad, 59 (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Rumah Solehah, sebuah pusat penjagaan penghidap Aids di sini, baru-baru ini.
Haina yang lima tahun disahkan menjadi pembawa HIV berkata, dengan usia makin lanjut dan sampai di penghujung, dia berharap sangat untuk bertemu empat anak kandungnya bagi melepaskan rindu.
"Sudah terlalu lama saya tak jumpa anak, saya minta mereka jangan lupakan saya.
"Saya tak pasti umur masih panjang atau tidak. Dengan penyakit dihidapi, saya takut kalau sampai masanya tak dapat berjumpa mereka.


"Tambahan pula dua rakan saya yang juga penghidap Aids sudah dijemput Ilahi, menyebabkan saya kini menghitung hari menunggu detik hilang nyawa," katanya yang berasal dari utara Semenanjung.

sumber : myMetro

Murid dicabul guru lebih setahun lalu

Posted: 11 Aug 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Rahsia kemurungan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun terjawab apabila dia mendakwa dicabul guru lelaki sekolah itu sejak lebih setahun lalu.
Perbuatan itu terbongkar jam 5 petang Khamis lalu, apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia lewat 30-an sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini.

Menurut sumber, mangsa mendakwa dicabul guru lelaki berusia 30-an itu sejak darjah dua.


"Guru lelaki itu dilaporkan memanggil mangsa datang dekat dengannya sebelum memegang alat sulitnya," katanya.

Sumber berkata, mangsa tidak berani menceritakan kejadian itu kepada sesiapa, termasuk keluarganya, kerana bimbang dimarahi guru terbabit.


"Sejak itu, mangsa dilaporkan sering murung dan takut pergi ke sekolah. "Namun tak tahan diperlakukan demikian, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya.



"Terkejut dengan pengakuan itu, ibu mangsa bergegas ke sekolah untuk mengadu kepada guru besar. Selepas siasatan dilakukan pihak pengurusan sekolah, guru terbabit mengakui melakukan perkara keji itu," katanya.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut.


sumber : myMetro

Smart betul cara dia simpan motor

Posted: 11 Aug 2012 05:30 PM PDT


Ibu makan anak sendiri

Posted: 11 Aug 2012 05:15 PM PDT

Setiap orang tua pasti berharap bayinya kelak dapat menjadi orang yang berguna dan tentunya dapat menjadi pegangan atau sandaran di hari tua kelak tetapi di NEPAL  ada seorang ibu  yang sanggup memotong-motong kemudian merebus anaknya untuk di makan. Ini beberapa gambar dari kekejaman seorang ibu di Nepal.



bk-dunia semakin bercelaru....


Pengantin oh pengantin

Posted: 11 Aug 2012 05:00 PM PDT

Kerana terlampau gembira baru lepas berkahwin pengantin ini sanggup
di perlakukan seperti ini sambil di perhatikan orang ramai
dan isterinya....





dah macam orang tak betul...


5 Anak Rockstar Yang Seksi

Posted: 11 Aug 2012 04:45 PM PDT

Para Rockstar yang selalu bersahabat dengan muzik keras ternyata mempunyai puteri-puteri yang lembut, seksi, dan cantik. Inilah 5 puteri para Rockstar yang seksi tersebut.

1. Georgia May Jagger


Wanita bernama asli Georgia May Ayeesha Jagger dan lahir pada 12 Januari 1992 adalah anak dari Mick Jagger, penyanyi band Rolling Stones dari model Jerry Hall yang merupakan perempuan ketiga yang memberi Mick anak, Georgia adalah adik dari aktris Lizzy Jagger.

2. Daisy Lowe


Daisy adalah puteri dari penyanyi, pencipta lagu dan perancang busana Pearl Lowe dan rocker Gavin Rossdale yang lahir pada 27 Januari 1989.

3. Zoe Kravitz


Zoe Isabella Kravitz adalah seorang artis, penyanyi dan model, puteri tunggal dari penyanyi Lenny Kravitz.

4. Norah Jones


Penyanyi jazz Norah Jones merupakan anak dari pasangan pemain sitar India, Ravi Shankar dan produser konsert, Sue Jones. Lahir 30 Maret 1979 dengan nama Geethali Norah Jones Shankar di Bedford-Stuyvesant, Brooklyn, New York.

5. Peaches Geldof


Peaches Honeyblossom Geldof adalah seorang jurnalis, presenter TV dan model yang kini berusia 22 tahun. Ia adalah puteri kedua dari rocker Bob Geldof dan Paula Yates. Dan merupakan isteri dari Max Drummey, personel band Chester French.

Siapa sangka model terkenal dari Australia ini lelaki sejati

Posted: 11 Aug 2012 04:30 PM PDT

Anda tidak akan percaya melihat model ini. Model seksi asal Australia ini terlihat cantik dan tinggi lampai. Tapi, jangan salah, dia adalah seorang lelaki.


Lelaki ini bernama Andrej Pejic (19) dari Broadmeadows, Melbourne, Australia, dan menjadi model internasional kerana wajahnya lebih mirip perempuan daripada laki-laki.

Dia memulakan tren baru, tampil super feminin untuk seorang lelaki atau dikenal dengan nama femiman. Dia tidak menjalani pembedahan plastik untuk mengubah wajah atau penampilannya. "Saat fotografer mulai mengambil gambar saya mereka mencuba membuat wajah saya terlihat maskulin," katanya.


Namun, sepertinya fotografer ini menyerah dan mulai merangkul sisi wajah feminim Pejic dan dia mengaku merasa nyaman. Dia juga mengaku sering dikira seorang gadis padahal ia tidak pernah melakukan operasi plastik dan sebangsanya.


"Ini terjadi setiap waktu dan ini harus saya hadapi setiap hari," katanya. Sejak ia melangkahkan kaki ke dunia model kelas dunia Juni lalu di Paris, sejumlah nama tenar sudah menggunakannya seperti Jean Paul Gaultier dan John Galliano.


Dia kemudian tampil dalam berbagai edisi Majalah Vogue antara lain Perancis, Jepun, Turki, Itali. Tidak hanya itu, dia kini berpindah dari Melbourne ke New York di mana dia mendapat tawaran iklan menggiurkan.

Model kelahiran Bosnia ini lahir dua bulan sebelum perang di negara itu pecah. Ketika dia berusia sembilan tahun dia pindah ke Australia bersama abang tertuanya, ibu, dan juga neneknya dan tinggal di kawasan Melbourne.

Wanita Terseksi di Dunia Siap Dikritik

Posted: 11 Aug 2012 04:15 PM PDT


Rosie Huntington-Whiteley menyandang status sebagai wanita terseksi di dunia. Status itu diraihnya setelah ia berhasil berada di posisi teratas pilihan pembaca majalah FHM dan Maxim. Di saat popularitinya sedang melonjak, wanita berusia 24 tahun ini mengaku siap menerima kritikan.



 Hal itu berkaitan dengan akan segera beredarnya film perdana yang dibintangi model asal Inggris tersebut. Seperti diketahui, Rosie sedang mencoba nasibnya di dunia akting dengan membintangi filem 'Transformers: Dark of the Moon'.

 Tetapi, beban artis satu ini terasa lebih berat kerana dalam filem yang diarah Michael Bay itu, Rosie mengantikan posisi Megan Fox. Di dua filem sebelumnya, Megan Fox dianggap berhasil membawa watak Mikaela Banes. Berkat aktingnya di filem tersebut, Megan Fox menjadi salah satu artis yang aktingnya diperhitungkan.

 Tetapi, berada dibawah bayang-bayang nama besar Megan Fox tak membuat rasa percaya diri Rosie luntur. Ia mengaku telah mempersiapkan diri untuk terjun ke dunia akting termasuk mendapatkan kritikan.

 "Aku di sini bukan untuk memenangkan pertandingan populariti. Aku di sini untuk bekerja dan memiliki karier. Biarkan mereka tak suka, aku siap untuk dikritik," kata Rosie seperti dikutip dari Skynews.

 Ia merasa beruntung boleh menjadi sebahagian dalame film yang juga dibintangi aktor Shia LaBeouf. Kekasih aktor laga, Jason Statham ini sangat bangga dengan peranan yang dimainkannya itu.


Kerana nak menang Nintendo ibu sanggup tahan kencing

Posted: 11 Aug 2012 04:00 PM PDT

Pada tahun 2007, sebuah stesen radio KDND 107.9 di California mengadakan sebuah pertandingan bertajuk "Hold Your Wee For a Wii". Dalam pertandingan ini peserta diminta menahan kencing selama mungkin setelah minum beberapa botol air Dan sebagai hadiahnya tidak lain adalah konsol Nintendo wii. Mainan yang lagi hot" nya waktu itu.

Pertandingan itu menarik perhatian seorang ibu bernama Jennifer, apalagi sebagai seorang ibu yang mempunyai anak. Dia ingin menghadiahkan Nintendo itu kepada anaknya. Tetapi dia bernasib malang.

Jennifer meninggal kerana apa yang disebut dengan "Water Intoxication" atau keracunan air. Kerana terlalu banyak air yang masuk kedalam tubuh terjadi ketidak seimbangan elektronik yang akut didalam otak.

Dan pada akhirnya Jennifer tidak memenangkan pertandingan itu, dan semua pihak di radio yang terlibat dalam menganjurkan pertandingan itu dipecat.(link)

Kerusi yang membuat orang semakin malas

Posted: 11 Aug 2012 11:00 AM PDT

Ini kerusi malas yang bentuknya sungguh menarik dan sangat kreatif....









Video close-up payudara membuat awek ini jadi terkenal

Posted: 11 Aug 2012 10:30 AM PDT

berita-beritadotcom: Seorang gadis  bernama Alejandra Gaitan beberapa minggu terakhir ini menjadi orang yang sangat terkenal di dunia maya. Ada yang membencinya dan ingin memperkosa serta membunuhnya, ada juga yang memujinya, kerana videonya di YouTube mengclose-up bahagian payudaranya dan belahannya terlihat begitu menggoda.

Gadis Amerika Latin yang tinggal di Kanada itu menyedari bahwa keindahan tubuhnya boleh menghasilkan di Youtube melalui program  500.000 klik yang diterapkan Youtube. Iaitu pemilik (pengirim) video mendapat bayaran 100 dolar hingga 1.000 pervideo untuk video yang memperoleh klik di atas 500.000 kali.

Dalam video Alejandra yang berada dalam saluran The Girl Reply memang mengenakan pakain yang meperlihatkan bahagian-bahagian menggoda dari tubuh indahnya. Penggemar video itu pun berkeliaran di lalu lintas internet. Ada yang memanggilnya dengan sebutan pelacur, ada juga yang mengancamnya dengan mengatakan, "'Pergilah bunuh diri melompat dari tebing, aku akan memperkosa Anda. Akan akan hack account Anda ... '


Sebaliknya banyak yang menyukainya. "Terlepas dari semua kebencian, ada kelompok yang mendukung saya," kata Alejandra. "Jika video saya dibuang dari YouTube saya akan tetap muncul di blog peribadi untuk menemui mereka yang menghargai saya."

Belakangan banyak wanita lain yang meniru penampilannya dan memposting videonya di YouTube, tentu untuk menjadi terkenal dan mendapat wang. Alejandra sendiri dalam beberapa minggu ini sudah menjadi selebritis yang kerap diwawancara oleh sejumlah televisyen.

[Video] Pengantin perempuan kontrol lawa bila jatuh

Posted: 11 Aug 2012 10:15 AM PDT





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS