Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Eira Syazira Muncul Dengan Album Pertama Di Hati Ini

Posted: 30 Jun 2011 07:26 AM PDT

Eira Syazira Di Hati Ini

Semuanya bermula apabila EIRA SYAZIRA (27) menyanyikan lagu tema untuk drama siri, CINTA BALKIS. Dari situ, nyanyian yang mulanya sekadar hobi buatnya, kini, menjadi sebahagian lagi karier dalam hidup EIRA SYAZIRA, selain bidang lakonan.

Kemunculan album 'DI HATI INI,' berkonsepkan POP BALLAD, membuktikan penantian selama lebih setahun berbaloi apabila impian EIRA SYAZIRA selama ini dapat direalisasikan.

Album 'DI HATI INI,' memuatkan lima buah lagu iaitu DI HATI INI, NOUREL AIN, SEMEMANGNYA, SISI DUKA dan BUKAN MIMPI KESIANGAN dan diterbitkan oleh FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD.

eira syazira

Berbicara mengenai album ini, EIRA SYAZIRA menceritakan pada mulanya nyanyian hanya untuk menghabiskan masa lapangnya. Namun, apabila diminta untuk menyanyikan lagu tema untuk drama bersiri CINTA BALKIS, ianya benar-benar telah mengubah perjalanan hidupnya.

"Apabila video klip 'ISTANA CINTA,' lagu tema drama tersebut dimuatnaik ke dalam Youtube, ianya mendapat sambutan yang cukup mengalakkan. Lebih dari 150 ribu pengunjung telah melihat video klip berkenaan dan mereka amat menyukainya," tambah EIRA SYAZIRA lagi, "Ditambah pula dengan sokongan peminat, telah memberikan saya kekuatan untuk terus menceburi bidang nyanyian," katanya.

Status sebagai pelakon, tidak memberikan kelebihan kepada EIRA SYAZIRA untuk menceburi bidang nyanyian. Seperti individu lain, dia juga perlu menjalani ujibakat. EIRA SYAZIRA menceritkannya, " Pada awalnya saya telah pergi ke sesi ujibakat yang diaturkan oleh syarikat rakaman dengan bertemu ADNAN ABU HASSAN. Semasa menanti jawapan, ianya agak gementar. Akhirnya, ADNAN ABU HASSAN memberikan 'lampu hijau,' dan memberitahu saya mempunyai tona suara yang unik."

Dengan sibuk dalam bidang lakonan, proses penghasilan album 'DI HATI INI,' agak perlahan. Ianya mengambil masa hampir setahun lebih untuk disiapkan. Namun, ianya ada hikmah tersendiri apabila dalam masa yang sama, EIRA SYAZIRA telah mendalami ilmu seni suara bersama guru vokal yang tidak asing lagi iaitu SITI HAJAR ISMAIL. Selain untuk memantapkan persembahannya nanti, dia juga telah mempelajari teknik tarian dengan Cikgu SHAZLAN, antara koreografer terbaik dalam industri.

Dua buah lagu, iaitu DI HATI INI dan SISI DUKA, telah menjadi lagu tema untuk drama bersiri USTAZ AMIRUL yang disiarkan di TV3, baru-baru ini, menjadikan satu kelebihan buat album 'DI HATI INI.' Selain itu, sentuhan pengubah dan penulis lirik yang cukup berpengalaman seperti ADAM AHMAD, ADNAN ABU HASSAN, OTHMAN MOHAMAD, SYAZWAN SHUHAIMI dan HABSAH HASSAN, membuatkan lagu-lagu di dalam album ini mampu menarik minat pendengar.

Album 'DI HATI INI,'nyanyian EIRA SYAZIRA, bakal berada di pasaran bermula Jun 2011 dan diterbitkan oleh FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD. Selain itu, lagu-lagu yang berada di dalam album ini sudah mula ke udara di stesen-stesen radio tempatan.

MENGENAI FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD
Bermula pada tahun 1987, syarikat rakaman OMRY RECORD telah ditukar menjadi FAMILY GROUP MUSICAL IND. SDN BHD  atau lebih dikenali sebagai FGM, yang merupakan syarikat Bumiputera pertama di Malaysia yang mempunyai studio rakaman termoden pada masa itu.

Bermula dari detik itu, FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD tidak lagi menoleh ke belakang apabila menerbitkan album serta terlibat dalam penghasilan drama-drama tempatan.

Antara artis yang pernah mencipta nama di bawah FGM ialah Adam Ahmad,Zaiton Sameon, Eddie Hamid, Liza Abdullah dayangku Intan, Kumpulan Bubble, M. Rizal, Normala Omar, Hail Amir, Urgent, Citra, Jitu, D'Semenggos dan ramai lagi.

Buat masa ini, FG Music & Film (M) SDN BHD sedang memasarkan album-album artisnya seperti Nizam, Asha Fayyed, Buah Tangan (album kompilasi), Azad Jazmin, Emeer (Juara Program O La-la TV9), kumpulan Online juga album 'Di Hati Ini,' nyanyian Eira Syazira.

Dalam pada itu, FG Music & Film (M) Sdn Bhd juga dalam proses rakaman menerbitkan album kompilasi untuk Adam Ahmad juga Zaiton Sameon, yang juga akan berduet untuk sebuah lagu baru. Album khas 'tribute' untuk Allahyarhamah Datin Rafeah Buang yang mana lagu duet beliau dengan dato' Ahmad jais akan dinyanyikan semula oleh bakat baru, Zura Ayu, iaitu lagu Selasihku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan.

Selain itu juga, FGM akan menghasilkan sebuah kompilasi lagu-lagu Hari raya nyanyian artis-artis naungan serta sebuah lagu baru ciptaan Eddie Hamid, dinyanyikan oleh Zaiton Sameon, untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Eira Syazira dan Esma Danial Kahwin?
  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Eira Syazira dan Azad Jasmin Bercinta Dalam Anak Mami Mek Ani
  • Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira
  • Zamarul Hisham, Eira Syazira Drama Kemaafan Yang Tertangguh
  • Fizo Omar dalam Drama Jersi 9
  • Drama Syurgamu Ramadan
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Ngangkung
  • Kelab Jeng Jeng, Cinta Balqis dan Nenek Kebaya di TV3
  • Eira Syazira, Yatt Hamzah Dalam Drama Jejak di TV2
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Drama Terlebih Sudah Temukan Zamarul Hisham & Fouziah Ghous

    Posted: 30 Jun 2011 07:03 AM PDT

    Terlebih Sudah Temukan Zamarul Hisham Dan Fauziah Ghous Pada 3 Julai Di TV1

    KUALA LUMPUR, 29 Jun – Seringkali cinta berjaya membutakan mata seseorang daripada melihat kebenaran yang hakikatnya terbentang di depan mata. Kerana cinta juga sesorang itu sanggup mengetepikan rasa curiga yang bersarang di jiwa.

    Namun bagaimana pula kiranya seseorang itu merasakan diri terdesak mendapatkan cinta sejati? Apatahlagi lelaki yang ditemui sebelum ini gagal menepati ciri-ciri pemuda budiman yang ikhlas dalam cinta. Sementelahan menjadi suami yang bertanggungjawab membimbing ke jalan yang kebenaran.

    Slot Panggung Ahad minggu ini menampilkan gandingan lakonan hebat Zamarul Hisham dan Fauziah Ghous dipertemukan dalam drama bertajuk Terlebih Sudah pada 3 Julai 2011, jam 10.00 pagi di TV1. Drama turut dibintangi pelakon hebat Khatijah Tan, Shahrol Nizam Noor, Aishah Md Desa dan Marsha Londoh ini mengisahkan seorang gadis bernama Nadira yang memang tidak betah hidup tanpa cinta.

    Sejak alam remaja, dia sudah mula punyai teman lelaki silih berganti. Namun belum satu pun yang mampu menjadi cinta agungnya. Dia nekad untuk 'bersara' dari bercinta untuk beberapa waktu. Pelbagai pendekatan digunakan untuk merealisasikan impiannya itu.

    Dalam keluarganya, Nadira pula kaya dengan cinta dan kasih sayang dari ibunya, Marni, seorang ibu tunggal. Dia membesar dengan kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi. Nadira bahagia sebegitu namun pada masa sama situasi tersebut dapat melupakannya daripada kesepian dan terdesak mendampingi lelaki sebagai calon suami.

    Nadira bertemu dengan Idham. Hubungan berjalan baik dan Idham yang baru bercinta melayan Nadira seperti puteri. Walau bagaimanapun Marni, mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Idham kerana dia merasakan Idham terlalu obses dan terlalu mengambil berat terhadap Nadira. Ini menakutkan Marni dan risau akan keselamatan Nadira terutama apabila Nadira memutuskan untuk berkahwin dengan Idham.

    Rupa-rupanya Idham mengalami gangguan emosi dan masalah mental. Namun masih adakah cinta di hati Nadira? Sanggupkah dia sabar dan terus menerima Idham sebagai lelaki yang istimewa di hatinya? Saksikan babak menarik drama ini hanya di TV1.

    Fouziah Gous

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3
  • Gambar Fouziah Gous di Pelancaran Butik Mimpi Kita
  • Zamarul, Diana kahwin 16 Mei
  • Sinopsis Drama Lillahitaala Lakonan Zamarul Hisham, Rita Rudaini
  • Gambar Fouziah Gous Sebagai Delima Dalam Si Tanggang
  • Fouziah Gous Cari Cinta Sejati dalam Terlebih Sudah
  • Fouziah Ghous Pegang Watak Ibu Dalam Berikan Aku Kasih
  • Fouziah Gous Bergaun Emas di Red Carpet FFM23
  • Drama Da Bomba & Shah Jihan
  • Gambar Ibu Fouziah Gous Pelakon Sifu & Tongga
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    (Gambar) Fazura & Fauziah Gous Bertudung Dalam Tahajjud Cinta.

    Posted: 30 Jun 2011 05:16 AM PDT

    Selebriti popular seperti Fazura & Fauziah Gous tampil bertudung litup ketika sesi beramah mesra bersama pelakon Tahajjud Cinta yang berlangsung di Sri Pentas, semalam. Sejuk mata kami memandang keayuan kedua-dua pelakon ini, bagaikan gadis melayu terakhir.

    Tahajjud Cinta mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.

    Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

    Kredit gambar : TV3

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Preview Baju Perkahwinan Tomok & Ayu.

    Posted: 29 Jun 2011 11:43 PM PDT

    Ramai yang sudah maklum dengan perkahwinan Tomok & Ayu yang akan berlangsung di rumah pengantin perempuan, esok hari. Kali ini, Hatta Dolmat telah diberi kepercayaan untuk menyiapkan baju perkahwinan mereka berdua.

    Sedikit preview untuk kalian, tapi sayang tak boleh nak tengok baju perkahwinan tersebut dalam versi berwarna. Mungkin Hatta Dolmat tak nak pengantin hilang serinya besok, kan?

    Menurut Hatta Dolmat, busana perkahwinan Ayu mendapat inspirasi daripada royal wedding sentuhan kontempori moden. Di bahagian bahu, terdapatnya kemasan yang berkonsepkan bidadari iaitu failing angel, sesuai dengan judul sebuah lagu Tomok.

    Semalam, OHBULAN! menerima panggilan telefon daripada Tomok yang menjemput pihak kami ke majlis perkahwinannya pada 6hb di Saloma Bistro. Tak sabar rasanya nak tengok Tomok naik pelamin, congrats bro!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Wow…Wanita Ini Menjadi Supermodel di Usia 60

    Posted: 30 Jun 2011 09:00 PM PDT

    VIVAnews - Seperti kebanyakan orang, Cindy Joseph membayangkan supermodel adalah seseorang dengan usia muda, memiliki badan ideal serta wajah yang cantik. Namun, dikutip dari Dailymail, Cindy pun sempat terkejut ketika ditawari pekerjaan sebagai model oleh salah satu pencari bakat.

    Ia terkejut kerana tidak menyangka mendapat tawaran itu di saat usianya yang memasuki 50 tahun. "Saya didekati agen casting di New York," ujar Cindy kepada ABC's Nextracks.

    Cindy pertama kali dikontrak Ford Models. Tak lama kemudian ia 'ditemukan' fotografer fashion ternama, Stephen Meisel. Salah satu pekerjaan pertama Ibu dua anak ini adalah menjadi model untuk Dolce & Gabbana, kempenye untuk Ann Taylor, dan Aveda.

    Kini, di usianya yang ke-60 tahun, karier Cindy di dunia modeling semakin cemerlang. Ia mewakili jenama ternama, seperti Olay dan Target. Bekas penata rias artis ini memberikan, rahsia utama kesuksesannya itu adalah usia dan wajahnya yang terlihat dewasa.

    Dia mengakui, usianya memiliki manfaat lebih dalam industri modeling dari sekadar penampilan yang unik. Hal tersebut telah memberinya kepercayaan diri lebih.

    "Ini bukan tentang ingin menjadi muda kembali. Kami adalah orang-orang yang menikmati dirinya sendiri. Kami menikmati hidup kami dan kami ingin melihat teman-teman sebaya lainnya di dalam iklan," katanya.

    Selain Ford, DNA Model Management juga menikmati kesuksesan berkat model berusia 46 tahun, Kristen McMenamy. Kristen menjadi langganan rumah mode Calvin Klein dan Chanel.

    Sementara itu Cindy sendiri saat ini melebarkan kariernya di dunia bisnis. Ia memiliki sebuah perusahaan kosmetik.

    "Bukankah sangat menakjubkan membuat rangkaian kosmetik yang pro-age ketimbanganti-age," ujarnya.

    Cindy juga menjelaskan, wanita terlihat istimewa ketika kulitnya terlihat hidup dan sihat. Menurut Cindy, penggunaan alas bedak yang tebal untuk menutupi keriput tidak boleh membohongi siapa pun. Sebagai penata rias berpengalaman, ia pun mendapat pelajaran bahawa berdandan tipis akan lebih baik.

    Dia juga memastikan untuk memilih warna yang natural agar terlihat lebih muda. "Saya tidak pernah (menggunakan eyeshadow) lebih gelap ketimbang warna kulit, namun menggunakan warna yang sama atau lebih terang," kata Cindy.

    Imej ikan pari gergasi dapat dirakam jurugambar

    Posted: 30 Jun 2011 08:00 PM PDT

    MALE - Imej sekumpulan ikan pari manta gergasi berenang di Teluk Hanifaru, Kepulauan Maldives dirakamkan seorang jurugambar Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

    Jurugambar berkenaan, Warren Baverstock, 42, mengambil masa selama sembilan hari untuk merakamkan kumpulan ikan pari gergasi itu yang tiba untuk memakan plankton di perairan tersebut baru-baru ini.

    Terdapat sekitar 200 pari manta dengan lebar lebih tiga meter berkumpul di teluk sebesar padang bola sepak itu untuk mencari makanan. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Wow..Justin Timberlake beli laman MySpace

    Posted: 30 Jun 2011 07:00 PM PDT


    LOS ANGELES – Penyanyi pop, Justin Timberlake merupakan sebahagian daripada pemilik laman rangkaian sosial MySpace selepas dia bekerjasama dengan syarikat Specific Media untuk membeli laman itu pada harga AS$35 juta (RM105.65 juta) daripada syarikat News Corp milik bilionair Rupert Murdoch, lapor sebuah akhbar semalam.

    Sebagai persediaan untuk menerajui MySpace, Timberlake membina sebuah ibu pejabat di sini selain mengambil enam orang pekerja.

    "Semasa kami menemui Justin dan ketika kami berbincang mengenai strategi kami, satu persetujuan telah dicapai dengannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Specific Media, Tim Vanderhook.

    "Salah satu daripada keghairahannya ialah dia seronok membantu artis lain dan mencipta satu komuniti untuk orang ramai menyuarakan perasaan mereka," jelasnya.

    MySpace pernah digelar sebagai raja laman jaringan sosial tetapi kewujudannya ditenggelamkan oleh Facebook dan Twitter sekali gus membawa kepada kemerosotan pengguna.

    Facebook kini dilaporkan bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) manakala ketua pegawai eksekutifnya, Mark Zuckerberg, 27, dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.5 bilion)

    Timberlake juga berlakon dalam filem The Social Network yang mengisahkan kehidupan Zuckerberg di Universiti Harvard.

    Dalam filem itu, Timberlake memegang watak sebagai presiden pertama Facebook, Sean Parker yang juga pengasas laman stor muzik dan penjual syarikat, Napster. – Agensi
    sumber : kosmo online

    Mati dipatuk ular sendiri

    Posted: 30 Jun 2011 06:00 PM PDT

    EASTWOOD, Britain - Seorang lelaki yang memelihara 24 ekor ular senduk di belakang rumahnya di sini mati dipatuk seekor haiwan peliharaannya itu, lapor sebuah akhbar semalam.

    Lelaki itu, Luke Yeomans, 47, pernah menyatakan dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa dia tidak akan mati dipatuk ular peliharaannya.

    Dia mati diserang sakit jantung selepas dipatuk ular kelmarin manakala mayatnya ditemui polis berada di kawasan tempat dia menyimpan ular tersebut di belakang rumahnya.

    Lelaki itu mempunyai pengalaman mengendalikan ular senduk selama 30 tahun.

    Kawasan belakang rumahnya itu dianggap sebagai taman perlindungan haiwan ular senduk yang pertama di dunia.

    Seorang penduduk tempatan berkata: "Kejadian itu amat mengejutkan. Setiap orang mengetahui bahawa Luke menyimpan ular namun dia amat berpengalaman dan kami tidak menyangka kejadian ini akan berlaku." - Agensi
    sumber : kosmo online

    Alasan Lelaki Lebih Cenderung Tersambar Petir

    Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

    INILAH.COM, London – Hasil kajian terbaru menunjukkan hal sangat mengejutkan. Diketahui, lelaki lebih cenderung mati kerana tersambar petir dibanding wanita. Mengapa?

    Dari 648 kes mati tersambar petir selama 13 tahun di seluruh Amerika Syarikat (AS), 82% adalah lelaki. Kegiatan rekreasi dan olah raga hampir setengahnya berkontribusi pada kematian ini. Faktanya, sebanyak enam lelaki mati di tahun ini ketika sedang bermain golf di Shreveport, Lousiana. dan lainnya bermain baseball di Ruby, South Carolina.

    "Lelaki lebih berisiko tersambar petir," ujar spesialis keamanan petir National Weather Service (NWS) John Jensenius pada Science yang melakukan kajian ini.

    Hal ini kerana lelaki cenderung melakukan pekerjaan di luar kawasan, lanjutnya. Di AS, Julai menjadi bulan mematikan dalam hal ini dengan rata-rata kematian 18 korban.

    Ini diduga akibat meningkatnya kegiatan luar rumah di ketika badai memuncak selama periode ini. Negara bahagian paling berbahaya adalah Florida.  Florida memiliki iklim tropik yang membuatnya memiliki badai petir lebih banyak dibanding tempat lain di AS.

    "Selain itu hasil kajian menunjukkan, lelaki berusia 10-19 menjadi  usia paling banyak menjadi korban di sambar petir. Sebab, di usia itu mereka kebanyakan sedang cuti sekolah dan anak-anak sering bermain di luar rumah, ujar badan cuaca AS itu."

    Para ahli NWS menekankan, badai petir mampu menembakkan petirnya sejauh 16 km dari intinya.

    "Persepsi umumnya, petir terjadi hanya ketika badai gelap dan berpetir. Namun, petir mampu merambat di jarak yang cukup jauh dari tempat hujan turun," tutup meteorolog Robert Molleda.

    Selamba je abg ni tidur bogel dalam LRT

    Posted: 30 Jun 2011 11:01 AM PDT

    Tahanan Illinois Protes Seluar Dalam Kotor

    Posted: 30 Jun 2011 10:30 AM PDT

    TEMPO Interaktif, Illionis - Para tahanan di Illinois, Amerika Syarikat, terpaksa memakai seluar dalam kotor kerana minimnya jumlah pakaian yang tersedia. Hal ini menimbulkan keprihatinan sekelompok pegiat kesihatan dan kebersihan para tahanan.

    Pegiat dari Asosiasi John Howard menemukan bahawa di Penjara Taylorville Correctional Center, Illinois, para tahanan memakai baju kotor dan selekah yang hanya dicuci seminggu dua kali. Memang penjara tersebut hanya menyediakan dua pakaian dalam seminggu bagi para tahanan. Ertinya mereka memakai baju yang sama selama beberapa hari tanpa dicuci.

    "Praktik peraturan yang meminta tahann memakai pakaian dalam yang sama dalam beberapa hari menimbulkan masalah kebersihan yang serius," demikian pernyataan Aosiasi John Howard, seperti yang dikutip The Telegraph, Khamis 30 Jun 2011. Mereka meminta Department Hukum memberikan pakaian yang layak kepada para tahanan

    "Saya kira ini masalah sistem yang luas," kata John Maki, Direktur Asosiasi John Howard. Menurut dia, minimnya stok pakaian dalam ini menunjukkan jumlah tahanan yang terlalu banyak di penjara.

    Juru cakap Department Hukum Stacey Solano menyatakan mereka berusaha melakukan yang terbaik di masa kewangan yang sulit ini. Negara saat ini tengah mengalami defisit jutaan dolar. Akibatnya, tahanan yang biasanya diberikan pakaian baru setiap enam bulan kini tidak boleh menikmati kemudahan itu lagi.

    Alamak...Cucu Tangkap Basah Datuknya Hendak Perkosa Seekor Anjing

    Posted: 30 Jun 2011 09:45 AM PDT

    TRIBUNNEWS.COM - Seorang datuk bernama Eugene Hickman dan berumur 54 tahun dikenakan tuduhan melakukan kejahatan terhadap haiwan setelah cucunya menangkap dirinya dalam keadaan telanjang dan hendak memperkosa anjing. Demikian dilapor AOL, Selasa 28/6/2011).

    Si datuk yang berasal DeFuniak Springs, Florida, Amerika Syarikat (AS), ditangkap sherif dari Walton County Sheriffs setelah pihak keluarganya melaporkan jika sang cucu melihatnya di atas badan anjing mereka yang berumur tiga tahun.

    Menurut laporan itu, Hickman mengatakan dia mencuba melakukan seks dengan anjing namun sayangnya gagal memasukkan penisnya ke lubang kemaluan anjing tersebut. Ia berjanji di depan polis tak akan melakukan kejahatan itu lagi sementara anjing jenis bulldog itu dibawa ke pusat kesihatan haiwan untuk diperiksa lebih detail.

    Inilah burung helang yang ditugaskan menjaga keamanan semasa pertandingan tenis Wimbledon

    Posted: 30 Jun 2011 08:30 AM PDT

    TEMPO Interaktif, Sorotan matanya tajam. Tubuhnya cokelat gelap. Gagah. Dari atas ribuan penonton dia terus waspada memperhatikan sekeliling. Dia hanya punya satu tugas: menghalau merpati. Dia adalah Dan Rufus, seekor burung helang yang berasal dari Amerika Syarikat. Rufus bertugas mengusir burung merpati yang mendekat ke lapangan saat pertandingan tenis Wimbledon berlangsung.

    Burung-burung merpati di Wimbledon, , kadang menjengkelkan. Remah-remah sisa makanan dari penonton menjadi daya tarik merpati untuk ikut meramaikan Wimbledon sehingga kadang boleh menganggu para pemain mahupun penonton. Tidak mudah untuk mengusir burung merpati.

    Pengurus turnamen tenis Wimbledon tahun ini punya solusi. Mereka mengerahkan burung helang selama kejuaraan untuk mengamankan pertandingan dari gangguan burung merpati. Rufus efektif mengusir burung merpati. Rufus adalah 'staf' dari perusahaan Avian Control System, milik seorang penggemar burung, Wayne Davis.

    Wayne Davis, 46 tahun, sudah tertarik dengan jenis burung pemangsa sejak berusia delapan tahun. Davis sebenarnya baru menyedari bahawa burung helang boleh mengusir burung, termasuk merpati, setelah melihatnya langsung di sebuah penggilingan gandum di dekat rumahnya.

    Namun isterinya, Donna, yang pertama kali menemukan peluang bisnis dari hobi tersebut. "Dia menonton pertandingan di TV dan melihat pertandingan sering sekali terganggu oleh merpati," kenang Davis. "Kemudian dia menghubungi pengelola Wimbledon dan mereka suka dengan idea membawa salah seekor burung untuk menjaga agar merpati tidak mendekat kawasan pertandingan."

    Sekarang Wimbledon menjadi satu dari sejumlah pelanggannya kerana burung helang milik perusahaannya juga diminta untuk mengamankan kilang, rumah sakit, mahupun tempat-tempat lain yang menghadapi gangguan dari merpati.

    Di Wimbledon, burung helang yang dikerahkan tidak untuk membunuh merpati yang mendekat, namun kehadirannya saja sudah membuat merpati takut untuk mendekat. "Burung milik saya terbang berkeliling kompleks Wimbledon pada pagi hari dan kemudian akan ditarik ke luar ketika pertandingan berlangsung di luar lapangan utama," kata Davis seperti dikutip dari BBC Rabu 29 Jun 2011.

    Dalam seminggu Rufus melaksanakan tugas terbang berkeliling selama tiga hari, yang dilakukan ketika belum terlalu banyak penonton yang tiba. Frekuensi kehadiran burung helang selama tiga kali seminggu itu, menurut Davis, sudah cukup untuk membuat merpati tidak mendekati kompleks Wimbledon.

    Dan sepertinya peluang bisnis bagi Davis masih bisa berkembang ke sektor penerbangan, kerana kelompok besar burung merpati yang berada di sekitar lapangan terbang jelas boleh mengganggu penerbangan. Kegemaran memelihara burung pemangsa yang berkembang di abad pertengahan ternyata boleh membawa kegunaan di zaman teknologi tinggi saat ini.

    Gila..Parlimen Belanda lulus undang-undang melarang sembelih haiwan

    Posted: 30 Jun 2011 07:46 AM PDT

    TRIBUNNEWS.COM - Parlimen Belanda meluluskan undang-undang yang melarang menyembelih haiwan tanpa dipukul. Ini bererti menutup kesempatan bagi penganut Yahudi Ortodoks Belanda dan umat Islam untuk menyembelih haiwan menurut cara agama yang mereka anuti.

    Dilapor The Guardian, meski demikian undang-undang ini harus melelai kelulusan Senat dan pemerintah mengatakan pengesahan ini akan dapat dilaksanakan.

    Ini akan menjadi ancaman dan melahirkan kecaman dari kelompok Islam dan Yahudi dan mengatakan ini melanggar kebebasan beragama mereka. Menurut tata cara Islam dan Yahudi, haiwan dipotong dengan memotong urat di leher dengan benda tajam dan umat Islam dan Yahudi menegaskan jika cara itu lebih baik daripada memukuli haiwan hingga mati.

    Undang-undang ini diluluskan pada Selasa lalu dan mendapatkan dukungan penuh dari ahli politik garis kiri yang menganggap jika cara ini tak berperikemanusiaan sementara politik sayap kanan mengatakan jika ini cara yang diadopsi dari luar negara mereka dan sangat barbarian.

    Sensa Tastant, Diet Dengan Kristal, Cara Aneh Namun Ampuh Untuk Langsing Tanpa Lapar

    Posted: 30 Jun 2011 06:00 AM PDT

    Yang terbayang ketika mendengar kata kristal tentunya benda-benda kaca yang dipajang dengan bentuk-bentuk unik. Tapi ternyata kristal tak hanya untuk pajangan, kristal khusus hasil kajian terbaru bahkan boleh digunakan untuk diet kerana membuat orang makan lebih sedikit dan cepat kenyang.



    Para peneliti di Amerika Syarikat telah berhasil mengembangkan bentuk baru kristal yang sangat membantu dalam menghindari porsi makan ekstra dengan meyakinkan otak bahawa tubuh tidak memerlukan makanan.

    Kristal ajaib yang dikenal dengan Sensa Tastant, dapat ditaburkan ke makanan yang kemudian akan mengeluarkan aroma. Aroma ini akan memberikan signal ke otak yang menyatakan bahawa perut sudah penuh makanan, meski baru makan sedikit makanan.



    "Prinsip ilmiah di balik Sensa sangat sederhana. Ketika Anda makan, bau dan rasa reseptor akan mengirim pesan ke otak untuk melepaskan hormon yang memberitahu tubuh bahawa sudah waktunya berhenti makan," jelas Dr Alan Hirsch, ahli saraf di Smell and Taste Treatment and Research Foundation, Chicago, seperti dilapor Dailymail.


    Menurut Dr Hirsch, fenomena ini disebut sensory specific satiety (rasa kenyang sensorik). Dengan meningkatkan bau, Sensa Tastants dirancang untuk membantu mempercepat proses dan memicu signal rasa kenyang, sehingga membuat orang makan lebih sedikit tetapi tetap puas."Sensa bekerja dengan impuls alami tubuh dan bukan melawannya, sehingga tidak akan ada rasa lapar," jelas Dr Hirsch.



    Peneliti menjelaskan bahawa resepi kristal ajaib ini adalah maltodekstrin,iaitu karbohidrat yang dibuat dari pati jagung, silika, bahan fosfat, kedelai dan trikalsium susu."Kristal ini tidak mengandung natrium (sodium), gula, kalori dan gluten, juga tidak mengandung stimulan," jelas Dr Hirsch.

    Kristal yang juga akan dipasarkan di Inggris mulai tahun 2011, dan telah diuji di Amerika Syarikat, sebagai sebahagian dari strategi penurunan berat badan. Uji coba awal yang melibatkan 1.400 orang menunjukkan bahawa peningkatan rasa kristal dapat bertindak sebagai penekan nafsu makan.

    Tikus Unik,Berkaki Kangguru Bercuping Arnab

    Posted: 30 Jun 2011 05:20 AM PDT

    Tikus yang satu ini sangat unik. Cuping telinganya panjang seperti arnab dan kaki belakangnya kurus panjang seperti kangguru. Uniknya lagi, di hujung ekornya terdapat sejumput bulu hitam. Entah kerana kelainan genetik atau merupakan hasil pekahwinan antara tikus dan kangguru (mungkinkah?), bentuk tikus ini cukup aneh dan luarbiasa.




    Rupanya dia ni pencuri telur

    Posted: 30 Jun 2011 04:00 AM PDT




    Patung barbie yang brutal

    Posted: 30 Jun 2011 03:40 AM PDT





    Pesta Loteri Berhadiah Operasi Plastik Bikin Heboh

    Posted: 30 Jun 2011 02:00 AM PDT

    Liputan6.com, London: Manusia 'Boneka Barbie' Sarah Burge mengadakan pesta loteri berhadiah operasi plastik di sebuah kelab malam di London Timur. Acara ini merupakan pertama kalinya dan mendapat kecaman dari ahli bedah plastik dan kelompok wanita.

    Seorang pemenang yang beruntung diambil dari topi bakal mendapatkan hadiah senilai 4.000 Poundsterling untuk melakukan operasi plastik sesuai pilihannya.

    Meskipun mendapat banyak ejekan, Miss Burges dan Beryl Atkins, Direktur Klinik Bedah Kosmetik di Birmingham, membela acara itu dan menjelaskan bahawa pemenang perlu lulus pemeriksaan ketat sebelum menjalani operasi apapun.

    "Yang kita lakukan ini bukan iseng," kata Miss Atkins. Ia juga mengatakan pemenang bebas memutuskan prosedur yang dipilih dan perusahaan tidak akan mengejar pemenang untuk datang melakukan operasi.

    Lesley Towle mengambil hadiah setelah membeli tiket 25 Poundsterling  untuk acara itu, yang dipentaskan di kelab malam Clubten di London Timur dan disiarkan di TV.

    Hadiah bagi runner up adalah program Botox, sementara hadiah lain termasuk pemutihan gigi, make up semi permanen dan pelajaran menari.

    Ahli bedah mengecam kontest tersebut. Bahkan Konsultan Ahli Bedah Plastik dan Presiden British Association of Aesthetic Plastic Surgeons (BAAPS) Dr Fazel Fatah menjuluki kontest itu 'gila' dan 'rosak'.

    Sementara itu Burges mengatakan kelab malam itu penuh dengan orang yang tertarik memenangkan berbagai prosedur kosmetik, termasuk keluarganya dengan empat anak perempuan dan suaminya Tony Burges.

    "Ini operasi plastik tema baru dan konsep pesta yang dipilih dan didasarkan pada daya tarik masyarakat kita," jelas Burges, yang telah melakukan sejumlah besar operasi plastik selama bertahun-tahun.

    Acara ini disponsori oleh  vodka U'LUVKA. Dan acara loteri bedah plastik ini merupakan pengalaman yang sama sekali baru, pencampuran pesta kelas tinggi dengan hadiah menarik dari dunia operasi plastik.

    Hingga kini belum diketahui prosedur apa yang dipilih pemenang Sarah Towle dengan nilai hadiah 4.000 Poundsterling dan ada banyak yang boleh dia pertimbangkan.

    Awas,Bakteria Mulut Boleh Merosak Jantung

    Posted: 30 Jun 2011 01:00 AM PDT

    INILAH.COM, Jakarta – Bakteria dalam mulut dapat masuk aliran darah. Jika ia masuk ke jantung boleh mengakibatkan radang katup jantung dan kematian.

    Bakteria Streptococcus mutans penyebab lubang gigi dapat masuk ke jaringan organ jantung, menyebabkan endokarditis yang berbahaya dan mematikan. Seperti dilaporkan di jurnal Infection and Immunity, ada sebuah protein yang memungkinkan bakteria yang biasa menepel di plak gigi itu, beredar sampai jantung.

    Bakteri penghasil asam ini biasanya hanya ada di mulut. Tapi pada prosedur pengeboran atau pembersihan plak, bakteri itu boleh masuk ke aliran darah. Sistem imun tubuh memang dapat membunuh bakteria, tapi pada beberapa kes, ia bioleh masuk jantung dan membentuk koloni di katup jantung.

    Bagaimana itu bisa terjadi? Jacqueline Abranches, Ph.D., profesor asisten penelitian mikrobiologi dan imunologi Universitas Rochester menyelidiki prosesnya. Ia menemukan bahawa penyebabnya adalah protein pengikat kolagen bernama CNM.

    Para dokter perlu lebih berhati-hati. Mereka harus mencegah agar bakteria S. mutans ini tidak menyebar bersama CNM. Doktor juga perlu meriksa kesihatan dan tingkat kerentanan jantung pesakitnya.

    "Di klinik gigi, pesakit berisiko penyakit jantung harus diperiksa terlebih dahulu, apakah mereka punya protein CNM atau tidak. Kalau iya, dokter gigi harus melakukan tindakan khusus, misalnya dengan memberi antibiotik lebih," ujar Abranches.

    Bayi Lahir Tanpa Anus Tanpa Kelamin

    Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT

    CIMAHI, TRIBUN - Kusniati, warga Kamarung Kelurahan Citeureup Kecamatan Cimahi Utara, Kota Cimahi melahirkan bayi yang belum diketahui identitinya. Bayi tersebut lahir tanpa anus dan tanpa kelamin di RS Cibabat Cimahi, Selasa (28/6) petang.

    Menurut Dedi, ayah bayi tersebut, melihat keadaan bayi seperti itu pihak RS Cibabat menyarankan untuk membawa bayi tersebut ke RSHS Bandung. Pasalnya, peralatan di RS Cibabat tidak lengkap, terutama untuk memantau dan merawat bayi yang terlahir seperti itu.

    "Tapi saya belum membawa kesana kerana takut tarifnya mahal. Saya tak punya biaya. Saya mahu ngurus Gakinda dulu baru dibawa kesana. Tapi sekarang cuti, jadi terpaksa bayinya masih dirawat di RS Cibabat," tutur Dedi, Rabu (29/6).

    Sumber :http://jabar.tribunnews.com/

    Sakit Aneh,Kanak-kanak 7 Tahuh Ini Tak Miliki Satu pun Gigi

    Posted: 29 Jun 2011 11:00 PM PDT

    SUBANG- Seorang kanak-kanak di Kalijati, Subang, Jawa Barat, menderita penyakit aneh. Meski usianya sudah  7 tahun, belum satu pun gigi yang tumbuh di mulutnya.

    Kosasih, warga Kampung Ciracas, Desa Ciracas, Kecamatan Kalijati, Subang,ini menderita penyakit aneh ini sejak masih bayi. Ini terlihat dari bentuk wajahnya yang berbeza dari bayi seusianya.

    Dia sempat dibawa ke rumah sakit, namun doktor yang memeriksa hanya menyatakan penyakit itu akan sembuh dengan sendirinya.

    "Penyakit Kosasih ini sudah terlihat sejak lahir. Meski sempat dibawa ke rumah sakit, namun menurut doktor penyakit tersebut akan sembuh dengan sendirinya" ujar nenek Kosasi, Askem.

    Kerana tidak memiliki gigi, Kosasih mengalami kesulitan untuk makan. Dia harus menambahkan air agar makanan menjadi lunak.

    Selain tidak memiliki gigi, wajah bocah ini juga terlihat mirip seperti orang tua.

    Dia juga memiliki kebiasaan aneh, yakni harus selalu menyiramkan diri dengan air. Jika tidak, tubuhnya akan merasa panas.

    Meski terlihat sihat, namun keluarga berharap ada dermawan yang boleh membantu pengubatan Kosasih. Keluarga berharap Kosasih dapat tumbuh normal seperti anak-anak seusianya.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Peringatan Hari Tengkorak di Bolivia

    Posted: 29 Jun 2011 10:00 PM PDT

    Dia de los Natitas atau hari tengkorak di Bolivia adalah sebuah ritual kuno di mana tengkorak dihiasi bunga dan dimanjakan dengan rokok, daun koka dan lainnya.

    Setiap tanggal 9 November berlokasi di pemakaman pusat, di La Paz, Bolivia, menjadi tempat tradisi pra-Columbus yang aneh ini, yang dikenal sebagai Dia de los Natitas. Para wanita membawa tengkorak, dalam kotak kayu atau karton yang dihias,berkumpul di luar kuburan untuk mempamerkan tengkorak mereka. Mereka biasanya dihiasi dengan kelopak bunga (hydrangea dan mawar) dan ditutup dengan tutup rajutan berwarna-warni.


    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS