Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Selebriti Kongsi Pengalaman Guna Fair & Lovely Forever Glow

Posted: 02 Aug 2011 03:50 PM PDT

DJ Lin dari Suria FM, penyanyi Isma AF7, dan pelakon Norkhiriah, Amyza Adnan, Marissa Yasmin serta Dynas Kongsi Pengalaman Guna Fair & Lovely Forever Glow

Hidup bermula di usia 30-an bersama Fair & Lovely

Kehidupan sememangnya bermula untuk wanita di usia 30-an yang berupaya membentuk hala tuju masing-masing dan juga mampu menyerlah dengan kejelitaan dalaman dan luaran. Konsep positif inilah yang dipercayai oleh jenama pencerah kulit terkenal – Fair & Lovely – sempena pelancaran krim pelembap dan pencerah baharu yang mengandungi kandungan anti-penuaan, Fair & Lovely forever GLOW™.

Bagi seorang wanita yang menjengah usia 30-an, dia memulakan fasa baru dalam hidupnya yang berbeza dari dekad sebelumnya, sama ada berkaitan perhubungan, kerjaya dan keluarga. Apabila dia menemui kematangan dan membentuk karakter dirinya yang tersendiri, dia memancarkan sifat yakin dan percaya pada diri dan bersedia untuk mencapai kejayaan dengan bidangnya.

Isma (left), Sophia (middle) and Fiza (right)

Semasa transformasi ini berlaku, sedikit demi sedikit perubahan fizikal juga melanda kulit pada masa yang sama. Apabila seorang wanita mencapai usia 30-an, cabaran menjadi bertambah baginya untuk mengekalkan seri keremajaan yang sebelum ini dipandang mudah pada usia 20-an. Pembaharuan sel kulit dan kolagen mula memperlahan manakala pendedahan kepada cahaya matahari dan bahan cemar yang diburukkan lagi oleh gaya hidup yang menekan, kurang bersenam dan diet yang tidak sihat boleh menyebabkan kulit menjadi bertambah lesu.

Masalah kulit biasa yang mula dialaminya dengan kulit yang semakin berusia adalah munculnya kekusaman, tompok dan penggelapan kulit. Dia memerlukan pelembap pencerah yang sesuai dalam himpunan produk kejelitaannya bagi mengatasi halangan utama pencerahan kulit.

Fair & Lovely forever GLOW™ adalah krim pelembap dan pencerah baru dengan kandungan anti-penuaan dan anti-oksida untuk membantu wanita mencapai kulit wajah yang muda cerah berseri sepanjang masa. Dirumus dengan VITA AHA Complex™, campuran Vitamin B3, Vitamin E, lidah buaya dan AHA, Fair & Lovely forever GLOW™ mengembalikan semula kulit yang cerah dan muda berseri dengan mempercepatkan proses pembaharuan kulit.

Heart-to-heart session with Isma (left) and Fiza (right)

Berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas 207 wanita Asia dalam tempoh 4 minggu berturut-turut, keputusan menunjukkan bahawa penggunaannya setiap hari dapat mengembalikan seri wajah yang muda cerah berseri, tompok usia yang berkurangan dan kecerahan yang nyata pada tona kulit.

Unilever Malaysia's Assistant Brand Manager untuk Fair & Lovely, Sophia Wong berkata, "Fair & Lovely kini membawakan penyelesaian pencerah dan anti-penuaan baru kepada wanita Malaysia dalam lingkungan usia 30-an yang memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka dan juga menghadapi perubahan dalam keperluan kulit masing-masing. Fair & Lovely forever GLOW™ adalah krim pelembap dan pencerah dengan kandungan anti-penuaan yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkesan bagi membantu wanita mengekalkan seri keremajaan mereka dengan mengurangkan kekusaman, tompok-tompok dan tona kulit yang tidak sekata."

Wong menyatakan, "Kajian pengguna menunjukkan bahawa wanita di usia 30-an lebih matang dan yakin menangani cabaran berbeza yang datang dalam hidup mereka. Kempen kami ini mengutarakan secara langsung isu-isu yang dekat dengan diri mereka. Salah satu isu utama ialah tentang bagaimana caranya untuk tetap kekal jelita pada peringkat ini, yang bukan sahaja tentang memiliki kulit yang licin dan cerah berseri, malah juga mempunyai gandingan kejelitaan dalaman dan luaran".

Fair and Lovely forever GLOW - row of product pack shots

Sempena pelancaran Fair & Lovely Forever GLOW™, Fair & Lovely memperkenalkan sebuah kempen khas untuk berkongsi dengan para wanita di seluruh negara pelbagai kisah yang memberi inspirasi dan motivasi tentang bagaimana wanita dapat 'Menyerlah pada usia 30-an'. Ini telah dilakukan melalui kerjasama dengan sebuah program istimewa 6 episod yang akan disiarkan dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3, yang akan menampilkan selebriti-selebriti popular dari industri hiburan. Mereka akan berkongsi kisah inspirasi tentang bagaimana kehidupan mereka bermula di usia 30-an. Personaliti ini adalah DJ Lin dari Suria FM, penyanyi Isma AF7, dan pelakon Norkhiriah, Amyza Adnan, Marissa Yasmin serta Dynaz.

Semasa previu yang diadakan hari ini, hos bagi episod Fair & Lovely khas, Siti Haffiza Aswaty (Fiza), menjadi moderator sesi bersama tetamu jemputan iaitu Isma yang berkongsi kisah peribadinya pada usia 30-an di mana kematangan dan keyakinan diri mengemudinya menangani cabaran hidup. Saksikan enam episod eksklusif ini di Wanita Hari Ini bermula 3 Ogos.

Fair & Lovely forever GLOW™ dijual pada harga RM18.90 bagi sebotol 50g dan boleh didapati di farmasi, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara. Rangkaian produk pencerah Fair & Lovely merangkumi Fair & Lovely Multi Vitamin yang mengandungi vitamin Tri-Fair Complex™ bagi kulit wajah yang cerah sempurna; Fair & Lovely Herbal Balance yang mengandungi 16 herba India untuk kulit yang cerah secara semula jadi dan Fair & Lovely Anti-Marks yang mengandungi Vita Aloe Complex untuk memudarkan dan meghilangkan bahagian yang bertompok untuk kulit lebih cerah berseri.

Fair and Lovely forever GLOW - Bottle_box

Tags: , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Jemputan Ke Tea Party Glow & Glamour
  • Matta Fair 2011 Malaysia Largest Travel Fair at PWTC
  • Nurul Dilantik Menjadi Duta Pertama Studio Glow and Glamour
  • Gambar Sekitar Tea Party Glow & Glamour di Amcorp Mall
  • Lirik Lagu HERO WAYANG Nyanyian Siti Sairah
  • Profile Juliana Evans
  • Profile Nabil Juara Raja Lawak
  • Profile Alise Ismail
  • Gambar Yana Samsudin di Malam Prebiu Filem Kongsi
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Ziana Zain, Jaclyn Victor & Suki Meriahkan 1Malaysia Aidilfitri

    Posted: 02 Aug 2011 03:32 PM PDT

    Raikanlah 1Malaysia Aidilfitri dengan DIVA-DIVA

    Raikanlah Raya ini dengan Muhibbah selaris dengan tema 1Malaysia Aidilfitri yang dianjurkan oleh Sungei Wang Plaza berikutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dari 10 Ogos hingga 4 September 2011. Banyak aktiviti menarik menanti anda dan seisi keluarga pada musim ini. Tiga Diva terkenal Malaysia, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Suki Low akan membuat persembahan semasa majlis pelancaran 1Malaysia Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa pada 10 Ogos 2011, 5.30 petang di ruang legar Sungei Wang Plaza. Turut serta pada hari itu juga adalah penyanyi tempatan terkenal IQA (Mentor 4) dan kumpulan lelaki VIP.

    Popular dengan lagu-lagunya seperti Anggapanmu, Setia Ku Di Sini dan Puncak Kasih, Ziana Zain telah menjadi minat orang ramai di arena hiburan. Ziana telah mencipta sejarah dalam hidupnya apabila memenangi gelaran "Voice of Asia" di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan besar ini telah menjadikan Ziana salah satu DIVA POP yang terhebat di SelatanTimur Asia. Dia juga pernah berlakon dalam beberapa tayangan tempatan seperti Sembilu dan Maria Marianna.

    Ziana Zain

    Ziana Zain yang sentiasa meletop. Cantik gambar ni.

    Jaclyn Victor atau lebih dikenali dengan nama singkatnya, "Jac" merupakan penyanyi dan pelakon tempatan yang telah memenangi gelaran Ikon Malaysia. Jac pernah memenangi anugerah penyanyi terbaik di Anugerah Juara Lagu dan juga berlakon dalam filem Yasmin Ahmad, "Talentime". Album terkininya, 3 Suara merupakan gabungan Ning Baizura dan Shilla.

    Akhir sekali, Suki Low yang namanya terserlah apabila memenangi Juara Pertandingan Menyanyi One in A Million yang merupakan pertandingan realiti pertama yang menawarkan sejuta ringgit kepada juara. Anak Seremban ini pernah menjadi jurucakap PEPSI pada tahun 2007. Album terkininya yang berjudul, "Finally / Akhirnya" diterbitkan pada tahun 2008.

    Tetamu istimewa pada hari itu adalah RUMAH KEWAJA yang merupakan rumah perlindungan dan terapi untuk wanita khas yang telah dianiayai dan didera. 25 wanita bersama penjaga rumah mereka akan meraikan upacara berbuka puasa bersama- sama artis. Mereka juga akan diberikan duit Raya berserta cenderamata dan peluang untuk bersembang dengan artis pada majlis pelancaran tersebut.

    Mengikut KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, konsept 1Malaysia Aidilfitri ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri ini bersama walaupun perayaan ini adalah untuk umat Islam. Dia bertambah lagi; " Untuk majlis pelancaran dan berbuka puasa ini, kami telah menjemput pihak KEWAJA untuk meraikan bersama kami supaya mereka tidak rasa ketinggalan atau sedih walaupun telah melalui kehidupan yang susah."

    Lagu-lagu popular seperti "Suasana Hari Raya", "Hari yang Mulia ini", "Indahnya di Hari Raya" dan "Selamat Hari Raya" antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh tiga DIVA, IQA (Mentor 4) dan kumpulan lelaki VIP.

    Antara aktiviti menarik yang disediakan pada musim Raya ini termasuklah;
    • Pertunjukan 1Malaysia Dance Showcase dari 12 – 14 Ogos, 19 – 21 Ogos, 26 – 28 Ogos dan 2 – 4 September pada 8.30 malam.
    • Pertunjukan Fesyen 1Malaysia oleh Carven Ong dan Carven Ong Academy of Fashion pada 18 Ogos, 8.30 malam.
    • Pertandingan Beragam "Little Prince & Princess 1Malaysia Children Costume Contest pada 14 Ogos, 2 petang.
    • Bazar Aidilfitri yang akan berlangsung dari 12- 29 Ogos.

    Sambutan Hari Raya ini ditaja oleh Watson's.

    Sungei Wang Plaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!

    Suki 2

    Suki

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?
  • Ziana Zain Selamat Melahirkan Anak Kembar Lelaki dan Perempuan
  • Apa Dah Jadi Dengan Tangan Ziana Zain?
  • Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Program TV Aidilfitri di Saluran Muzik Aktif
  • Rancangan Raya Ziana Zain
  • Lagu Pawana & Album Terbaru Ziana Zain Kini di Pasaran
  • Gambar Ziana Zain Hamil
  • Gambar Suprise Hari Jadi Ziana Zain @ Hotel Le Meridien Kuala Lumpur
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Gambar Seksi dan Comel Katy Parry berambut Blonde

    Posted: 02 Aug 2011 10:12 PM PDT

    Selalunya kita tengok Katy Perry hanya berambut hitam..
    Sensasi rasa ramai yang dah tahu mengenai perpisahan Katy Perry dan Suaminya Russel Brand kerana kekurangan masa untuk bersama.
    Namun sebagai selebriti yang sibuk dengan kerjaya,perpisahan /percerainnya dengan Russel taklah menjadi satu masalah untuk Katy melaram dengan skirt corak Smurfette.

    Jom layankan gambar-gambar Katy Perry di Majlis Tayangan Perdana The Smurf di New York City..

    Comel & seksi..sesuai untuk karakter Katy Perry
    Katy Perry ingin mencium Smurfette
    Katy Perry meminjamkan suaranya untuk karakter Smurfette
    Katy Perry mewarnakan kukunya dengan karakter filem "The Smurfs"

    Khairul Fahmi jelaskan lagi isu Putus Tunang dengan Elia

    Posted: 02 Aug 2011 09:55 PM PDT

    10 jawapan khairul fahmi

    1. Keputusan Nekad Putus Tunang

    "Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.

    Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.

    Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

    2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga

    Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.

    Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media."

    3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan

    "Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.

    Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

    Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.

    4. Isu facebook

    Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.

    Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.

    5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia

    Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.

    6. Campurtangan Pihak Keluarga

    Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.

    Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.

    7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia

    Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.

    8. Sudah Lupa Diri

    Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.

    Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.

    9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan

    Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

    Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.

    10. Memohon Maaf

    Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.

    Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.

    Gambar terbaru Nana (bekas Dj Era fm) bersama Suaminya Brian dan Anak mereka Althea

    Posted: 02 Aug 2011 09:53 PM PDT

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    HD Trailer : Final Destination 5 (2011) Kembali Dengan Lebih Kejam.

    Posted: 02 Aug 2011 05:30 PM PDT

    Siapa yang tidak pernah menonton filem Final Destination 1,2,3 dan 4 sebelum ini? Kami pasti ramai peminat-peminat filem ini menantikan Final Destination yang terbaru arahan Steven Quale ini. Kini kembali dengan aksi yang lebih kejam, Final Destination 5 mengisahkan tentang sekumpulan mangsa yang terselamat dalam kejadian jambatan gantung yang runtuh bakal menghadapi kematian mereka mengikut giliran selepas mereka terselamat dari kejadian itu.

    Bagi peminat setia Final Destination, filem ini akan ditayangkan pada 12 Ogos dan ia menjanjikan pengalaman yang lebih mendebar & menyeramkan.  Dan kepada yang belum pernah menonton filem Final Destination sebelum ini, bolehlah anda cuba bertanya pada kawan-kawan anda atau membeli sahaja DVD original.

    Layankan trailer HD Final Destination 5 ini. Yeahh!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Konsert SNSD Bakal Berlangsung Di Singapura Februari 2012!

    Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT

    Khabar baik buat SONE (panggilan untuk peminat SNSD) sekalian! SNSD atau juga dipanggil sebagai Girls Generation akan turun ke Singapura pada bulan Februari 2012! Kumpulan yang dianggotai oleh 9 wanita jelita dan seksi dalam usia 20′an ini buat pertama kalinya akan mengadakan konsert di negara itu. Khabar ini telah disahkan oleh penganjur mereka iaitu Running Into The Sun (RITS) dan juga Conceptual. RITS juga adalah penganjur yang bertanggungjawab menganjurkan Super Junior : 'Super Show 3′ di Singapura dan mereka juga akan menganjurkan 'SHINee World Concert' di Singapore Indoor Stadium, 10 September ini.

    Buat peminat-peminat SNSD yang semakin ramai di Malaysia, ini adalah peluang keemasan anda untuk membeli tiket yang akan mula dijual hujung tahun ini. Kumpulan ini mula menggegarkan dunia dengan tarian dan nyanyian mereka yang aktif dan bertenaga sehingga menjadi ikutan oleh ramai peminat mereka di seluruh dunia. Ahli kumpulan ini terdiri daripadaTaeyeon (Leader), Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona, dan Seohyun. Diluar negara, mereka digelar sebagai SNSD singkatan kepada 'So Nyuh Shi Dae'.

    Konsert mereka yang diadakan baru-baru ini di Seoul pada 24 July lepas telah menyaksikan hampir 20,000 orang peminat dari seluruh dunia datang menyaksikan aksi mereka. Mereka telah menyanyikan 32 buah lagu sambil menukar persalinan sebanyak 7 kali dalam masa 3 jam persembahan. Satu pencapaian yang fantastik sebab mereka menari sambil menyanyi, agaknya vitamin apa yang diorang ambil untuk kekal bertenaga ya?

    Apa-apa pun, layankan kecomelan SNSD dalam video di bawah! Yeahh!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Guru dan murid dilarang jadi kawan di Facebook

    Posted: 02 Aug 2011 09:00 PM PDT


    CALIFORNIA - Missouri, Amerika Syarikat (AS), akan segera memperlakukan larangan bagi pelajar untuk berteman dengan guru mereka di situs jejaring sosial Facebook.

    Menurut peraturan Missouri Senate Bill 54 yang akan diberlakukan mulai tanggal 28 Ogos, jejaring sosial apapun, tidak hanya Facebook, adalah dilarang bagi hubungan pertemanan antara guru dan murid. Demikian seperti yang dikutip dari Mashable, Isnin(1/8/2011).

    Hal ini dilakukan agar memperjelas batas antara murid dengan guru. Namun nampaknya peraturan tersebut hanya mengarahkan pada hubungan di media sosial saja. Para guru masih dibolehkan untuk membuat Facebook Pages, yang mana boleh diakses oleh para pelajar.

    Hubungan antara pelajar dan guru di Facebook nantinya akan terkena undang-undang. Peraturan Senate Bill 54 dirancang untuk melindungi anak-anak dari tindakan pelanggan seksual dari para guru. Akhirnya peraturan tersebut mahu tidak mahu diikuti oleh sekolah-sekolah, dan disosialisasikan kepada pihak-pihak polis.

    Yang menjadi perhatian dari para pengamat setelah peraturan ini diterapkan adalah, apakah masyarakat nantinya mengizinkan agar negara bahagian tersebut memeriksa setiap akaun Facebook untuk melihat mereka berhubungan dengan siapa? Tentunya ini menjadi pekerjaan rumah yang harus difikirkan lebih lanjut.

    Nenek sambut harijadi dengan buat terjunan dari pesawat

    Posted: 02 Aug 2011 08:00 PM PDT


    NEW YORK - Seorang nenek berusia 82 tahun, Judy Wade meraikan ulang tahun kelahirannya dengan terjun dari sebuah pesawat di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Dia terjun bersama seorang cucunya dari sebuah pesawat pada ketinggian 4,267 meter dengan kelajuan 193 kilometer sejam.

    Nenek itu terjun bersama dengan cucunya, Joe Kemp yang merupakan wartawan akhbar New York Daily News pada Ahad lalu di sini.

    Menurut Kemp, neneknya itu menyuarakan hasrat untuk membuat terjunan dari udara buat kali pertama bagi meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

    - Agensi

    sumber : kosmo online

    Wow..Pemenang pertandingan penggodam ditawar kerja

    Posted: 02 Aug 2011 07:00 PM PDT


    LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Agensi Keselamatan Nasional (NSA) mempelawa penggodam-penggodam komputer dari seluruh dunia menyertai pertandingan untuk menyelesaikan masalah komputer paling sukar di dunia.

    Pertandingan itu merupakan acara sampingan konvensyen penggodam sedunia pada minggu ini yang bertempat di sini dan dikenali sebagai Defcon.

    "Hari ini, kami memerlukan pahlawan siber dan bukannya saintis roket," kata pengarah teknikal NSA, Richard George.

    Setiap penggodam yang ingin menyertai pertandingan itu perlu membayar yuran penyertaan sebanyak AS$150 (RM443) secara tunai dengan peserta tidak perlu mendedahkan identiti mereka.

    Pertandingan tersebut dijangka menarik sebanyak 10,000 peserta. Para pemenang berpeluang untuk berkerja dengan NSA.

    Penggodam komputer yang bilangannya amat kecil di AS, amat diperlukan Washington dalam usaha membanteras jenayah siber yang mengancam keselamatan negara.

    NSA yang kini mengupah sekitar 1,500 penggodam pada tahun ini akan menggaji sejumlah 1,500 penggodam lagi dengan kebanyakan mereka adalah pakar siber pada tahun depan.

    NSA yang merupakan agensi keselamatan AS melakukan aktiviti pengintipan elektronik terhadap musuh-musuh negara dan melindungi rangkaian komputer AS daripada serangan siber. - Reuters

    sumber : kosmo online

    Ibu saman seorang profesor terkenal

    Posted: 02 Aug 2011 06:00 PM PDT


    NEWCASTLE - Seorang ibu, Halina Jane Gillett menyaman seorang doktor terkenal, Profesor Jeffrey Robinson atas dakwaan melakukan kecuaian kerana dia tidak melakukan pembedahan semasa dia melahirkan anak, lapor sebuah akhbar semalam.

    Menurut Halina, doktor itu tidak mengikut hasrat ibunya supaya satu pembedahan dilakukan semasa dia melahirkan anak lebih 25 tahun lalu di sebuah hospital di sini pada Oktober 1985.

    Mahkamah diberitahu kelmarin bahawa lengan anak keempat Halina, Marilyn Benson-Inglis lumpuh disebabkan oleh kelahiran dengan menggunakan alat forsep.

    Saman itu dikemukakan di sebuah mahkamah tinggi di sini. - Agensi

    Mahasiswa ancam pensyarah kerana markah rendah

    Posted: 02 Aug 2011 05:00 PM PDT


    BEIJING - Seorang pensyarah salah satu universiti di China melapor kepada polis kerana diancam oleh mahasiswanya yang minta nilai tinggi.

    Pada 17 Julai, Yang Hua, dari kota Nanjing mendapatkan SMS yang berisi kutukan terhadap keluarganya kerana telah memberikan nilai buruk kepada salah seorang muridnya.

    Pada hari yang sama, ibunya Yang mendapatkan tiga SMS berturut-turut yang meminta semua nilai dirubah dari mulai 65 dan 75 menjadi 90 atau jika tidak dia akan mendapatkan balasannya.

    SMS itu pun mengancam anak lelakinya dengan mengatakan bahawa "Aku akan menyakitinya".

    Yang pun akhirnya menyiasat nombor telefon tersebut hingga akhirnya mendapati salah seorang siswanya bernama Li Ming yang memang mendapatkan nilai yang buruk.

    Yang kemudian melaporkan hal tersebut kepada dekan namun laporannya tersebut tidak dipedulikan Khuatir akan keselamatan keluarganya, Yang pun akhirnya melaporkan hal tersebut kepada polis.

    Seperti dilapor Straits Times, Selasa (2/8/2011), Li yang mengirimkan SMS tersebut meminta maaf atas perilakunya. Dia melakukan hal tersebut kerana kecewa mendapatkan nilai rendah.(rhs)

    Malu sikitlah bang

    Posted: 02 Aug 2011 11:01 AM PDT

    Gila..rappers ni tabur duit sebanyak US$250,000 di kelab tarian bogel

    Posted: 02 Aug 2011 10:30 AM PDT





    Rapper terkenal Lil Wayne dan Drake pergi ke sebuah kelab tarian bogel di Miami. Mereka menukar wang sebanyak USD250 000 kepada wang kertas USD1. Sampai di kelab Wayne dan Drake "membuat hujan" dengan 250 000 keping wang USD1 tersebut.

    Inilah jadinya jika Lady Gaga jadi pereka pakaian kanak-kanak

    Posted: 02 Aug 2011 09:40 AM PDT


    Bagaimana jika penyanyi Lady Gaga menjadi pereka baju anak-anak? Dalam acara talkshow Jimmy Kimmel, Gaga pun berkhayal seperti apa dirinya jika mereka baju anak.

    Rancangan Gaga itu ditampilkan dalam sebuah video. Dalam video tersebut nampak anak-anak berpose dengan baju produksi 'Gaga Gogo Gogo: Lady Gaga Babywear'.

    Seperti dikutip Telegraph, di video itu, anak-anak yang masih kecil terlihat mengenakan pakaian ala Gaga. Mulai dari baju daging sampai baju penuh dengan hiasan Kermit si kodok.

    "We're born this way," ujar Gaga menjelang akhir video. Kalimat itu diucapkannya sambil menggendong bayi yang nampak mengenakan baju ala gelembung sabun.

    Saat wawancara dengan Kimmel, Gaga pun ditanya apakah dirinya ingin memiliki anak. Apa jawapannya?

    "Suatu hari nanti, masih lama sekali," kata penyanyi yang datang ke acara Kimmel untuk mempromosikan albumnya 'Born This Way' itu.

    Doktor tak sangka lelaki ada rahim

    Posted: 02 Aug 2011 08:45 AM PDT


    BHOPAL, KOMPAS.com — Seorang lelaki India, yang identitinya hanya disebut sebagai Ryalu, diketahui memiliki alat reproduksi perempuan setelah dilarikan ke hospital dekat Bhopal, Madhya Pradesh, akibat rasa sakit hebat pada perut.

    Awalnya doktor mengira Ryalu menderita hernia biasa. Namun ketika operasi berlangsung, dokter terkejut kerana menemukan rahim, saluran indung telur, ovarium, mulut rahim, dan jaringan vagina yang tidak berkembang. Rupanya itulah yang menyebabkan rasa sakit hebat tersebut.

    Ahli bedah di hospital di distrik Chhindwara itu, dr Pramod Kumar Shrivastava, mengatakan bahawa pesakitnya memiliki organ kelamin lelaki eksternal. Ryalu juga dikenal sebagai lelaki yang sihat dan bekerja keras di ladang, serta menjalani kehidupan normal lainnya.

    "Biasanya kantung hernia adalah organ perut seperti usus besar dan usus kecil. Kami terkejut kerana menemukan organ reproduksi wanita di dalam rongga perutnya. Kami sudah membuangnya melalui prosedur histerektomi dan membenahi hernianya," ucap Shrivastava.

    "Kantung Ryalu berisi rahim yang cukup berkembang. Terdapat ovarium dan saluran indung telur, serta mulut rahimnya, dan jaringan yang mirip jaringan vagina," paparnya.

    Selama ini, Ryalu tidak pernah mengalami masalah kesihatan sampai dia merasakan sakit yang luar biasa pada perutnya sehingga dia harus dibawa ke hospital. Menurut dr Shrivastava, secara medis lelaki itu disebut hermafrodit, tetapi hormon dan seksualitasnya jelas laki-laki.

    "Organ reproduksi eksternalnya maskulin. Dia juga tidak memiliki masalah seksual. Alat kelamin lelakinya berfungsi normal. Payudaranya tidak berkembang. Yang terjadi adalah kecelakaan embrio pada saat pembentukan," papar dr Shrivastava.

    Pesakit itu tak kalah terkejut ketika diberi tahu tentang kondisi yang dialaminya. Kini dia dalam masa pemulihan dan mendapat dokongan penuh dari keluarganya.
    Sumber :
    The Telegrap

    Kerana ketagihan bantal busuk perempuan ini putus tunang

    Posted: 02 Aug 2011 07:45 AM PDT


    Sebelumnya acara yang sama telah memperlihatkan seorang pria/wanita yang ketagihan menjadi seperti bayi, kali ini TLC menampilkan seorang wanita yang tak boleh berpisah dari bantalnya yang tidak pernah dicuci.


    Semenjak berumur 4 tahun, Tamara tidak pernah boleh meninggalkan bantal kesayangannya. Bahkan bantal itu telah dia beri nama "Boo."

    Kebisaan aneh wanita ini jelas berpengaruh terhadap kehidupan sosialnya. Banyak teman-temannya yang menghindari Tamara setelah mengetahui ketagihan anehnya tersebut. Tak hanya itu, kerana Boo, tunangannya pun membatalkan pertunangan mereka.




    sumber: Buzzfeed

    Wanita ini belasah kekasih denagn kasut stiletto

    Posted: 02 Aug 2011 06:00 AM PDT


    AUGUSTA, KOMPAS.com — Seorang perempuan AS didakwa melakukan pembunuhan setelah diduga membunuh kekasihnya dengan tumit kasut stiletto-nya. Pihak berwajib di Georgia menuduh Thelma Carter (46), memukul kekasihnya dengan tumit kasutnya yang kemudian menyebabkan si lelaki tewas.

    Polis yakin, Robert F Higdon (48), dibunuh pada Ahad (31/7/2011) malam setelah perseteruan fisik antara kedua orang di dalam trailer mereka di sebuah kawasan rumah kereta di Augusta. Para penyidik tidak yakin tentang berapa kali Carter diduga memukul Higdon dengan kasut sebelum ia akhirnya meninggal. Namun mereka mengatakan, tubuh lelaki itu menunjukkan adanya tanda-tanda trauma di kepala.

    Carter mengatakan kepada polis bahawa dia melarikan diri dari trailer itu setelah perseteruan tersebut dan ketika kembali ia menemukan Higdon telah tewas. Augusta Chronicle melaporkan, polis menemukan mayat lelaki itu pada Isnin pagi setelah Carter memberi tahu mereka tentang kematian tersebut.
    Sumber :
    telegraph.co.uk

    Kanser Membuat Hidung Gadis Ini Harus Dipotong

    Posted: 02 Aug 2011 05:30 AM PDT


    Jade Swain, tak menyangka benjolan kecil menyerupai jerawat di hidungnya tumbuh menjadi kanser langka mematikan. Remaja 15 tahun ini bahkan harus membuang hidungnya agar sel kanser tak menjalar ke organ vital.

    Ia memerlukan waktu dua tahun sebelum doktor mendiagnosis itu sebagai rhabdomyosarcoma, sebuah kanser langka yang menyerang jaringan lunak. Jenis kanser ini umumnya muncul tanpa gejala yang mudah disedari.

    Kanser itu awalnya hanya berupa titik di hujung hidung. Lalu, tumbuh seperti jerawat kecil. Selama beberapa bulan, jerawat itu menetap. Bahkan, membesar hingga seukuran buah cherry. "Saat itu, saya tidak berfikir punya gejala kanser. Saya hanya berfikir memiliki hidung besar," katanya, seperti dikutip Daily Mail.

    Jun 2008, ia memeriksakan diri ke doktor lantaran benjolan yang terus membesar. Ia didiagnosis mengalami jerawat rosacea, gangguan kulit kronis yang memicu peradangan wajah. Enam bulan memakan antibiotik, namun pertumbuhan benjolan itu tak terhenti.

    Melihat keadaannya, Jade mulai curiga benjolan di hidungnya sebagai gejala penyakit serius. Ia mencari informasi kanser hidung. Tapi kecurigaannya ditepis doktor yang yakin 99,9 peratus benjolan itu bukan kanser hidung. Kanser hidung jarang terjadi pada remaja.

    Saat kembali berbincang dengan doktor, ia menerima hasil diagnosis berupa kista kalsium. Hasil biopsi menjawab rasa ketidak puasan hatinya. Benjolan itu benar sel kanser yang tumbuh. "Doktor saya terkejut seperti saya. Kami tidak boleh percaya. Itu mengejutkan bagi saya kerana tidak ada seorang pun di keluarga saya yang pernah menderita kanser sama sekali."

    Jade berhadapan dengan pilihan sulit demi menyelamatkan nyawa. Ia harus menjalani operasi pembuangan hidung untuk menghentikan pertumbuhan sel kanser. "Jika saya tidak operasi, saya harus radioterapi, yang boleh merosak otak, kerana hidung begitu dekat dengan otak."

    Dengan berbagai pertimbangan dan dukungan, ia menjalani amputasi di Queen's Medical Centre, Nottingham. Ia pun menerima risiko penciumannya akan terganggu. "Saya lebih suka tidak dapat mencium bau daripada menderita kanser."

    Selain amputasi hidung, ia juga harus menjalani kemoterapi lantaran saat doktor memberikan diagnosis, sel kanser sudah menjalar ke leher. Penderitaan pun berlanjut saat hidung palsunya tak melekat sempurna. "Itu sampah. Aku diberi gam untuk menempel dan tidak berhasil. Hidung palsu itu akan jatuh setiap setengah jam."

    Namun, keinginan sembuh yang begitu kuat membuat pederitaan perlahan sirna. Ia menjalani cangkok hidung dengan mengambil kulit dari area dahi. Operasi estetika ini berhasil memberinya hidung baru.

    Rambut dan penciumannya pun mulai pulih setelah melakukan kemoterapi intens selama enam bulan. "Aku kembali ke sekolah dan semua orang berkata hebat kerana tahu kesulitan yang harus kulewati," katanya.

    Angry Birds versi WWE

    Posted: 02 Aug 2011 04:00 AM PDT

    Ni gambar betul ke tipu?

    Posted: 02 Aug 2011 03:46 AM PDT



    Mini Market Virtual di Korea Selatan [Video]

    Posted: 02 Aug 2011 02:00 AM PDT

    Lupakan beg belanjaan dan barisan panjang di cashier. Penduduk di Korea Selatan memiliki "warung" canggih yang memudahkan pengguna membeli barang-barang keperluan mereka di supermarket tapi tidak di supermarket. .

    Supermarket asal Inggris, Tesco, menghubungkan para pelanggangnya yang sibuk dengan layanan belanja online mereka di subway. Uniknya, menu belanjaan dibuat selayaknya rak asli pada supermarket sungguhan. Dengan menggunakan smartphone untuk menscan QR Code, pembeli dapat memesan langsung barang yang ada di display dan barang pesanan mereka akan dikirim langsung ke depan rumah


    Wow, Mesin Fotostat Ini Terbuat dari Emas

    Posted: 02 Aug 2011 01:00 AM PDT


    INILAH.COM, – Apa yang membuatlelaki ini menciptakan mesin fotostat dari emas?

    Perangkat elektronik pejabat tak perlu mewah-mewah. Tapi desainer asal Amerika, Yogi Proctor, menciptakan mesin fotostat yang terbuat dari emas.

    Sebenarnya mesin fotostat Canon ini tidak boleh memfotokopi apapun. Proctor menciptakannya sebagai karya seni. Ia sengaja memasang lampu yang mundar-mandir pada 'mesin fotostat' itu supaya karyanya seperti mesin fotostat sebenar. Canon 2011 ini berukuran 33 x 27 x 48 inci dan berlapis emas tulen.

    "Membuat salinan adalah sesuatu yang indah. Setiap orang membuat salinan dengan caranya masing-masing," ujarnya seperti dikutip dari Etnies.

    Wah,iPad Bertulang Dinosaur Ini Dijual US$8 juta

    Posted: 02 Aug 2011 12:00 AM PDT


    INILAH.COM, Moscow – Perancang gadget ekslusif Inggris Stuart Hughes baru saja membuat karya terbaru. Sebuah iPad 2 bertabur berlian, emas dan serpihan tulang dinosaurus asli. Seperti apa?

    Gadget 'wah' ini baru saja dijual di situs web seharga US$8 juta . Gadget ini dibalut emas dua kilogram 24 karat dan frame bahagian depan iPad 2 ini terbuat dari Ammolite, batu tertua di Bumi berusia 75 juta tahun.

    Untuk membuat gadget ini lebih eksklusif, bahagian tulang paha T-Rex berusia 65 juta tahun dipecah ke dalam Ammolite. Logo Apple yang ada ditaburi 53 berlian tanpa cacat dan satu berlian 8,5 karat dengan dekorasi tombol 'home' seperti dikutip thaindian.

    Gadget yang dijuluki 'Gold History Edition' ini merupakan edisi terbatas yang hanya dibuat sebanyak dua unit saja. Hughes dan istrinya, Katherine, merupakan pembuat dan penjual iPhone, laptop, TV plasma, dan gadget ekslusif lain dengan harga luar biasa.

    Wanita ini reka kasut seperti bontot wanita

    Posted: 01 Aug 2011 11:00 PM PDT


    INILAH.COM,Jakarta – Dunia fesyen memang identik idea-idea kreatif. Kali ini muncul dari seorang Kobi Levi yang mereka kasut tinggi seperti bontot wanita.

    Seorang warga Tel Aviv, Israel, Kobi Levi (36 tahun) cuba mereka kasut unik yang terinspirasi dari bontot seorang wanita.

    Levi membuat sepatu ala bontot wanita dalam satu iaitu pink muda. Bahagian belakang kasut tersebut dibuat seolah seperti bentuk bontot lengkap dengan kaki seorang perempuan.

    Ia memerlukan an waktu berminggu-minggu untuk membuat kasut yang menurutnya boleh dipakai itu.

    "Kasut-kasut ini memang suatu karya seni. Tapi mereka semua benar-benar boleh dipakai. Aku tidak mahu hanya membuatnya sebagai hiasan," ujarnya.

    Ketertarikan Levi membuat kasut dengan bentuk unik sudah dimulakan sejak ia duduk di bangku sekolah menengah, di mana ia mempelajari seni. Karya kasut pertamanya terinspirasi dari tubuh seksi Marilyn Monroe.

    Seperti dikutip dari Dailymail, kini sudah banyak koleksi kasut unik karya Levi. Ada yang berbentuk ala pisang, kucing, anjing, kasut dengan bentuk tangga kolam renang, sumpit, dan teko untuk minum kopi.

    Untuk skasut model teko, Ia membuatnya dalam dua warna iaitu hitam dan putih. Bahagian hak kasut itu dibuat seolah seperti tetesan kopi. Sedangkan bahagian atas sepatu ditambahkan hiasan seperti pegangan teko.

    Kasut teko itu tersedia dalam dua warna, krem dan hitam. Untuk bahannya, sepatu tersebut terbuat dari kulit, sedangkan bagian haknya dari kayu.

    "Aku mengembangkan dan membuat kasut-kasut ini sendiri di studio dan itu memerlukan beberapa hari sampai beberapa minggu," jelasnya.

    Namun Levi tidak mahu memberitahukan berapa harga kasut-kasutnya. Ia hanya mengatakan kalau harganya cukup mahal kerana memang untuk pembuatannya diperlukan bahan khusus dan usaha lebih.

    Wang Xi Wei : Manusia atau Boneka?

    Posted: 01 Aug 2011 10:00 PM PDT

    Profil Wang Xiwei dilahirkan pada 25 April 1986 dengan tinggi 177cm dan berat 50kg, model cantik ini mempunyai prestasi sebagai model, bahkan sekarang sudah menceburi dunia perfileman.



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS