Nuffnang

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Video kelakar: lawak johan dgn zizan ( Fadzilah Kamsah, Chef Wan, Eric Leong)

Posted: 13 Oct 2010 06:24 PM PDT



Haha...berbakat je si Johan nie...boleh gimik 3 org iaitu Fadzilah Kamsah, Chef Wan, Eric Leong...

Joke Zizan dan Johan serasi jer...Funny la

Sharifah Aini hanya bertudung kerana sakit gigi,dan kesiankan kawan-kawannya yang terpaksa bertudung

Posted: 13 Oct 2010 05:52 PM PDT


Sensasi:Aduh,apa nak jadi dengan Sharifah Aini nie..kenyataan yang dibuat amat bodoh sekali bunyinya...

Pertama apabila mengaku hanya bertudung kerana sakit gigi..

Lepas tue ckp nak pakai tudung tue,hanya dtg dari Allah... ??? bukan kerana terpaksa..sebenarnya kak pah,bertudung tue wajib bukan semata2 bila Allah dah beri hidayah baru nak pakai..kata org Hidayah tue perlu dicari,bukan menunggu bagai menunggu bulan jatuh ke riba...Hanya org2 bertuah saja yang dpt hidayah tanpa dicari..

sepatutnya kak pah walau tak bertudung skrg,patut ada niat utk berubah,umur pun dah tua..sampai bila nak glemer...Glemer kew tunjuk rambut menggerbang?

yang ketiga kenyataan bodoh Sharifah Aini bila dia ckp,kesian ngan kwn2 dia yang tersepit terpaksa pakai tudung??? bg sensasi biarlah mereka rasa terpaksa skrg,sekurang-kurangnya takla kena bakar rambut kat akhirat nanti..siapa yang kesian nanti kan...

Sensasi pun bukanlah baik sgt,tp kita sentiasa berniat utk berubah menjadi org yang lebih baik,dan mencari hidayah NYA ..dan tak perlula keluarkan keluarkan kenyataan yang pelik2 seperti yang dilakukan sesetengah pihak..

Think first before you speak..cos what u said cannot be taken back easily. words that come out from your mouth reflecting who you are...





Datuk Sharifah Aini sudah bertudung? Barangkali, itulah sangkaan ramai setelah melihat kehadirannya di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur sempena majlis sidang media Majlis Makan Malam Amal Malam Juitaku Sayang baru-baru ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran begitu ramai jemaah haji di hotel tersebut.

Bila soalan ini diajukan kepada biduanita negara kesayangan ramai ini, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra disapa sebagai Kak Pah hanya tersenyum.

"Sebenarnya Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebab tak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailah tudung. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung, Kak Pah tak boleh nak jawab.

"Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung).

"Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit," katanya

Kereta Bumble Bee Transformer Kemalangan,Langgar kereta Polis

Posted: 13 Oct 2010 05:33 PM PDT



Okey,nie bukan lakonan..tp betul2 berlaku



Gambar Comel,apabila Kucing bertemu Puppy (anak anjing)

Posted: 13 Oct 2010 05:27 PM PDT

Sweet sgt pic nie...anjing dan kucing tue kesejukan..memula masing-masing pandang-pandang jeling2...
lepas tue dtg dekat...sebab sejuk...

Comel kan...





Penyokong Kelantan meninggal dunia kerana Sesak nafas atau kerana Dipukul?

Posted: 13 Oct 2010 04:46 PM PDT



SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.
"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.

"Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.

"Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.
Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.


sumber: utusan malaysia online


Bandingkan kenyataan akhbar diatas dengan Cerita Facebook dari seorang Fan Selangor
Click gambar utk besarkan.




Sensasi :Membunuh itu adalah salah satu Dosa besar.. kerana bola pun sanggup membunuh....entah ke dia bapa org,suami org,anak org,abang org...
Tak pasal pasal isteri menjadi balu,anak menjadi yatim...beringatlah..

Kata Victoria Beckham: Hubby David Is Perfect (Especially When He’s Naked)

Posted: 13 Oct 2010 04:39 PM PDT



Suara High Pitch David Beckham mungkin merimaskan dan menjengkelkan sesetengah pihak..namun tidak bagi Victoria.

Dalam Majalah Marie Claire,Victoria berkata "
"I don't really notice [it]. I just think he's so G****** perfect that people have to find something wrong with him."

Jadi apa yang Victoria nampak pada suami tercintanya ??

Kata Victoria,Satu pagi ketika mereka bersama,suaminya duduk di hujung katil,tanpa sebarang pakaian,masa tue Victoria baru habis mandi dan keluar dari bilik air..

Kata Victoria lagi "I was getting out of the shower, and I just stood there looking at him. He was all tan. He has all those tattoos, which I love. Hadn't done his hair. He just naturally looks good all the time... Not an ounce of fat on him. And I thought, you done good, girl. I sure wasn't thinking of his high-pitched voice."



Christina Aguilera Dan Suaminya Jordan sudah berpisah

Posted: 13 Oct 2010 04:03 PM PDT


Dah lama rasanya Sensasi tak menulis tentang Gossip Hollywood.
Anyway yang terbaru pasangan suami isteri Christina Aguilera dan Suaminya Jordan Bratman yang telah berumahtangga 5 tahun lepas telah dikatakan berpisah...

Tak sure la pulak bercerai ke atau berpisah sementara.

Pasangan nie memiliki seorang anak lelaki berusia dua tahun iaitu Max.

Majalah hiburan yang menyiarkan berita perpisahan mereka menyatakan bahawa pasangan ini merasakan mereka nie lebih seperti kawan berbanding suami isteri.

Mereka pergi bercuti di italy untuk menghangatkan hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri namun perasaan itu tidak berjaya diwujudkan...

hmmm....Dulu Christina nie mcm gila2 sikit perangai dgn pakaian yang slalu pelik2..tp dia berubah selepas bersama Jordan,skrg dah tak serasi pulak...

Walaupun duit banyak namun tak semestinya mereka berjaya memiliki cinta sejati...

AC Mizal Tak Pernah Belikan Baju Raya Anaknya (dengan Shafnie)?

Posted: 13 Oct 2010 03:23 PM PDT



Sensasi:Sensasi pun tak tau nak cakap mcm mana...AC Mizal tak mampu ???Kaya raya kot AC tue sampai skrg nie dapat gelaran Datuk..Sehingga tidak membelikan pakaian raya untuk 2 org anaknya bersama Shafnie..

Jangan nanti bila AC dah tua esok anak-anak yang diabaikan itu yang menjaganya baru menyesal sebab terlalu berkira dengan darah daging sendiri semasa hidupnya senang skrg nie..


Tak habis-habis dengan kes mengenai tuntutan nafkah anak yang dibuat bekas isteri pengacara dan pelakon AC Mizal, Shafnie Zainudin. Terbaru pengacara popular itu telah didakwa oleh bekas isterinya bahawa tidak pernah membeli pakaian bagi menyambut Aidilfitri untuk dua anak hasil perkahwinan mereka sejak 2006 hingg sekarang.

Perkara itu diberitahu Shafnie, 35, ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat semalam dalam perbicaraan kes permohonan pengubahan tuntutan nafkah anak daripada RM300 kepada RM3, 770 sebulan terhadap AC Mizal atau Mizal Zaini, 39.

Bagaimanapun Shafnie redha apabila tuntutan nafkah ke RM3770 itu tidak dapat diluluskan kerana AC sendiri mengaku tidak mampu, malah ibu bapa AC sendiri hadir ke mahkhmah mengatakan anak mereka tidak mampu.

Menurut Shafnie selain bekas suaminya itu tidak menyediakan kelengkapan raya sejak tahun 2005, semua perbelanjaan termasuk persekolahan ditanggung sendiri olehnya. Malah, mereka juga tidak diberikan tempat tinggal menyebabkan Shafnie dan dua anaknya hanya tingga bersama keluarga Shafnie di Bangi.

Selain itu, dalam tuntutan di mahkamah semalam Shafnie juga menjelaskan dia sangat memerlukan perbelanjaan pendidikan untuk masa hadapan anaknya, memandang insurans dan dana pendidikan itu terlalu tinggi dan tak mampu dibayar oleh dia seorang.

Kasihan pula bekas isteri AC Mizal ini kerana dia bersusah payah lakukan semua tuntutan itu hanya untuk membesarkan dua anaknya yang berusia 11 dan 14 tahun dan tidak lebih daripada itu.

Maizawati sudah mengandung anak ke tujuh beberapa bulan hasil perkahwinan terbaru..

Posted: 13 Oct 2010 03:15 PM PDT

Sensasi: Wah,Maiza nie memangnye sgt subur,baru beberapa bulan berumahtangga dengan Suaminya yang berumur 23 tahun kini sudah disahkan mengandung beberapa bulan anak yang Ketujuh..

Tahniah diucapkan kepada Maizawati...

Sebelum ini Maizawati telah melahirkan 4 orang anak hasil perkahwinan dengan suami pertama,2 org anak (kini tinggal bersama Akil dan Waheeda) hasil perkahwinan dengan Akil Hayy,dan terbaru baru seorang anak on the way dengan Suaminya Mohd Yassin Ben.

Anne dijangka Bersalin Lagi 2 minggu sebagai ibu tunggal

Posted: 13 Oct 2010 03:09 PM PDT




Kesian sungguh Sensasi dengan Anne yang bakal melahirkan anak ketiganya tanpa adanya Suami untuk berkongsi kegembiraan...

Setelah bercerai Tiga kali dengan bekas suaminya Wafi,tak mungkin lagi mereka akan bersama selepas ini..namun Anne seorang yang tabah dan positif...

Baca kisah punca perceraian Wafi dan Anne



Pemilik nama Nasriah Ngasri ini kini sedang menunggu masa untuk melahirkan anak pada bila-bila masa. Bagaimanapun, anak kepada pasangan Ngasri Sain dan Habibah Jaafar ini dijangka melahirkan anak ketiganya kira-kira dua minggu lagi.

"Anne teruja menanti kelahiran anak ketiga apatah lagi doktor kata Anne bakal melahirkan anak perempuan. Sebelum ini kedua-dua anak Anne lelaki, jadi sekarang ini Anne kenalah buat persiapan beli barangan baru,"ujarnya dengan nada gembira.


Dilihat pada raut wajahnya, Anne kelihatan begitu tabah dan masih tersenyum walaupun akan melahirkan anak tanpa suami di sisi.

"Bohonglah tak sedih, tapi Anne rasa benda tu dah lepas, jadi Anne redha sajalah. Alhamdulillah, semuanya tenang dan berjalan dengan lancar. Dari segi mental pun alhamdulillah. Tak ada masalah apa-apa setakat ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar masa bersalin nanti."

Apabila ditanya adakah bekas suami akan berada di sisinya ketika proses bersalin, Anne menjawab, "Mungkin Anne seorang saja sambil ditemani ibu."

Walaupun telah bercerai, Anne mengakui hubungannya dengan bekas suami masih baik seperti dulu.

"Kami masih baik, tak ada gaduh-gaduh. Masih saling berhubung dan bawa anak-anak keluar. Sekarang ini pun kami masih berkongsi dan berbincang bersama-sama nak beli barang apa untuk anak ketiga ini."

"Alhamdulillah, dia seorang yang bertanggungjawab. Nafkah anak-anak pun dia tak abaikan. Mudah-mudahan perkara ini akan berlanjutan. Kami memang tak nak gaduh-gaduh sebab bagi Anne, masing-masing kena tahu tanggungjawab masing-masing."

Namun, menurut Anne, jauh di sudut hati, dia mengakui naluri hatinya sebagai seorang wanita masih tetap sedih dengan perceraian yang menimpa rumahtangganya.

"Benda tu masih terasa, tapi tak adalah sampai memudaratkan diri Anne. Apa yang terjadi pasti ada hikmah. Bagi Anne, nak berdendam pun tak guna, nanti lagi sakit hati."

Pengacara Bang Bang Boom ditangkap Khalwat bersama Isteri orang

Posted: 13 Oct 2010 03:01 PM PDT

yang tinggi itulah Azahari yang ditangkap Khalwat



Pengacara program komedi, Ahmad Azahari Mohamad Ali yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lalu selepas disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah apartmen di Ampang, hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, di sini, semalam. Ahmad Azahari adalah pengacara program Bang Bang Boom hadir ke pejabat agama ditemani seorang rakannya selepas dipanggil untuk disoal siasat berhubung dakwaan yang dikenakan terhadapnya itu.

Dia tiba pada jam 10 pagi sebelum beredar pada jam 12 tengah hari.

Sabtu lalu, Harian Metro menyiarkan laporan berhubung seorang pengacara rancangan televisyen berusia 27 tahun ditahan Jais kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita berusia 27 tahun serta masih berstatus isteri orang.

Dalam laporan itu, pengacara itu mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama sebaliknya hanya membantu wanita itu mengemas barang kerana mahu ke Kota Kinabalu, Sabah.

Shahz Jaszle jelaskan tidak bercinta dengan Maria Farida

Posted: 13 Oct 2010 02:55 PM PDT




Sensasi:Maria Farida nie memang terkenal dengan pakaian seksi,dan mudah mesra dengan lelaki,Walaupun sudah mempunyai anak dan berstatus janda.

Terbaru Apabila Shah Jaszle menggunakan gambar nya dipeluk Maria sebagai gambar Profil Blackberry Messenger nya..menimbulkan syak org bahawa mereka mempunyai hubungan intim..

Tapi Shah Jaszle menafikan katanya gambar peluk2 tue hanya suka-suka je..

Pelik betul,perlu ke Maria Farida peluk mcm tue utk bergambar suka-suka..memang nampak agak cheap disitu..peluk anyone suka-suka ..atau mereka cuba menhyembunyikan hubungan itu kerana karier Shah Jaszle baru bermula dan jarak umur yang jauh?

Pelakon kacak, Shahz Jaszle menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres jelita Maria Farida selepas gambar mereka yang dilihat agak mesra tersebar.

Shahz memberitahu hubungan mereka hanya sekadar rakan artis dan menganggap Maria Farida sebagai artis senior yang dikagumi.

"Saya dengan kak Maria tidak bercinta, saya kagum dan hormati dia sebagai rakan artis yang banyak pengalaman. Dia banyak beri tunjuk ajar dalam lakonan saya.

"Tentang gambar itu kami sekadar mengambilnya untuk suka-suka ketika di lokasi penggambaran, kami rapat kerana sering berlakon bersama iaitu dalam drama Asmara dan Bola Cinta baru-baru ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Shahz juga memberitahu gambar tersebut diletakkan pada profil telefon BlackBerry Messenger (BBM) miliknya tanpa sebarang niat atau memberitahu tentang sesuatu hubungan istimewa.

"Saya tak sangka ia boleh menjadi isu, saya fikir ini hanya sekadar suka-suka. Tentu dia marah jika dapat tahu berita tidak benar ini. Saya memang tidak ada apa-apa hubungan dengannya selain rakan kerja," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ujibakat Program Astro Anda Ada 60 Saat

Posted: 13 Oct 2010 08:07 AM PDT

CARA PALING MUDAH MEMENANGI RM 500,000.00
Tawaran Astro WARNA kepada mereka yang berani sahut cabaran

Dalam usaha untuk terus menjadikan Astro sebagai plihan nombor satu pelanggan, pelbagai program hebat dan variasi terus dihasilkan. Sehubungan dengan itu, Astro dengan berbesar hati memperkenalkan sebuah program permainan terbaru berjudul Anda Ada 60 Saat yang akan memulakan penjelajahan untuk sesi uji bakat tidak lama lagi untuk siaran Astro Warna (saluran 132).

Pengurus saluran Astro WARNA, Encik Nizam berkata, "Astro telah memberi banyak peluang lepada penonton untuk menonjolkan bakat dan potensi diri. Daripada bidang nyanyian, komedi, lakonan, tarian dan pelbagai program lain. Namun tidak dapat dinafikan, terdapat kumpulan penonton yang lebih cenderung melakukan aktiviti fizikal ringan menerusi aktiviti permainan. Akur memenuhi kehendak setiap penonton, kami sediakan sebuah lagi program istimewa untuk tontonan pelanggan kami."

nizam sani, pengurus saluran astro warna

Anda Ada 60 Saat adalah sebuah program kuiz permainan yang mengetengahkan konsep permainan santai dan menarik yang memberi peluang kepada para peserta untuk memenangi wang tunai sehingga RM500,000 jika berjaya melepasi 10 permainan dengan durasi 60 saat setiap satu. Setiap peserta perlu bermain secara individu dan diberikan sejumlah tiga peluang untuk menamatkan cabaran dalam masa 60 saat.

Permainan-permainan yang dberikan sebenarnya mudah dan mampu menarik perhatian penonton kerana cabaran-cabaran yang bakal dikenakan hanya menggunakan perkakas yang digunakan seharian di rumah. Untuk memudahkan mereka, contoh-contoh cabaran boleh ditonton menerusi laman web rasmi Anda Ada 60 Saat. Menariknya, orang ramai juga dijemput untuk memuat naik rakaman video latihan cabaran-cabaran yang digunakan untuk tontonan orang ramai yang melayari laman web itu," jelas Nizam lagi

Nizam menambah, "Sebagai contoh cabaran Bersemuka Dengan Biskut. Dalam cabaran ini, peserta perlu menggerakkan dua keping biskut dari dahi ke mulut dengan menggunakan otot muka sahaja. Jika biskut itu jatuh, peserta boleh meletakkan semula biskut lain pada dahi dan cuba sekali lagi. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta mungkin tersingkir jika masih gagal melakukan cabaran selepas tiga kali percubaan.

Permainan-permainan yang akan disediakan dalam program ini sebenarnya amat mudah dan santai sekali. Tetapi persoalannya, mampukah anda melakukannya dalam masa 60 saat? Itulah keunikkan program ini!" tambah Nizam lagi.

Antara cabaran yang lain yang akan diberikan kepada bakal peserta pada setiap minggu seperti; Kepala Rock, Kepala Baldi, Tin Beracun, Lawan Graviti, Hantu Bungkus Pening, Bersemuka Dengan Biskut, Gantung Paku, Pantas Tangan, Menara Epal, dan Susun-Susun. Untuk melihat cara permainan cabaran-cabaran ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi Anda Ada 60 saat di www.astro.com.my/andaada60saat

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Anda Ada 60 Saat, sila datang beramai-ramai ke ujibakat yang bakal dijalankan di lokasi seperti berikut:

Lokasi
Dewan Sri Putra, Stadium Bukit Jalil

Tarikh
16 & 17 Okt, Sabtu dan Ahad

Sesi uji bakat ini terbuka warganegara Malaysia yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan berumur 18 tahun keatas. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar terkini berukuran 4R termasuk gambar profil dan paras pinggang. Peserta yang hadir juga perlu memakai pakaian yang bersesuaian sewaktu sesi uji bakat ini nanti.

Kaunter pendaftaran bagi sesi ujibakat akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Program Anda Ada 60 Saat ini akan mula bersiaran di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika pada 25 Disember 2010. Butiran lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.

Ini dia salah satu cabaran atau permainan yang akan diujibakat:

salah satu permainan yang akan diujibakat2

salah satu permainan yang akan diujibakat

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Sesi Ujibakat Anak Wayang di Shah Alam
  • Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro
  • Sebalik Tabir Ujibakat The Biggest Loser Asia
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Gambar Sekitar Ujibakat The Biggest Loser Asia Musim Kedua
  • Sertai Ujibakat Mari Menari Astro
  • Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah
  • Mogwai Wuz Hear di 8TV
  • Ujibakat BATTLEGROUND 2010 Loose Joint
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    Oh! Kembar @DianaDanielleB Dijumpai

    Posted: 13 Oct 2010 04:46 PM PDT

    NOTE: @DianaDanielleB adalah Twitter Diana Danielle

    GAMBAR DIANA DANIELLE
    AD:iPhone 3G ini mungkin menjadi milik anda.. Tak nak ke?

    Hahaha.. Sejak bila pula Diana Danielle ni ada kembar kan? Tak pernah-pernah pun Diana Danielle cakap yang dia ada kembar. Sebenarnya Diana Danielle memang takde kembar pun, kitorang saja nak bikin gempak (walaupun hakikatnya tak gempak).

    Kembar yang kami maksudkan adalah seorang model Indonesia yang bernama Nadine Alexendra Dewi Ames dimana wajahnya persis Diana Danielle. Kalau 1st time nengok, mesti orang ingat dia Diana Danielle. Korang nengok sendiri gambar-gambar lucah beliau kat bawah ni.

    GAMBAR ARTIS INDONESIA YANG MENYERUPAI DIANA DANIELLE

    GAMBAR ARTIS INDONESIA YANG MENYERUPAI DIANA DANIELLE

    GAMBAR ARTIS INDONESIA YANG MENYERUPAI DIANA DANIELLE

    GAMBAR ARTIS INDONESIA YANG MENYERUPAI DIANA DANIELLE

    Macam, ada nampak persis Diana Danielle tak?

    + Thanks yiedpozi

    Psstt: Sengal giler pesalah trafik ni

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    Sharifah Aini Pakai Tudung Kerana Sakit Gigi, Gusi Bengkak

    Posted: 13 Oct 2010 10:00 AM PDT

    Fuh, ingatkan pakai tudung kerana usia sudah lanjut, tanda-tanda keinsafan sudah muncul, rupa-rupa'nya Sharifah Aini atau lebih dikenali sebagai Kak Pah menyatakan alasan sakit gigi & gusi bengkak.

    Ketika majlis amal Malam Juitaku Sayang berlangsung, wartawan bertanya sama ada beliau sudah bersedia memakai tudung, Kak Pah menjawab, "Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadi macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung). Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa."

    Pandai menjawab, penuh dengan nilai-nilai keagamaan serta tidak hipokrit terhadap orang luar. Namun, tuntutan agama tetap satu tuntutan. Kami pun bukan'lah arif tentang agama , tapi kalau pakai tudung pun sekadar untuk menutup kesakitan gigi, nampak sangat seperti tuntutan agama itu dipermain-mainkan sewenang-wenang'nya.

    Kepada yang pakar agama, sila'lah jawab. Kami hanya mampu mendoakan Kak Pah dibuka'kan pintu hatinya.

    Kredit berita : Murai, foto: Mangga

    Blog Widget by LinkWithin
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    (Shout Award 2010) Nora Danish, Mizz Nina Dicalonkan Dalam Kategori Hot Chick Awards

    Posted: 13 Oct 2010 09:04 AM PDT

    Sebentar tadi berlangsung'nya pengumuman calon-calon yang akan dipertandingkan dalam anugerah paling cool di Malaysia, Shout Award 2010. 15 kategori dipertandingkan, namun kami lebih tertarik dengan kategori Hot Chick Awards. Nama-nama besar & popular seperti Nora Danish, Mizz Nina, Maya Karin, Nur Fazura, Scha Al Yahya & Vanida Imran (wtf?) telah dicalonkan dalam kategori tersebut. Nice, tetapi sepatut'nya digantikan Vanida Imran dengan Fasha Sandha, teringin juga kami melihat kedua-dua musuh tradisi Nora Danish & Fasha Sandha berentap untuk anugerah ini.

    Media Prima guys, give an access of Shout Award 2010 to OHBULAN!, please…

    Sudah lama kita tidak mengundi, berdasarkan nama-nama di bawah, siapakah selebriti Hot Chick pilihan anda?

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    sumber :-

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    A.Aida Hilang Sabar, Mahu Saman Ameng

    Posted: 13 Oct 2010 08:40 PM PDT

    A.Aida bengang apabila Ameng membuat tuduhan di mahkamah kononnya dia bersama suami melakukan konspirasi menjatuhkan Ameng.

    PETALING JAYA: Produser drama Halimah Jongang, Zaidah Awang,39, atau A.Aida berhasrat untuk menyaman bekas suaminya Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail,42, kerana melakukan fitnah membuat kenyataan kononnya dia telah melakukan konspirasi untuk menjatuhkan Ameng.

    A.Aida berkata selama ini dia berdiam diri mengenai segala perbuatan Ameng dan tidak tergamak mengambil tindakan kerana mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan terhadap bekas penyanyi Kumpulan Spring itu.

    "Saya akan dedahkan segala-galanya di dalam sidang akhbar nanti. Saya sudah tidak boleh sabar lagi dengan sikap Ameng," Katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

    Akhbar pada Raba melaporkan Ameng mendakwa A.Aida dan suaminya, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Superintenden Suffian Sulaiman telah melakukan konspirasi untuk memalukannya.

    Tuduhan mengenai kes dadah yang dikenakan terhadapnya itu kata Ameng adalah bertujuan untuk memburukkan nama baiknya.

    Ameng, bekas vokalis Kumpulan Spring

    Ameng berkata demikian ketika memberi keterangan membela diri di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir atas dakwaan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak lebih RM5,000 jika sabit kesalahan.

    Sehubungan kenyataan Ameng itu, A.Aida bersama peguamnya akan mengadakan sidang akhbar tergempar di Restoran Rebung di sini, Khamis kira-kira pukul 3 petang.

    Menurut A.Aida dia mempunyai bukti termasuklah kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan daripada Ameng sehingga memaksanya membuat laporan polis pada April lalu menyebabkan Ameng ditahan.

    Ujar Aida, Ameng turut mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anak iaitu Wan Aleesya,14, dan Wan Natasha,9, dengan tidak pernah memberi nafkah kepada mereka.

    Kedua-dua anak itu berada di bawah penjagaan A.Aida.

    "Satu sen pun dia tak bagi nafkah anak... dia nak cakap banyak pula. Saya dah lama bersabar. Kali ini saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya akan dedahkan semuanya," katanya.

    Ameng dan A.Aida berkahwin pada tahun 1995 dan berpisah tujuh tahun kemudian.

    Ameng kemudian berkahwin dengan Sabariah Zakaria,40, pada tahun 2004 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Amar Haikal yang kini berusia tiga tahun.

    Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk pihak pembelaan dan pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis.

    Rosyam Belum Buat Keputusan Tukar Tajuk Pilih Kasih

    Posted: 13 Oct 2010 08:39 PM PDT

    PETALING JAYA: Pelakon dan Penerbit Eksekutif rancangan realiti Pilih Kasih, Rosyam Nor akan berbincang dengan pihak produksi dan RTM berhubung saranan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim agar tajuk rancangan itu diubah.

    Rosyam berkata, dia masih tidak dapat membuat apa-apa keputusan mengenai arahan itu kerana apa juga perubahan hendaklah dilakukan dengan persetujuan banyak pihak termasuklah pihak RTM sendiri.

    "Saya tidak dapat nak bagi apa-apa komen lagi buat masa ini kerana setiap perubahan sesuatu program itu perlulah mendapat persetujuan pihak-pihak tertentu termasuklah orang atasan di RTM sendiri," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

    Rosyam diminta mengulas saranan Rais seperti yang disiarkan Utusan Malaysia, Rabu yang mahu tajuk rancangan Pilih Kasih diubah kepada tajuk yang boleh mencerminkan matlamat rancangan agar tidak dipertikai banyak pihak.

    Pilih Kasih adalah sebuah rancangan realiti yang memaparkan keupayaan peserta untuk menyahut cabaran sebagai seorang pelakon dengan tugasan-tugasan tertentu.

    Pada musim pertama yang diperkenalkan pada tahun 2008, Iqbal Mazlan telah dipilih sebagai pemenang.

    Program yang diterbitkan syarikat produksi Suhan Movies itu pada mulanya bertujuan mencari hero dan heroin untuk filem Kasih. Menyentuh tentang sambutan uji bakat Pilih Kasih musim kedua yang telah selesai pada 10 Oktober lalu, kata Rosyam, secara keseluruhannya lebih 1,000 orang telah menghadiri uji bakat berkenaan.

    "Daripada jumlah keseluruhan peserta itu, hanya 16 orang sahaja yang akan dipilih menyertainya. Tahun lepas kami memilih 20 orang tetapi pada tahun ini dikurangkan kepada 16 orang kerana mahu memberikan lebih tumpuan kepada peserta," katanya.

    Seramai enam juri terlibat dalam proses pemilihan peserta termasuklah Rosyam Nor, Aziz M. Osman dan Erma Fatima.

    Program ini akan menemui penonton bermula 1 Disember akan datang menerusi segmen Diari Pilih Kasih yang akan bersairan pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 4.30 petang.

    Siaran langsung acara itu pula akan bermula pada hari Sabtu, 11 Disember pukul 8.30 malam dari Auditorium Besar RTM Tengku Puan Cik, Senawang, Negeri Sembilan.

    Ia akan menemui penonton menerusi RTM2.

    Lana Nordin Dengan Kerabat Brunei?

    Posted: 13 Oct 2010 08:23 PM PDT

    Gambar yang diambil daripada laman sosial facebook Lana

    PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menolak tuduhan gambar-gambar mesranya bersama seorang lelaki yang tersebar di internet baru-baru ini merupakan anak kepada pemerintah negara Brunei.

    Menurut Lana, gosip tersebut tercetus berikutan wajah lelaki tersebut dikatakan seiras dengan anak sultan Brunei.

    "Ya, dia memang anak "seseorang" tetapi bukan anak Sultan Brunai seperti didakwa di internet. Mungkin mereka lihat wajah dia ada mirip kerabat Brunei sehingga timbul gosip berkenaan," katanya yang mengakui sedang dalam proses mengenali lelaki tersebut.

    Selain itu, Lana menganggap gambar-gambar dan gosip negatif yang tersebar di laman-laman blog sebagai publisiti murahan kepadanya.

    "Saya rasa mereka sudah tidak ada kerja nak buat, ini semua adalah publisiti murahan untuk saya. Secara tidak langsung juga ia akan membuatkan orang akan benci dengan saya.

    "Tapi bagi saya, jika pembaca laman web tersebut bijak mereka akan fikir dahulu sama ada munasabah atau menganggapnya sekadar bahan hiburan semata-mata," jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

    Jelas Lana, apa yang lebih penting ialah keluarga dan rakan-rakan terdekat memahami perkara sebenar dan tidak mudah mempercayai gosip di internet.

    "Saya sering menjadi bahan gosip seperti ini, namun yang penting ialah keluarga saya memahami dan tidak mudah menyalahkan saya," katanya.

    Dalam pada itu, pelakon drama Kau dan Aku ini baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana demam dan jangkitan pada air kencing.

    "Minggu lepas saya ditahan di hospital dan baru sahaja dibenarkan pulang. Pada mulanya demam dan sukar untuk membuang air kecil.

    "Selepas ke hospital, doktor tahan saya untuk buat pemeriksaan lanjut. Doktor nasihatkan agar banyakkan minum air dan jaga pemakanan," ujarnya yang sedang berehat daripada sebarang aktiviti seni.

    Shah (X-Factor) Nikah 30 Oktober Ini

    Posted: 13 Oct 2010 08:23 PM PDT

    Shah (kiri) bersama anggota kumpulan X-Factor ketika zaman kegemilangan mereka

    PETALING JAYA: Salah seorang bekas anggota kumpulan X-Factor, Irwan Shah Azhar atau lebih dikenali sebagai Shah bakal mengakhiri zaman bujang dengan gadis pilihan hati pada 30 Oktober ini pada pukul 8 malam.

    Lelaki berusia 32 tahun ini sudah mengikat tali pertunangan dengan Sharifah Fairuz Syed Badrul Hisham, 24, pada 29 November tahun lalu selepas mereka pulang dari Australia.

    Sambil menyifatkan Sharifah Fairuz atau panggilan manja sebagai Wish seorang yang penyabar, Shah juga mengakui, tahun ini merupakan masa yang tepat baginya untuk mendirikan rumah tangga.

    "Kami sudah berkenalan lama sejak tahun 2000 ketika itu saya mengadakan persembahan bersama X-Factor di Johor Baru. Dia bukanlah peminat saya, kami bertembung secara tidak sengaja.

    "Semasa kali pertama jumpa kami tidak pernah terfikir untuk mempunyai sebarang hubungan namun selepas lapan tahun kami berjumpa semula barulah kami bertukar nombor telefon," katanya.

    Tambah Shah, selepas pertemuan tersebut mereka mula menjalinkan hubungan cinta. Wish melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di Australia, manakala Shah pula dihantar bekerja sebagai chef di salah sebuah restoran di negara itu oleh majikannya.

    "Kami berada di sana selama dua tahun setengah. Selepas dia habis belajar dan kontrak saya tamat, kami terus balik ke Malaysia dan ketika itu keluarga merancang untuk mengikat tali pertunangan.

    "Pada asalnya kami ingin bernikah di sana tetapi atas permintaan keluarga, kami akur untuk buat majlis di sini," katanya yang merancang untuk berbulan madu di pulau Maldives.

    Irwan Shah Azhar

    Menurut Shah persiapan perkahwinan sudah hampir siap. Dia sekarang sibuk mengedarkan kad jemputan perkahwinannya kepada saudara mara dan sahabat handai.

    "Dari segi persiapan kami buat semuanya secara bersama, sejak dari Julai lalu. Wish yang paling sibuk sebab dia belum bekerja secara tetap lagi jadi dia mempunyai banyak masa untuk uruskan hal-hal perkahwinan kami," ujar Shah yang kini menguruskan peniagaan restoran Mama Flavor milik keluarganya.

    Dalam pada itu Shah memberitahu perancangannya selepas berumah tangga adalah untuk membuka perniagaan kosmetik dan makanan.

    "Sekarang saya dalam proses untuk mengeluarkan produk penjagaan diri dan kosmetik untuk lelaki dan perempuan.

    "Semua bahan-bahan untuk menghasilkan produk itu sudah didapati cuma masih dalam peringkat uji kaji.

    "Jenamanya pun masih belum diputuskan lagi. Insya-Allah tahun depan produk itu akan dikeluarkan.

    "Saya juga merancang untuk membuka sebuah restoran Melayu di Australia, sekarang masih lagi dalam perbincangan dengan keluarga," katanya.

    Majlis resepsi pernikahan di rumah pengantin perempuan akan diadakan pada 31 Oktober di Long Chik, Johor Baru, manakala majlis di rumah lelaki pula pada 21 November akan datang di Keramat, Kuala Lumpur.

    Rumah Paris Hilton Diceroboh Lagi

    Posted: 13 Oct 2010 08:22 PM PDT

    SELEBRITI Amerika Syarikat, Paris Hilton (gambar) berasa tajut selepas seorang lelaki asing menceroboh rumahnya secara diam-diam.

    Dia lebih trauma apabila mengenangkan dalam tempoh tiga bulan sudah dua kali rumahnya dimasuki lelaki asing.

    Insiden pertama berlaku pada akhir Ogos lalu. Saat itu seorang lelaki bersama sebilah pisau memasuki rumah Paris di kawasan Mulholland Estates, Beverly Hills, Los Angeles.

    Penceroboh itu berusaha memasuki rumah tersebut dengan mencungkil tingkap. Bagaimanapun, tindakannya itu berjaya dikesan.

    Pada Selasa lalu, kejadian serupa nyaris berulang. Kali ini lelaki tersebut berusaha memecah masuk melalui salah satu pintu di rumah Paris.

    Menurut Reuters, Rabu, ketika ditangkap oleh pihak berkuasa, sedikit pergaduhan kecil berlaku. Namun akhirnya ia berjaya dileraikan.

    Rossa Belum Mahu Kahwin Waktu Terdekat

    Posted: 13 Oct 2010 08:21 PM PDT

    JAKARTA: Setelah bercerai dengan ahli kumpulan Padi, Yoyo, penyanyi Rossa mengakui sudah mempunyai kekasih dan kini berusaha mencari sebuah keluarga yang sempurna.

    Kata Rossa, sebagai seorang perempuan, dia perlukan tempat bergantung dan memiliki kehidupan keluarga bahagia.

    Walaupun sudah mempunyai perancangan ke arah itu tapi Rossa juga menafikan ia akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

    "Ya, saya sudah bertemu dengan orang yang boleh berkongsi masalah dan hidup bersama saya dan keluarga. Namun begitu untuk bernikah sekali lagi bukan sesuatu yang mudah.

    "Jika akan berlaku sekalipun ia bukalah dalam waktu ini," katanya.

    Dalam pada itu, Rossa tidak mahu soal kehidupan peribadinya dibesar-besarkan melebihi kerjaya sebagai penyanyi.

    "Saya tidak mahu soal peribadi saya menjadi perkara pertama. Saya tidak mahu ia akan menjadikan hal ini sebagai beban. Pada saya apa yang saya jalani sekarang saya nikmati dengan baik," ujarnya seperti dipetik Vivanews.

    Tambah Rossa, apa juga keputusan masa depannya adalah demi masa depan anaknya. Dia mahu kehidupan anaknya tidak menghadapi masalah pada masa akan datang.

    Perkahwinan Christina Aguilera Bermasalah

    Posted: 13 Oct 2010 08:20 PM PDT

    Pasangan ini dikatakan bakal mengakhiri hubungan mereka dengan penceraian

    PASANGAN selebriti Chirstina Aguilera dan Jordan Bratman dikhabarkan sedang berhadapan dengan masalah rumah tangga.

    Menurut sumber terdekat, pasangan yang sering dikatakan romantis itu menjalani hidup secara berasingan.

    Namun kedua-dua mereka masih belum mengumumkan tentang penceraian mereka. Tiada sebarang sebab yang pasti menjadi punca keretakkan hubungan itu.

    "Tidak ada masalah besar yang terjadi dalam hubungan mereka. Sejak beberapa bulan ini mereka hidup secara berasingan namun mereka masih belum memberitahu tentang rancangan untuk bercerai," ujar sumber yang dipetik dari Usmagazine.

    Pasangan yang berkahwin pada 2005 itu dikatakan enggan bercerai demi kebaikan dan masa depan anak mereka, Max yang kini berusia 2 tahun.

    Menurut sumber lagi, mereka masih berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan terutamanya Aguilera yang sering merancang percutian bersama keluarga.

    Dia juga memberitahu ingin memberi perhatian dan menjadi ibu yang baik kepada Max.

    Dia bukan anak Sultan Brunei

    Posted: 13 Oct 2010 08:18 PM PDT



    Sejak kemunculannya dalam arena seni, nama Lana Nordin sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Paling sensasi apabila dirinya dilabelkan sebagai Pamela Anderson Malaysia. Sejak itu timbul pelbagai spekulasi yang kurang senang menerjah dirinya seperti ada yang tidak suka dengan kehadirannya.

    Namun, bagi Lana Nordin atau lebih mesra dengan panggilan Lana, segala kontroversi itu sedikit pun tidak memberi kesan terhadap dirinya kerana bagi anak kelahiran Sarawak itu, apa yang penting dia tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain.

    Terkini, gambar Lana bersama seorang lelaki yang dikatakan anak kepada Sultan Brunei, tersebar luas di internet dan menjadi perbualan hangat masyarakat.

    Lana ketika dihubungi Sinar Harian semalam agak terkejut dengan penyebaran gambar tersebut. Lana turut menafikan lelaki di dalam gambar tersebut adalah anak kepada Sultan Brunei seperti yang dihebahkan.

    "Saya akui gambar itu memang gambar saya. Tetapi lelaki tersebut bukanlah anak Sultan Brunei seperti dakwaan beberapa pihak. Saya tak tahu bagaimana gambar kami boleh tersebar di internet.

    "Lelaki itu adalah rakan bisnes saya. Semasa gambar itu di ambil, bukan kami berdua sahaja, tetapi ada ramai lagi kawan-kawan lain dan saya agak terkejut apabila ada dakwaan mengatakan dia adalah anak raja.

    "Harap-harap dengan kenyataan ini, tidak akan ada lagi timbul salah faham mengenai gambar dan status dirinya," katanya.

    Melalui gambar yang tersebar, kelihatan Lana amat mesra dengan lelaki tersebut dan boleh dikatakan mereka berdua seperti pasangan bercinta.

    "Kami tidak bercinta. Kami hanya kawan biasa dan paling tepat dia adalah rakan bisnes saya. Kalau boleh saya tidak mahu bercerita mengenainya kerana saya perlu hormat privasinya. Sudah hampir setahun kami berkenalan dan kami lebih tertumpu kepada perniagaan kami.

    "Persahabatan kami adalah di atas tiket bisnes. Setakat ini, kami senang bekerjasama kerana kami memahami antara satu sama lain.

    "Insya-Allah kami akan terus bekerjasama untuk projek-projek lain pula selepas ini. Saya memang senang dengannya," kata pelakon filem Gentayangan ini.

    Menurutnya lagi, buat masa ini, dia tidak mahu memikirkan soal kahwin kerana mahu menumpukan perhatian kepada bisnesnya.

    "Soal jodoh ni saya serahkan kepada Yang Maha Esa. Sampai serunya saya akan berkahwin. Cuma dengan siapa sahaja belum diketahui lagi.

    " Tapi apa-apa pun saya serahkan kepada takdir," katanya.

    Mangsa lima perompak hairan

    Posted: 13 Oct 2010 08:15 PM PDT

    KUANTAN - Seorang pengurus agensi Etiqa Takaful bukan sahaja terkejut dan ketakutan malah motif rompakan lima penyamun 'pelik' yang menceroboh rumahnya di Indera Mahkota 13 di sini tengah hari kelmarin turut menimbulkan tanda tanya.

    Situasi yang dilalui mangsa, Nazila Mohd Nadzir, 46, ketika berdepan lima perompak berusia dalam lingkungan 30-an itu agak mencemaskan pada awalnya setelah dia bersama empat yang lain termasuk dua anaknya diikat kaki, tangan dan mulut selain diacukan sebilah parang.

    Perompak ganas itu bagaimanapun mula berubah sikap menjadi lebih bertimbang rasa selepas mendapat habuannya malah meminta maaf berulang kali atas tindakan mereka mengasari dan merompak keluarga wanita itu membabitkan kerugian keseluruhan kira-kira RM20,000.

    Nazila berkata, nalurinya kuat mengatakan kehadiran lima perompak yang menceroboh rumahnya pada waktu siang hari itu ada motif lain bagaimanapun dia enggan mendedahkan andaiannya itu bagi mengelak kenyataannya mengganggu siasatan pihak polis.

    Menurutnya, dia bagaimanapun bersyukur kerana dua anaknya, Lokman Hakim Ibrahim, 19, Suhaib Ubaidullah Ibrahim, 14, dan seorang rakan mereka, Muhamad Ajwad Fadzin, 17, serta pembantu rumah mereka, Dahlia, 21, yang kebetulan ada di rumah ketika kejadian selamat.

    "Di sebalik tindakan ganas mereka mengikat dan memukul saya dua beranak dengan sisi parang ketika memaksa kami menyerahkan semua barang berharga yang ada, mereka turut meminta maaf kerana terpaksa bertindak demikian sedangkan mereka mengakui sebagai orang baik-baik.

    "Suspek juga seolah-olah rasa bersalah dengan tindakan mereka mengikat tangan, kaki dan mulut kami malah berulang kali bertanya sama ada saya dan mangsa yang lain boleh bernafas atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

    Mengimbau kembali kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, Nazila yang berstatus janda anak enam berkata, ketika itu dia bersama empat yang lain itu ada di rumah sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali.

    "Suspek berpura-pura tertarik dengan keadaan rumah saya sebelum bertanyakan sama ada kediaman ini rumah contoh bagaimanapun saya dinafikan dan menjelaskan bahawa rumah ini milik saya," katanya.

    Dia berkata, perbuatan dua lelaki itu memasuki rumahnya tanpa membuka kasut menimbulkan kemarahannya lalu meminta mereka keluar dan beredar tanpa mensyaki tindakan mereka seterusnya.

    "Selepas dua lelaki itu beredar, saya minta pembantu rumah mengunci pintu dan kembali semula ke dalam bilik.

    "Bagaimanapun seorang daripada suspek rupanya menyorok di ruang tamu dan bertindak membuka kembali selak pintu sebelum empat lagi rakannya masuk," katanya.

    Dia yang terdengar pintu bilik diketuk kembali membukanya sebelum ternampak lelaki tadi tercegat di muka pintu sambil mengacukan sebilah parang manakala empat lagi lelaki lain sudah berada di depan pintu.

    Nazila berkata, seorang daripada penjenayah bersenjatakan parang masuk ke dalam bilik sebelum mengacukan senjata itu ke arahnya dan memaksa supaya menyerahkan barang kemas dan telefon bimbit.

    "Semua yang ada dalam rumah dikumpulkan dalam satu bilik sebelum kami semua diarahkan menyerahkan barang berharga masing-masing.

    "Dalam kekalutan itu, suspek bertindak memukul belakang badan Lokman Hakim dengan sisi parang sebanyak lima kali sebelum tindakan sama dilakukan ke atas saya dan seterusnya kaki dan tangan kami diikat menggunakan pengikat plastik manakala mulut ditutup dengan pita pelekat.

    Menurutnya, kerana tidak berpuas hati dengan habuan itu, penjenayah terbabit turut mengarahkannya menyerahkan kad bank bersama nombor pin sebelum konco mereka membuat pengeluaran sebanyak RM5,000 di sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah pusat membeli belah di bandar Kuantan.

    "Kami ternampak suspek melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna merah dan bercermin gelap serta berjalur putih bagaimanapun gagal mengecam nombor pendaftaran yang digunakan," katanya.

    "Saya berjaya membuka ikatan mulut seorang anak dan dia mendekati pintu menjerit meminta bantuan jiran sebelum kami semua berjaya dilepaskan," katanya yang tinggal di rumah itu sejak setahun lalu.

    Dia berkata, seorang jiran yang menyedari kejadian itu menghubungi polis kira-kira jam 1.08 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi menjalankan siasatan.

    Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian samun itu.

    "Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

    Pathmanabhan, 3 pekerja didakwa

    Posted: 13 Oct 2010 08:14 PM PDT


    PATHMANABHAN tiba di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting untuk mendengar pertuduhan membunuh Sosilawati dan tiga lelaki lain semalam.


    BANTING – Selepas genap sebulan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, peguam N. Pathmanabhan serta tiga pekerjanya dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini semalam bagi menghadapi tuduhan membunuh jutawan kosmetik tersebut dan tiga rakannya pada bulan Ramadan lalu.

    Tiga lagi tertuduh yang didakwa bersama N. Pathmanabhan, 41, ialah pekerja ladang milik peguam berkenaan iaitu T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavarayan, 30.

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia untuk Pathmanabhan dan bahasa Tamil untuk tiga yang lain.

    Kesemua tertuduh didakwa dengan empat tuduhan yang dibacakan berasingan iaitu membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.45 malam 30 Ogos lalu iaitu pada hari ke-20 Ramadan.

    Mereka berhadapan dengan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember depan untuk sebutan semula kes setelah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff yang memerlukan tempoh dua bulan bagi mendapatkan laporan kimia.

    Tertuduh mahir kendali senjata

    Posted: 13 Oct 2010 08:12 PM PDT


    AMINULRASYID


    SHAH ALAM – Seorang saksi pendakwaan ke-10 memberitahu Mahkamah Sesyen, Koperal Jenain Subi yang menghadapi tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah pada 26 April lalu merupakan seorang yang mahir menggunakan senjata api.

    Mohd. Sani Mohd. Hassan, 51, memberitahu, beliau membuat rumusan itu berdasarkan pemarkahan latihan menembak yang dijalankan pada tiga siri latihan menembak yang diadakan iaitu dua sesi pada tahun lalu dari 5 hingga 7 Oktober dan 23 hingga 30 November.

    Satu sesi lagi pada 13 hingga 15 Mac tahun ini. Semua latihan menembak itu diadakan di Lapang Sasar Jeram, Kuala Selangor dan Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor.

    "Orang kena tuduh mahir mengendalikan senjata api dan beliau ahli tembak berdasarkan markah latihan menggunakan sub-mesingan Heckler & Koch MP5 (SMGHKMP5)," katanya di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar.

    Dalam kejadian pada 26 April lalu, Aminulrasyid mati terkena tembakan semasa dia dan rakannya cuba melarikan diri daripada dikejar oleh kereta peronda polis di Jalan Tarian, Seksyen 11 di sini.

    Ekoran insiden itu, Koperal Jenain Subi, 48, daripada Unit Kereta Peronda IPD Shah Alam didakwa telah menyebabkan kematian remaja berkenaan.

    Pantau harga alat ganti Proton

    Posted: 13 Oct 2010 08:11 PM PDT


    HARGA alat ganti kenderaan di pasaran perlu dipantau bagi mengelakkan pengguna tertindas. - Gambar hiasan


    KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta memantau harga alat ganti kenderaan di negara ini termasuk produk bagi kereta nasional Proton yang dianggap mahal.

    Hamim Samuri (BN-Ledang) ketika membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 di Dewan Rakyat semalam berkata, ia penting bagi memastikan golongan miskin dan berpendapatan sederhana tidak ditindas oleh peniaga.

    Katanya, sebenarnya harga alat tersebut tidaklah mahal sangat.

    "Mereka (pembekal) jual kepada bengkel dengan harga murah, tetapi bengkel menjualkannya dengan harga mahal kerana mereka telah menetapkan harga di peringkat awal lagi.

    "Banyak peniaga menjual alat ganti kenderaan dengan harga mahal. Alat ganti yang dijual oleh Proton pun tinggi dan ini akan membebankan pengguna," katanya.

    Dua juta tikus di George Town

    Posted: 13 Oct 2010 08:10 PM PDT


    SM MOHAMED menunjukkan tikus bersaiz besar yang ditangkap serta gambar-gambar tikus yang pernah dimusnahkan di George Town semalam.


    GEORGE TOWN - Nama-nama seperti Jalan Chowrasta, Jalan Penang, Jalan Macalister dan Jalan Burmah di sini memang cukup terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong.

    Namun di sebalik populariti itu, disebabkan pengabaian kebersihan dan sikap ambil mudah segelintir golongan peniaga menyebabkan lokasi tersebut kini menjadi antara tempat pembiakan tikus.

    Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendakwa, dianggarkan terdapat dua juta ekor tikus di George Town iaitu melebihi jumlah penduduk di kawasan itu terutama di kawasan gerai makan serta pasar.

    Menurut beliau, perkembangan tersebut menunjukkan amalan pengurusan sisa dan kebersihan di negeri ini begitu rendah.

    Katanya, kepesatan pembangunan bandar dan perancangan penduduk yang tidak sempurna memburukkan lagi keadaan.

    Bas Ekspres Delima diserah kepada syarikat pemilik

    Posted: 13 Oct 2010 08:09 PM PDT


    ROSNAH bertanyakan sesuatu kepada Orkid Samad (kanan) mengenai keadaan anaknya, Aisyah Md. Nor di HTJ semalam.


    SEREMBAN - Badan bas Ekspres Delima yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka Ahad lalu telah diserahkan kepada Syarikat Kuala Lumpur Malacca Ekspress Sdn. Bhd. di Melaka semalam.

    Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, kenderaan itu diserah kepada syarikat berkenaan berikutan siasatan telah selesai dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan polis.

    "Kita juga telah menyerahkan sampel darah pemandu bas ekspres itu kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis," katanya di sini semalam.

    90 rumah rosak dilanda ribut

    Posted: 13 Oct 2010 08:08 PM PDT


    SUBOH menunjukkan keadaan rumahnya yang rosak akibat dilanda ribut di Felda Tenggaroh 5, Mersing semalam.


    MERSING – Sebanyak 90 rumah di Gugusan Felda Tenggaroh, dekat sini rosak teruk apabila dilanda ribut petang kelmarin. Dalam kejadian 4.20 petang itu, kebanyakan rumah berkenaan rosak di bahagian bumbung apabila diterbangkan angin kencang.

    Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ribut yang berlaku kira-kira 20 minit itu.

    Antara yang terlibat ialah 84 buah rumah peneroka di Felda Tenggaroh 5, dua buah rumah di Tenggaroh Timur 1 dan empat buah rumah Tenggaroh 7.

    Seorang mangsa di Blok 9, Felda Tenggaroh 5, Suboh Abdul Wahab, 58, berkata, angin kencang bertiup secara tiba-tiba diikuti dengan ribut menerbangkan atap rumahnya sejauh kira-kira 80 meter.

    "Sebanyak 85 keping atap di bahagian bilik tidur rumah diterbangkan angin kencang menyebabkan air hujan melimpah masuk.

    "Pada masa yang sama bekalan elektrik juga terputus, namun pihak Tenaga Nasional Berhad mengambil tindakan cepat membaik pulih bekalan," katanya.

    10 murid cedera lantai sekolah runtuh

    Posted: 13 Oct 2010 08:07 PM PDT


    Keadaan lantai bangunan SK Gunung di Alor Setar yang runtuh semalam.


    ALOR SETAR – Seramai 10 murid-murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung di sini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah lantai di bangunan satu tingkat sekolah itu runtuh sedalam tiga meter secara tiba-tiba semalam.

    Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku ketika 30 murid-murid tahun empat sedang mengikuti kelas agama di bangunan tersebut.

    Bangunan itu merupakan bangunan lama yang dibina dengan menggunakan kayu sebelum dibaik pulih pada tahun 2007.

    Seorang Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah terbabit, yang mahu dikenali sebagai Ali Ahmad 46, memberitahu, bangunan sekolah tersebut sudah wujud sejak beliau mula bersekolah di kawasan sekitar pada tahun 1971.

    "Bangunan ini memang sudah wujud lama dan asalnya diperbuat daripada kayu dan baru-baru ini saja baru dibaik pulih.

    "Namun, saya sendiri terkejut mendengar runtuhan tersebut kerana ia baru sahaja dibaik pulih," katanya.

    7 kakitangan Imigresen ditahan ISA

    Posted: 13 Oct 2010 08:07 PM PDT

    KUALA LUMPUR – Seramai sembilan orang termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kesemua sembilan individu termasuk dua warga asing itu ditahan secara berasingan sejak 10 Oktober lalu sehingga kelmarin.

    "Kita percaya mereka terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan negara khususnya aktiviti penyeludupan dengan membawa masuk dan keluar warga asing dari negara ini," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

    Difahamkan, dua daripada kakitangan Imigresen yang ditahan merupakan pegawai kanan jabatan itu termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah.

    Menurut Ismail, penahanan terhadap sembilan individu itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci sekali gus membongkar dan mengekang aktiviti sindiket terbabit.

    Peraturan kad kredit lebih ketat

    Posted: 13 Oct 2010 04:50 PM PDT


    DISARANKAN hanya dua kad kredit dipegang oleh pengguna untuk mengekang budaya boros.


    KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengguna pakai peraturan yang lebih ketat untuk mengekang kemungkinan perbelanjaan besar oleh pemilik kad kredit serta aktiviti spekulatif dalam pasaran hartanah dalam Bajet 2011.

    Menurut Kenanga Research, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka memberi tumpuan dalam menangani hutang isi rumah pada tahun depan bagi menggalakkan perbelanjaan kad kredit secara berhemah.

    Menurutnya, langkah baru sewajarnya perlu ada untuk mengehadkan bilangan kad yang boleh dimiliki selain nilai kredit setiap kad yang lebih rendah.

    "Bank pusat harus mengehadkan pengguna untuk memiliki hanya dua kad kredit daripada dua bank pilihan masing-masing dan membenarkan pengguna yang pendapatan tahunan melebihi RM24,000 memiliki kad kredit berbanding keperluan minimum sekarang sebanyak RM18,000.

    "Bank pusat juga perlu mengurangkan had perbelanjaan sebanyak 1.5 kali gaji bulanan masing-masing (sekarang 2.5-3.0 kali), ditetapkan mengikut budi bicara bank itu bagi pemohon pertama kali," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

    Bajet 2011 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini.

    Belum hamil, mengaku hamil

    Posted: 13 Oct 2010 04:48 PM PDT




    PERKAHWINAN selama setahun lebih yang dibina oleh aktres Emelda Rosmila Abdul Hamid atau Mel, 30, bersama aktor, pengacara dan pengkritik bermulut laser Adlin Aman Ramli, 38, pada 22 Mei tahun lalu nampaknya masih lagi dalam angin berbulan madu.

    Hanya hidup berdua tanpa kehadiran cahaya mata, Mel yang ditemui baru-baru ini ketika penggambaran tele filem 7 Lagu tidak dapat menyembunyikan keinginannya untuk memperoleh cahaya mata secepat mungkin.

    Namun, baru-baru ini timbul desas-desus yang mengatakan dia sedang berbadan dua kerana sekeping foto yang tersebar luas di Internet menunjukkan badannya sedikit berisi daripada biasa.

    Jawabnya: "Tidak saya belum mengandung lagi. Sebenarnya itu gambar lama yang diambil pada bulan Mac awal tahun ini ketika sambutan ulang tahun kakak saya, Emylia. Kebetulan saya pakai baju besar dan gambar itu dirakam dari posisi yang menampakkan saya seperti mengandung."


    EMELDA bahagia dengan kehidupan sebagai artis dan pelajar.


    Tambahnya, sebagai pasangan yang telah berkahwin, impian untuk mempunyai cahaya mata sendiri sentiasa hadir. Namun sehingga kini dia terpaksa akur pada takdir bahawa ia belum berpihak kepadanya lagi.

    Bagaimanapun desas-desus kehamilannya yang bertiup kencang membuatkanya menjadi tumpuan peminat dan keluarga yang bertanyakan perkhabaran tentang kehamilannya.

    "Saya nak sangat mengandung kerana umur saya pun bukannya muda lagi. Saya juga tidak mengamalkan sebarang perancang keluarga. Kalau boleh esok juga saya nak mengandung (ketawa).

    "Memang ramai orang tanya saya macam mana kandungan, puas saya nak terangkan hal yang sebenar. Sampai satu tahap sebab penat sangat nak menjawab tentang isu ini, saya mengaku sahaja saya mengandung.

    "Saya tidak kisah orang nak cakap apa, harap-harap saya benar-benar mengandung bila ramai yang cakap saya mengandung kerana cakap-cakap orang itu merupakan satu doa," katanya lagi.

    Mengaku sudah bersedia untuk bergelar ibu, Mel mengatakan hal anak semuanya diserahkan pada Allah. Mungkin kini belum masanya lagi untuk menimang cahaya mata.

    "Saya sudah bersedia untuk menjadi ibu. Walaupun belum lagi berkesempatan berasa pengalaman mengandung sejak setahun lalu, buat masa ini saya tidak pergi melakukan sebarang rawatan untuk mendapatkan anak. Tengoklah macam mana nanti.


    PENAMPILAN terbaru Emelda yang kelihatan sedikit berisi menjadikan dia sasaran kononnya sedang hamil.


    "Mungkin disebabkan saya terlalu sibuk. Rakan-rakan saya ramai yang beri pelbagai petua untuk dapat anak, termasuklah Diana Rafar yang sedang mengandung sekarang ini.

    "Buat masa ini saya cuma mengambil asid folic yang terbukti baik untuk kehamilan dan mengelak risiko keguguran. Saya malas nak fikir sangat tentang hal ini (hamil) kerana nanti saya akan tertekan, tunggu sahajalah rezeki daripada Allah," balasnya.

    Meskipun hidup berdua, kehidupannya dan suami tidak pernah sunyi kerana mempunyai ramai anak buah ditambah dengan keluarga sebelah Adlin yang sangat besar.

    "Saya tidak sunyi kerana saya ada anak-anak buah untuk saya beri kasih sayang. Saya juga tengah seronok dengan kerja yang saya lakukan sekarang ini.

    "Orang juga cakap jika terlalu sibuk dan tertekan juga menjadi punca pasangan tidak dapat anak. Mungkin selepas ini saya akan pertimbangkan untuk berehat seketika untuk memberi ruang pada diri tetapi tidak buat masa terdekat ini," katanya.

    Pelajar

    Mel yang kini menyambung pelajaran Pengajian Luar Kampus, Sarjana Muda Komunikasi Media, Universiti Utara Malaysia (UUM) masih berehat daripada segala kerja seni.

    Ini kerana dia sedang sibuk dengan peperiksaan semester pertama yang sedang berjalan.

    "Sekarang memang saya tengah sibuk dengan pelajaran dan dalam masa yang sama bekerja sebagai pelakon. Syukur kerana saya tidak perlu ke kampus utama di Sintok, Kedah, cuma dua kali seminggu saya akan menghadiri kuliah di Kuala Lumpur.


    Perkahwinan dengan Adlin Aman Ramli sejak lebih setahun lalu masih belum dikurniakan anak.


    "Suasana kelas pun seronok kerana kebanyakan pelajarnya adalah teman artis juga seperti Noh Hujan, Yok Bunkface, Zahid dan Zehra Zamri," katanya tentang pembelajaran luar kampus yang ditawarkan khas buat penggiat industri hiburan oleh UUM itu.

    Merancang untuk menghabiskan pengajiannya dalam tempoh tiga tahun, Mel mengakui agak kekok ketika memulakan kuliahnya kerana sudah lama meninggalkan zaman universiti.

    "Dulu masa saya habis belajar pada usia 21 tahun. Sekarang umur sudah 30 tahun nak belajar balik memang agak sukar untuk saya menerimanya selain terpaksa membahagikan masa antara kerja dan keluarga.

    "Penat itu memang penat, kerana saya kerja bermula awal pagi sehingga awal pagi keesokan harinya. Balik terus kena buat tugasan yang diberi pensyarah. Tetapi dalam masa yang sama saya seronok kerana semua pelajar yang masuk ke kelas saya merupakan mereka yang benar-benar serius untuk belajar," tuturnya yang mendapat sokongan penuh daripada Adlin.

    Cecilia Cheung jadi buruan

    Posted: 13 Oct 2010 04:47 PM PDT


    SAHAM Cecilia semakin tinggi selepas mempunyai dua anak bersama Nicholas.


    AKTRES Cecilia Cheung membuktikan bahawa berkahwin dan kemudian menjadi seorang ibu tiada kena mengena dengan kadar populariti yang jatuh merudum. Dalam kes isteri aktor Nicholas Tse yang baru melahirkan anak kedua mereka, Quintus, pada Mei tahun ini pula adalah sebaliknya apabila namanya menjadi rebutan agensi-agensi pengiklanan, selain para pengarah dan penerbit-penerbit filem untuk berkolaborasi dengan mereka.

    Khabarnya bayaran untuk khidmat lakonan Cecilia bertambah dua kali ganda selepas dia berkahwin.

    Bayaran yang diperoleh daripada hasil pembabitannya dalam iklan pada tahun ini sahaja sudah mencecah HKD20 juta (RM8 juta) dan ia dijangka meningkat lebih banyak selepas dia kembali aktif berlakon filem.

    Anak sulung Cecilia dan Nicolas, Lucas juga telah meraih bayaran lumayan apabila dia dan Cecilia ditawarkan oleh pengarah dan pelakon Stephen Chow untuk berlakon dalam filem, The King of Comedy 2. Lucas yang baru berusia tiga tahun itu dikatakan bakal dibayar sebanyak HKD3 kjuta (RM1.2 juta).

    Christy jadi ibu Bruce Lee

    Posted: 13 Oct 2010 04:45 PM PDT


    FIGURA jelita ini berbangga dikurniakan tiga anak perempuan.


    SINONIM dengan masyarakat Malaysia sebagai duta pusat pelangsing Marie France, aktres Christy Chung sekali lagi hadir untuk menjalankan tugas sebagai jurucakap yang dipegangnya sejak tahun 1998.

    Melancarkan rawatan terbaru pusat pelangsing tersebut, Goldluxe, Christy baru melahirkan anak ketiganya, Cayla Yen pada 8 Februari lalu.

    Menambah berat kira-kira 23 kilogram setiap kali mengandung, Christy bagaimanapun hanya menggunakan masa dua bulan untuk mendapatkan semula bentuk badan idealnya.

    "Semasa melahirkan anak pertama 12 tahun lalu, ramai orang dapat melihat betapa cepatnya saya berjaya menguruskan badan. Dengan anak ketiga ini, saya ingin membuktikan bahawa Marie France dapat membantu terutama dengan rawatan serta teknologi terbaru mereka, Goldluxe," ujar Christy kepada media tempatan.

    Berjaya mengurangkan 11 kilogram, Christy tanpa berselindung memberitahu dia tidak akan melahirkan anak lagi. Bukannya tidak menyukai kanak-kanak, Christy mahu memberikan sepenuh perhatian kepada ketiga-tiga orang anaknya, Yasmine, 12, Jayden, 2, dan Cayla, 8 bulan.

    Namun, disebabkan ketiga-tiga anaknya merupakan anak perempuan, ada yang tertanya-tanya sama ada Christy tidak mahu cuba mendapatkan anak lelaki.

    "Saya tidak kisah sama ada anak lelaki atau perempuan. Janji mereka dilahirkan sihat dan sempurna sifatnya.

    "Jika saya melahirkan seorang lagi anak, ia tidak adil bagi anak-anak saya yang lain. Lagipun, dua anak saya masih lagi kecil. Saya juga perlu meluangkan masa untuk seimbangkan karier saya. Buat masa ini, saya masih belum dapat melepaskan karier seni saya," katanya.

    Bakal bercuti bersama anaknya, Christy akan bangun seawal 6.30 pagi setiap hari untuk mengendalikan urusan keluarga. Mempunyai dua orang pengasuh untuk menjaga anaknya ketika dia sibuk dengan kerjaya, pelakon itu juga suka membawa anak-anaknya berenang.


    CHRISTY kini mahu menyelesaikan pembikinan album bersama kumpulannya, Goddes yang tertangguh selama ini.


    "Seperti ibu lain, saya suka membawa mereka berenang serta menghabiskan masa di taman. Jika saya tidak bekerja, saya akan memberi sepenuh fokus kepada mereka. Apabila saya penat bekerja di luar, saya akan berasa gembira selepas berjumpa dengan mereka," tambahnya.

    Tidak akan menghalang jika anaknya ingin menceburi dunia hiburan, Christy sendiri akan dilihat menerusi filem terbarunya, Bruce Lee, My Brother. Senyap dari dunia lakonan sejak enam tahun lalu, kali ini, dia menjayakan watak sebagai ibu kepada Bruce Lee.

    "Sudah lama saya menantikan peluang untuk menjayakan watak sebegitu. Walaupun agak mencabar tetapi memandangkan saya juga merupakan seorang ibu, ia sedikit sebanyak membantu. Sarat dengan elemen drama, watak ini menguji lakonan saya," kata Christy mengenai filem yang turut dijayakan oleh Tony Leung.

    Menetap di Beijing, China, pelakon berusia 40 tahun itu menyukai filem aksi serta romantik komedi. Selain berlakon, dia juga berusaha untuk menyiapkan albumnya bersama kumpulan Goddess yang ditubuhkan pada tahun 2006.

    "Selepas lima tahun ditubuhkan, kami masih dalam proses pembikinan album kerana dalam tiga tahun kebelakangan ini, saya sibuk dengan perihal keluarga. Jadi sekarang selepas anak saya lebih besar, saya mahu menumpukan perhatian terhadap pembikinan album ini yang sudah lama tertunggak," ujarnya yang popular dengan filem seperti God of Cooker, '97 Aces Go Places dan All's Well, Ends Well 1997.

    33 pelombong diselamatkan

    Posted: 13 Oct 2010 04:44 PM PDT


    SEORANG pelombong yang diselamatkan, Jose Ojeda mengibar bendera Chile selepas dia keluar dari kapsul penyelamat di lombong San Jose, Copiapo kelmarin.


    SAN JOSE, Chile – Operasi menyelamatkan 33 orang pelombong yang terperangkap lebih 69 hari di dalam lombong emas dan tembaga bawah tanah San Jose, Chile sedalam 621.71 meter dari dalam permukaan Bumi dimulakan lewat malam kelmarin.

    Dalam operasi menyelamat itu, seorang pelombong menjadi mangsa pertama diselamatkan dari lombong itu pada pukul 12.11 pagi waktu Chile. Menurut seorang anggota penyelamat, Manuel Gonzalez Roberto Rios, pelombong pertama yang dipilih menaiki kapsul penyelamat dari dalam tanah itu ialah Florencio Avalos Silva, 31, kerana dia dianggap mempunyai psikologi yang kuat.

    Dia memakai topeng oksigen dan peralatan biometrik bagi memantau tindak balas tubuhnya semasa berdiri di dalam kapsul penyelamat yang dihantar menerusi sebuah terowong.

    Ahli-ahli keluarganya bersorak dan membunyikan hon sebaik sahaja melihat Silva berjaya dibawa keluar dari terowong bawah tanah dengan menggunakan kapsul penyelamat itu.

    Avalos terus memeluk isterinya selepas keluar dari kapsul itu sebelum dia berbual dengan Presiden Chile, Sebastian Pinera.

    Dia yang nampak tenang kemudian dibawa untuk mendapatkan rawatan dan bantuan psikologi.

    Dalam satu situasi lain yang menakjubkan, pelombong kedua yang diselamatkan memberikan cenderahati kepada pasukan penyelamat dan Pinera.

    Pelombong kedua itu, Mario Sepulveda, 40, memeluk isterinya sebelum dia mengambil batu-batu daripada begnya dan memberinya kepada mereka yang berada di sekitar lombong itu sebagai cenderamata.

    Dia kemudian menggenggam tangan dan sama-sama menyanyikan lagu Viva Chile.

    "Sangat menakjubkan apabila mereka mampu menyelamatkan kami. Saya tidak pernah ragu-ragu bahawa kami semua dapat dikeluarkan dari lombong hidup-hidup," kata Sepulveda dalam satu temu ramah di televisyen.

    Pelombong warga Bolivia, Carlos Mamani Solis, 24, yang menjadi mangsa keempat diselamatkan dan berikrar bahawa dia tidak akan menjejakkan kakinya di dalam lombong.

    Sementara itu, pelombong termuda, Jimmy Alejandro Sanchez Lagues, 19, mempunyai cara tersendiri meraikan hari bersejarah itu.

    Dia mengibarkan bendera pasukan bola sepak kesukaannya, Universidad de Chile sebaik sahaja dia dikeluarkan daripada kapsul penyelamat yang diberi nama Phoenix 2 itu.

    Operasi menyelamat turut diberhentikan buat seketika apabila kapsul penyelamat itu perlu dibaiki selepas mengalami sedikit kerosakan akibat geseran.

    Pasukan penyelamat diberi masa selama 48 jam untuk menyempurnakan operasi menyelamat.

    Penggodam paling seksi

    Posted: 13 Oct 2010 04:44 PM PDT


    KRISTINA SVECHINSKAYA


    NEW YORK - Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

    Dia dituduh menggunakan pasport palsu untuk membuka banyak akaun bagi tujuan memasukkan wang yang dicuri daripada pelanggan-pelanggan bank.

    Polis percaya, Svechinskaya direkrut untuk menjadi penggubah wang haram oleh satu kumpulan penjenayah berteknologi tinggi.

    Kumpulan penjenayah itu menggunakan virus Zeus Trojan untuk menggodam akaun-akaun bank sebelum mencuri nombor akaun, nama pengguna dan kata laluan.

    Dia merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang dituduh bersubahat dengan kumpulan penjenayah terbabit setelah para penyiasat menahan 37 suspek dari Eropah Timur.

    Wang yang dicuri itu dimasukkan ke dalam bank akaun palsu di Amerika Syarikat (AS) oleh individu seperti Svechinskaya yang dikatakan menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada keuntungan tersebut.

    Svechinskaya dituduh membuka sekurang-kurangnya lima akaun dengan menggunakan nama sendiri dan nama samaran seperti Anastasia Opokina serta Svetlana Makarova.

    Dia berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun atas tuduhan konspirasi menipu bank dan menyalahgunakan pasport.

    Presiden Iran lawat Lebanon

    Posted: 13 Oct 2010 04:43 PM PDT


    MAHMOUD Ahmadinejad melambaikan tangan dari bumbung sebuah kereta semasa beliau tiba di Beirut, Lebanon semalam.


    BEIRUT - Beribu-ribu rakyat Lebanon menyambut ketibaan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di bandar Beirut semalam. Sebahagian daripada penduduk itu membaling bunga ke arah konvoi Presiden itu.

    Mahmoud melakukan lawatan itu ke Lebanon semasa ketegangan memuncak di antara pergerakan Hezbollah yang disokong Iran dengan parti yang disokong negara-negara Barat dalam pentadbiran negara berkenaan.

    Krisis yang semakin memuncak itu meningkatkan kebimbangan mengenai nasib Kabinet campuran yang ditubuhkan menerusi kerjasama antara Hezbollah dan parti yang disokong negara-negara Barat.

    Presiden Iran itu tersenyum semasa beliau melambaikan tangan ke arah orang ramai dari bumbung sebuah kereta yang dikawal sekumpulan anggota-anggota pasukan keselamatan.

    "Mahmoud telah banyak membantu Lebanon. Kami berada di sini untuk mengucapkan terima kasih," kata seorang pelajar jurusan kejuteraan, Fatimah Mazen yang berusia 18 tahun.

    "Beliau tidak menguasai Lebanon. Setiap orang mempunyai pemikiran dan boleh berfikir. Kami berada di sini untuk bersama dengannya pada waktu sukar (perbalahan politik di Lebanon," tambahnya.

    Kebanyakan majlis sambutan ketibaan Mahmoud dianjurkan oleh Hezbollah.

    Kanak-kanak 3 tahun seberat 63.50kg

    Posted: 13 Oct 2010 04:42 PM PDT


    XIAO HAO (kiri) memiliki berat badan 63.50 kilogram walaupun baru berumur tiga tahun di bandar Guangzhou, selatan China.


    BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Xiao Hao dilarang memasuki beberapa pusat jagaan kanak-kanak kerana berat badannya 63.50 kilogram (kg) yang membolehkan dia membuli rakan-rakannya, lapor sebuah akhbar semalam.

    Ibunya Xiao Lin dari bandar Guangzhou, selatan China kini merayu doktor supaya membantu mengurangkan berat badannya.

    "Saya membawanya berenang bagi tujuan senaman tetapi amat sukar untuk mencari pakaian renang yang sesuai buatnya," kata ibunya.

    Beberapa doktor menyatakan kanak-kanak itu mungkin mengalami gangguan pertumbuhan hormon.

    Purata berat kanak-kanak seusia dengannya ialah 12.70kg.

    Seorang doktor dari sebuah hospital kanak-kanak Guangdong, Lu Hong berkata, kanak-kanak itu bukan sahaja berat berlebihan tetapi amat tinggi.

    "Dia (kanak-kanak itu) tidak sepatutnya berada dalam keadaan sebegini kerana jantungnya tidak mampu untuk menanggung berat badannya," kata Hong.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS