Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Apa Ada Pada Drama Tahajjud Cinta

Posted: 29 Jun 2011 06:28 PM PDT

APA ADA PADA TAHAJJUD CINTA?
JIWA YANG DIHUKUM, TERKABULKAH NAFSU?

"Aku Mahu Menjadi Pejuang Yang Menjunjung Tinggi Kemanusiaan Dan Peradaban Serta Penghormatan Terhadap Agamaku"

Ketaatan dan cinta kepada agama mampu mendorong seseorang melakukan perkara-perkara murni apatah lagi untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Berbekalkan naluri, cita-cita dan semangat perjuangan harmoni, tiada sempadan dan halangan yang tidak dapat direntasi mahu pun tentangan atau dugaan. Berlainan pula bagi cinta, yang berupaya mengubah mana-mana insan atau pegangan apabila ia dimanipulasikan oleh nafsu dan tipu daya. Mampukah dua orang wanita solehah menempuh onak dan duri di sebalik hasrat murni kedua-dua ibubapa mereka?

Tahajjud Cinta

Menyusuli "Keranamu Laila", slot ZEHRA bakal menayangkan sebuah lagi siri drama menyentuh hati, TAHAJJUD CINTA lakonan hebat Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Fazreen,Tiz Zakiah, Aaron Aziz, Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin, Norish Karman, Neelofa, Dato' Ahmad Tamimi, Eirma Fatima, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila mulai 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di slot Zehra.

Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan diterajui oleh Eirma Fatima sebagai pengarah dan penulis skrip, TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan jawapan tersirat di dalam TAHAJJUD CINTA yang menggabungkan 19 pelakon berbakat di slot Zehra, sebanyak 13 episod, bakal menemui penonton bermula pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, hanya di TV3.

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta

Fazura Jaszle

Fazura Jaszle

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sairah di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta
  • Video Ucapan Siti Nurhaliza di Pelancaran Tahajjud Cinta
  • Video Dato' Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Asma Ul Husna di Studio
  • Video Sekitar Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta
  • Gambar Cover Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Video Klip Ku Percaya Ada Cinta Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Fasha Sandha dan Kerusi Rehat di Lokasi Drama Kontrak Cinta
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Drama Nora Elena Catat Sejarah

    Posted: 29 Jun 2011 03:52 AM PDT

    NORA ELENA CATAT SEJARAH CECAH REKOD TERTINGGI!
    1.75 juta hits video di portal Tonton

    29hb Jun 2011 – Drama bersiri tempatan yang menjadi bualan ramai sehingga kini, "Nora Elena' ke udara di slot Akasia TV3 bermula 9 Mei – 16 Jun 2011. Drama yang diadaptasi daripada novel terkenal berjudul "Kasih Yang Suci" menampilkan lakonan hebat Siti Saleha, Aaron Aziz, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.

    Mengimbas zaman lampau 10 tahun lalu, Nora Elena (Siti Saleha) yang ketika itu berumur 15 tahun telah dirogol semasa berbasikal pulang ke rumah dari sekolah. Dan kini, Nora menjalani kehidupan bahagia di bandar serta bakal berkahwin dengan Idham (Zul Ariffin). Tetapi semua keadaan mula berubah dengan kehadiran Seth Tan (Aaron Aziz) dalam hidup Nora.

    Nora Elena telah mencatatkan lebih daripada 1.75 juta hits video di portal Tonton sehingga kini dan semakin meningkat. Malah, TV3 dan Tonton turut menawarkan peluang eksklusif kepada penonton untuk mendekati Erry Putra dan Aaron Aziz melalui siaran langsung Star Chat secara online pada 15hb dan 16hb Jun 2011 yang lalu. Seramai 2,925 pelayar online menyertai sesi Star Chat bersama Aaron Aziz (3-4ptg), menjadikan sesi Live Chat berkenaan hits paling tinggi dalam sejarah Alt Media. Malahan, hits video streaming untuk Live Chat berkenaan telah berjaya menduduki tangga ke-4 tertinggi dunia di platform USTREAM dengan rekod sebanyak 24,984 penonton ketika sesi tersebut.

    Di atas populariti dan sambutan tinggi penonton, TV3 dan Tonton menganjurkan parti online khas untuk para peminat drama bersiri ini di "PARTI TONTON NORA ELENA" (http://live.tonton.com.my/noraelena/) yang menawarkan pengalaman hebat menonton 4 episod akhir serta kandungan eksklusif bloopers, rakaman di sebalik tabir, babak penuh tanpa suntingan dan banyak lagi. Para peminat juga boleh berinteraksi sesama mereka melalui pautan laman sosial Facebook dan Twitter di laman web! Dalam masa 7 hari sahaja (13 – 19 Jun 2011), laman web ini telah mencecah angka hits sejumlah 438,382 paparan halaman dan 492,512 hits video.

    Nora Elena turut mencecah hits penonton tertinggi pada 16hb Jun 2011 bersempena episod terakhir tayangan drama bersiri popular ini. Portal web TV3, www.tv3.com.my mencatatkan rekod paling tinggi iaitu sebanyak 295,309 paparan halaman yang melayari portal ini dengan sejumlah hits 116,311 pelayar disumbangkan menerusi laman web khas Parti Tonton Nora Elena. Drama bersiri ini turut menyumbang kepada hits harian tertinggi Tonton yang mencecah 444,853 paparan halaman.

    Sekiranya anda terlepas menyaksikan mana-mana episod atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang drama kesukaan ramai ini, kesemua 24 episod Nora Elena kini boleh ditonton di www.tonton.com.my secara PERCUMA!

    Apa yang PANAS di Tonton?
    Berikut tayangan hebat yang wajib ditonton!
    1. Juvana (TV3)
    2. Dewa Cintaku (TV3) – menampilkan Fasha Sandha
    3. Stanza Cinta (TV3) – menampilkan Aaron Aziz
    4. Ana Lu'lu (TV3)
    5. Cita & Cinta (TV9)
    6. Bait Cinta (TV9)
    7. Destiny In Her Hands (ntv7)
    8. Coffee Prince (ntv7)
    9. Showdown 2011 (8TV)
    10. Hot Chef 2 (8TV)
    11. Full House (Istimewa)

    Apa yang TERBARU di Tonton?
    Tonton kini boleh dilayari secara mobile di m.tonton.com.my.
    • Model iOS 4 dan ke atas – iPhone, iPad
    • Model Android 2.2 dan ke atas – Telefon pintar dan Tablet
    *Akan datang – Untuk model Blackberry dan peranti mobiliti Windows

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Nora Elena
  • Siti Saleha & Remy Ishak di Roadshow Enchanteur Paris & Dashing
  • Sinopsis & Gambar dari Drama Nora Elena
  • Jawapan Trivia: Perut Berisi Nora Danish
  • Nora Danish Namakan Anaknya Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli
  • Gambar Nora Danish Bertudung
  • Gambar Mesra Nora Danish & Shahrul Tersebar
  • Gambar Anak Nora Danish
  • Jangan Pandang Belakang: Filem Paling Meletop 2007
  • Pelakon Nora Danish Bersalin Dapat Anak Lelaki
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    Gambar Baby Girl Aida (Gadis Melayu) & Saiful Nizam

    Posted: 29 Jun 2011 08:43 PM PDT

    GAMBAR ANAK AIDA GADIS MELAYU DAN SAIFUL NIZAM

    Terlebih dahulu, tahniah kami ucapkan kepada Aida (Gadis Melayu) dan suami, Saiful Nizam kerana selamat menimang cahaya mata pertama dan kini sudah bergelar ibu dan ayah. Ini kerana, Aida telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada pagi kelmarin (Rabu – 29 Jun '11) sekitar jam 11 pagi. Tahniah sekali lagi.

    Meh tengok gambar baby girl Aida dan Saiful kat bawah ni.

    GAMBAR ANAK AIDA GADIS MELAYU DAN SAIFUL NIZAM

    P/s: Klik sini kalau nak menang iPad2, kamera DSLR Canon dan HTC Desire.

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Wardina Mahu Saman Laman Blog

    Posted: 29 Jun 2011 06:48 PM PDT

    GAMBAR WARDINA BERTUDUNG MAHU SAMAN LAMAN BLOG

    Terkejut juga bila dapat tahu yang Wardina nak saman laman blog. Tapi selepas meneliti apa yang dimaksudkan, lapang rasanya dada ini kerana laman blog yang mahu disaman oleh Wardina tu adalah laman blog yang mengaitkannya dengan perhimpunan BERSIH dan menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Bak kata Wardina, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman blog sekiranya artikel yang mendakwa dia menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyokong perhimpunan BERSIH tidak dikeluarkan. Jadi, kepada penulis blog yang menulis perkara tersebut, you know what to do.

    Adalah tidak benar mengatakan saya terbabit dengan parti itu. Saya ingin memberi penjelasan atas salah faham dan kekeliruan yang disiarkan dalam beberapa blog.

    Wardina turut menjelaskan yang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat pada 26 Jun lalu di Desa Mentari itu adalah sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan dan dia langsung tidak tahu yang majlis tersebut akan dihadiri oleh Azmin Ali (pemimpin PKR merangkap abang kepada Azwan Ali).

    Kehadiran saya di Karnival Mesra Rakyat 26 Jun lalu di Desa Mentari adalah sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan. Saya tidak diberitahu penganjur bahawa (Mohamad) Azmin Ali akan hadir sama.

    P/s: iPad2, kamera DSLR Canon dan HTC Desire untuk dimenangi. Jom join!

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    (Gambar) Fazura & Neelofa Bertudung Dalam Tahajjud Cinta.

    Posted: 29 Jun 2011 10:58 PM PDT

    Tahajjud Cinta, sebuah lagi drama wajib tonton yang bakal membuatkan anda mengalirkan air mata dengan perjuangan mereka mengenai isu-isu agama. Drama yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Erma Fatima bakal ke udara pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, di TV3.

    Ada cerita panas mengenai kedua-dua artis ini. Menurut Gua Malaysia, terdapatnya khabar angin kononnya kedua-dua selebriti ini bergaduh gara-gara VVIP. Namun, khabar angin tersebut telah disangkalkan oleh Neelofa.

    "Saya tak boleh nak bagi penjelasan banyak tentang isu ini. Saya tidak ada masalah dengan Fazura atau sesiapapun. Orang hanya mengada-adakan cerita tersebut kerana perkara itu tak jadi pun.

    "Kami ada bertemu di set beberapa kali, namun kami tidak ada babak yang sama. Kami berdua hanya buat hal masing-masing. Memang tak ada pergaduhan berlaku dan memang tidak jadi langsung benda itu. Sudah tentu saya tidak akan biarkan perkara tersebut berlaku dan saya pasti Fazura juga begitu. Bagi saya, dia seorang yang profesional," jelas Neelofa.

    Penjelasan tersebut sudah cukup untuk menutup cerita-cerita kurang enak mengenai mereka berdua. Apa pun, enjoice gambar Neelofa & Fazura bertudung dalam drama Tahajjud Cinta.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Amir AF9 Pernah Bertengkar Dengan Guru.

    Posted: 29 Jun 2011 10:19 PM PDT

    Kehidupan Amir AF9 (Twitter: @amirjahari) memang penuh dengan pancaroba, apatah lagi dia keseorangan di tanah semenanjung. Demi cintanya kepada bidang muzik & nyanyian, dia berkeras hati untuk membawa diri ke Kuala Lumpur & menyambung pelajaran di Aswara. Itulah serba sedikit pengenalan untuk individu bernama, Amir Jahari.

    Penglibatannya dalam Akademi Fantasia 9 (AF9) tempoh hari memang ditakdirkan tuhan. Anak Serawak ini berkata, pada mulanya dia hanya menemani abang angkatnya ke ujibakat AF9. Masing-masing mencuba nasib, namun dia tidak menyangka dirinya terpilih untuk melangkah kaki sebagai pelajar AF9.

    "AF9 merupakan pengalaman baru kerana ia seperti satu permainan yang ditonjolkan dalam rancangan realiti. Pertama kali, saya perlu berdrama, bermain dengan emosi penonton. Disitu juga saya tahu siapakah yang drama queen, & siapakah yang benar-benar jujur," kata Amir berkongsikan cerita 'dalam' AF9.

    Apabila ditanyakan kehidupannya ketika zaman sekolah, Amir mengakui bahawa dia pernah bertengkar dengan guru gara-gara tidak kesefahaman dengan sesuatu perkara.

    "Saya mula belajar muzik bermula tingkatan 3, dan amat komited memasuki pertandingan peringkat sekolah. Ketika itu, saya memasuki pasukan koir & dilantik sebagai ketua. Nak dijadikan cerita, guru kebudayaan mengarahkan kami menyanyi koir tanpa sebarang layer-layer suara yang selalu kita lihat. Saya tak setuju sebab setahu saya koir ada harmoni, ada suara tinggi & rendah. Baru lebih mantap.

    "Kami bertengkar. Dan saya agak terkilan kerana guru berkenaan berkata yang saya akan gagal SPM pada tahun tersebut," kata Amir yang menyuarakan rasa kesal atas insiden tersebut.

    "Selepas tamat sekolah, saya belajar busking & bermain di khayalak ramai. Ketika itu, baru saya sedar bahawa bidang nyanyian bukan untuk kepuasan diri sendiri, sebaliknya saya perlu memberikan kepuasan kepada penonton, " jelas Amir lagi.

    Perkembangan terbaru, Amir telah keluar daripada AESB & kini bergerak bersama krew Aizat Amdan, dibawah naungan Kasi Gegar Entertainment. Amir akan mengeluarkan single terbarunya berjudul Tanpamu.

    OHBULAN! dah dengar lagunya, memang terbaik!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Rosie Huntington-Whiteley (Heroin baru Transformer) Tergilakan Prince Harry

    Posted: 29 Jun 2011 03:46 PM PDT

    The lady is waiting!

    Kalau sebelum nie Prince William menjadi buruan ramai,tapi setelah Prince William dah kawen,Prince Harry adiknya kini memang menjadi kegilaan ramai selebriti dan model..dgr kata mereka nie suka bad boyz giteww...penampilah dan cara prince Harry yang tidak skema dan agak rebel(kuat memberontak) membuatkan dia diminati ramai...ala tambah2 pulak Royalty Family kan...duit berkepuk2 oi..tak ketinggalan
    Rosie Huntington-Whiteley,turut meminati Prince Harry.

    Aktres yang menggantikan Megan Fox dalam Filem Transformer terbaru yang bakal ditayangkan esok (bestnyerr!!) memberitahu yang dia memang sejak dulu tergilakan Harry bahkan katanya dia hanya menunggu cincin dari Harry.
    "I'm waiting for my proposal. I keep writing. I think he knows how obsessed I am. Well, he does now. He's so handsome"..
    dia juga sering membayangkan berjalan dlm church berkahwin dengan Harry.

    Rosie Huntington-Whiteley sering menghantar surat-surat cinta kepada Harry sebab tue dia yakin Harry tau yang dia mencintainya dan akan melamarnya kelak...ahaha..beranganz

    Walaupun dia gilakan harry tapi aktress cantik nie skrg menjalin hubungan dengan pelakon
    Jason Statham.

    Rozita Che Wan bergambar seperti anak patung Berskirt pink

    Posted: 29 Jun 2011 03:24 PM PDT

    Rozita Che Wan nie memang laku la kat Drama-drama Tv,majalah,sesi photografi dan mcm-mcm lagi..

    Gossip pasal Rozita nie mcm-mcm dah kita dengar,yang terbaru Rozita mengaku bercinta dnegan Shahir..

    Kali nie Rozita bergambar pinky ala-ala barbie doll..comel memang comel..tapi dah nampak sikit wajah Rozita mcm dah berusia plak kat gambar nie..

    No worries ,sbb dlm Tv still nampak cun melecun...enjoyz

    Omaigod kenapa gambar nie dah mcm dolly Parton la pulak...ahaa..

    Kes Saman fitnah Lisdawati terhadap Nadia Mustafar diarahkan tarik balik

    Posted: 29 Jun 2011 03:17 PM PDT

    Pelik juga,hari tue katanya dah menang dalam kes saman Fitnah yang dikemukakan oleh Lisdawati dengan peguam Karpal singh terhadap Nadia Mustafar,dimana Nadia Mustafar diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM250,000 kepada Nisdawati..

    Tup-tup skrg nie ceritanya Mahkamah mengarahkan Lisdawati menarik balik saman tersebut.mm mana benda yang dah jatuh hukum boleh ditarik balik...oh ya,mungkin Nadia membuat rayuan semula..

    Jadi nampaknya memang bernasib baiklah Nadia Mustafar kerana akhirnya dia tak perlu membayar RM250k tue...
    Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini semalam mengarahkan pelakon Lisdawati supaya menarik balik saman fitnah terhadap aktres Nadia Mustafar kerana tuntutan itu didapati melebihi bidang kuasa mahkamah.

    Keputusan itu dibuat oleh Hakim Yong Sazali ketika pengurusan kes saman itu dengan kehadiran peguam plaintif, Lisdawati, daripada firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co. dan peguam Siti Noor Julaini Mohd. Shahar bagi pihak Nadia yang dinamakan sebagai defendan.

    Dalam writ saman yang difailkan pada 21 April tahun lalu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, menamakan Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, atau lebih dikenali sebagai Nadia Mustapha sebagai defendan.

    Mengikut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa pada sekitar Januari 2005, defendan dengan niat jahat memberi wawancara yang didakwa memfitnah dirinya kepada wartawan sebuah majalah hiburan bernama Hanif Abdul Ghani.

    Wawancara tersebut disiarkan dalam majalah Media Hiburan bertarikh 8 hingga 14 Januari 2005

    Video Romantik pra-perkahwinan- Tomok & Ayu

    Posted: 29 Jun 2011 03:09 PM PDT



    Sempat buat drama pendek,romantik yang bertajuk Save The Date..1st July 2011,iaitu jumaat nie lah adalah tarikh nikah Tomok dah Ayu...Dengar cerita derang nie dah bercinta 5 tahun..akhirnya berakhir di jinjang pelamin.. Jarak umur 5 tahun ,Tomok 26 dan Ayu 31, bukanlah penghalang untuk cinta mereka bersatu...

    Ayu nie comel orangnya ,kdg2 nampak mcm Rozita Che Wan pun ader..

    Perang Twitter dan kemarahan Fasha terhadap Iqram kerana sering lewat

    Posted: 29 Jun 2011 03:01 PM PDT

    Semenjak kebelakangan nie memang sensasi busy la sampai tak menyempat ambik tahu hal gossip semasa..maklumlah busy dengan pertukaran angin dan nak pindah dari utara ke selatan..huhu..

    Sebelum nie,memang Fasha dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan sering dtg tepat atau lebih awal dari jadual shooting..Dan Fasha juga terkenal sebagai seorang yang berani la jugak nak menegur ,marah atau laser dgn org lain..Kali nie Iqram Dinzly berbalas kenyataan dengan Fasha.Fasha bengang kerana kononnya Iqram memutar belit cerita kononnya Fasha yang meminta maaf...




    nie yang Iqram balas..malas nak panjangkan cerita nanti jadi lagi sensasi..huuhu

    Jimmy Shanley sudah jadi bapa

    Posted: 29 Jun 2011 02:52 PM PDT


    Isteri Jimmy Shanley ,Suhailah Eliani telah melahirkan seorang baby perempuan petang jam 8 malam pada 24 Jun 2011 bertempat di hospital Putra Medical Centre (PMC) Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

    Bayi comel ini dinamakan sebagai Zahrah Shanley.Sebelum nie semua sedia maklum dengan kisah pergolakan rumah tangga Jimmy,Sensasi harap lepas nie mereka akan berbaik demi anak sulung mereka..maklumlah,anak kan pengerat ikatan kekeluargaan.

    Dr Harlina mahu bersalin dalam Air??

    Posted: 29 Jun 2011 02:45 PM PDT

    Bersalin Dalam air,memang nie lah first time sensasi dengar,memandangkan Dr harlina sendiri adalah seorang doktor jadi dia lebih tahu pelbagai cara dan kaedah untuk melahirkan anak cara moden...Lepas nie bolehla korang try ushar apa itu kaedah bersalin dalam air..



    "Kaedah bersalin ini sudah menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Malah ramai yang mempraktikkan kaedah ini umpama spa yang memberi kelegaan dan ketenangan fikiran.

    "Tapi di negara ini, jarang dilakukan. Kalau ada pun, hanyalah wanita-wanita berbangsa Inggeris yang bekerja di sini," katanya yang mendapat sokongan sepenuhnya dari suami tercinta. Bertanyakan tentang jantina bayinya itu, baik Halina atau Sheikh Muszaphar, sepakat tidak mahu mengetahui perkara itu dan membiarkannya menjadi kejutan buat mereka.

    "Saya banyak bertanya kepada orang-orang tua untuk berkongsi pengalaman berkenaan penjagaan bayi dan pantang larang ibu bersalin. Malah dia juga turut membantu saya untuk menghadapi masa itu.

    "Bersusun buku panduan berkenaan bayi di rumah, sehingga mengalahkan saya pula. Malah, pantang ada masa terluang, dia akan melayari Internet hanya semata-mata untuk bayi kami," ujarnya yang bernikah dengan Angkasawan Negara itu pada 10 Oktober 2010.

    Dato Dr Sheikh Muszaphar Bakal jadi bapa bulan Julai

    Posted: 29 Jun 2011 02:33 PM PDT

    Tinggal lagi beberapa hari je lagi Datin Dr Harlina bakal melahirkan cahaya mata sulong,anak kepada angkasawan negara,siapa lagi kalau bukan Dato' SMS (Sheikh Muszaphar Syukor)

    Kedua-dua bakal ibu dan bapa nie nampak hapi jer..tapi sensasi rasa mesti dua2 rasa nervous,especially Dr.Harlina maklumlah,melahirkan anak sulong nie elalunya la yang agak susah sket...apa-apa pun kita doakan semuanya selamat .Dr Harlina nak anak perempuan manakala Dr Sheikh Muszaphar plak teringin anak lelaki.

    Tunggu kelahiran bayi bertuah nie Julai nie..Tahniah!!

    Dr Harlina kelihatan gebu,maklumlah time mengandung mestila cukup makan dan nutrien sume..lepas dah dapat baby boleh la diet balik..ehe

    Isteri Sheikh Muszaphar Hamil
    Isteri Sheikh Muszaphar Hamil

    Isteri Sheikh Muszaphar Hamil

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    aReaL&Celebrity

    sumber :-

    aReaL&Celebrity


    Shaheizy Sam Stop Berlakon Next Year ?? OHMAIGOD....!!!

    Posted: 28 Jun 2011 09:59 PM PDT

    Salam Guys, Terbaca Di mStar Online Tadi Yang Mengatakan Bahawasanya Pelakon Yang Tengah Popular Sekarang, Shaheizy Sam Bakal Berhenti Berlakon Tahun Depan.. Waa... Tak Best La Macam Nie.. Pelakon Faberet Aku Dan Nak "Cuci Tangan" Dari Bidang Lakonan Da.. Tapi, Korang Tak Payah Risau La.. Dia Stop Berlakon Untuk Tahun Hadapan Jer..


    Katenye,Motif Utama Dia Berehat Pada Tahun Hadapan Adalah Bagi Memperbaiki Mutu Lakonannya Dan Dia Akan Meluangkan Masa Berehatnya Sambil Menonton Filem Lucah Lakonannya Sendiri Dan Cuba Membuat Yang Terbaik Selepas Dia Kembali Aktif Pada Tahun 2013.. Tambahnya, Buat Masa Sekarang Ni Dia Terlalu Sibuk Menjalani Penggambaran Dan Tiada masa Untuk Berehat.. Anyways, Good Luck Sam.. Kitaorang Tak Sabor Nak Menunggu Filem Lakonan Ko Lagi... Terbaek Bro...

    Sumber Asal:

    Shaheizy Sam Rehat Berlakon Tahun Depan
    Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

    PETALING JAYA: Baru menempa populariti tahun ini, pelakon Shaheizy Sam sudah memikirkan untuk berehat daripada dunia lakonan kerana mahu melakukan persiapan untuk bergelar seorang pelakon yang lebih baik.

    Pelakon filem Ngangkung dan Kongsi ini dijangka berehat daripada dunia lakonan pada awal tahun depan.

    "Saya tidak suka mencari kelemahan dalam lakonan saya kerana sudah menjadi lumrah seseorang itu tidak akan berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan.

    "Jadi, saya memilih untuk berehat sementara daripada lakonan dan menyegarkan diri untuk meningkatkan mutu lakonan saya pada masa akan datang. Saya tidak mahu tahap lakonan saya semakin menurun akibat tidak mempunyai banyak persiapan ekoran jadual kerja yang terlalu padat," katanya selepas tayangan perdana filem Sekali Lagi…di TGV, Sunway Pyramid, di sini, Isnin lalu.


    Sam memilih untuk berehat daripada berlakon pada tahun depan.


    Jelasnya, dia tidak gemar mengkritik lakonan sendiri kerana bimbang akan kecewa jika lakonannya dalam sesebuah filem atau drama itu tidak sempurna.

    "Saya akan menonton hasil lakonan saya jika berkesempatan tetapi saya akan berhenti untuk menonton lagi jika ia menjatuhkan keyakinan saya.

    "Tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berkorban bagi mendapat yang terbaik. Saya juga bersedia untuk menghadapi pelbagai perkara suatu hari nanti kerana hidup ini ibarat roda," kata Sam lagi yang kurang rehat kerana sibuk dengan penggambaran filem Nongkrong.

    Selepas selesai filem ini, dia akan terlibat dengan penggambaran filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) terbitan Skop Production.

    "Saya juga akan melakukan kerja penerbitan menerusi syarikat sendiri selepas ini," ujarnya.

    Bercerita tentang lakonannya dalam Sekali Lagi… di samping heroinnya Lisa, Sam akui tiada masalah untuk mewujudkan keserasian dengan pelakon itu.

    "Saya mudah serasi dengan Lisa walaupun pertama kali berlakon dengannya. Mungkin sebab kami telah lama kenal sejak zaman sekolah lagi.

    "Cuma saya sedikit gementar kerana terlalu menjaga hati dia," ujarnya.

    Tambahnya lagi: "Seronoknya bekerjasama dengan pelakon filem ini termasuk Bront Palarae, kami diberi kebebasan untuk mengubah dan menambah idea dalam skrip agar lebih mencantikkan jalan ceritanya."

    P/s: Thanks To AbangLong Hazman Sebab Belanja Wa Tengok Wayang Cerita KL Gangster... Siiiialla... Hahaha....


    facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
    Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS