Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Foto : Khairul Fahmi Ditatarias Ala Japanese Rockers

Posted: 18 May 2012 03:49 AM PDT

Sebuah lagi keluaran terbaru majalah online ENF benar-benar mengujakan kami di OHBULAN HQ apabila penjaga gol terkenal, Khairul Fahmi Che Mat, atau lebih dikenali sebagai Apek telah ditatarias mirip dengan lagenda rock Jepun, X-Japan.

Ganas & garang, kami pasti ramai gadis yang mengilai Apek akan jatuh pengsan tatkala menatap foto-foto mengiurkan ini. Apa salahnya, Apek pun dah single kan?

Selain itu, antara kandungan menarik majalah ini ialah temubual eksklusif bersama Mizz Nina yang mendedahkan persediaannya untuk menimang anak. Sama ada beliau sudah bersedia atau tidak, bacalah kandungan majalah ini ya!

Aaron Aziz Mohon Maaf

Posted: 18 May 2012 03:21 AM PDT

Sebelum berangkat, Aaron Aziz dalam status beliau di Twitter telah memohon maaf kepada semua pihak sekiranya pernah menguris hati sesiapa.

"Salam Semua. Sebelum kami ke tanah suci, kami ingin meminta maaf sekiranya ada tersilap kata atau menguris hati sesiapa. Terima kasih semua atas doa-doa anda. InsyaAllah kami akan doakan semua juga.. Take care.. Heartz deep deep"

Aaron Aziz bersama isterinya dijadualkan berangkat ke tanah suci Mekah hari ini untuk mengerjakan umrah selama 12 hari sehingga penghujung bulan Mei ini. Berdasarkan rekod kami, ini merupakan kali kedua pasangan suami isteri ini mengerjakan umrah.

Semoga mereka berdua dapat menjalankan ibadah umrah dalam keadaan tenang dan sejahtera.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Adi Putra Belum Pasti Mahu Ceraikan Isteri

Posted: 18 May 2012 03:04 AM PDT

ADI PUTRA BERCERAI

Walaupun telah menfailkan permohonan untuk bercerai yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu, namun Adi Putra masih belum memutuskan samada dia mahu menceraikan isterinya, Aida Yusof ataupun sebaliknya.

Menurut Adi Putra, dia dan isteri akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini (21 Mei 2012) sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang telah dibina selama enam tahun. Seperti yang dikatakan oleh Adi Putra:-

"Pada hari itu nanti Hakim Syarie akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut."

ADI PUTRA DAN NORA DANISH
Nora Danish dan Adi Putra dalam salah satu babak Aku Terima Nikahnya

Ketika ditanya adakah Nora Danish yang pernah digandingkan bersamanya dalam drama bersiri Tentang Dhia dan dalam filem Aku Terima Nikahnya menjadi punca kepada keretakan rumah tangga'nya, Adi memberitahu bahawa tuduhan itu tidak benar sama sekali.

"Saya tahu macam-macam orang buat spekulasi tetapi ingin saya jelaskan, bukan pihak ketiga yang menjadi masalah perkahwinan saya ini,"

GAMBAR ADI PUTRA MENUNAIKAN UMRAH

Bagi yang masih belum tahu, Adi Putra baru sahaja pulang dari menunaikan Umrah pada 8 Mei lalu dan menyatakan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Psstt: Ada sesiapa nak join kami nengok filem SNOW WHITE & THE HUNTSMAN?

Related Posts with Thumbnails

Fasha Sandha Kecewa Kehamilannya Dipertikai

Posted: 18 May 2012 12:13 AM PDT

GAMBAR FASHA SANDHA HAMIL

Membaca kenyataan Fasha Sandha di Utasan Malaysia, nyata dia begitu kecewa dan sedih apabila berita gembira mengenai kehamilannya yang diwar-warkan sendiri olehnya kepada umum menerusi Facebook dan mendapat liputan meluas pula daripada media dipertikai oleh ramai pihak.

Malah ramai yang membuat spekulasi negatif mengenai kehamilan Fasha itu yang kami rasa anda sendiri tahu apa yang ingin kami nyatakan (tak sampai hati nak tulis) dan ada pihak yang mendakwa bahawa Fasha dan Jejai sudah berkahwin (lebih tepat bernikah) di luar negara sebelum ini.

Seperti kata Fasha Sandha:-

"Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?"

"Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan."

"Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu,"

Zon Artis: Sabar je lah Fasha. Kami pasti bahawa mereka yang mempertikaikan kehamilan you tu adalah mereka yang tidak suka akan you dan bagi kami, itu normal. Apa yang penting, you jaga diri dan kesihatan. Dan nak bagi tahu, suka la tengok you dalam Seindah Sakura. Comel :)

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sebalik Tabir Pembikinan Video Klip Lintasan Bintang Awanband

Posted: 18 May 2012 07:18 PM PDT

Pada tanggal 14hb Mei yang lalu, AWANBAND telah menjalani sesi penggambaran bagi klip video single kedua mereka yang berjudul Lintasan Bintang.

Pengambaran yang mengambil masa sehari suntuk ini nanti melibatkan beberapa lokasi termasuk sekitar Putrajaya dan di sekitar Cheras. Di bawah produksi My Motion Pictures, pengambaran klip video ini menampilkan Tasha Shilla, pemenang Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, tentunya sesuatu yang menarik kan?

Budiey lampirkan di bawah gambar-gambar belakang tabir pembikinan muzik video Lintasan Bintang. Untuk lirik, sila ke entri ini.

AWANBAND dianggotai oleh 5 anak muda dengan pelbagai kelebihan. Daripada penulisan lirik, penciptaan, penggubahan, sehinggalah bidang kejuruteraan bunyi, kumpulan ini mampu untuk menghasilkan sebuah syarikat produksi sendiri.

awanband

awanband

awanband

awanband

awanband

awanband

awanband

awanband

awanband

awanband

awanband

awanband

awanband

awanband

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lirik Lagu Terbaru AWANBAND Lintasan Bintang
  • Gambar Sebalik Tabir Pembikinan Video Klip Bebas The Azenders
  • Sebalik Tabir Pengambaran Video Klip Warna – Taxi
  • Saksikan Nitrus di Konsert Jom Heboh Bukit Jalil
  • Video Klip Sampai Syurga Aku Muzik Kamu Faizal Tahir
  • WAHID SENARIO DALAM TABIR HIDAYAHMU
  • Video Klip Lagu Kerek Bandi Amuk Tema Filem Karak
  • Video Lucah Ida Nerina & Fauzi di Rumah Tumpangan Sabul
  • Gambar Sekitar Pembikinan Video Klip Liyana Jasmay Ku Tak Percaya Cinta
  • Jom Download Lagu AWANBAND Sebagai Nada Dering
  • Elfira Loy Duta Terbaru Maybelline New York

    Posted: 18 May 2012 10:03 AM PDT

    Maybelline New York memilih Nurul Elfira Loy yang Muda dan Versatil Sebagai jurucakap jenama di Malaysia

    Jenama mekap No. 1 di dunia, Maybelline New York memilih aktres dan hos TV Nurul Elfira Loy sebagai jurucakap jenamanya yang terbaru di Malaysia!

    Pelantikan jurucakap jenama tersebut diumumkan hari ini dalam satu sidang media yang memperkenalkan Elfira Loy sebagai duta baru, dengan menggayakan salah satu daripada gaya yang bertema FABULOUSLY 18, direka khas oleh Maybelline New York untuk aktres muda tersebut!

    Pengurus Produk Kumpulan Maybelline New York, Pink Fong berkata yang jenama tersebut memilih aktres manis ini kerana sifatnya yang berkeyakinan dan ceria, serta kebolehannya yang versatil untuk menggayakan pelbagai rupa bagi Maybelline.

    Elfira Loy Duta Maybeline

    Ini menjadikannya jurucakap ideal untuk menampilkan sifat bertenaga, bergaya, penuh dengan daya tarikan dan dinamik jenama New York tersebut.

    Walaupun baru menceburi bidang ini, Elfira Loy telah mendapat perhatian daripada peminat-peminatnya. Memulakan kariernya dengan membintangi iklan, Elfira Loy, 18, kini sudah berpengalaman sebagai hos dan pelakon. Sebagai hos TV, Elfira Loy telah menjayakan program seperti Cuti-Cuti Famili, Berani Jadi Boss, Selamat Pagi Putera Puteri, Waktu Rehat, dan banyak lagi.

    Dia juga membintangi dan menjadi pelakon undangan bagi beberapa program televisyen seperti Cinta, Sabrina VS Sazaly, Rawan Hati Seorang Wanita, Syurgamu Ramadhan, Biar Mimpi Sampai ke Bintang, Kum Kum, Kum Kum The Series dan lain-lain. Elfira Loy lebih dikenali dengan wataknya sebagai Qalesya dalam drama hit Qalesya, yang membawa kepadanya kemenangan anugerah Pelakon Sampingan Terbaik di Anugerah Skrin 2011.

    Elfira Loy Duta Maybeline

    Bakatnya turut terserlah dalam bidang layar perak apabila Elfira Loy muncul dalam filem yang pertamanya pada tahun 2010 iaitu Damping Malam, diikuti pada tahun 2011 dengan Second Virgin. Elfira Loy juga mempunyai pengalaman dalam bidang teater dengan Alibaba pada tahun 2006, di Malaysia, New Delhi dan Iran, serta Ibu Zain dan Permata Hati pada tahun 2008.

    "Kami yakin bahawa Elfira Loy merupakan jurucakap yang sesuai buat Maybelline New York," kata Fong. "Kami gembira dapat bekerjasama dengannya kerana kami yakin bahawa Elfira Loy dengan pengaruh dan karismanya untuk mendekatkan jenama Maybelline New York dengan para pengguna kami. Bukan sahaja itu, kami turut teruja dengan pelbagai projek baru yang akan melibatkan Elfira Loy, yang semestinya bakal memperkembangkan lagi jenama kami di Malaysia."

    Akan peranannya sebagai jurucakap Maybelline New York di Malaysia, Elfira Loy bangga kerana dipilih jenama tersebut. Katanya, "Saya telah lama merupakan seorang peminat Maybelline New York semenjak mula menggunakan mekap. Saya gemar produknya serta gaya yang dibawakan oleh jenama ini. Saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Maybelline New York. Saya tidak percaya bahawa saya kini dapat bekerjasama dengan jenama yang telah lama saya gemari!"

    Sebagai sebahagian daripada program pengenalan duta baru, Maybelline New York memaparkan pelbagai rupa berbeza, bertemakan FABULOUSLY 18, yang dihasilkan untuk Elfira Loy, menggunakan beberapa produk mekap jenama tersebut. Ini membuktikan bahawa Maybelline New York sesuai buat setiap wanita, terutamanya mereka dengan sifat individual dan berani menggayakan personalitinya yang ranggi, versatil dan muda.

    Elfira Loy Duta Maybeline

    Antara gaya yang paling digemari Elfira Loy adalah gaya segar dan semula jadi, yang boleh dihasilkan dengan mudah menggunakan Maybelline New York Clear Smooth BB Stick Clear Stick. "Ia menjadikan kulit saya kelihatan hebat sambil menutup cela dan melindungi kulit saya daripada sinaran UV," kata Elfira.

    "Saya sangat menggemari Clear Smooth BB Stick Clear Stick kerana membuat saya kelihatan seperti tidak memakai sebarang mekap, dan menjadikan saya kelihatan segar sepanjang hari! Ia juga sangat mudah untuk digunakan, bagaikan 'mekap-dalam-satu'," tambahnya.

    Maybelline New York bakal mengeluarkan rencana iklan dan kempen menampilkan Elfira Loy.

    Maybe she's born with it. Maybe it's Maybelline!

    Elfira Loy Duta Maybeline

    Elfira Loy Duta Maybeline

    Elfira Loy Duta Maybeline

    Elfira Loy Duta Maybeline

    Elfira Loy Duta Maybeline

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Gambar Kakak Liyana Jasmay
  • Jawapan Trivia: Liyana Jasmay Duta Baru Maybelline New York
  • Gambar Elfira Loy di Karpet Merah ABPBH2010
  • Liyana Jasmay Rakam Lagu Aku Tak Percaya Cinta
  • Liyana Jasmay Bintangi Drama Ponti Anak Remaja
  • Senarai Pemenang Maybelline New York Simply Fabulous
  • New Lipstick Maybelline
  • Rebut Peluang Bertemu Finalis Akademi Fantasia 8
  • Maybelline New York Simply Fabulous
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Batu yang Dipungut dari Pantai Menjadi Penyebab Terbakarnya Seluar Seorang Wanita

    Posted: 18 May 2012 09:00 PM PDT


    Dua batu kecil dari pantai diduga menjadi penyebab terbakarnya seluar milik seorang wanita dari California secara tiba-tiba. Heh, batu macam mana pula ini?
    Kebakaran tersebut terjadi di daerah pantai San Clemente yang terletak di bahagian selatan California. Api yang tiba-tiba muncul dari kocek seluar mangsa menyebabkan mangsa mengalami luka bakar dari peha kanan hingga lutut. Suami wanita itu juga mengalami luka bakar di tangan setelah berusaha memadamkan api dengan tangannya.
    Yang aneh, kebakaran ini diduga disebabkan oleh dua buah batu kecil (foto cover) yang beberapa saat sebelum kejadian tersebut terjadi, diselipkan oleh puteri mangsa kedalam kocek seluar yang dipakai wanita malang ini.
    Walaupun polis baru akan mengumumkan hasil rasmi investigasinya minggu depan, investigator menduga hal ini disebabkan kerana dua batu yang bermasalah tersebut mengandung sedikit lapisan fosfor putih, yang mudah sekali terbakar jika ada sedikit percikan api atau gesekan.

    Lelaki Lapor Polis Setelah Restoran "All You Can Eat" Mengusirnya Kerana Banyak Makan

    Posted: 18 May 2012 08:45 PM PDT


    Selama ini kita fikir restoran "all you can eat" akan membiarkan kita bersantap sepuasnya hingga kenyang, tapi pada kenyataannya ternyata tidak. Paling tidak peraturan tersebut tidak berlaku untuk sebuah tempat makan di Wisconsin.
    Semua pebisnis tempat makan all you can eat pasti tahu, bahawa pelanggan yang mempunyai selera makan di atas rata-rata adalah jelek untuk bisnis. Tapi bukankah itu faktor resiko yang tetap harus diambil?
    Sebuah restoran dari Wisconsin nampaknya tidak pernah mengira jika suatu saat seseorang yang memiliki kapasiti perut seperti kobayashi bakalan datang dan menghabiskan stok makanan mereka. Tepatnya, pada kes ini, seorang lelaki melahap habis sedozen ikan goreng yang mereka sediakan. Dan sebelum lelaki tersebut sempat menambah ikan yang ke tiga belas, pekerja restoran mengusir lelaki tersebut secara halus, dengan memberikan paket berisi 8 ikan goreng untuk dibawa pulang.
    Tak terima, sang pelanggan protes dan menuduh restoran tersebut telah membuat iklan palsu. Ia melaporkan kejadian ini kepada polis dan dua hari kemudian kembali dengan membawa papan demo.

    Mantan Suami 'Dijual' Gara-gara Berselingkuh

    Posted: 18 May 2012 08:30 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan yang baru saja bercerai melakukan hal mengejutkan dengan membuang semua barang-barang mantan suaminya dari rumahnya. Demikian diberitakan Daily Mail, Jumaat (18/5/2012).
    Namun, malang bagi mantan suami, perempuan ini membuat seluruh barang-barang di taman dan sebuah tanda yang  bertuliskan,'percuma' dan 'mantan suami dijual'. Perempuan yang berasal dari Superior, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), juga mengempiskan tayar kereta sang mantan suami dan menyembur cat bertuliskan, 'tukang selingkuh' pada bahagian lain di kendaraan itu.
    Para tetangga mengatakan jika pasangan itu rasmi bercerai pada minggu ini. Akibat tumpukan barang dan kereta SUV yang diparking di jalur kendaraan, membuat sejumlah kendaraan sulit bergerak dan akhirnya polis setempat turun tangan untuk memindahkan kereta SUV.
    Polis Serjan William Lear mengaku tidak memperhatikan apa yang disemburkan perempuan yang identitinya tak diketahui itu ke kereta SUV. "Jika orang ingin mengecat kendaraan mereka, tentu saja hal itu dibolehkan," ujar Lear.

    Tersangkut di Pembuangan Limbah kerana sembunyi daripada kekasih

    Posted: 18 May 2012 08:15 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki yang cuba bersembunyi dari kekasihnya, dengan bersembunyi di dalam saluran pembuangan limbah di apartmentnya, malah tersangkut dan harus diselamatkan oleh petugas kecemasan.

    Menurut pemberitaan Ria Novosti, Jumaat (18/5/2012), lelaki berusia 32 tahun itu, memutuskan untuk 'menghilang' dari dalam apartmentnnya di Tyumen, Russia, ketika kekasihnya tiba. 

    Lelaki itu nekad, masuk ke dalam pembuangan limbah, di tingkat lima, dan bersembunyi disana.
    "Seorang saksi mata melaporkan ke layananpenyelamatan daerah bahawa ada seorang lelaki di saluran itu," ujar Elena Tretiyachenko..

    Setelah beberapa saat lelaki itu akhirnya berhasil dibebaskan, namun tidak diketahui bagaimana keadaan kesihatannya. 

    Pondan Seksi Akhirnya Tampil di Miss Universe Kanada

    Posted: 18 May 2012 08:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Peserta pondan pertama Miss Universe Kanada akhirnya tampil di pertandingan tersebut di Bluma Appel Theatre, Toronto. Demikian dilansir Daily Mail, Jumaat (18/5/2012).
    Jenna Talackova (23) adalah satu di antara 62 pesertayang berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik di acara tersebut. Talackova dari Vancouver terlahir sebagai seorang lelaki namun menjalani operasi penggantian kelamin sekitar empat tahun lalu. Ia ikut ambil bahagian dalam penampilan untuk pakaian renang dan gaun malam di depan 15 juri.
    Panel juri ini termasuk desainer Colin McAllister dan Justin Ryan dari HGTV's Home Heist, artis yang bermain di siri The Kennedy Kristin Booth, serta penyanyi Kreesha Turner. Pemenang akan diumumkan pada Sabtu, minggu ini.
    Talackova, yang menjalani operasi pada usia 19 tahun menimbulkan perdebatan pada March lalu saat ia disingkir dari kompetisi tersebut. Ia berhasil mencapai final Miss Vancouver sebelum akhirnya dia dilarang ikutserta kerana ia terlahir sebagai lelaki dan dianggap berbohong saat mengisi borang.
    Berdasarkan informasi di situs Miss Universe Kanada, perempuan harus merupakan warga Kanada dan berusia di antara 18-27 tahun. Aplikasi itu tak menyebutkan aturan terkait operasi penggantian kelamin.
    Blonde dengan tinggi 185 sentimeter mengaku mendapatkan dukungan penuh dari keluarganya dan seramai 14 anggota keluarganya Terbang ke Toronto.

    Kafe kucing pertama di Eropah

    Posted: 18 May 2012 07:45 PM PDT


    VIENNA: Ia kafe yang berlainan dengan kafe lain. Penghuninya tidak akan mengangkat jari untuk melayan tetamu, sebaliknya akan berkeliaran di dalam seolah-oleh mereka yang memiliki kawasan itu.
    Dan jangan terperanjat jika terdapat 'bulu ganjil' di dalam minuman anda.

    "Kafe kucing' pertama di Eropah dibuka di Austria awal bulan ini.


    Pelanggan menghirup teh dan kopi mereka sementara kucing yang mendiami kafe berkenaan - Sonja, Thomas, Moritz, Luca dan Momo di pangkuan mereka atau tidur di bawah kerusi.

    Takako Ishimitsu, 47, pemilik kafe berkenaan berasal dari Jepun. Kafe seumpama itu adalah perkara biasa di negara matahari terbit itu.


    Di situ, orang ramai yang ditegah memelihara haiwan di apartmen, boleh menghabiskan masa di kafe haiwan untuk bersama-sama dengan binatang kesayangan mereka.






    Dengan harga secawan cap- pucino, mereka boleh melihat dan bermain dengan haiwan itu.

    Terdapat sekurang-kurangnya 39 kafe seumpannya di Tokyo saja. Ada yang khusus tentang jenis kucing, seperti kucing hitam atau yang gemuk.


    Takako berkata, dia mahu membawa aspek budaya Jepun yang luar biasa itu ke Eropah bagi menyediakan keselesaan kepada orang ramai yang rindu untuk mendapatkan kucing peliharaan tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana masalah ruang atau ekonomi.

    Semua kucingnya diambil dari sebuah pusat perlindungan haiwan.


    Takako menghabiskan masa tiga tahun berunding dengan pegawai majlis perbandaran mengenai isu kebersihan sebelum diberi kebenaran untuk membuka Cafe Neko (Kafe Kucing dalam bahasa Jepun).


    Kafe berkenaan bukan saja mementingkan kebersihan tetapi juga menolak sebarang kehadiran anjing di dalamnya. - DM



    sumber : myMetro

    Jurujual bersalah larikan 7 kartun telur masin

    Posted: 18 May 2012 07:30 PM PDT


    BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang lelaki warga asing dipenjara enam bulan kerana mencuri 1,120 telur masin di sebuah pasar raya yang menjadi tempat kerjanya selama tujuh tahun, lapor media semalam.
    Juan Quijano Caibigan Jr memberitahu, dia mabuk ketika melarikan tujuh kartun telur masin di luar pasar raya berkenaan pada 15 Mei lalu.

    Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi itu , Caibigan Jr, 34, pergi ke pasar raya berkenaan di Bangunan D' Amin Jaya dan meminta pengawal keselamatan di situ membawakan air kepadanya untuk mencuci kereta.


    Apabila pengawal berkenaan pergi mencari air, wakil jualan itu mengangkut telur masin berkenaan ke keretanya sebelum berlalu pergi.

    Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan defendan melarikan telur berkenaan.


    Bagaimanapun, dia mendakwa lupa di mana telur itu diletakkan.



    Mahkamah diberitahu, telur itu bernilai B$315 (RM774.60) - BD


    sumber : myMetro

    Isteri baham zakar suami

    Posted: 18 May 2012 07:15 PM PDT


    COLOMBO: Seorang lelaki Sri Lanka terpaksa menjalani pembedahan selepas isterinya menggigit putus zakarnya ketika bertengkar semalam.
    Menurut doktor, Chandana Pradeep, 30, dikejarkan ke hospital luar bandar di Andapana, 180 kilometer di selatan Colombo, selepas pertengkaran dengan isterinya menjadi ganas.

    "Kira-kira tiga per empat kemaluan Chandana digigit hingga putus," katanya.


    Doktor berkata, selepas pendarahan dihentikan, Chandana dirujuk ke pakar urologi di Karapitiya untuk melihat sama ada organ itu boleh disambung semula.

    Polis berkata, pasangan terbabit bertengkar apabila Chandana berang kerana isterinya enggan memberi wang untuk membeli arak. - AFP



    sumber : myMetro

    Minta cerai kerana status dalam Facebook

    Posted: 18 May 2012 07:00 PM PDT


    AURANGABAD: Seorang wanita India menuntut cerai selepas suaminya enggan mengubah statusnya kepada berkahwin dalam laman sosial Facebook.
    Wanita berusia 28 tahun itu memfailkan tuntutannya itu di mahkamah keluarga dengan berkata, dia tidak lagi mempercayai suaminya selepas dia gagal mengumumkan perkahwinan mereka dalam laman web itu.

    Perkahwinan pasangan Telugu yang diatur oleh keluarga itu berlangsung dua bulan lalu dan kes itu difailkan di mahkamah di Aurangabad, tempat wanita itu menetap.


    Menurut akhbar Deccan Chronicle, suaminya memberitahu mahkamah, dia terlupa untuk mengemaskinikan statusnya tetapi hakim memberi kedua-dua pihak masa enam bulan untuk menjalani kaunseling.

    Bercakap kepada akhbar yang berpejabat di India itu, peguam, Subash berkata: "Saya mengetahui mengenai kes itu daripada majistret di Aurangabad.


    Si suami yang berasal dari Hyderabad memberitahu hakim bahawa dia terlalu sibuk dengan keluarganya dan perniagaan perabotnya selepas berkahwin sehingga tidak ada masa untuk membuka Facebook atau menukar statusnya.




    "Kini dia bersedia berbuat demikian malah sanggup menutup akaunnya. Bagaimanapun, wanita itu tidak berminat untuk meneruskan perkahwinan itu dan berkata, suaminya mungkin berlaku curang di belakangnya.

    Walaupun tidak banyak kes perceraian membabitkan pertukaran status hubungan, Facebook semakin kerap digunakan sebagai sumber bukti dalam kes perceraian, menurut peguam.


    Laman sosial itu disebut sebagai alasan untuk sepertiga daripada kes perceraian tahun lalu dengan tingkah laku buruk menjadi faktor, kata syarikat guaman, Divorce-Online.

    Menurutnya, terdapat peningkatan sebanyak 50 peratus dalam jumlah tuntutan cerai bersabit tingkah laku mengandungi perkataan 'Facebook' sepanjang dua tahun lalu.


    Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: "Pengguna menggunakan facebook untuk menghubungi bekas kekasih. Walaupun mulanya berniat baik, tetapi akhirnya akan mencetuskan masalah. Sekiranya ada orang yang mahu menjalinkan hubungan sulit atau main kayu tiga dengan jantina bertentangan, ia tempat paling baik." - DM



    sumber : myMetro

    Besi tembus kereta

    Posted: 18 May 2012 06:45 PM PDT


    TAIPING - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada tiga beranak yang terselamat walaupun kereta Proton Saga yang dinaiki mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya sepanjang 15 meter selepas kenderaan itu terbabas ke tepi lebuh raya.
    Semasa kejadian pada pukul 2.30 petang di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering itu, pemandu kereta, Mohd. Ali Mohd. Hussin, 33, isterinya, Roziana Abu Samah, 29, dan anak lelaki pasangan itu, Mohd. Haziq, 3, dalam perjalanan ke Petaling Jaya, Selangor.
    Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Mohd. Ali yang memandu kereta dipercayai mengantuk menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang lebuh raya.
    Kejadian itu menyebabkan, Mohd. Ali tersepit dalam kereta dipandunya dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.
    Difahamkan keluarga itu berasal dari Kulim, Kedah dan mahu ke Petaling Jaya untuk menziarahi kakak Roziana di Petaling Jaya.
    Roziana yang sedang memangku anaknya ketika kejadian berkata, sebelum terbabas kereta dipandu suaminya bergerak terhuyung-hayang.
    "Suami ketika itu juga memberitahu dia mahu berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat Changkat Jering yang terletak 10 kilometer dari tempat kejadian.
    "Bagaimanapun, sebelum sempat berhenti rehat, kereta kami terlebih dulu terlibat dalam kemalangan," katanya yang hanya cedera ringan.
    sumber : kosmo online

    ‘Tiada maaf buat lelaki itu’

    Posted: 18 May 2012 06:30 PM PDT


    TAIPING: "Saya tidak akan maafkan perbuatan keji lelaki Lombok itu kerana apa yang dilakukannya terhadap Afifah satu 'pembunuhan' dan menghancurkan hati kami sekeluarga," kata Hasliza Ismail, 45, ibu kepada remaja perempuan, Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan seorang lelaki Lombok, kira-kira tiga minggu lalu sebelum akhirnya meninggal dunia di Lombok, 6 Mei lalu.
    Menurutnya, tindakan lelaki dikenali Mohamad Yani, berusia 20-an itu ibarat sengaja membawa anaknya ke jalan maut berikutan Nur Afifah memang menghidap kencing manis kronik dan perlu mengambil suntikan insulin setiap minggu.

    "Saya sekeluarga amat sedih dan terkilan berikutan Afifah mati dalam keadaan penuh azab kerana tidak diberikan rawatan sewajarnya sejak dilarikan, kira-kira jam 11.45 malam, 18 April lalu," katanya.


    Difahamkan, Nur Afifah disahkan meninggal dunia akibat kencing manis di Rumah Sakit Bhayan Kara, Bolda, Lombok, Indonesia pada 6 Mei lalu.

    Bagaimanapun, jenazah pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Panglima, Kamunting, di sini, masih ditempatkan di bilik mayat rumah sakit itu sejak 12 hari lalu dan gagal dibawa pulang ke Malaysia hingga kini.


    Berita kematian Nur Afifah diketahui Hasliza dan suami, Mohd Zuhari Idris, 47, selepas Ketua Imigresen Taiping, Ahmad Fitri Ahmad Rabudzi memaklumkan kepada mereka pada petang, 11 Mei lalu selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima salinan sijil lahir dan MyKad milik arwah.




    Hasliza berkata, dia tidak dapat melupakan perbualan terakhir dengan Mohamad Yani yang melarikan anaknya seminggu sebelum kematian Afifah.

    "Dia menghubungi saya bertanya khabar sebelum meminta saya mengirimkan sekeping gambar saya konon bagi mengubat adik (Nur Afifah) yang demam.


    "Saya mempersoalkan tindakannya dan meminta dia segera memulangkan adik ke pangkuan kami secepat mungkin," katanya. Menurutnya, ketika itu, lelaki itu memarahinya dan enggan berbincang mengenai Nur Afifah yang dipercayai sudah dibawa keluar dari Malaysia dan berada di Lombok.

    "Pada masa sama, seorang lelaki mendakwa dukun di Lombok turut menghubungi saya dan meminta segera menghantar gambar dengan alasan jampi mantera sudah disiapkan.


    "Saya jadi kaget dan tidak percaya kerana mana mungkin adik yang sakit kritikal dapat disembuhkan dengan jampi serapah bomoh tanpa dirujuk ke hospital, malah saya tidak dibenarkan bercakap dengan adik," katanya.


    Menurutnya, kencing manis dihidapi Nur Afifah begitu serius berikutan arwah sentiasa berpeluh, sesak nafas sebelum pitam.


    "Kejadian itu sudah kerap berlaku ketika Nur Afifah membantu saya berniaga di kedai. Bagaimanapun, nyawanya sempat diselamatkan selepas segera dibawa ke Hospital Taiping.


    "Firasat buruk saya akhirnya menjadi kenyataan apabila Nur Afifah disahkan meninggal dunia hanya kira-kira tiga minggu selepas dilarikan lelaki itu," katanya.


    Katanya, kehilangan Nur Afifah amat dirasai apabila suaminya sering mengigau dan menyebut nama Nur Afifah berulang kali ketika tidur.


    "Suami pernah bermimpi Nur Afifah pulang ke rumah dan terus menuju ke dapur sebelum menjamah makanan sepuas-puasnya. Ketika itu, dia merasakan mimpi itu seolah-olah benar dan memanggil nama adik berulang kali sebelum tersedar.


    "Malah, saya turut didatangi mimpi sedih apabila adik tiba-tiba muncul tanpa berkata sepatah ayat sebelum baring dalam dakapan. Dalam mimpi itu, saya memeluk dan menciumnya sebelum cuba mencari telefon bimbit memaklumkan berita gembira kepulangannya kepada sanak-saudara," katanya.


    Menurutnya, anak bongsunya, Mohd Zulhelmi, 13, yang rapat dengan kakaknya turut mengalami mimpi sama.


    "Paling mendukacitakan apabila lelaki yang bertanggungjawab melarikan hingga menyebabkan kematiannya terus menghilangkan diri selepas kejadian. Dia gagal dihubungi termasuk oleh kakitangan Kedutaan Malaysia," katanya.


    Katanya, tindakan biadab dan tidak perikemanusiaan lelaki itu perlu menerima hukuman setimpal dengan penderitaan dialami mereka sekeluarga.


    "Saya amat berharap lelaki jahanam itu dibawa pulang ke Malaysia dan dihukum seberat mungkin. Itu harga atas apa yang dilakukan kepada kami," katanya.


    Hasliza yang kudung kaki kiri akibat kencing manis kini tidak dapat lagi berniaga sejak lebih seminggu lalu kerana terlalu sedih.


    Menurutnya, dia kini menunggu kepulangan jenazah anaknya itu yang dijangka tiba beberapa hari lagi.


    "Saya berterima kasih pada Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie yang bertungkus-lumus menguruskan penghantaran pulang jenazah anak saya," katanya.



    sumber : myMetro

    Tertipu sangka suami kuat agama

    Posted: 18 May 2012 06:15 PM PDT


    ALOR SETAR: "Saya tertarik dengan suami kerana dia seorang yang kuat agama dan memberi tunjuk ajar kepada saya.
    "Namun, ia palsu kerana selepas kami berkahwin barulah saya tahu dia seorang yang panas baran dan sering memukul dan menendang saya tanpa belas kasihan," kata Rozita Said (gambar), 41, yang bersembunyi bersama dua anaknya, Muiz Abdul Majid, 19, dan Nasuha, 13, di sebuah lokasi rahsia di negeri ini kerana bimbangkan keselamatan mereka.

    Rozita berkata, dia mengenali suaminya melalui laman sosial sejak 2010 tanpa pernah bertemu sekali pun sebelum berkahwin pada 28 April 2011.


    Katanya, sebelum berkahwin suaminya duda beranak satu dan mereka bernikah di Hatyai, Thailand tetapi selepas bersama baru tahu suaminya mempunyai dua isteri dan seorang anak.

    Dia yang berasal dari Pulau Pinang berkata, Februari lalu, dia mengikut suami ke kediaman sewanya di Kampung Pasir, Johor Bahru dan bekerja di sebuah kilang.


    Kelmarin, Harian Metro melaporkan hasrat seorang suami menikmati makan malam romantik sempena ulang tahun perkahwinan pertama dengan isteri musnah selepas wanita itu bersama dua anaknya keluar dari rumah sehari sebelum sambutan itu, 27 April lalu.




    Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Syed Hassan Syed Abd Hamid, 42, berkata dia tidur ketika isteri dan dua anak tirinya keluar dari rumah di Kampung Pasir, Johor Bahru.

    "Saat saya mula didera selepas suami menuduh saya menjalin hubungan cinta bersama rakan melalui laman sosial dan memaksa saya mengakuinya sedangkan tidak pernah berbuat demikian," katanya.


    Menurutnya, akibat kejadian itu, setiap hari dia bukan saja dipukul di muka tetapi turut diterajang termasuk ketika memandu bersama suaminya.

    "Selain dipukul, suami mengawal setiap pergerakan termasuk menghantar dan mengambil saya di tempat kerja, malah ketika di rumah, dia hanya mahu saya berada di sisinya tanpa membenarkan saya melakukan perkara lain termasuk tidak membenarkan bersolat.


    "Suami bertambah baran hanya kerana saya tidak mahu mengaku menjalin hubungan melalui laman sosial. Dia juga pernah melafazkan talak satu kerana insiden berkenaan tetapi kembali memujuk saya dalam 24 jam tanpa merujuk mahkamah syariah," katanya.



    sumber : myMetro

    Peragut ‘tarik’ nyawa ibu

    Posted: 18 May 2012 06:00 PM PDT


    KUALA LUMPUR: "Lelaki itu tiada hati perut dan dia pembunuh," kata Kum Kook Soon, 39, yang kehilangan ibu tersayang selepas wanita itu maut akibat cedera parah di kepala selepas terjatuh motosikal angkara kerakusan seorang peragut di Jalan Chow Sow Lin, di sini, pagi semalam.
    Kejadian berlaku ketika Kum yang menunggang motosikal manakala ibunya, Chiew Kan Seng, 66, membonceng dalam perjalanan dari rumah mereka di Alam Damai, Cheras ke Pasar Imbi untuk berniaga yong tau fu.
    Kum berkata, bukan setiap hari ibunya mengikutnya berniaga, tetapi semalam wanita itu menyatakan hasrat ingin menemaninya sebelum mereka berdua keluar rumah jam 6 pagi.

    Menurutnya, ketika mereka menghampiri bulatan di Jalan Chan Sow Lin, muncul sebuah motosikal Honda EX5 ditunggangi seorang lelaki yang kemudian cuba merampas beg tangan ibunya yang diletakkan di tengah tempat duduk.



    "Peragut itu nekad untuk mengambil beg tangan ibu, namun ibu cuba menghalang dengan menarik dengan kuat tali begnya.


    "Tindakan ibu menyebabkan lelaki terbabit melepaskan semula beg secara kasar menyebabkan motosikal kami hilang kawalan dan terjatuh," katanya



    sumber : myMetro

    Wanita maut lihat sepupu kemalangan

    Posted: 18 May 2012 05:45 PM PDT


    ALOR SETAR: "Kami tidak sangka niat arwah untuk melihat sepupunya yang kemalangan berakhir tragedi apabila dia terbabit kemalangan," kata Ahmad Nazri Ismail, 29, suami Zahidatul Akmam Che Lah, 28, yang maut selepas kereta dinaikinya terbabas dalam longkang di Alor Pudak, Pendang, dekat sini, semalam.
    Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mangsa yang menaiki Proton Wira dipandu sepupunya, Mohd Haris Mohd Sobri, 17, dalam perjalanan ke Alor Punti, Pendang, untuk melihat keadaan adik Mohd Haris, Mohd Hanif, 15, yang terbabit kemalangan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

    Mangsa yang juga kerani di Jabatan Pengangkutan Jalan Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, manakala Mohd Haris parah pada badan dan kaki.


    Difahamkan, Mohd Haris yang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke pusat tuisyen di Tanah Merah, Pendang, sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah kereta.

    Ahmad Nazri yang juga inspektor Penjara Alor Setar berkata, dia mengetahui kemalangan menimpa isterinya melalui penduduk yang melalui Alor Pudak yang bertemunya ketika di tempat kemalangan Mohd Hanif di Alor Punti.



    sumber : myMetro

    Pesaing Starbucks yang sebenar

    Posted: 18 May 2012 05:30 PM PDT

    starbucks-coffe
    Agaknya inilah pesaing Starbucks yang sebenar….

    Cara Mengembalikan Keperawanan Wanita

    Posted: 18 May 2012 05:15 PM PDT


    Artis Dewi Perssik dan produser filem Pacar Hantu Perawan, menunjukkan sijil perawan di Setiabudi, Kuningan, Jakarta.


    KEPERAWANAN di masyarakat kita ternyata dianggap sebagai sesuatu yang sangat penting dalam tubuh seorang wanita, dianggap suci, dan harga dari seorang wanita. Namun, bagaimana kalau hal yang satu ini hilang? Hilang bukan kerana keinginan si wanita, hilang kerana sesuatu dan lain hal. Bagaimanakah cara memperbaharuinya?

    Setidaknya, ada dua cara bagaimana mengembalikan keperawanan seorang wanita. iaitu dengan cara operasi dan kalau Anda takut akan operasi, Anda dapat melakukan olahraga khusus untuk mengencangkan otot-otot vagina Anda.

    Operasi adalah cara yang paling tepat untuk mengembalikan keperawanan seorang wanita. Operasi ini adalah operasi untuk merestorasi Hymenal Ring. Biasanya para gynecologe dapat melakukan ini di tempat mereka praktek dan melakukan pembiusan lokal. Sebagian besar orang yang ingin mengoperasi kembali keperawanan mereka, mereka lebih memilih melakukannya di negara tetangga Singapura.

    Anda juga harus memilih bahan yang tepat untuk melakukan pembedahan tersebut, bila Anda memilih bahan yang tahan lebih lama, semakin lama pula keperawanan Anda dapat bertahan. Dalam pengoperasian tersebut setiap bahagian dari Hymenal Ring tersebut akan dipotong, kemudian The Ring dijahit kembali dengan sekali jahitan yang memutar, dan menyembunyikan jahitan tersebut dibawah mucosa atau selaput. Diameter dari Hymenal Ring yang telah diperbaiki tersebut kira-kira satu inchi. Setelah ini, bila Anda melakukan hubungan seksual pertama kali, sang pria pasti akan merasakan the `popping` feeling dan menyatakan bahawa Anda masih perawan.

    Adanya pendarahan juga merupakan sesuatu yang penting untuk memastikan bahwa Anda Perawan atau tidak, karena Hymenal Ring yang sudah dijahit kembali belum tentu mengeluarkan darah. Ada cara bagaimana mengatasi hal ini. Yaitu dengan penggunaan `tampon` dan pil KB. Sang wanita memakan pil KB, merencanakan `bulan madu` mereka tepat pada saat dia sedang mendapatkan `tamu bulanan` (tentunya tanpa sepengetahuan sang suami) dan menggunakan tampon. Tampon dicopot ketika hendak akan melakukan hubungan seksual, dan Anda pasti akan mendapatkan `darah` pada malam pertama Anda.

    Itu adalah cara bagaimana untuk mengatasi keperawanan yang hilang secara fisikal, lalu bagaimana dengan mental orang itu sendiri?

    Secara mental mungkin agak sulit bila seorang wanita kehilangan keperawanannya, terutama bila seorang wanita menjunjung tinggi nilai-nilai tradisional yang selama hidupnya diajarkan oleh orangtuanya. Tak jarang seorang wanita dapat menjadi gila kerana kehilangan keperawanannya, walaupun saat ini banyak juga wanita yang tidak menganggap hal itu penting.

    Biasanya wanita yang mengalami gangguan mental mengalami kejadian yang tragis dalam kehidupan seperti korban pemerkosaan, atau kecelakaan, sehingga kehilangan keperawanan merupakan sesuatu hal yang paling `menghancurkan` diri sang wanita tersebut.

    Lain halnya dengan wanita yang tidak terlalu memikirkan hal-hal tersebut. Entah apa yang terjadi, apakah kerana pengaruh kehidupan barat yang secara dominan kita dapat melalui berbagai media massa atau mungkin orang menganggap `keperawanan` itu sesuatu yang kuno. Lebih menyedihkan lagi kalau para wanita sudah tidak peduli tentang hal yang satu ini dan melakukan hubungan seksual secara sembarangan. Dan AIDS pun berkembang.

    Jadi begitulah seputar keperawanan, walaupun banyak orang yang sudah tidak peduli lagi, tapi untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan sebaiknya Anda menjaganya dengan baik.

    sumber:http://hot-page.blogspot.com

    Inilah cara menentukkkan keperawanan wanita yang salah

    Posted: 18 May 2012 05:00 PM PDT


    Keperawanan wanita oleh sebahagian besar orang masih begitu disucikan. Saking diagungkannya, kadang orang meneka sendiri mana perempuan yang masih perawan dan mana yang sudah tidak perawan. Penilaian-penilaian itu malah banyak yang menyesatkan dan merugikan wanita.



    Menurut seksologi Dr Andri Wanananda dalam konsultasi seksologi di detikHealth, wanita perawan atau tidak perawan itu tidak terlihat ciri-ciri fiziknya. Kerana sebenarnya tidak ada perubahan fizik yang terjadi ketika seorang perempuan kehilangan keperawanannya.


    Keperawanan yang ditandai dengan selaput dara hanya boleh dipastikan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh misalnya melihat apakah selaput daranya telah ditembus oleh penis atau tidak.

    Meski begitu selaput dara pun tidak boleh menjadi satu-satunya indikator sebuah keperawanan, kerana ada beberapa wanita yang mengalami kecelakaan seputar vagina yang membuat selaput daranya pecah.

    Beberapa tanda-tanda keperawanan yang menyesatkan tapi begitu dipercayai banyak orang seperti dikutip dari About.com, adalah:

    1. Orang yang tidak perawan jalannya mengangkang


    Hal ini sama sekali tidak berhubungan dengan perawan atau tidak perawan. Kerana cara berjalan seseorang dipengaruhi oleh pertumbuhan dan perkembangan fiziknya, seperti lebar tulang pinggul dan juga banyaknya lemak di sekitar peha.

    2. Orang yang tidak perawan bahagian punggungnya terlihat berkurang ketegangannya


    Bentuk punggung yang kendur atau berkurang elastik tidak berhubungan dengan perawan atau tidak perawan. Seseorang yang kurang berolahraga atau aktiviti fizik boleh membuat punggungnya kendur.

    3. Orang yang tidak perawan salah satu payudaranya akan terlihat lebih besar


    Hal ini boleh membuat orang beranggapan perempuan dengan payudara cukup besar sudah tidak perawan. Padahal payudara seseorang memang boleh membesar ketika terangsang, tapi umumnya ia akan kembali ke bentuk semula dan tidak permanen.

    4. Orang yang tidak perawan urinennya jernih


    Kualitas urine ditentukan oleh asupan air yang diterima oleh tubuh, semakin banyak air yang diminum maka urinenya akan jernih dan bersih. Sedangkan warna urine yang tidak jernih boleh disebabkan oleh kurang minum atau ada penyakit tertentu seperti infeksi kandung kemih bukan kerana perawan atau tidak perawan.

    5. Gadis yang tidak berdarah ketika pertama kali berhubungan seks sudah tidak perawan


    Darah yang keluar terjadi ketika selaput dara yang menutupi pembukaan vagina robek saat berhubungan seksual. Tapi selaput dara ini boleh robek melalui kegiatan fisik seperti berbasikal, jatuh, menggunakan pembalut tidak tepat atau senam yang berlebihan.

    Selain itu beberapa gadis ada yang memiliki selaput dara fleksibel sehingga tidak mengeluarkan darah ketika pertama kali berhubungan seks.

    Mengetahui riwayat gaya hidup dan pergaulannya mungkin cara yang tepat untuk mengetahui apakah seorang wanita masih berstatus perawan atau tidak

    'Gadis bodoh' dipecat sebagai petugas penjara kerana terlalu seksi

    Posted: 18 May 2012 04:45 PM PDT


    Seorang petugas penjara Amitjo Kajla 22 tahun dipecat kerana dianggap terlalu seksi dan glamour, terlalu "berdandan" dan menggunakan pakaian yang tidak standard.
    Atmijo Kajla juga disebut oleh para seniornya "gadis bodoh" kerana terlalu berani dalam bersosial dengan para tahanan.Atmijo baru berkerja pada April 2010 dengan Braisford Prisoner.

    Pelik..macamana teksi boleh landing kat sini?

    Posted: 18 May 2012 04:30 PM PDT




    agaknya pemandunya tertidur kot.....

    Seorang Gadis Nekad Bedah Lidah Supaya Lancar Bahasa Korea

    Posted: 18 May 2012 04:15 PM PDT


    NOTTINGHAM - Seorang mahasiswi asal Beeston, Nottingham, Rhiannon Brooksbank-Jones (19), nekad membedah lidahnya menjadi satu sentimeter lebih panjang demi dapat berbahasa Korea dengan baik dan seperti orang Korea pada umumnya.

    Rhiannon memiliki impian untuk dapat tinggal dan bekerja di Korea Selatan, setelah kuliah selesai. Dia mengambil kursus bahasa Korea namun dia kesulitan bercakap bahasa Korea. Untuk itulah dia rela menambah panjang lidahnya supaya boleh berbicara seperti orang Korea asli. Padahal dia belum pernah menginjakkan kakinya di Korea Selatan.

    "Saya telah dua tahun mempelajari bahasa Korea, kemampuan berbicara bahasa Korea saya sudah pada level tinggi, tetapi saya harus bersusah payah usaha untuk menyamakan suara dengan orang Korea," ujar Rhiannon seperti dikutip Dailymail.

    Menurut doktor giginya, Rhiannon memang memiliki lidah yang lebih pendek dari orang-orang pada umumnya. Sehingga cara pengucapan kata seperti orang asing yang berbahasa Korea. Namun hal itu tidak menjadi masalah baginya dalam berbahasa Inggris.

    "Ini akan sangat jelas kalau saya mendapatkan kesulitan menyebutkan kata dari yang ada huruf L dalam bahasa Korea yang sering muncul di perbendaharaan kata. Dan ini berbeza ketika menyebutkan kata yang ada huruf L dalam bahasa Inggris. Kini saya berbicara seperti orang Korea asli dengan aksen-aksen Korea," kata Rhiannon dengan senang hati.(rhs)

    Nak keluarkan duit disuruh jawab soalan matematik dulu

    Posted: 18 May 2012 04:00 PM PDT

    Bagaimana kalau mesin ATM tempat ramai orang nak keluarkan
    duit ,tiba-tiba menyuruh anda menjawab soalan matematik
    sebelum di benarkan mengeluarkan duit...
    Agak berapa panjang barisan..dan banyak mesin yang rosak kena hentak...

    amacam kalau ada syarat begini...


    Taiko bawak kerusi sendiri naik LRT

    Posted: 18 May 2012 11:00 AM PDT


    Pantang larang bakal pengantin

    Posted: 18 May 2012 10:30 AM PDT

    Kepada bakal menjadi pengantin yang tak lama lagi atau baru merancang untuk kahwin ,ini ada beberapa pantang larang yang boleh diikuti.

    Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang-larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi satu kewajipan tetapi sudah
    menjadi budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

    1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
    untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

    2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu hitam. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

    3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

    4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

    5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

    7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

    8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

    9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

    10. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

    11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

    12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

    13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

    14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

    15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

    16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

    17. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

    18. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

    19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

    20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

    21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

    22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

    23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

    24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

    25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

    26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

    27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

    28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

    29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

    30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

    31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

    32. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang.

    33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

    34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

    35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

    36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

    37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

    38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

    39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

    40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

    41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

    42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

    43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

    44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

    Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.Ini cuma satu nasihat, yang baik boleh diikuti.

    Gempak beb..moyang besarkan payudara selepas kematian suami

    Posted: 18 May 2012 10:15 AM PDT


    LONDON: Seorang moyang yang menjalani pembedahan komestik untuk membesarkan payu dara dan kini berpacaran dengan lelaki semuda 24 tahun.

    Joan Lloyd mengambil keputusan menjalani pembedahan itu kerana dia tidak suka buah dadanya yang kecil sejak dulu lagi.

    Moyang berusia 65 tahun itu membesarkan buah dadanya daripada saiz A ke saiz F. Dia berkata pembedahan itu telah memberikannya kehidupan baru.

    Katanya, dia sekarang berpacaran dengan lelaki berusia antara 24 dan 50 tahun.



    Bekas atlit dan model itu masih cergas dan boleh membuat senaman tekan tubi 150 kali dua kali sehari mengambil keputusan membesarkan payu daranya selepas suaminya mati tahun lalu. - Agensi.


    Kerana langgar anjing pemandu disuruh berlutut selama sejam

    Posted: 18 May 2012 10:00 AM PDT

    image

    Dua lelaki yang memandu sebuah van dipaksa berlutut di depan jasad anjing yang mereka langgar diSuzhou, China.
    Saksi mengatakan pemilik anjing sempat meminta ganti rugi sebanyak 5.000 yuan .
    Sang pemilik mengatakan 4.000 yuan  adalah kos pembelian anjing pudel, sementara tambahan 1.000 yuan untuk mengganti biaya rawatan.

    Namun, pemilik anjing kemudian mendapati kedua lelaki ini tidak memiliki wang yang cukup untuk membayar ganti rugi. Maka, dia meminta mereka untuk berlutut selama satu jam di depan jasad anjingnya.
    "Dia (pemilik anjing) menendang kaki salah seorang pelaku sehingga dia jatuh berlutut. Temannya kemudian mengikuti lelaki itu berlutut," ujar saksi bernama Guan.

    Petugas polisi juga sempat dipanggil, namun pemilik anjing dan kedua pelaku mengaku mereka sudah sepakat menyelesaikan masalah ini secara baik-baik.
    Seorang saksi lain mengatakan cuaca pada ketika itu sangat dingin. Dia menyebut suaminya sempat meminta para pelaku yang masih berlutut untuk segera berdiri, namun mereka menolak.
    Mereka baru mahu berdiri setelah pemilik anjing membawa jasad haiwan peliharaannya itu dari hadapan mereka.

    Insiden ini terjadi di keramaian. "Seekor anjing pudel tiba-tiba muncul. Pada ketika kejadian, pengemudi van itu bahkan mungkin belum menyedari apa yang  sedang terjadi," ujar saksi mata itu.
    Beberapa pihak mengatakan pemilik anjing seharusnya ikut bertanggung jawab atas kematian anjingnya dan tidak hanya menimpakan kesalahan kepada kedua pemandu.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS