Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Gotong-royong banyak faedah

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Gambar MOHD. NOOR MAT AMIN

EZANY membantu memasang langsir dan cadar baharu sambil dibantu rakan artis, Amran Ismail di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Taqwa, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selain daripada ibadah puasa wajib, kita juga digalakkan menunaikan solat tarawih selain bertadarus. Dalam waktu yang sama, kita juga dituntut untuk melakukan pelbagai aktiviti mulia yang lain.

Antara aktiviti yang pastinya turut mendapat keberkatan adalah melibatkan diri dengan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran seperti perumahan, surau atau masjid, sekolah serta rumah-rumah kebajikan.

Itu juga antara aktiviti yang sering disertai oleh pelakon, Ezany Nizariff sekiranya mempunyai waktu terluang daripada urusan lakonan dan bidang perniagaan yang disertainya.

"Gotong-royong seperti ini banyak faedah buat diri kita. Ini kerana selain daripada ia merupakan kerja amal, kita juga dapat mengeluarkan peluh.

"Pada masa yang sama, dapat juga kita gunakan peluang tersebut untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita, apatah lagi sekiranya ia melibatkan kawasan perumahan," katanya.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zaini Mohd Nizariff ditemui sewaktu menyertai Majlis Gotong-Royong dan Buka Puasa di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Taqwa, Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis tersebut merupakan anjuran Kelab Sukan Dan Rekreasi Utusan Karya yang melibatkan kira-kira 50 orang peserta termasuk ahli persatuan dan beberapa artis popular tempatan.

Tambah Ezany lagi, antara sebab utama yang menarik minatnya untuk sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sedemikian adalah kerana ia memberinya peluang untuk berkenalan dengan banyak pihak.

"Tugas sebagai seorang pelakon memerlukan kita bekerja sehingga awal pagi dan apabila pulang ke rumah, banyak masa dihabiskan untuk berehat dan kurang pergaulan sesama jiran.

"Jadi melalui aktiviti seperti ini, sekurang-kurangnya kita dapat berkenalan dengan jiran tetangga dan perkara tersebut amat mustahak dalam kehidupan seharian kita," tambahnya.

Selain daripada Ezany, antara artis lain yang turut hadir memeriahkan majlis amal tersebut termasuklah Arash Mohd., Chomell Fana dan Amran Ismail.

Masih belum sampai kemuncak

Pelakon yang kini berusia 40 tahun ini bukanlah nama baharu dalam industri seni lakonan tanah air, malah jika diikutkan dia telah melibatkan diri dalam bidang tersebut kira-kira 12 tahun. Namun menurutnya, dia masih belum mencapai tahap kemuncak dalam karier lakonannya.

"Saya akui kedudukan saya sebagai seorang pelakon di Malaysia masih belum berada pada tahap kemuncak karier saya. Saya harap peluang untuk saya mencapai impian itu masih terbuka luas.

"Namun saya juga tidak mahu terlalu cepat mencapai tahap sedemikian kerana risau populariti yang diraih tidak dapat bertahan lama.

"Jadi saya lebih selesa bergerak dalam bidang ini dengan kaedah tersendiri. Biarlah populariti yang diraih tidak seberapa kerana saya tidak mahu terjebak dengan sebarang kontroversi liar," jelasnya.

Walaupun begitu, hidup sebagai seorang pelakon tidak lengkap sekiranya tidak terpalit dengan kontroversi. Baru-baru ini Ezany sendiri telah merasakan pengalaman sedemikian apabila bayaran gaji hasil lakonannya tidak dijelaskan pihak produksi.

"Walaupun saya cuba untuk mengelakkan diri daripada sebarang kontroversi, sekali sekala terpalit juga, tetapi mujurlah segalanya telah selesai.

"Kini saya mahu terus fokus kepada perkara-perkara yang lebih memberikan kebahagiaan dalam hidup, khususnya dengan kehadiran cahaya mata baharu yang kini berusia tiga bulan," jelasnya.

Memey teruja sambut Syawal

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

KELAHIRAN Mohamed Darwisz bagaikan azimat yang menambahkan lagi kebahagiaan buat pasangan Norman dan Memey.

KEHADIRAN Ramadan pastinya memberi seribu kebaikan kepada setiap insan. Begitu juga bagi pelakon Suhaiza Suhaimi, 25, atau lebih dikenali dengan nama Memey.

Memey memberitahu .com, tahun ini merupakan tahun penuh bermakna buat dirinya. Selain dapat berkumpul dan menjalani ibadah bersama keluarga sepanjang Ramadan, dia juga bakal menyambut kedatangan Syawal dengan 'orang baharu'.

Kehadiran orang baharu itu membuatkan Ramadan kali ini begitu bermakna buat Memey dan suaminya, Norman Hakim.

Menurutnya, orang baharu yang dimaksudkan itu adalah anak sulungnya, Mohamed Darwisz yang dilahirkan pada Februari lalu.

Katanya, dia begitu teruja menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Syawal pada tahun ini kerana ia merupakan puasa dan raya pertama Memey bergelar seorang ibu.

Ketika ditemui .com dalam majlis berbuka puasa anjuran The Royale Bintang Damansara, Memey memberitahu kehadiran Muhamed Darwisz telah melengkapkan kehidupannya sebagai seorang wanita.

"Memang teruja sangat, lebih-lebih lagi inilah kali pertama saya membeli-belah keperluan raya untuk anak," katanya yang mengakui gemar membeli-belah pada saat akhir.

"Selalunya saya akan keluar membeli-belah seminggu sebelum Syawal. Bukan sebab tak ada masa, tetapi sebab saya seronok merasai kemeriahan malam menjelang raya ketika membeli-belah," katanya.

Sementara itu, Norman berkata, kelahiran Mohamed Darwisz bagaikan azimat yang menambahkan lagi kebahagiaan hidup bersama isteri tercinta.

"Dengan kelahiran anak baru ini, saya kini mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan," ujarnya.

Tiga daripada anak Norman itu adalah daripada hasil perkahwinannya dengan pelakon Abby Abadi.

"Insya-Allah pada hari raya tahun ini, kami akan berkumpul bersama. Malah, bekas isteri saya, Abby pun akan menyertai sambutan Syawal bersama kami," katanya yang bersyukur kerana sejak setahun kebelakangan ini hubungannya dengan bekas isteri lebih rapat demi kebajikan anak-anak.

Dalam majlis itu, Memey dan Norman turut beramah mesra bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Turut memeriahkan majlis tersebut ialah beberapa rakan artis yang lain. - SYAHRIL/AIZZUL A. MAJID

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Belum sempat buka bersama

Posted: 26 Jul 2013 05:25 PM PDT

KD tidak abaikan komunikasi dengan dua anak walaupun tinggal berasingan

Biarpun tidak tinggal sebumbung, penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti akan cuba mencuri masa untuk berbuka puasa dengan dua anak hasil perkahwinannya dengan Anang Hermansyah iaitu Aurel dan Azriel.

Namun Ramadan ini, disebabkan terlalu sibuk dengan pelbagai urusan, wanita berusia 38 tahun itu mengakui, masih belum berkesempatan untuk berkumpul dengan dua anaknya yang sedang meningkat remaja itu.

"Masih belum bertemu waktu yang sesuai, justeru kami belum berkesempatan untuk berbuka bersama-sama. Saya berdoa diberi Tuhan kesempatan sebelum Ramadan berakhir," katanya ketika ditemui media pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim di Jakarta Pusat, petang Isnin lalu.

Mesra disapa KD, adik kepada Yuni Shara itu mengakui, dia tidak pernah mengabaikan dua anak yang memilih untuk tinggal bersama bekas suaminya selepas rumah tangga yang dibina selama 13 tahun gagal dipertahankan.

KD berkata, dia sering menitikberatkan komunikasi dengan Aurel dan Azriel, malah bersyukur kerana isteri Anang, Ashanty selalu menghubungi supaya hubungan mereka tidak renggang.

"Tidak hanya Ashanty, Anang juga kerap memaksa saya supaya bertemu. Cuma sampai sekarang, kesempatan itu masih belum wujud.

"Bukan saya menolak tetapi ada ketika, anak-anak sibuk dengan jadual masing-masing. Itu yang menyebabkan pertemuan antara kami sering tertunda," katanya.
KD yang turut memiliki dua anak hasil perkahwinan kedua dengan Raul Lemos bersyukur kerana hubungannya dan Anang bertambah baik dan tidak lagi setegang dulu.

"Alhamdulillah komunikasi antara kami bertambah erat. Sering saya akan berbual dengan Ashanty, malah dia kerap memaksa saya datang bertemu anak-anak kerana tidak mahu hubungan kami jauh," katanya.

Menjadi kebiasaan penyanyi yang terkenal dengan lagu, Menghitung Hari ini, Ramadan akan dimanfaatkan dengan aktiviti amal seperti berbuka puasa bersama anak yatim.

"Setiap tahun, saya cuba memperuntukkan masa untuk berbuka dengan anak yatim. Cuma tahun ini, acara itu terpaksa dilakukan di hotel kerana undangannya terlalu ramai dan memerlukan ruang lebih luas.

"Untuk tahun ini, saya mengundang empat yayasan dan setiap satu mempunyai lebih 50 anak yatim. Alhamdulillah kerana selain mengeratkan silaturahim, acara ini juga membawa keberkatan dan keceriaan dalam hidup,'' katanya.

Namun dalam keceriaan itu, KD memberitahu, hatinya berat apabila suaminya tidak dapat menyertai bersama kerana terikat dengan pekerjaan di Timor Leste.

"Kebiasaannya Raul akan turut serta tetapi kali ini, dia terpaksa melepaskannya kerana terikat dengan kesibukan lain. Bagaimanapun, dia sentiasa memberi sokongan.

"Sering dia mengingatkan saya, Ramadan ini harus dimanfaatkan untuk meningkatkan amal ibadah kerana terlalu banyak keberkatan yang menanti," katanya.

Terharu memeluk anak yatim

Berbicara panjang pada petang itu, KD tidak dapat melindungi perasaan terharu yang bersarang di sudut hatinya.
Tidak pernah dia menyangka, anak perempuannya, Ariannha Amora Lemos mempunyai jiwa yang luhur ketika dibawa bersama menghadiri acara berbuka puasa.

"Saya terharu melihat Amora memeluk seorang demi seorang anak yatim. Saya tidak pernah mengajarnya berbuat begitu. Alhamdulillah dia sudah menunjukkan sifat mulia dan saya berharap ia berkekalan dalam dirinya.

"Amora seorang yang suka memperlihatkan perasaannya, malah memiliki jiwa pendidik yang kental. Saya sering membawa mereka bersama jika mengikuti kelas pengajian.

"Saya mahu Amora dan adiknya membesar memiliki akhlak dan iman yang kuat. Disebabkan itu, sejak kecil saya sudah terapkan mereka dengan ilmu agama," katanya.

Memilih untuk menetap di Dili sejak mendirikan rumah tangga dengan Raul, KD berkata, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana.

"Anak-anak juga senang setiap kali berkesempatan pulang ke rumah. Setiap kali berada di Dili, menjadi kebiasaan untuk kami berkumpul bersama keluarga dan paling dinanti berlibur di Pantai Kristuray.

"Dili memiliki keistimewaan yang tersendiri. Biarpun tidak membesar di sini, tetapi saya berbangga menjadi sebahagian daripadanya.

"Alhamdulillah, anak-anak juga tidak banyak ragam menetap di sini. Dulu di Jakarta, setiap kali Maghrib anak kecil saya pasti menangis tetapi apabila kembali ke Dili, dia tidak lagi meragam," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rani kahwin tahun depan

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

MUMBAI - Aktres jelita Bollywood, Rani Mukherjee bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Aditya Chopra pada Januari tahun depan. Menurut sumber, tarikh rasmi telah ditetapkan, namun media hanya dimaklumkan bahawa majlis perkahwinan bakal diadakan tahun depan.

Pasangan itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan ekoran kematian bapa Chopra, iaitu pengarah

filem terkenal, Yash Chopra.

Mukherjee dan Chopra telah memilih tarikh perkahwinan

yang sesuai berdasarkan

tilikan keagamaan.

Pasangan ini akan

berkahwin mengikut adat istiadat masyarakat Punjabi," jelas sumber itu.

Kisah percintaan dan khabar angin perkahwinan pasangan itu sering menjadi tumpuan media.

Mukherjee dan Chopra turut berdepan dengan khabar angin bahawa mereka sudah berkahwin secara rahsia, namun pasangan itu menafikannya.

Bagaimanapun, keadaan kembali normal apabila kedua-dua keluarga pasangan itu membuat kenyataan pada tahun lalu bahawa mereka belum berkahwin. - AGENSI

Selena tertekan dengan Bieber

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

LOS ANGELES - Penyanyi dan juga aktres, Selena Gomez mengakui dia berasa tertekan sepanjang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi pop, Justin Bieber.

Hal ini kerana Gomez berasa bosan dengan sikap liar dan keanak-anakkan yang ditunjukkan oleh Bieber.

Saya pasti anda dapat melihat reaksi muka saya yang tertekan pada kebanyakan gambar kami.

Saya menjalin hubungan dengan Bieber pada usia yang muda iaitu 18 tahun dan kami berdepan dengan pelbagai situasi yang rumit," katanya.

Bintang berusia 20 tahun itu juga mendedahkan dia tidak membenci peminat Bieber yang sering mengugutnya.

Saya faham perasaan anda menggilai seorang penyanyi dan saya anggap itu sebagai perkara biasa.

Saya juga pernah mempunyai penyanyi idola ketika kecil dan sanggup membuat apa sahaja untuk mengetahui tentang kehidupan mereka," ujarnya.

Bintang itu juga menolak dakwaan bahawa dia akan kembali bersama Bieber biarpun pelbagai khabar angin mengatakan mereka sering berjumpa selepas berpisah.- AGENSI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Tetap jaga sensitiviti agama

Posted: 25 Jul 2013 05:11 PM PDT

Sazzy nafi kongsi pautan blogger sokong perbuatan pasangan kontroversi

Ketika diri bergelut persediaan ke New York yang hanya berbaki kira-kira enam minggu lagi, Sazzy Falak dikejutkan dengan kemarahan peminat yang menempelaknya selepas dilihat seakan memihak kepada penulis blog kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee, apabila berkongsi pautan sensitif seorang blogger lain berhubung isu itu.

Menafikan punya kaitan dengan paparan di dinding Facebook (FB) miliknya, tegas pemilik nama Sazlini Shamsul Falak itu, akaun FB yang dikatakan memuatkan status sensitif itu ialah fan page yang bukan dikendalikan sendiri, sebaliknya di bawah tanggungjawab pihak lain.
Memang nampak macam saya yang buat kerana ia ada di laman sosial saya, tetapi sumpah, bukan saya yang melakukannya." Sazzy Falak, Pelakon/pengacara

Menerusi akaun FB pelakon, pengacara dan pereka fesyen itu, dia didakwa cuba menjadi hero ketika masyarakat menyelar perbuatan biadap pasangan terbabit yang secara terangan menghina Islam.


"Saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai isu ini. Saya cukup menjaga sensitiviti masyarakat, budaya dan agama bangsa lain, apatah lagi agama Islam sendiri. Sudah tentu pendirian saya tidak menyokong apa yang pasangan itu lakukan.

"Saya jarang mengemaskini FB kerana lebih selesa menggunakan medium komunikasi lain, manakala tugas mengendalikan FB kebiasaannya dilakukan pihak pengendali fan page.
"Walau belum berapa jelas mengenai perkara berkenaan, saya meminta maaf jika salah faham ini membuatkan ramai orang terasa. Memang nampak macam saya yang buat kerana ia ada di laman sosial saya, tetapi sumpah bukan saya yang melakukannya," katanya ketika ditemui pada majlis iftar dan rakaman Melodi Raya.

Bersiap sedia untuk ke New York

Beberapa hari lalu, perkongsian pautan status FB blogger lain di laman sosial isteri kepada peserta The Apprentice Asia, Nazril Idrus, berserta kenyataan yang menyatakan seolah-olah masyarakat tempatan terlampau berlebih-lebih memberikan reaksi dalam isu yang dianggap sekadar berjenaka.

Rata-rata berpendapat Sazzy tidak sensitif terhadap isu membabitkan agama Islam hingga berani berkongsi kenyataan seorang blogger lain yang dilihat turut mempertahankan Alvin dan Vivian di FBnya.

Beberapa minggu lalu, negara dikejutkan kebiadapan pasangan berkenaan yang berani meletakkan gambar mereka menikmati bak kut teh (sup herba berasaskan babi) berserta logo halal sambil mengucapkan Selamat Berbuka Puasa.

Walaupun kedua-duanya kini sudah ditahan sementara menanti kes perbicaraan di mahkamah, perbuatan itu tetap membangkitkan kemarahan apatah lagi status seakan memihak kepada mereka dikatakan dikongsi seorang selebriti seperti Sazzy.

Dalam perkembangan lain, ibu kepada cahaya mata kembar ini dalam debaran 'menjual' helaian persalinan rekaannya sendiri di bawah label SF by Sazzy di Minggu Fesyen Plitz New York, 7 dan 8 September ini.

Masih rancak menyediakan bahan terutama 25 helaian yang mahu dipertontonkan kepada fashionista yang bakal membanjiri acara berprestij itu nanti, dia berharap segala-galanya berjalan lancar seperti dirancang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Hubungan kami sekeluarga baik - Ashraf Muslim

Posted: 25 Jul 2013 07:40 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 25 Julai - Serik dengan kata-kata orang luar mengenainya, pelakon Mohd. Ashraf Muslim, 32, hari ini tampil bagi menjernihkan keadaan berkenaan kes poligaminya yang telah memakan diri.

Menurut empunya badan, sebagai ketua keluarga, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjaga keharmonian keluarganya daripada menjadi perbualan ramai.

"Sebenarnya isu poligami ini antara saya dan isteri-isteri saya sudah pun kembali jernih. Apa yang membuatkan ia keruh adalah kerana cakap-cakap orang di luar yang tidak mengetahui perkara sebenar," katanya pada sidang akhbar di Menara Mara, di sini hari ini.

Ashraf sebelum ini menjadi bahan bualan kerana mengaku bernikah kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, tanpa mendapat restu dan berbohong kepada isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26.

Ditanya mengapa dia hadir ke sidang akhbar ini berseorangan, jelasnya, kedua-dua isterinya sedang keluar bersama dan dia sendiri belum bersedia untuk membawa mereka bertemu media.

"Buat masa ini, hubungan mereka berdua baik. Malah, sekarang pun mereka sedang bersama dan sedang berjalan-jalan.

"Saya sudah katakan pada mereka, buat masa ini, biar saya seorang dahulu yang tampil menjernihkan keadaan melibatkan orang di luar sana. Bila masanya sudah sedia, saya akan bawa mereka bertemu dengan pihak media," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Cinta baharu Saleem

Posted: 24 Jul 2013 11:33 AM PDT

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

Menjangkau separuh abad, lontaran suara Saleem tetap memukau.

TELAH dibuang segala keperitan lalu. Ruang yang kosong itu kemudiannya diisi semula dengan azam baru, mahu berubah dalam erti kata sebenarnya. Enggan menoleh kebelakang lagi, langkahnya itu dikuatkan pula dengan derapan semangat yang berkobar-kobar dan menyala.

Menjelaskan kenapa dia terus muncul dalam persada seni, menurut Saleem, niat itu kembali setelah dia terus-terusan disapa peminat yang merindui suara gemersiknya.

"Kepercayaan mereka membawa saya terus berdiri hari ini. Dalam memastikan jasa peminat terus dikenang, saya akan terus bernyanyi. Dan jika ada yang bertanyakan bila akan bersara, jawapannya mudah sahaja.

"Saleem akan berhenti menyanyi apabila tiada lagi sokongan dari peminat," katanya positif.

Barangkali tidak ramai yang tahu, akibat terlalu kecewa dengan hidupnya suatu ketika dahulu, Saleem pernah mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia nyanyian.

Sepanjang dua tahun mengikuti kumpulan tabligh, dia banyak mendalami ilmu agama, selain lebih banyak berdiam diri daripada aktiviti seni.

" Saya rasa diri tidak dipedulikan lagi dan saya hampir-hampir berhenti jadi penyanyi, tetapi hasrat itu tidak menjadi," katanya berkongsi kisah peribadi.

Bagaimanapun, hari ini dia kekal terus menyanyi. Selain kerana periuk nasi, dia juga tidak mahu menghampakan peminat yang sering mendoakan kebahagiaan dirinya.

Bercakap soal masa lalu juga, Saleem atau nama sebenarnya AM Saleem Abdul Mejeed, 51, percaya semua kisah sedih dan kecewa itu menjadi guru terbaik.

Masalah besar yang pernah membelenggu dirinya seperti ketagihan dadah, tidak berdisiplin dan sebagainya, Saleem mengakui dirinya bukanlah insan sempurna.

Jika kesilapan lalu mahu terus dijadikan modal untuk menghentam dirinya, dia percaya akan sampai suatu masa perkara itu berhenti sendiri.

"Kalau nak jadikan saya idola dalam bidang nyanyian tidak apa, tetapi jangan ikut apa yang pernah saya lakukan. Jangan ikut saya yang pernah menjadi penagih dadah, itu pesan saya.

"Saya tahu orang akan terus berkata, tetapi saya kenal diri saya, isteri dan keluarga kenal diri saya, itu sudah memadai sebenarnya. Apa yang boleh saya katakan kini, saya sudah sihat dan mampu memberi sepenuh perhatian buat karier," katanya.

Tidak versatil

Melihat kemunculan lebih ramai penyanyi baru ketika ini, Saleem tidak menafikan turut terdetik di hati kecilnya perasaan cemburu. Bagaimanapun meneliti kembali peluang yang dikecapi penyanyi kini cukup mudah dan lebih mudah dipersiakan, dia bagaimanapun bersyukur dengan pengalaman lalu miliknya.

Susah payah yang ditanggung Saleem dan rakan seangkatan, menjadikan nilai mereka lebih mahal dibanding artis segera hari ini.

"Berbanding dahulu, saya hanya dibekalkan dengan suara serta keinginan yang kuat. Bagaimanapun melalui itulah saya dibentuk.

"Berbeza kini, peluang yang dikecapi begitu mudah, malah dengan begitu ramai penyanyi kini mereka seakan hilang arah untuk membentuk keunikan diri sendiri. Semua penyanyi dilihat sama, tiada yang membezakan mereka," katanya.

Ramadan dan album baharu

Seperti lain-lain insan, kehadiran bulan mulia ini turut dinikmati oleh Saleem bagi memantapkan diri dengan ilmu-ilmu ketuhanan.

Enggan menerima sebarang tawaran nyanyian, kehadiran Ramadan juga adalah masa tambahan untuk dia meluangkan lebih masa bersama keluarga.

"Saya memang jarang menerima tawaran di bulan Ramadan, bukanlah nak cakap saya betul-betul nak tumpukan buat amal ibadat.

"Selain menghargai bulan mulia ini, saya juga pilih untuk meluangkan masa dengan keluarga saya. Bukan sahaja memastikan saya berbuka bersama tetapi ibadat sahur juga bersama mereka," katanya.

Bercakap soal album baharunya, Cinta Kita Berbeza, Saleem memberitahu gelaran sebagai artis senior memerlukan dia terlebih peka akan kualiti album tersebut.

Sebagai artis lama, dia sendiri akan memastikan isi kandungan album baharu ini benar-benar serasi dengan kehendak dirinya dan diterima di pasaran.

Mengambil masa dua tahun menyiapkannya, Saleem yakin ini merupakan buah tangan terbaik buat peminatnya.

"Dua tahun saya siapkan album ini. Kalau dilihat pemilihan lagu dalam album ini lebih mencerminkan apa yang saya mahu.

"Selain vokal antara kelebihan album ini adalah lirik-lirik lagu yang lebih bermakna ," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Terima keadaan seadanya

Posted: 23 Jul 2013 10:57 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB

Shy8 turut berkebolehan untuk memasak beberapa jenis masakan tradisional.

KITE bakor je...' adalah antara ungkapan dialog popular yang dilafazkan oleh Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullai melalui filem arahan pengarah Mamat Khalid, filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR).

Walaupun filem tersebut telah menemui peminat pada Disember 2010 yang lalu, filem itulah yang benar-benar meninggalkan impak dalam karier seni Syed atau Syh8 sehingga kini.

Jelas pelakon berusia 48 tahun ini, walaupun dia pernah cuba untuk 'melarikan diri' daripada watak lakonannya itu, ternyata dia gagal kerana sehingga kini, peminat masih mengenalinya kerana lakonan yang berkesan itu.

"Saya harus akui kewujudan saya dalam industri hiburan ini banyak bergantung kepada watak tersebut dan sekiranya bukan disebabkan watak itu, mungkin saya langsung tidak akan dikenali.

"Sungguhpun begitu, saya ada juga cuba-cuba untuk membawakan watak-watak yang berbeza personalitinya seperti watak serius tetapi ternyata ia gagal meninggalkan impak kepada peminat.

"Mungkin kerana apabila mereka melihat muka saya, tiada lain yang mereka fikirkan selain daripada lakonan saya dalam filem arahan Mamat Khalid," katanya.

Dalam kehidupan seorang artis, populariti adalah antara perkara paling utama yang membezakan sama ada mereka berada pada tahap tersendiri ataupun hanya sekadar artis 'ala kadar' yang mengisi watak-watak sampingan.

Namun begitu dalam karier Shy8, popularitinya banyak bergantung kepada trilogi Kampung Pisang apabila filem kedua iaitu HKLBR mendapat sambutan hangat sehingga mencatat jualan mencecah RM8 juta.

Pada ketika itu jugalah populariti Shy8 mencecah tahap tertinggi apabila dialog dan lenggok tubuh badannya menjadi ikutan ramai sehingga mendapat tawaran menjadi penyampai radio bersama stesen radio popular, Hot FM.

Tetapi ternyata, aura populariti itu tidak kekal lama kerana projek-projek yang disertai oleh bapa kepada seorang anak lelaki ini tidak mendatangkan hasil seperti yang dijangkakan sebelum dia kembali popular setelah filem ketiga trilogi Kampung Pisang iaitu Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit menjengah pawagam pada Februari 2013.

"Saya akui populariti saya banyak meningkat apabila trilogi Kampung Pisang menemui peminatnya dan secara jujur, saya tidak mempunyai masalah dengan situasi tersebut.

"Pastinya setiap individu bergelar artis mahu popular setiap masa tetapi perkara seperti ini tidak dapat dipaksa dan ia datang dengan sendirinya.

"Walaupun popular secara 'bermusim', saya tetap bersyukur kerana lakonan saya dapat memberikan kesan kepada masyarakat dan itu sudah memadai buat diri saya," katanya lagi.

Lebihkan sahur berbanding berbuka

Sudah menjadi kebiasaan dalam bulan Ramadan ini, kita akan berbuka dengan kuantiti makanan yang tidak kurang banyaknya, namun berbeza bagi pelakon drama Cer Citer ini apabila dia melebihkan kuantiti makanan sewaktu bersahur.

Jelasnya, tabiat tersebut sudah lama dilakukannya iaitu sewaktu berbuka, dia hanya akan mengambil makanan-makanan ringan berbanding hidangan lauk pauk biasa.

"Sewaktu Ramadan, saya lebih gemar melebihkan pengambilan makanan ketika bersahur dan bukannya sewaktu berbuka.

"Bagi saya, cara ini membantu saya untuk meneruskan kerja-kerja seharian walaupun dalam keadaan menahan lapar dan dahaga di siang hari," katanya yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak.

Tambah Shy8 yang turut terlibat dengan beberapa projek drama bersiri seperti Demi Dia, Anak Imam Argentina dan Abang Long VS Kak Yong ini lagi, makanan ringan yang diambilnya sewaktu berbuka adalah seperti buah-buahan dan pelbagai kuih-muih.

"Saya memang jarang mengambil nasi berserta lauk pauk sewaktu berbuka sebaliknya makanan sedemikian banyak diambil sewaktu bersahur.

"Sewaktu berbuka, kebiasaannya saya hanya makan kuih ataupun makanan seperti murtabak dan pelbagai rojak," kata suami kepada Norafizah Abdul Aziz ini lagi.

Kembali kepada kekasih lama

Posted: 23 Jul 2013 10:57 PM PDT

PASANGAN Jennifer Lawrence dan Nicholas Houltini dilihat kembali berkasih.

CINTA Jennifer Lawrence dengan bekas kekasihnya, Nicholas Hoult amat kuat. Biarpun dia pernah berpisah dengan Nicholas selama enam bulan tetapi akhirnya dia kembali juga ke dalam dakapan lelaki itu.

Seperti dilapor Showbizspy, benih cinta mereka kembali bertaut sewaktu sama-sama membintangi filem X-Men: Days of Future Past baru-baru ini.

Tambah menarik apabila Lawrence dan Hoult masing-masing melakonkan watak Mystique dan Beast dalam filem tersebut.

"Mereka mulai menjalani penggambaran filem itu pada April lalu hanya sebagai teman. Tetapi pada suatu hari mereka dilihat berciuman di lokasi penggambaran tersebut," ungkap salah satu sumber kepada laporan itu.

Sumber terbabit turut menambah bahawa hubungan mereka makin dekat setelah itu. Lawrence bahkan sempat mengumumkan pada orang di sekitarnya bahawa dia telah jatuh cinta sekali lagi dengan bekas kekasihnya itu.

Lawrence dan Hoult sendiri sempat mengakhiri hubungan mereka pada Januari lalu sedangkan sebelum itu mereka telah berpasangan sebagai kekasih selama dua tahun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Pelakon komik hero Ryan Reynolds watak penting

Posted: 23 Jul 2013 04:18 PM PDT

ADVERTORIAL

Cerita dan watak-watak Rest In Peace Department (R.I.P.D.) perlu dikendalikan dengan teliti dan cermat untuk memastikan keasliannya semasa transisi cerita dari komik ke filem. Ini juga bermakna tekanan kepada pelakon yang memainkan peranan watak utamanya lebih besar kerana ia bukan sekadar kualiti lakonan tetapi seirasannya dan pemahaman wataknya di skrin dan komik adalah sangat penting.

Disebabkan ini, Ryan Reynolds adalah pelakon yang paling padan dan tepat untuk memainkan peranan watak utama R.I.P.D., anggota polis alam mati Nick Walker.

Tidak asing kepada peranan watak komik di wayang skrin besar, Reynolds pernah berlakon sebagai Hal Jordan, watak utama filem adaptasi DC Comics Green Lantern pada tahun 2011. Dua tahun sebelum itu dia berlakon sebagai pembunuh upahan yang suka bercakap - Deadpool dalam komik-jadi-filem Marvel X-Men Origins: Wolverine bersama para pelakon all-star seperti Hugh Jackman.

Dari awal Reynolds telahpun berminat dan menyertai projek filem R.I.P.D. dengan berlakon sebagai detektif tragis Nick Walker yang akan menerima satu kejutan besar bila dia tiba di akhirat.

Untuk Reynolds yang sangat menyukai komik R.I.P.D. dan sebagai seorang peminat komik dia memahami nilai dan kepentingan untuk memastikan asas skrip dari jalan cerita dan semua ciptaannya di filem seiras dengan yang dijumpai dalam komik.

Pelakon pemenang Oscar - Jeff Bridges yang berlakon sebagai Syerif Roycephus Roy Pulsifer, rakan sepasangan dan juga mentor Nick Walker di R.I.P.D. berkata, "Ryan seorang yang sangat bergaya. Dia akan mengena kesemua sasarannya dan membuatkan ia berjaya, dan ini boleh dikatakan sebagai satu bakat istimewa. "

"Hubungan kita berdua boleh dikatakan secocok di beberapa peringkat. Berlakon seumpama menciptakan illusi, tetapi lebih lagi sekiranya anda ada hubungan yang bergaya di luar produksi filem, anda dapat membawakan hubungan ini ke lakonan anda," tambah Bridges.
"Ryan dan saya menikmati masa kita bersama di luar set dengan hanya berlepak."

Bukan itu saja. Disebabkan dedikasi dan keinginannya untuk menjadi lebih proaktif dalam proses ciptaan filem ini, Reynolds juga telah menyertai krew tersebut sebagai penerbit eksekutif. Peranannya seperti yang dijangkakan, tidak mudah.

"Sebenarnya ia sangat susah direalisasikan kerana ia mempunyai elemen tragedi dan cinta dalam sebuah cerita filem yang sangat lucu dan menarik," kata Reynolds.

Seorang detektif polis warga Boston yang agresif, cerdik dan pintar, Nick Walker akan menemui ajalnya apabila dia dibunuh semasa bertugas dalam satu serbuan penjualan dadah.

Semasa menghadapi penghakiman terakhir riwayatnya tanpa mengetahui nasib yang akan dikenakan kepadanya, Nick diberi satu tawaran yang dia tidak dapat menolak: menggunakan bakat menangkap-penjahatnya dan membuat penebusan selamat 100 tahun di R,I.P.D. ataupun menghadapi hukuman yang tidak pasti di akhirat.

Bertekad untuk mencari pembunuhnya dan bersatu dengan isterinya sekali lagi – dengan kepercayaan dia dapat meminggir peraturan ketat jabatan R.I.P.D. – Nick memilih untuk bertugas untuk R.I.P.D.

Saksikanlah pergelutan Reynolds sebagai Nick Walker dalam 3D pada 1 Ogos dalam filem R.I.P.D.

Cincin Qi 'tambat' Nelydia

Posted: 23 Jul 2013 04:10 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Tanda hubungan bukan main-main, pasangan selebriti mula merindu, apatah lagi tak dapat raya bersama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kian terisi

Posted: 22 Jul 2013 11:45 PM PDT

Oleh AIDA RIZAMARIZA KAMARUDDIN

Syukur album dakwahnya diterima dengan baik oleh peminat.

DARI kehidupan lalu untuk menemui kehidupannya kini, setahun lamanya dia mengumpul serpihan diri yang pernah hilang. Bukan sekadar mahu memenuhi dirinya yang pernah kosong, baginya tempoh setahun itu bagaikan masa untuk memahami kembali apa yang pernah ditinggalkan jauh.

Mengakui penghijrahan itu sebagai langkah yang mahu disebatikan sehingga pengakhiran hidup, menurut Wan Syahman Wan Yunus atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Iwan Dangdut, dia kini menemui kehidupan yang dicari.

Tidak lepas memberikan pelbagai perumpamaan agar temu bual ini berjalan dengan lebih santai, menurut penyanyi yang hari ini mahu dikenali sebagai Iwan Syahman, jika penghijrahan beberapa artis sebelum ini dikaitkan dengan peringatan yang diberikan Allah, sama juga dirnya.

Menurutnya kisah peringatan dari Allah itu tidak dapat dikongsikan. Bagaimanapun antara kesan kekhilafan dirinya dapat dilihat melalui kehidupan keluarga terdahulu yang dianggapnya tidak pernah aman.

"Memang benar, saya dapat kehidupan saya kini melalui peringatan daripada Allah. Saya pernah tersentak. Itulah titik permulaan perjalanan saya kini. Selama setahun lamanya saya mencari diri.

"Bagaimanapun biarlah saya simpan kisah itu untuk diri saya sahaja. Namun apa yang boleh saya katakan saya sangat bersyukur untuk diberikan peringatan tersebut sebagai tanda Allah masih sayangkan saya," katanya.

Sehingga kini lagu duetnya bersama Amelina, Memori Daun Pisang terus-terusan dikaitkan dengannya atau menjadi identiti sebagai salah seorang penyanyi dangdut suatu ketika dahulu.

Bagi Iwan segala yang berlaku sewaktu dirinya masih hanyut tidak mahu dibanggakan. Malah baginya cukup sekadar mengingati sebagai sempadan yang perlu dipatuhi.

"Saya pernah tersasar. Saya akui waktu itu serba-serbi berasa kurang. Sungguhpun wang yang saya ada lebih banyak dari sekarang, namun ia tidak pernah memberi ketenangan.

"Baru saya tahu erti ketenangan kini. Apa yang boleh saya katakan, jika terlalu mengejar dunia, lebih jauh akhirat meninggalkan kita," katanya.

Pernah senang dengan gelaran Raja Dangdut, namun kini menurut Iwan dia lebih rela hanya menjadi hamba Allah.

Menurutnya, tanggungjawab itu baru disedarinya dan cukup berat untuk dipikul.

"Bercakap soal lalu, hati saya seakan sebak. Sedih apabila mengenangkan waktu yang saya bazirkan untuk mendekatkan diri dengan perkara sia-sia.

"Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita soal ini dengan teliti. Bukan apa silap kata ia mungkin jatuh kepada riak yang pada saya itu adalah suatu perbuatan yang kurang baik," katanya.

Menurut Iwan, kali pertama dia menjalankan aktiviti dakwah rumah ke rumah ada suatu perasaan yang sehingga kini dia tidak dapat lupakan.

"Bila kita datang ke rumah, bukan semua akan menyambutnya dengan gembira.

"Melihat sendiri kehidupan lalu saya di hadapan mata, ia bagaikan sesuatu yang akan terus membuatkan diri saya tersentak," katanya lembut.

Aktiviti Ramadan

Bercerita aktiviti sepanjang Ramadan menurut Iwan sepanjang bulan ini dia agak sibuk dengan aktiviti dakwah.

Bagaimanapun mempunyai kelebihan di dalam bidang nyanyian memberi peluang buatnya menjalankan tugas itu dengan lebih mudah.

"Aktivitinya masih sama, saya akan dijemput memberi tazkirah di seluruh negara.

"Bagaimanapun dalam menarik perhatian pendengar, saya akan selitkan dengan lagu-lagu dakwah milik saya," katanya.

Setelah berjaya dengan album dakwah pertama yang berjudul Segalanya Allah menurut Iwan, buat masa ini dia belum diberikan kesempatan untuk menerbitkan album dakwah terbaru.

Bagaimanapun melihat penerimaan peminat, dia tidak menolak untuk terus menghasilkan album dakwah pada masa hadapan.

"Sebenarnya kalau kita lihat masyarakat kita kini memang senang dengan lagu-lagu begini. Selain pengisian ilmu agama secara tidak langsung lagu-lagu sebegini boleh menjadi medium dakwah yang berkesan.

"Buat masa ini aktiviti seni saya masih berjalan seperti biasa. Malah jualan album saya juga sangat memberansangkan.

"Ini membuatkan saya percaya lagu-lagu sebegini sebenarnya memang mempunyai tempat di hati peminat," katanya.

Jika sesetengah dari kita mengatakan industri nasyid di negara ini sudah sampai ke penghujung, Iwan bagaimanapun mempunyai pandangan yang berbeza.

Menurutnya, sebagai penyanyi dia tahu lagu-lagu ketuhanan mempunyai tempat tersendiri di hati pendengar.

"Siapa kata begitu, saya langsung tidak nampak pengunduran lagu-lagu ini dari terus menjadi pilihan pendengar kita.

"Mungkin peluang agak kurang untuk genre ini. Namun saya tidak nafikan pendengar kita sebenarnya lebih dahagakan lagu-lagu berkonsep ketuhanan," katanya.

Tidak menolak sentiasa menerima sokongan dari rakan-rakan terdekat menurut Iwan, ketika dia membuat keputusan berhijrah dia sangat bersyukur kerana perkara itu berlaku dalam keadaan yang mudah.

"Dari segi penerimaan rakan-rakan saya langsung tidak terkesan, malah saya masih dilayan seperti biasa.

"Sehingga kini rakan-rakan yang pernah berjuang dalam bidang yang sama suatu ketika dahulu kekal dengan kepercayaan mereka terhadap saya," katanya.

Penguat diri

Menyentuh soal keluarga, menurut Iwan melalui tiga perkahwinan, dia sememangnya sungguh bahagia untuk mengetahui anak-anaknya kini berada dalam keadaan yang selamat dan bahagia.

Akuinya, nikmat kehidupan ini tidak pernah cukup seandainya dambaan itu berasaskan dunia sahaja.

"Saya sudah pun mempunyai seorang cucu, saya akui sedikit masa lalu saya agak tersasar. Namun untuk melihat kehidupan anak-anak saya kini, saya hanya akan terus berdoa untuk mereka," katanya.

Tidak menolak kehidupannya kini semakin baik, menurut Iwan, di samping keluar berdakwah dia juga memastikan kebajikan isterinya Evie Surriantyy dan anaknya Wan Nur Sumayyah, 4, terjaga.

Malah ketika artikel ini dikeluarkan Iwan sebenarnya baru sahaja menambah ahli keluarga baru.

"Saya memilih untuk tinggal di Kuala Selangor di sebuah sekolah pondok di sana. Saya akui cara kehidupan di sana lebih tenang dan sesuai untuk saya dan keluarga.

"Bercakap soal nikmat kehidupan, saya sangat bersyukur untuk bertemu dengan isteri saya kini yang sememangnya seorang yang memahami.

"Sebenarnya kami berdua baru sahaja menerima cahaya mata baru bagaimanapun buat masa ini saya belum memberi nama buatnya," katanya.

Teruja beraya dengan suami

Posted: 22 Jul 2013 11:45 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AIZZUL A. MAJID

ELLA begitu mesra dengan Azhar dan sering membawa suaminya itu ke majlis-majlis yang dihadirinya sejak kebelakangan ini.

BIASANYA saban tahun Ella sekadar menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya di Klang, Selangor. Tetapi kali ini Ratu Rock tanah air itu dilihat lebih ceria dan seperti tidak sabar untuk meraikannya kerana kehadiran suami tercinta dalam diari hidupnya.

Meskipun hampir setahun mendirikan rumah tangga dengan Azhar Ghazali, 31, tetapi masa itu seakan-akan begitu cepat berlalu. Ella juga seolah-olah mahu sentiasa meraikan detik-detik manis sewaktu dia diijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya itu.

Kemanisan itu turut dirasai menjelangnya Hari Lebaran ini yang katanya dijangka akan lebih meriah berbanding sebelumnya. Penyanyi berusia 47 tahun ini berkata, dia sudahpun merancang untuk menyambut 1 Syawal ini bersama suami serta sanak saudaranya.

"Dalam hal balik beraya di kampung kali ini suami yang suruh saya buat pilihan sama ada mahu beraya di kampung saya dulu atau di kampungnya. Untuk kali pertama beraya sebagai suami isteri ini saya pilih untuk beraya di kampung suami di Muar, Johor sampai raya ketiga.

"Selepas itu barulah kami akan beraya di kampung saya di Klang. Saya memang teruja kerana inilah peluang saya untuk beraya dan berkenal-kenalan lebih rapat dengan keluarga belah suami," katanya semasa ditemui di Hotel Royale Bintang, Damansara baru-baru ini.

Pada majlis berbuka puasa anjuran hotel itu, Ella hadir bersama suaminya selain ramai lagi artis popular seperti Amy Search, Aznil Nawawi, Tam Spider, Alif Satar, Ad Samad dan Norman Hakim bagi memeriahkan lagi sambutan bulan yang penuh berkat tersebut.

Sepanjang Ramadan ini, Ella tidak banyak menerima tawaran menyanyi. Sebaliknya, masa yang ada banyak dihabiskan beribadah selain bersama-sama keluarganya. Namun, penyanyi bersuara serak ini seorang yang tidak pandai duduk diam.

Sebabnya sementara menantikan ketibaan Aidilfitri ini, dia sempat menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Ella antaranya kini sibuk mengusahakan perniagaan biskut raya yang dikenali sebagai Ella Cookies khusus untuk tempahan sewaktu hari raya ini.

"Sebenarnya biskut adalah antara makanan kegemaran saya. Jadi lebih dekat kalau saya jalankan perniagaan ini kerana selain hobi buat biskut ia juga boleh dijadikan duit tambahan. Sebelum ini saya agak sibuk tetapi kali ini barulah ada masa itu pun ramai yang tolong sekali.

"Sebagai permulaan saya telahpun keluarkan beberapa biskut dengan perasa seperti kurma, kismis dan kelapa, namun biskut tersebut ada elemen tempatan," jelasnya sambil ketawa kecil sewaktu bercakap tentang hobi dan makanan kegemarannya itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


'Saya bukan playgirl'

Posted: 22 Jul 2013 04:37 PM PDT

Adira mengaku ketua persatuan belia 'kawan' terbaru, belum fikir soal jodoh

Terpulang kepada masyarakat untuk melabel dirinya apa saja, tetapi bagi penyanyi, Adira, 22, dia bukanlah wanita 'playgirl' seperti disangka.

Sejak gosip mengaitkan dirinya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Kamaruddin, mula diperkatakan, artis dari Kundasang, Sabah, ini sudah bersedia untuk berdepan pandangan sinis masyarakat.

Langsung tiada sekelumit perasaan kecil hati dengan sebarang panggilan diberikan kepadanya, cuma soal Adira, salahkan dia berkawan?

"Mereka sekadar nampak luaran, tetapi orang tidak tahu apa sebenarnya yang saya lalui. Saya tidak makan hati dicop sebagai 'playgirl', yang penting saya bukanlah wanita yang suka menabur janji manis dengan ramai lelaki dalam satu masa.

"Saya masih muda, jadi saya berhak berkawan dengan ramai orang untuk memilih yang terbaik. Segala tuduhan yang dilemparkan kepada diri saya pula tidak akan sesekali membuatkan kerjaya nyanyian saya goyah. Malah saya masih kuat, apatah lagi dengan sokongan keluarga yang membantu saya meneruskan langkah dalam bidang ini," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kenali hati budi

Tidak berselindung mengenai jejaka bernama Shahrul, dedah Adira, mereka belum memasuki fasa bercinta. Sebaliknya dia sedang mengenali hati budi jejaka yang baru beberapa bulan dikenalinya itu.
Justeru, Adira menolak dakwaan kononnya dia bakal mengikut Shahrul pulang ke kampung halamannya di Kelantan pada lebaran ini, untuk berkenalan dengan keluarga 'bakal mentua'.

Dia mengaku merancang untuk ke sana, tetapi kunjungan ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu bukanlah semata-mata untuk menziarah keluarga Shahrul. Sebaliknya pada masa sama Adira berhasrat menghadiri majlis pernikahan pereka fesyen, Ezuwan Ismail.

"Sama ada akan ke sana atau tidak, semuanya belum pasti. Saya sedang berkira-kira kerana tiket penerbangan untuk pulang ke kampung sudah ditempah.

"Majlis pernikahan Ezuwan pula jatuh pada Hari Raya ketiga, jadi saya masih memikirkan sama ada mahu 'lari' sekejap ke sana. Kalau boleh saya mahu menghabiskan lebih banyak masa di samping keluarga, lagipun bukannya selalu kami dapat berkumpul ramai-ramai.

"Kita tengoklah bagaimana nanti. Jika masih ada tiket penerbangan dari Sabah ke Kelantan, mungkin saya akan ke sana sekejap dan kembali semula ke kampung," katanya.

Tak sabar nak kumpul dengan keluarga

Baru beberapa bulan mengenali Shahrul, kata Adira dia menyenangi sikap jejaka itu yang disifatkan sangat mengambil berat dan suka memberikan nasihat. Berkenalan ketika mereka terbabit dalam program Suara Generasi Ku, seperkara lagi yang menyebabkan Adira menyukai pemuda itu ialah sifat pemurahnya. Shahrul dikatakan sering membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Bagaimanapun jelas Adira, usianya masih muda dan perjalanannya juga masih jauh. Justeru dia mahu memberikan fokus terhadap nyanyian terlebih dulu. Soal berumah tangga pula hanya difikirkan apabila usia menginjak 30 tahun.

Sementara itu, berbicara mengenai lebaran yang kian menjelang, anak bongsu daripada lapan beradik ini nyata tidak sabar untuk berkumpul dengan sanak saudara.

Selain beraya di Kundasang, Adira juga akan pulang ke kampung neneknya di Pinawantai, iaitu kira-kira sejam setengah perjalanan dari rumah orang tuanya.

Lebaran memang saat paling dinanti-nantikan olehnya sehingga dia bercadang menghabiskan masa selama dua minggu di kampung halaman.

"Dari segi sambutan, rasanya tidak banyak beza antara Semenanjung dan Sabah, cuma apa yang saya nantikan ialah saat berkumpul bersama keluarga.

"Selain adik-beradik dan anak buah seramai lapan orang, rumah kami juga akan riuh-rendah dengan kehadiran sepupu serta keluarga terdekat yang datang bertandang.
Biasanya, selain menikmati juadah raya, kami juga akan berkaraoke bersama-sama. Aktiviti ini satu kebiasaan di kalangan masyarakat di sana," katanya yang turut tidak sabar menantikan kehadiran peminat ke kediaman keluarganya.

Hilang skil main muzik

Posted: 22 Jul 2013 04:34 PM PDT

Sham Kamikaze kekok petik gitar selepas empat bulan 'bersara' dua tahun lalu

Pemuzik dan penceramah bebas, Sham Kamikaze, hampir hilang skil bermain gitar selepas bertekad meninggalkan alat muzik kesayangannya lebih empat bulan kerana beranggapan ia hanya untuk duniawi.

Bagaimanapun, selepas mendapatkan pandangan mereka yang arif soal agama, Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohamed Salleh, 37, percaya seni mampu

menarik golongan muda ke arah kebaikan. "Peristiwa berkenaan saya lalui kira-kira dua tahun dulu, ketika saya belajar mengaji dan mendalami Islam sepenuh masa. Waktu itu, pada fahaman saya, gitar itu berdosa dan hanya melalaikan.

"Hinggalah saya bertanya kepada beberapa ustaz yang menyatakan muzik boleh digunakan untuk jalan kebaikan. Cuma, apabila saya kembali memetiknya selepas empat bulan 'merehatkan' jemari saya, terasa agak kekok dan bagai orang baru belajar," katanya ketika ditemui pada forum terbuka di Busana Mall, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Sempat memetik gitar mengiringi persembahan seorang lagi panel jemputan dalam acara keagamaan itu, akuinya, masih ada insan yang skeptikal sebaik dia mengangkat gitar walaupun alunan dendangan menjurus kepada kerohanian.

Hasilkan lagu dakwah
Bukan sesuka hati mengalunkan irama, kata Sham lagi, persembahan diselitkan adalah di atas permintaan penganjur selain antara cara menarik kehadiran pengunjung atau penonton.

"Macam rancangan bual bicara agama hari ini. Kami menyanyi pun disebabkan penganjur yang membuat permintaan. Jika muzik boleh menarik golongan muda ke majlis keagamaan, tidak salah kita menggunakannya," ulasnya ringkas.

Menegaskan tidak akan kembali ke dunia komersial, tegasnya ramai di kalangan orang industri hiburan memahami pilihannya untuk tidak lagi menerima undangan sebagai pemuzik iringan mahu pun menghasilkan lagu, kecuali berbentuk dakwah.

Sebaik mengambil keputusan berhijrah, anak jati Johor Bahru itu cenderung kepada tugasan sebagai pendakwah bebas, yang dirasakan suatu tugasan serba mencabar namun penuh keseronokan.

"Inilah saya sekarang. Tidak lagi bermain muzik, tetapi saya lega dengan kehidupan sekarang. Memang saya sudah meninggalkan dunia komersial sepenuhnya. Kerja studio pun tidak lagi saya lakukan. Kalau ada pun yang meminta lagu, ia lebih kepada lagu nasyid kontemporari," katanya yang kali akhir menghasilkan lagu baru Shahir, Aku Yang Berdosa, tahun lalu.

Komen mengenai Ashraf Muslim

Ditanya mengenai imejnya yang lebih santai berkemeja tanpa berjubah seperti pendakwah lain, kongsinya, seperti pendekatan terhadap golongan muda, penampilan juga antara perkara yang membuatkan anak muda senang mendekatinya.

Tidak lari daripada topik hangat, nada suara Sham juga tetap tenang apabila diminta mengulas mengenai teman seperjuangan, Ashraf Muslim, yang dikaitkan kontroversi kahwin dua secara senyap-senyap seperti yang pernah dilaluinya.

"Siapa saya untuk mengulas kehidupan orang lain? Bagi saya, setiap yang berlaku semua di atas ketentuan Allah. Baik atau buruk hanya Allah yang lebih mengetahui," katanya penuh bermakna.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Fida beralah

Posted: 21 Jul 2013 04:45 PM PDT

Tak tahan diganggu SMS orang ketiga dorong penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang putuskan hubungan dengan Zalif

Menyelami hati Rafida Ibrahim, rupanya penyanyi dan pelakon ini sering ditimpa malang dalam berkasih. Baru hendak memulakan hubungan baru selepas kisah cintanya dengan Mamat Sepah berakhir, bibit perkenalan dengan Zalif Sidek juga menemui noktah gara-gara orang ketiga.

Ketika saling mengenali hati budi, apakan daya muncul individu yang mengaku teman wanita kepada pelakon berusia 28 tahun itu. Tambah memburukkan keadaan, dakwa Rafida, wanita terbabit sering mengugutnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tidak tahan dengan tohmahan dan desakan wanita terbabit yang sering mengugutnya meninggalkan Zalif, Rafida yang mesra disapa dengan panggilan Fida, mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hubungan mereka.

"Saya mengambil keputusan mengundur diri kerana tidak tahan dengan SMS yang dihantar. Kami tidak putus, sebaliknya menyepi begitu saja.

"Saya akui Zalif memang baik. Cuma orang ketiga yang membuatkan saya nekad untuk tinggalkan dia. Perhubungan kami sekejap saja dan dia boleh terima saya sebagai kawan, jadi saya tidak ada masalah untuk menerimanya sebagai kawan," luah artis ini.

Hubungan yang terputus akhir tahun lalu itu tidak akan bersambung semula. Fida mahu menumpukan perhatian kepada karier seninya daripada memfokuskan soal cinta.

Pilih hati berbanding rupa
Serik untuk bercinta lagi, bagi Fida, kehidupannya sekarang lebih kepada diri sendiri dan kerjaya.

Bukan menolak takdir, tetapi jika sudah dipertemukan jodoh, Fida lebih selesa memikirkan soal berumah tangga daripada bercinta.

"Mungkin wanita itu fanatik dengan Zalif sehingga sanggup SMS saya dengan kata-kata yang kurang enak dibaca. Selain itu, ramai yang bertanya, kenapa pilihan hati saya agak berbeza daripada orang lain? Ini bukan soal rupa paras atau saiz tubuh, sebaliknya lebih kepada soal hati.
"Pilih yang tidak ada paras rupa menarik juga boleh putus di tengah jalan, apatah lagi yang kacak dan bergaya. Bagi saya, kalau itu sudah jodoh, saya terima," katanya yang ditemui di majlis tayangan program raya dan berbuka puasa Astro di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tak mungkin kembali berkasih dengan Mamat

Biarpun hubungannya dengan Mamat sudah lama berakhir, mereka kembali berkawan selepas muncul bersama dalam program Apa Saja FBI.

Kembali berhubung dan keluar bersama - namun bukan kerana ingin menjalin semula percintaan yang lama terlerai, Fida yang menginjak usia 27 tahun ini mahukan hubungan baik mereka terus kekal.

"Saya lihat Mamat sekarang lebih matang. Malah, dia sering menghubungi serta SMS saya. Kami juga pernah keluar lepak bersama kawan-kawan lain.

"Jika hendak dikatakan cinta akan bertaut kembali, ia tidak mungkin berlaku. Sejak berkawan semula, saya lihat dia pun sudah melupakan kisah lalu. Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan dia ingin kembali kepada saya," katanya yang akan beraya di ibu negara iaitu di Kampung Baru.

Sibuk dengan karier seni terutama nyanyian, Fida akan muncul dengan single terbaru bersama kumpulan Stellar berjudul Wan Lebor selepas single pertama mereka, Apo Kono Eh Jang menambat hati pendengar.

Zizan sarung kostum cicak

Posted: 21 Jul 2013 04:43 PM PDT

Siri ketiga filem adiwira bakal jalani penggambaran selepas raya

Selepas mencatat kejayaan dengan dua judul terdahulu, filem adiwira tempatan, Cicak Man, akan kembali menemui penonton dengan episod terbaru tidak lama lagi. Filem yang sekali lagi mendapat sentuhan pengarah, Yusry Abdul Halim, itu dijangka memulakan penggambaran pada 15 Ogos ini.

Memasuki siri ketiga penerbitan, Cicak Man 3 juga akan tampil dengan pembaharuan apabila menyandarkan muka baru bagi membarisi filem terbitan KRU Studios ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norman Abdul Halim, yang dihubungi HIP Jumaat lalu, berkata pihaknya tidak berniat mengenepikan pelakon yang pernah memantapkan filem terbabit sebelum ini, sebaliknya pemilihan wajah baru dilakukan bagi memberi suntikan kelainan kepada jenama berkenaan.

Antara barisan pelakon yang dipilih membintangi filem susulan ini ialah Lisa Surihani, Zizan Razak, Fizz Fairuz dan Yus Jambu.

Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai filem berkenaan hanya akan didedahkan pada majlis sidang media yang bakal diadakan Rabu ini.

"Memang ada beberapa elemen pembaharuan dalam judul ketiga ini, tetapi kita masih lagi mengekalkan kesinambungan cerita di antara filem yang pertama hingga ketiga. Logo Cicak Man juga masih kita kekalkan, cuma mungkin ada pembaharuan dari segi kostum.

"Walaupun menampilkan wajah baru, kita tidak mengenepikan pelakon lama yang pernah menjayakan filem Cicak Man sebelum ini. Tidak bermakna apabila khidmat mereka tak diperlukan, kita terus mengetepikan mereka. Watak mereka langsung tidak kita matikan.
Sekiranya kami berhasrat untuk melanjutkan filem ini pada masa akan datang, berkemungkinan pelakon lama seperti Saiful Apek, Sharifah Amani dan yang lain-lain boleh kita panggil lagi," katanya.

Lisa dipilih bukan kerana Yusry

Diminta mengulas mengenai pemilihan Lisa sebagai teraju utama, yang mungkin boleh mencetuskan kontroversi berikutan pertalian pelakon itu dengan KRU Studios, Norman menjelaskan, tidak wujud dasar pilih kasih sebaliknya kredibiliti wanita berbakat itu sebagai pelakon popular menjadi faktor utama syarikat produksi berkenaan memilihnya untuk membintangi filem terbabit.

"Kami memilih Lisa bukan sebab dia isteri Yusry, tetapi kita turut mengambil kira kedudukannya sebagai antara pelakon yang masih lagi popular dan relevan dengan industri perfileman hari ini.

"Begitu juga dengan pemilihan Zizan, dia juga antara pelakon yang cukup popular pada masa kini. Dengan pemilihan pelakon yang ada nama, ia akan memudahkan kami dalam soal tajaan," katanya.

Pungutan hampir cecah RM10 juta

Bakal memulakan penggambaran selepas Aidilfitri nanti, penggambaran Cicak Man 3 dijadualkan memakan masa selama 45 hari.

Menurut Norman lagi, dia difahamkan penggambaran akan dijalankan di sekitar Kuala Lumpur serta di beberapa negeri lain.

Cicak Man diperkenalkan buat kali pertama pada 2006 dan ia mencatat kejayaan luar biasa dengan catatan pecah panggung RM6 juta. Dua tahun kemudian, Cicak Man 2 - Planet Hitam menemui peminat di pawagam dan mencatat kutipan RM2.84 juta.

Selain Apek dan Amani, antara barisan pelakon yang pernah membintangi filem Cicak Man termasuklah Fasha Sandha, Datuk Aznil Nawawi, Adlin Aman Ramlie, Datuk AC Mizal, Yusry dan Tamara Blezinsky.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Jejak kelahiran cerita aksi ghaib

Posted: 20 Jul 2013 03:43 PM PDT

Kematian polis detektif muda, Nick Walker (Ryan Reynolds) bukanlah pengakhiran ceritanya, tapi permulaan pengembaraannya bersama syerif veteran, Roy Pulsifer (Jeff Bridges) di Rest In Peace Department ataupun R.I.P.D.

Dan seperti semua kisah cerita agung ia ada sejarahnya – lebih 10 tahun lamanya sebelum ia direalisasikan ke filem wayang besar dari sebuah grafik novel Dark Horse Comics.

Sejak terbitan pertamanya pada 2003, pengasas Dark Horse Comics, Mike Richardson telahpun tertarik dengan menjadikan siri Peter M. Lenkov (penulis yang bakal menulis cerita televisyen hangat bersiri seperti 24, CSI: NY and Hawaii Five-0) kepada filem wayang besar selepas mendengar penegakkan Lenkov atas siri R.I.P.D.; sepasangan polis yang bekerja disebalik undang-undang di akhir tahun 90-an.

"Sebagai seorang penerbit, anda akan selalu meninjau bahan yang lebih besar dan menarik untuk diterbitkan.

"Kita cuba mengenal akan potensi sepertimana dengan R.I.P.D," kata Richardson.

Richardson dan kumpulannya yang telah berjaya menterjemahkan beberapa novel grafik popular kepada filem hangat seperti The Mask, Hellboy and Hellboy II: The Golden Army, sedar bahawa cerita seperti ini merentasi dua perantaraan media yang berbeza dan memerlukan perhatian teliti yang berbeza untuk penterjemahan sebuah grafik novel kepada filem besar yang bagus dan sebaliknya.

Selepas mengalami beberapa penggubalan selama sepuluh tahun lebih, akhirnya project berkenaan menjadi tumpuan pengarah, Robert Schwentke (Red, Flightplan), produsor Neal H. Moritz (siri Fast and Furious, I Am Legend) dan Michael Fottrell (Fast & Furious, Fast Five and Live Free or Die Hard), serta pasukan penulis Phil Hay dan Matt Manfredi.
"Dari satu segi permukaan konsep, idea muktamad R.I.P.D sememangnya unik dimana ia mengisahkan sebuah jabatan polis yang tugas tunggalnya adalah untuk mencari yang telah mati tapi masih hidup di kalangan manusia dan membawa mereka balik ke alam mati untuk dijatuhkan hukuman.

Satu lagi permukaan yang lain adalah ia mencontohi filem-filem polis rakan setugas yang saya gemari seperti 48 Hours dan Lethal Weapon," kata Moritz.

Kata Fottrell bahawa dia sangat mencintai skrip yang ditulis Hay dan Manfredi kerana mereka dapat menciptakan dunia baru ini yang sangat menyakinkan bagi watak watak dalam R.I.P.D dan menggabungkan elemen-elemen komedi dan aksi kedalamnya dengan sempurna.

Hasilnya - selepas kematian polis detektif muda Walker yang dibunuh disebabkan kemalangan, dia diberi peluang kedua untuk terus hidup dan menolong R.I.P.D menangkap roh makhluk-makhluk jahat yang bersembunyi dikalangan manusia selama seratus tahun ataupun menerima hukuman di akhirat di mana takdirnya adalah tidak tentu.

Bersama syerif R.I.P.D veteran Pulsifer, mereka berdua akan mendedahkan satu plot kiamat dimana terowong ke akhirat akan dibuka dan makluk makluk roh jahat akan melimpah ke alam manusia sekiranya keseimbangan kosmik tidak dipulihkan.

Tontonkan R.I.P.D dalam 3D di panggung wayang pada 1 Ogos.

Ashraf Muslim tak hadir forum terbuka

Posted: 20 Jul 2013 03:42 PM PDT

Kuala Lumpur: Walaupun sudah menyatakan persetujuan menyertai forum terbuka di Busana Mall di sini, sejak dua minggu lalu, petang tadi, Ashraf Muslim tidak muncul seperti dijanjikan atas alasan demam.

Ketidakhadiran pelakon dan pengamal perubatan Islam yang mencetuskan kontroversi selepas menikahi isteri kedua di Thailand ketika permohonan poligami sedang diproses mahkamah, menimbulkan tanda tanya ramai.

Sepatutnya, Ashraf hadir sebagai panel jemputan bersama Sham Kamikaze, Ikbal ElSunury dan Ustaz Muhamad menjayakan program Bual Bicara Cinta Anak Muda - bersihkan hati sucikan jiwa anjuran sebuah majalah Islamik.

Wakil penganjur merangkap Editor, Salina Mohd Som, berkata pihaknya memahami situasi membabitkan Ashraf yang kurang sihat malah sudah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan sebaik kisah pernikahan keduanya disiarkan akhbar.

"Kami tiada masalah untuk bekerjasama dengannya pada masa akan datang. Ashraf membuat panggilan jam 2.30 petang tadi (semalam) dan menyatakan dia demam," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS