Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Press Release Parti Ulangtahun Budiey.com Ke-5

Posted: 21 Jan 2012 06:21 PM PST

21 Januari 2012 – Bertempat di Aristo Garden, Zouk KL, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, blog hiburan Budiey.com – Sensasi Selebriti telah meraikan seramai 150 orang pembaca setianya dengan menganjurkan Parti Ulangtahun Budiey.com yang Ke-5.

Bertemakan warna ungu dan putih, sambutan ulangtahun kali ini mengetengahkan konsep Music is Art di mana Budiey menjemput pembaca untuk menghayati irama muzik dan lagu yang dipersembahkan oleh artis lama mahu pun artis yang masih baru meningkat naik.

Selain memberikan hadiah goodie bag. Budiey.com juga menghadiahkan hadiah-hadiah menarik seperti sebuah iPad2 kepada pembaca yang bertuah melalui cabutan bertuah. Selain itu, hadiah-hadiah lain dari para penaja juga turut diberikan kepada pembaca. Antaranya, seutas rantai mutiara bernilai RM5,000 sumbangan Rafflesia, pakej percutian, tiket terbang ke Osaka, Jepun, kamera digiital, produk kecantikan dan banyak lagi.

Parti ini dihoskan oleh penyampai radio Suria FM yang popular dengan segmen Suria Cinta iaitu DJ Lin dan dibantu dengan penampilan dari seorang pelakon dan pelawak terkenal Azrul Zaidi yang kini muncul dengan single terbaru, Cerita Kita.

Selain untuk meraikan pembaca setia, Budiey.com juga tidak lupa untuk menjemput 30 orang selebriti untuk memeriahkan suasana. Antara selebriti yang hadir ialah Adira, Shila Amzah, Tomok, Ning Baizura, Amanda Imani, Awi Rafael, Aliff Aziz, Farawahida, Mimi One Nation Emcees, Min Yasmin, Dior Shahril, Andi A Merican, Keroz Nazri, Awan Band, Liyana Fizi, Najua P.Ramlee, Tengku Aidil, Mia Sara Nasuha, Elfira Loy, Erul AF, Azri AF, Bkay Nair, model kanak-kanak terkenal Nur Aisyah Humairah dan ramai lagi.

Sebanyak 10 pass masuk juga diagihkan untuk pendengar setia Suria FM melalui satu peraduan yang dianjurkan selama seminggu bermula dari 16-20 Januari lalu di segmen Suria Cinta.

Parti Ulangtahun Budiey.com Ke-5 ini ditaja oleh syarikat komunikasi terkemuka DiGi sebagai Penaja Rasmi, Penaja Bersama oleh Alternate Pictures & Nuffnang dan SayCheese Productions pula menjadi Fotografer Rasmi.

Budiey mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Parti Ulangtahun Budiey.com Ke-5 termasuklah rakan media, para penaja dan juga semua pembaca budiey.com yang sudi memberikan sokongan.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ucapan Adam Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Ucapan Nas Adila Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • My Merchandise
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Video Show Hunny Madu di Parti Nona 2010
  • Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 1
  • T-4: Terminator Salvation Set for May 22, 2009 Release
  • Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com Kembali Lagi!
  • Neway Karaoke Box Siarkan Berita Parti Ulangtahun Budiey.com
  • Gambar Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1
  • Full content generated by Get Full RSS.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Saintis buat zakar tiruan yang menghasilkan sperma

    Posted: 21 Jan 2012 09:15 PM PST


    SAN FRANCISCO: Sekumpulan saintis diberi kebenaran menghasilkan buah zakar tiruan yang menghasilkan sperma, dalam usaha membantu menyelesaikan masalah ketidaksuburan lelaki. 


    Saintis sebelum ini cuba menghasilkan sel sperma tetapi cuma mampu menyelesaikan tiga per empat daripada proses itu di dalam makmal kerana persekitaran khas dalam buah zakar lelaki diperlukan untuk menjayakan proses itu. 
     Kumpulan pakar diketuai Dr Paul Turek itu berharap dapat menghasilkan mesin biologi pembuatan sperma yang berbentuk beg silinder dan tidak dilekatkan pada tubuh. 
     Ia perlu diganti selepas setiap kitaran pengeluaran sperma yang mengambil masa 70 hari dan berbeza dengan alat tiruan, lelaki yang kehilangan buah zakar tidak menghasilkan sperma. 


    Dr Turek kini menghasilkan prototaip dan menganggarkan ia mengambil masa lima hingga tujuh tahun untuk menyempurnakan kaedah itu. 


    "Geran yang diperoleh adalah satu penghormatan dan diberi selepas beberapa tahun kami mengkaji idea ini. 


    "Kami sudah mengumpulkan saintis hebat yang amat komited dengan kejayaan," katanya. 
    Bagi menghasilkan buah zakar tiruan itu, penyelidik perlu membangunkan teknik untuk menumbuhkan sel sperma manusia. 


    Mereka bercadang menggunakan sel tunjang embrio lelaki dengan gen untuk mengemudikan ia menjadi sel reproduktif yang boleh digunakan dalam IVF. 


    Ketika kajian menunjukkan ada kemungkinan dapat merawat tikus jantan tidak subur dengan menghasilkan sperma menggunakan sel tunjang, kajian ke atas manusia gagal. 


    Dr Turek berkata, salah satu tujuan utama ialah menghasilkan semula buah zakar tiruan dengan semua komponennya. Bagaimanapun, sebahagian pakar skeptikal dengan kaedah itu. 


    Pakar sakit puan dan sains reproduktif di Universiti Pittsburgh, Kyle Orwig, berkata: "Ia satu projek yang pastinya sukar tetapi mengagumkan jika berjaya. Ia akan memberi impak besar kepada bidang kesuburan." 


    Katanya, tiada siapa pernah mencuba menghasilkan sperma dengan mencipta semula 'rumah pengeluaran' sel sperma. Buah zakar bertanggungjawab menghasilkan dan menyimpan sperma. Jika rosak, ia boleh memberi kesan serius kepada kualiti sperma. – Agensi


    sumber : berita harian

    Tukang Kebun Gunakan Viagra Untuk Membuat Tanaman Bertahan Lama

    Posted: 21 Jan 2012 09:00 PM PST


    Seorang tukang kebun David Domoney telah menemukan suatu cara untuk membuat tanaman bunganya layu dan gugur lebih lama, iaitu dengan menggunakan Viagra.


    Pakar hortikultura ini mengatakan bahwa bahan kimia yang terkandung dalam ubat seks itu membuat bunga dalam vas untuk bertahan lebih lama.


    Dia mengklaim tanaman diberi air dan tablet Viagra yang telah dihancurkan, akan tetap tegak seminggu lebih lama daripada bunga potong yang hanya diberikan air.


    Pembawa acara di Garden ER di Channel 5 ini berkata bahawa hanya memerlukan sejumlah kecil Viagra untuk membuat tanaman menjadi kaku lebih lama.


    "Hanya 1 mg Viagra (ada 50mg dalam satu tablet Viagra) dilarutkan ke dalam air, dan ini akan membuat tanaman Anda bertahan selama seminggu." jelas Domoney.


    Viagra mengandung oksida nitrat, yang memperlambat proses kematian pada tanaman.


    "Aspirin yang dilarutkan juga bekerja dengan cara yang sama dengan Viagra. Masukan satu tablet ke dalam beberapa bunga layu dan ini akan memperpanjang hidup mereka." tambahnya.


    Domoney mengatakan bahwa para ilmuwan saat ini sedang mengerjakan sebuah versi Viagra untuk tanaman.

    Kutu babi punca wanita ni rasa tua

    Posted: 21 Jan 2012 08:30 PM PST


    NEW MARSKE: Seorang ibu kepada tiga orang anak dari New Marske di utara England, berkata beliau menghidap penyakit misteri yang menyebabkan mengalami masalah kesihatan seperti seorang yang berusia 90 tahun, gara-gara digigit sengkenit 20 tahun lalu. 
     Sengkenit yang juga dikenali sebagai kutu babi atau pirah, adalah sejenis serangga parasit luaran (ektoparasit) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia, burung malah reptilia dan amfibia. 
     Adelle Huckins, 31, berkata beliau kerap menghidap sakit kepala yang kuat (migrain) rasa letih melampau, sakit seluruh badan manakala mata kirinya membengkak sejak 20 tahun lalu.


    Bagaimanapun, hanya pada 2011, Huckins dapat memahami punca yang menyebabkan masalah kesihatannya, apabila pakar perubatan mengesahkan beliau menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai penyakit Lyme (Lyme Disease), berpunca daripada jangkitan bakteria yang dibawa oleh sengkenit.


    Bakteria dikenali Borrelia burgdorfer kerap ditemui dalam sistem penghadaman haiwan seperti tikus, rusa dan burung. Apabila sengkenit menghisap darah haiwan yang mempunyai bakteria terbabit, ia akan menyebabkan serangga itu turut dijangkiti. Sengkenit boleh memindahkan bakteria itu kepada manusia melalui gigitannya.


    Penyakit Lyme melemahkan sistem imunisasi penghidapnya menyebabkan mereka mengalami keletihan melampau, sakit kepala dan bengkak di bahagian sendi. Jika dibiarkan penghidapnya boleh diserang jangkitan kuman pada otak, lumpuh dan boleh membawa maut. 
    Keterangan doktor berkenaan segera mengingatkan Huckins kepada satu lawatan sambil belajar ke Jerman yang disertainya pada 1991, ketika berusia 11 tahun, apabila beliau digigit sengkenit pada bahagian kaki.


    "Gigitan itu menyebabkan ruam di kaki saya, tetapi saya menyangka ia perkara biasa dan tidak memikirkan langsung kesannya selepas itu. Saya tidak terfikir gigitan itu akan mengakibatkan saya dijangkiti penyakit yang membuatkan saya berasa seolah-olah sudah berusia 90 tahun.


    "Sejak kembali daripada lawatan itu, kesihatan saya semakin merosot, tetapi pakar perubatan tidak mengetahui punca masalah saya. Serangga itu benar-benar menyebabkan hidup saya menjadi tidak keruan," katanya.


    Huckins berkata beliau mengalami pelbagai tanda penyakit tetapi doktor seringkali mengaitkannya dengan penyakit lain.


    "Bagaimanapun apabila saya membaca mengenai penyakit Lyme, saya sedar bahawa saya adalah salah seorang mangsanya. Saya baru berusia 31 tahun tetapi saya berasa seperti sudah berusia 90 tahun," katanya.


    Selama beberapa tahun pakar perubatan kebingungan untuk menerangkan mengenai penyakit yang dialami Huckins, tetapi apabila beliau terbaca mengenai penyakit Lyme di internet, Huckinssedar ia mungkin boleh menjawab persoalan mengelirukan mengenai masalah kesihatannya.


    Ujian kesihatan asas yang dijalankan selepas itu memberi jawapan negatif. 
    Bagaimanapun ujian kedua di Hostpital Nuffield di Newcastle terhadap Tyne membuktikan sangkaan Huckins adalah benar.


    Kini Huckins dilanda kebimbangan suaminya Rob mungkin menghidap sama, kerana Lyme boleh berjangkit melalui hubungan seks.


    Beliau juga bimbang dengan nasib anaknya Joshua, 9, Kaitlyn, 6 dan Dexter, walaupun tiada bukti Lybe boleh menjangkiti bayi ketika proses kehamilan.


    Ketika ini Huckins diberi ubat antibiotik untuk meredakan pelbagai tanda penyakitnya.


    "Saya ingin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika membuat perjalanan ke luar negara terutama di kawasan desa. Sengkenit hanya serangga halus, tetapi gigitannya menyebabkan hidup saya tunggang terbalik," katanya. – Agensi


    sumber : berita harian

    Banduan keluar penjara tanpa seluar

    Posted: 21 Jan 2012 08:15 PM PST


    VANERSBORG, KOMPAS.com — Seorang banduan Sweden yang sudah menyelesaikan hukuman dua bulan penjara menarik perhatian kerana berjalan meninggalkan penjara Brinkeberg di Vanensborg, Sweden, tanpa memakai seluar dan kasut. 


    Lelaki itu, yang oleh media setempat dipanggil Percy, mengatakan kepada petugas penjara bahawa seluarnya yang dipakai sewaktu masuk penjara sudah sempit. Lelaki yang dihukum kerana memandu sambil mabuk dan melanggar lalu lintas itu meminta penjara membelikan seluara dan kasut, tetapi permohonan itu ditolak. 


    Pihak penjara menolak permohonan itu kerana di antara barang-barang milik Percy saat masuk penjara terdapat wang 118 dollar AS (sekitar Rp 1 juta) yang diambilnya lagi saat keluar. Jadi, Percy dianggap boleh membeli sendiri keperluannya. Percy beralasan, dia tak sempat membeli kerana penolakan penjara waktunya terlalu sikit. 


    Penjara menjual seluar dan kasut untuk tahanan yang dibebaskan, tetapi harganya terlalu mahal. Percy akhirnya mendapat tumpangan untuk pulang ke Trollhattan dengan hanya mengenakan kemeja, pakaian dalam, dan stoking. Dia pun akhirnya boleh membeli seluar dan kasut dengan harga yang lebih murah dari yang ditawarkan penjara. Ada-ada saja.... 
    Sumber : Kompas Cetak

    Pelik...guna muzik techno untuk galakan orang muda ke gereja

    Posted: 21 Jan 2012 08:00 PM PST



    Sebuah gereja di Sweden berusaha menarik orang muda dengan menampilkan musik Techno saat pelayanan ibadah di gereja.


    Untuk meningkatkan kembali jumlah  yang semakin berkurang Olle Idestrom, seorang pendeta di Gereja All Saints di Stockholm, Sweden, muncul dengan idea untuk menarik lebih banyak kaum muda untuk ke Gereja dengan memasukkan musik Techno dalam pelayanan ibadah.


    Menurut Orange, Idestrom melihat cara ini sebagai suatu langkah yang efektif untuk kembali menarik kaum muda untuk ke gereja. Dimana mereka mengganti nyanyian-nyanyian rohani dengan lagu yang secara khusus ditulis untuk tari modern.


    Nampaknya idea ini terbukti sukses dan sangat populer pada kaum Kristen muda yang menyukai metode baru ini.



    Gila.. Ketua polis curi 4 Xbox

    Posted: 21 Jan 2012 07:30 PM PST


    ST LOUIS: Seorang bekas ketua polis semalam mengaku bersalah mencuri empat konsol Xbox 360 daripada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
    Menurut dokumen siasatan, Michael Baxton yang berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun dan denda sehingga AS$500,000 (RM1.5 juta), ditangkap selepas pegawai mencurigai tingkah lakunya.

    Pegawai mengesyaki bekas Ketua Polis St Louis itu menawarkan layanan baik kepada beberapa suspek penjenayah dan mencuri serta menjual barangan bukti.


    FBI yang mengambil keputusan mengujinya, membeli lima XBox 360 dan meletakkannya di dalam sebuah kereta sebelum melaporkan kereta itu dicuri.

    Baxton dan seorang pegawai lain yang menyiasat kes itu, mengarahkan pegawainya meletakkan empat Xbox itu ke dalam keretanya. "Tanpa disedari oleh Baxton, pegawai itu sebenarnya bertindak sebagai saksi FBI. Dia dilengkapi dengan peranti perakam audio dan video yang merakam kejadian mencuri itu," menurut dokumen mahkamah.


    Baxton yang dilantik menjadi ketua polis untuk menggantikan seorang bekas ketua polis yang dipecat kerana jenayah cukai, sebelum ini mempunyai dua kesalahan jenayah lain. - AP



    sumber : myMetro

    Lelaki makan kucing ditahan

    Posted: 21 Jan 2012 07:15 PM PST


    PHOENIX: Seorang lelaki tidak berumah ditangkap selepas didakwa membunuh seekor kucing dan memakannya di sebuah gudang.
    Pemilik bangunan itu menelefon polis selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena di dalam gudang itu.

    Polis yang memasuki gudang berkenaan menemui Russell Christopher Hofstad (gambar) di dalam dengan mukanya bercat and ekor serta sebahagian tali perut haiwan itu tergantung pada lehernya.


    Polis menemui bahagian lain kuncing itu di tengah gudang. Hosstad memberitahu polis, dia mahu menggunakan tulang kucing itu sebagai barang hiasan. - AFP


    sumber : myMetro

    Pasangan kekasih Facebook akui zina

    Posted: 21 Jan 2012 07:00 PM PST


    DUBAI: Seorang pembantu rumah dan pekerja binaan dihadapkan ke mahkamah semalam kerana berzina di kediaman majikan pembantu rumah itu selepas jatuh cinta menerusi Facebook.
    Amah warga Filipina berkenaan dan buruh rakyat Pakistan itu mengaku berkenalan menerusi laman sosial terbabit "Selepas bersembang selama dua minggu menerusi Facebook, dia memberi alamat majikannya dan membantu saya memasuki rumah itu. Kami mengadakan seks di sana," kata warga Pakistan berusia 23 tahun itu yang dikenali di mahkamah sebagai IA.

    Kegiatan mereka didedahkan oleh tukang masak di rumah berkenaan yang melihat IA keluar dari bilik tidur amah berkenaan, NS, pada awal pagi.


    NS, 27, dalam kenyataan kepada mahkamah mengaku melakukan seks dua kali dengan kekasih Facebooknya itu. - GN


    sumber : myMetro

    Kahwin dengan mayat

    Posted: 21 Jan 2012 06:30 PM PST


    PATTAYA: Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.
    Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.
    Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.

    Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya 'Anne' Kamsook.



    Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.


    Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

    Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

    Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

    Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.

    Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. - Agensi



    sumber : myMetro

    Gila..potong mayat anak

    Posted: 21 Jan 2012 06:15 PM PST


    KEPALA mangsa dihentak bertubi-tubi dengan batu bata sehingga mati. Tubuh kanak-kanak itu kemudian dipotong menggunakan gergaji tangan dan dibuang ke pesisir jalan.
    Yang mengejutkan, perbuatan kejam terhadap Aliahna Lemmon yang baru berusia sembilan tahun dilakukan bapa kandungnya, Michael Plumadore, 39. 
    Kejadian ngeri itu berlaku di Fort Wayne, Indiana, Amerika Syarikat pada 22 Disember lalu.

    Selepas membunuh anaknya, Plumadore membuang cebisan tubuh mangsa yang diisi ke dalam beg plastik sampah ke pesisir jalan berdekatan kediamannya. Namun bahagian kepala, kaki dan tangan mangsa disimpan dalam peti ais.



    Ibu mangsa, Tarah Souders, 28, sebelum itu membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa sepanjang perayaan Krismas lalu. Tarah dan Plumadore ketika itu sudah berpisah, kali terakhir mereka bersama pada hujung November lalu.


    Ketika siasatan dijalankan, selang sehari selepas Krismas iaitu pada 26 Disember lalu, Plumadore menyerah diri dan mengejutkan polis dengan pengakuannya melakukan pembunuhan ngeri itu.

    Suspek kemudian membawa pegawai penyiasat mendapatkan semula tubuh mangsa yang dibuangnya sebelum itu.

    Pegawai Polis, Kenny Fries berkata, pembunuhan itu paling kejam pernah berlaku dalam tempoh 30 tahun di Indiana.

    "Suspek membawa kami (polis) ke rumahnya, kemudian memberitahu sebahagian tubuh Aliahna diletakkannya dalam peti ais.

    "Sukar mempercayai apa berlaku, kejadian ini antara kes yang tidak mungkin dapat saya lupakan," katanya.

    Setakat ini, polis tidak mahu mendedahkan motif pembunuhan sehingga kes ini dibawa ke mahkamah bagi pendakwaan pada Januari ini.

    Berdasarkan laporan polis, pembunuhan berlaku sekitar awal pagi pada hari kejadian. Sebaik melakukan pembunuhan, suspek tidur dan hanya dikejutkan dengan panggilan daripada Tarah yang tercari-cari Aliahna ketika itu.

    Mulanya, suspek cuba menyembunyikan jenayah dilakukannya, namun akhirnya menyerah diri selepas sambutan Krismas iaitu 26 Disember.

    Bagi Tarah, kematian anak perempuannya masih mengejutkan, lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh pasangannya.

    "Dia (suspek) sangat menyayangi Aliahna. Apa yang berlaku bagaikan mimpi ngeri buat saya. Saya sukar menerima hakikat yang Plumadore melakukannya," katanya.

    Sementara itu, polis Indiana mendedahkan suspek adalah tidak asing dalam dunia jenayah, terutama membabitkan serangan seksual. Rekod polis mendapati suspek terbabit dengan 15 jenayah berkenaan. 



    sumber : myMetro

    Lelaki tidak sedar paku dalam kepala

    Posted: 21 Jan 2012 06:00 PM PST


    ORLAND PARK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki pada mulanya menyangka sebatang paku yang keluar daripada penembak paku yang dia guna- kan untuk bertukang, sipi melepasi kepalanya.
    Namun, paku tersebut sebenarnya tertusuk ke dalam kepala lelaki berkenaan, Dante Autullo yang menetap di sini, negeri Illinois.
    Beberapa anggota keluarganya memberitahu, paku sepanjang 8.8 sentimeter itu terbenam di otak Autullo lebih sehari sebelum ia dikeluarkan Khamis lalu.
    Lelaki berusia 32 tahun itu sedang bertukang di kediamannya Selasa lepas apabila dia tertembak paku tersebut.
    Dia melihat terdapat kesan luka kecil di kepalanya tetapi tidak menyangka bahawa dia tertusuk paku.
    Dia hanya pergi ke hospital lewat keesokan harinya selepas mengalami mual dan sakit kepala.
    Autullo terkejut selepas pemeriksaan imbasan sinar-X mendapati terdapat sebatang paku yang menembusi otaknya.
    Dia kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi mengeluarkan paku tersebut.
    - AP
    sumber : kosmo online

    Bayi sebesar tapak tangan dibenarkan keluar hospital

    Posted: 21 Jan 2012 05:45 PM PST


    LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bayi antara terkecil di dunia dibenarkan keluar dari sebuah hospital yang menjadi tempat tinggalnya selama hampir lima bulan.
    Memakai topi merah jambu dan dibaluti selimut yang juga berwarna merah jambu, Melinda Star Guido menjadi tumpuan lensa kamera televisyen dan jurugambar akhbar di luar Pusat Rawatan USC di sini kelmarin.
    "Saya gembira kerana anak saya sihat," kata ibunya yang berusia 22 tahun, Haydee Ibarra.
    "Saya juga gembira kerana akhirnya saya dapat membawanya pulang," tambah Ibarra.
    Melinda dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu dengan berat cuma 269 gram atau lebih ringan daripada setin air minuman berkarbonat.

    GAMBAR tanpa tarikh menunjukkan Melinda yang baru dilahirkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) Pusat Rawatan Daerah Los Angeles-USC di Hospital Los Angeles.


    Bayi itu amat kecil sehinggakan dia muat dalam tapak tangan doktor yang merawatnya.
    Melinda dipercayai bayi terselamat ketiga terkecil di dunia dan kedua terkecil di AS.
    Kini seberat 2.04 kilogram dan masih bernafas melalui tiub oksigen sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa doktor memberitahu bahawa Melinda cukup sihat untuk pulang selepas hampir lima bulan berada dalam inkubator hospital berkenaan.
    Ibunya melahirkan Melinda melalui pembedahan caesarean pada minggu ke-24 selepas dia didapati mengalami penyakit darah tinggi semasa hamil. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Zizan Raja Lawak Lamar 'Kaka'

    Posted: 21 Jan 2012 05:30 PM PST


    SELEPAS duetnya dengan Dina menerusi lagu Selamat Tinggal, rezeki Zizan Raja Lawak dalam dunia nyanyian tidak terhenti di situ saja. Zizan atau nama sebenar, Mohd Razizan Abdul Razak kembali dengan Bawaku Pergi selepas single Anggun.
    Kali ini Zizan berganding dengan artis baru yang berbakat dan bermodalkan suara serak-serak basah, Nor Atiqa Noor Azraff atau Kaka.

    Ternyata tawaran Zizan bagaikan pucuk dicita ulam mendatang kerana inilah peluang keemasan untuknya memperkenalkan diri sebagai pendatang baru dalam industri muzik tanah air.


    Zizan mengakui jatuh cinta dengan Bawaku Pergi garapan sepenuhnya Malique (Too Phat) sebaik saja kali pertama mendengarnya kerana ia lagu yang mudah menangkap pendengaran.

    "Saya tertarik dengan lagu ini kerana ia sedap pada pendengaran saya. Muzik yang disuntik dalam lagu itu sangat ringan dan tidak menyakitkan kepala mahupun telinga pendengar. Muziknya tidak terlalu berat dan lirik pula mudah difahami, sesuai untuk pasangan bercinta.


    "Kemudian saya mula berfikir dan mencari-cari artis yang boleh dijadikan gandingan untuk menyanyikan lagu ini. Kemudian saya teringat Kaka, ramai memberikan maklum balas dia mempunyai suara sedap dan unik," kata Zizan menceritakan permulaan gandingannya dengan Kaka.



    Walaupun sudah menghasilkan tiga single, Zizan berkata, belum tiba masanya dia menyanyikan lagu itu secara solo, apatah lagi pada masa sekarang ini tuntutan lagu yang diberikan semuanya memerlukan dia berkolaborasi dengan orang lain.

    "Saya lihat ramai penyanyi baru hadir dalam industri dan rasanya tidak salah jika saya memilih artis baru yang belum mempunyai naskhah untuk dipersembahkan kepada umum. Tambahan pula vokal dimiliki Kaka mempamerkan kelebihan ketika menyanyikan lagu itu.


    "Mungkin belum tiba masanya saya menyanyikan lagu seorang diri kerana suara saya bukannya sedap sangat untuk menyanyi solo. Lagipun, saya lebih suka 'rapping', sebab itu saya memerlukan orang lain untuk menyanyikan bahagian korus.

    "Namun jika saya mendapat lagu yang sesuai untuk saya nyanyikan seorang tanpa bantuan orang lain, saya akan cuba bawa lagu itu sebaik mungkin. Bagaimanapun, bukan dalam masa terdekat," katanya.


    Menjejaki gadis berusia 23 tahun itu bukan susah, tambahan pula Kaka mempunyai talian persaudaraan dengan penyanyi terkenal. Zizan berjaya mendapatkan nombor telefon Kaka daripada rakan dan tanpa berlengah, membuat panggilan pada jam 3 pagi.


    Tidak mahu membuang masa, panggilan Zizan berbalas dan dia meminta Kaka bertemu dengannya di stesen minyak sekitar Damansara. Zizan kemudian menyuruh Kaka menyanyikan empat lagu sebelum memintanya ke studio rakaman.


    Kaka mengaku terkejut pada mulanya apabila mendapat panggilan daripada Zizan pada jam 3 pagi. Bagaimanapun, dia tidak rasa 'cuak' kerana yakin memang Zizan yang menelefonnya.


    "Pada mulanya, Zizan memang buat perangai gila dia, kemudian baru dia menyuarakan tujuan sebenarnya membuat panggilan awal pagi. Saya memang minat Zizan dan saya sangat teruja apabila dia menawarkan saya menjadi pasangan duetnya untuk single terbarunya," katanya.


    Mula menyanyi ketika berusia lapan tahun, Kaka yang menguruskan kerjaya sendiri mahu fokus terlebih dulu kepada projek kolaborasi dengan Zizan sebelum membuat kerja lain.


    Agak berdebar-debar dengan reaksi pendengar nanti, Kaka berharap kemunculannya dalam industri boleh diterima dan peminat dapat menyokong perjalanan kerjayanya.


    "Sebagai orang baru, saya risau dengan penerimaan orang ramai. Namun saya akan membuat yang terbaik supaya mereka dapat melihat bakat yang saya miliki.


    "Bekerja dengan Zizan dan Malique sangat mudah kerana pertama kali merakam lagu di studio, banyak perkara yang perlu saya pelajari, namun mereka tidak pernah penat memberikan tunjuk ajar.


    "Tambahan pula Zizan suka buat lawak, membuatkan semua orang tidak tertekan dan dapat bekerja dengan santai dalam suasana tenang.


    "Seronok bekerja dengan mereka dan tidak ada pengalaman pahit pun," kata Kaka mengenai pengalamannya merakam lagu itu selama seminggu pada Disember tahun lalu.


    Mengenai kaitannya dengan penyanyi 'rock' terkenal, Kaka enggan bercerita panjang kerana tidak mahu dikatakan menumpang populariti ibu saudaranya.



    sumber : myMetro

    Mak Nyah gugat rumahtangga

    Posted: 21 Jan 2012 05:15 PM PST


    KUALA LUMPUR: Pertambahan mak nyah sejak kebelakangan ini bukan saja mengancam golongan bujang, malah turut mengganggu keharmonian institusi kekeluargaan, termasuk hubungan suami isteri.
    Ini berikutan naluri perempuan yang menebal dalam diri menjadikan segelintir mak nyah tidak peduli dengan kecaman dan pandangan serong masyarakat, sebaliknya terus menjadikan lelaki tampan yang memiliki naluri sama sebagai sasaran untuk memenuhi kehendak nafsu songsang.

    Bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiyah Hassan berkata, naluri perempuan yang dipupuk sejak sekian lama membuatkan golongan lelaki lembut lebih cenderung terpikat sesama jantina.


    "Kewujudan mereka secara tidak langsung boleh menggugat institusi perkahwinan. Disebabkan mereka lebih menyukai lelaki, tidak kira suami orang atau bujang akan diumpan menjadi teman jika perasaan suka membelenggu diri.

    "Perlu diingat, golongan ini akan buat apa saja demi mendapat apa yang diimpikan," katanya ketika dihubungi Metro Ahad.


    Beliau berkata, faktor persekitaran turut memainkan peranan seperti individu itu dilahirkan dalam adik-beradik yang ramai perempuan, di samping keinginan membuak-buak si ibu yang mahukan anak perempuan.



    "Disebabkan terlalu mahukan anak perempuan, si ibu melayan anak lelakinya seperti anak perempuan. Contohnya memakaikan baju warna lembut seperti merah jambu, selalu ajar memasak, memakaikan bedak dan bersolek yang dianggap perkara biasa.

    "Hakikatnya, perkara begitu akan membuatkan naluri lelaki luntur sedikit demi sedikit dan berubah kepada perempuan kerana sudah biasa dilayan dan diajar perkara yang menjadi fitrah wanita," katanya.


    Menurutnya, keinginan menjadi perempuan sememangnya susah diubah kepada fitrah asalnya, apatah lagi apabila kawannya daripada golongan sama.

    Golongan ini juga terlalu taksub mahu menjadi wanita hingga sanggup menanggung risiko walaupun membahayakan diri sendiri dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk menjaga kulit dan kecantikan muka.


    Justeru, katanya, tidak hairan ramai lelaki sejati sanggup meninggalkan isteri atau teman wanita kerana terpesona dengan layanan dan kelembutan mak nyah.


    "Allah menjadikan manusia dengan dua kejadian iaitu lelaki dan perempuan. Allah mengharamkan hamba-Nya menukar jantina kecuali jika dilahirkan sebagai khunsa kerana mereka boleh memilih untuk menjadi lelaki mahupun sebaliknya mengikut kecenderungan.


    "Apabila kita mengubah ciptaan Allah, bermakna kita tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Jika berlaku situasi seperti ini ibu bapa, rakan terdekat dan masyarakat turut mempunyai 'saham' selain diri sendiri.


    "Mereka tidak boleh dibiarkan terasing, sebaliknya diberi sokongan dan dorongan supaya terbuka hati untuk berubah," katanya.



    sumber : myMetro

    Waspada wanita jadian RM70,000,susuk tubuh mengiurkan

    Posted: 21 Jan 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Lelaki yang mahu mencari pasangan kini perlu lebih berwaspada supaya tidak terpilih 'wanita jadian'. Ini kerana dengan kos RM70,000, seseorang lelaki boleh bertukar menjadi wanita, malah ada kalanya lebih 'jelita' dan memiliki susuk tubuh lebih menggiurkan berbanding kebanyakan perempuan tulen.
    Kos itu termasuk melakukan pembedahan menukar alat sulit, membesarkan payudara dan pelbagai rawatan susulan.

    Ia lebih murah berbanding sebelum ini sekurang-kurangnya RM100,000 diperlukan hanya untuk melakukan dua pembedahan terpenting itu.


    Perkara itu diakui Kis, 28, atau lebih mesra panggilan Nell dalam satu temu bual dengan wartawan Metro Ahad, baru-baru ini.

    Sekali pandang, raut wajah, fizikal dan perwatakan Nell tidak ubah seperti wanita terutama di bahagian payudara apabila 'saiznya' boleh menimbulkan perasaan cemburu di kalangan kaum Hawa.


    Berasal dari ibu kota, Nell mendakwa Thailand, Taiwan dan Singapura menjadi pilihan golongan sepertinya kerana memiliki kemudahan serta kepakaran melakukan pelbagai pembedahan diperlukan dari hujung jari ke rambut.



    "Kalau 10 tahun lalu RM100,000 diperlukan untuk melakukan pembedahan alat sulit dan payudara, kini dengan hanya RM15,000, kedua-dua pembedahan penting itu boleh dilakukan.

    "Justeru, tidak hairan kini makin sukar untuk membezakan mak nyah dengan wanita tulen kerana majoriti kami memiliki segala 'aset' mereka," katanya.


    Nell berkata, selain payudara, dia menjalani beberapa pembedahan lain seperti dahi, rahang, dagu dan kening untuk kelihatan lebih cantik.

    Setakat ini, katanya, dia menghabiskan hampir RM60,000 sepanjang melalui proses berkenaan dan hanya tinggal dua langkah lagi untuk melengkapkannya iaitu membuang alat sulit dan mencantikkan hidung.


    "Jumlah itu tidak termasuk kos pembedahan, sebaliknya merangkumi segala aspek iaitu penjagaan, kelengkapan, aksesori seperti pakaian, alat solek, salun dan pelbagai lagi.


    "Seperti wanita, saya menyediakan bajet khas RM1,000 sebulan untuk kos penjagaan diri bagi memastikan sentiasa cantik," katanya.


    Dia berkata, antara ketiga-tiga negara terbabit, Thailand menjadi pilihan kerana selain memiliki ramai doktor pakar, ia turut menawarkan kos paling murah.


    Katanya, untuk pembedahan membuang alat sulit, kos minimum sebanyak RM8,000 ditawarkan manakala payudara sekitar RM3,500.


    "Ramai mak nyah, termasuk saya, memilih Thailand kerana kos untuk pergi ke sana juga murah dan mudah. Bagi pembedahan alat sulit, hanya bahagian batang dibuang.


    "Buah zakar pula dimasukkan ke bahagian dalam. Melalui teknologi moden menggunakan kaedah 'kikis' (laser), sukar melihat kesan jahitan selepas pembedahan, sekali gus payah membezakannya dengan yang asli," katanya.


    Nell berkata, perbezaan yang boleh dilihat hanya alat sulit mak nyah yang melakukan pembedahan berada atas sedikit berbanding kedudukan sebenar.


    Bagaimanapun, katanya, satu-satunya perkara yang tidak boleh diubah ialah alat kelamin 'baru' berkenaan tetap mengeluarkan air mani apabila mencapai klimaks.


    Mengenai risiko pembedahan membuang alat kelamin, dia mengakui ada beberapa kesan sampingan yang perlu ditempuhi.


    "Kesan jangka pendek ialah menjadi pelupa dan pemikiran tidak normal. Biasanya dalam tempoh beberapa bulan pertama, mereka rasa terasing daripada masyarakat luar dan berada dalam dunia sendiri.


    "Perkara ini dialami semua rakan saya yang menjalani pembedahan terbabit. Bagi jangka panjang pula, masalah biasa dihadapi ialah tekanan jiwa, terutama apabila usia semakin lanjut," katanya.


    Bagi memiliki payudara montok mengalahkan wanita, katanya, beberapa cara boleh dilakukan dan ia tidak semestinya melalui pembedahan.


    Katanya, cara paling mudah dan tidak menyakitkan ialah melalui pengambilan pil dan suntikan hormon yang boleh didapati di kebanyakan farmasi seluruh negara.


    "Pil perancang keluargaturut diambil bagi memiliki payudara sempurna. Ini menyebabkan kulit mereka menjadi halus dan cantik serta membesarkan bahagian dada," katanya.


    Bagi yang mahukan kesan lebih cepat, mereka mengambil beberapa suntikan hormon.


    Nell berkata, selepas mencuba pil dan suntikan, dia akhirnya nekad melakukan pembedahan pada 2009 kerana ia kaedah terbaik bagi memiliki payudara cantik seperti tulen.


    "Saya menjalani pembedahan silikon dan ia juga pembedahan pertama dilakukan saya.


    "Saya melakukannya di sebuah klinik di Thailand dengan bayaran RM3,500.


    "Selain silikon, pembedahan lain boleh dilakukan ialah melalui pemasangan implan dan 'salt water'.


    "Risiko pembedahan itu ialah perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami masalah kerana selain boleh menyebabkan kecacatan kekal, ia membahayakan nyawa," katanya.


    Anak ketiga daripada lima beradik ini berkata, seperti wanita, mak nyah yang menjalani pembedahan transformasi keseluruhan tidak akan berhenti setakat itu saja dalam usaha menjadi cantik.


    Nell mendakwa memiliki naluri wanita secara semula jadi sejak kecil dan merasai pengalaman pertamanya seawal usia 10 tahun.


    "Saya kali pertama diliwat pada usia 10 tahun oleh seorang jiran.


    "Namun ia bukan secara paksaan kerana saya memang menyukainya.


    "Apapun, pengalaman pertama saya 'bermesra' dengan kaum sejenis dialami setahun sebelum itu bersama sepupu. Namun pada masa itu kami hanya 'ringan-ringan'," katanya.



    sumber : myMetro

    Dj WANITA KAKI GANJA

    Posted: 21 Jan 2012 04:45 PM PST


    KOTA KINABALU: Seorang wanita yang juga penyampai stesen radio swasta berbahasa Inggeris, di sini, ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
    Dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, tengah malam, penyampai radio berusia 26 tahun itu dilihat berhibur bersama beberapa rakannya sebelum dikejutkan dengan kehadiran anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

    Difahamkan, selepas ditahan, penyampai radio itu dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap wanita berkenaan didapati positif dadah jenis ganja.


    Berikutan itu, penyampai stesen radio terbabit yang masih bujang ditahan di IPD Kota Kinabalu bagi membantu siasatan. Dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi berkata, dalam serbuan itu, 33 orang berusia lingkungan 19 hingga 30 tahun diperiksa dan hasil ujian air kencing mendapati tiga positif dadah iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 20-an didapati positif ganja.


    "Bagaimanapun, kami masih meneruskan siasatan dan beberapa individu yang positif dadah itu diambil tindakan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.



    Katanya, tiga suspek dibawa ke IPD Kota Kinabalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 kerana positif dadah.


    sumber : myMetro

    Pasangan di ingat jangan salah 'curah'

    Posted: 21 Jan 2012 04:30 PM PST


    KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri dinasihat tidak menggunakan laman sosial untuk mencurahkan perasaan mengenai masalah rumah tangga kerana bimbang ia lebih mengeruhkan keadaan, sekali gus menjadi punca perceraian.
    Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut berkata, banyak sebab perceraian berlaku, antaranya segelintir pasangan suka mencurahkan masalah kepada rakan di laman sosial untuk meraih simpati rakan.

    Menurutnya, ada pasangan melayari laman sosial berjam-jam sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga dan mengundang kewujudan pihak ketiga.


    "Setiap pasangan perlu menangani masalah mereka bersama-sama tanpa mengheret orang lain. Jika mencurahkan masalah kepada orang lain, kita bimbang ia menimbulkan masalah lebih serius, sekali gus meretakkan keharmonian rumah tangga.

    "Mencegah lebih baik daripada mengubati. Langkah tidak membincangkan soal rumah tangga dalam Facebook, Twitter, Myspace atau apa saja laman sosial boleh menyelamatkan perkahwinan," katanya.


    Beliau mengulas peningkatan mendadak kes perceraian di Indonesia berpunca daripada penggunaan laman sosial kerana bimbang fenomena itu turut menular di negara ini.



    Pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah turut menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan laman Facebook atau kecanggihan teknologi kerana ada pasangan berselisih faham gara-gara cinta siber.

    "Pasangan harus saling menegur jika suami atau isteri gelisah gara-gara melayari Facebook. Ada pasangan ketagih berhubung secara serius di laman sosial sehingga mengundang bencana keruntuhan rumah tangga.


    "Namun, mungkin hanya 30 peratus menggunakannya untuk kebaikan, selebihnya ada yang memuat turun gambar lucah, kurang tumpuan kepada kerjaya dan sebagainya. Kita bimbang, jika pasangan kurang iman, syaitan mudah mengganggu-gugat keharmonian," katanya.

    Sementara itu, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asnawi Tuan Omar berkata, biarpun tiada kajian menyeluruh dibuat mengenai isu keruntuhan rumah tangga akibat penggunaan laman sosial, pengguna disaran lebih berhati-hati.


    "Sebenarnya, banyak kebaikan dapat dimanfaatkan di laman sosial, misalnya peniaga boleh menggunakannya untuk mengembangkan perniagaan.


    "Begitu juga, seorang doktor boleh menggunakan laman itu bagi menjelaskan mengenai sesuatu penyakit. Pakar agama pula boleh menitipkan pelbagai petua dan doa untuk diamalkan sebagai tanggungjawab terhadap masyarakat," katanya.



    sumber : myMetro

    Hasrat Izwan Pilus tak sampai

    Posted: 21 Jan 2012 04:15 PM PST


    JASIN: Hasrat penyanyi dan pengacara Kembali Senyum, Khairil Izwan Pilus, 33, untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang penyiaran tidak kesampaian selepas ajal menjemputnya, lewat petang kelmarin.
    Ibunya, Normah Abdullah, 54, berkata, anak keduanya sebelum ini mencari-cari pusat pengajian sesuai untuk melanjutkan pelajaran.

    Namun katanya, Allah lebih menyayanginya dan perancangan itu tidak sempat dilaksanakan.


    "Itu antara perancangan arwah untuk menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi walaupun mempunyai segulung ijazah (Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan, Universiti Utara Malaysia).

    "Selain itu, arwah menyatakan mahu berjaya dalam kerjaya sebagai penyanyi dan pengacara," katanya.


    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengebumian Allahyarham Izwan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam, Nyalas, dekat sini, semalam.



    Jenazahnya selamat dikebumikan jam 11 pagi semalam dengan bacaan talkin dilafazkan Imam Dua Masjid Nurul Huda, Mohamad Nor Bachik.

    Turut bersama pengebumian itu, bapanya, Pilus Mohd Jani, 56, kakaknya, Khirul Aida, adiknya juga penyanyi Khairil Azam atau Aril dan adik bongsunya Nurul Nabila.


    Semalam Harian Metro melaporkan, Izwan Pilus disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, Pandan Mewah, di sini, jam 6.15 petang, kelmarin.

    Izwan dimasukkan ke hospital berkenaan jam 12.30 tengah malam kelmarin selepas demam kuning.


    Hospital mengesahkan Izwan meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan kuman dalam darah (Sepsis) yang serius.


    Normah berkata, anaknya suka mengambil berat terhadap keluarga dan sangat manja serta kuat semangat walaupun berperwatakan pendiam.


    "Arwah anak yang baik dan tidak melupakan tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya," katanya.


    Lebih 500 orang keluarga, saudara-mara, rakan artis serta peminat menziarahi jenazah di rumah keluarganya di Taman Nyalas Permai, di sini, dan majlis pengebumian.


    Antara artis yang hadir, Maya, Ida Muin, Hakim (AF7), Amar Anak Wayang dan Hafiz AF7.


    Sementara itu, Aril berkata, Allahyarham sempat berpesan kepadanya supaya menjaga ibu bapa mereka.


    Katanya, dia masih teringat saat dimarahi abangnya pada minggu lalu kerana tidak tahu melipat baju.


    "Tiga minggu lalu ketika di rumah (di Ampang), arwah marah saya kerana menyatakan saya tidak pandai melipat baju sambil berkata 'nak tunggu aku mati ke baru nak belajar lipat baju?' "Saya tak sangka arwah dah pergi. Masih teringat lagi abang menyatakan yang dia sayangkan saya serta meminta menjaga ibu dan ayah," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui, semalam.


    Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia Ketujuh (AF7) itu berkata, abangnya suka membantu keluarga jika mereka dalam kesusahan dan turut pandai menguruskan hal mereka.


    "Kami baru merancang menghasilkan sebuah single dengan berduet bersama, tetapi ia tidak kesampaian," katanya.



    sumber : myMetro

    Gila ..lelaki ni 3 tahun menyamar jeneral

    Posted: 21 Jan 2012 04:00 PM PST



    KARACHI - Polis Pakistan menangkap seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai seorang jeneral. Hebatnya, lelaki tersebut sudah bertingkah layaknya seorang perwira tinggi militer selama tiga tahun.


    Selama menjadi jeneral palsu, Maqsood Shah menggunakan jawatan palsunya untuk merebut lahan milik rakyat. Dirinya juga kerap meminta upeti kepada pemerintahan di wilayah terpencil Pakistan.


    Lelaki berusia 52 tahun tesebut ditangkap di Karachi di wilayah milik militer Pakistan. Saat penangkapan berlangsung, Shah ingin melakukan pertemuan dengan pegawai pemerintah setempat guna meraih kesepakatan atas tukar guling lahan secara ilegal.


    "Kami berhasil menangkap seorang lelaki yang menjalankan hospital swasta, tetapi dirinya berpura-pura menjadi seorang perwira berpangkat letnan jenderal selama tiga tahun. Dia gunakan pangkat palsunya untuk merebut lahan dan mendapatkan upeti," jelas petugas polisi Ghulam Subhani seperti dikutip AFP, Sabtu (21/1/2012).


    Saat ditangkap, Shah bahkan merasa dirinya layaknya seorang perwira bintang tiga sesungguhnya. Tidak segan-segan dirinya mengancam polis yang tengah menyiasatnya.


    Kini dirinya tidak boleh lagi mengelak saat polis menyerahkan bukti-bukti dan laporan dari kejahatannya. Jenderal palsu itu pun terpaksa mendekam di penjara.

    Segera Lahir, Anak Hasil Rekayasa Genetik

    Posted: 21 Jan 2012 03:00 PM PST


    London - Jamaknya, seorang bayi mewarisi genetik dari dua orang, ayah dan ibunya. Namun rekayasa genetik memungkinkan seorang bayi memiliki gen dari tiga orang tua.


     Ilmuwan Inggris saat ini tengah memulai pengujian teknik bayi tabung baru ini. Tujuannya untuk memberantas penyakit genetik yang tidak dapat disembuhkan, seperti distrofi otot. Dalam dua tahun ini, bayi 'produk' laboratoriumnya segera lahir.


     Konsep ini, seperti dilapor Guardian, lama mengendap di laci Profesor Doug Turnbull, ilmuwan di Newcastle University, yang merupakan pionir teknik ini. Titik terang mulai muncul setelah pemerintah mengumumkan konsultasi publik mengenai apakah hukum harus diubah untuk memungkinkan teknik ini.


     Dalam konsep Turnbull, teknik ini melibatkan mengambil DNA sihat dari telur ibu--baik sebelum atau setelah pembuahan--dan mentransfer ke dalam telur yang disumbangkan oleh wanita lain. Sel telur ini kemudian ditanamkan ke rahim ibu untuk menghindari kesalahan dalam mitokondrianya.


     Mitokondria adalah 'motor' berbentuk sosis yang mengapung dalam sel yang mengubah makanan menjadi energi yang digunakan tubuh. Masing-masing mitokondria berisi sebuah untai DNA kecil, sekitar 37 dari 23 ribu gen manusia.


     Secara teori, anak yang dihasilkan akan memiliki materi genetik dari ibunya, ayah, dan donor. Namun tidak akan mewarisi karakteristik donor.


     Prosedur ini telah menyebabkan polemik, terutama terkait etika. Pengkritik teori ini menyebut proses pembuatan 'anak hibrida' ini akan menciptakan risiko yang tidak diketahui untuk generasi mendatang.


     Menteri Sains Inggris David Willetts menengahi dengan mengatakan bahawa para peneliti telah membuat sebuah penemuan 'penting dan berpotensi menyelamatkan nyawa'. Namun ia memandang perlu adanya regulasi. 
    sumber

    Buat Kamu Agar Tidak Kehilangan Selipar di Tempat Umum

    Posted: 21 Jan 2012 10:00 AM PST


    Lelaki Massachusetts Serahkan 94 Hamsternya Kerana Kehabisan Ruangan Di Apartmentnya

    Posted: 21 Jan 2012 09:00 AM PST

    Surfing - Seorang lelaki Massachusetts memberikan 94 hampster miliknya ke tempat perlindungan haiwan setempat, mengatakan kepada petugas dirinya kehabisan tempat buat hamster-hamster itu di apartmentnya.

    Direkur tempat itu mengatakan hamster-hamster itu bakal diperhatikan dan dijadikan haiwan peliharaan yang baik.

    Mike Keiley, sang direktur mengatakan bahawa sang pemilik hamster, yang tak disebutkannya, singgah bulan ini dan mengatakan dirinya memiliki banyak  hamster untuk diserahkan.

    "Ada banyak sangat. Dia kehabisan ruangan buat mereka dan saat itulah dia datang." 

    Petugas pengawas haiwan di Lawrence mengatakan lelaki itu kewalahan ketika para petugas datang untuk mengambil hamster-hamster itu pada hari Jumaat, dan awalnya dirinya ingin mengasuh beberapa. Tapi dia berkata  dirinya berubah fikiran.

    Para petugas mengatakan lelaki itu mulai memelihara hamster-hampster itu sekitar 5  tahun lalu.

    Inilah Foto Lucu Tupai Yang Menirukan Tingkah Manusia

    Posted: 21 Jan 2012 08:45 AM PST


    Kedua tupai abu-abu ini telah naik skateboard, bermain piano dan bahkan mendorong kursi roda di Tampa, Florida.
    Pose-pose lucu kedua tupai ini diambil oleh Kathy Pruyn, seorang bekas tukang pos yang mengatur adegan-adegan lucu ini dengan menempatkan kacang dan selai kacang di antara mainan untuk memujuk tupai-tupai ini melakukan hal-hal tertentu, seperti bermain piano, slam dunk sampai ber-karaoke.









    Aneh...Pekerja Google Larang Anaknya Buka Google

    Posted: 21 Jan 2012 08:30 AM PST


    Banyak pegawai tinggi Apple yang mendaftarkan anak mereka ke sekolah Waldorf di wilayah Los Altos, California, kerana di sana komputer tidak boleh digunakan sebelum kelas 8, penggunaannya pun sangat terbatas.


    Seperti yang dilaporkan oleh New York Times, komputer tidak diperbolehkan digunakan dalam ruang kelas. Bahkan pihak melarang penggunaan komputer untuk pelajarnya di rumah.


    Dari banyaknya pekerja Google yang mendaftarkan anak mereka di sekolah tersebut membuktikan bahwa standard yang diterapkan di sekolah Waldorf ternyata dirasa cukup baik oleh para orang tua.


    "Program ini menolak anggapan bahawa teknologi sangat diperlukan pada tingkat dasar pendidikan sekolah," ujar Alan Eagle, salah satu eksekutif di Google yang mendaftarkan anaknya ke sekolah tersebut.


    Entah apa yang mendasari pemikiran para pekerja Google yang mendaftarkan anak mereka di sekolah tersebut, mengingat latar belakang orang tuanya yang penuh dengan teknologi.


    Eagle mengatakan bahawa anaknya yang duduk di kelas 5 tidak tahu cara menggunakan Google, sementara anaknya yang kelas 8 baru belajar untuk menggunakan Google.


    "Di Google, kami membuat teknologi agar semudah mungkin digunakan oleh konsumen, yang mungkin hal inilah yang boleh menghambat perkembangan otak dari anak-anak; semuanya menjadi terlalu mudah," ungkap Eagle.


    Sekolah Waldorf cukup berhasil dalam melakukan metode pendidikannya, banyak yang lulus dengan nilai tinggi. Banyak orang tua pun ikut memuji metode pendidikan sekolah tersebut.


    Sumber

    Beginilah Cara Mendeteksi Kebohongan dalam 20 saat

    Posted: 21 Jan 2012 08:15 AM PST


    Ingin menilai apakah seseorang berkata jujur atau tidak? Anda boleh melakukannya dalam hitungan saat. Menurut kajian terbaru dari University of California, Berkeley, hanya diperlukan waktu 20 saat untuk menilai apakah lawan bicara atau orang asing di hadapan Anda dapat dipercaya atau gombal belaka.


    Peneliti merekrut 24 pasangan dan meminta setiap orang untuk berbicara tentang saat-saat di mana mereka menderita. Sementara itu, kamera merakam reaksi lawan pembicara. Sebuah kelompok terpisah lalu mengamati rakaman video itu, dan mereka mampu mengidentifikasi reaksi palsu si lawan bicara dalam waktu 20 saat saja.


    Setelah peneliti mengambil sampel DNA dari peserta riset itu, ternyata 60 peratus peserta yang paling tidak dipercaya memiliki reseptor gen, GG genotipe, yang dapat mengawal rasa peduli dan empati. Reseptor membantu mengatur tingkat oksitosin dalam tubuh, yang dikaitkan dengan perasaan kepercayaan, empati, dan kemurahan hati.




    Reseptor ini mengatur level oxytocin di tubuh, yang menurut berbagai kajian sebelumnya berhubungan dengan rasa percaya, empati, dan kemurahan hati. Demikian dijelaskan Alexsandr Kogan, Ph.D., peneliti post-doktoral di Universiti Toronto yang menjadi penulis utama dari hasil studi ini.


    Di antara mereka yang dinilai paling dipercayai ketulusan responnya, 90 peratus memiliki gen itu. Tapi, ditegaskan para peneliti, kerana gen ini hanya berhubungan dengan persepsi ketulusan, ini tidak bererti bahawa Anda menjadi orang tidak simpatik jika tidak memilikinya. Para pengamat dapat memilih ketulusan dengan ketidakjujuran kerana, kata Kogan, "ada perilaku tertentu yang didapati merupakan signal rasa percaya dan dukungan."




    Berikut 4 tanda perilaku itu:


    1. Perilaku tidak konsisten
    "Jika biasanya seseorang sangat diam, dan tiba-tiba mereka menjadi sangat dinamis atau sebaliknya, ini menunjukkan pertanda ada yang disembunyikan," kata Marc Salem, Ph.D., seorang ahli psikologi perilaku.
    Hal yang sama berlaku jika seseorang yang biasanya berbicara lancar dan cepat, tiba-tiba bicaranya jadi terpotong-potong atau terdengar berhati-hati. "Pergeseran merupakan tanda adanya kebohongan atau penipuan."


    2. Tatapan mata
    "Ketika orang berpikir atau merenung, wajar bila mereka memutus kontak mata dan melihat sekeliling," jelas Salem. Namun, jika pandangan seseorang terlalu konstan, baik saat mendengarkan atau saat mencuba mendapat kepercayaan, itu tanda ketidakjujuran.


    3. Isyarat tubuh
    Batuk, sering membersihkan tenggorokan, atau isyarat lain dengan menutup mulut dapat menunjukkan bahawa seseorang sedang mencoba untuk menyembunyikan sesuatu. Salem mengatakan, hal yang sama terjadi dengan bahu yang turun, atau pose membungkuk. "Itu tanda Anda harus berhati-hati, kerana seseorang tidak membuka diri sepenuhnya."


    4. Tersenyum cepat
    Sebuah senyum memberi perubahan instan pada wajah seseorang, kata Salem. Mata yang berbinar, pipi dan alis akan terangkat seiring lengkungan di sudut bibir. Senyum ini biasanya berlangsung selama beberapa detik sebelum memudar. Salem mengingatkan, senyum palsu muncul dalam sekejap, dan menghilang dengan cepat.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS