Nuffnang

Gosip Artis Malaysia

sumber :-

Gosip Artis Malaysia


Isu Uniform - Farid Kamil Hanya Ditegur

Posted: 10 Dec 2012 06:27 PM PST

Inilah uniform yang digayakan oleh Farid semasa majlis resepsi perkahwinannya pada 1 Disember lalu telah menjadi pertikaian banyak pihak.
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil bukan sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan pakaian yang cacamarba.
Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian "istiadat" itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.
"Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.
"Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Sebuah akhbar menerusi ruangan pojok pada Ahad lalu melaporkan Farid mungkin dikenakan tindakan saman kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini pada 1 Disember lalu.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November lepas di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang, dekat sini.
Istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan ini tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis kerana pakaian yang dipakai tidak lengkap.
Tambah Rahimah, sekiranya Farid benar-benar berhajat untuk menyarungkan uniform tentera pada majlis itu, dia boleh membuat permohonan rasmi untuk dipertimbangkan.
Pihak beliau tiada masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini mana-mana penerbit yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi watak-watak tertentu dalam filem atau drama akan mendapat nasihat cara pakaian sebenar sebagai seorang anggota tentera.
"Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar," katanya.
Sehubungan itu pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner Polis, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November lepas di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang, Selangor.
Malah katanya, istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan itu juga tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis.
"Pakaian yang digunakan semasa "sword bearer" (lalu bawah pedang) itu bukan uniform rasmi polis malah tiada lencana yang dipakai anggota beruniform itu. Jadi ia bukan satu kesalahan. Cuma ia sedikit mengelirukan," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan Zulkifli memberitahu, Farid hanya mengemukakan surat permohonan rasmi kepada pihaknya untuk menggunakan khidmat pasukan berkuda bagi mengiringi perkahwinannya dan ia telah diluluskan tanpa sebarang masalah.
"Farid telah banyak bekerjasama dengan pihak PDRM sebelum ini dalam pelbagai acara yang mungkin tidak diketahui umum dan rasanya tidak menjadi masalah bagi pihak PDRM untuk membantu melancarkan perkahwinannya.
"Malah beliau juga adalah anggota pasukan simpanan PDRM," katanya.
GAM: Lepas ni mudah la orang awam nak kahwin lalu bawah pedang, pakai cacamarba dan jangan bubuh sebarang logo .... mudah mudah.....
- ---

Datuk Yahya Sulung Diarah Keluar Rumah

Posted: 10 Dec 2012 06:25 PM PST

Yahya dan isterinya, Alisah telah menerima notis daripada DBKL agar mengosongkan rumah mereka kerana gagal membayar tunggakan sebanyak RM800.
PETALING JAYA: Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.
Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.
"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi pada Isnin.
Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru.
Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.
Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.
Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.
"Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian," katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.
Zed Zaidi
Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.
Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.
"Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah," ujarnya.
- ---

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Luaskan pengaruh

Posted: 09 Dec 2012 03:20 PM PST

Najwa Latif adakan konsert solo di Singapura 21 Disember

Selepas menawan hati peminat di negara sendiri menerusi beberapa lagu popularnya, penyanyi remaja, Najwa Latif, bakal melebarkan pengaruh ke negara jiran, Singapura, pula.

Peluang itu menjelma apabila gadis berusia 17 tahun ini buat julung kali dipelawa mengadakan konsert sulung di negara terbabit pada 21 Disember ini.
Mungkin juga semua ini disebabkan impak lagu duet saya bersama Sleeq, Untuk Dia" Najwa Latif, Penyanyi

Bukan saja ditawarkan produksi dari sana, Reconstrux Booking, untuk mengadakan persembahan solo, malah penyanyi yang kembali aktif selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini turut diberi peluang memeriahkan pentas persembahan Anugerah Planet Muzik (APM), yang juga diadakan di negara itu.

Teruja dengan dua peluang berkenaan, Najwa yang dihubungi baru-baru ini jelas gembira apabila dapat menjejakkan kaki ke Singapura buat kali pertama untuk menjayakan dua acara terbabit.

"Mula-mula dulu, apabila saya dapat tahu daripada pengurus, saya tidak percaya. Apabila semua sudah ada hitam putihnya, tentulah saya rasa gembira untuk berjumpa dengan peminat di sana. Produksi di sana yang menguruskan semuanya, termasuk jualan tiket," ujarnya.

Impak Untuk Dia
Menurut penyanyi Cinta Muka Buku dan AdaMu ini, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura sebelum ini. Justeru, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila peluang keemasan begitu dihulurkan kepadanya.

Apatah lagi kali ini dia bukan hanya dapat berkunjung ke negara itu, malah dapat pula menghiburkan peminat di sana.

"Mungkin juga semua ini disebabkan impak lagu duet saya bersama Sleeq, Untuk Dia.

"Saya akan menyanyikan 10 lagu pada konsert terbabit. Jika diberi peluang seterusnya selepas ini, mungkin saya akan ke negara jiran yang lain pula.

"Sebelum itu, saya juga akan terbabit dengan APM. Inilah persembahan pertama saya pada acara yang cukup gah itu," katanya yang dicalonkan dalam dua kategori pada anugerah terbabit, iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) dan Ikon Media Baru.

Calon awal bagi kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 ini bagaimanapun tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk pulang dengan trofi anugerah serumpun itu. Katanya, dicalonkan pada peringkat akhir saja sudah cukup membuat dirinya rasa dihargai.

Album kedua dalam pembikinan

Sementara itu, Najwa memaklumkan, single terbarunya berjudul Sahabat, duet bersama Sleeq dan Sham Kamarul baru saja dilancarkan.

Kembali sibuk dengan undangan persembahan di dalam dan luar negara, dia kini turut berusaha menghasilkan album kedua, yang akan dikeluarkan tahun depan.

Sedang menyiapkan beberapa lagu untuk dimuatkan dalam album berkenaan, Najwa terus bekerjasama dengan kakaknya, Ika, dalam penghasilan album terbaru itu. Jika dia lebih kepada penghasilan melodi, Ika pula bertanggungjawab sebagai penulis lirik.

"Buat masa ini saya sudah menghasilkan 12 lagu. Begitupun, saya belum memutuskan jumlah lagu yang akan dimuatkan dalam album kedua ini," katanya.

Peluang kedua

Posted: 09 Dec 2012 03:17 PM PST

Kisah silamnya sudah dilontar jauh dari lubuk hati, tetapi memori itu tidak pernah padam dalam ingatan. Ia sedikitpun tidak mematahkan semangat Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy untuk bangkit semula dan mencari arah baru dalam hidup.

Biarpun sudah dijatuhi hukuman setimpal, Benjy mengakui segala-galanya masih terpahat dalam ingatan masyarakat. Walaupun ada yang memandang sinis, masih ada yang sudi membantunya meneruskan kehidupan seperti dulu.
Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik. Saya sibuk menguruskan perniagaan dengan kawan selain menjaga emak yang masih terlantar sakit di rumah" Benjy, Pelakon

Berdepan situasi sukar untuk hidup normal dan mengambil masa yang lama untuk berdepan dengan masyarakat, semuanya bukanlah perkara mudah. Bagi Benjy, hidup mesti diteruskan dan tidak selamanya dia mampu bersembunyi dalam kegelapan.

"Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik. Saya sibuk menguruskan perniagaan dengan kawan selain menjaga emak (pelakon Azean Irdawaty) yang masih terlantar sakit di rumah.

"Saya sudah bebas sepenuhnya, boleh bergerak ke mana saja dan membuat kerja. Walaupun orang tahu kisah lalu saya, tetapi masih ada yang sudi membantu untuk saya bangkit semula," katanya.
Bekal mesin ais segera

Bersama rakan menguruskan bisnes membekalkan mesin ais segera, IceKool4u, pelakon berusia 34 tahun ini berharap perniagaan yang masih hijau di Malaysia itu menjadi sumber rezeki buat dia sekeluarga.

Bukan tidak mahu kembali dalam dunia lakonan, sebaliknya, Benjy merasakan masa belum sesuai untuk dirinya muncul di kaca televisyen (TV) atau layar lebar.

Benjy bagaimanapun akan berlakon jika tawaran yang diterima datang daripada teman baiknya.

"Buat masa sekarang, biarlah saya berehat daripada dunia seni. Ini kerana perniagaan yang saya usahakan ini masih baru, jadi ia perlukan perhatian. Saya akan berlakon jika tawaran itu daripada rakan-rakan.

"Memang ada tawaran diterima tetapi saya terpaksa menolaknya. Ini kerana saya fikir masanya belum tiba. Saya terima tawaran untuk terbabit dalam teater Tattoo Gestapo ini disebabkan pelakon Pekin Ibrahim," katanya.

Sahut cabaran pentas teater

Melihat penampilan dirinya yang agak terurus dan makin sihat, Benjy yang ditemui selepas pementasan teater Tattoo Gestapo bersama Pekin Ibrahim, Azman Hassan dan Kushairy, tidak menolak jika ditawarkan untuk berlakon teater.

"Saya terima tawaran ini kerana skripnya menarik dan disebabkan kawan. Kalau orang lain, agak susah, tetapi untuk kawan, saya tidak akan menolak," katanya.

Teater arahan Wan Azli Wan Jusoh itu mengisahkan dua teman baik, Lokman (Benjy) dan Mustafa (Pekin) yang bertugas sebagai warden penjara. Namun, kisah silam Mustafa membuatkan dia membenci Lokman kerana menghancurkan rumah tangganya.

Sikap ego Lokman yang berpangkat menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup membunuh temannya itu. Ketakutan dalam dirinya membuatkan dia bertemu dengan seorang banduan iaitu bayangannya sendiri yang sedang menanti hukuman gantung.

Dia meminta banduan terbabit menyelesaikan misteri mimpinya. Hanya keampunan pada diri sendiri menjadi jawapan yang dicari Lokman.

Meskipun ringkas, teater 30 minit itu padat dengan mesej dan penuh dengan estetika seni di sebalik penceritaannya. Skrip yang mudah difahami dengan permainan emosi dan penghayatan pelakon membuatkan perasaan penonton tersentuh.

Teater yang dipentaskan di studio Free.Space@KakiSeni di SSTwo Mall, Petaling Jaya, selama empat hari pada 22 November lalu itu turut mendapat sentuhan pelakon dan pengarah, Nam Ron sebagai pengarah artistik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Designer Dakwa Neelofa Kurang Ajar Dan Tak Profesional

Posted: 09 Dec 2012 09:22 PM PST

tweet neelofa kurang ajar
Designer yang bertanggungjawab menyediakan pakaian untuk Neelofa bagi sebuah program wanita di stesen TV baru-baru ini, nampaknya tidak berpuas hati dengan sikap Neelofa.. Entah dimana silapnya, Designer yang bernama Nurita Harith telah mengeluarkan tweet yang mendakwa Neelofa kurang ajar serta tidak profesional..

Tweet dia berbunyi : "Harap semalam merupakan kerjasama terakhir saya bersama budak perempuan Neelofa. Sangat kurang ajar dan tidak professional."

Apakah punca dan penyebab Designer tersebut mengeluarkan status sebegitu rupa, masih lagi belum diketahui.. Adakah benar Neelofa bersikap kurang ajar dan tidak profesional?, Kita tunggu sahaja penjelasan daripada Neelofa nanti.. Tapi cara Designer ni mengeluarkan tweet tu tersangat lah profesional…

Sumber:Murai

Gambar Di Majlis Pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri

Posted: 09 Dec 2012 07:00 PM PST

Pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani
Tahniah kepada Shah Jaszle kerana beliau telah selamat bertunang dengan Redzwani Puteri pada hari sabtu yang lepas.. Majlis pertunangan Shah Jaszle telah diadakan di rumah keluarga perempuan dengan penuh meriah sekali.. Tarikh perkahwinan mereka berdua masih belum diketahui lagi, namun difahamkan Shah Jaszle ingin menamatkan zaman bujangnya secepat yang munkin tetapi keluarga belah perempuan menyarankan supaya mengikut adat..

Tambah pula, Redzwani baru sahaja menamatkan pengajian ijazah kedoktoran dan baru memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang, pada bulan Oktober yang lalu..

MyGosip harap segala perancangan mereka berdua untuk mendirikan masjid akan berjalan dengan lancar hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar bidikan The Photolicious di majlis pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri kat bawah ni…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS