Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Shahir & Adira di Konsert Reunion Akademi Fantasia 8

Posted: 10 Oct 2010 07:14 PM PDT

Selain majlis persandingan Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina di PICC Putrajaya dan Showdown Street Fest, jam 8 malam semalam telah berlangsung rakaman Konsert Reunion Akademi Fantasia 8 di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Menariknya konsert reunion kali ini berkonsepkan Filem di mana lagu-lagu persembahan bintang AF8 diambil dari filem-filem antaranya, lagu Jai Ho – filem Slumdog Millionaire, lagu Bila Cinta – Lagenda Budak Setan, lagu Mamma Mia – filem Mamma Mia dan banyak lagi.

Dihoskan oleh Sarimah Ibrahim dan pengacara bersama Ray dan Haniff dari Radio Era, konsert yang menghimpunkan semula bintang AF8 ini dikejutkan dengan beberapa kezutan. Antaranya, penampilan istimewa dari Norman KRU dan Adnan Abu Hassan untuk lagu Awas. Kelakar tengok cikgu Adnan dipaksa menari mengikut rentak lagu Awas. Bayangkan sendiri. Kesian pun ada. Sementara cikgu tari, Linda Jasmine menari ala Bollywood untuk lagu Kol Mil Gaya. Superb!

Konsert Reunion AF8 ini akan ditayangkan di Astro Ria pada 6 November 2010, Sabtu jam 10.30 malam.

Untuk peminat Shahir dan Adira, Budiey letakkan di sini dulu gambar pasangan ideal ini…

ADIRA & SHAHIR

ADIRA & SHAHIR

ADIRA & SHAHIR

ADIRA & SHAHIR

ADIRA & SHAHIR

ADIRA & SHAHIR

ADIRA & SHAHIR

ADIRA & SHAHIR

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Bintang Akademi Fantasia 8 di Media Nite Suria FM
  • Konsert Reunion Akademi Fantasia 8
  • Gambar Shahir AF8 di Pelancaran Album Cinta Anita Sarawak
  • Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5
  • Shahir Juara Akademi Fantasia 8
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Gambar Kekasih Alif AF6
  • Lirik Lagu Adira Ku Ada Kamu
  • Siapa Pemenang Akademi Fantasia 8
  • Profile Rina Akademi Fantasia 6
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

    Gambar Nikah Kahwin Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina

    Posted: 10 Oct 2010 04:01 AM PDT

    Gambar Nikah Kahwin Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang telah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

    Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua mempelai.

    Sheikh Muszaffar

    Sheikh Muszaffar

    Sheikh Muszaffar

    PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Ahad.

    Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali kira-kira kira-kira pada pukul 11.45 pagi dengan dihadapan, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.

    Pasangan yang bertunang pada 1 Januari lalu menzahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar.

    "Alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan masyarakat yang datang meraikan majlis ini. Perancangan saya selepas ini adalah untuk meneruskan tugas yang diamanatkan di samping tanggungjawab sebagai seorang suami," kata Sheikh Muszaphar.

    Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor lega selepas selesai upacara akad nikah

    Manakala Dr Halina turut mengakui perasaan gemuruh dan gembira bercampur baur ketika melalui upacara akad nikah sebentar tadi.

    "Syukur semua sudah selesai, perasaan saya ketika ini bercampur baur sama ada gembira sedih dan terharu kerana melangkah setapak lagi ke fasa hidup berumah tangga," ujarnya.

    Ketika ditanya tentang harapan menimang cahaya mata, pasangan ini memberitahu menyerahkan segalanya kepada Allah. Mereka juga dijangka akan menunaikan umrah sambil berbulan madu.

    Dr Halina anggun mengayakan pakaian dari butik Cosry

    Pada majlis tersebut Dr Halina tampil anggun sementara suaminya tampak kacak apabila mengenakan persalinan berwarna putih rekaan Cosry.

    Sheikh Muszaphar menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. Bagaimanapun wang hantaran tidak dimaklumkan atas keputusan kedua-dua belah pihak.

    Majlis persandingan akan diadakan malam ini dengan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dengan bertemakan pahlawan Melayu di istana kayangan.

    Lebih 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa. via Mstar Online

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Dr Sheikh Muszaphar Dr Halina Bertunang
  • Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Berbual
  • Dr Sheikh Muszaphar Shukor Angkasawan Pertama Malaysia
  • Gambar Sheikh Muszaphar Shukor dan Tunang di Majlis Hari Jadi Siti ke 31
  • Majlis Kahwin Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Harlina Ahad Ini
  • Gambar Shahir & Adira di Konsert Reunion Akademi Fantasia 8
  • Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Soyuz TMA10 Selamat Tiba Di Bumi
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Zon Artis

    sumber :-

    Zon Artis


    (Tahniah!) Aqasha Sudah Bergelar Suami

    Posted: 10 Oct 2010 05:53 PM PDT

    GAMBAR KAHWIN AQASHA

    Selain pernikahan Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina, semalam (10.10.10) juga berlangsungnya majlis pernikahan Aqasha. Tapi disebabkan perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar lebih diberi perhatian, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai pernikahan Aqasha ini.

    Walau apa pun, Aqasha yang kini berusia 28 tahun telah selamat di'ijab kabulkan dengan wanita pilihan hatinya iaitu Noor Baizura Mohd Sabri. Dan seperti biasa, tahniah kami ucapkan. Selamat berbahagia dan semoga kekal hingga ke akhir hayat la hendaknya.

    Lagi gambar Aqasha dan isteri kat bawah ni

    GAMBAR KAHWIN AQASHA

    + Pic ehsan mStar Online

    AD:iPhone 3G ini mungkin menjadi milik anda.. Tak nak ke?

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

    (Tahniah!) Sheikh Muszaphar & Dr Halina Sudah Bergelar Suami Isteri

    Posted: 10 Oct 2010 02:27 AM PDT

    GAMBAR KAHWIN ANGKASAWAN NEGARA, DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR DAN DOKTOR HALINA

    Hari ini, 10.10.10 pastinya menjadi satu sejarah buat ramai pasangan pengantin kerana kami percaya ramai yang memilih tarikh ini untuk melangsungkan majlis penikahan dan persandingan. Begitu juga dengan angkasawan pertama negara kita, siapa lagi kalau bukan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Doktor Halina.

    Dan lebih kurang pada jam 11.45 pagi tadi bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah sah menjadi suami kepada Doktor Halina Mohd Yunos dengan hanya sekali lafaz.

    GAMBAR KAHWIN ANGKASAWAN NEGARA, DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR DAN DOKTOR HALINA

    GAMBAR KAHWIN ANGKASAWAN NEGARA, DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR DAN DOKTOR HALINA

    Oleh itu, tahniah dari kami kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Doktor Halina kerana telah sah sebagai suami isteri. Selamat berbahagia dan kami doakan agar perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

    Kat bawah ni ada beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina. Apa yang boleh kami katakan, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sangat handsome dan Dr Halina pula sangat cantik.

    GAMBAR KAHWIN ANGKASAWAN NEGARA, DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR DAN DOKTOR HALINA

    GAMBAR KAHWIN ANGKASAWAN NEGARA, DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR DAN DOKTOR HALINA

    GAMBAR KAHWIN ANGKASAWAN NEGARA, DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR DAN DOKTOR HALINA

    + Pic taken from mStar Online & Twitter Tea Dean

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    OHBULAN!

    sumber :-

    OHBULAN!


    (Gambar) Sekitar Upacara Pernikahan Sheikh Muszaphar Shukur & Kek Roket

    Posted: 10 Oct 2010 08:06 AM PDT

    Kek berbentuk roket, mungkin satu propaganda DAP untuk menyelinap masuk ke dalam fikiran jutaan orang melayu yang sedang menonton secara live persandingan Sheikh Muszaphar Shukur tadi. Awesome tak alasan kami, walaueh!

    Dengan sekali lafaz, Dr.Halina secara sah bergelar isteri kepada angkasawan negara kita yang pertama. Berpakaian anggun serbar putih, kedua-dua pasangan dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Cerai & Rujuk Wilayah persekutuan bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, tengah hari tadi.

    Majlis persandingan pula sedang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) dengan bertemakan pahlawan melayu di istana kayangan.

    Dalam masa yang sama, anda yang berada di luar sana boleh menonton secara Live Streaming Perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, tetapi kami dimaklumkan bahawa semua laman web yang berada di bawah Media Prima mengalami "technical difficulties". Secara automatik, kami & anda dihampakan.

    Akan kami paparkan update terbaru persandingan angkasawan kita dalam masa terdekat. Stay tune!

    Kredit foto : Gua & Mstar

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Kemalangan Ngeri , 6 kenderaan ,12 Maut,40cedera pada 10.10.10

    Posted: 10 Oct 2010 02:52 PM PDT



    REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

    Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan. Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan. Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

    Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

    Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

    Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. – BERNAMA

    kemalang-alor gajah 1 kemalang-alor gajah 2 kemalang-alor gajah 3 kemalang-alor gajah 4 kemalang-alor gajah

    Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat bernikah dan berkahwin dengan Datin Dr Harlina Yunos

    Posted: 10 Oct 2010 02:25 PM PDT






    Tahniah diucapkan buat Datuk dan Datin :)
    Selesai sudah majlis Akad nikah yang berlangsung pagi Ahad..
    Dan persandingan mereka pada sebelah malam di PICC,Putrajaya.

    Disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam.
    Sensasi tgk kat TV sangatlah ramai jemputannya dan penuh dengan wartawan dan media.

    Kek Roket berwarna biru tue je berat dia 30kg..

    Sensasi darjah 5 dulu berat 24 kg je...berat lagi kek ni nampaknye

    tp musykil la,mcm mana nak potong kek nie nak bg sume org makan?

    Apepun majlis berjalan dengan lancar dan boleh dikatakan wedding of the year 2010..

    Cume sensasi kurang jelas lah..tak nampak mcm ala-ala kayangan pun??patut Tema kayangan mestila ada mcm awan-awan kan.. bintang-bintang,bidadari..dewi2 kayangan...kan?

    Misteri Gadis hilang waktu maghrib,9 jin berjaya ditangkap

    Posted: 10 Oct 2010 01:29 PM PDT

    Sensasi: Ada yang mempertikaikan betul ke manusia boleh tangkap Jin??.Dan tak kurang juga yang cakap,sedangkan jin boleh ghaib dan bergerak pantas ,mcm mana manusia boleh tangkap..

    Dalam agama Islam kita harus percaya akan benda ghaib,jin dan syaitan tetap antara makhluk Allah..

    Walaupun mahkluk itu seolah2 berkuasa,namun manusia dijadikan sebagai khalifah dimuka bumi.Khalifah nie bermaksud Ketua dibumi..

    Bagaimana manusia boleh mengalahkan makhluk2 ghaib ini,hanya dengan izin Allah sekiranya berpandukan dengan Al-quran memang lengkap untuk panduan muslimin dan muslimat.Sebab tue kita dibekalkan dengan ayat2 yang menjadi pertahanan seperti ayat Al-Kursi,Surah Yassin,3 Qul...Al-mulk,dan banyak lagi....juga dipanggil sebagai ayat-ayat pendinding..Apa yang penting,harus yakin apabila membaca surah2 ini,yakinlah bahawa tiada kuasa yang lebih kuat selain kuasa Maha pencipta...

    Sebelum nie pun,kita dengar Ustaz Harun Din tangkap Jin kat KLIA,masa tue KLIA baru lagi dan "keras" becos my uncle pun join jugak dalam group tue..




    Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.


    TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.
    TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.


    Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.

    Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.


    Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.

    Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.

    Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

    Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

    Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut

    Funny Video : Typical Lady Driver

    Posted: 10 Oct 2010 10:59 AM PDT



    Hahahaha..bila tengok Video nie memang kelakar sgt...

    Tapi tak semua perempuan mcm tue...nie mungkin kategori yang "lambat boleh"...kurang cekap..

    Ape pun tak patutlah semua perempuan diklasifikasi sebagai lady driver yang mcm dlm Video tue.. :P

    Video menarik: Kenapa kucing itu mengganggunya solat?adakah???

    Posted: 10 Oct 2010 10:52 AM PDT



    Dalam video nie,kelihatan seorang budak tengah bersolat di dalam masjid..Dan seekor kucing yang agak besar saiznya mengganggunya..

    Tp budak tue tetap meneruskan solatnya dan tidak mengasari kucing tersebut...

    Hairannya kucing itu terus menerus cuba bermanja2 dengan budak tue..bahkan siap lompat atas budak tue..hehe..

    dan last skali,kucing tue mencium2 poket seluar budak tue...

    Rupe-rupenya budak tue ada simpan sumthing dlm sluar dier.... :P

    bila tengok kucing nie,teringat kucing sensasi yang suka kacau bila org solat...
    siap tarik2 lagi kain.huhu...

    P/s: Kucing adalah salah satu haiwan kesayangan Rasulullah...
    kucing yang kita beri makan akan mendoakan kita agar murah rezeki...

    Baca kisah tentang bertapa Rasullullah amat menyayangi kucing

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    sumber :-

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Bekas tentera bakal terima dua insentif

    Posted: 10 Oct 2010 10:06 PM PDT


    Najib Tun Razak beramah mesra dengan veteran perang yang cacat anggota kaki pada Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. Mengiringi Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi


    KUALA LUMPUR 10 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dua insentif yang akan menggembirakan kira-kira 300,000 bekas anggota tentera yang selama ini sanggup mengorbankan nyawa demi memastikan keamanan negara.

    Dua perkara itu ialah sumbangan khairat kematian sebanyak RM3,000 daripada RM500 sebelum ini yang akan berkuat kuasa serta-merta.

    Selain itu, bayaran ex-gratia kepada anggota yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran sebelum 1994 akan segera diselesaikan dalam masa terdekat.

    "Pasukan keselamatan sama ada yang masih dan berhenti berkhidmat kepada negara merupakan kumpulan masyarakat yang amat penting. Kerajaan memang menjaga kebajikan kumpulan ini mengikut kemampuan kewangan kita.

    "Semasa menjadi Menteri Pertahanan pada 2001, saya telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia dan sejak itu sebanyak RM197 juta dibelanjakan bagi membantu kebajikan bekas tentera.

    "Namun usaha ini perlu disemak mengikut kemampuan kewangan negara, tentu sekali jika kita mampu bantuan akan ditambah, sebab itulah hari ini saya umumkan dua insentif besar ini," katanya

    Najib mengumumkan demikian semasa berucap sempena Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

    Hadir sama pada majlis yang julung kali diadakan itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abd. Ghani serta hampir 20,000 bekas anggota dan pegawai tentera dari seluruh negara.

    Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemui selepas majlis itu memberitahu bahawa terdapat kira-kira 2,000 anggota tentera yang cacat anggota kerana terlibat dalam pertempuran bermula pada zaman darurat hingga 1994.

    Katanya, kumpulan yang akan mendapat ex-gratia ini, senarai nama mereka akan dikemas kini oleh PBTM, JHEV dan Kementerian Pertahanan, pembiayaan sepanjang hayat mereka akan dibuat setelah Perdana Menteri menelitinya kerana ia melibatkan jumlah yang besar.

    Mengenai khairat kematian pula, Ahmad Zahid berkata, ia akan dilaksanakan tanpa perlu menunggu Akta Veteran diluluskan dan JHEV telah diarahkan untuk membuat penelitian jumlah sebenar yang terlibat.

    "Komitmen Perdana Menteri itu merupakan penghargaan beliau dan kerajaan terhadap bekas anggota tentera, beliau amat memahami kesukaran yang terpaksa ditanggung apabila berlakunya kematian.

    "Berdasarkan kepada keadaan semasa, RM500 itu tidak mencukupi dan kenaikan ini memang sesuatu yang diharapkan oleh veteran tentera dan keluarga mereka. Harap ia dapat melega dan meringankan sedikit beban mereka," katanya.

    Aqasha Enggan Isteri Berhenti Kerja

    Posted: 10 Oct 2010 08:23 PM PDT

    Dengan sekali lafaz, Aqasha sah bergelar suami Baizura.

    KUALA LUMPUR: Tidak seperti pasangan lain, penyanyi Aqasha, 28, meletakkan syarat agar isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri, 27, tidak berhenti kerja.

    Bukan kerana mahu mengongkong isteri, sebaliknya penyanyi lagu Cahaya Hati ini ingin isterinya berdikari apabila dia keluar bekerja.

    Bagi Aqasha, wanita sepatutnya perlu turut serta menyumbang kepada pendapatan keluarga. Tambahan pula, wanita zaman moden kini lebih terdedah kepada dunia kerjaya.

    Romantisnya pasangan bagai pinang di belah dua ini.

    "Saya nak pasangan saya pandai berdikari serta boleh menjaga diri dan keluarga apabila saya keluar bekerja. Kalau saya mendapat isteri yang lemah-longlai, bagaimana saya nak tinggalkan rumah. Sekurang-kurangnya dia boleh melatih minda dan bersikap responsif," katanya selepas diijabkabulkan di Lake Fields, di sini, Ahad.

    Perkenalan yang tercetus sejak dua tahun lalu tidak disangka mampu membawa dua pasangan ini ke jinjang pelamin. Selepas bertunang pada 23 Mei lalu, akhirnya Aqasha dan Baizura memilih tarikh 10.10.10 untuk disatukan.

    Kedua-dua belah pihak pada mulanya tidak merancang untuk memilih tarikh yang penuh dengan simbolik nombor itu.

    "Idea untuk memilih tarikh 10.10.10 ini datang secara kebetulan. Dalam keadaan ahli keluarga dan sanak-saudara bertanya tentang bila tarikh perkahwinan kami, terus kami menetapkan 10.10.10. Kebetulan ia jatuh pada hari Ahad. Lagipun, tarikh dan nombor tu cantik dan amat bermakna," ujar Aqasha sambil tersenyum di samping isterinya.

    Upacara makan beradap.

    Semasa majlis yang berlangsung penuh meriah itu, ramai sanak saudara kedua-dua pihak yang hadir. Tidak kurang juga saudara-mara Aqasha yang sanggup datang dari negeri Pantai Timur dan Utara.

    Bukan sahaja tarikh yang dipilih tersebut penuh bermakna kepada kedua-dua mempelai ini, malah warna pakaian yang disarungkan ke tubuh mereka iaitu kuning juga mencetuskan makna tersendiri kepada Aqasha kerana dia yang memilih warna kegemarannya itu.

    "Kami diibaratkan seperti raja sehari pada hari ini. Jadi, apa salahnya saya memilih warna kuning yang sinonim dengan warna di raja. Kami nak ambil berkat daripada warna ini," tutur Aqasha, anak sulung daripada tiga beradik ini.

    Kedua-duanya bagai pinang di belah dua dan seperti dilahirkan untuk hidup bersama. Jika ditanya kepada Aqasha mahupun Baizura, mereka merasakan seperti saling melengkapi antara satu sama lain.

    Mempelai bergambar dengan ibu dan bapa Aqasha.

    Di mata Aqasha, Baizura merupakan pilihan yang terbaik untuk menjadi isterinya kerana wanita itu memahami kerjayanya. Selain itu, Baizura yang berkhidmat di jabatan Network Presentation Unit di Astro itu menepati ciri-ciri wanita idaman seperti yang diingini oleh mana-mana lelaki.

    Seperti pasangan lain yang baru berumah tangga, kedua-duanya tidak menolak jika dikurniakan anak dalam masa terdekat ini. Jika ada rezeki, mereka menerima dengan hati terbuka.

    Tentang perancangan bulan madu, kemungkinan mereka akan memilih pulau di Malaysia sebagai destinasi percutian selepas melangsungkan majlis resepsi sebelah pihak lelaki pada 25 Disember ini di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks dan Kebudayaan Shah Alam.

    Antara selebriti yang hadir ke majlis pernikahan Aqasha dan Baizura termasuk Jehan Miskin, Tony Eusoff dan Khir Rahman.

    Dalam majlis persandingan yang dijangka dilakukan secara besar-besaran itu, Aqasha sekali lagi memilih warna tema kuning dan putih dengan gabungan konsep perkahwinan Melayu tradisional dan moden Inggeris. Pakaian mereka akan ditaja oleh Butik Fidz.

    Tinggalkan sementara tentang percutian bulan madu mereka kerana ada yang lebih penting menanti Aqasha pada 21 November ini iaitu pelancaran album EP berjudul Qashanova.

    "Saya menganggap album yang memuatkan enam buah lagu ini sebagai album peribadi pertama saya kerana semuanya saya lakukan sendiri termasuk dari segi penulisan lirik, gubahan lagu dan susunan muzik.

    "Saya juga bertindak selaku penerbit album di samping penerbit bersama, Alex Tan dari Star Mount Records.

    "Saya memilih tajuk album Qashanova kerana lagu-lagu saya bertemakan cinta dan supernova bermaksud bintang yang menjadi sangat terang," jelasnya.

    Ramlah Ram Suntik Antibiotik Pulih Sakit Tekak

    Posted: 10 Oct 2010 08:22 PM PDT

    Ramlah Ram menyambut ulang tahun ke-25 karier seninya di Hotel Impiana, Sabtu.

    DEMI menjayakan malam gala ulang tahun ke-25 karier seninya, penyanyi bersuara lantang Ramlah Ram terpaksa menyuntik antibiotik disebabkan mengalami sakit tekak.

    Dia yang pertama kali menjayakan konsert yang penuh meriah itu di Hotel Impiana, Kuala Lumpur, Sabtu sempat mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Putri pada petang hari yang sama.

    Menurut Ramlah, dia risau dengan sakit tekak yang dilalui sejak seminggu lalu dan paling mendebarkan apabila suaranya tiba-tiba tidak keluar.

    Walaupun merasa terkilan ekoran masalah kesihatannya itu, namun Ramlah tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia dapat menjayakan persembahan pada malam itu.

    Ramlah menyanyikan lagu Kau Kunci Cintaku, Selamat Jalan Romeo, Membilang Butir Harapan, Zapin Yang Tinggal, Fantasia Bulan Madu, Masih Jelas, Mahakarya Cinta dan lagu terbarunya, Cinta Gila.

    "Saya ingat nak buat persembahan yang terbaik sampai lupa tentang kesihatan kerana terlalu kuat praktis. Saya akui memang kesalahan saya kerana tidak cukup rehat sejak bulan Ramadan lalu.

    "Saya sempat meminta ibu yang berada di kampung mendoakan supaya mampu membuat yang terbaik pada malam ini. Selepas ini, jika ada peluang, saya akan buat konsert seperti ini lagi," katanya semasa sidang media seusai majlis tersebut.

    Projek pertama yang dianjurkan oleh kelab peminatnya, Ramlah Ram Group (RRG) itu turut membuatkan penyanyi lagu Ketentuan itu berasa terharu.

    Biarpun ada yang menganggap dia terlambat melakukan konsert setelah melalui usia 25 tahun dalam industri, dia tetap bersyukur kerana rezeki masih berpihak kepadanya.

    Ternyata semua peminatnya yang hadir sangat terhibur dan bersorak riang ketika Ramlah mengalunkan 30 buah lagu popularnya termasuk lagu daripada penyanyi lain.

    Antaranya lagu Kau Kunci Cintaku, Selamat Jalan Romeo, Membilang Butir Harapan, Zapin Yang Tinggal, Fantasia Bulan Madu, Masih Jelas, Mahakarya Cinta dan lagu terbarunya, Cinta Gila dengan susunan muzik oleh band Ideal Sound Studio di bawah pengarah muzik Bell Fatah.

    Bukan hanya nyanyian, penonton juga dihiburkan dengan telatah pelakon tersohor, Fauziah Ahmad Daud selaku pengacara majlis dan Azam Pitt (My Starz LG) sebagai penyanyi undangan.

    Telatah Fauziah Ahmad Daud turut mencuit hati penonton.

    Tidak sia-sia mereka menghabiskan waktu dan wang ringgit semata-mata untuk menjayakan konsert tersebut. Ini kerana majlis itu dibiayai sepenuhnya oleh kelab yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu dengan kerjasama beberapa penaja.

    "Lagu Cinta Gila merupakan lagu pilihan peminat RRG. Lagu tersebut dicipta sepenuhnya oleh Zimie dan akan tampil bersama album terbaru saya tidak lama lagi. Lagu itu akan diputarkan di corong radio dalam masa terdekat ini," ujarnya.

    Sementelah usia 25 tahun telah meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit kepada wanita berasal dari Muar, Johor ini, dia semakin yakin dan mahu mengekalkan bakat yang ada pada dirinya.

    Peminat ibarat nadi Ramlah untuk bertahan dalam industri seni ini dan tidak semudah itu untuk dia melupakan mereka dan sebolehnya mahu lebih rapat dengan mereka bagi mengetahui keinginan mereka.

    Rakan artis turut memberikan sokongan kepada Ramlah iaitu Misha, Zoey, Azwan dan Shahira.

    Setakat ini seramai lebih 1,000 orang ahli yang telah mendaftar di bawah RRG.

    "Mungkin mereka menyukai suara saya. Jadi, saya kena pelihara suara dan bakat yang diberikan oleh Allah ini selain mencuba perkara yang baru pada masa akan datang.

    "Sepanjang 25 tahun ini, ada perkara yang menyakitkan dan saya sentiasa belajar melalui pengalaman. Sukar dan perit bagaimanapun, saya tetap kena tempuhi hidup ini. Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang," tuturnya yang berseri-seri dengan pakaian rekaan Heyroll Basri.

    Kira-kira 200 tetamu yang hadir di majlis tersebut termasuklah rakan artis iaitu Azwan Ali, Sharifah Shahira, Ijoy Azhari, Zoey dan Misha Omar.

    Produser Shhh...Dia Datang Cari Saiful Apek

    Posted: 10 Oct 2010 08:21 PM PDT

    Adzrin menunjukkan resit fotostat yang mengelirukan diberikan kepadanya

    PETALING JAYA: Filem sulung arahan Saiful Apek berjudul Shhh...Dia Datang yang memulakan penggambaran pada tahun 2008 mempunyai masalah kewangan dan kemelut dalaman sehingga menyebabkan filem tersebut tertangguh sehingga kini.

    Pengarah Eksekutif Noradz Production, Adzrin Adzhar, 25, mengakui filem yang bernilai 2 juta itu tidak disiapkan sepenuhnya sedangkan bajet yang dikeluarkan sudah melebihi RM1.9 juta.

    "Pada awalnya kami peruntukan bajet sebanyak RM2 juta tetapi malangnya kami sudah berhabis sebanyak RM1.9 juta hanyauntuk kos produksi sahaja.

    "Sedangkan sepatutnya dengan bajet sebanyak RM1.9 juta itu filem tersebut sudah sampai ke pawagam dan hanya tinggal kos-kos promosi sahaja,"katanya.

    Menurut Azdrin, perkara tersebut berpunca daripada penyelewengan yang dilakukan oleh seorang penerbit eksekutif Noradz Production yang dilantik bagi menguruskan perbelanjaan filem tersebut.

    "Pada mulanya dia yang menawarkan diri untuk jawatan itu dan mencadangkan nama Apek untuk menjadi pengarahnya walaupun pada awalnya kami mahu Mamat Khalid sebagai pengarah.

    "Tapi masalah mula timbul apabila dia menggunakan bajet yang diperuntukkan dengan perkara-perkara yang remeh dan tidak berfaedah sehinggakan kos semakin lama semakin meningkat," katanya yang enggan menyatakan nama eksekutif produser tersebut.

    Adzrin Adzhar

    Tambahnya, Lebih buruk lagi, tiada sebarang resit yang diberikan sebagai bukti perbelanjaan kos produksi sepanjang mereka bekerja.

    "Mereka tidak beri apa-apa bukti perbelanjaan namun setelah diminta barulah mereka beri. Itu pun resit-resit yang sudah difotostat dan kabur. Namun bila kami tanya untuk direkodkan dan diaudit pasti ada sahaja alasan yang diberikannya.

    "Bukan itu sahaja resit yang ditunjukkan pula semuanya tidak munasabah. Hampir setiap hari perbelanjaan penggambaran menelan belanja agak besar," katanya.

    Tambah Adzrin lagi, selepas peruntukan bajet yang dikeluarkan habis, mereka pula menghilangkan diri tanpa mahu bertanggungjawab terhadap filem yang terbengkalai itu.

    Dia juga kecewa apabila pengarah filem tersebut Saiful Apek bersikap lepas tangan selepas bayaran terhadap filem tersebut sudah selesai dibuat.

    "Lebih mengecewakan lagi, filem tersebut juga over run sehingga daripada sebuah filem ia boleh jadi sampai dua filem. Bukankah itu tugas Apek sebagai pengarah untuk menyunting babak-babak tersebut dan menjadikannya sebuah filem sahaja?

    "Bila kami tanya, Apek beritahu kesemua babak bagus dan dia sayang untuk membuangnya. Namun dia hanya selesaikan hanya sebuah filem manakala sebuah lagi yang berdurasi 50 minit ditinggalkan terbengkalai begitu sahaja," katanya.

    Jelas Adzrin, sebelum itu mereka juga terpaksa membayar kepada Apek dengan kos pengarahan bagi dua filem.

    "Kami sudah selesaikan semua bayaran kepada pelakon termasuk bayaran kepada Apek yang meminta bayaran untuk dua filem.

    "Jadi sekarang kami ingin bertemu dengan Apek dan berbincang tentang hal ini. Sudah berbagai-bagai cara kami cuba untuk bertemu tapi ada sahaja alasan daripada pengurusnya," katanya.

    Filem Shhh... Dia Datang yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2009 ini turut dibintangi pelawak- pelawat terkenal tanah air seperti Zami Ismail, Khatijah Tan, Imuda, Ahmad Busu, Yassin, Accapan, Rosnah Mat Aris dan ramai lagi.

    Apek Sedia Jumpa Produser, Selesaikan Filem Shhh...Dia Datang

    Posted: 10 Oct 2010 08:21 PM PDT

    Saiful Apek

    PETALING JAYA: Pelawak Saiful Apek menafikan melarikan diri dan bersikap lepas tangan terhadap filem arahannya Shhh...Dia Datang sehingga menyebabkan filem tersebut tertangguh.

    Apek berkata, terdapat kekecelaruan maklumat antara dia dan pihak Noradz Production yang disebabkan oleh orang perantaraan sehingga mereka tidak dapat bertemu dan berbincang perkara tersebut secara baik.

    "Filem itu sudah 95 peratus siap tetapi ia terhenti begitu sahaja yang mana saya difahamkan berikutan masalah kewangan. Tapi saya tidak lari seperti yang didakwa, saya juga cuba untuk bertemu dengan pihak Noradz untuk selesaikan masalah ini.

    "Ada kekacauan yang membabitkan orang ketiga dalam perkara ini, bila saya ingin berjumpa pihak Noradz ada sahaja alasan mereka agar saya tidak dapat bersemuka dengan Noradz," katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.

    Jelas Saiful Apek, dia bersedia untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian agar filem yang hampir dua tahun tertangguh ini dapat ditayangkan di pawagam.

    "Ini projek pertama saya dan sudah tentu saya harap ia akan menjadi, jika tidak mendapat sambutan sekali pun masyarakat dapat melihat hasilnya.

    "Saya ingin berjumpa pihak Noradz dan berbincang tentang jalan penyelesaian, sebab banyak jalan alternatif jika ia hanya disebabkan oleh masalah kewangan. Kita masih boleh meminta bantuan dari pihak Finas yang ada menyediakan beberapa skim untuk filem-filem sebegini," katanya.

    Dalam pada itu, Saiful Apek juga menafikan mendapat bayaran dua buah filem seperti yang didakwa penerbit Adzrin Azhar seperti yang dilaporkan dalam Mingguan mStar, Ahad.

    "Filem tersebut bukan over run, tetapi saya dapat lihat potensi filem ini menjadi dua buah filem bersiri. Jadi saya mencadangkan agar ia dijadikan sebagai bahagian satu dan bahagain dua, mereka bersetuju tentang perkara itu.

    "Tentang bayaran, saya hanya menyerahkan kepada mereka untuk membayar mengikut budi bicara mereka dan saya hanya dibayar untuk sebuah filem sahaja bukan dua seperti yang didakwa," katanya.

    Filem arahan pertama Saiful Apek ini telah memulakan penggambaran pada tahun 2008 dan siap pada awal 2009. Malangnya atas masalah kewangan filem yang membariskan nama-nama besar pelawak tanah air seperti Zami Ismail, Khatijah Tan, Imuda, Ahmad Busu, Yassin, Accapan, Rosnah Mat Aris dan Kuman ini masih lagi tertangguh sehingga kini.

    Tiz Tangkis Serangan Jahat

    Posted: 10 Oct 2010 08:20 PM PDT

    BELUM jauh mana pun hayunan langkah seni gadis jelita ini. Namun, tempoh empat tahun itu sudah cukup untuk membuka mata penama Tiz Zaqyah Abd Razak atau mesra disapa Tiz mengenali "sepak terajang" dunia penuh glamor.

    Segala macam kontroversi yang menghambat setia mendekati aktres yang membina nama menerusi drama bersiri popular Nur Kasih ini.

    Bukan satu dua cerita negatif memalit, Tiz pernah dilabel sebagai gadis nakal, "kaki sosial", gadis parti dan terbaru cuba untuk merampas kekasih pelakon Fasha Sandha.

    Namun, bagai kalis kontroversi gadis yang bakal berusia 22 tahun tanggal 25 Oktober ini punya cara sendiri menangkis sebarang bentuk serangan-serangan jahat dan tohmahan yang dilempar.

    Formula Tiz cukup mudah, jangan ambil peduli kerana jika terlalu dirunsingkan kelak hanya memakan diri.

    "Kalau nak difikir dan diteliti apa juga persepsi atau kata-kata orang lain terhadap diri kita, maka susahlah hendak menjalani hidup ini dengan tenang. Orang akan sentiasa mempertikai itu dan ini apatah lagi apabila kita dikenali ramai.

    "Cara saya mudah. Tak perlu nak bebankan fikiran dengan kata-kata orang kerana kebenarannya hanya saya dan Tuhan saja yang tahu. Sejujurnya, saya tak ambil kisah sangat kerana hidup harus diteruskan juga," katanya.

    Sebagai muka baru, Tiz cukup bertuah kerana populariti senang mengulit setiap inci tubuh mulusnya itu sehingga diangkat sebagai bintang muda yang meniti di bibir peminat.

    Perit untuk didengar namun lebih berat lagi bahu memikulnya apabila populariti yang di kecapi itu seakan lebih menyerlah pada sisi negatif berbanding bakat yang didagangkan.

    Menerusi perbualan bersama Mingguan mStar pada Rabu lalu, Tiz yang sinonim dengan gestur selamba dan ringkas mengakui, pelbagai cerita kontroversi yang timbul beberapa bulan lalu memang mencalarkan hati tetapi tidak merimaskannya.Dek tohmahan yang bertandang itu, dia senang untuk "lenyap" seketika bagi meredakan kekusutan.

    Biarpun mengakui ia tidak menggugat periuk nasinya, namun Tiz lebih senang untuk berdiam diri daripada segala bentuk publisiti selain daripada melunaskan komitmen kerja.

    "Walaupun pada dasarnya, segala kontroversi yang tercetus beberapa bulan yang lalu tidak menggugat atau memberi tekanan kepada saya secara menyeluruh tetapi bohonglah jika ia langsung tidak mengganggu emosi dan fikiran saya sedikit pun.

    "Cuma, saya memang sudah melatih diri untuk bersikap kebal dan jangan ambil terlalu serius apa jua dakwaan dan persepsi yang tidak berasas terhadap saya. Selepas terlibat dengan filem Nur Kasih sekitar Julai lalu, saya hanya mahu berdiam diri dan fokus pada kerja bagi meredakan keadaan.

    "Kebetulan pula selepas komitmen bersama Nur Kasih berakhir, kita sudah menyambut bulan Ramadan dan Syawal, jadi saya lebih selesa mendiamkan diri di rumah saja jika tiada komitmen kerja," katanya.

    Matang hadapi masalah

    Mendengar luahan itu, penyandang anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 ini lantas diaju pertanyaan apakah yang dipelajarinya daripada kontroversi yang melanda.

    Ujar Tiz, apa jua laporan dan persepsi negatif yang singgah dalam kamus hidupnya sejak bergelar anak seni menjadikan dirinya kian matang.

    Dia belajar erti kesabaran, tidak mudah melenting dan paling penting Tiz kini lebih cekap menghadapi apa jua kes kontroversi yang hinggap.

    "Saya semakin matang dan cekap untuk menghadapi cerita-cerita negatif yang tersebar mengenai saya. Semua kontroversi yang melanda menjadikan saya lebih tenang dan tidak mudah panik biar seburuk mana pun cerita yang timbul.

    "Bagi saya, seteruk mana sekali pun masalah atau kesukaran yang menghimpit, lebih ramai lagi di luar sana yang berdepan masalah hidup lebih besar. Jika hendak dibandingkan dengan apa yang saya lalui ini tidaklah sebesar mana sehingga boleh menjejaskan kehidupan saya.

    "Apa pun, saya bersyukur kerana dikelilingi oleh keluarga dan teman-teman rapat yang sangat memahami dan setia ketika saya berdepan dengan masalah. Mereka banyak membimbing dan menyokong saya," tutur anak bongsu daripada dua beradik ini.

    Tak ingin 'nakal' lagi

    Reaksi selesa yang dipamerkan Tiz lantas mendorong perbualan kami menjurus kepada soal peribadi.

    Apabila diminta mengulas tentang kesahihan dakwaan yang melabelnya sebagai gadis 'nakal', Tiz tidak menyangkal apa jua cerita yang timbul. Namun, sebagai gadis remaja dia akui tidak lekang daripada melakukan kesilapan.

    Bangkit daripada kealpaan itu, Tiz hari ini boleh tersenyum bangga kerana sudah menguburkan semua episod 'nakal' itu dalam-dalam.

    Akuinya, dia tidak lagi berminat untuk keluar berhibur bersama teman-teman atau melakukan apa juga dakwaan orang sebelum ini.

    "Sebagai orang muda memang tak dinafikan saya banyak melakukan kesilapan tetapi itu adalah diri saya. Saya cuba sebaik mungkin untuk perbaiki kesilapan diri.

    "Kini, saya sudah tiada keinginan untuk melakukan semua perkara negatif yang pernah dikaitkan dengan saya. Saya boleh berbangga kepada diri saya sendiri kerana sudah beberapa bulan 'bersih' daripada palitan sebarang perkara negatif.

    "Terus-terang saya katakan, saya sudah lama tidak keluar bersosial atau berhibur dengan teman-teman. Bagi saya, pada fasa ini, saya hanya ingin relaks di rumah dan tumpukan perhatian pada kerja," ulasnya.

    Langkahnya masih jauh dan banyak lagi perkara baru dalam bidang seni yang ingin Tiz pelajari.

    Bukan sahaja dalam bidang lakonan, pelakon yang bakal menyusul dengan telefilem Tujuh Lagu pada Hari Raya Aidiladha ini terlalu teruja untuk melebarkan sayap ke pentas nyanyian andai peluang terhidang.

    KD Dilamar Pada 10.10.10?

    Posted: 10 Oct 2010 08:20 PM PDT

    SEMALAM, sebuah majlis sederhana telah diadakan di rumah milik diva pop Indonesia, Krisdayanti. Rumah yang kebiasaannya sepi itu kelihatan ramai yang keluar masuk.

    Menurut seorang sumber sebuah majlis telah dibuat untuk ahli keluarga dan rakan taulan bekas isteri Anang Hermansyah itu.

    Malah pelabagai kelengkapan masak-memasak dan alat solek serta alat muzik berada di rumah tersebut.

    Dalam pada itu juga, beberapa kenderaan mewah berada di perkarangan rumah tersebut yang menimbulkan syak bahawa majlis tersebut adalah acara pertuannagan pasangan yang dikaitkan dengan Raul Lamos ini.

    Sebelum ini, KD memang disebut-sebut bakal mengakhiri zaman janda bersama kekasih pilihannya jutawan Raul Lamos dalam masa terdekat ini. Namun begitu mereka masih menunggu surai cerai daripada isteri pertamanya.

    Ada juga khabar angin mengatakan tarikh keramat 10 Oktober 2010 dipilih sebagai tarikh pertunangan mereka. Bagaimanapun perkara ini masih belum dijelaskan oleh pemilik nama Krisdayanti ini.

    Victoria-Beckham Ada Cara Kekal Hubungan

    Posted: 10 Oct 2010 08:19 PM PDT

    PASANGAN Selebriti David Beckham dan Victoria mengakui sudah mengenali diri masing-masing setelah 11 tahun berkongsi hidup bersama sebagai suami isteri.

    Pasangan ini juga memberitahu rahsia utama kebahagian mereka ialah meluangkan satu hari masa untuk bersama tanpa gangguan sesiapa termasuk anak-anak mereka.

    "Biarpun sibuk dengan pekerjaan masing-masing kami masih lagi lagi romantik seperti dulu. Rahsianya kami akan meluangkan satu hari untuk berdua-duan.

    "Hari Rabu malam merupakan hari keramat bagi kami. Ia sudah menjadi satu kewajiban sejak awal rumah tangga, semasa itu kami tidak mahu diganggu oleh sesiapa juga termasuk anak-anak yang akan dijaga oleh pengasuh," katanya seperti dipetik The Sun.

    Oleh yang demikian hubungan pasangan atlet dan artis ini masih mampu mempertahankan rumah tangga mereka biarpun dihimpit pelbagai gosip.

    Terbaru seorang pelacur bernama Irma Nici mendedahkan kecurangan yang dilakukan oleh Beckhem. Perkara tersebut turut dianggap serius oleh Beckhem yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut.

    Biarpun berita tersebut menjadi bahan utama media barat ketika ini, Victoria seakan tidak mengambil peduli akan hal tersebut. Dia masih dengan pendirianya iaitu mempercayai pemaian bola pujaan ramai itu.

    Gwyneth Palthrow Dipaksa Jual Diri

    Posted: 10 Oct 2010 08:10 PM PDT

    BUKAN mudah perjalanan untuk menjadi seorang bintang. Apa yang dilalui aktres pemenang Oscar, Gwyneth Palthrow (gambar)sangat memeritkan apabila dia pernah dipaksa untuk menjual diri.

    Perkara tersebut berlaku diawal kerjayanya sebagai artis. Dia pernah ditawarkan sebuah watak tetapi perlu melakukan satu pekerjaan yang mengadaikan maruahnya.

    Namun perkara terkutuk itu ditolak mentah-mentah oleh Gwyneth, dia percaya kerjayanya akan tetap berjalan lancar jika melalui jalan yang lurus.

    Menurutnya, perjalanan sebagai artis tidak semudah disangka, dari awal pembabitannya sehingga kemuncak kerjayanya pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi.

    "Banyak watak yang saya terima baik, tapi hanya beberapa sahaja yang bagus terutamanya untuk seseorang yang berusia seperti saya.

    "Watak yang sering saya dapat ialah 10 tahun mudah dari usia sebenar. oleh itu bagi saya usia seperti Sandra Bullock adalah yang paling sesuai denagn setiap watak dalam sesebuah filem," ujarnya.

    Red On Black janji kelainan

    Posted: 10 Oct 2010 08:10 PM PDT

    Peminat legenda rock tanah air kini bakal dikejutkan dengan konsert hebat Red On Black yang bakal menampilkan tiga nama gergasi iaitu Search, Wings dan ratu rock Malaysia, Ella buat julung kalinya di atas satu pentas.

    Selepas kejayaan Konsert Double Trouble (DT) yang melibatkan Search dan Wings, satu lagi jenama baru iaitu Red On Black dengan kerjasama Awie Entertainment bakal menjayakan konsert hebat ini nanti.

    Konsert yang menjadi kesinambungan dari Konsert DT ini juga bakal diadakan di sebelah Pantai Tmenyertaimur Semenanjung Malaysia iaitu di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang.

    "Perbezaan Konsert DT dengan Konsert Red On Black adalah kami akan adakan pembukaan secara besar-besaran, kemungkinan juga kelab kereta Ferrari dan Lamborghini akan menyertai kami, kata Awie iaitu salah seorang daripada anggota kumpulan Wings.

    Sementara itu, lagu-lagu yang bakal dibawa oleh kesemua legenda rock ini pula adalah sebanyak lebih kurang 28 hingga 30 lagu bagi memenuhi slot masa lebih kurang dua jam setengah.

    Manakala antara lagu-lagu yang bakal dibawa oleh mereka adalah Pawana, Gadisku, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu, Isabella, Jaket Biru, Pengemis Muda, Rama-rama dan banyak lagi lagu-lagu hit mereka yang pasti digilai oleh peminat serta penonton.

    Konsert Red On Black ini bakal diadakan pada 15 Oktober ini dan harga tiket pula lebih murah dari Konsert DT iaitu RM57.

    Bagi yang berminat untuk membeli tiket atau menyuakan sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Zainurain atau John di talian 019-3261610.

    Sharifah Amani masih aktif

    Posted: 10 Oct 2010 08:09 PM PDT



    Sejak tahun 2005, nama Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya menjadi pilihan pengarah Yasmin Ahmad untuk membintangi filem Sepet sebagai Orked Atan. Kemudian Yasmin tidak menoleh kebelakangan lagi dan terus menggunakan Sharifah Amani sebagai teraju utama Gubra.

    Sharifah Amani juga diangkat sebagai teraju utama dalam filem penuh kontroversi Mualaf yang banyak menerima kritikan dari sesetengah pihak.

    Namun itu cerita lalu, semenjak Yasmin Ahmad kembali ke Rahmatullah tahun lalu, nama anak kedua pasangan Syed Zainal Rashid Al-Yahya dan Fatimah Abu Bakar seakan sepi dari industri tanah air.

    Nama gadis yang mesra disapa Nani ini seakan dibawa 'pergi' bersama Yasmin Ahmad.

    Peluang bertemu gadis kecil molek pada majlis mala gala Magika baru-baru ini merungkai 'kehilangannya' dari industri seni ini. Saat diajukan mengenai kehilangannya Nani pantas menolak dan mengatakan dia masih lagi wujud di dalam industri seni.

    "Saya tidak pernah merasakan nama saya seakan sepi dari industri. Apabila Yasmin pergi, saya merasakan hilang separuh hidup saya. Jika saya boleh korbankan karier saya untuk mengembalikan Yasmin, sudah lama saya buat.

    "Tapi saya sedar yang pergi tetap pergi. Cuma sekarang saya lebih selesa bekerja di belakang tabir saja," katanya kepada Sinar Harian.

    Nani berkata, dia kini berhasrat untuk menyambung hasil-hasil karya yang telah dimulakan oleh Yasmin sebelum ini.

    "Sebagai permulaan saya baru sahaja siap menghasilkan filem pendek, Sangkar. Menerusi sangkar saya bertindak sebagai penulis skrip, pengarah dan pelakon utama.

    "Yasmin pernah berpesan kepada saya jika kita hendak menulis dan mengarah cerita perlulah dibuat berdasarkan apa yang kita tahu agar tidak terpesong.

    "Pada awal pembikinan filem pendek ini, saya akui merangkak dan tidak tahu bagaimana ia harus bermula. Namun, saya bersyukur melihat hasilnya dengan bantuan anggota keluarga dan rakan kru produksi yang pernah bekerja dengan saya sebelum ini," katanya.

    Plotnya mengisahkan seorang pelajar di satu kawasan pedalaman berdepan kesempitan hidup akhirnya berkahwin dengan bapa kepada lelaki yang diminatinya.

    "Menerusi beberapa maklum balas yang diterima ada yang mengatakan hasil kerja saya seperti karya Yasmin sebelum ini. Namun saya rasa belum masanya hasil kerja saya diletakkan sebaris nama Yasmin," katanya.

    Ketika ditanya adakah dia berniat untuk menggantikan tempat Yasmin satu hari nanti, Nani menolak dan mengatakan dia masih merasakan belum layak untuk disamakan dengan Yasmin.

    "Saya sememangnya berhasrat mahu menyambung apa yang Yasmin telah buat. Tetapi saya lebih selesa menyambungnya mengikut cara saya sendiri. Saya dapat merasakan saya belum mampu menghasilkan filem seperti sentuhan Yasmin," katanya yang pernah menjadi Penolong Pengarah filem Talentime, dan Penolong Pengarah untuk aksi lagak ngeri bagi filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) arahan Yusry.

    14 bekas kadet pelatih KTU buli junior didenda

    Posted: 10 Oct 2010 08:06 PM PDT



    JITRA - 14 bekas kadet pelatih Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (KTU) Kepala Batas, dekat sini, didenda antara RM1,000 dan RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mereka mengaku salah mencederakan seorang pelatih junior lebih tiga tahun lalu.

    Majistret Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau dua bulan penjara terhadap dua tertuduh utama iaitu Muhamad Yusof, 25, dan Mohd Sufian Mamat, 24.

    Ahzal Fariz juga menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara terhadap 12 lagi tertuduh iaitu Azharul Abdullah, Phana a/l Achuan, Wan Aiman Wan Bahruddin, Mohd Hishamudin Mohamed Suhaimee dan Umar Anas Abd Halim.

    Tertuduh lain ialah Mohd Izwan Zulkapli, Mohd Ezuan Ahmad Moxni, Mohd Rizuan Jamaludin, Mohamad Zhafri Hanafi, Mohd Fauzi Ishak, Ahmad Hafiz Sulaiman dan Abdullah Arobi Mohd Rosli.

    Bagaimanapun, semua tertuduh membayar denda berkenaan.

    Semua tertuduh terbabit yang kini berusia 22 hingga 25 tahun masing-masing menghadapi tuduhan berasingan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mencederakan pelatih Diploma Kejuruteraan Aeronautik KTU, Muhammad Hazim Ahmad Azman di Belakang Blok Kenyalang, Wisma Pegawai Kadet, Kem Tanah Merah pada 27 Januari 2007 antara jam 9 dan 11 pagi.

    Dua daripada mereka iaitu Muhamad dan Mohd Sufian turut menghadapi tuduhan tambahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Hazim menggunakan senjata atau objek berbahaya.

    Muhamad dituduh mencederakan Muhammad Hazim dengan mencurahkan air panas ke atas mangsa pada 27 Januari lalu di Wisma Kadet, Kem Tanah Merah antara jam 9 hingga 11 pagi.:

    Mohd Sufian pula didakwa menyebabkan kecederaan mangsa sama dengan memaksanya berdiri di atas kayu berpaku pada tarikh dan masa sama.

    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Idris, manakala semua tertuduh diwakili M Athimulan.

    Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang bersidang sebelum ini menamatkan perkhidmatan 14 pelatih terbabit dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuatkuasa pada 24 Julai 2007 selepas mereka terbabit dalam kes penderaan ala Penjara Abu Ghraib terhadap Muhammad Hazim.

    Keputusan MAT itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek, termasuk bagi memelihara kredibiliti dan keutuhan ATM, khususnya TUDM.

    Sementara itu, bapa mangsa, Ahmad Azman Ghazali, 50, yang ditemui selepas selesai perbicaraan bersama isterinya berkata, beliau dan keluarga bersyukur kerana kes ini akhirnya selesai selepas menunggu lebih tiga tahun dan menegaskan pihaknya akur dengan sebarang keputusan yang dibuat pihak kehakiman.:

    "Diharapkan mereka yang terbabit akan belajar daripada kesilapan yang dilakukan dan menjadi orang yang berguna.

    "Sehingga kini semua tertuduh terbabit masih belum meminta maaf kepada keluarganya dan Muhammad Hazim berhubung perbuatan mereka membuli anaknya itu. Bagaimanapun, saya menganggap keadilan sudah diperolehi pihak kami,"katanya.

    Muszaphar sah milik Harlina

    Posted: 10 Oct 2010 08:05 PM PDT


    SHEIKH MUSZAPHAR menyerahkan cek mas kahwin kepada isterinya, Harlina di Masjid Tuanku Sultan Mizan, Putrajaya semalam.


    PUTRAJAYA - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sah menjadi milik Dr. Harlina Mohd. Yunos setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini semalam.

    Dengan hanya sekali lafaz, Sheikh Muszaphar telah dinikahkan oleh bapa Harlina, Lt. Kol. (B) Mohd. Yunos Mohd. Ali dengan mas kahwin RM80 sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

    Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian pengantin sedondon berwarna putih dan rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak pengantin perempuan.

    Turut hadir pada majlis itu ialah ibu bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad serta ibu Harlina, Habibah Endan, keluarga dan kenalan masing-masing.

    Perkahwinan itu turut dihadiri 100 angkasawan luar negara yang dijemput khas pada majlis berkenaan dan persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

    Mercedes tarik balik C-Class, E-Class

    Posted: 10 Oct 2010 08:03 PM PDT


    Mercedes Benz C-Class.


    WASHINGTON - Pengeluar kereta Mercedes-Benz mengumumkan penarikan semula kira-kira 85,000 unit kenderaan model C-Class 2010 dan model E-Class Coupe serta Cabriolet 2011 kerana masalah stereng.

    Menurut agensi berita AP semalam, sistem stereng kenderaan itu mungkin gagal berfungsi sepenuhnya ekoran kebocoran cecair stereng.

    Laporan mengenai masalah itu dikemukakan kepada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA).

    Menurut pengeluar kereta itu, satu penyambungan pada saluran stereng kuasa didapati tidak berfungsi dengan sempurna sekali gus mengakibatkan cecair untuk stereng mengalami kebocoran.

    "Pemilik-pemilik mungkin tidak mempunyai kawalan yang mencukupi ke atas kereta itu ketika berada dalam keadaan seperti mahu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang memerlukan kuasa maksimum stereng," kata pengeluar kereta tersebut dalam satu laporan kepada NHTSA yang didedahkan oleh LA News Monitor.com.

    Syarikat pengeluar kereta dari Jerman itu mengetahui masalah itu berdasarkan aduan daripada beberapa pengguna kenderaan berkenaan.

    RM6.5 juta ceriakan penduduk

    Posted: 10 Oct 2010 08:02 PM PDT


    ORANG ramai bersalam dengan Najib (dua dari kanan) pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM6.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih dan mengecat semula blok-blok perumahan Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini.

    Beliau berkata, peruntukan khas berkenaan adalah berikutan terdapat sebahagian besar kawasan perumahan di taman itu yang kelihatan daif dan usang serta memerlukan penambahbaikan.

    "Saya mendengar keluhan dan rintihan masyarakat di Taman Seri Sentosa, Taman Seri Pinang dan Taman Ria yang di mana kawasan ini adalah kawasan pemindahan banjir. Alhamdulillah, kawasan ini tidak banjir lagi.

    "Cuma keadaan di sini boleh dikatakan agak comot. Justeru, kerajaan telah sediakan peruntukan untuk mengecat semula flat-flat ini seperti mana permohonan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tadi yang memohon kepada saya supaya kerajaan meluluskan peruntukan khas mengecat dan membaik pulih di kawasan ini.

    "Saya berharap dengan peruntukan RM6.5 juta ini, semua penduduk di sini akan hidup dalam keadaan yang selesa dan lebih baik," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai di sini semalam.

    Sakit mata gelagat Awang Hitam

    Posted: 10 Oct 2010 08:00 PM PDT


    SEBUAH pub di Taman Connaught, Cheras menjadi tumpuan warga Afrika melepak bersama rakan-rakan.


    KUALA LUMPUR – Sesiapa yang tidak pernah menjejaki kaki ke Taman Connaught, Cheras di sini pasti terpegun dan hairan kerana kelibat lelaki warga Afrika senang ditemui di situ.

    Dari stesen minyak, restoran makanan segera, kedai mamak sehingga sebuah pub di situ hanya kelibat warga Afrika yang kelihatan.

    Fenomena itu membuatkan anda yang bukan penduduk di situ pasti merasa keliru dan tidak senang kerana suasana di situ seolah-olah anda berada di bumi Afrika.

    Warga Afrika tanpa mengira jantina dilihat tidak kekok untuk melepak dengan gaya hidup mereka yang tidak ada perasaan segan silu.

    Tinjauan Kosmo! mendapati sebuah pub di situ telah dijadikan markas oleh warga Afrika untuk berhibur dan berkumpul bersama rakan-rakan senegara.

    Sepanjang hari lagu-lagu yang dimainkan dalam pub itu pula berunsur lagu-lagu rock dan balada.

    Oleh itu, tidak ada penduduk tempatan yang berani menjejakkan kaki ke pub itu kerana ia telah didominasi oleh warga Afrika sejak sekian lama.

    Jika ada gadis-gadis tempatan melalui pub tersebut, pasti ia menjadi tarikan kepada warga Afrika untuk memikat mereka dipercayai untuk dijadikan teman sosial.

    Ibarat kawasan itu mereka punya, aktiviti berseronok di pub tersebut bermula seawal pukul 11 pagi dan semakin aktif menjelang tengah malam apabila lebih ramai di kalangan warga asing itu memenuhi segenap ruang pub berkenaan.

    Menjelang tengah malam, keadaan pub itu didakwa menjadi bising dengan gelagat warga asing yang juga didakwa kerap bergaduh.

    Kemalangan ngeri 10.10.10

    Posted: 10 Oct 2010 07:58 PM PDT


    PASUKAN penyelamat mengusung seorang mangsa kemalangan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.


    MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang 'meragut' 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.

    Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.

    Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

    Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

    Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

    "Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

    "Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

    Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.

    Pekikan cemas lepas berhimpun

    Posted: 10 Oct 2010 07:56 PM PDT


    SALAH seorang mangsa histeria di SMKA Sheikh Abdul Malek cuba
    ditenteramkan oleh rakan-rakannya semalam.


    KUALA TERENGGANU – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek di sini diselubungi suasana kelam-kabut serta cemas apabila enam pelajar perempuan sekolah itu menjerit-jerit diserang histeria semalam.

    Kejadian pukul 8 pagi itu berlaku sebaik semua pelajar kembali ke kelas masing-masing selepas menghadiri perhimpunan harian.

    Difahamkan, mangsa pertama kejadian histeria semalam adalah seorang pelajar tingkatan dua yang dikatakan turut mengalami histeria pada kejadian yang sama Khamis lalu.

    Sementara lima yang lain ialah pelajar tingkatan lima yang sedang mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Sumber yang enggan dikenali memberitahu, ini merupakan kejadian kedua pelajar sekolah tersebut diserang histeria dalam tempoh seminggu selepas kejadian pertama pada Khamis lalu.

    "Sebelum kejadian kebanyakan pelajar telah kembali ke kelas masing-masing selepas selesai perhimpunan dan keadaan bertukar cemas serta kelam-kabut apabila seorang pelajar perempuan tiba-tiba meraung-raung," katanya.

    Pinjam ah long RM2.9j masuk MLM

    Posted: 10 Oct 2010 07:55 PM PDT


    SEORANG anggota polis melalui kawasan telefon awam yang dipenuhi iklan ah long haram menawarkan pinjaman wang. - Gambar hiasan


    KUALA LUMPUR - Membimbangkan! Percaya atau tidak, wanita bujang dan berkahwin menjadi golongan yang kian terhimpit apabila statistik Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menunjukkan mereka semakin galak meminjam dengan ah long melibatkan hutang mencecah RM2.9 juta sejak 2009 sehingga Ogos tahun ini.

    Dalam tempoh dua tahun itu, sebanyak 51 aduan yang diterima biro itu melibatkan wanita berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an mengatakan hidup mereka diselubungi kebimbangan lantaran menjadi buruan lintah darat tersebut kerana gagal melunaskan hutang.

    Bagi tahun 2009, sebanyak 51 wanita Melayu Lembah Klang telah meminjam dengan ah long membabitkan hutang RM2.2 juta manakala tahun ini sehingga Ogos pula seramai 16 peminjam berbuat demikian membabitkan hutang berjumlah RM784,000.

    Difahamkan, rata-rata jumlah pinjaman berjumlah di antara RM1,000 dan RM300,000 itu dibuat oleh golongan tersebut ialah untuk memulakan perniagaan dan menyertai program pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

    Ketika mendedahkan perkara tersebut, ketua jabatan itu, Datuk Michael Chong berkata, walaupun jumlah pengadu melibatkan wanita Melayu masih rendah berbanding wanita kaum lain, ia tidak boleh dipandang ringan.

    Tak pernah ganggu Aidil, menantu - Abd. Radzak

    Posted: 10 Oct 2010 07:54 PM PDT




    SEREMBAN – Keluarga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, memberitahu, mereka tidak pernah mengganggu kehidupan Aidil Zafuan dan isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar.

    Ayah Aidil Zafuan, Abd. Radzak Salleh, (gambar) 61, menegaskan, mereka sekeluarga menyayangi anak, menantu dan cucunya, Airit Rayyan Rizqin yang berusia setahun.

    Ujarnya, beliau sekeluarga sedia untuk bertemu dengan Rita Rudaini, 35, mahupun keluarga menantunya di Perlis pada bila-bila masa bagi menjelaskan perkara sebenar.

    "Kami akan menyatakan pendirian keluarga kami yang telah menerima baik kehadiran Rita sebagai isteri kepada Aidil.

    "Sebenarnya tidak timbul soal keluarga kami menolak Rita kerana itu tidak akan berlaku, lagi pun Rita sudah pun menjadi sebahagian daripada keluarga dan melahirkan zuriat Aidil," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini semalam.

    Katanya, sidang akhbar itu dibuat bagi menyatakan pendirian keluarga dan menjelaskan penerimaan mereka dan merestui rumah tangga Aidil Zafuan dan Rita Rudaini.

    Bimbang anak jadi pelacur

    Posted: 10 Oct 2010 07:54 PM PDT


    ZAITON menunjukkan gambar anak perempuannya, Nur Farlihin yang hilang lebih tujuh bulan lalu di Taman Tasik Mutiara, Seberang Perai Selatan semalam.


    PERAI – Seorang ibu bimbang anak perempuannya diperalatkan oleh sindiket pelacuran dan dadah antarabangsa selepas keluar dari rumah di Taman Tasik Mutiara, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan dekat sini pada 14 Februari lalu.

    Zaiton Din, 53, berkata, ini berikutan anak bongsunya Nur Farlihin Yahya, 20, menelefonnya menggunakan nombor antarabangsa iaitu 66883878343 baru-baru ini selepas lebih tujuh bulan menghilangkan diri.

    Katanya, dia dan keluarga cuba menghubungi nombor itu dan diberitahu oleh operator panggilan tersebut dibuat dari Thailand.

    "Nur Farlihin ada menghubungi saya termasuk pada hari raya pertama dan kali terakhir tiga hari yang lepas.

    "Dia meminta kami jangan bimbang selain minta maaf di atas segala kesalahannya. Saya bimbang dia terlibat jadi pelacuran dan dadah di negara jiran kerana suaranya kedengaran ketakutan," katanya.

    Harley Davidson tepati cita rasa muda

    Posted: 10 Oct 2010 07:53 PM PDT


    MODEL Naza Prestige bersama motosikal terbaru Harley Davidson di Petaling Jaya baru-baru ini.


    PETALING JAYA - Imej penunggang motosikal Harley Davidson yang sering dikaitkan dengan golongan veteran kini boleh dikatakan tidak lagi relevan pada masa sekarang.

    Hakikat ini turut diakui oleh Presiden Harley Owners Group Malaysia (HOG Malaysia), Choo Kai Mun dengan menyatakan terdapat kecenderungan pengenalan model untuk generasi muda.

    "Apa yang dilihat sekarang ialah terdapat pelbagai model motosikal Harley Davidson yang dilancarkan menjurus dan menepati cita rasa golongan muda," katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran model terbaru motosikal berkuasa tinggi itu di Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. (Naza Bikes) di sini baru-baru ini.

    Secara amnya, beliau berpendapat, kecenderungan seseorang untuk memiliki motosikal Harley Davidson di negara ini tidak berpaksi kepada mereka yang berpendapatan tinggi tetapi ia lebih tertumpu kepada mereka yang mempunyai minat pada jentera tersebut.

    Kai Mun berkata, secara kasarnya terdapat kira-kira 1,500 pemilik motosikal Harley Davidson di negara ini namun jumlah sebenar motosikal berkuasa tinggi itu tidak dapat dipastikan bilangannya.

    Kilang F&N Dairies terbesar di rantau ini

    Posted: 10 Oct 2010 07:41 PM PDT


    DARI kiri, Lee, Syed Badarudin dan Jui Sia pada majlis pelancaran kerja-kerja pembangunan kilang terbaru di Pulau Indah semalam.


    KUALA LUMPUR - Bersempena dengan tarikh unik (10.10.10) semalam, F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. (F&N Dairies) turut tidak ketinggalan untuk mencatat sejarah apabila melancarkan kerja-kerja pembangunan kilang terbarunya di Pulau Indah di Selangor.

    Kilang terbaru yang bernilai RM350 juta yang ditempatkan dalam kawasan Hub Halal Negeri Selangor itu yang dijangka siap sepenuhnya menjelang separuh kedua tahun 2011 bakal menjadikan ia sebagai pengeluar susu dalam tin terbesar di rantau ini.

    Ketua Pegawai Operasi Bahagian Tenusu F&N Dairies, Tony Lee berkata, kilang terbaru itu mampu menghasilkan kira-kira 14 juta karton susu isian sejat dan susu pekat setahun.

    "Kilang terbaru di Pulau Indah membolehkan syarikat untuk menghasilkan dan membekalkan portfolio produk tenusu secara lebih meluas termasuk pengeluaran produk-produk baru.

    "Ia juga akan menampung jangkaan peningkatan permintaan barangan tenusu F&N Dairies untuk beberapa tahun yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

    Rahsia pernikahan Bienda

    Posted: 10 Oct 2010 07:39 PM PDT




    DIA optimis dengan keputusannya. Menyembunyikan tarikh dan lokasi pernikahan daripada pengetahuan umum, Bienda tahu dia akan mendepani beragam spekulasi. Namun, hati penyanyi dan pelakon itu tekad untuk terus merahsiakan hari bahagianya atas alasan tertentu.

    Bagi peminat yang belum mengetahui, Bienda atau Nor Razlinda Razli telah selamat disatukan dengan belahan jiwanya, Kamarul Zariman Abd. Rahman atau Boy, 25, dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat baru-baru ini.

    Memuntahkan segenap perasaan, anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda itu pasrah jika selepas ini ada sebilangan pihak terus menebar pelbagai andaian termasuk yang kurang manis tentang penyatuan dirinya dan Boy dalam upacara lafaz akad nikah yang disembunyikan daripada pengetahuan umum.

    "Terus terang, saya menyorokkan tarikh dan lokasi majlis pernikahan ini atas permintaan keluarga sendiri dan pihak Boy. Sebelum ini, timbul kekecohan kononnya saya sudah berkahwin secara senyap. Malah, ada lagi gosip menimpa kami sehingga menyebabkan banyak hati terluka.

    "Oleh kerana terlalu banyak cerita negatif, keluarga sendiri minta hari pernikahan saya tidak digembar-gembur. Yang penting, saya dan Boy sudah selamat disatukan dalam ijab kabul," katanya ketika ditemui usai resepsi persandingannya di Pusat Konvensyen Ideal, Selayang, Selangor Jumaat lalu.


    BERKERAS merahsiakan tarih pernikahan mereka, Bienda dan Boy didakwa bernikah sekitar awal Aidilfitri yang lalu.


    Kalau mengikut gerak hati mudanya, wanita berusia 25 tahun itu tidak mahu mengadakan sebarang majlis persandingan. Semahunya, Bienda ingin merealisasikan sebuah majlis di kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan. Namun, pada waktu sama, dia terikat dengan batasan lain sekali gus mahu meraikan teman artis dan pihak media.

    "Pada kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat beritahu tarikh dan lokasi pernikahan. Biarlah orang lain ingin buat apa jua spekulasi, hakikatnya, saya tetap hendak merahsiakan hal baik ini. Lagipun, bukan mudah saya mahu memuaskan hati orang lain.

    "Sejujurnya, selama ini saya sekadar berdiam diri dan menahan sabar jika ada cerita negatif tentang saya tersebar.

    "Cuma, kali ini, saya minta mereka hormat keputusan dilakukan. Jangan paksa saya jadi macam artis lain yang terbuka untuk berkongsi kisah peribadi termasuk pernikahan," jelasnya yang sudah 13 tahun mempertaruhkan diri dalam laman seni.

    Selepas mengadakan resepsi persandingan yang disuntik tema Arab dan Bollywood untuk pihaknya dengan persalinan dari Butik Udaimatunnur dan Arma Abd. Rahman, sebuah lagi majlis meraikan pihak pengantin lelaki akan berlangsung di Melaka pada 17 Oktober ini.


    PASANGAN ini akan meraikan pernikahan mereka sekali lagi pada 17 Oktober bagi pihak pengantin lelaki.


    Cinta tiga tahun

    Mengimbas bunga cintanya berputik bersama Boy, Bienda dengan pantas menuturkan kata. Jelasnya, bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang menjadi saksi pertemuan dua hati yang kebetulan belum terisi nikmat berpacaran.

    "Saya jumpa Boy sewaktu sedang menjalani penggambaran untuk sebuah sitkom di Finas manakala dia pula bertugas sebagai salah seorang tenaga produksi secara sambilan. Kemudian, kami bertegur sapa antara satu sama lain sebagai salam perkenalan dan bertukar nombor telefon.

    "Bayangkan, pada masa itu, dia tidak tahu saya merupakan seorang penyanyi. Dia ingatkan saya berlakon saja. Kami lebih banyak berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berbanding membuat panggilan telefon bagi merapatkan hubungan persahabatan.


    BIENDA bakal berbulan madu ke Eropah.


    "Tiga minggu selepas itu, dia mula melamar saya untuk menjadi teman wanitanya dan menyatakan hasrat menyunting saya sebagai isteri. Selepas itu, kami terus bercinta. Sepanjang tempoh tiga tahun lalu sehingga bersepakat menamatkan zaman bujang.

    "Untuk sampai pada tahap alam perkahwinan, ianya bukan menjadi perkara senang. Ada dugaan yang kami lalui selama ini. Alhamdulillah, kini semua berjalan seperti dirancang apabila akhirnya kami sah bergelar suami isteri," luahnya sambil menghela nafas lega.

    Bercerita tentang personaliti suami yang bekerja sebagai penerbit di salah sebuah stesen televisyen swasta itu, pelantun lagu Penantian itu melihat Boy sebagai individu bersikap lemah lembut, menghormati orang tua dan bijak mendamaikan jiwa keras Bienda.

    Linkin Park, bapa dan kematangan

    Posted: 10 Oct 2010 07:39 PM PDT


    Chester bersama salah seorang daripada empat anak lelakinya, Isaiah.


    SESUATU yang magis tentang menjadi seorang bapa adalah seseorang itu akan menjadi bertambah matang dan idea itulah yang dijadikan rujukan oleh vokalis Linkin Park, Chester Bennington apabila bercerita tentang album terbaru Linkin Park, A Thousands Suns yang terus dinobatkan juara carta album terlaris Billboard ketika ia dilancarkan pada awal bulan lepas.

    Chester memberitahu Reuters, kebanyakan lagu dalam album itu menunjukkan kematangan di kalangan anggota Linkin Park.

    "Dengan kelahiran album terbaru kami itu, kami telah menggunakan mikroskop terhadap diri kami sebelum mendedahkannya kepada dunia," katanya merujuk kepada dirinya dan anggota Linkin Park yang lain seperti Mike Shinoda, Brad Delson, Dave 'Phoenix' Farrell, Joe Hahn dan Rob Bourdon.

    "Kebanyakan daripada anggota Linkin Park sudah menjadi bapa, kami ada keluarga dan kami bertambah matang berbanding ketika mula-mula muncul dulu pada usia belasan tahun," ujar Chester.

    A Thousand Suns merupakan album ketiga Linkin Park dan selepas single pertama daripada album itu yang berjudul, The Catalyst dengan cepat meraih populariti, kini mereka melancarkan single kedua, Waiting for The End.

    Menurut Chester, tidak seperti lagu-lagu lain, Waiting for The End mengandungi mesej 'yang sangat menekan'. "Saya berasa semua orang boleh mengaitkan diri mereka dengan lagu itu terutama satu baris liriknya yang paling bermakna iaitu 'Aku bergantung kepada apa yang aku tiada' ('I'm holding on to what I haven't got')," ungkap Chester.

    Tambahnya: "Saya percaya bahawa semua orang memiliki idea tentang apa yang mereka mahukan dalam mereka dan mereka berusaha sedaya-upaya untuk merealisasikannya."

    Chester yang memiliki empat orang anak lelaki dalam pada itu mengakui statusi seorang bapa menjadikan dirinya lebih prihatin dan terbuka memberikan pandangan tentang kehidupan dan dunia.

    "Ketika muda dulu, saya gemar menghasilkan lagu yang sehingga boleh membuatkan sesiapa yang menghayatinya saling bertumbuk antara satu sama lain. Tetapi lagu-lagu saya sekarang ini lebih kepada mahu berbicara dengan mereka tentang pandangan saya terhadap dunia.


    LINKIN PARK


    "Lagu hasil nukilan saya sendiri, The Messenger sebagai contohnya saya labelkan sebagai surat daripada saya untuk anak-anak saya, tentang betapa mereka menyayangi ibu bapa. Lagu-lagu sebegini, kalau 10 tahun dulu memang saya tidak selesa mengalunkannya, tetapi sekarang, ia sesuatu yang berbaloi," akuinya.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS