Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Biarlah rahsia

Posted: 17 Jan 2013 09:17 AM PST

Diana Amir enggan jaja cerita kahwin, kongsi pengalaman hijrah dalam buku

Walaupun cincin tanda sudah tersarung di jari manis, namun bagi pelakon Diana Amir, selagi belum sah bergelar suami isteri, dia tidak akan bercerita mengenai kisah pertunangannya kepada khalayak.

Baginya, alam pertunangan bukanlah jaminan untuk dia bercerita mengenai pasangannya.

Malah, Diana, 26, berpegang teguh kepada kata-katanya apabila tetap mengunci mulut daripada mengulas majlis pertunangannya suatu ketika dulu. Jelasnya, tidak manis untuk dia mendedahkan perkara itu sedangkan ikatan berkenaan belum ada kepastian.

Pada majlis memperkenalkan pengacara baru bagi rancangan yang mengisi slot Raudhah TV9 di ibu kota, kelmarin, pelakon ini sekali lagi mengulangi pendirian untuk tidak mengulas lanjut mengenai tarikh pernikahannya.

"Tiada apa yang ingin saya cakapkan kerana saya memang tidak mahu bercerita apa-apa selagi perkara itu belum sahih. Tak mahu nanti apabila saya galak bercerita mengenai perkahwinan, tiba-tiba tak jadi kahwin. Tidakkah ia akan memalukan diri sendiri?

"Cuma, kalau boleh, saya memang ingin mempercepatkan tarikh perkahwinan. Apa pun, jika sudah sampai masanya saya akan maklumkan kepada semua," katanya.

Berhubung pembabitannya dalam arena seni selepas berumah tangga, Diana berkata, bakal suaminya tidak mempunyai masalah dengan kerjayanya itu.
"Setakat ini memang tiada masalah untuk saya terus bergiat dalam bidang seni asalkan tidak memalukan keluarga. Jika apa yang saya lakukan memberi kesan negatif dan memalukan mereka, saya akan mengundurkan diri," kata pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim ini.

Kisah benar

Hidayah diberikan Tuhan sehingga membawa kepada penghijrahan diri bakal diabadikan pelakon ini dalam buku. Selain berkongsi pengalaman sendiri, naskhah setebal 250 muka surat itu juga mampu menjadi bahan rujukan motivasi.

Menurutnya, keinginan untuk menulis pengalaman sendiri sudah lama wujud. Selepas bertemu penerbit yang sesuai dan berpeluang bekerjasama dengan penulis buku Khutbah Terakhir Rasulullah, Ibn Rijal, barulah hasrat itu dapat ditunaikan.

"Ia bukan saja memuatkan kisah benar saya, bahkan hadis sebagai bahan rujukan dan motivasi diri," katanya yang teruja mengendalikan program Semangat Intelek Swadaya atau SIS kerana ia mencabar keupayaan dirinya.

Jangan main-main

Sejak akhir-akhir ini juga, wajahnya jarang kelihatan di filem. Mungkinkah ia kehendaknya sendiri atau ada alasan lain membuatkan Dian lebih menumpukan kepada skrin kecil?

"Saya memang jarang berlakon filem, sekarang. Bukan tiada tawaran, cuma kebanyakan skrip yang diberikan tidak cukup keislaman. Walaupun kita tengok sinopsisnya ada unsur keagamaan, tapi hasilnya tidak begitu. Perkara berkaitan dengan Islam tidak boleh dibuat main-main," katanya yang bakal muncul dengan drama bersiri Musang Tak Berjanggut.

Hadiah terindah

Posted: 17 Jan 2013 09:14 AM PST

Konsert solo Anuar di Bukit Jalil gabung tenaga kerja, kreativiti terbaik

Tinggal sebulan saja lagi sebelum Konsert Muzik, Cinta dan Sanubari Anuar Zain berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil. Ketika ini, penyanyi bervokal mantap itu sibuk dengan persiapan untuk menghadapi hari yang penuh bersejarah buatnya sebagai seorang penghibur.

Sekian lama menanti, peminat Anuar kini berpeluang menyaksikan konsertnya berskala mega selepas tiga dekad dia menceburkan diri dalam seni.

Selain Anuar, antara insan belakang tabir yang bertungkus-lumus menjadikan persembahan itu sebagai kenangan terindah buat peminat ialah pengarah muzik konsert, Mac Chew, dan pengarahnya, Jennifer Thompson.

Kedua-duanya bulan calang-calang nama. Selain berpengalaman dalam bidang muzik berdekad lamanya, mereka banyak membabitkan diri di belakang tabir konsert artis popular tanah air lain. Justeru, tidak hairanlah andai Anuar memilih dua insan seni ini untuk bekerjasama.

Berkongsi cerita persediaan konsert, Mac berkata dia amat berpuas hati dengan komitmen Anuar.

"Muzik bagi semua lagu sudah siap disusun berdasarkan apa yang dimahukan Anuar. Memandangkan konsert ini ialah hadiah Anuar buat peminatnya, jadi dia lebih mementingkan lagu yang membolehkannya menyanyi bersama-sama mereka. Justeru, dari segi gubahan muzik, saya kena panjangkan tempoh lagu itu dan membuat perubahan dari segi korus.

"Anuar banyak memberi input dan idea dari segi muzik. Senang bekerja dengan Anuar kerana dia faham apa yang diinginkan," kata Mac yang banyak bekerja dengan penyanyi terkenal seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dan Datuk Sheila Majid.
Katanya, bagi menjadikan sesebuah konsert berjaya, ia bukan bergantung kepada muzik semata-mata. Sebaliknya ia harus dilengkapi dengan penyanyi yang hebat serta elemen sokongan lain.

"Sebagai pengarah muzik, saya kena banyak bekerjasama dengan pengarah konsert, iaitu Jennifer, untuk memastikan persembahan itu bukan saja bagus dari segi muzik tetapi turut diadun cantik dengan elemen visual, sekali gus menjadikan konsert Anuar sebagai yang terbaik pernah diadakan," katanya yang akan menggunakan khidmat 30 pemuzik bagi mengiringi penyanyi itu.

Guna kepakaran tempatan

Jennifer pula berkata, konsert terbabit banyak bermain dengan visual bagi menterjemahkan temanya ini iaitu Muzik, Cinta dan Sanubari, dengan lebih jelas.

"Buat masa ini, kami sibuk menyiapkan bahan visual dan sebahagiannya kami buat khas untuk konsert ini. Apa yang boleh saya katakan, konsep yang diketengahkan adalah untuk membuatkan peminat berasakan mereka lebih intim dengan Anuar. Maklum saja, konsert ini sendiri menjadi penghargaan Anuar untuk peminat yang sudah tiga dekad menyokong kerjaya seninya," katanya.

Berhubung rekaan set dan sistem bunyi yang dikatakan paling mahal pernah digunakan untuk konsert penyanyi tempatan setakat ini, Jennifer menafikan perkara itu.

"Untuk menjadikan konsert ini sebagai yang terbaik, bukan kos yang menjadi ukuran. Sebaliknya, semua elemen iaitu muzik, penyanyi dan pelbagai faktor lain turut memberi sumbangan. Ia bagaikan melengkapi antara satu sama lain. Untuk makluman semua, segala peralatan dari segi teknikal yang digunakan semuanya barangan tempatan," tegas Jennifer yang turut menghulurkan khidmatnya bagi acara anugerah seperti Anugerah Bintang Popular BH dan Anugerah Industri Muzik.

Memandangkan tinggal sebulan saja lagi untuk konsert itu berlangsung, Jennifer berkata, dia dan 130 kru produksi kini bertungkus lumus menyiapkan visual yang dianggap antara elemen menarik untuk menghidupkan lagi konsert penyanyi yang terkenal dengan lagu Ajari Aku itu.

Seperkara menarik mengenai konsert ini, buat julung kali peminat akan dapat menyaksikan klip video terbaru Anuar berjudul Sempurnakan Aku, iaitu kesinambungan kisah dipaparkan dalam klip Ajari Aku sebelum ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

sumber :-

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


SENIMAN Buat Laporan Polis Terhadap Patrick Teoh

Posted: 17 Jan 2013 08:56 PM PST

Posted: 18 January 2013 at 12:56 pm  

zed zaidi

Zed Zaidi yang mengatakan pihak Seniman akan membuat kejutan kepada Patrick Teoh semalam nampaknya sudah pun membuat kejutan tersebut.. Kejutan yang dimaksudkan adalah dengan membuat laporan polis berhubung penghinaan kesucian agama Islam oleh Patrick Teoh sebelum ini..

Zed Zaidi selaku presiden Seniman telah hadir ke Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 1.30 petang semalam bagi membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan Patrick Teoh..

Menurut Zed Zaidi, Pihak Seniman tidak akan berkompromi dengan mana-mana ahli yang melakukan kesalahan, apatah lagi dengan kesalahan yang membabitkan soal agama.. Sehubungan dengan itu pihak Seniman juga sedang memikirkan hukuman setimpal yang akan dikenakan kepada Patrick Teoh kerana dia juga seorang ahli Seniman..

"Kami (SENIMAN) tidak pernah berkompromi dengan mana-mana ahli terhadap kesalahan mereka. Lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan soal agama,"

"Isu hina Islam bukan perkara baru, tetapi kali ini ia membabitkan artis. Dia (Patrick) perlu tahu majoriti ahli SENIMAN beragama Islam, sekiranya dia tidak tahu maka dia perlu tahu sekarang,"

Difahamkan juga, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama membuat laporan polis terhadap Patrick Teoh semalam..

Related: Patrick Teoh Hina Islam Cetus Kemarahan Rakyat Malaysia
Related: Seniman Akan Buat Kejutan Pada Patrick Teoh Kerana Menghina Islam

Sumber:Metro

Fara Fauzana Sudah Buat Persiapan Kahwin – Rela Hidup Bermadu

Posted: 17 Jan 2013 07:06 PM PST

Posted: 18 January 2013 at 11:06 am  

fara fauzana fafau

Fara Fauzana mengakui yang dia sudah pun membuat persiapan perkahwinanya nanti.. Buat masa ini Fara Fauzana sudah pun mereka kad perkahwinan malah barang-barang hantaran juga sudah disediakan.. Pasti ramai yang terkejut, tiada angin tiada ribut tau tau dah nak kahwin..

Untuk pengetahuan korang, Fara Fauzana masih lagi single dan masih mencari calon suami yang sesuai, cuma di usia 33 tahun ni Fara Fauzana mengambil langkah bersedia lebih awal kerana tidak mahu tergesa-gesa bila tiba masanya nanti..

"Saya sudah mereka kad undangan perkahwinan dan barang hantaran pun sudah disediakan.

"Saya lakukan ini kerana tidak mahu tergesa-gesa apabila tiba hari bahagia kelak," – Utusan

"Bunyinya agak kelakar. Tetapi, memang saya dah buat persiapan perkahwinan lebih awal kerana saya seorang yang suka merancang dan membuat persediaan awal tidak kira apa-apa hal sekali pun.

"Silap-silap, saya pula yang meminang orang. Maklumlah, saya ada darah keturunan Minang tau," – Mstar

Apa yang menariknya disini, Fara Fauzana juga dikatakan sudah bersedia untuk berkongsi suami.. Fara Fauzana sanggup hidup bermadu sekiranya tidak mendapat halangan daripada bakal madunya itu..

"Benar, saya tidak kisah untuk hidup berpoligami. Tetapi dengan syarat, isteri lelaki itu yang perlu datang untuk pinang saya.

"Perkara itu menjadikan perkahwinan saya nanti tiada masalah kerana tidak ada unsur-unsur mahu berselindung," – Mstar

Pasti tersenyum lebar suami-suami orang diluar sana kan.. Anda masih ada peluang untuk mengorat Fara Fauzana, Tapi sila minta izin isteri dulu ya…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS