Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Sauk bekas kekasih kawan baik

Posted: 19 Nov 2010 08:13 PM PST

Gara-gara cinta dalam diam

Kita tahulah dua pelakon baru wanita tu berkawan baik. Kita pernahlah jumpa mereka dalam satu majlis tak lama dulu dan melihat sendiri keakraban mereka sebagai sahabat sejati.

Apatah lagi mereka pernah digandingkan bersama dalam beberapa projek lakonan. Mereka akrab kerana mempunyai perangai sama iaitu gila-gila dan nampak riang sepanjang masa. Nampaknya mereka ini ada cita rasa yang sama dalam memilih pasangan. Orang sama yang mereka dapat. Kongsi kasih ke dik?

Bukan kongsi kasih tapi salin tikar gitu. Macam ni kisahnya. Si pelakon cantik tu pernah bercinta dengan seorang lelaki. Si kawan tu pun tahu pasal kisah itu. Maklumlah mereka kawan baik. Tapi pelakon itu dah pun putus cinta dengan lelaki tersebut.

Bukanlah kerana gangguan kawan itu sebaliknya dia sendiri yang memang sudah tawar hati dan mereka sudah mencapai kata putus untuk memilih haluan masing-masing. Tapi itu baru bab satu. Bab dua lain pula halnya. Nak tahu ke mana pula si lelaki itu beralih cinta? Haa... ni yang hangat ni.

Rupa-rupanya selepas sehari mereka declare putus cinta, lelaki itu berkasih pula dengan pelakon yang sorang lagi tu. Boleh macam itu? Rupa-rupanya pelakon yang sorang lagi tu ada hati dengan boyfriend kawan sendiri dan cepat-cepat pula mahu jadi penyembuh luka.

Akibatnya hubungan mereka sedikit goyah. Bukannya kerana pelakon cantik itu cemburu atau marah, tapi timbul rasa tak sedaplah. Buat apa nak marah sebab mereka dah tak ada hubungan. Tapi bagaimana dia nak keluar bersama kawannya itu sebab nanti akan berjumpa dengan bekas teman lelaki yang kini jadi milik kawannya.

Mereka jarang lagi lepak bersama sebab tidak mahu nampak janggal abapila bertemu rakannya itu bersama kekasih. Jalan terbaik ialah menjauhkan diri sedikit demi sedikit. Tapi sebagai rakan pelakon dia tiada sebarang masalah dengan pelakon itu. Yalah... dunia seni ini tak luas, kalau bergaduh pun akan jumpa juga dalam majlis ataupun produksi yang sama.

ERRA Kesian Dengan Pembuat Fitnah

Posted: 19 Nov 2010 08:12 PM PST

Khabar angin rumahtangga Erra dan suaminya, Engku Emran semakin kencang bertiup. Namun si empunya diri tetap bersahaja dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu meletup. Baguslah jika begitu, kenapa mahu marah jika perkahwinan yang dibina berjalan tenang dan bahagia tambahan pula selepas kehadiran Engku Aleesya.

"Kalau boleh percayalah cerita yang datang daripada empunya diri. Takkan lah orang lain lebih tahu mengenai kehidupan kita. Senang cerita jangan terlampau percaya cakap orang.

"Tak ada sebab orang nak reka cerita bukan-bukan kerana kami bahagia. Atau mungkin orang itu terlampau kreatif sampai mampu berimaginasi dan mereka cerita begitu. Atau mungkin dia bencikan Erra. Namun jujurnya Erra sendiri tak dapat beri jawapan kenapa cerita itu boleh keluar.

"Dalam dunia ini perasaan benci dan suka memang tak dapat dipisahkan. Jangan kata bila kita ni artis, orang akan selalu suka. Inilah yang terjadi bila mentaliti seseorang itu negatif, sentiasa fikir yang tak elok untuk menjatuhkan orang," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Erra Back to School bersama Staedtler.

Susah apabila menjadi perhatian, setiap apa yang dilakukan pasti diperkata. Erra sendiri sudah lali dengan kata nista atau fitnah yang dilemparkan, namun bagaimana pula dengan suaminya yang baru terdedah kepada pancaroba yang serba baru dalam kehidupannya selepas mengahwini diva popular ini.

"Bila Erra bawa suami ke hulu hilir pun orang berkata. Kalau tak bawa orang kata ada masalah rumahtangga. Namun sejujurnya, Erra lebih senang bergerak sendiri jika ada aktiviti berkaitan kerja.

"Kesian tengok suami yang tertekan dengan gosip begini sebab dia tak biasa. Dia terkejut macam mana boleh keluar cerita tak elok pasal kami, namun Erra hanya nasihat supaya bertenang kerana memang resam dunia hiburan begitu. Erra pernah kena yang lebih teruk daripada ini, sebab itu Erra masih boleh bersabar.

"Erra lebih senang ambil pendekatan kasihan kerana mungkin emosinya terganggu ketika itu. Orang yang waras tak mungkin ada masa untuk buat cerita begini. Harap dia akan sedar sendiri dengan perbuatannya dan ingatlah tuhan maha berkuasa," katanya yang merancang untuk cahaya mata kedua.



Erra Art Club

Perkembangan hidupnya semakin terarah kepada puteri hati, Engku Alessya dan sejajar dengan itu, naluri keibuannya mendesak Erra memupuk kemahiran kreatif anaknya sehingga timbul idea melahirkan Erra Art Club. Usahanya disambut baik oleh produk terkemuka Staedtler yang pertama kali berkolaborasi untuk projek seumpama ini.

"Sebagai ibu, Erra mahukan yang terbaik untuk Aleesya dan sebab itulah timbul idea untuk berikan pendedahan kreatif kepadanya sejak kecil. Saya amat terhutang budi dengan Richie Rachman yang telah mengatur pertemuan dengan Staedtler yang menjadikan idea ini satu kenyataan.

"Erra Art Club akan terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti lawatan dan pertandingan melukis dan membolehkan ahli memuat naik karya mereka untuk dikongsi bersama melalui laman web www.erra-artclub.com.my.

"Kami juga sediakan bahan kreatif untuk orang dewasa seperti pembuatan pasu, rantai dan gelang. Di samping itu, Staedtler bermurah hati mewujudkan dana Erra Fazira-Staedtler untuk membantu golongan kurang bernasib baik," ujarnya.

Acara pertama Erra Art Club akan bermula 20 November di Popular Ikano Power Centre dari jam 3.30 petang hingga 7.30 petang dan antara hiburan yang menanti adalah peraduan mewarna dan keraian menyambut hari jadi Friedrich Staedtler yang ke-375. Waris kepada Staedtler juga akan memberi edisi terhad pensel bersejarah secara percuma yang akan dihasilkan dengan tangan beliau sendiri.

Raja Ilya Bakal Ke Bollywood

Posted: 19 Nov 2010 08:11 PM PST

Bukan mudah mahu meneroka ke pasaran antarabangsa dan bukan calang-calang orang yang layak menerima penghormatan sebegitu. Namun itulah tuah Raja Ramilah Raja Mohd atau lebih mesra dengan panggilan Raja Ilya, 25, peluang keemasan ditawar watak utama dalam filem Love Is Blind membuka lembaran baru dalam karier lakonannya. Digandingkan bersama hero ternama Ravi Kishan bakal menyaksikan aktres kelahiran Ipoh, Perak ini mengorak langkah lebih jauh ke persada dunia.

"Peluang ini datang secara kebetulan sebab Ilya merupakan duta bagi Bollywood Academy. Pengarah filem ini datang ke Malaysia untuk berbincang dan tawarkan Ilya watak utama. Kemungkinan besar Ilya akan ke sana pada hujung tahun ini untuk mulakan penggambaran.

"Tak jadi masalah untuk cakap Hindi sebab keluarga Ilya sendiri ada darah keturunan India. Harapnya kerjaya Ilya akan terus berkembang di sana kerana pasaran filem mereka lebih luas.

"Impian Ilya nak jadi macam Datuk Michelle Yeoh yang berjaya di Hollywood. Ilya nak ke pasaran antarabangsa. Kalau tak dapat ke Hollywood, Bollywood pun bolehlah," ujarnya yang aktif membintangi beberapa drama Melayu dan Tamil.


Belajar Cakap Tamil Demi Appalam

Sungguh tidak disangka sepanjang menonton Appalam, filem Tamil arahan Afdlin Shauki, gadis jelita yang memegang watak Shruti, sebenarnya bernama Raja Ilya. Raut wajah persis bintang Bollywood dan lakonan yang sungguh berkesan sebagai gadis berketurunan India membuatkan ramai penonton yang keliru dengan identiti sebenarnya.

Gadis berdarah Melayu-Malayalam mengakui sukar untuknya menjiwai watak yang turut dibawakan oleh Liyana Jasmay menerusi Papadom, namun baginya tiada alasan kukuh untuk menolak tawaran berharga itu.

"Apabila ditawarkan watak utama, Ilya akui susah untuk bawa watak tersebut kerana perlukan sepenuh jiwa untuk menggambarkan perasaan. Disebabkan watak itu menggambarkan Shruti waktu sekolah dan Kolej, Ilya cuba untuk tidak nampak gedik atau over. Susah sebenarnya nak buat-buat comel (ketawa). Rasanya selepas lihat sendiri hasilnya, Ilya percaya watak tersebut sudah disampaikan dengan baik.

"Ilya harap tak timbul isu Ilya masuk ke kuil atau melakonkan watak gadis berketurunan India. Dalam filem ini pun lebih banyak tunjukkan budaya dan bukannya agama. Bukan bermakna bila Ilya berlakon jadi orang India, Ilya murtad. Ini bukannya isu sensitif kerana kami cuba tonjolkan nilai budaya Malaysia yang tinggi," katanya yang lebih dikenali di kalangan peminat India.

Appalam turut menampilkan Afdlin Shauki, Jaclyn Victor, Shashi Taran dan Syarifah Amani. Karya pengarah terkenal ini mengimbau kehidupan dan corak penceritaan yang hampir sama dengan Papadom, namun lebih kepada sosial budaya kaum India di Malaysia.

Elyana Sah Bergelar Isteri Khairul Anuar

Posted: 19 Nov 2010 05:15 PM PST

Elyana dan suaminya selepas majlis pernikahan mereka di Duchess, Jalan Ampang, malam Jumaat.

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36, di Duchess Place, Jalan Ampang, di sini, Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat.

Pasangan pengantin tiba pada pukul 9.15 malam dengan diiringi sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000.

Majlis pernikahan yang berkonsepkan senibina Islam ini menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ary Wedding Couture bagi melakar pelamin ratu sehari mereka.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna biru firus rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.

Majlis pernikahan itu dihadiri lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat mempelai.

Majlis persandingan akan diadakan pada hari Sabtu pukul 12 tengah hari untuk jemputan keluarga dan 8 malam bagi jemputan media dan rakan taulan.

'Erra Fazira Art Club' Bantu Kanak-Kanak Jadi Kreatif

Posted: 19 Nov 2010 05:14 PM PST

KUALA LUMPUR: Selebriti popular tanah air, Erra Fazira dengan kerjasama syarikat pengeluar alat tulis dan mewarna, Staedtler (Malaysia) Bhd, telah melancarkan sebuah kelab yang bertujuan memupuk pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak.

Ketika ditemui pemberita selepas pelancaran itu Erra berkata berkata idea menubuhkan "Erra Fazira Art Club" itu tercetus apabila beliau menyedari bahawa usaha memupuk pemikiran dan kemahiran kreatif kanak-kanak perlu bermula sejak mereka dari kecil lagi.

"Melihat anak perempuan saya, Engku Aleesya Engku Emran, membesar di depan mata, saya dapati pemikiran dan kemahiran kreatif amat penting dalam perkembangan kanak-kanak," katanya.

Erra berkata selain kelab tersebut, turut ditubuhkan ialah Dana Erra Fazira-Staedtler, yang bertujuan membantu kanak-kanak kurang bernasib baik melalui setiap pembelian produk Staedtler dengan logo "Erra Fazira Art Club".

"Dana ini untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik agar cemerlang dalam bidang seni dan kreatif di mana sebahagian hasil pembelian produk Staedler akan disalurkan kepada dana ini. Sumbangan ini akan diberikan setiap tiga bulan sekali," katanya.

Mereka berminat boleh melayari laman web www.erra-artclub.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sentuhan Jzelynn Dalam 'This Is Me'

Posted: 19 Nov 2010 05:14 PM PST

Jzelynn ketika pelancaran album This Is Me

PETALING JAYA: Penyanyi Janice Zelyn atau lebih dikenali sebagai Jzelynn, 29, mengakui usaha keras untuk menghasilkan album kedua berjudul This Is Me ini memberi kepuasan kepadanya.

Album yang memuatkan tujuh buah lagu itu turut mengandungi dua lagu melayu hasil ciptaannya sendiri iaitu Cinta Mati dan Katakan.

Wanita berdarah Cina ini berazam untuk mengembalikan zaman kegemilangan Francisca Peter, biarpun dia mengakui bukan mudah baginya untuk menembusi pasaran lagu Melayu.

"Saya sudah biasa dengan orang Melayu kerana dibesarkan di dalam persekitaran Melayu. Saya fasih berbahasa Melayu sehinggakan saya sendiri menganggap diri saya Melayu.

"Sebab itu saya bukan sukar bagi saya untuk menulis lirik untuk lagu Melayu sebab ianya dekat di hati saya," ujarnya yang menjadi peserta peringkat akhir Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1998. Album yang memuatkan empat lagu Inggeris iaitu We Can Change, I Had Enough, The Right Thing, Joyous Christmas dan satu lagu Cina berjudul Moon Represents My Heart ini akan berada di pasaran akhir bulan ini.

"Album kali ini lebih istimewa bagi saya kerana ia adalah acuan saya sendiri. Kebanyakan lagu dalam album ini adalah hasil kerja saya sendiri.

"Selama setahun selepas album pertama Denai Cinta, saya habiskan masa untuk fokus kepada album ini sepenuhnya. Berbanding album pertama ia lebih banyak menceritakan sedikit sebanyak tentang kisah hidup sebenar saya," katanya.

Bercerita tentang perjalanan seninya, anak jati Pulau Pinang ini mengakui banyak halangan dan dugaan yang terpaksa dihadapi sebelum menjadi artis.

"Selepas memasuki pelbagai pertandingan nyanyian banyak dugaan untuk terbitkan album pertama. Dalam keadaan yang terumbang ambing saya ambil keputusan untuk balik ke Pulau Pinang dan sambung pelajaran di sebuah kolej seterusnya melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat di peringkat ijazah," ujarnya. Hampir 10 tahun selepas itu, Jzelynn kembali dalam bidang yang diimpikan iaitu sebagai penyanyi.

"Agak lama saya tinggalkan bidang ini untuk menyambung pelajaran, banyak perubahan yang berlaku. Kali ini saya nekad untuk tidak melepaskan peluang yang sudah ada. Apa yang menjadi prinsip ialah sentiasa berusaha keras dan bersabar," katanya.

Album This Is Me telah dilancarkan di Pulau Pinang, minggu lalu dan akan dilancarkan buat kali kedua di Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini.

Ariel Sering Bertanya Tentang Anak

Posted: 19 Nov 2010 05:13 PM PST

SUDAH hampir lima bulan, Nazriel Irham atau Ariel berada di penjara. Sepanjang tempoh penahanannya, Ariel sering bertanyakan tentang keadaan anak dari penikahannya dengan Sarah Amalia.

"Ketika berbuat Ariel sering bertanya tentang keadaan anaknya. Dia bilang rindu dengan anaknya. Hampir lima bulan juga dia tidak bertemu dengan anak kesayangannya itu," kata peguam Ariel, Boy Afrian Bondjol seperti dipetik Vivanews.com.

Bukan itu sahaja, kekasih Luna Maya itu juga sering bertanya tentang perjalanan kes yang sedang dihadapinya itu.

Sidang perdana Ariel akan diadakan di Pengadilan Negeri Bandung pada 22 November ini.

Menurut Boy, anak guamnya itu kini berasa lega keraan kes tersebut akan disegerakan.

Rihanna Tolak Bergambar Bogel

Posted: 19 Nov 2010 05:13 PM PST

BIARPUN penyanyi popular Rihanna sering tampil dengan berpakaian seksi mengakui tidak mahu beraksi bogel demi wang semata-mata.

Penyanyi lagu Umbrella itu memberitahu pendiriannya untuk tidak bergambar bogel sekalipun ditawarkan dengan sejumlah wang yang banyak.

"Jika saya harus berbogel bukan semata-mata untuk duit. Saya ada pendirian saya sendiri," kata Rihanna seperti dipetik dari Showbizspy.com.

Rihanna juga baru sahaja menolak tawaran majalah Playboy yang meminta dia untuk beraksi menghirahkan untuk majalah tersebut.

"Saya ditawarkan untuk berbogel di majalah tersebut dan mereka menawarkan dengan sejumlah bayaran yang agak tinggi untuk gambar tanpa sehelai benang," ujarnya.

Dia juga menegaskan enggan mempamerkan tubuhnya secara umum kerana tidak mahu menjatuhkan maruah keluarganya. Perkara yang sama juga telah dinyatakan pada tahun 2008 lalu.

"Ibu akan membunuh saya jika saya bergambar bogel," katanya.

Emma Watson Minta Nasihat Tentang Lelaki

Posted: 19 Nov 2010 05:12 PM PST

SERING gagal dalam perhubungan cinta telah membuatkan pelakon Harry Potter, Emma Watson berasa putus asa. Dia juga mengaku sukar untuk memahami lelaki.

Dia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Brown Universiti, Amerika, turut meminta nasihat dari kedua rakannya iaitu Deniel Radcliffe dan Rupert Grint.

"Ketika di lokasi penggambaran saya sering bertanya tentang cinta dan lelaki dengan Radcliffe dan grint. Saya tidak mahu berpura-pura memahami lelaki," kata Watson seperti dipetik dari Femalefirst.

Buat masa ini, aktres tersebut menjalani kehidupan tanpa seorang kekasih disisi sehingga dia mengakui bosan dengan kehidupannya kini.

Dia juga berharap dengan pandangan yang diberikan oleh rakan-rakannya itu dia boleh memahami tentang lelaki.

"Mereka telah membantu saya memahami lelaki. Saya juga menganggap mereka sebagai abang yang sering memberi perlindungan kepada saya," katanya tentang Radcliffe dan Grant.

Bagaimanapun, Watson bersyukur dengan kecantikan yang dimilikinya.

Eva Longoria Curah Kesedihan di Twitter

Posted: 19 Nov 2010 05:10 PM PST

PASANGAN selebriti Eva Longoria dan Tony Parker yang selama ini dikatakan sebagai pasangan bahagia telah dikejutkan dengan berita perpisahan mereka baru-baru ini.

Justeru Longoria mengakui dia sedang melalui saat yang sukar dan berat dalam hidupnya.

Dia juga sedih dengan nasib rumah tangganya, malah impian untuk memiliki keluarga utuh bersama suaminya turut hancur.

Dia telah mencurahkan kesedihannya itu melalui akaun Twitter peribadi miliknya.

"Tony dan saya memutuskan untuk bercerai. Ini adalah hal yang sangat menyedihkan kerana kami sudah etujuh tahun hidup bersama," kata Longoria seperti dipetik dari Contactmusic.com, Jumaat.

Bintang drama Desperate Housewives ini tidak mahu menjelaskan sebab sebenar punca penceraian mereka.

"Kami saling mencintai dan berharap selepas ini masing-masing mendapat kebahagiaan yang dicari," katanya.

Khabar angin yang tersebar punca penceraian ini ialah Longoria terjumpa pesanan peribadi suaminya untuk wanita lain, namun perkara tersebut dinafikan oleh Parker.

Kereta dalam gaung timbulkan tanda tanya

Posted: 19 Nov 2010 05:08 PM PST


PASUKAN penyelamat memeriksa kereta Kia Optima yang terjatuh ke dalam selut.


KARAK - Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak di sini berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

"Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.

2010 bakal catat rekod baru

Posted: 19 Nov 2010 05:08 PM PST


ORANG ramai melihat model Viva Elite Exclusive Edition keluaran Perodua iaitu antara
model terbaru kenderaan penumpang di pasaran Malaysia.


KUALA LUMPUR - Jika anda membeli kenderaan baru tahun ini bermakna anda antara penyumbang kepada rekod baru industri automotif negara yang hampir pasti tercipta akhir Disember ini apabila angka jualan melebihi 570,000 unit.

Jumlah itu bermakna setiap hari rakyat Malaysia membeli 1,562 buah kenderaan baru.

Trend pertumbuhan positif itu terbukti menerusi laporan jualan terbaru Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk bulan lalu iaitu berjumlah 52,297 unit iaitu meningkat 13 peratus berbanding Oktober tahun lepas.

Berdasarkan laporan MAA, hasil jualan itu menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang telah dijual tahun ini mencapai 505,546 unit yang merupakan peningkatan 14 peratus berbanding 444,037 unit bagi tempoh yang sama pada 2009.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad menyifatkan pencapaian itu mempunyai kaitan dengan perkembangan positif ekonomi negara selain strategi pengeluar menambah pengeluaran sebanyak 52 peratus.

Pegawai polis dilatih jadi 'pakar' judi

Posted: 19 Nov 2010 05:07 PM PST


iSMAIL (duduk dua dari kiri) bersama pegawainya mendengar taklimat mengenai mock kasino di di Maktab PDRM di Cheras semalam. Duduk di sebelah Ismail Timbalan Presiden Eksekutif Operasi Resort Genting Malaysia Berhad, Kevin Sim Kia Ju.


KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.

Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi.

"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.

Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.

Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah.

Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update.

Mayat adik disangka buah kelapa

Posted: 19 Nov 2010 05:06 PM PST


Ahli keluarga menunggu pasukan menyelamat mencari Fadzwan (gambar kecil) yang hilang dibawa ombak di pantai Telaga Daing, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki tidak menyangka tubuh manusia yang disangka buah kelapa yang terdampar di tepi pantai Telaga Daing dekat sini rupa-rupanya jasad adik bongsunya yang hilang ketika mandi petang kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, mangsa Muhammad Fadzwan Jamaluddin, 12, mati lemas ketika dia mandi di pantai tersebut bersama empat rakannya.

Ketika mandi mangsa yang memperoleh keputusan 2A dan 3B dalam Ujian Percapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini dibawa ombak kuat ke tengah pantai yang dalam.

Abang mangsa, Fadli Izudin, 27, berkata, mayat adiknya itu hanya ditemui oleh pasukan penyelamat dan orang ramai pada pukul 10 pagi semalam selepas operasi mencari dimulakan sejak malam kelmarin.

Menurutnya, mayat adiknya ditemui terdampar di tepi pantai, kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

"Ketika kejadian, saya masih berada di Kuala Lumpur kerana berkerja dan selepas dimaklumkan, saya terus balik ke Kuala Terengganu untuk sama-sama mencari Fadzwan.

Pelancong jadi perompak

Posted: 19 Nov 2010 05:06 PM PST


EMPAT warga asing yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang semalam.


AMPANG - Polis berjaya mematahkan kegiatan sekumpulan empat penjenayah warga Amerika Latin yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, penjenayah tersebut terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur 25 hingga 44 tahun dari Costa Rica, Bolivia dan Mexico yang masuk ke negara ini sebagai pelancong.

Menurutnya, mereka ditahan ketika cuba melakukan pecah rumah di Jalan Chong Kong Lin 2 di sini pagi kelmarin.

Ujarnya, sebelum memecah masuk rumah seorang pesara berumur 72 tahun itu, suspek wanita tersebut telah menekan loceng rumah.

"Apabila tiada orang membuka pintu dan pasti penghuni sudah keluar, mereka telah masuk ke dalam rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Jalur lebar naikkan KDNK

Posted: 19 Nov 2010 05:05 PM PST


MUHYIDDIN (dua dari kanan), Rais (kanan), Francis (dua dari kiri) dan Tiong Lay (kiri) melancarkan sistem perkhidmatan tanpa wayar 4G 'Yes' di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat bukti yang menunjukkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ada hubung kait dengan penembusan jalur lebar Internet.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian global menunjukkan terdapat hubungan rapat antara kedua-duanya.

"Sebagai contoh, Forum Ekonomi Dunia 2009 menunjukkan peningkatan penembusan jalur lebar Internet sebanyak 10 peratus meningkatkan pertumbuhan KDNK sebanyak satu hingga dua peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan perkhidmatan rangkaian tanpa wayar 4G 'Yes' yang dibangunkan oleh YTL Communications Sdn. Bhd. di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Pengerusi Eksekutif YTL Corporation Bhd., Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan Pengarah Urusan syarikat itu, Tan Sri Dr. Francis Yeoh.

Majlis pelancaran rangkaian 4G pertama dunia 'Yes' oleh syarikat itu disiarkan serentak di United Kingdom (UK) dan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berbual selama lima minit bersama para pelajar Malaysia di sana.

Skim pampasan ganti pendapatan

Posted: 19 Nov 2010 05:05 PM PST


PENCARI kerja (dari kiri) Faridah Sulaiman, Muggileswary Chiyapalan, Noor Cahaya Unus dan Normizie Roslan menunjukkan surat tawaran kerja yang disampaikan oleh Subramaniam pada My Career Fair 2010 di PWTC, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewujudkan Skim Pampasan Pemberhentian Pekerja mulai Januari ini bagi menjaga kebajikan mereka yang kehilangan sumber pendapatan secara tiba-tiba selepas majikan gulung tikar.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, skim itu akan memberikan bantuan kewangan bulanan sementara untuk golongan yang kehilangan pekerjaan meneruskan hidup.

"Skim ini hanya akan membantu mereka untuk jangka masa setahun atau dua sebelum sistem bantuan yang lebih baik diwujudkan bagi keperluan jangka panjang,'' katanya selepas merasmikan program My Career Fair 2010 (MYCF'10) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Peniaga kena gantung

Posted: 19 Nov 2010 05:04 PM PST


ROSLAN (tengah) diiring keluar dari Mahkamah Tinggi George Town selepas didapati bersalah membunuh Jasni semalam.


GEORGE TOWN - Gantung sampai mati.

Demikian nasib penjual ikan, Roslan Hussin apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya selepas dia didapati bersalah membunuh rakan karibnya, Jasni Hamid pada 23 Mac 2008.

Ketika Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman tersebut, raut wajah Roslan, 43, atau lebih dikenali sebagai Lan Ikan yang memakai baju kemeja kotak-kotak hitam putih dan berseluar jean biru bertukar suram.

Tertuduh yang diwakili peguam K. Simon Murali pada mulanya mendengar penghakiman tersebut dengan teliti tetapi selepas keputusan dibacakan dia dilihat berpusing beberapa kali ke arah ahli keluarganya yang berada di galeri awam.

Syabu RM2.8 juta dirampas

Posted: 19 Nov 2010 05:03 PM PST


NORDIN menunjukkan silinder yang digunakan penyeludup dadah untuk menyembunyikan syabu pada sidang akhbar di IPK Selangor semalam.


SHAH ALAM - Sindiket penyeludup dadah warga asing masih tidak serik walaupun polis membuat banyak tangkapan dengan harapan mereka tidak lagi membuat onar di negara ini.

Terbaru, enam keldai dadah warga asing termasuk dua wanita Zimbabwe ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dan Bukit Aman. Sebanyak 11.4 kilogram (kg) syabu bernilai RM2.8 juta dirampas daripada mereka.

Ketua JSJN Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, pihaknya merampas syabu seberat 3,250 gram selepas menahan seorang wanita berusia 36 tahun yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dari Doha pada pukul 10.30 pagi kelmarin.

"Turut dirampas ialah wang AS$992 (RM3,096)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor semalam.

Jurutera korban denggi ke-121

Posted: 19 Nov 2010 05:02 PM PST




KUALA LUMPUR – Seorang jurutera berusia 47 tahun menjadi korban terbaru demam denggi minggu lalu, menjadikan kematian akibat wabak itu pada tahun ini berjumlah 121 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican (gambar) berkata, lelaki dari Taman Bukit Mewah Kajang, Selangor itu mengalami komplikasi kegagalan organ akibat demam denggi sehingga menyebabkan kematiannya pada 9 November lalu.

Katanya, mangsa juga merupakan penghidap penyakit darah tinggi sejak 17 tahun lalu dan menjalani rawatan dialisis kerana kegagalan buah pinggang.

"Mangsa mula demam pada 28 Oktober lalu dan dirujuk ke sebuah pusat perubatan swasta tetapi meninggal dunia selepas menerima rawatan selama dua minggu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sam tidak menduakan Bunkface

Posted: 19 Nov 2010 05:01 PM PST




BAND Bunkface tidak ada kurangnya. Popular, meraih pelbagai anugerah dan menerima tawaran persembahan sehingga ke luar negara, tetapi nampaknya itu semua tidak mencukupi buat vokalis Bunkface, Sam.

Baru melahirkan sebuah album berjudul Phobia Phoney, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom 'meninggalkan' teman-teman seperjuangannya dalam Bunkface, Youk (pemain gitar bass) dan Paan (pemain gitar utama) dengan menubuhkan band baru, The Azenders.

Malah, lagu single pertama The Azenders berjudul Ladies And Gentlemen telah pun berkumandang di corong-corong radio dan tidak lama lagi bakal menyusul single kedua berjudul Peribadi.

Tidak melatah apatah lagi menyalurkan tanda amarah, Sam yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini hanya tertawa apabila disoal tentang berita dia meninggalkan Bunkface.

Katanya dalam senyuman meleret: "Mana ada tinggalkan Bunkface. Bunkface tetap ada, The Azenders adalah projek solo saya bersama beberapa teman yang lain.

"Rasanya ramai juga pemuzik membikin projek seperti ini walaupun mereka telah mempunyai sebuah band yang dikenali."

Tambah Sam yang berusia 23 tahun, tujuannya melahirkan The Azenders bukanlah untuk mencari keuntungan atau populariti yang lebih daripada Bunkface tetapi demi kepuasannya berkarya dalam muzik.


BELUM benar-benar menandatangani sebarang tawaran syarikat rakaman dari luar negara, Bunkface menunggu surat hitam putih agar perjalanan grup ini di luar kelak tidak diperlekehkan. "Semuanya perlu diteliti," ujar mereka.


Baginya Bunkface tiada gantinya begitu juga dengan teman-teman di dalam band itu, cuma mindanya memerlukan ruang yang lebih luas untuk melampiaskan idea kreatifnya itu.

"The Azenders wujud kerana saya hanya ingin kepuasan dalam membikin muzik. Bunkface mempunyai imej dan bunyinya yang tersendiri, sangat berbeza dengan The Azenders.

"Meskipun The Azenders masih menyalurkan irama rock, kepada mereka yang telah mendengar lagu pertama kami, akan tahu perbezaannya," jelas Sam tentang band yang ditubuhkan 3 bulan lalu itu.

Sungguhpun masih baru, semua ahli di dalam The Azenders, Kudut (dram), Izal (bass) dan Ajam (strings) yang juga mempunyai band mereka sendiri selain The Azenders sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"The Azenders merupakan band kedua setiap ahli, jadi rasanya tidak ada isu yang harus diperbesarkan kerana kami bersatu hanya kerana muzik," tutur Sam.

Disoal tidakkah sukar untuk mengimbangi masa antara Bunkface dan The Azenders, jawab Sam: "Saya memang kena pandai membahagikan masa antara dua band tetapi saya akan memberi keutamaan pada Bunkface kerana ia adalah band saya manakala The Azenders merupakan projek solo.

"Setakat hari ini semuanya berjalan lancar dan saya masih sibuk bersama Bunkface, apa-apa pun kami akan berbincang," katanya.

Youk dan Paan yang berada duduk di sebelah Sam juga menganggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Sam, malah tiada rasa cemburu bersarang di hati.

"Tiada halangan daripada kami, selagi dia boleh bahagikan komitmen kami beri sokongan seratus peratus. Kami tidak cemburu dan mendoakan kejayaan The Azenders.

"Mungkin pada masa depan kami juga akan membikin projek solo seperti ini, jadi kami tidak boleh menghalang Sam untuk berkarya," luah Youk.

Andai pada masa depan The Azenders menjadi pesaing terdekat Bunkface, bagaimana pula kedudukan Sam ketika itu?


HUJAN dan Bunkface, dua grup yang bakal menghangatkan Anugerah Shout! malam ini.


Balas Sam: "Sekarang ini saya tidak boleh cakap apa-apa kerana ramai lagi yang tidak kenal The Azenders. Popular atau jadi pesaing, itu terletak di tangan peminat."

Lebar sayap ke Eropah

Saat temu bual dijalankan mereka bertiga baru sahaja pulang dari United Kingdom, England kerana mengadakan persembahan di O2 Academy Music Festival anjuran Jar Music Group.

Selama sembilan hari di sana, mereka sempat meraih pengalaman dengan melihat cara kerja band-band antarabangsa yang lain.

Malah, kehadiran pemuzik dari Klang, Selangor itu juga menjadi perhatian banyak syarikat rakaman di sana.

"Kami ada menerima tawaran daripada beberapa syarikat rakaman di sana yang berminat dengan muzik kami tetapi setakat ini belum ada surat hitam putih, jadi kami tidak boleh cakap lebih-lebih.




"Ikut hati mahu tandatangan sahaja kontrak di sana tetapi banyak perkara yang perlu diambil kira dan diteliti sebelum menandatangani sebarang kontrak. Kalau ada rezeki, syukur alhamdulillah," ujar Sam.

Bercerita lanjut tentang kunjungan mereka ke United Kingdom, masing-masing menunjukkan kasut yang di sarung mereka.

"Kasut ini kami beli di sana, rekaannya unik dan harganya agak mahal sebab duit mereka tinggi lima kali ganda daripada duit Malaysia.

"Selain itu, kami juga ada beli baju dan purata seorang menghabiskan wang sebanyak RM4,000. Jumlah itu termasuk semua perbelanjaan kami di sana," kata Paan.

Separuh akhir Bintang Klasik Nasional

Posted: 19 Nov 2010 05:00 PM PST


INILAH 12 daripada 24 peserta separuh akhir pertandingan Bintang Klasik Nasional.


IRAMA klasik tidak lapuk ditelan waktu. Meskipun irama klasik sering dikaitkan dengan mereka yang mencecah usia emas, namun, kini semakin ramai anak muda yang tertarik dengan keindahan irama yang cukup popular sekitar tahun 1950-an hingga 1980-an.

Nama-nama penyanyi seperti Puan Sri Saloma, Fazidah Jonet, Sanisah Huri, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Jais dan Tan Sri P. Ramlee antara nama penyanyi yang cukup popular ketika era kegemilangan mereka dan lagu-lagu dendangan mereka sering menjadi pilihan dalam pertandingan Bintang Klasik Nasional yang diadakan setiap tahun.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang mana hanya peserta peringkat akhir akan muncul di kaca televisyen, kali ini peringkat separuh akhir juga disiarkan ditelevisyen.

Seramai 24 peserta yang bersaing dalam peringkat akhir tetapi cuma 12 orang sahaja yang telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Menemubual 12 orang daripada 24 orang peserta yang layak ke peringkat akhir benar-benar membuktikan irama klasik juga begitu mekar dalam jiwa orang muda.

Buktinya Danie Hasbullah Mohd. Razi berusia 16 tahun merupakan peserta paling muda yang menyertai pertandingan ini. Remaja yang berasal dari Klang, Selangor itu menyifatkan pertandingan seperti ini sesuatu yang cukup bermanafaat.

"Selain ia sebuah pertandingan untuk merebut hadiah utama, pertandingan ini juga dapat memartabatkan lagi lagu-lagu lama yang semakin dilupakan. Saya sendiri amat meminati irama klasik walaupun saya seorang remaja," tuturnya.

Dibahagikan kepada enam zon berlainan iaitu Utara, Selatan, Tengah, Timur, Sabah dan Sarawak, dua wakil setiap zon iaitu juara dan naib juara kategori lelaki dan kategori wanita bakal beraksi di peringkat separuh akhir.

Selain Danie, peserta lain yang turut bertanding adalah Hasfareza Harun (Kedah), Nur Syazwani Abu Zarin (Negeri Sembilan), Nur Idayu Mohd. Sopiee (Johor), Norakmazulaika Abd. Khalid (Pahang), Masitah Mohd. Airani (Sarawak), Siti Naqiah Mohd. Abdul Tahar (Sabah), Fitri Hakim

Omar Walid (Perak), Muhammad Fadzli Abdul Wahab (Melaka), Syamsul Nizam Ali (Pahang), Merazan Mechang (Sarawak) dan Fazrul Misran (Sabah).

Bagi Nur Idayu dari Johor yang merupakan pemenang naib johan Idola P. Ramlee dan Saloma 2007 serta naib johan Lagu Melayu Asli 2009, penyertaannya dalam pertandingan Bintang Klasik Nasional bukanlah yang pertama.

Pernah mencuba nasib pada tahun 2008, dia bagaimanapun gagal meraih sebarang tempat tiga teratas. Tidak berputus asa dan mahu mencuba nasib lagi pada tahun ini, Nur Idayu mengharapkan nasib akan menyebelahinya tahun ini.

"Saya memang minat irama asli dan klasik kerana kebanyakan pertandingan nyanyian yang saya sertai adalah pertandingan lagu-lagu klasik dan asli. Sebenarnya bukan mudah untuk bawakan lagu-lagu lama berbanding lagu moden kerana ia banyak lenggok.

"Dalam pertandingan ini saya lihat kesemua peserta mempunyai kelebihan tersendiri dan kebanyakan mereka merupakan juara di negeri masing-masing.

"Jadi, saya cuma mengharapkan kepada rezeki dan nasib, andai tahun ini bukan rezeki saya, saya pasti akan cuba lagi pada tahun hadapan," kata pemilik Sarjana Muda Pengurusan itu lagi.


NUR IDAYU


Peringkat separuh akhir yang telah dirakamkan pada 6 November lalu, akan ditayangkan buat tontonan penonton pada hari ini di TV2, manakala, peringkat akhir pula akan disiarkan secara langsung di TV1 pada 28 November ini.

Pertandingan akhir akan berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan bermula pukul 8.30 malam.

Bagi penduduk di kawasan sekitar yang berminat memeriahkan lagi pertandingan ini, mereka dialu-alukan untuk melihat pertandingan ini secara langsung di auditorium.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang pada peringkat akhir ialah wang tunai RM15,000 kepada juara, manakala naib johan menerima wang tunai RM10,000 dan pemenang ketiga memperolehi wang tunai RM5,000 selain masing-masing akan menerima trofi dan sijil penghargaan.

Bagaimanapun, peserta yang gagal mendapat tempat pertama hingga ketiga, mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong sebaliknya akan menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penghargaan.

Ibu gajah berlawan dengan buaya

Posted: 19 Nov 2010 04:59 PM PST


SEEKOR buaya berpaut pada belalai ibu gajah.


LUSAKA - Seekor ibu gajah menunjukkan tekadnya berlawan dengan seekor buaya yang menarik belalainya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar menyiarkan detik-detik ibu gajah itu mengheret buaya tersebut dengan kuat ke tebing Sungai Luangwa di Taman Negara Luangwa Selatan di Zambia baru-baru ini.

Buaya itu akhirnya terpaksa melepaskan belalai daripada mulutnya kerana ibu gajah tersebut mengheretnya ke tebing sungai.

Ketika kejadian, gajah itu sedang minum air bersama seekor anaknya.

Mekah dilanda banjir

Posted: 19 Nov 2010 04:58 PM PST


BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.


MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.

Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.

Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.

Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.

Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.

Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.


BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.


Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.

Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.

Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini.

Kumpulan dedah payu dara jadi popular di Ukraine

Posted: 19 Nov 2010 04:58 PM PST


GAMBAR fail menunjukkan seorang anggota polis menangkap seorang anggota pertubuhan wanita Femen yang mendedahkan payu dara di depan sebuah ibu pejabat polis di Kiev, Ukarine pada 9 November lalu.


KIEV, Ukraine - Bagaimanakah cara untuk memprotes keganasan domestik, rasuah dan lawatan Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin ke Ukraine?

Jawapannya ialah tanggalkan coli anda.

Sekumpulan aktivis muda termasuk wanita semakin menjadi popular kerana mereka melancarkan protes dengan tidak memakai baju.

Wanita-wanita yang mendedahkan payu dara itu turut bergelut dengan anggota-anggota polis yang menangkap mereka.

"Jika seksualiti digunakan untuk menjual kereta dan biskut, kenapakah tidak menggunakannya untuk tujuan sosial dan projek politik," kata seorang pemimpin kumpulan aktivis itu, Anna Hutsul, 26.

Dia yang menjadi anggota pertubuhan Femen berkata: "Kadangkala anda perlu menunjukkan payu dara anda untuk tujuan ideologi."

Kumpulan itu yang ditubuhkan dua tahun lalu kini menjadi pergerakan yang popular sehingga mendapat liputan berita, program bual bicara dan blog gosip.

Anggota-anggota kumpulan itu menjadi amat popular sehinggakan Hutsul merancang untuk melancarkan parti politik bagi bertanding mendapatkan kerusi di Parlimen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS