Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Justin Bieber & Selena Gomez Selepas Konsert

Posted: 22 Apr 2011 10:15 PM PDT

Eksklusif! Gambar Justin Bieber dan Selena Gomez di hotel penginapan mereka semasa mereka ingin berlepas meninggalkan Malaysia.

Kanak-kanak dalam gambar ialah anak dan anak saudara promoter JS Concerts iaitu Susan. Ternyata, di dalam kesibukan menjayakan konsert, Justin Bieber dan teman wanitanya Selena Gomez mempunyai masa untuk bermesra dengan secara bersantai… melayan peminat cilik.

Selepas Malaysia, Justin Bieber akan meneruskan siri jelajah Asia di Indonesia pula.

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Justin Bieber & Selena Gomes di KLIA Malaysia
  • Justin Bieber My World Tour in Kuala Lumpur
  • Tune Talk Presents Justin Bieber My World Tour In Malaysia
  • Video Lawak Man di Maharaja Lawak Minggu 4
  • Senarai Pencalonan di Anugerah Grammy ke-53
  • Party Pajama Red FM A Rudy Awakening
  • Chris Brown New Single She Ain't You
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah Konsert Tribute P.Ramlee
  • Mawi, Adam, Sofaz dan Ahli Fiqir di Konsert Kotex Untukmu
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Majlis Pertunangan Ashraf Muslim

    Posted: 22 Apr 2011 07:43 PM PDT

    Ini dia gambar Majlis Pertunangan Pelakon Ashraf Muslim yang telah berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Cantik dan ayunya tunang Ashraf Muslim. Sedap mata memandang. Ada yang kata, sedikit berisi tapi memang comel. Sesuai dan nampak cocok dengan Ashraf Muslim. Sweet couple.

    Mereka mula berkenalan lebih setahun yang lalu. Tengok pada majlis ni macam rasa majlis kahwin la pulak sebab sangat grand. Ni belum kahwin lagi ni. Kalau kawin, mesti lagi happening dan meriah, kan?

    Budiey dan pembaca budiey.com mahu mengucapkan selamat bertunang Ashraf Muslim. Semoga rasa cinta dan bahagia kekal ke jinjang pelamin.

    Ashraf Muslim

    Majlis pertunangan Ashraf Muslim telah disiarkan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pukul 9.45 pagi tadi.

    Gambar ini seharusnya dikreditkan dari pereka baju tunang untuk pasangan ini iaitu Ezuwan Ismail. Bertemakan putih dan ungu. Lawa betul Ezuwan Ismail buat baju.

    Untuk video pula Ashraf Muslim menggunakan khidmat videografi dari CST Productions.

    Ashraf Muslim Bertunang

    Pelakon Ashraf Muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan Noor Dayana Hj Lokman di rumah Dayana di Gombak. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Hantaran pertunangan 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga iaitu pada 1 Syawal di Mekah.

    Dayana sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka. Pada hari ini juga, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari. linik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

    "Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini. Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya." – Ashraf Muslim

    Ashraf Muslim

    Happy je muka Ashraf. Sedang bahagia la kan.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fesyen Ashraf Muslim Serba Putih di ABPBH2010
  • Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara
  • Ucapan SMS Adilfitri dari Ashraf Muslim
  • Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik
  • Ashraf Muslim Akan Bertunang Sabtu Ini
  • Gambar Ashraf Muslim Pegang Watak Mak Nyah @ Teater Patung Kertas
  • Gambar Ashraf Muslim @ Sidang Media Drama Impian
  • Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin
  • Gambar Majlis Resepsi Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari
  • Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim Putus Cinta
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    borak kosong

    sumber :-

    borak kosong


    Telefon dulu sebelum bunuh diri

    Posted: 22 Apr 2011 09:00 PM PDT

    SEOUL: Bandar raya Seoul akan memasang telefon di sepanjang jambatan menyeberangi Sungai Han supaya sesiapa yang cuba membunuh diri mendengar nasihat di talian sebelum melakukannya.

     Akhbar Korean Times melaporkan lapan telefon tetap akan dipasang di jambatan Mapo dan Hannam menjelang Jun, dua jambatan yang direkodkan lokasi pertama dan ketiga paling popular untuk membunuh diri dengan terjun ke sungai itu.

     "Telefon ini akan membantu orang yang mahu membunuh diri mengurangkan tekanan menerusi perbualan dengan orang lain," kata pegawai bandar itu. – Agensi

    saya petik dari Berita Harian

    Sebuah batu mistik selamatkan penduduk sebuah kampung daripada Tsunami

    Posted: 22 Apr 2011 08:30 PM PDT

    IWATE - Sebongkah batu setinggi 1.21 meter didakwa menyelamatkan nyawa penduduk kampung di Aneyoshi ketika bencana tsunami melanda Jepun 11 Mac lalu di timur laut Jepun akibat gempa bumi kuat dalam laut, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Padanya, ditulis amaran yang meminta penduduk jangan membina rumah melepasi batu berkenaan kerana mereka mungkin berdepan dengan bencana banjir akibat tsunami.

    Penduduk kampung tersebut mematuhi larangan purba itu.

    Hasilnya, komuniti yang hanya melibatkan 11 buah rumah dan 34 orang penduduk terselamat daripada terkena ombak tsunami.

    Aneyoshi terletak di kawasan pergunungan wilayah Iwate yang terjejas teruk dalam bencana tsunami baru-baru ini. Kira-kira 91.4 meter ke bahagian bawah bukit dari batu itu terdapat satu garisan biru dicat di atas jalan.

    Garisan itu menandakan paras air banjir tsunami pernah sampai pada takat tertingginya iaitu 38.8 meter.

    Sejarah Jepun menghadapi tsunami membawa kepada kewujudan batu-batu amaran itu yang juga menjadi pemandangan biasa di sepanjang pantai negara tersebut.

    Generasi terdahulu cuba memberi amaran kepada anak cucu mereka tentang bahaya tsunami. Ada antara batu itu yang berusia 600 tahun.

    "Batu-batu tsunami ini menjadi amaran dari satu generasi ke generasi. Ia memberitahu supaya mengelak daripada penderitaan yang dialami oleh nenek moyang mereka," kata pakar bencana alam dari Universiti Ritsumeikan di Kyoto, Itoko Kitahara.

    Tsunami yang berlaku pada tahun 1896 dan meragut 22,000 nyawa telah meyakinkan penduduk Aneyoshi untuk berpindah ke kawasan tinggi.

    Namun, apabila populasi kian bertambah, mereka berpindah semula ke kaki bukit. Apabila sekali lagi dilanda tsunami pada tahun 1933, hanya empat orang yang terselamat.

    Selepas bencana itu, orang kampung menanam batu amaran dan berjaya menyelamatkan nyawa mereka apabila tsunami berlaku pada tahun 1960.

    "Mereka tahu betapa dahsyatnya tsunami, jadi batu itu didirikan untuk memberi amaran kepada kami," kata ketua kampung di Aneyoshi, Tamishige Kimura. - Agensi

    saya petik dari kosmo online

    Tekanan baru hilang bila nampak darah

    Posted: 22 Apr 2011 07:00 PM PDT


    GEORGETOWN: "Tekanan menghantui hilang apabila saya melihat darah mengalir dan merasai kesakitannya. Ini bukan kali pertama saya mencederakan diri akibat tertekan, malah sebelum ini saya menggunakan kaca dan baru-baru ini pisau yang dipanaskan," kata ibu lima anak mengenai tabiatnya yang suka mencederakan diri sendiri apabila tertekan.

    Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Melati, 42, berkata, apabila menghadapi tekanan perasaan terlampau, dia lebih suka menyendiri sebelum mengambil benda tajam dan mencederakan diri.

     Sebelum ini, katanya dia pernah menggunakan kaca menghiris pergelangan tangan kiri, namun bernasib baik perbuatannya itu tidak meragut nyawanya.

    Baru-baru ini, dia memanaskan pisau dapur sebelum menoreh perutnya sehingga berdarah.

    Katanya, kesakitan dirasai itu selain melihat darah mengalir 'melupakan' tekanannya.

    Menceritakan tekanan dihadapinya, Melati berkata, semuanya bermula selepas tiga bulan dia mendirikan rumah tangga, 15 tahun lalu.

    saya petik dari myMetro

    Ratusan gadis 'penyedap' buat sperma mati

    Posted: 22 Apr 2011 06:40 PM PDT

    Pengajaran untuk kita lemah ini...
    saya petik dari myMetro

    IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan 'gadis penyedap' sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.

    Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.

    Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.

    "Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat," katanya.

    Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun.

    Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui.

    Anggota Dewan Di Australia Ditangkap Gara-gara Video Porno Kanak-kanak

    Posted: 22 Apr 2011 05:30 PM PDT

    TRIBUNNEWS.COM - Seorang anggota dewan yang tak disebutkan namanya ditangkap pada Rabu (20/4/2011) lalu. Anggota dewan dari Parti Buruh Australia ini ditangkap kerana ketahuan mengakses video porno kanak-kanak.

    Anggota dewan dari wilayah Adelaide, Australia selatan, ditangkap ketika sedang dalam perjalanan ke rumahnya dan polis pun menghentikan kendaraan dan memeriksa isinya.

    Dengan menggunakan sarung tangan plastik mereka mencari pada bahagian belakang dan depan dan akhirnya menemukan beg plastik cokelat. Anggota parlemen ini dikenai tuduhan memiliki pornografi anak dan hal-hal yang terkait pornografi lainnya.

    Polis mengatakan jika lelaki ini tertangkap sebagai sebahagian dari operasi Operation Decimate yang memberikan target kepada para pengakses video porno anak. Dia ditangkap dan kemudian dilepas dengan wang jaminan dan akan segera hadir di sidang Adelaide Magistrates Court pada 20 Mei nanti.

    Police brutality: cop kicks man in the face

    Posted: 22 Apr 2011 11:01 AM PDT


    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Heboh, Foto Kuntilanak di Pohon Nangka

    Posted: 22 Apr 2011 10:01 AM PDT

    TRIBUNNEWS.COM, MUARAENIM - Warga masyarakat Kecamatan Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan  heboh. Salah seorang warganya tanpa sengaja mengabadikan sebuah susuk misteri dengan kamera digital

    Susuk itu diperkirakan kuntilanak yang sedang duduk di pohon nangka dengan rambut panjang terurai sambil menundukkan kepala.

    "Kejadian tersebut terjadi pada tanggal 25 March 2011 lalu di Kelurahan Talang Ubi Timur, Kecamatan Talang Ubi, Muaraenim," ujar Edi, warga Talang Ubi Timur di Muaraenim, Selasa (19/4/2011)

    Menurut Edi, foto susuk kuntilanak tersebut secara tidak sengaja terfoto pada bulan March 2011 sekitar pukul 15.30. Waktu itu, kebetulan dia hendak ke rumah Riki yang letak di eks Kantor Camat Kelurahan Talang Ubi Timur.

    Setelah sampai di rumah Riki ternyata yang bersangkutan tidak berada di rumah dan keadaan rumah keadaan kosong. Lantas dia kemudian meninggalkan rumah tersebut dan bermaksud pulang ke rumahnya.

    Namun setelah berjalan sekitar 10 meter, ada suara keras yang mamanggil namanya "Eddi". Spontan ia mencari siapa yang memanggil namanya tersebut tetapi tidak menemukan orang yang memanggilnya. Oleh kerana hari sudah petang diapun takut dan memilih meninggalkan lokasi tersebut.

    Di tengah perjalanan pulang, dia melihat Sulastri, warga Talang Ubi Timur sedang duduk santai bersama anak kecil di bawah pohon nangka.

    Kemudian dia mengambil Sulastri, kerana pada saat itu kebetulan sedang membawa kamera digital. Setelah melakukan pemotertan Eddi pulang kerumahnya, seminggu kemudian Eddi bermaksud mencetak foto yang ada di kameranya.

    Namun setelah melihat hasilnya dia terkejut kerana melihat susuk aneh berambut panjang duduk di atas dahan nangka sambil menundukkan kepalanya. "Aku mengambil gambar Sulastri. Tetapi setelah dicetak terkejut ada gambar aneh. Tidak ada rekayasa," ujarnya.

    Sementara ketika akan menghubungi Sulastri, warga Talang Ubi Timur yang ada dalam foto, tidak berada di tempat. Menurut Eddi. ketika ini Sulastri berada di Kebun di daerah Setuntutung Talang Ojan.

    Gym untuk mereka yang suka telanjang

    Posted: 22 Apr 2011 09:30 AM PDT

    TRIBUNNEWS.COM - Bagi mereka yang suka telanjang, ditawarkan sebuah pusat kesihatan atau gym di mana mereka boleh bersenam tanpa mengenakan pakaian. Upaya ini konon dilakukan untuk melawan resesi dan menarik minat orang datang ke pusat kesihatan tersebut.

    Pusat kesihatan ini terletak di wilayah Basque, Sepanyol, dan bernama Easy Gym. Ini pertama kalinya dilakukan di negara Sepanyol. "Ketika krisis kami sedar banyak yang memutuskan tidak ke gym," kata pemilik Easy Gym, Merche Laseca.

    "Saya bukan pecinta telanjang meski saya tak bermasalah dengan itu.Hanya saja, ini inisiatif tentang wang," jelasnya. Sebelum membuka pusat ini, Laseca mengaku melakukan penyelidikan dan kemudian memutuskan membuka gym untuk pecinta telanjang atau dikenal kelompok nudis.

    "Kita selalu suka aktivitas baru," kata Maite Vicuna, Presiden Basque Naturist Association, yang sempat mencoba gym telanjang pada pekan lalu.

    "Melakuka olahraga tanpa pakaian lebih natural dan lebih nyaman," jelas Vicuna. Sebuah pungutan pendapat yang dilakukan kelompok Basque Naturist Association menunjukkan 90 peratus anggotanya mendukung olahraga tanpa pakaian.

    Telinga bayi berbentuk kalimah Allah

    Posted: 22 Apr 2011 08:00 AM PDT

    METRO - Rianto, orangtua bayi yang memiliki bentuk telinga kiri seperti kalimah Allah, dan telinga kanan seperti tulisan Arab Muhammad mengaku tidak memiliki firasat sebelum mahupun sesudah kelahiran putri pertamanya tersebut.

     "Tidak pernah ada mimpi-mimpi atau firasat," ujarnya kepada Tribunlampung.co.id, Rabu (20/4/2011).

     Menurutnya, kejadian ini membuat masyarakat datang ke rumahnya. "Kesian bayi ini masih kecil, kalau ramai warga datang melihat," tuturnya.

     Untuk diketahui, para medik di RSUD Ahmad Yani dihebohkan dengan bayi dengan bentuk telinga seperti tulisan arab asma Allah di sebelah kiri, seperti tulisan Muhammad di telinga kanan.

     Bayi yang diberi nama Rafika Najila Farjana lahir pada 10 April dari pasangan Rianto dan Suparmi, warga Merandung Sari, Lampung Timur. "Saya dibawa ke hospital setelah muntah-muntah," ujar Rianto.

     Penemuan ini mendapat perhatian para medik di wad kanak-kanak hospital tersebut. Bayi tersebut lahir dengan berat 3,3 kg dan panjang 50 cm.

    Kanak-kanak 6 tahun guna badannya untuk melindungi adiknya dari gigitan anjing

    Posted: 22 Apr 2011 07:00 AM PDT

    Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun di Florida sudah mulai pulih setelah diagigit oleh gerombolan anjing saat melindungi adiknya yg berumur 4 tahun dan anak-anak lain

     Pada ketika itu Timo Peres dan adiknya Carlos yang berumur 4 tahun serta tetangganya sedang bermain belakang rumah mereka pada hari Khamis di Homestead, Florida, ketika itu tiba-tiba gerombolan anjing lari dari sebuah halaman di seberang jalan

     Gerombolan anjing itu menyerang, dan Timo langsung menyembunyikan adik dan temannya di bawah trak diparking dan menggunakan tubuhnya sebagai perisai.

     "Aku ingin menyelamatkan adikku,"kata pahlawan kecil ini. "Kemudian ia mulai menyerang saya."

     Gerombolan anjing langsung m menggigit dia di kepala dan bahu, melihat hal itu ayahnya berlari dan memukul binatang itu dengan skop, mengejar dia pergi.

     Dia dilarikan ke hospital terdekat, di mana doktor harus merawat luka di kepalanya, lengan dan bahu tertutup. .Para penyelamat  mengatakan, serangan itu tidak kanak-kanak itu  takut anjing.

    Selama 23 Tahun Peluru Bersarang di Kepala

    Posted: 22 Apr 2011 06:00 AM PDT

    Benar-benar diluar dari pemikiran kita secara awam, bagaimana mungkin selama 23 tahun peluru bersarang di kepala. Seorang petani dari China  baru mengetahui bahawa ada peluru yang bersarang di otaknya selama 23 tahun.

     Wang Tianqing menderita suatu gejala yang semakin lama semakin buruk selama dua puluh tahun. Akhirnya dia memutuskan untuk ke doktor, penyebab penyakitnya benar-benar membuat terkejut. Hasil CT scan menunjukan sebuah peluru bersarang di kepalanya.

     Doktor bedah China yang mengeluarkan peluru tersebut mengatakan, Wang boleh selamat daripada kematian hanya kerana peluru itu milimeter daripada otaknya. "Peluru itu masuk ke tengkorak Wang dan berhenti di dekat pelipisnya," ujar doktor bedah saraf, Wang Zhiming, seperti dilapor Sky News, Jumaat (22/4/2011).

     Dokter Wang menambahkan, jika peluru itu bergerak sedikit saja lebih jauh ke belakang dan ke bahagian kanan, Wang kemungkinan tidak akan selamat. Namun, yang menghairankan doktor adalah bagaimana peluru itu boleh sampai disana.

     Wang kemudian teringat suatu hari di 1988. Dia ingat pernah terkena pukulan keras di kepalanya sebelum akhirnya tak sedarkan diri.

     "Saya fikir saya terkena pukulanl. Saya melihat seorang lelaki berdiri di bukit dan saya kira dia yang memukul saya," kenang Wang. Dia kemudian terbangun di hospital, namun petugas medik yang merawatnya tidak menemukan ada yang salah padanya.

     Petugas medik kemudian memberikan Wang ubat anti radang dan menyuruhnya pulang. Namun, beberapa saat setelahnya Wang mulai mengalami kejang secara berkala. Saat serangan kerjang bertambah parah tahun lalu, keluarga Wang memutuskan untuk kembali ke doktor.

     Peluru tersebut ketika ini sudah dikeluarkan dan kejang-kejang yang dialami Wang sudah berhenti. .

    Wajah Baru Borakkosong.com

    Posted: 22 Apr 2011 05:06 AM PDT


    Tertunailah hajat nak buat flash header untuk blog borakkosong.com
    Dengan warna latar belakang baru dan dengan semua serba baru akan menambahkan
    lagi semangat untuk berblog.
    Fash header ini telah di buat oleh Saudara Fahmi Mahat (: http://fahmimahat.blogspot.com)
    Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat flash header boleh hubungi saudara
    Fahmi.Hasil kerjanya sungguh memuaskan serta harga pun berpatutan.
    Terima Kasih saudara Fahmi untuk header yang cun ini.

    Ahli parlimen bergaduh...edisi wanita

    Posted: 22 Apr 2011 04:45 AM PDT



    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Wow! Kulit Ular Kini Boleh Jadi Cat Kuku

    Posted: 22 Apr 2011 03:00 AM PDT

    DediNews - Ngeri, mungkin itulah yang ada difikiran anda. Bagaimana tidak, ular merupakan binatang reptilia yang memiliki loreng dan berlendir. Tambah mengerikan lagi, ular memiliki bisa  yang dapat mematikan.

     Tapi mungkin tidak banyak orang tahu bahawa kulit yang biasa digunakan untuk membuat beg dan kasut itu boleh dipakai untuk perawatan kecantikan. Penemuan terbaru itu diciptakan 'Euphoria Lounge Salon & Spa' di California, Amerika Syarikat, yang menggunakan kulit ular sebagai pengganti cat kuku.

     Terri Silacci, pemilik dari salon itu mendapatkan idea ketika anaknya membawa beberapa kulit ular dari kelas science. Kulit ular yang eksotik membuat Terri terkagum-kagum dan mendapatkan idea untuk menjadikan kulit ular ke dalam salah satu perawatan di salonnya.

     Terri memikirkan cara agar kulit ular dapat dijadikan sebagai penghias kuku. Selama beberapa bulan, Terri pun meneliti dan belajar tentang selok belok ular agar aman jika digunakan untuk customer.

     "Saya mempelajari cara mensterilkan ular dan juga melekatkannya pada kuku," tutur Terri, seperti dikutip dari Allure.

     Terri menjelaskan, pertama-tama, kuku diberi gel cat kuku berawarna. Gel tersebut diklaim dapat menguatkan kuku. Lalu kuku dikeringkan menggunakan dryer. Setelah kering, kulit ular ditempelkan pada kuku. Agar kulit ular menempel sempurna diberikan pelapis kuku.

     Tertarik mencuba cat kuku dari ular tersebut? Sayangnya perawatan ini baru berkembang di Amerika. 'Euphoria Lounge Salon & Spa' menghargai US$ 300  untuk sekali pedicure.

     Sumber : http://dedi-news.blogspot.com

    Ibu 66 Cm Yang Sedang Menantikan Kelahiran Bayi Ketiga

    Posted: 22 Apr 2011 02:00 AM PDT

    Seorang ibu terkecil di dunia ketika ini sedang menantikan kelahiran anak ketiganya meski dia telah diperingati bahawa kehamilan akan membahayakan hidupnya.

    Stacey Herald, yang tingginya hanya 66 cm, sudah memiliki dua anak. Sejak awal para doktor telah memberi tahu bahwa kehamilan dapat menyebabkan dirinya meninggal. Namun, dia nekad menentang peringatan doktor. Perempuan 35 tahun dari Dry Ridge, Kentucky, Amerika Syarikat, itu menderita osteogenesis imperfecta, yang menyebabkan kerapuhan tulang dan paru-paru tidak berkembang sehingga dia tidak mungkin mencapai tinggi badan yang normal.


    Sekarang, Herald yang menggunakan kerusi roda, dan suaminya, Will, yang tingginya 175 cm, sedang menunggu kelahiran anak ketiga, seorang bayi laki-laki yang diperkirakan lahir dalam empat minggu lagi. Herald tidak boleh  lagi memangku putrinya kerana perutnya telah membusung sedemikian rupa. Dia pun  bergantung pada suaminya untuk melakukan banyak hal.

     Dia mengakui, kehamilan merupakan sesuatu "yang tidak nyaman". Meski ada berbagai rintangan, pasangan itu mengatakan, mereka ingin punya lebih ramai anak.

     Pasangan itu bertemu tahun 2000 ketika bekerja di sebuah supermarket di tempat asal mereka. Keduanya sangat ingin punya anak setelah menikah tahun 2004. Namun, para doktor memperingatkan Herald bahawa seorang bayi akan berkembang sedemikian besar dalam tubuhnya yang kecil itu dan hal itu akan menekan organ-organnya serta mencekik dia.

     "Saya sangat kecewa ketika dikatakan saya tidak boleh punya anak. Sepanjang hidup, orangtua saya mengatakan kepada saya bahwa saya boleh melakukan apa pun. Ada doktor-doktor itu yang mengatakan bahwa saya tidak boleh membentuk keluarga yang lengkap. Itu sangat menyakitkan," kata Herald.

     Lapan bulan kemudian, pasangan itu bergembira saat mengetahui Herald hamil. Mereka berkeras untuk mempertahankan kehamilan tersebut meski keluarga dan doktOr meminta mereka untuk mempertimbangkannya kembali.

     Herald, yang memutuskan tidak memakai kontrasepsi, mengatakan, "Mereka semua berkata kepada saya bahwa saya akan mati. Mereka meminta saya untuk tidak memiliki bayi. Bahkan ibu saya mengatakan, 'Kamu tahu kamu ingin hidup, bukan?' Saya kata kepadanya, adalah mujizat bahawa saya ada, bahawa saya hidup. Mengapa ini (punya anak) bukan merupakan mujizat juga."

    Setelah 28 minggu, para dokter melakukan bedah  dan seorang putri, Kateri, lahir tahun 2006. Dia membesar dengan sihat. Namun, hati keluarga itu remuk redam ketika mengetahui Kateri memiliki keadaan cacat bawaan dari Herald, iaitu tidak akan pernah memiliki tinggi badan yang normal.

     Meski demikian, keluarga muda itu terus menjalani hidup dengan normal. Herald hamil lagi setahun kemudian. Dia mengatakan, "Sama seperti waktu sebelumnya, setiap orang berteriak kepada kami, 'Apa yang kamu lakukan.' Para doktor mengatakan kepada saya bahwa saya memaksakan keberuntungan saya. Tetapi kami hanya berdoa kepada Tuhan."

     Tentang kehamilannya yang kedua itu dia mengatakan, "Itu merupakan saat yang sulit, saya menjadi besar dengan begitu cepat. Pada titik terburuk, saya ingat saya menangis kerana saya kelihatan seperti bola pantai dengan kepala dan kaki yang kecil. Saya berminggu-minggu tidak boleh melakukan apa pun untuk diri saya sendiri kerana perut saya begitu besar. Saya selalu boleh mengerjakan segala sesuatu, tetapi kali ini saya tidak boleh."

     Para doktor mencuba membiarkan bayi yang kedua tinggal selama mungkin di dalam tubuhnya, membiarkan kehamilannya hingga 34 minggu. Putri kedua, Makaya, kemudian lahir. Sekarang kedua anak itu lebih besar dari ibu mereka yang sedang mengandung 30 minggu.
     __________________

    Heboh… Jari Biawak Mirip Jari Manusia

    Posted: 22 Apr 2011 01:00 AM PDT

    BLORA- Warga Desa Sitimulyo, Kecamatan Cepu, Blora, Jawa Tengah,  gempar setelah salah seorang warganya menemukan biawak berkaki mirip dengan pergelangan tangan manusia.

    Kejadian langka dan aneh tersebut langsung merebak dari mulut ke mulut hingga ke luar Blora. Warga terus berdatangan untuk melihat  biawak aneh ini dari dekat.

    Sepintas tidak ada kejanggalan pada tubuh biawak yang ditemukan Sudarno (39), warga RT 05/10, Sitimulyo, Cepu, ini. Namun jika diteliti, biawak tersebut berkaki mirip seperti pergelangan tangan manusia. Ukurannya kecil seperti tangan bayi.

    Sudarno mengaku tidak sengaja menerima biawak jantan dari seorang temannya yang biasa berburu di Hutan Klagen, Kedungtuban.Ketika hendak menyembelih, lelaki yang menjual sate biawak itu baru menyedari ada keanehan pada kedua pasang kaki biawak.

    Selama bertahun-tahun berhadapan dengan haiwan  ini, Sudarno mengaku baru menemukan yang bentuk pergelangan kakinya seperti itu. Jari pada kaki biawak itu juga berkuku panjang.

    Mendapati keanehan pada haiwan yang memiliki panjang 120 sentimeter dan berat lebih 25 kilogram itu, Sudarno pun tidak jadi menyembelihnya. Dia mengaku takut akan terjadi sesuatu meski dirinya tidak mendapatkan firasat atau mimpi sebelumnya.

    Sudarno berniat memelihara biawak aneh ini dengan memberi makan katak. Dia juga tidak akan menjualnya kepada siapa pun.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Peraturan aneh penumpang kapalterbang di Jepun

    Posted: 22 Apr 2011 12:00 AM PDT

    All Nippon Airways, perusahaan penerbangan komersial di Tokyo, akan memulai program penjimatan bahan bakar pesawat terbangnya yang sedikit aneh.

    Mulai hari ini semua penumpang pesawat All Nippon Airways WAJIB membuang air kecil terlebih dahulu sebelum naik ke pesawat. Nanti ada petugas khusus yang mengawasi penumpang ke toilet.

     Begini perhitungannya… rata-rata manusia dewasa mempunyai kantong kemih yang mampu menampung kurang lebih 1 kg air. Jika satu pesawat ada 200 penumpang dan semuanya sudah kencing habis, maka beban pesawat akan berkurang 200 kg dalam setiap penerbangan.

     Kalau pesawat lebih RINGAN, maka bahan bakarnya boleh sedikit jimat.

    Rekod Baru! Bayi Kembar Lahir di Hari yang Sama dengan Abang Kembar Mereka

    Posted: 21 Apr 2011 11:00 PM PDT

    Guinness World Records baru saja mencatat rekod bayi kembar yang lahir alami di hari yang sama dengan abang kembar mereka.


    Orang tua yang memiliki ramai anak kadang-kadang pening kepala ketika harus membuatkan acara ulang tahun. Syukur kalau anak-anak mereka berulang tahun pada tarikh awal bulan, lebih mudah untuk mengatur gaji. Bagaimana jika punya 4 anak yang semuanya berulang tahun pada hujung bulan?

    Bagi pasangan Davood Bageban dan Tracey, hal ini tidak berlaku. Mereka salah satu orang tua yang berbahagia memiliki 4 orang anak tanpa harus pusing memikirkan acara ulang tahun ke empat anaknya. Pasangan Inggris ini memiliki 2 anak kembar; kembar pertama lahir 3 tahun setelah kembar kedua. Hebatnya lagi, kedua pasang bayi kembar ini terlahir pada hari yang sama; 27 Februari. Cukup sekali setahun merayakan acara ultah mereka secara bersamaan (dailymail.co.uk).

    Guinness World Records telah mencatatakan bahwa mereka adalah keluarga yang memiliki dua pasang kembar  lahir pada hari yang sama.

    "Ini merupakan suatu hal yang sangat jarang terjadi dan saya merasa sangat beruntung dianugerahi bayi laki-laki kembar; Diego dan Armani," kata Tracey yang masih kuliah sebagai mahasiswa psikologi. "Kini saya merasa terberkati setelah diberikan bayi perempuan kembar; Dolcie dan Elisia, mereka lahir di hari yang sama dengan abang mereka."

    "Saya tidak akan pernah merasa lelah untuk bekerja, kerana semua ini saya lakukan demi mereka," kata Davood yang bekerja seharian sebagai seorang manager di sebuah kedai kecil. "Ketika tiba di rumah dan melihat betapa akurnya mereka, itu akan memberikan semangat baru untuk bekerja lebih giat lagi."

    Davood dan Tracey sedang menabung untuk persiapan acara ulang tahun ke 4 bagi Diego dan Armani, yang pertama bagi Dolcie dan Elisia, sekaligus yang pertama bagi mereka berempat, tanggal 27 Februari tahun depan.

    Link artikel ini:
    http://cahayaku-cahayamu.blogspot.com/2011/04/rekor-baru-bayi-kembar-lahir-di-hari.html

    Kurang ajar..iklan kereta di Israel promosikan langgar lari remaja Palestin

    Posted: 21 Apr 2011 10:00 PM PDT


    RIMANEWS –Sungguh brutal, sebuah iklan kereta Jepun di Israel mempromosikan aksi langgar lari terhadap anak-anak Palestin.

    Sebagaimana dilaporkan pejabat berita Xinhua, iklan komersial yang diterbitkan dealer Subaru di Israel itu, menampilkan adegan foto tahun lalu, ketika seorang pendududuk Israel menyerang dua anak Palestin dengan keretanya di kawasan permukiman Silwan, Yerusalem Timur.

    Tak hanya itu saja, iklan kereta Subaru itu juga memasang ungkapan bernada provokatif dalam bahasa Ibrani di sudut kanan gambar, berbunyi: "Kita akan lihat siapa yang dapat bertahan menghadapimu".

    Menanggapi iklan tersebut Otoritas Ramallah pimpinan Mahmoud Abbas menyebut promosi tindakan agresif itu sebagai iklan kotor dan ajakan terbuka untuk melanggar anak-anak Palestin hingga terbunuh.

    Akibat serangan langgar kereta itu, dua anak Palestin berusia 10 dan 12 tahun menderita patah kaki. Penyerang kedua remaja Palestin itu bernama David Be'eri, seorang direktur Jenderal Elad, sebuah perusahaan hartanah.Perusahaan itu sering memujuk orang Yahudi untuk pindah ke lingkungan padat di Baitul Maqdis Timur.

    Baitul Maqdis Timur merupakan bahagian dari wilayah Palestin, yang diduduki Tel Aviv pada tahun 1967. Rencananya kawasan tersebut bakal dijanjikan sebagai ibukota negara Palestin di masa depan.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS