Nuffnang

Free Our Mind

sumber :-

Free Our Mind


Masjid.

Posted: 18 Jun 2010 02:12 AM PDT

Solomon Temple bakal didirikan. Dua masjid di Palestin dikelirukan dengan taktik memberitahu kepada umum bahawa salah satu daripada masjid tersebut adalah al-Aqsa palsu dan satu lagi yang benar. Di tempat lain pula khabar lain yang disebarkan. Kemudian mereka mula meruntuhkan masjid-masjid di sana dengan alasan 'tertembak/terbom' ketika berperang dengan hamas.

Lalu diruntuhkan salah satu daripada masjid tersebut dan mereka memberitahu kepada umum :
"lihatlah al-Aqsa kamu masih tegak berdiri! Kami hanya meruntuhkan masjid ini untuk kuil kami supaya kamu punyai masjid, dan kami punyai kuil di tanah kerajaan lama Jerusalem. Barulah adil!"
Lalu sebahagian umat Islam membenarkannya kerana alasan yang sebegitu. Persoalannya, kenapa umat Islam lemah sangat, b***h sangat untuk memahami maksud sebenar MASJID! Lindungilah al-Aqsa kerana itu tempat kita mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita lindunginya dengan sebab itu tanah suci kita, tanah bersejarah kita kerana pernah menjadi kiblat kita, mereka juga menaklukinya dengan memberi alasan kepada kita tanah itu juga adalah sejarah mereka.

Lihatlah berapa ramai yang bakal memberikan komen di setiap corong perbincangan menegakkan al-Aqsa berbumbung hijau sedangkan umat Islam di negara lain menegakkan al-Aqsa berbumbung emas. Adakah kamu semua mahu berpecah hanya kerana ini? Tidakkah kamu sedari tindakan ini telah menghina masjid itu sendiri? Masjid adalah tempat dimana kita bersatu sesama saudara dibawah satu bumbung. Tetapi kita yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana lagi sudah pun berpecah.

masjid kubah emas di sebelah kiri, kubah hijau di sebelah kanan. ditengahnya adalah 'tempat suci' yahudi laknat yang dipanggil 'wailing wall/western wall'.

Kita pandai mengatakan tentera panji hitam takkan tertegak selagi masjid tidak dipenuhi. Tapi kita sendiri yang tidak memenuhi masjid. Kita sudah diberi makanan yang merosakkan hati melalui hiburan, sukan dan pelbagai lagi perkara melalaikan. Semua itu tidak salah tetapi kita sendiri terlalu melayankan apa yang disukai. Dimanakah kefahaman kita tentang kepentingan masjid yang menyatukan ummah? Dimanakah pengetahuan kita tentang kepentingan seruan azan yang memanggil?

Kiamat hadir hanya setelah azan sudah tidak didengari. Itu tanda kecilnya. Tidak sedarkah kita perkara itu telah berlaku? Adakah kita mendengari apa azan yang kita dengar? Adakah kita terus mendirikan solat setelah azan dilaungkan? Bulan dan bintang ditegakkan tapi azan tidak ditegakkan. Masjid hanya pada nama! Kita terlalu mementingkan nama al-Aqsa tetapi kita meninggalkan peranan masjid! Kenapa kita sibuk membuat bising mengenai al-Aqsa yang sebenar dengan meninggalkan kepentingan masjid yang satu lagi?!

Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan gerun dengan tentera Islam selagi mereka tidak pergi menunaikan solat subuh seperti mereka pergi menunaikan solat Jumaat. Saya yakin, tiada seorang pun daripada kita yang takkan pergi ke masjid pada waktu subuh selagi kita tidak mengetahui peranan masjid yang menyatukan ummah.

Apa sudah jadi?

wAllahua'lam. Ini adalah pandangan saya. Sila betulkan mana-mana bahagian yang salah.
::freedom::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

zoomartis

sumber :-

zoomartis


Aqasha Dan Baizura Nikah Pada Oktober

Posted: 17 Jun 2010 04:43 PM PDT

Ia di jadual akan diadakan pada 10 Oktober akan datang sementara majlis persandingan di sebelah lelaki akan diadakan sempena Hari Krismas.

Semoga Hari Bahagia anda berdua akan tiba, dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Apa kata anda ?

Melissa Maureen Sengsara Terkena Denggi

Posted: 17 Jun 2010 04:34 PM PDT

Dipertik dari Mstar hari ini, kesian artis ini, senyap sepi jer....kesian..semoga beliau sihat walafiat dan kembali meneruskan kerja-kerja yang tertunggak.



PELAKON Melissa Maureen Rizal terpaksa menanggung sengsara ketika berlakon drama Dendam Orang Minyak apabila terkena jangkitan demam denggi.
Melissa terpaksa menghabiskan beberapa hari di sebuah hospital ketika dia diperlukan menjalani penggambaran drama bersiri itu.


Ketika ditemui semasa sesi ramah mesra drama tersebut di Sri Pentas, Bandar Utama semalam, Melissa mengesahkan dia baru pulih daripada jangkitan penyakit berbahaya itu.
"Mula-mula, saya demam selama empat hingga lima hari. Lepas itu, timbul ruam-ruam panas pada tangan dan kaki. Bila ambil ujian darah, sah saya kena demam denggi.
"Doktor pun mengesahkan simptom itu akibat denggi. Oleh itu, saya ditahan di hospital selama dua, tiga hari," katanya kepada mStar Online.


Menurut Melissa, dia mungkin digigit nyamuk sewaktu menjalani penggambaran di sebuah hutan untuk drama bersiri 20 episod terbitan Suhan Movies itu.
Ketika mendapatkan rawatan di hospital, dia bimbang tidak dapat meneruskan lakonan tetapi syukurlah Melissa dibenarkan keluar sebelum penggambaran tamat.
Tambah Melissa dia hanya berdoa supaya cepat sembuh akibat penyakit berkenaan yang boleh membawa maut.


"Alhamdulillah, saya pulih sekarang," katanya.
Mengenai perkembangannya, Melissa begitu teruja menikmati proses pembesaran anaknya, Inca Medina, yang berusia setahun.
Dia turut memberitahu tidak menggaji pembantu rumah untuk menjaga anak kesayangannya kerana serik dengan kes penderaan dan pembunuhan kanak-kanak. 

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz Dengan Talak 1

Posted: 16 Jun 2010 09:20 PM PDT

Ini berita terbaru yang Zoom dapat dari Mstar  hari ini, bekas pengacara TV Di Malaysia ini terpaksa melalui detik-detik sedih apabila dicerai kerana sebab-sebab yang tidak diketahui, apa pun baca je la "Statement" dari Mstar hari ini..Dan apa kata anda ?



Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.
Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.
Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.

Diana Rafar Amal Baca Al-Quran ketika Hamil 5 Bulan

Posted: 16 Jun 2010 08:11 PM PDT

Alhamdulillah, kalau betullah apa yang Diana cakap ni semoga anak yang dilahirkan nanti akan menjadi anak yang soleh atau soleha.Ini kerana ayat-ayat Al-Quran mengandungi 1001 hikmah dan balasan yang tidak ada tolok bandingnya,ayat-ayat Al-Quran merupakan panduan dalam kita meneruskan kehidupan seharian.



SELEPAS 11 bulan mendirikan rumah tangga dengan Zamarul Hisham, pelakon Diana Rafar antara insan yang amat bertuah kerana dia sekarang sudah hamil lima bulan.
Diana menyedarinya berita gembira itu selepas berat badannya meningkat secara mendadak pada bulan kedua kehamilan.
Diana berkata, dia sangat gembira dan bersyukur kerana hasratnya menimang anak bersama suami tercinta akhirnya tercapai.
"Alhamdulillah, saya amat gembira dengan perkembangan ini," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blog BOM321

sumber :-

Blog BOM321


Jackie Chan Benci Karate Kids!

Posted: 17 Jun 2010 09:37 AM PDT

lihat video ini...




Rajin gila orang yang mengedit ni!

Cara Sebenar Untuk Mencuci Komputer Anda !

Posted: 17 Jun 2010 05:22 AM PDT

Cara Mencuci Komputer Anda !
inilah cara paling benar untuk mencuci komputer anda, bersih dan berkilat.
Cara Mencuci Komputer Anda !
jika ada apa-apa terjadi dengan komputer anda, bom321 tidak bertanggung jawab

Video Klip Terbaru Namewee (Bola Tak Boleh, Ahmoi Boleh!)

Posted: 17 Jun 2010 01:22 AM PDT

Video Klip Terbaru Namewee (Bola Tak Boleh, Ahmoi Boleh!)
kenalkah anda pada Namewee? pemuda yang kontroversi dengan lagu 'Negarakuku'
ini ada klip terbarunya.



Adakah Ini Simptom Virus HIV ?

Posted: 16 Jun 2010 10:13 PM PDT

Adakah Ini Simptom Virus HIV ?
Adakah Ini Simptom Virus HIV ?
Adakah Ini Simptom Virus HIV ?
Adakah Ini Simptom Virus HIV ?
Dari hidup sehingga mati virus HIV kekal bersemadi!

Video Saiful Apek Dalam Tahanan Polis

Posted: 16 Jun 2010 06:48 PM PDT






PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.

Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).

Artikel@MStar
Video@MyMetro

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Dan Azrinaz Mazhar Telah Bercerai

Posted: 16 Jun 2010 02:27 PM PDT


Serius, kami agak terkejut bila mendapat tahu yang Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan Azrina Mazhar dengan talak satu. Sungguh tak sangka, perkahwinan yang terbina sejak tahun 2008 tu akhirnya putus di tengah jalan. Tapi nak buat macam mana, dah tertulis yang jodoh mereka hanya sampai kat situ. So, tak boleh nak buat apa [...]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sensasi

sumber :-

Sensasi


Cerpen kelakar:Berakhirnya Cinta kita...

Posted: 17 Jun 2010 11:11 AM PDT

Cerita pendek ini diambil dari hasil nukilan seorang pelajar darjah 6...(someone i know)
mengisahkan tentang kisah cinta yang tak kesampaian...puncanya?kene baca kesudahan cerita ini,,..


kakanda : adinda, jomlah tgk wayang?
adinda : tak naklah, adinda takde duit.
kakanda : abang yang belanja.
adinda : baiklah, jom!
kakanda : yee haa!

---------setibanya di panggung-------

kakanda : adinda nak tengok cerita apa?
adinda : umm, cerita apa yang ada?
kakanda : jom kita lihat di sana.
adinda: jom!

---------di tempat jadual wayang-----
1. kumbang menjadi belacan.
2. puteri gemok. siri 2.
3. seorang penjual burger yang menipu.
4. semerah-merah cinta kita.
5. mat rumput. *mat rempit dah insaf. hahaha!
6. hantu baik.

---------memilih cerita nombor 4-----

adinda: bayar lah tiket bang.
kakanda: oh ya, lupa.
adinda: bodoh btol abang ni.
kakanda: apa? kau bilang aku bodoh?
adinda: ya iya lah. ngapain sih?
kakanda: tak guna, kenapa semua perempuan panggil aku bodoh?
adinda: abang memang bodoh pun. haha!
kakanda: oh, kau mengejek aku ya. tidak apa. mula dari hari ini. kita BREAK!!
adinda: ahh? jangan lah abang.
kakanda: tidak aku akan tinggalkan kau jugak.
adinda: sukahati kau lah.
kakanda: okey bye tak guna!

----------berakhir nya cinta mereka berdua------

hahaha! just for fun. :DD

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Budak terperangkap dalam lubang bawah tanah selama 3 jam

Posted: 17 Jun 2010 11:16 AM PDT

Aaron Walsh terperangkap dalam  lubang bawah tanah yang sedalam 10 kaki dan hanya dapat di selamat selepas 3 jam kerana jeritannya didengar oleh jirannya.Jiran itu cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya .
Mereka kemudiannya memanggil pihak bomba dan hanya dengam bantuan bomba dia dapat diselamat selepas 3 jam terperangkap.

Sara buat Sepanyol Kalah?

Posted: 17 Jun 2010 10:38 AM PDT

Sara Carbonero ialah teman wanita penjaga gol Sepanyol Iker Casilllias,Dia bekerja sebagai pengulas sukan dan World cup ini bukan hanya bertindak sebagai pengulas tetapi turut menemani Iker.Saksi mendakwa Sara BERADA betul -betul berhampiran gol ketika membuat ulasan sebelum perlawanan.
Ramai peminat Sepanyaol melihat kejadian itu merasa marah dan mengatakan kerana Sara Sepanyol Tewas.

Wanita penghidap kanser mati selepas melihat lelaki memukulnya dipenjara

Posted: 17 Jun 2010 09:55 AM PDT

Seorang nenek yang menghidap kanser sanggup menahan penyakitnya semata-mata mahu melihat lelaki yang memukulnya dengan sebatang besi dipenjara.Mair Corbett 78thn telah dipukul menggunakan sebatang besi oleh jirannya seorang penagih dadah yang berusia 28 tahun. 
Dia memberitahu cucunya dia tidak aman selagi budak yang  memukulnya itu tidak dipenjara.Cucu merasa 
sedih dan berharap neneknya mati dalam keadaan aman.
Akhirnya wanita itu seperti telah ditunaikan hajat,budak itu telah di hukum penjara selama 10 tahun.Selepas 6 hari lelaki itu dihukum wanita itu pun meninggal dunia.









                                                               
                                                                                           gambar lelaki yang memukulnya

kerana cemburu bakar teman lelaki

Posted: 17 Jun 2010 09:01 AM PDT

Kerana marah dan cemburu seorang wanita sanggup membakar teman lelakinya
.Teman lelaki yang dibakar mengalami keceraaan teruk dan meningal dunia selepas 4 hari menerima rawatan.
Dia telah didapati bersalah dan telah di penjarakan.Dia dalam keadaan mabuk  ketika melakukan perbuatan itu.

6 MAKHLUK CIPTAAN ALLAH

Posted: 17 Jun 2010 06:38 AM PDT

MALAIKAT
  • Dari nur(cahaya)menerangi /mengawasi manusia
IBLIS
  • Dari nar(api),sifatnya merosak,merupakan musuh manusia
JIN
  • Dari asap yang beracun,sifatnya memabukkan,merupakan pengoda dan juga membantu manusia
TUMBUHAN
  • Hanya mempunyai naluri,berfaedah untuk keperluan manusia
  • Syawat dan marah,berfaedah untuk kepentingan manusia
MANUSIA
  • Sebagai pengatur alam,pengurus dunia (khalifah)

Wanita Haid Dan Al Quran

Posted: 17 Jun 2010 05:42 AM PDT

Secara umumnya wanita yang sedang haid atau wanita dan lelaki dalam keadaan junub ditegah memegang kitab suci Al Quran.Walaubagaimanapun mereka dibenarkan membawa kitab suci itu apabila disimpan di dalam beg yang boleh menghalang mereka bersentuhan secara lansung dengan kitab.
Para fuqaha (ahli fikah) hanya  membenarkan seseorang yang berada dalam keadaan junub atau haid memegang Al Quran atas tujuan seperti menjaganya daripada terjatuh atau menyelamatkan dari niat buruk orang lain atau memeliharanya dari kebakaran,kemusnahan atau apa -apa yang seumpamanya.

Piramid

Posted: 17 Jun 2010 03:04 AM PDT

Piramid adalah satu binaan yang begitu terperinci dan sangat mengagumkan sehingga digelar sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia . la dibina pada zaman Firaun yang mana tiada manusia atau pakar binaan lain yang boleh mencipta binaan sepertinya . Piramid adalah lambang teknologi yang memerlukan perincian dan kepakaran yang sangat tinggi dalam pembinaannya . la berbentuk tiga segi , bertapakkan empat segi dan setiap penjuru mewakili empat arah angin dengan ukuran yang sangat tepat dan teliti . Tapaknya dikatakan adalah satu -satunya tapak binaan yang paling rata di atas muka bumi ini.

kejap9

Posted: 17 Jun 2010 01:48 AM PDT

Daripada Abdullah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda
"Tidak boleh irihati melainkan dalam dua hal
1.Seseoarang yang di berikan Allah harta dan di beri kekuatan
untuk mempergunakan harta itu di jalan yang benar
2.Seorang lagi diberi Allah hikmat (pengetahuan dalam) dan
dengan hikmat itu dia memutuskan perkara serta 
diajarkannya," (Shahih Bukhari )


Anak kucing dua muka

Posted: 17 Jun 2010 12:34 AM PDT

Seekor anak kucing yang gelar "Two Face"hanya mempunyai 50% sahaja untuk hidup.Anak kucing ini telah dibawa keklinik oleh pemiliknya kerana ibunya enggan menjaga dan menyusukannya .

Apabila Nafsu TIDAK Dikawal

Posted: 16 Jun 2010 10:32 PM PDT

Setiap manusia mempunyai naluri yang berbeza-beza sentiasa berubah -ubah.Perubahan kadang kala mengikut kedudukan ,status,,kekayaan dan sebagainnya.Makin tinggi martabatnya makin tinggi nafsunya begitu juga sebaliknya.
Nafsu yang tidak dapat di kawal dengan bijak akan merosakkan diri sendiri.Kebijaksanaan mengawal perasaan kunci kepada pertahanan diri.Jika pandai mengawal diri datanglah apa saja godaan pasti akan dapat menangani.
Begitu juga sebaliknya jika nafsu tidak dapat dikawal oleh fikiran yang waras.Perasaan cepat mengalah pada godaan adalah satu langkah kepada perkara negatif.
Oleh itu sebagai manusia yang di berikan fikiran yang waras seandainnya anda berada dipersimpangan mintalah pertunjuk Allh SWT.Jadilah manusia yang sentiasa mengaku salah dan menyesal apabila melakukan sesuatu yang didorong oleh nafsu.Jalan yang terbaik ialah bertaubat dan meminta ampun dari Allah SWT.

Panggilan Bos Untuk Ketua Kurang Sopan

Posted: 16 Jun 2010 08:35 PM PDT

Panggilan BOS kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.
"Panggilan bos adalah perkataan main -main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang di gunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya," kata Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hasaan.
Beliau terpanggil  untuk menyuarakan pekara itu kerana penggunaanya semakin meluas dan di gunakan  pelbagai golongan termasuk menteri.
Panggilan lebih manis atau berbudi bahasa sekiranya panggilan itu di tukarkan  dengan menggunakan panggilan TUAN untuk ketua lelaki dan PUAN untuk ketua perempuan.
laporan : BERNAMA

Pemilik ular kepala wanita di tangkap

Posted: 16 Jun 2010 06:56 PM PDT

Seorang petani Zamroji pemilik ular kepala wanita telah di tangkap kerana ular itu adalah palsu.Kepala ular itu sebenarnya kepala kelawar yang telah di cantumkan dengan badan ular dan rambutnya pula bulu kuda dilekatakan pada kulit kepala kelawar itu supaya mirip wajah wanita.
Dia yang telah ditangkap oleh pihak polis telah mengaku memperolehi  ular tersebut daripada seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Cipto.Ujian makamal oleh sebuah agensi perlindugann perhutanan mengesahkan bahawa ular kepala wanita itu adalah tipu dan palsu.

laporan : kosmo.online

Nenek 11 cucu di cekup khalwat

Posted: 16 Jun 2010 06:00 PM PDT

Seorang nenek 47 tahun mempunyai 11 orang cucu sanggup datang dari Medan Indonesia semata -mata hendak berjumpa dengan kekasihnya seorang warga Pakistan yang berumur 55 tahun.Dia mengenali lelaki Pakistan sejak setahun yang lalu di sebuah restoran di Kuala Lumpur telah di cekup di sebuah hotel murah bersebelahan Masjid Zahir oleh sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Kedah semalam.

Mandi Asid

Posted: 16 Jun 2010 05:26 PM PDT

Seorang penoreh getah mungkin bakal menderita seumur hidup kerana di simbah asid dan juga ditetak di kedua-dua belah tangan oleh suaminya seorang kaki botol.Suaminya yang juga panas baran menuduh dia berlaku curang.
P Kaliyammah 22 thn sempat melaikan diri kerumah kakanya setalah di simbah asid ,dia di kejar oeh suaminya yang berusia 32 thn menggunakan parang.Dia telah di selamatkan oleh kakaknya serta orang ramai yang melihat kejadian kemudian dia telah di hantar ke hospital.
 

Adap Berjalan

Posted: 16 Jun 2010 02:01 PM PDT

  • Berniat keluar dari rumah kerana Allah SWT untuk menuntut ilmu,ziarah bagi menyambung tali silahturrahim atau tujuan lain yang harus
  • Berjalan dengan tenang tapi pantas
  • Berjalandengan tujuan tertentu

  • Tundukkan pandangan daripada melihat perkara yang haram

  • Elakkan duduk atau melepak tanpa sebarang tujuan yang jelas dan syarak

  • Memberi slam kepada semua orang Islam yang di temui

  • Membantu orang yang memerlukan pertolongan seperti orang buta,orang tua dan sebagainya

  • Jangan berjalan dengan sombong

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS