Nuffnang

Belajar buat blog

sumber :-

Belajar buat blog


Hilangkan blog title and description

Posted: 11 Jun 2010 06:26 PM PDT

Jika anda dalam platform blogger dan menggunakan template asal blogspot,anda akan dapati bahawa tajuk blog dan deskipsi akan kelihatan pada header blog.Kalau deskripsi  atau keterangan terlampau panjang kelihatan pula seperti iklan.Jika anda ingin menghilangkan tajuk dan deskripsi dari blog anda dan boleh meletak gambar sebagai header ikutilah langkah dibawah  ini.

1.masuk ke blogger dan klik pada dashboard
2.Klik pada layout dan pilih edit HTML
3.Cari kod  #header h1,jika tidak jumpa cari kod ini :#Header .description
4.masukkan kod display:none; pada hujung kod diatas

.Dibawah ini adalah contoh kedudukan kod tadi
:
#header .description {
margin:5px 5px 0;
padding:15px 20px .25em;
line-height:1.2em;
display:none;

6.Kemudian save template anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

zoomartis

sumber :-

zoomartis


Shariza Terima Lamaran Siddiq di hari Pernikahan Wafa !!

Posted: 11 Jun 2010 07:15 PM PDT



Tersenyum seketika Zoom apabila membaca artikel di bawah ni, disaat pasangan lain meneruskan seruan darinya untuk mendirikan rumah tangga ada juga insan yang meluahkan perasaan ingin memperisterikan seseorang yang sudah lama dikenalinya.Inilah yang dinamakan suratan takdir, jodoh dan perkahwinan ditentukan olehnya..


Ketika menghadiri majlis pernikahan Wafa Tan Sri Abdul Kader dan Tajul Faizal Tamimuddin di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam, Shahriza tidak dapat menahan perasaan sebak lantas mengalirkan air mata waktu bersalaman dengan Wafa.


"Saya tak tahu mengapa perasaan saya cepat sensitif apabila orang tanya tentang kahwin. Ramai juga yang bertanya, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak menjawabnya.
"Saya hanya wanita biasa dan suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Sekarang, saya hanya menunggu masa," katanya sambil tersenyum di samping kekasihnya, Saddiq di ruang legar masjid itu.
Sengaja diusik dan bertanya bila giliran dia dan Saddiq akan mendirikan rumah tangga. Dengan tenang, Shahriza menjawab: "Saya hanya berdoa. Kalau jodoh kami sudah sampai, saya takkan menolak."
Tanpa semena-mena, Saddiq, abang kepada penyanyi dan komposer Ana Raffali itu yang padanya lebih banyak berdiam diri di sebelah Shahriza bersuara untuk melamar Shahriza tanpa diduga.
"Kita kahwin tahun ini ya," lantas bertanya terus kepada Shahriza di hadapan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang turut berbual dengan pasangan itu.


Raja Azmi yang mendengar lamaran Saddiq kepada Shahriza itu terus berkata: "Tunggu apa lagi, elok sangatlah tu. Buat sahaja sebelum bulan puasa tahun ini. Orang kata lebih berkat. Bukan susah, buat majlis nikah secara ringkas sahaja," sarannya yang sempat menawarkan khidmat untuk menjadi perunding perkahwinan mereka berdua.


Zoom: Tunggu bila dan dimana hari bahagia mereka akan dilangsungkan...

Johan Tuntut RM1 Juta Dari Pengarah Mohd Javed

Posted: 11 Jun 2010 07:00 PM PDT

Nampaknya kes baling gelas belum selesai, kisah ini akan berpanjangan hingga ke muka pengadilan.Jika anda membaca kisah dan luahan Johan sudah pasti anda akan menyalahkan Pengarah tu.Tetapi kisah dan kejadian sebenar akan kita ketahui jika prosiding di mulakan di Mahkamah.


Apa-apa pun dibawah ni Zoom sertakan gambar Johan masih dalam keadaan trauma dengan luka di dahi dan luahan beliau mengenai kisah diballing dengan gelas,Zoom terkilan apabila membaca Pengarah ini menendang isteri Johan ketika ingin membantu, 



"Dalam surat yang diberikan kepada pihak Seniman, dia mendakwa saya tidak beri komitmen, tidak membaca skrip, tidak berdisplin, datang lewat dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon.
"Penggambaran baru masuk hari kedua, saya hairan kenapa mereka kata saya datang lewat sedangkan saya datang sebelum mereka mulakan pengambaran.
"Sehari sebelum penggambaran iaitu 10 Mei, ibu saya meninggal dunia dan saya minta untuk cuti sehari bagi menguruskan jenazah dan keesokkannya saya terus datang ke lokasi pengambaran kerana tidak mahu memberi masalah kepada mereka," jelasnya yang menjalani penggambaran Bisikan Arwah.



Namun begitu, ketika mahu memulakan penggambaran mereka memanggil saya supaya datang ke sebuah restoran untuk membincangkan sesuatu perkara.
"Saya duduk semeja dengan Javed dan dia lantas memaki saya dengan perkataan kesat dan melemparkan gelas kaca sehingga pecah. Tidak habis di situ dia menumbuk muka saya beberapa kali dan menendang Ozlyn (Isteri) yang cuba melindungi saya.
"Saya rasa tindakan mereka tidak profesional kerana tidak memberi sebarang penjelasan terlebih dahulu apa sebenarnya berlaku," jelasnya kesal.


Zoom: APa kata AnDa ?? 

Result World Cup : South Africa 1 : 1 Mexico / France 0:0 Uruguay

Posted: 11 Jun 2010 06:33 PM PDT





South Africa : 1                           






Mexico :1






And,






Uruguay : 1






France : 1



Nampaknya Semua perlawanan pada pembukaan World Cup 2010 berkesudahan seri, apa kata anda mengenai perlawanan semalam

Trailer And Overview Sex & The City 2 Film

Posted: 11 Jun 2010 07:34 AM PDT



Filem Sex & The City akan ditayangkan mulai 17 Jun, boleh tahan juga Filem ni..tajuk pun dan membuatkan sesetengah bakal penonton tertanya-tanya.Apa kata anda mengenai Filem yang bakal di saksikan di pawagam ini?


Sinopsis



At the beginning of the movie we are taken to a scene from the original film. We can see how Carrie, Samantha, Charlotte, and Miranda meet for the very first time.


In the next scene we jump to the present where a same-sex wedding between Stanford Blatch and Anthony Marentino is in progress. Now the girl's lives are a lot more stressful than they were in the first movie. All of them are married except for Samantha, Charlotte is preoccupied with her two kids and Carrie's life with Mr. Big has become somewhat boring for her taste, because he prefers to sit at home, watch old movies and eat fast food to going out with her.

SINOPSIS FILEM ZOO LAKONAN LAN PET PET DAN LISA SURIHANI

Posted: 11 Jun 2010 07:25 AM PDT

Zoo merupakan sebuah filem komedi fantasi. Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang 'gila-gila' membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja.
Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan zoo, Lan secara tidak sengaja telah menyertai satu sesi temuduga yang dikendalikan pengurus zoo, Encik Din. Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itulah bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan. Lan telah diperkenalkan kepada seorang pekerja di situ iaitu Shila.


Menurut Shila, ramal pengawal di zoo telah lari selepas semalaman bekerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita daripada Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawalkannya. Pelbagai insiden lucu berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut.


Lan sendiri melihat haiwan-haiwan seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan. Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara itu kepada Shila dan Encik Din tetapi mereka tidak mempercayainya. Begitu juga dengan Encik Osman yang turut bekerja di zoo tidak mempercayai kata-kata Lan.


Osman pula pandai membodek Encik Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik.
Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut. Encik Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberikan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan haiwan-haiwan tersebut untuk membuktikannya tidak bersalah.


Menerusi siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di zoo, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar dengan bantuan orang dalaman. Lan telah menamakan beberapa suspek yang dicurigai tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri.


Adakah Lan dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah tepat dakwaan Lan terhadap suspek-suspek tersebut? Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain?
Saksikan Zoo untuk mengetahui kesudahannya…

Fahrin Ahmad Di Sabah Pada 12/6/2010 ( Esok )

Posted: 11 Jun 2010 07:19 AM PDT

Apa tunggu lagi, jika anda di Sabah dan peminat Fahrin Ahmad datanglah beramai-ramai ke stesen Shell berdekatan dengan Yayasan Sabah pada pukul 11 pagi,

Gambar Wafa Dan Tajul Bernikah

Posted: 11 Jun 2010 07:04 AM PDT


Inilah Wajah-wajah gembira Pelakon dan penerbit Wafa Tan Sri Abdul Kader, 44, kini sah bergelar isteri kepada Tajul Faizal Tamimuddin, 44, pada kira-kira jam 9.10 pagi tadi di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini, hari ini.


Mereka yang mengikat tali pertunangan pada 28 Mei lalu dinikahkan oleh Imam masjid berkenaan, Md Zali Abd Manan berwalikan bapa pengantin perempuan, Tan Sri Abdul Kader Talip, 71, dengan sekali lafaz nikah oleh Tajul yang juga seorang jurutera.
Air Mata Gembira Mengiringi seorang isteri yang sah
Bersama Keluarga Tersayang
Semoga Perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke akhir hayat

5 Cara Mudah Kurangkan Tekanan Kerja

Posted: 10 Jun 2010 09:19 PM PDT

Bekerja untuk mencari rezeki yang halal memang memenatkan. Malah ia mampu memberikan tekanan kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika kerja yang anda lakukan berhadapan dengan 'deadline' dan tarikhnya pula semakin hampir.

Ada juga sesetengah kerja yang memaksa seseorang itu berhadapan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Jika tidak dituruti karenah tersebut, mungkin anda akan terlepas peluang menarik. Jadi mahu atau tidak, anda terpaksa merelakannya walaupun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa tertekannya anda.

Untuk itu, di sini diperturunkan lima cara mudah untuk anda mengurangkan tekanan di tempat kerja. Anda tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya, namun ia mampu memberikan anda kesegaran dan tenaga baru untuk menghadapi hari yang panjang.

1. Cuci muka
Terlalu lama duduk menghadap komputer memang memenatkan. Apa kata anda bangun sebentar dan pergi ke tandas untuk mencuci muka. Kesejukan air itu sudah pasti mampu memberikan anda kesegaran baru. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat beberapa ilham baru yang pastinya akan menguntumkan senyuman di bibir anda.

2. Membaca kisah lucu
Kisah-kisah lucu yang banyak dikirimkan oleh rakan-rakan melalui emel mungkin boleh digunakan ketika ini. Dengan membaca beberapa kisah lucu yang pendek, ia mampu membuatkan anda ketawa sendirian, sekaligus menjauhkan anda daripada tekanan kerja yang membelenggu anda. Selepas melepaskan tekanan melalui ketawa, anda kini lebih bersedia untuk menyambung pekerjaan yang sedang diusahakan.

3. Berbual dengan rakan
Di pejabat sudah pasti anda mempunyai ramai kawan. Untuk melepaskan tekanan, anda tidak semestinya perlu berbual dengan rakan rapat sahaja. Adakalanya rakan-rakan baru juga boleh menjadi tempat anda meluahkan rasa sekaligus mengurangkan tekanan yang anda tanggungi. Mungkin dengan perkenalan baru itu anda dapat menambahkan kawan serta peluang untuk bertukar-tukar fikiran dengan orang lain yang mempunyai latar belakang berbeza. Tetapi janganlah keterlaluan kerana orang lain juga pastinya mempunyai kerja yang mereka harus siapkan juga.

4. Ke kafetaria
Setelah seharian penat bekerja dan mengerah otak, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk ke pantri atau kafetaria. Belilah sedikit makanan untuk mengisi perut anda yang berkeroncong. Rasa lapar yang ditanggung bukan membantu sebaliknya boleh menambahkan lagi tekanan yang dialami. Apabila sudah kenyang, anda pasti lebih selesa untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.
 
5. Berjalan seketika
Jika tekanan yang anda tanggung masih belum berkurangan, apa kata anda bangun sebentar dan berjalanlah di sekitar pejabat anda. Ambil masa beberapa minit untuk anda mencari ketenangan dan kekuatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. Dengan berjalan dan meninjau persekitaran tempat anda bekerja, ia mungkin boleh memberikan anda idea untuk bekerja dengan lebih berkesan. Jika anda bertuah, anda mungkin akan bertemu dengan seseorang yang mampu membantu anda. Apa yang penting anda tidak malu untuk bertanya dan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Samsung Corby i5500

Posted: 10 Jun 2010 09:11 PM PDT

Samsung just announced the newest member of Corby's cell phone "Samsung i5500 Corby" which entered the smartphone types. Although still relatively small in size, but do not hesitate with the ability to Corby, for Corby using Android 2.1eclair with better specifications and has many features.


Samsung i5500 Corby, also known as Samsung Galaxy 5 had the look almost the same as the previous Corby. But the phones are the greatest among other Corby because the operating system loaded with sophisticated and faster processor.

Samsung i5500 Corby screen measuring 2.8 inch QVGA type of capacitive touchscreen, 600MHz processor, accelerometer sensor, 2MP camera and 100MB of storage and a microSD slot. Corby's new i5500 is supporting 3G, with HSDPA, WiFi with DLNA, GPS with A-GPS, Bluetooth, microUSB port and 3.5mm audio jack. Price Samsung i5500 Corby / 5 Galaxy is estimated to 199 euros and is planned to be marketed first in Italy in a week ahead of time.

Sinopsis Dunia Baru Reunion

Posted: 10 Jun 2010 09:07 PM PDT

Geng kegemaran Malaysia kembali lagi dalam 'Dunia Baru Reunion'! Sebagai kesinambungan kepada siri TV popular 'Dunia Baru', 'Dunia Baru Reunion' menyingkap kehidupan watak-watak utama siri tersebut tujuh tahun selepas mereka tamat pengajian. 

Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.

Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop 'jiwang', bertemu dengan suami-suami 'ganas' sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya! 

Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu. 

Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam 'Dunia Baru Reunion'. -Gua


Zoom: Mesti peminat-peminat Dunia baru tidak sabar-sabar menanti bila DBR akan di tayangkan..!!

Luahan Irma Mengenai Gossip Hubungan Dengan Nabil Sudah Berakhir

Posted: 10 Jun 2010 08:57 PM PDT

Panas juga gossip mengenai Irma dan Nabil sudah tidak menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih, mana taknya desas desus mengatakan mereka ingin merapatkan silaturahim senyap macam tu je.berikut luahan dan jawapan Irma mengenai gossip hubungannya dengan Nabil.



"Saya dapat tahu gosip kami kononnya sudah putus cinta apabila ada peminat bertanya mengenai perkara itu dalam facebook (fb). Ada juga kawan rapat yang bertanya perkara yang sama. "Pada masa sama, ada juga gosip mengatakan saya sudah berjumpa pereka fesyen untuk tempah baju pengantin. Teruk saya kena marah dengan kawan-kawan yang tanya kenapa saya tidak jemput mereka ke majlis 'perkahwinan' kami? "Tidak cukup dengan itu, ibu saya sendiri turut menegur bagaimana gosip seperti itu boleh tersebar.
 "Hakikatnya, semua gosip itu tidak benar sama sekali kerana saya dan Nabil belum merancang berkahwin dalam tempoh terdekat ini. Pada masa yang sama kami juga tidak pernah berpisah," katanya. Bagaimanapun, Irma menafikan dia dan Nabil ada musuh di luar sana. "Saya tak tahu apa motif gosip ini. Kalau ada pihak tak puas hati dengan kami, janganlah segan datang berjumpa kami. Kami boleh bersemuka dengan baik," pinta Irma.
Yang jelas kata Irma lagi, hubungan dia dan Nabil berjalan seperti biasa dan tidak ada sebarang masalah "Setakat pertengkaran manja-manja, biasalah. Saya dan Nabil tak cepat melatah kalau terkena gosip liar. Kami sedia beri penjelasan kepada pihak media kalau ada yang bertanya mengenainya.

"Saya juga tidak berdepan dengan tekanan apabila terkena gosip seperti itu kerana kami lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri hinggalah gosip itu senyap dengan sendiri," katanya. Seperti pasangan lain kata Irma, dia dan Nabil pasti mencuri masa untuk keluar bersama.

"Maklumlah, kami sibuk dengan karier seni masing-masing. Sebelum ini, ada orang kata kami selalu berkepit. Sekarang kami cuba menjarakkan sedikit agar tidak bosan," katanya. Buat masa ini, Irma terus sibuk dengan lakonan dan belum terfikir soal berkahwin dengan Nabil.

"Kalau ada jodoh, kami akan kahwinlah. Biarlah kami berdua fokus kepada karier seni masing-masing dulu," katanya. Mengenai perkembangan karier seninya pula, rezeki Irma kian bertambah.

Zoom: Apa kata anda !?

Posted: 10 Jun 2010 08:50 PM PDT

Belum habis kisah video panas timbul pula kisah dua buah lagu peterpan yang kini tersebar luas di internet, jumlah pengunjung yang download lagu semakin meningkat


Lagu berjudul Kau yang Kuinginkan dan Perjalanan Cintaku boleh dimuat turun secara percuma di Internet.

Blog BOM321

sumber :-

Blog BOM321


Pipi Berlubang !

Posted: 11 Jun 2010 06:40 AM PDT

Pipi Berlubang
Takdapat nak dipastikan kenapa pipi orang ini berlubang, mungkin kena penampar dengan kelajuan tinggi agaknya!

Pakcik Dan Makcik Curi Laptop Masuk Dalam Kain !

Posted: 11 Jun 2010 05:00 AM PDT

Apa nak jadilah dengan dua orang tua ni, dah la tua mencuri pula,
yang makcik tu pula bukan main angkat kain nak masukkan kotak laptop celah kangkang,
yang si pakcik pula pakai lebai, sungguh memalukan.
Pakcik Dan Makcik Curi Laptop Masuk Dalam Kain !



Dah tua-tua pergi la bertaubat, bukan pergi meREMBAT

Romantik Ke Naik Motosikal Macam Ni?

Posted: 11 Jun 2010 03:36 AM PDT

Romantik Ke Naik Motosikal Macam Ni?
Romantikkan? Ada sapa-sapa fikir benda negatif ?

Hotdog Sebenar !

Posted: 11 Jun 2010 02:35 AM PDT

Hotdog Sebenar
100% dari sumber asli!

Anjing Berbulu Harimau !

Posted: 10 Jun 2010 11:32 PM PDT

Cantik tak anjing ini? betul-betul wujud ke? sebenarnya bulu anjing ini telah diwarnakan oleh tuannya untuk memasuki satu pertandingan anjing berhias.
Anjing Berbulu Harimau !
Anjing Berbulu Harimau !
Kalau ada betul-betul yang anjing macam ni, mesti ramai nak bela.

Stesen Minyak Paling Sempoi !

Posted: 10 Jun 2010 09:03 PM PDT

Memang sempoi dan bendul, guna cerek untuk mengisi minyak.

Stesen Minyak Paling Sempoi
Stesen Minyak Paling Sempoi
Stesen Minyak Paling Sempoi
Stesen Minyak Paling Sempoi
Cerek bukan lagi untuk masak air...

Bukti Cinta Sampai Mati !

Posted: 10 Jun 2010 06:58 PM PDT

Mungkin inilah yang dikatakan "cinta sampai mati"

Bukti Cinta Sampai Mati !
Tapi kalau ada pakwe makwe yang lafaz "cinta sampai mati", janganlah percaya 100% yer!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS