Nuffnang

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

sumber :-

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Masukkan laptop dalam kain

Posted: 10 Jun 2010 09:40 PM PDT





Makcik curi laptop dirakam CCTV .Alahai buat malu kaum betullah pak cik dan mak cik ni . Dah tua pun nak jadi pencuri lagi, siap menyamar pakai songkok dan berbaju kurung dan bertudung lagi tuh. Memang berani dan teknik yang sungguh licik…Boleh dikatakan pencuri laptop paling hebat.
Lihat gambar di bawah, mak cik ni sedang mencuri laptop ataupun netbook dengan memasukkannya dalam kain dan sedang dicover oleh lelaki yang mungkin suaminya.

Jambatan semulajadi

Posted: 10 Jun 2010 09:35 PM PDT





1. Jambatan akar di India. Mereka menunggu sehingga 10 -15 tahun sebelum jambatan ini boleh digunakan sepenuhnya dan akar ini sentiasa hidup membuatkan ia semakin kuat





2. Jambatan dari akar di Japan




3. Jambatan dari akar di Indonesia

Pagar diri dari ilmu hitam dan sihir

Posted: 10 Jun 2010 09:35 PM PDT





TV kita sekarang ni, semakin banyak cerita-cerita mistik dan seram terutama malam Jumaat. Pernah berbual dengan seorang ustaz pasal ni , ustaz tersebut kata memang kita tidak boleh menafikan kewujudan benda ghaib ni tapi jangan terlalu taksub sehingga menjadi syirik kerana lebih takut kepada benda halus dari kekuasaan Allah dan iblis sentiasa menggoda manusia sehingga ke Hari Kiamat . Oleh kerana dendam, nafsu dan perasaan hasad dengki, manusia sanggup bersengkokol dengan syaitan untuk mengenakan manusia lain. Kita pun kena perlu sentiasa berhati-hati dalam tingkah laku dan perkataan supaya tidak menyakiti orang lain.
Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1) – Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) – Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)
Pagar Ketiga (3) – Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).
Pagar Keempat (4) – Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).
Pagar Kelima (5) – Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) – Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).
Pagar Ketujuh (7) – Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam pelihareaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi".
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).
Sekian Wallahualam,kredit kepada penulis asal.
kredit isuhangat

Aktres lucah Norway ajak Ariel berlakon

Posted: 10 Jun 2010 09:32 PM PDT








JAKARTA - Skandal video seks yang menampilkan pasangan mirip dua selebriti Indonesia, Luna Maya dan Ariel dari kumpulan Peter Pan, menjadi topik panas di laman sosial Twitter sehingga mengundang komentar daripada aktres lucah terkenal Barat, Vicky Vette, lapor sebuah akhbar semalam.
Vette yang merupakan bintang porno veteran dari Norway yang telah membintangi lebih 150 filem lucah setakat ini turut mengundang Ariel untuk berlakon bersamanya dalam filam lucah.
Ariel kini mendapat jolokan Ariel Peterporn selepas klip video seks itu tersebar secara meluas di Internet
"Aneh, topik hangat yang dibincangkan pada hari ini mengenai Ariel Peterporn, seorang penyanyi Indonesia yang memiliki klip video seks," kata bintang porno berusia 44 tahun itu dalam laman Twitter pada Selasa lepas.
"Saya tak berhenti-henti menerima komen daripada warga Indonesia mengenai lelaki ini," tambahnya yang pernah memenangi beberapa anugerah filem lucah.
Menurutnya, dia mahu turut serta berlakon dalam klip video seks terbaru Ariel Peterporn.
"Jika Ariel Peterporn dan Luna Maya datang ke Amerika Syarikat (AS), saya akan mengundang mereka untuk menjalani penggambaran film seks bersama. Pasti seronok, filem itu akan laris di Indonesia.", jelasnya
Pada masa yang sama, Vette mengaku dia sudah menonton klip video seks tersebut.
Kagum dengan aksi pasangan dalam video berkenaan, Vette menambah, dia akan mencadangkan rakaman itu kepada penerbit dan pengedar filem porno antarabangsa, Vivid Entertainment untuk dikomersialkan.
Pihak polis kini melakukan siasatan mengenai video seks itu selepas orang awam membuat laporan polis. - Agensi

Gambar anak perempuan Yatt

Posted: 10 Jun 2010 09:31 PM PDT





Siapa tak kenal dengan pelakon Yatt atau nama ic nya, Haryati Hamzah. Bernikah dengan suami tercinta pada akhir bulan Mac 2009 dan mendapat anak pada akhir bulan Feb 2010. Memang genap usia setahun perkahwinan, baru dapat anak perempuan yang bernama Suci Hanania Malika Bt. Abdul Mutalib. Anak perempuannya itu yang merangkap anak sulung pasangan berkenaan, diabadikan dalam sesi photo oleh pihak photographer yang diupah oleh pasangan berkenaan. Memang cun dan menarik, apatah lagi anak mereka kelihatan gemuk dan sihat. :) -digitaliRis & Buttet

aksi Bung Mokhtar, Zizie gembira kes ditangguhkan lagi

Posted: 10 Jun 2010 09:28 PM PDT





Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang sepatutnya membuat keputusan kelmarin mengenai permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, pelakon Zizie Izette A Samad supaya pernikahan mereka diterima dan didaftarkan oleh oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan tidak dapat berbuat demikian kerana kes itu ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Permohonan tersebut adalah selari dengan seksyen 12(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Kelmarin sebelumnya (9/6), mahkamah menetapkan pada hari ini untuk keputusan permohonan pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara Ahli Parlimen itu dengan Zizie yang berlangsung di sebuah banglo di Taman Melati, Selangor, Disember tahun lalu. Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap anggota parlimen itu kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu. Ekoran itu, Bung Mokhtar dibebaskan dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara mendengar permohonan rayuan. -mStar

Adi 6ixth Sense dengan cewek janda dari Sabah

Posted: 10 Jun 2010 09:26 PM PDT





Kumpulan 6ixth Sense memang tidak pernah mengundang kontroversi sepanjang tempoh berada dalam industri. Ahli kumpulan ini memang bijak membawa diri. Mereka popular kerana muzik, bukan kerana gosip. Jika gambar-gambar ini mula diedarkan di Internet, pasti ramai peminat 6ixth Sense, khususnya peminat Adi akan terkejut dengan perkara ini. Bahkan, tidak mustahil ada peminat yang akan marah. Persoalannya, bagaimana perkara ini boleh berlaku dan siapakah gadis di sisi Adi Priyo Sambodo itu?
"Saya akui gambar-gambar itu adalah gambar saya dengan teman wanita saya. Namanya Zita dan dia berasal dari Sabah. Sebenarnya gambar itu kami ambil ketika saya terlibat dengan satu persembahan di Sabah tahun lalu. Zita telah 'upload' gambar-gambar ini di laman Facebook miliknya. Bagaimanapun, saya sudah pun menyuruh Zita buang gambar-gambar itu kerana tidak mahu timbul gosip seperti ini dan dia pun sudah lakukannya. Tidak sangka pula, gambar itu akhirnya dapat juga dikesan pihak lain," jelas Adi.
Dengan timbulnya gambar-gambar seperti itu, sedikit sebanyak ia memberi gambaran tentang tingkah-laku Adi yang sebenar. Jika sebelum ini Adi dikenali sebagai seorang yang pemalu, mungkin selepas ini tidak lagi. Pendek kata, ia boleh menjejaskan reputasi Adi.

"Saya akui itu kesilapan saya dan teman wanita. Sebagai manusia biasa, saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Memang gambar-gambar itu diambil di sebuah bilik dan ada yang di atas katil, tetapi ini tidak bermakna saya dan Zita tidur bersama. Zita hanya naik ke bilik seketika untuk mengambil saya keluar bersiar-siar. Memang perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan saya mohon maaf kepada semua. Saya harap peminat faham dengan situasi ini. Saya bukan sengaja mencari publisiti murahan," jelas Adi lagi. -Gua

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan