Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sesuci Fitrah TV3 & Ramadan Di Hatiku TV9

Posted: 01 Aug 2011 07:14 PM PDT

SESUCI FITRAH TV3 & RAMADAN DI HATIKU TV9
Raikan Kedatangan Ramadan Al-Mubarak Dengan Penuh Kesyukuran & Keinsafan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia dan ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam kerana ianya penuh dengan keberkatan dan kelebihan. Pada bulan yang mulia inilah umat Islam berlumba-lumba untuk meningkatkan pahala.

Ramadan TV3 Tv9

Bertepatan dengan itu juga, TV3 dengan tagline "Sesuci Fitrah" dan "Ramadan di hatiku" TV9, tidak ketinggalan menyediakan program-program ilmiah, teladan dan keinsafan untuk dikongsi bersama menerusi program majalah, dokumentari serta drama. Contohnya menerusi program berbentuk majalah dan dokumentari Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur, Singgah Sahur, Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara, Kalamullah dan drama Ramadan Terakhir, di TV3 dan Solat Tarawikh langsung dari Masjidilharam Mekah, Tanyalah Ustaz Ramadan, Inilah Kisahku, Sirah Ameerah serta drama Sekilas Qalbu dan Lailatulqadar di TV9.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, "Sesuci Fitrah dipilih sebagai tema kali ini bersesuaian dengan bulan yang mulia untuk menyucikan hati dan meningkatkan peribadi supaya kita sebagai umat Allah SWT sentiasa musahabah diri serta bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya. Begitu juga dengan "Ramadan di hatiku" yang dipilih mengikut tagline TV9 di mana kebanyakan program yang disusun banyak meyelitkan unsur keikhlasan serta kejujuran di dalam hati. Kedua-dua tema ini juga bersesuaian dengan susunan program yang dipilih seperti Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur, Singgah Sahur, Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara, Kalamullah di TV3 dan Tanyalah Ustaz Ramadan, Inilah Kisahku, Sirah Ameerah serta drama Lailatulqadar di TV9, yang dapat kita jadikan iktibar sepanjang Ramadan bulan yang mulia ini."

Sementara itu berikut adalah program-program yang menjadi santapan penonton-penonton TV3 dan TV9 sepanjang bulan Ramadan (1432 Hijrah):-

'SESUCI FITRAH' – RAMADAN TV3
Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur – Setiap Hari, jam 6.30ptg, mulai 1 Ogos
Tidak lengkap rasanya Ramadan tanpa program Jejak Rasul yang menjadi santapan rohani setiap kali menjelangnya bulan yang mulia ini. Jejak Rasul mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3 merupakan program dokumentari berbentuk ilmiah yang popular di mana ia menjejaki peninggalan para Rasul dengan memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul. Istimewa untuk musim ke-17, Jejak Rasul musim terbaru diterbitkan dalam format HD (High Definition) akan menyelami resam hidup, budaya, bahasa, makanan, kesenian dan sejarah umat Islam negara-negara bekas komunis di Eropah Timur seperti Moscow, Tatarstan, Dagestan, Chechnya dan Ukraine.
Pengantara: Datin Annahita Bakavoli

Diari Sahabat – (21 Episod) Setiap Isnin – Jumaat, jam 9.30pagi, mulai 1 Ogos
Sebuah program yang mencungkil bakat kanak-kanak dari sekolah rendah agama di sekitar lembah Klang di mana kanak-kanak akan bercerita tentang kisah tauladan sahabat di zaman Rasullulah S.A.W. Diari Sahabat dimulakan dengan penceritaan biografi sahabat Nabi dan memperkenalkan doa untuk episod tersebut sebelum 5 orang kanak-kanak bercerita tentang sirah sahabat Nabi. Diari Sahabat dibahagikan kepada tiga segmen, Biodata Sahabat & Info Islami, Dengarkan Kawan dan Kreatif.
Pengantara: Ashikin Aini Abdullah

Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara – (4 episod) Setiap Rabu, jam 6.00petang, mulai 3 Ogos
Selepas sambutan di luar jangkaan untuk musim pertama yang lalu, dokumentari istimewa Dari Masjid Ke Masjid kembali bersiaran menerusi musim terbaru bersama Ahmad Fedtri Yahya untuk menghayati keindahan aspek seni bina masjid-masjid di Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja. Di sebalik peranannya sebagai tempat beribadah bagi golongan minoriti yang beragama Islam di negara-negara tersebut, ikuti kisah-kisah unik, sejarah dan adat resam penduduk tempatan. Program ini telah memberi perspektif baru kepada pelancongan ibadah setiap muslim yang berkunjung ke negara-negara bukan majoriti Islam.
Pengantara: Ahmad Fedtri Yahya

Kalamullah – versi 30 min setiap hari, jam 5.30pagi
Versi 5 minit setiap hari jam 8.55pagi; Isnin – Khamis jam 2.55 petang & Jumaat – Ahad, jam 4.50ptg.
Bacaan surah beserta tafsirnya oleh Ustaz Tarmizi dan wakil pelajar hafazan sekolah-sekolah Tahfiz dari serata Malaysia yang membaca dengan bertarannum. Setiap episod dengan bacaan surah terpilih membawa konsep 'kisah dan tauladan' yang boleh dijadikan pengajaran.

Ramadan TV3 Tv9

Ramadan TV3 Tv9

Ramadan TV3 Tv9

Ramadan TV3 Tv9

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Rabbani, Ikram Dinzly, Zek Zaidi Di Kesyukuran Dalam Kemeriahan Ramadan Al-Mubarak
  • Majlis Pra-Tonton Program Ramadan Astro
  • Shamsul@Bazaar Ramadan TV3
  • Anita Baharum di Ramadan Screening Astro 2010
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1430H
  • Lirik Lagu VIP Iwan AF8
  • Lirik Tak Bisa Memilihmu – Lagu Terbaru Sixth Sense
  • Lirik Sayang Sayang Aliff Aziz
  • Salam Ramadan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa
  • Lirik Lagu Angin & Kasih – Filem Diva Songs
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Simply XXXcellent Ramadhan With A&W

    Posted: 01 Aug 2011 07:01 PM PDT

    SIMPLY XXXCELLENT RAMADHAN WITH A&W
    A&W gives patrons an early Raya delight with the Ramadhan Simply XXXcellent Chicken Rice Combo

    Looking to complete Ramadan with a wholesome serving of sumptuous delights? Have the best of both worlds with the mouth watering Simply XXXcellent Golden Aroma Chicken and a host of complementing Malaysian favourites – the scrumptious chicken rice, homemade traditional soup and curry, topped with heavenly-sweet dates and the famous; Acar Jelatah. And to finish it off, how about A&W's signature Root Beer Jelly Ice Cream, richly refreshing and absolutely a must have!

    Ramadan_Sen Savers

    The recent sensation hitting A&W outlets across Malaysia; A&W's Ramadhan Simply XXXcellent Chicken Rice Combo gives patrons observing the fasting month yet another great way to break fast with a helping of delicious favourites to suit any taste bud. From August 1 – August 30, 2011, enjoy this Malaysian-inspired serving for only RM10.40 and get a refreshing regular mug of Root Beer free!

    Have we got your attention yet? Well then, we've got more great news! With an additional RM7.00, choose from a variety of seven delectable A&W combos and enjoy free unlimited refills of Root Beer. With only RM17.40 for two great combos, you can be sure of great food that won't break your wallet!

    "In tandem with our tagline – 'More than the Usual', we always look to offer patrons more variety, great value and a whole host of rewards. With the bustle of Ramadan, it's essential to fuel up and get nourished with a complete meal. That's what we offer customers with the Ramadhan Simply XXXcellent Chicken Rice Combo" said En. Mohd. Anuar Osman, General Manager at A&W Malaysia Sdn Bhd.

    "We've also brought back an old recipe to excite our younger customers while rekindle the good ol' days amongst our senior patrons. Having only been reintroduced recently, the Simply XXXcellent Golden Aroma Chicken has already gained an overwhelming response amongst customers!" he added.

    This year, A&W is also calling all non-Muslims to get in on the rewards with A&W's Lunch Sen Savers which starts from as low as RM4.50. Beginning from August 1, 2011, customers can enjoy value lunch deals with A&W's Lunch Sen Savers from 12 noon to 3 pm.

    Don't miss out on these exclusive promotions. Obey your cravings at A&W now and enjoy more than the usual with a host of rewards, great value and sumptuous offerings as we usher in the festivities! Hurry, promotion last till 31 August, 2011.

    For more details on the Ramadhan Simply XXXcellent Chicken Rice Combo as well as all other promotions, please visit www.rootbeer.com.my/promos or LIKE US at http://on.fb.me/awmalaysia.

    Ramadan_2

    Ramadan_1

    Tags: , , , , , ,

    Tags: , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Hafiz Hamidun Sertai Pakej Umrah Eksklusif Awal Ramadhan
  • Harga Buffet Berbuka Puasa di Restoran Pavilion KL
  • SimplySiti Sasar Pasaran Indonesia
  • Pakej Buffet Berbuka Puasa Ramadhan di Planet Hollywood
  • Program Iftar Ramadhan 1430h Anjuran Islamic Outreach ABIM
  • Buffet Ramadan Di Planet Hollywood Hanya Rm 33++
  • Sekitar Rakaman Selamat Pagi Malaysia Edisi Ramadan
  • Lagu Nur Abadi Nash Ubaidillah dan Gambar Rakaman Melodi Raya
  • Selamat Berpuasa Kepada Semua Pembaca Sensasi Selebriti
  • Juadah Buffet Berbuka Puasa 2009 di Hard Rock Cafe
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Sensasi

    sumber :-

    Sensasi


    Fari Kamil Diugut supaya tidak rapat dengan Diana Danielle

    Posted: 01 Aug 2011 01:12 AM PDT



    Gara-gara rapat dengan pelakon cantik Diana Danielle, Farid Kamil telah menerima satu panggilan yang berunsur ugutan. Panggilan yang diterima oleh Pelakon dan pengarah terkenal, Farid pada minggu lalu berbunyi seperti ini, "Farid kau jangan kurang ajar, aku tahu rumah kau". Tujuan panggilan ugutan yang di terima oleh Farid adalah menyuruh Farid jangan rapat dengan pelakon wanita tersebut.

    Kesempatan bertemu Farid di sesi rakaman program mega raya Astro pada Sabtu lalu, Farid sempat memberi komen, "Buat masa sekarang ini saya dalam peringkat berjaga - jaga dan berhati -hati kerana saya tidak mengenali siapakah orang tersebut. Saya juga telah berbincang dengan Diana dan memberitahunya bahawa saya telah menerima satu ugutan dan memintanya supaya berhati - hati juga," ujarnya.

    Ditanya sama ada Farid, 31,ada mengesyaki siapa-siapa, Farid menjawab, "Saya ada syak beberapa individu, tapi saya tak berani untuk menuduh biarlah pihak polis menjalankan siasatan.

    Saya tidak ada mengupah bodyguard mana-mana. Cuma saya sentiasa berhati -hati ketika saya berada di tempat yang tidak ramai orang," tambanya lagi.

    Sebelum ini Farid dan Diana pernah menjalinkan hubungan cinta dan kemudiannya. Baru-baru ini di Khabarkan mereka kembali rapat semula.

    Khairul Fahmi,Hero Harimau Malaya Putuskan pertunangan untuk jernih Keadaan

    Posted: 01 Aug 2011 12:25 AM PDT

    Sebenarnya saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

    Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau 'playboy'. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

    Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

    gambar dahlia teck

    Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.


    gambar dahlia teck

    gambar dahlia teck

    Selain itu ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wartawan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang wartawan. Jadi tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

    gambar dahlia teck

    Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannnya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi macam mana cerita ini boleh timbul?

    Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan dan kata-kata kesat. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

    Selain itu timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan makcik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggikan suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

    Mungkin kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

    gambar dahlia teck

    Terus terang saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

    Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

    Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

    Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

    Lagipun masalah antara kami memang sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

    Ramai juga yang mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier saya sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun saya masih muda. Banyak perkara yang saya perlu pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

    Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.

    • Digg